Megahertz posted on 16-10-2005 02:57 PM

Lagu-lagu melayu rakyat

Selain dari cerita hikayat melayu, terdapat banyak lagu melayu rakyat yang menjadi sebahagian dari hiburan , untuk mendodoikan anak dan sebagainya, contohnya :

Pok Amai Amai
Belalang Kupu Kupu
Tepok Biar Ramai
Malam Karang Upah Susu

Susu Lemak Manis
Santan Kelapa Muda
Adik Jangan Nangis
Emak Nak Buat Kerja

Lagu-lagu ini telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi tanpa diketahui siapakah pencipta asal lagu tersebut.

Sama-sama lah kita bincangkan tentang lagu rakyat ini...

[ Last edited by Megahertz at 16-10-2005 02:59 PM ]

MOONkerBULAN posted on 16-10-2005 09:53 PM

ntahler....aku pong tatau saper komposer dier...maybe lagu tuh tercipter dgn spontan...contohnyer maser tgh dodoi anak...itu mungkin doa si ibu utk si anak supayer anak menjadik anak yg berguner kelak....

riccckyyy posted on 17-10-2005 01:03 PM

lagu rakyat malaysia yg paling popular, rasa sayang:-

rasa sayang
eh rasa sayang
sayang eh
eh lihat nona jauh
rasa sayang
sayang eh.......

Megahertz posted on 17-10-2005 09:26 PM

jong jong inai jugak sebuah lagi lagu rakyat...

jong jong inai
mak ipong raja wali
sepak tunggul inai
berdarah ibu jari

bug_vengeance posted on 17-10-2005 11:20 PM

yg satu lagi tu

can mali can
oii oii
can mali can
ketipung payung

:bgrin:

Kimmy posted on 18-10-2005 08:36 AM

buai laju2 pun lagu rakyaat gak kan?...aku dah lupa lirik dia...yg aku ingat:

buai laju2
sampai cucur atap

Megahertz posted on 18-10-2005 06:27 PM

buai laju laju
sampai pokok sena
apa dalam baju
sekuntum bunga cina

yg sampai cucur atap tu aku tak ingat....
takder ke saper saper boleh sambung ?

riccckyyy posted on 18-10-2005 06:43 PM

ikan kekek

ikan kekek mak iloi iloi,
ikam gelama mak ilai ilai..

tu jer yg aku tau.

fleurzsa posted on 18-10-2005 09:34 PM

Salam,

Ulek mayang kuulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala

millennium girl posted on 19-10-2005 07:39 AM

bangau o bangau kenapa engkau kurus
mcmana aku tak kurus.. ikan tak timbul2..

millennium girl posted on 19-10-2005 07:40 AM

lompat si katak lompat
lompat la tinggi tinggi
.....

pastu aku tak igt aaa :bgrin:

millennium girl posted on 19-10-2005 07:41 AM

ni lagi satu

air pasang mlm surut pukul lima
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi batas
itik bertelur ayam menetas

millennium girl posted on 19-10-2005 07:42 AM

tp.. sumer lagu2 tu aku tatau sapa yg cipta.. kira ni mcm lagu turun temurun kot :hmm:

millennium girl posted on 19-10-2005 07:43 AM

ada lagik aa

nenek nenek si bongkok tiga
mlm tido siang berjaga
....

pon tak igt gak sambungannye :bgrin:

puterikhaleeda posted on 21-10-2005 10:22 AM

sep sep sep
mi mi mi
nyonya bangun pagi siram pokok bunga..
pokok bunga melur tanam tepi pantai
itek bertelur ayam menetas..
cik baba jatuh dalam parit
cik minah ketawa jerit jerit
kek kek kek
kuih bangkit
sapa ketawa dia kene cubit


ni kira lagu rakyat ke?????

yg peliknya, kawan dari utara sampai laa ke selatan... pun tau lagu ni, walhal tak penah dimainkan kat radio.. cam ne leh merebak eh?

puterikhaleeda posted on 21-10-2005 10:23 AM

satu lagi..

sapu sapu ringgit
tersapu rumah papan
datang buaya kodong
ter kodong kaki tangan

ehhehehee kelaka laa ingat masa kecik kecik dedolu

fleurzsa posted on 21-10-2005 01:42 PM

Originally posted by Kimmy at 18-10-2005 08:36 AM
buai laju2 pun lagu rakyaat gak kan?...aku dah lupa lirik dia...yg aku ingat:

buai laju2
sampai cucur atap

Buai tinggi2,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab.

fleurzsa posted on 21-10-2005 01:46 PM

Originally posted by millennium girl at 19-10-2005 07:41 AM
air pasang mlm surut pukul lima
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi batas
itik bertelur ayam menetas

Air pasang pagi surut pukul lima,
Nonya bangun pagi siram pokok bunga,
Pokok bunga melur tanam atas batas,
Itik bertelur ayam menetas.

Cik Baba jatuh dlm parit,
Cik Aminah ketawa jerit2,
Naik keretapi singgah Kuala Lumpur,
Dpt bini cantik terselit  bwh dapur.

riccckyyy posted on 21-10-2005 03:22 PM

Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Megahertz posted on 21-10-2005 09:27 PM

kenek kenek la ude, lembu patah tanduk
cik mek keno la gode, cik awe keno tumbuk.....

riccckyyy posted on 24-10-2005 06:29 PM

ikan... di laut...
asam... di darat...
dalam... periuk...
mesti.... muafakat....

macam pernah dengar jer lagu ni.

Megahertz posted on 24-10-2005 10:25 PM

tu bukan iklan hari kebangsaan tahun lepas ker ??

riccckyyy posted on 24-10-2005 10:37 PM

itu lagu rakyat jawa johor, iklan deeparaya petronas tahun lalu dan tahun ini.

Megahertz posted on 24-10-2005 10:40 PM

ooo... maknanya lagu rakyat jugak la tuh.....

firebird909 posted on 1-11-2005 09:26 AM

aku ingat lagu nyonya tu tp versi lain

Air pasang dalam
Surut pukol lima,
Nyonya bangon pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melor
tanam tepi pantai
itik bertelor ayam menetas

Ayam bulu balek
berak atas tangga
nanti abang balek
bawa anak dara

anak dara datok
mandi tepi kolam
apa lauk datok
nasi dengan ulam

buah kachang ketot
bilang satu satu
tido adek tido
takut burong hantu

naik keretapi
turon Kuala Lumpor
cari bini isteri
terselat bawah dapor....

huhuhu... ni versi yg atok ngan mak aku nyanyikan kat aku mase kecik dedulu....
:bye::bye::bye:
Page: [1] 2 3
View full: Lagu-lagu melayu rakyat