Ronaldomie Publish time 26-11-2005 11:49 AM

Helo semua

ada sesapa berminat nak kongsi kajian sejarah gunung ledang

Zaheera Publish time 26-11-2005 11:51 AM

Hai Ronaldomie :bye: :bye: :bye: :bye: :bye:

sy x pnah lagi wat kajian sjrh GL

sori

PlutoNium Publish time 26-11-2005 10:44 PM

aku pernah mandi jer sekali kat situ...

thamrong Publish time 26-11-2005 10:49 PM

Apa istemewa gunung Ledang ni..?:stp::stp:

battleship Publish time 27-11-2005 12:12 PM

kamu akan keseorangan di sana, menjelang subuh esok , barang siapa yg dapat melihat kamu pasti akan hilang nyawa dan muntah darah......

*Orseas_Urusha Publish time 27-11-2005 03:57 PM

Bukankah dia syaitan atau makhluk halus?

thamrong Publish time 27-11-2005 08:13 PM

Cerita PGL ini tidak masuk akal. Cerita rekaan orang Melayudizaman sultan Mahmud. Sultan Mahmud ni sultanMelaka yang paling haprak sekali. Soal urusan negri langsung tak ambil peduli maka itulah sebabnya dia dibenci oleh pedagang-pedagang asing di bandar Melaka. Dia tau cuma peras ugut orang untuk cukai lebih. Dosa besarnya ialah perempuan. Bermacam-macam jenis perempuan dibuat gundik ( other evils I will leave it to you tofind out). Bendehara sekeluarga dibunuh kerana engkar   anak dara kesayangannya dipersembahkan kapada bahalul ni. Bini orang kenamaan Pahang dicukik untuk dijadkan isteri. etc.etc.

Orang Melayu diwaktu itu dan munkin hari ini maseh perahaya perkara-perkara tahyul. Macam-macam cerita direka tentang hantu jembalang manayang dipanggil Putrii Gunung Ledang. Of course Sultan gila ni ,ego punya pasal,nak berkawin dengan hantu jembalang aka PGL. Sebenarnya ini satu rekaan donging sahaja. Yang pening kepala ialah pembesar-pembesar istana kerana mana nak cari hantu pelesit ni. Rombongan untuk ' meminang' terpaksa pergi ke kaki Gunung Ledang tetapi mereka tahu tugas itu adalah mustahil. Tun Mamatadala saorang yang ada otak sikit dan bermohon untuk naik keatas saorang diri untuk berjumpa dengan 'non-existant'hantu jembalang aka PGL. Disinilah Tun mereka-reka cerita yang bukan-bukan saperti merdunya bunyi buluh perindu dan taman bunga dlam hutan. Untuk menidakkan kemahuan sultan gila ni , Tun Mamat reka cerita bejumpa dengan PGL rupanya saperti nenek kebayan yang huduh pada waktu siang dan pemintaan yang tidak masuk akal.

Cerita faktual yangelok kita kajitentang Gunung Ledang ni ialah kenapa dipanggil Mt. Ophir dan peranannya dalam membantu pelayar-pelayar di selat Melaka diwaktu dahulu. Teman kita di Selatan melihat gunung Ledang bukan untuk romencing cerita-cerita dongen yang tak masuk akan tetapi 'as a military vantagepoint' untuk pertahananMalaysia and Singapore dari negara ketiga.

Satu cerita yang saya sanggup terima ialah si zaman dulu gunung Ledang ni adalah sarang perompak-perompak yang yang merompak hasil dagang di antara Jementah dan Melaka.

salimrock Publish time 29-11-2005 10:20 AM

wa pun rasa putri gunung ledang tu , kalo wujud dulu2 pun , sekrang mestilah dah arwah, disebabkan org2 melayu terlalu taksub dgn tuan putri nie, maka jin2 dan setan2 pun ambik la kesempatan kat gunung tu, maka bertukar rupalah dia sebagai putri g.ledang,

atuk wa plak masa zaman muda2 cerita masa masuk hutan tu masa tu kat air terjun, dia nampak ada seorang pemuda panggil atuk wa dgn kawan dia 2 orang,atuk wa kat bawah air terjun, pemuda tu kat atas, bila geng2 atuk wa naik tgk org tu tak de, paras rupa dia tak berapa nampak ,org tu pun tak pakai baju cuma pakai seluar dgn kain ikat kepala, paras rupa biasa jer....jadi tak la suspek jin, ke org bunian ke....

tapi bila naik org tu tak de.....lagipun org ckp kat gunung tu ada org bunian, bila balik atuk aku and the geng suspek org tu org bunian,

lagi satu wa nak tanya pasal sejarah, hang tuah dulu belajar kat gunung ledang kan, dgn tok guru adi putra,kalo tak salah wa la,

kawan wa seorang pun pernah kena kidnap masa kecik2 kat gunung ledang, dia hilang dlm 30 minit je, tapi kawan wa ckp masa tu dia rasa lama jer kat alam bunian tu,dia kata ada kampung dlm hutan tu, siap makan, minum, tidur, main buaian,dia rasa cam lebih kurang 3 jam gak la dia hilang, kawan wa dgn mak dia cerita , tapi kawan wa tu pun bapak dia jenis warak sikit, wa dgr2 pun org bunian pun bukan senang nak jupe , org2 warak jer yg buleh jupe dia

snipersnake2 Publish time 14-12-2005 02:26 AM

Puteri Gunung Ledang, Puteri Santobong & Puteri Saadong (merged: peret )

aku nak tanya.. asal puteri2 mepunyai pengaruh yg kuat dlm kehidupan melayu kita ek?? especially benda2 mistik, mistik je mesti drang.. puteri2 negeri lain tak glemer pon...and 1 more thing.. drang suka sgt duk bukit asal?? kenapa tak duk kl ke, jayb ke, koto baru ke.. genting ke.. lagi sejuk.. .. drang ni makhluk yg sama ke??..sapa leh cite.. 1 - 1 sapa drang nih sebenanya.. sapa tau leh cite..

[ Last edited bymok_nik at 21-4-2006 01:16 PM ]

plastic_flower Publish time 14-12-2005 03:59 AM

dah name pun myth......mesti laa ader bende berkaitan dgn magic skit

nangada Publish time 14-12-2005 08:19 AM

Ya...Puteri yang hang sebut di atas itu bukan manusia. kepercayaan org melayu ini ada susah sedikit. tak di percayai bukti nya ada...Puteri ini adalah makluk jin ( org bunian). Bunian ini boleh hidup lama sampai 1000 tahun pun ada . ini mengikut cerita org tua2lah.
Atau boleh jadi kepercayaan org tua2 dulu seblum kedtgan islam ke nusantara.
Boleh jadi dongeng semata2.

snipersnake2 Publish time 14-12-2005 01:50 PM

aku ingat drang ni.. jenis manusia yg warak di angkat menjadi wali camtuh. konon2 mcm puteri gunung ledang kan.. dia majok lari la dkt gunung ledang.. duk lama2 situ. beribadat kat Allah banyak2.. Allah pon angkat la dia jadi wali.. ni ikut budget2 kepala otak aku la yg tak seberapa.. hahaha

Jelma Publish time 14-2-2006 12:26 AM

PGL....ikut sejarah tk?

sekarang hot pasal puteri gunung ledang muzikal......

dulu film!!!!

sequence of the movie......betul2 ikut sejarah ke mitos org dulu2...?

confuse ngan fakta sejarah dlm cite tu....:hmm:

mahathirGX Publish time 14-2-2006 07:49 AM

Faktasejarahitu sendiriadaperbezaanpendapat .....

alphawolf Publish time 14-2-2006 08:26 AM

Betoi......even ada yang kata kisah PGL sebenarnya satira kepada Sultan mahmud...gila nak berbini sampai orang bunian pun nak dibuat bini!

OrhanGhazi Publish time 14-2-2006 08:51 AM

Masa zaman Sultan Mahmud, betul ke Hang Tuah semuda tu..ke dia pakai botox?

mysara Publish time 14-2-2006 09:39 AM

Reply #1 Jelma's post

pentafsiran sejarah mmg pelbagai
tapi mitos yg diangkat oleh Mamat Khalid mmg hampir menyamai mitos dlm sejarah melayu :)
sbb hang tuah hilang semasa portugis menyerang melaka
beliau hilang di gunung ledang
manakala puteri gunung ledang pula lebih dianggap dlm sastera rakyat
yakni mitos.. lebih banyak rekaan drpd fakta berbanding dgn legenda (yg lebih fakta drpd cerita)

mysara Publish time 14-2-2006 09:42 AM

Originally posted by OrhanGhazi at 14-2-2006 08:51 AM
Masa zaman Sultan Mahmud, betul ke Hang Tuah semuda tu..ke dia pakai botox?

org dulu2 ada 'memakai'
maksudnya, utk kuat atau kebal ada ilmu dan amalan tertentu
ilmu batin diorang ampuh :)

satu lagi, mengikut bacaan sara ttg ketokohan hang tuah,
beliau diangkat sbg superhero org melayu krn kelewahan kagum pencinta2 sastera itu sendiri yg mentafsir akan kehebatan hang tuah.
hang tuah adalah tokoh epik pahlawan org melayu, jadi unsur2 supernatural mmg byk tergarap pada watak beliau.

alphawolf Publish time 14-2-2006 10:24 AM

Dari buku2 cerita yang saya baca....masa Sultan MAhmud kepingin beristerikan PGL....Hang Tuah dah tua dan tak larat nakteruskan perjalanan dan dia berhenti di pertengahan. Yang berjumpa dengan PGL ialah Tun Mamat.

fleurzsa Publish time 14-2-2006 10:34 AM

Salam

Tak ikut lagenda sebenar...
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9
View full version: [MERGED] Lagenda Puteri Gunung Ledang


ADVERTISEMENT