pentium_catz Publish time 10-10-2005 12:45 PM

ada org kata nak hilangkan pahit peria..
hiris peria nipis2..rendamkan sekejap dalam air yg dibubuh garam..
nak masak basuh dulu....

catz pernah try....

p/s: kak liza masak pajeri nenas ye...ptg ni?..

hanieliza Publish time 10-10-2005 12:52 PM

KERABU NANGKA

bahan
Nangka muda secukupnya
3 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
3 sudu besar ikan bilis atau udang kering (ditumbuk lumat)
1 sudu besar air asam limau nipis/kasturi
1 cawan santan pekat.
garam

Cara membuat
1. Nangka dibersihkan dan potong kecil dan nipis.
2. Panaskan air dan garam dan rebus nangka sehingga lembut.
3. Angkat dan toskan nangka.
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam bersama ikan bilis atau udang kering.
5. Masukkan nangka ke dalam mangkuk besar dan campurkan bahan tumbuk, lada hitam, air limau dan sedikit santan.
6. Bubuh garam secukup rasa dan gaul rata. Setelah itu bolehlah dihidangkan

hanieliza Publish time 10-10-2005 12:55 PM


http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/Jelatah.jpg

JELATAH atau KERABU NENAS

bahan
1 biji nenas muda
2 biji timun
2 labu bawang besar
1/2 cawan kacang tanah goreng
gula
garam


bahan tumbuk/mesin kasar
5 tangkai cili merah
2 s/b udang kering
2 ulas bawang merah
1 cm belacan

cara
1. Nenas dan timun dipotong kecil-kecil.
2. Gaulkan semua bahan-bahan tadi bersama sedikit garam
3. Masukkan kacang tanah yg ditumbuk dan kemudian hidangkan.

[ Last edited by hanieliza at 10-10-2005 01:23 PM ]

hanieliza Publish time 10-10-2005 01:03 PM

http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/Petola.jpg

TUMIS SAYUR PETOLA

Bahan
2 batang petola
1 batang kecil carrot
1 biji cili merah
sedikit udang segar
sedikit air
minyak
garam

Bahan hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskanminyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau rata.
3. Masukan petola, carrot, garam dan air. Biarkan mendideh.
4. Masukan cili merah hiris dan kacau rata.
5. Bila dah nampak layu boleh hidangkan.

hanieliza Publish time 10-10-2005 01:26 PM

http://i10.photobucket.com/albums/a139/hanieliza7/masakan/KcgPnjngBerlada.jpg

GORENG BERLADA KACANG PANJANG

Bahan
300 gm kacang panjang
garam
minyak

Bahan tumbuk
100 gm udang hidup/segar atau50 gm udang kering
5 biji cili hidup
10 ciliapi
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuksehingga wangi.
2. Masukkan udang hidup atau udang kering.
3. Masukkan kacang dan garam. Kacau rata.
4. Angkat dan hidangkan

hanieliza Publish time 10-10-2005 01:34 PM


http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/GulaiRebung.jpg

GULAI CILIAPI REBUNG DAN DAGING/PERUT

Bahan-bahan
500 gm rebung jeruk
300 gm daging
3 cawan santan pekat
12 batang serai
2 cawan air
garam

Bahan Mesin
20 biji cili api
3 ulas bawang kecil
2 cm kunyit hidup

Cara Memasak
1. Masukkan bahan mesin, serai, daging , rebung dan air dan didehkan perlahan sehingga daging lembut.
2. Bila dah mendideh dan daging lembut masukkan santan dan garam.
3. Kacau supaya tidak naik minyak dan bila dah nampak pekat/elok masak boleh tutup api.
4. Hidangkan dengan nasi putih.

hanieliza Publish time 10-10-2005 01:46 PM

dari ar
http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/Taugeh.jpg

GORENG SAYUR TAUGEH & TAHU

Bahan-bahan
2 keping tahu
300 gm taugeh
100 gm daun kucai
1/2 batang carrot
100 gm udang hidup
2 s/b air
3 s/b minyak
garam

Bahan hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan tahu dan gorengkan supaya agak garing.
3. Masukkan carrot dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan taugeh, daun kucai,cili dan sedikit air. Kacau rata.
5. Angkat dan hidangkan.

hanieliza Publish time 10-10-2005 01:51 PM

kak liza dah jumpa kat archive nun segala sayuran..
SAYUR

zul_khaleeda Publish time 10-10-2005 04:23 PM

masakan rebung tu kecur air liur...

Tillingtan Publish time 11-10-2005 03:08 AM

Kacang Buncis goreng tomato

Kacang Buncis di potong sepanjang ~ 1 inci atau lebih.
1 atau 2 bigi tomato di hiris 1/2 dan 1/2 lagi
2 ulas bawang putih di ketuk dan di chopped halus.

Panas kan minyak, umis bawabg putih hingga wangi
Masukkan tomato, goreng hingga kelihatan agak bertukar warna.
Masukkan kacang, gaul dan masukkan sedikit air.
Goreng hingga kacang masak.
Masukkan garam secukup rasa

Rasa masakkan ni, masam masamdan masin..

N/B. jika guna banak kacang, tambahkan tomato dan bawang. The pan has to be really hot so that bila masukkan tomato, ia naik asap, then you can reduce the heat.

shidaaziz Publish time 11-10-2005 09:51 AM

Shida suka goreng kacang buncis dengan telur. Paling simple.

Bunga_ketela Publish time 11-10-2005 10:00 AM

Ish... tgk resepi kak liza, malulah pulak nak bg.... tapi takpelah kot ada yang nak try resepi simple saya ni....

ASPARAGUS

Bahan:
Boleh guna asparagus dicampur dgn babycorn, "kulat telinga kera" (tak tau nama lain) but kena potong kecil2. Asparagus tu potong cam biasala....
Halia & bawang putih (tumbuk atau parut)
Bijan (goreng dulu)
kicap

Cara:
Tumis halia & bawang putih
Masukkan sayur & stir fry.
Letak kicap (kalau nak berkuah letak air sikit)
Bila dah masak, masukkan bijan.
Siap

nurul_anati Publish time 11-10-2005 11:23 AM

asben nurul suka mkn sayur campur chinese style..

bawang putih - chopped
sos tiram
jagung muda
bunga kobis
carrot
cendawan
brokoli
udang segar

1.tumis bwg putih, masukkan sos tiram, masukkan udang...
2.campur air sket... masukkan carrot & jagung muda
3.bila dah empuk.. masukkan plak bunga kobis & brokoli
4.last sekali masukkan cendawan & garam secukup rasa

shidaaziz Publish time 11-10-2005 11:29 AM

kat mana ada jual cendawan kukur ha? ala.....cendawan pokok getah yang kecik-kecik tu. ada tak sesiapa yang jual. shida nak beli.

fhanem Publish time 11-10-2005 11:47 AM

sayur lemak nenas campur ikan sepat masin pun sedap

nurul_anati Publish time 11-10-2005 12:04 PM

Originally posted by shidaaziz at 11-10-2005 11:29 AM
kat mana ada jual cendawan kukur ha? ala.....cendawan pokok getah yang kecik-kecik tu. ada tak sesiapa yang jual. shida nak beli.

skang susah nak dpt shida.. kat pasar tu kalau ada pun makcik2 yg jual..

maria Publish time 11-10-2005 12:07 PM

thank you kak liza for the pajeri nenas resipi
i akan try this weekend..

dah tu tengok gambar lauk masak lemak rebung tu..tercabar iman time2 posa ni
memang la rebung tu favorite..masak apa aje la semua ngap
masak rebung tempoyak pun sodap...nyam..nyam...

hanieliza Publish time 11-10-2005 01:19 PM

Originally posted by shidaaziz at 11-10-2005 11:29 AM
kat mana ada jual cendawan kukur ha? ala.....cendawan pokok getah yang kecik-kecik tu. ada tak sesiapa yang jual. shida nak beli.
kat kerteh ni memang selalu kak liza jumpa..
kalau shida nak..boleh kak liza poslaju...
mengidam ker....:hmm:

shidaaziz Publish time 11-10-2005 02:07 PM

Originally posted by hanieliza at 11-10-2005 01:19 PM

kat kerteh ni memang selalu kak liza jumpa..
kalau shida nak..boleh kak liza poslaju...
mengidam ker....:hmm:

Ada ye kak liza. Bukan mengidam. Tapi dah lama sangat tak makan cendawan ni. Kat kampung dulu ada le. Kak liza, kalau ada, nak kirim tolong belikan. RM10 banyak tak? Nanti kak liza buat pos laju & jangan lupe bagi no akaun kak liza ye. segan le kalo free je.

fistik Publish time 11-10-2005 02:23 PM

kalau masak mee suah yg campur kobis tu kira masakan sayur ke ...saya suka sgt mee suah ni ...

mee suah 2 keping
kobis dipotong halus
udang kering dan bawang putih utk tumis
minyak utk tumis
air utk sup
garam
hirisan cili (kalau suka rasa pedas2 sikit)

cara masak ...

panaskan minyak
masukkan bawang putih yg telah ditumbuk dan udang kering
tumis hingga kekuningan
masukkan kobis, cili ..goreng sekejap ...pastu masukkan air...masuk garam
bila kobis dah hampir masak, masukkan mee suah ...
kacau sekejap ..terus tutup api ...kalau biarkan lama mee suah akan kembang sgt ...

sedap makan ketika panas ...kalau dah lama sgt mee suah tu jadi lebih kembang ...

saya kalau ada mee suah ....makan nasi ngan mee suah je dah cukup... udang kering dlm tu jadi lauk ..
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: ANEKA RESEPI SAYUR


ADVERTISEMENT