QueenOfEvil Publish time 21-3-2007 12:05 AM

Reply #47 GRINDSAKHTANIC's post

hai gambar u nih menakutkan laaaaahhhh

abuhazem Publish time 8-4-2007 03:26 PM

Misteri: Ebu Gogo spesies manusia anehOleh Nasron Sira Rahim
Kumpulan orang kerdil dikatakan wujud di Kepulauan Flores di Indonesia

file:///C:/DOCUME%7E1/ADMINI%7E1/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.jpgfile:///C:/DOCUME%7E1/ADMINI%7E1/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.jpgfile:///C:/DOCUME%7E1/ADMINI%7E1/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-2.jpgfile:///C:/DOCUME%7E1/ADMINI%7E1/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-3.jpghttp://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/8mist10a.jpg

PADA zaman purba, di Kepulauan Flores, dipercayai wujud sejenis spesiesmanusia aneh yang keadaan fizikalnya berlainan sekali daripada manusianormal yang hidup ketika ini.

Jasad manusia aneh itu kerdilsehinggakan kalangan dewasa dalam kelompok mereka hanyalah setinggikanak-kanak berusia lima tahun.

Mereka memiliki lengan lebihpanjang, alis tebal, dahi yang miring, tidak mempunyai dagu dan rahangbawahnya diisi gigi besar tumpul. Gigi depannya lebih kecil sepertigigi manusia moden, lubang mata spesies manusia ini besar dan bulatmanakala otak mereka pula hanyalah sepertiga daripada otak manusiasekarang.

Walaupun fizikal spesies manusia aneh ini berbezadaripada jasad manusia yang wujud ketika ini iaitu `Homo Sapiens',perilaku mereka mirip manusia moden.

Mereka menggunakan apiuntuk memasak dan memburu sejenis gajah primitif yang hidup di wilayahitu dikenali Stegodon. Keupayaan berfikir dan kebijaksanaan merekaterserlah apabila dengan jasad kecil mereka itu, mereka mampumemikirkan taktik untuk menewaskan Stegodon yang seberat 1,000kilogram.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/8mist10b.jpgKewujudanmereka terus `tersembunyi' di wilayah terasing di Kepulauan Flores,Indonesia itu selama entah beberapa lama sehinggalah pada suatu hari,secara tiba-tiba spesies manusia aneh itu lesap terus di muka bumi ini.

Seorang tua di Flores masih teringat legenda setempat yang diceritakan dari generasi ke generasi sehingga ke zaman moden.

揇i kepulauan kita ini, ada makhluk kerdil beredar selama berabad-abad,suatu ketika dulu. Mereka dinamakan Ebu Gogo, manusia kerdil berbuluyang tingginya hanya satu meter.

alphawolf Publish time 23-4-2007 03:59 PM

Reply #6 thatsourmia's post

Pasal bom atom india kuno tu...satu ada musykil lah...katanya kejadian berlaku 8000 ke 12000 tahun dahulu...dan dapat dikesan radioaktif.

Masalahnya Hiroshima dan Nagsaki yang kena bom atom boleh didiami semula sebaik selepas kerja pembersihan runtuhan dijalnkan...

alphawolf Publish time 23-4-2007 04:03 PM

Reply #31 thatsourmia's post

Pasal zombie ni...zombie di Caribbean digunakan sebagai tenaga buruh 'murah' sebab takyah bayar gaji. Zombie kat Mesia pulak...well good for nothing...baik kasi tembak aje!

thatsourmia Publish time 29-4-2007 02:10 PM

bg aku, misteri yg betul2 masih misteri skang ni pasal teori evolusi
org yg beragama mmg x percaya benda ni
tp napa eh wujud byk bukti saintis bleh guna
bab manusia dr beruk mmg kronik
klau tgk teori haiwan purba jd haiwan cam skang pun cm masuk akal
argh.. pening.. hanya Allah yg tau

(sbnarnya aku baru abis exam paper paleontologi, byk crita2 pasal purbakala, best.. nnt ada masa aku kongsi skit)

abuhazem Publish time 12-5-2007 05:52 PM

thatsourmia, teori evolusi adalah mengarut... cuba ko baca buku karya Harun Yahya bertajuk EVOLUTION DECEIT.
Edisi terjemahan dia pun ada.. edisi english ada tapi tak tau la kat pasaran Mesia ada ke tak..

pcboss Publish time 12-5-2007 11:58 PM

evolusi mmg ada. cuma byk teori yang mengarut. kalau kata 'evolusi' sesuatu yang mengarut, tu satu yang mengarut. evolusi macam berubah sebahagian fizikal lain berdasrkan penyesuaian persekitaran. mcm ikan paus. takkan nak kata mamalia berasal dari laut.

Syd Publish time 14-5-2007 09:06 AM

Misteri tamadun purba

Misteri: Lukisan gergasi di Gurun NazcaOleh Nasron Sira Rahim

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/13bird.jpg
LUKISAN berbentuk burung.
Lakaran aneh di padang pasir Peru berusia 1,300 tahun masih dikaji

SEBELUM terciptanya kapal terbang, tiada siapa menyangka ada suatu misteri objek aneh terpampang di dataran Gurun Nazca yang terletak di selatan Lima, Peru.
Selama ribuan tahun, misteri itu terus menjadi rahsia yang tidak disedari sesiapa sehinggalah zaman berubah melewati masa dan kemajuan teknologi apabila pesawat mula dicipta. Ketika itu tatkala sebuah pesawat komersial terbang tinggi melintasi gurun berkenaan sekitar 1920-an, juruterbang dan penumpang tergamam melihat pelbagai objek aneh tertera di bumi Peru.

Di hadapan mata mereka, tertera pelbagai lukisan raksasa dalam pelbagai bentuk yang dilukis di atas tanah gurun.

Lukisan yang amat besar sehingga mencapai ratusan meter panjang itu tidak mungkin disedari sesiapa meskipun seseorang itu berjalan di atasnya. Bentuknya hanya jelas kelihatan daripada udara, itupun dari lokasi yang amat tinggi.

Sebaik melihat puluhan objek misteri berbentuk haiwan dan tumbuhan itu, juruterbang dan penumpang berasa hairan dan fikiran masing-masing dipenuhi pelbagai teka-teki.

Lukisan apakah ini? Siapa yang melakar lukisan yang amat besar ini dan apa tujuannya? Sejak bila ia dilukis dan bagaimana dengan bersaiz gergasi, manusia dapat melukis objek itu dengan tepat sehingga membentuk gambar haiwan dan tumbuhan?

Sejak itu, penyelidik dan ahli arkeologi mula memenuhi Gurun Nazca. Ratusan pesawat berterbangan di atas kawasan itu semata-mata mahu melihat dan mengkaji misteri kewujudan lukisan aneh berkenaan.

Kajian mendapati ada ratusan lukisan gergasi yang dihasilkan malah ia meliputi kawasan yang amat luas iaitu sejauh lebih 57 kilometer. Antara objek gergasi yang tertera di permukaan gurun itu adalah monyet, burung, pokok, geometri dan jasad makhluk aneh.

Berdasarkan penemuan artifak arkeologi sekitar kawasan itu, penyelidik mendapati ada kaum tertentu menetap di situ kira-kira 1,300 tahun lalu iaitu antara 200 Sebelum Masihi (SM) hingga tahun 700.

Akan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kaum terbabit yang bertanggungjawab menghasilkan lukisan itu atau lakaran objek aneh terbabit sudah dilukis pihak lain sebelum kewujudan penempatan purba berkenaan.

Proses pembinaannya adalah dengan menoreh permukaan tanah batuan keras berwarna gelap di gurun sehingga tanah itu berwarna lebih terang dan membentuk objek.

Bagaimanapun, misteri yang paling membingungkan penyelidik dan ramai pihak adalah siapa yang melukis lukisan berkenaan dan apakah tujuannya?

Kini pelbagai teori dikemukakan. Paling menarik ialah teori yang mengatakan lukisan aneh Nazca dibina makhluk asing sebagai tapak pendaratan UFO pada zaman purba. Dengan teknologi canggih makhluk asing itu, tidak mustahil mereka mampu melukis ratusan lukisan gergasi terbabit.

Melewati masa, makhluk asing meninggalkan tapak pendaratan itu dan kawasan berkenaan dihuni kaum tertentu. Akan tetapi, disebabkan ia hanya dapat dilihat daripada udara, manusia yang menghuni kawasan itu tidak menyedari wujudnya lukisan gergasi berkenaan sehinggalah pesawat dicipta.

Lukisan gergasi itu juga dikatakan dibina sebagai upacara ritual keagamaan penduduk purba dalam menyembah 慸ewa

Syd Publish time 14-5-2007 09:06 AM

Tamadun Maya lenyap
Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)


Kota hebat tengah hutan belantara di Selatan Mexico ditinggalkan sejak lebih 1,000 tahun lalu


SUATU hari pada 909 Masihi, tanpa sebab jelas, 80 peratus bangsa kuno Maya tiba-tiba hilang, tidak hanya meninggalkan kuil yang belum selesai dibangunkan, bahkan sejumlah besar balairung dewa dan bangunan model raksasa semuanya ditinggalkan begitu saja, terbenam dalam runtuhan tembok.

Semua aktiviti di pusat pemujaan juga terhenti. Sejak itu, kebijaksanaan nenek moyang mereka lenyap dengan sangat cepat dan bangsa Maya yang tertinggal mula berubah menjadi buta pengetahuan manakala moralnya merosot.

Demikian antara laporan penyelidik selepas meninjau kawasan kota Maya yang wujud secara misteri di tengah hutan belantara selatan Mexico.

Selama hampir 1,000 tahun, tiada siapa menyangka di tengah belantara tebal benua Amerika itu, tersembunyi sebuah kota misteri yang begitu hebat tamadunnya. Hanya pada 1839, seorang penulis Amerika Syarikat (AS), John Lloyd Stephens yang ditemani jurupandu tempatan, menjumpai semula kota yang hilang itu ketika melakukan ekspedisi meredah belantara berkenaan.

Selepas lama dikelilingi pohon hutan dan belukar, tiba-tiba saja di hadapan mata lelaki terbabit terpampang pelbagai bangunan besar yang hebat reka bentuk dan seni binanya.

Bagaimanapun, beliau kemudian mendapati sesuatu yang aneh; tiada penduduk yang dijumpai di sekeliling kawasan berkenaan - kota hebat di tengah hutan terpencil dan sepi itu ditinggalkan tidak berpenghuni begitu lama.

Sejak itu bermula misteri membabitkan suku kaum Maya. Kajian demi kajian dijalankan di kawasan itu yang kemudian membongkar pelbagai cerita besar berhubung kewujudan kaum Maya.

Penyelidikan mendapati kaum Maya mengasaskan satu tamadun amat hebat serta meneroka pelbagai rahsia bidang ilmu, walaupun zaman kewujudan mereka ketika itu dianggap zaman kuno.

Bagaimanapun, di sebalik kekaguman kumpulan penyelidik itu, terselit teka-teki yang membingungkan pada minda masing-masing - mengapa selepas mengasaskan satu tamadun yang hebat, secara tiba-tiba saja penduduk Maya ghaib?

Kaum Maya, ketika kewujudan mereka dikatakan menemui pelbagai rahsia ilmu pengetahuan yang sangat berharga kepada dunia. Bagaimanapun, penjajahan Sepanyol di Amerika Selatan pada abad ke-16 menyebabkan segala ilmu itu lesap apabila kitab catatan ilmu warisan kaum Maya sebelum mereka menghilangkan diri, dibakar penjajah itu.

Tindakan itu satu kerugian besar untuk dunia memahami pelbagai rahsia alam yang disingkap kaum Maya. Kini ilmuwan yang menyelidiki kebudayaan Maya hanya mampu menggambarkan secebis kehebatan bangsa itu berdasarkan beberapa potongan naskhah kuno yang terselamat dan berjaya dikumpulkan.

Antara penemuan menakjubkan di kota misteri itu ialah pelbagai binaan berasaskan batu raksasa, reka bentuk kota, sistem tulisan, ilmu pengetahuan selain karya seni bangsa Maya yang amat tinggi, jauh melebihi kehebatan teknologi masa kini.

Di kota misteri itu turut dibina piramid yang kini menjadi piramid kedua popular selepas piramid di Mesir. Di sekeliling piramid Maya masing-masing memiliki empat tangga dengan jumlah anak tangganya adalah 365 tapak iaitu menyamai jumlah hari dalam setahun.

Keadaan itu menunjukkan yang kaum Maya sudah mengkaji ilmu astronomi malah terdapat banyak catatan angka di dalam mahupun di luar bangunan yang berhubung hukum peredaran objek di langit.

Sebuah balai cerap yang hebat turut dibina di kota itu sehingga kajian mendapati fungsi yang terdapat dalam balai cerap kaum Maya menyamai balai cerap moden.

Seterusnya timbul pula misteri mengenai kaedah pembinaan bangunan hebat di kota misteri itu kerana batu yang digunakan dalam proses pembinaan adalah amat besar dan beratnya puluhan tan.

Bagaimana batu besar yang begitu banyak serta berat itu diangkut dari satu kawasan jauh untuk masuk ke dalam hutan sehingga ke kawasan kota itu?. Dengan peralatan atau teknologi bagaimana suku Maya mampu menyusun batu-batu berkenaan sehingga mampu membina piramid dan bangunan yang hebat?

Berdasarkan penemuan arkeologi, penyelidik menganggap keagungan tamadun kaum Maya terbentuk secara perlahan-lahan sejak 2000 Sebelum Masihi (SM) hingga tahun 250. Daripada tahun 250 hingga tahun 900, mereka memasuki era kegemilangan dengan abad ketujuh hingga kelapan menyaksikan kaum Maya hidup sangat makmur dan sejahtera.

Seterusnya pada tahun 900 iaitu selepas mencapai puncak peradaban, hampir seluruh kaum maya ghaib secara misteri meninggalkan kota itu tidak berpenghuni lagi. Suku kaum yang masih tinggal dikatakan sudah merosot moral dan menjadi jahil.

Meskipun terdapat sejumlah dokumen yang dijumpai, sangat sukar bagi penyelidik memastikan apakah punca yang menyebabkan suku Maya ghaib. Hanya hipotesis yang mampu dikemukakan tetapi punca sebenar kemusnahan tamadun Maya dan kehilangan penduduknya terus kekal dalam misteri.

FAKTA: Kaum Maya


Antara teori kaum Maya hilang ialah bencana alam seperti banjir, gempa bumi, taufan, wabak penyakit, keracunan, kebuluran, bunuh diri secara beramai-ramai; peperangan iaitu pemberontakan kaum petani serta serangan musuh; pembakaran hutan berulang kali untuk bercucuk tanam mengakibatkan tanah gersang dan kemarau.


Ramai memikirkan bahawa kesenian kaum Maya menerusi ukiran dan lukisan adalah tercanggih dan tercantik antara kesenian silam. Ukiran dan lukisan patung amat halus


Sistem tulisan kaum Maya (hieroglyphics) amat unik dan pelik sehingga penyelidik mengambil masa puluhan tahun untuk memecahkan kod tulisan dan memahami tulisan mereka.


Sudah maju dalam ilmu matematik. Mereka menggunakan konsep sifar, menggunakan sistem nombor asas 20, membuat pengiraan sehingga beratus juta.


Menghasilkan pemantauan astronomi yang amat tepat; peta pergerakan bulan dan planet setaraf atau lebih baik berbanding sebarang kebudayaan yang melakukan pencerapan menggunakan mata kasar. Pengiraan Maya terhadap tahun matahari adalah lebih baik berbanding takwim Gregory.


Piramid kaum Maya berbeza daripada piramid Mesir, piramid Maya lebih rendah, disusun daripada batuan raksasa berwarna kelabu dan putih dan di puncaknya ada balairung untuk memuja dewa.

azie_fariza Publish time 14-5-2007 05:36 PM

good reading.....:)

irmamanggis Publish time 15-5-2007 06:36 AM

good info.... thanks syd....

johnconan Publish time 15-5-2007 12:02 PM

saya ada baca lukisan ni dilukis melalui bantuan belon panas ciptaan bangsa Mayan. Bayangkan dulu dah dicipta belon panas. Ada ahli arkeologi jumpa kain yg diguna utk dijadikan belon panas.

Sumber saya x ingat, rasanya sama ada mastika atau tabloid Kencana...

abuhazem Publish time 19-5-2007 12:17 AM

Yg mengarutnya adalah sampai mengatakan manusia berasal drpd beruk... yakni wujudnya teori2 yg cuba utk menafikan kewujudan Allah..
Terutamanya teori drpd barat...

Syd Publish time 21-5-2007 08:56 AM

Misteri: Manusia aneh zaman purba
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my


Homo floresiensis, mahkluk kerdil berbulu ebu gogo wujud kira-kira 13,000 tahun

PENYELIDIK dan saintis Universiti New England, New South Wales, Australia, tergamam sebaik melihat tengkorak dan tulang aneh yang dijumpai tersembunyi di gua Liang Bua, Kepulauan Flores, pada 2003.

Dengan penuh kehairanan, mereka membelek tengkorak misteri yang ditemui bersama fosil tikus raksasa, komodo dan gajah kecil sepanjang kerja arkeologi di gua itu. Ini kerana bentuk tengkorak itu sama seperti tengkorak manusia moden tetapi saiznya lebih kecil.

Kajian lanjut kemudian mendapati tengkorak dan tulang itu berasal daripada manusia purba digelar 慼omo floresiensis

purbez Publish time 22-5-2007 01:24 PM

pelik betoi, caman ekk depa lukis or time lukis tu pakai agak2 jaa or ada satu alat yang canggih untuk mendapat ketepatan

aturcara Publish time 22-5-2007 07:09 PM

good article

cecada Publish time 25-5-2007 11:45 PM

Reply #63 alphawolf's post

Kesan radioaktif akan wujud sampai bila-bila... Di jepun, kerja pembersihan telah dijalankan sebelum rakyat dibenar menduduki semula... Cuba cari fakta tentang radioaktif... ada tulis pasal tu

faeezah Publish time 29-5-2007 07:31 PM

Originally posted by Leybra at 3-3-2007 10:37 PM
http://www.geokem.com/images/pix/giants-causeway.JPG

nampak cam superman punya castle plak

dasat ..   dasat ...








http://forum2.cari.com.my/images/common/sigline.gif
Moderators dan Forum Legends terus hentam si sial DARSITA.
Si Sial DARSITA now seperti Anjing Betina yang dijolok dubur
dengan besi panas. Terjelir jelir lidah kesakitan. Rasakan!

Syd Publish time 4-6-2007 08:38 AM

Misteri: Teknologi zaman kuno
Oleh Nasron Sira Rahim


ANDA menyangka zaman purba adalah zaman yang mundur? Jika itu tanggapan anda mengenai zaman silam yang wujud ratusan, ribuan atau jutaan tahun lalu, fikir kembali.

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.

Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!

Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.

Akan tetapi, artifak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya - masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.

Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.

Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:


Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq

Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu.

Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.

Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.

Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus 憁enafikan

mziskandar Publish time 4-6-2007 11:10 AM

x de gambar? kalau yg gambar helicopter tu, aritu ng tunjuk benda tu kebetulan jer.. disebabkan hakisan.. dan juga symbols yg di overlapped (everytime bila pemerintah berganti ganti)
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7
View full version: ALL ABOUT MISTERI PRA-SEJARAH


ADVERTISEMENT