mysuria posted on 4-10-2005 10:38 PM

make love lepas bersalin

Mmm..tak tau la thread ni dah ada ke belum..kalau dah ada sori ek..tp mysuria nak tau jugak..lepas bersalin..agak2 berapa lama kena stop make love?yg forumers semua tau la..advise dr doc ke??

kiss posted on 4-10-2005 10:42 PM

ader org lepas pantang 44 hari terus make love...

tapi family kiss...gune petua 100 hari..tak tau nape..ikut jerr....

fairyjasmine posted on 5-10-2005 03:15 AM

Ikut Islam- dibolehkan sebaik darah dah kering, after mandi hadas

medically -whenever you feel ready, dr kata ok, ok je..ni kalau mat salleh, darah tak keing lagi dah boleh...(ada mat salleh 2/3 hari lepas bersalin dah 'on' dah)


tradisionally -org melayu kita ni pantang macam2, ada 44 la 100 la..I dunno what's the reason..mebe ade akak2 berpengalaman bleh kasik tahu?

but whatever you decide nak ikut, kalau taknak peknen right after bersalin tu...jgn lupa carik pendinding ekkk

[ Last edited by fairyjasmine at 5-10-2005 03:16 AM ]

akucome posted on 5-10-2005 07:30 AM

come hari ni dah masuk 70 hari...tapi still tak make love lg...mlm td suami dah senyum2..tp come tak ready lagi...entahlah...takut sakit pun ya..malas nak mandi pepagi pun ya...tapi lambat laun kena jugak kan..sian plak kat suami tu...

yazmeen posted on 5-10-2005 09:07 AM

meen dulu mak advice 100 hari baru on. tp at last langgar jugak la..1st time tu takut sangat. dahla masa deliver tu kena forcep so stiches lebihla sikit dr yg deliver normal. mcm2 fikir...

atira posted on 5-10-2005 09:35 AM

hmmm...
aku ikut hukum
darah kering on je...
yg 100 hari tu aku tak tau apa rasional dia

fairyjasmine posted on 5-10-2005 09:45 AM

Originally posted by atira at 5-10-2005 09:35 AM
hmmm...
aku ikut hukum
darah kering on je...
yg 100 hari tu aku tak tau apa rasional dia


ehh korang rasa kan, org tetua dulu2 suh pantanng 44/100 hari etc ni...sbb nak jarakkan anak ke ha?? lepas tu..cakap la kalau tak ptg jadi gini, gitu?? nak takutkan kita

ni nenek aku sendiri cakap, byk pantang org dulu, ada udang sebalik mee..

contohnya..

jgn menyanyi waktu masak, nanti dapat laki tua -takut lauk hangit

jgn potong kuku mlm2 nanti jadi apa ntah -dedulu pakai pelita, so takut tergunting jari

jgn menyabung, nanti mak mati -sbbnya kalau budak2 menyabung, nanti dihentakkan kaki kat lantai -lantai dulu2 kan kayu, nanti kalau ada adik kecik, adik jaga and nangis

jgn duk atas bendul - org susah nak lalu da...

jjgn mkn  makanan berminyak etc lepas bersalin- nak bagi kurus, takut laki lari/ cari lain..ala2 diet org2 tua la ni..

kena pakai param/pilis semua tu -sbb nak bagi kita bau herba and muka coreng2.. nanti laki pun takder la rasa 'tergoda'

ikat tocang kepala lam pantang, takut masuk angin -again, sama macam atas, nak bagi tak menarik dipandang somi..so takder la tergoda...

diana1893 posted on 5-10-2005 10:02 AM

thanks my suria i baru nak topic ni
actually i baru habis pantang semalam
hubby pun tanya gak semalam
tapi diana yg takut sbb diana deliver vacum
jahit banyak so trauma tak habis lagi....   takut sakit....
ingat lepas 60 hari baru make love kot.....

ijazahri posted on 5-10-2005 10:10 AM

kalo vaginal delivery, pas tu kene vacuum/forceps mmg bayk jahitan. siap tiga lapis lagi jahitannyer dan berbentuk 'J'. kat cangkuk 'J' tu la sakit yg amat. lambat skit nak baik. walau dah lepas 44 hari, mmg masih sakit bila bersama. kesian kan hubby punyer pasalkan, pada hari ke 60 dah bersama. tapi, mmg sakit.......

so.... kalo jahitan byk, lambat kan skit la... harap2 para suami fahammmmmmm.....

yazmeen posted on 5-10-2005 10:22 AM

Originally posted by ijazahri at 5-10-2005 10:10 AM
kalo vaginal delivery, pas tu kene vacuum/forceps mmg bayk jahitan. siap tiga lapis lagi jahitannyer dan berbentuk 'J'. kat cangkuk 'J' tu la sakit yg amat. lambat skit nak baik. walau dah lepas 44 ...

masa meen deliver dulu hubby tunggu dr awal hingga akhir. masa Dr tengah duk menjahit tu, tengok hubby dah semacam dah. ni mesti kes gerun & tak sampai ati nak tengok. tu lah lepas 3 bulan baru on.. dia takut gak kott

zaida posted on 5-10-2005 10:34 AM

Originally posted by atira at 5-10-2005 09:35 AM
hmmm...
aku ikut hukum
darah kering on je...
yg 100 hari tu aku tak tau apa rasional dia

sama la... ida rasanya dlm hari ke60 kot... darah kering jer, dah mandi hadas kira dah buleh dah... lg pun ida bersalin c-sect... takde la luka kat bwh.. cuma sakit kena seluk  masa bersalin tu jer la....

Oshin posted on 5-10-2005 10:58 AM

Korang cerita jahit jahit ni buat Shin rasa ngeri.

Sakit ke?

sofeahisyam posted on 5-10-2005 10:59 AM

first time after a long break...mmg sakit sikit..hik hik rasa balik pengalaman masa first night tu..

katak_kiut posted on 5-10-2005 11:14 AM

Originally posted by atira at 5-10-2005 09:35 AM
hmmm...
aku ikut hukum
darah kering on je...
yg 100 hari tu aku tak tau apa rasional dia

sebenarnya reason org dulu2
supaya ibu tu dah betul2 bersedia
bukan sahaja dari segi fizikal
tapi gak mental
bila dah rehat yang cukup
baru ada tenaga
lagi pon org dulu2 byk proses masa dalam pantang
urut, mendiang, bertungku, tangas, bengkung laaa
lulur, sauna, masker pon ada semua
kiranya dalam jangkamasa 100 hari tu
diharap kesihatan mental & fizikal ibu dah pulih kepada keadaan asal
si ayah yang melihat pon berselera

arysa posted on 5-10-2005 01:07 PM

terpulang pada diri individu... bila dia rasa dia dah bersedia utk bersama dgn suami, by all means, teruskan. tapi jgn la gelojoh sangat...start slowly, foreplay itu perlu utk dptkan mood...lepas bersalin ni kekadang mood tu hilang...kena catch up balik...

katak_kiut posted on 5-10-2005 02:41 PM

Anda Musykil? Dr Ma****a Menjawab --> Petikan dari Harian Metro

Harus setubuhi isteri selepas tempoh nifas


ADAKAH menjadi kesalahan jika suami menyetubuhi isterinya sebelum tamat tempoh 44 hari berpantang?

Minta Datuk terangkan dengan jelas mengenai tempoh pantang dan perkara yang dilarang sepanjang tempoh ini.

NINA,
Johor Bahru

JAWAPAN

Suami boleh melakukan persetubuhan asalkan isterinya sudah tamat nifas. Ada dua perkara yang harus dibezakan di sini, iaitu pantang dan nifas.

Berpantang yang dilakukan selama 44 hari adalah atas tujuan kesihatan.

Nifas pula adalah larangan yang wajib dipatuhi, iaitu dalam keadaan masih ada darah nifas, suami haram bersetubuh dengan isteri.

Perlu difahami, tempoh nifas bagi seorang wanita itu berbeza-beza, ada yang tamat nifas selepas 30 hari dan ada yang sampai tempoh paling panjang iaitu 60 hari.

Jika si isteri sudah habis nifas ketika 44 hari, suami harus bersetubuh dengannya setelah dia suci dengan mandi hadas besar. Dia boleh meneruskan pantangnya yang lain selepas itu.

honeybee1802 posted on 5-10-2005 04:00 PM

kite pantang 100 ari.memula payah gak ngan hubby tuh.kite plak ngeri ngan jahitan...sib baik jumper artikel dr hamid arshat...dia ckp ok gak 3bulan tuh rest dulu kasik rahim betul sembuh....

arysa posted on 5-10-2005 11:20 PM

ada satu majalah, namanya FEMININ (ada keluar iklan dlm metro ahad yg lepas).. harganya RM5 lebih. ada beberapa artikel tentang seks selepas bersalin. cubalah cari di kedai2 majalah.

NOTA: majalah ni agak "panas" isi kandungannya...

[ Last edited by arysa at 6-10-2005 10:49 AM ]

nashra posted on 5-10-2005 11:57 PM

:rf::rf:

:malu::malu:

aduhai..malu ler kita..hehe..

tapi senyum simpul je kat sini baca posting korang..

kot2 ada petua, boleh ler kongsi..:)

akucome posted on 6-10-2005 08:40 AM

come bersalin cara vakum...jahitannya masyaAllah...sejam come tgg dr tu menjahit...berlapis2 rasanya....sosampai la ni pobia...otot2 rahim pun rasanya belum betul2 kuat sbb kadang2 rasa tegang je kat situ masa membuang air...dahlah waktu pantang come tokleh ambil jamu apa2 sebab baby alah...come minum gamat je...takut plak kalau rahim lom betul2 sembuh...la ni tgh pujuk cik abg agar bertahan sampai 100 hari...harap2 dia faham la...

nasi^impit posted on 6-10-2005 09:25 AM

me kena c-sect, so kira bawah tu macam dulu2 jugak
family suruh pantang 100 hari
tapi seminggu lepas kering jer, hubby dah pujuk, terus cair.. ekekeke :lol

storm posted on 6-10-2005 09:41 AM

Seram arr baca, sedangkan sebulan sekali pun dah terasa ngilu..apatah lagik lepas kat bawah tuh dijahit..macam tak sanggup jek...

mysuria posted on 6-10-2005 10:19 AM

mm..kiranya plg awal lepas darah nifas abis la ye?? mysuria dulu masa first baby dekat 3 bulan jugak baru on..tp kali hb ni dok bg signal dah ni...Mmm..tu la..bukan apa..takut jugak kan??kot2 nanti ada masalah apa...dia jugak yg susah..:cak: anyway..tq for the info..

akucome posted on 6-10-2005 10:44 AM

Originally posted by storm at 6-10-2005 09:41 AM
Seram arr baca, sedangkan sebulan sekali pun dah terasa ngilu..apatah lagik lepas kat bawah tuh dijahit..macam tak sanggup jek...

hehe storm dah berapa bulan? come masa pregnant dulu bersama suami 2 mggu sekali..tu pun liat je nk bagi..sbb mmg rasa ngilu....apatah lagi lepas berjahit ni..ayoyo....tak snaggup rasanya...tp sian kat suami le

diana1893 posted on 6-10-2005 03:49 PM

mlmm tadi diana borak dgn mak baru i...
dia ceritalah pasal pantang2 ni, dia pulak jenis cakap terus terang je
dia ckp dgn diana pantang dgn hubby for 100 days
sbb nanti kalau jadi hal, kita jugak yg merana...laki lepas tangan silap2 lepaskan kita terus
dia cerita pasal perempuan kalau rahim belum kuat tapi make love jugak boleh dapat penyakit tombong...
seram dgr cerita ni...makcik kata dah tak guna hidup kalau dapat penyakit tombong ni...
so mlm tadi jugak i ckp kat hubby 3 bulan baru blh make love....
nasib baik hubby faham...
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: make love lepas bersalin