faziraniq posted on 29-9-2005 08:59 PM

ANEKA RESEPI SAYUR

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

saya nak mintak pandangan kawan2 kat board nie mengenai resepi segala jenis sayur....setiap kali tibanya ramadhan saya sering mengalami masalah nie...tak tau nak mempelbagaikan masakan sayur nie...contohnya kailan...setiap kali beli kailan saya hanya tahu masak kailan ikan masin jer...selainnya tak tau...kalau sawi saya akan masak goreng atau sayur sup jer...kawan2 kat sini boleh tak tolong saya untuk mempelbagaikan masakan utk sayur nie...tak kisah sayur apa pun...kalau boleh sayur yang simple untuk dimasak...

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 2-12-2007 08:21 PM ]

mrsjack posted on 29-9-2005 09:58 PM

cuba buat masak lemak ke atau sayur lodeh yg mcm orang makan ngan lontong tu... sedap gak

hanieliza posted on 29-9-2005 11:35 PM

Originally posted by faziraniq at 29-9-2005 08:59 PM
ASSALAMUALAIKUM SEMUA

saya nak mintak pandangan kawan2 kat board nie mengenai resepi segala jenis sayur....setiap kali tibanya ramadhan saya sering mengalami masalah nie...tak tau nak mempelbaga ...

waalaikumusalam...
boleh rujuk :dia: KOMPILASI ACAR, SALAD & KERABU

juga pelbagaikan jenis sayuran ..
lain ari lain sayurnya..
atau buatkan plan menu untuk seminggu dan catitkan apa sayuran yg perlu dibeli untuk seminggu..

zul_khaleeda posted on 10-10-2005 09:39 AM

kak liza,

semua tu kerabu je...
resepi sayurlah...yang berkuahnya.
leh tumpang resepi...he..he..

hanieliza posted on 10-10-2005 09:43 AM

Originally posted by zul_khaleeda at 10-10-2005 09:39 AM
kak liza,

semua tu kerabu je...
resepi sayurlah...yang berkuahnya.
leh tumpang resepi...he..he..
hehehhehe..nanti kak liza kutip resepi sayur kak liza yg bersepah2 tu dan tepek sini...

SAYUR CAMPUR GORENG

Bahan-Bahan:
100 gm brokoli
100 gm bunga kubis
100 gm cendawan segar
10 batang kacang buncis
5 batang putik jagung
1 batang carrot kecil
100 gm isi ayam
100 gm udang segar kecil
2 sudu besar minyak
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ]mayang
2 biji cili merah ]
1 sudu besar sos tiram ]
2 camca teh tepung jagung ]
1 cawan air rebusan ayam ] bancuhkan
garam
daun bawang bawang

Cara:
1. Potong sayur mengikut kesesuaian.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
3. Masukkan isi ayam dan biarkan lembut dan masak.
4. Masukkan putik jagung carrot, kacang buncis, garam dan udang. Gaulkan rata.
5. Bila dah agak lembut masukkan bunga kobis dan brokoli dan juga air rebusan ayam, sos tiram & tepung jagung.
6. Bila dah mendideh masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.

hanieliza posted on 10-10-2005 09:45 AM


http://img.photobucket.com/albums/v302/hanieliza3/SayurKacang.jpg

GORENG KACANG PANJANG & CARROT

bahan
5 batang kacang pannjang
1 batang carrot kecil
3 kelopak kobis panjang atau kobis biasa
2 keping tahu putih
100 gm udang hidup
3 ulas bawang merah ]
1 ulas bawang putih ] mayang
1 biji cili merah ]
minyak untuk tumis
garam
air sikit

cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang.
2. Masukkan udang, kacang dan carrot.
3. Masukkan kobis dan garan serta sedikit air.
4. Kacau rata dan tutp sebentar.
5. BIla nampak sayur layu bolehlah dihidangkan.

hanieliza posted on 10-10-2005 09:46 AM


http://img.photobucket.com/albums/v302/hanieliza3/SaladRengkas.jpg

SALAD RENGKAS

bahan
daun salad
tomato
bawang besar
timun
lada kapsikum
telur rebus
sedikit gula
cuka dan minyak jagung

cara
1. Rendamkan salad dalam air dan toskan.
2. Potong tomato, bawang, timun , cili kapsikum dan elur rebus.
4. Susunkan sayur dalam pinggan hidangan.
5. Gaulkan gula, garam. minyak jagung dan cuka. Tuangkan atas sayuran

hanieliza posted on 10-10-2005 09:47 AM


http://img.photobucket.com/albums/v302/hanieliza3/SayurManis.jpg

SAYUR REBUS BAYAM DAN KELEDEK

bahan
250 gm bayam hijau
100 gm keledek
1 s/b udang kering
1 biji cili merah ]
secubit belacan ] tumbuk hancur
1 labu bawang besar
garam
air secukupnya.

cara
1. Daun bayam dan keledek di potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun bayam dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
3. Masukkan daun bayam dan biarkan mendideh semula.
4. Rasakan garamnya dan hidangkan.

hanieliza posted on 10-10-2005 09:48 AM


http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/GulaiPisang.jpg

GULAI CILIAPI PISANG MUDA

Bahan-bahan
1 sikat pisang muda
1 gengam ikan bilis
3 cawan santan pekat
2 cawan air
2 helai daun kunyit
garam

Bahan mesin
15 biji ciliapi 1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah

Cara
1. Pisang dibuangkan kulit dan potongkan nipis. R
2. Rebuskan dengan garam sehingga mendideh dan toskan.
3. Masukkan bahan mesin, ikan bilis dan pisang yg direbuskan dengan air dan renehkan sehingga mendideh.
4. Bila mendideh masukkan santan pekat dan daun kunyit.
5. Kacau supaya tidak naik minyak sehingga nampak mendideh sekali lagi.
6. Rasakan garam dan bila dah mendideh tutup api dan hidangkan.

hanieliza posted on 10-10-2005 09:49 AM

http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/PajeriBombayNenas.jpg

PAJERI BOMBAY NENAS akan TUMIS AIR SAYUR NENAS

Bahan-Bahan:
1 biji nenas yang sederhana besarnya
1 biji carrot kecil [ hiriskan kecil]
2 sudu besar gula
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
1/2 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukup rasa minyak untuk menumis

Bahan Tumis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara:
1. Nenas dikupas kulitnya kemudian dibersihkan matanya dan dipotong kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air,gula dan garam.
4. Bila telah mendideh masukkan nenas, cili merah dan hijau.
5. Biarkan mereneh sehingga mendideh dan rasakan garamnya.
6. Bila telah masak hidangkan bersama nasi minyak atau beriani.

hanieliza posted on 10-10-2005 09:50 AM


http://i13.photobucket.com/albums/a288/hanieliza5/masakan/SaladsMayo.jpg

SALAD SAYUR MAYONIS

Bahan Sayuran
Salad lectucce
timun
bawang besar
kobis manis
carrot
tomato

Sos Mayonis
1 cawan mayonis
1/2 cawan air sejuk
2 biji jus limau kasturi
1 s/k lada hitam

1. Gaulkan semua bahan supaya semuanya terkena mayonis.
2. Sejukkan sebelum dihidangkan.

hanieliza posted on 10-10-2005 09:51 AM


http://i10.photobucket.com/albums/a139/hanieliza7/masakan/KailanGoreng.jpg

GORENG KAILAN DGN BAWANG PUTIH

Bahan
500 gm sayur kailan
100 gm udang
1 s/b sos tiram
minyak


Bahan tumbuk kasar
10 biji ciliapi
5 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah


Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga garing.
2. Masukkan udang dan kacau rata.
3. Masukkan sayur kailan, sos tiram. Kacau rata.
4. Biarkan sebentar dan angkat.
5. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

hanieliza posted on 10-10-2005 09:52 AM

SUP SAYUR SIMPLE

Bahan
1 batang celery (bukan daun celery)
1/2 biji cili hijau capsicum
2 helai daun kobis panjang
1 biji tomato
1/2 batang carrot
1 keping dada ayam
1 cm halia
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
daun sup

Cara
1. Potong kecil semua sayur.
2. Rebus semua bahan dlm periuk kecuali daun sup.
3. Masukkan garam untuk memberi rasa dan biarkan mendideh

maria posted on 10-10-2005 10:16 AM

wah..best..best
thanks kak liza..;)

ni nak tanya kak liza..camne nak buat pajeri nenas yg macm kari tu?
then satu lagi saya nak tanya kak liza camne nak masak peria..nak hilangkan pahit sikit
dan pelbagai cara masak peria..

anyway thanks sekali lagi dan selamat berposa

zul_khaleeda posted on 10-10-2005 10:27 AM

mak aiii..

kejap je tinggal kan...bertepek2 resepi kak liza.
tima kasih...mu...ahh..cayang

zul_khaleeda posted on 10-10-2005 10:28 AM

bukannya apa..kengkadang tu bila terlihat gambo tu maka terdetik lah hati
nak masak mcm kita lihat....

shidaaziz posted on 10-10-2005 10:31 AM

paling simple, goreng kobis & campur dengan apa je sayur yang ada dlm peti ais. cukup senang.

zul_khaleeda posted on 10-10-2005 10:36 AM

tengok gambo kak liza...mulalah datang idea...apa nak masak petang nih..

hanieliza posted on 10-10-2005 12:32 PM

Originally posted by maria at 10-10-2005 10:16 AM
wah..best..best
thanks kak liza..;)

ni nak tanya kak liza..camne nak buat pajeri nenas yg macm kari tu?
then satu lagi saya nak tanya kak liza camne nak masak peria..nak hilangkan pahit ...

PAJERI NENAS

Bahan
1 biji nenas
3 s/b rempah kari ikan
3 s/b kerisik
2 s/b brown sugar atau gula biasa
1 biji kelapa
1/2 cawan minyak
garam

Bahan tumbuk
1 labu bawang besar
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 paket udang kering

Bahan tumis
5 biji bunga cengkih
2 sm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Nenas dibuangkan kulit dan matanya. Potong kecil.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan tumis  dan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuhkan. Kacau rata.
4. Masukkan nenas  sambil dikacau rata. Masaklah hingga naik minyak.
5. Masukkan santan, gula, garam  dan kerisik.
6. Biarkan reneh sampai mendideh dan pekat dan naik minyak.
7. Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

NOTA:

Cara potong nenas...

http://i10.photobucket.com/albums/a139/hanieliza7/pineapple-cut.jpg
http://i10.photobucket.com/albums/a139/hanieliza7/slice.jpg

pentium_catz posted on 10-10-2005 12:41 PM

KACANG PANJANG GORENG BERTELUR

Bahan-bahan
1 ikat kacang panjang (dipotong pendek2)
1 biji telur ayam
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (besar)- hiris2
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara membuat
        Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai
                     naik bau- then masukan cili merah tadi...
        Kemudian, masukkan kacang panjang dan gaul sebentar
        Masukkan telur dan gaul rata
        Akhir sekali barulah dimasukkan garam secukup rasa..siapppp..


KOFTA SAYUR - yg ni kwn bagi resepi..lom pernah cuba lagi,,try lahh

Bahan-Bahan   
300 g kentang dilecek
30 g kubis dihiris
1 biji bawang dihiris
1 biji cili dihiris
2 batang kacang buncis dipotong kecil
1 batang lobak merah dipotong kecil
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 sudu besar minyak
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk cili

cara2nya...       
Satukan semua bahan, gaul rata dan hidangkan.

pentium_catz posted on 10-10-2005 12:45 PM

ada org kata nak hilangkan pahit peria..
hiris peria nipis2..rendamkan sekejap dalam air yg dibubuh garam..
nak masak basuh dulu....

catz pernah try....

p/s: kak liza masak pajeri nenas ye...ptg ni?..

hanieliza posted on 10-10-2005 12:52 PM

KERABU NANGKA

bahan
Nangka muda secukupnya
3 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
3 sudu besar ikan bilis atau udang kering (ditumbuk lumat)
1 sudu besar air asam limau nipis/kasturi
1 cawan santan pekat.
garam

Cara membuat
1. Nangka dibersihkan dan potong kecil dan nipis.
2. Panaskan air dan garam dan rebus nangka sehingga lembut.
3. Angkat dan toskan nangka.
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam bersama ikan bilis atau udang kering.
5. Masukkan nangka ke dalam mangkuk besar dan campurkan bahan tumbuk, lada hitam, air limau dan sedikit santan.
6. Bubuh garam secukup rasa dan gaul rata. Setelah itu bolehlah dihidangkan

hanieliza posted on 10-10-2005 12:55 PM


http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/Jelatah.jpg

JELATAH atau KERABU NENAS

bahan
1 biji nenas muda
2 biji timun
2 labu bawang besar
1/2 cawan kacang tanah goreng
gula
garam


bahan tumbuk/mesin kasar
5 tangkai cili merah
2 s/b udang kering
2 ulas bawang merah
1 cm belacan

cara
1. Nenas dan timun dipotong kecil-kecil.
2. Gaulkan semua bahan-bahan tadi bersama sedikit garam
3. Masukkan kacang tanah yg ditumbuk dan kemudian hidangkan.

[ Last edited by hanieliza at 10-10-2005 01:23 PM ]

hanieliza posted on 10-10-2005 01:03 PM

http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/Petola.jpg

TUMIS SAYUR PETOLA

Bahan
2 batang petola
1 batang kecil carrot
1 biji cili merah
sedikit udang segar
sedikit air
minyak
garam

Bahan hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan  minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau rata.
3. Masukan petola, carrot, garam dan air. Biarkan mendideh.
4. Masukan cili merah hiris dan kacau rata.
5. Bila dah nampak layu boleh hidangkan.

hanieliza posted on 10-10-2005 01:26 PM

http://i10.photobucket.com/albums/a139/hanieliza7/masakan/KcgPnjngBerlada.jpg

GORENG BERLADA KACANG PANJANG

Bahan
300 gm kacang panjang
garam
minyak

Bahan tumbuk
100 gm udang hidup/segar atau  50 gm udang kering
5 biji cili hidup
10 ciliapi
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk  sehingga wangi.
2. Masukkan udang hidup atau udang kering.
3. Masukkan kacang dan garam. Kacau rata.
4. Angkat dan hidangkan
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: ANEKA RESEPI SAYUR