fizzy_dinzy Publish time 8-9-2007 04:53 PM

Reply #35 cendawan_butang's post

thanks for the links..dpt dengar macam-macam lagu2 rakyat...

Best sangat.....:loveliness:

w4n Publish time 10-1-2009 09:14 AM

Kenape lagu Ulik Mayang x tersenarai???:'( :'( :'(

shawbrother Publish time 10-1-2009 11:07 AM

Nenek-nenek sibongkok tiga

cucu ckp:

nenek2 sibongkok tiga..
siang mengantuk mlm berjaga..
mencari cucu dimana ada..
nenekku kawin dgn anak raja..

nenek ckp:

cucu2 tak dpt lari..
nenek tua byk sakti..
skrg nenek nak cari ganti..
sape yg kena dia yg jadi..

hai mambang..!!ikat tgn mereka..!!

lagu ni ambik bulat2 dari citer Musang Berjanggut..:lol:

sengokcin Publish time 10-1-2009 02:06 PM

Reply #20 Megahertz's post

ni lagu asal mana? sebab kat kelantan tak pernah dgar lagu ni, yg aku tau, org nogori yg nyanyi

totokreturn Publish time 21-1-2009 05:26 PM

lagu rakyat pahang....

lagu neh pernah siti nurhaliza nyanyi.....

Siti Nurhaliza

Walinongsari

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Datangnya dari puncak gunung Tahan
Puncak gunung Ledang, gununglah Banang

Turunlah bermain di taman sayang
Memetik bunga-bunga, menyusun bunga-bunga
Di dalam taman

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Pandai menyabung pandai
Bersilat gayung, melambung lembing
Pandai melambung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datanglah mari
Datang membawa talam
Datanglah mari

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa turun
Membawa payung
Payung berwarna kuning
Membawa payung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa talam
Talam dari kayangan
Membawa talam

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Puteri yang cantik dari gunung Banang
Dari gunung Tahan, gununglah Ledang
Turunlah hai tuan

Turun segera
Memetik bunga-bunga
Menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Puteri yang cantik
Hai... dari kayangan

yetta Publish time 21-1-2009 11:50 PM

watimang watimang landok,
landok sesama landok

aku suke lagu ni, tapi bila aku tanye kwn2 tengganu aku, hampeh diorang sendiri x tau apa makna watimang landok tu.

arif_doudo Publish time 7-7-2010 06:36 AM

Saya ada boleh tanyakan beberapa perihal:
1. Erti "Patendu-Patende" dalam bahasa Terengganu, serta "Embun Sosek" dalam bahasa Kelantan tu ap ke? Sy pernah ad dengar di Indonesia lagu serupa, dan sy cari kat sini ertinya pon ad...
2. Ni sy senaraikan lagu-lagu nak dianggap lagu rakyat Malaysia atas dasar threat sepemulaan:
[*]Injit-injit Semut, lagu rakyat Jambi, sudah diiktirafkan oleh pemerintah tempatan[*]Lancang Kuning, lagu rakyat Riau dan Kepulauan Riau, sudah diiktirafkan oleh pemerintah tempatan[*]Pok Ame-ame: Sy tak tahu lgu daerah mana, yang jelas tu bukan lagu Malaysia; Ni liriknya dalam bhsa Indonesia: "Pok Ame-ame, belalang kupu-kupu, siang makan nasi kalau malam minum susu, susu kental manis dicampur kelapa muda, adik jangan nangis ditinggal mama kerja"... Cb bandingkn dg lirik "versi Malaysia" di atas...[*]Ayo Mama, lagu rakyat Maluku, sudah diiktirafkan oleh pemerintah tempatan

darthery Publish time 12-10-2010 12:33 PM

Ayohai... namapun kebanyakkan rakyat disini berasal dari tanah seberang sana.. huhu istilah pun lagu rakyat.. jadi kalau ada yang sama itu xapa lah... mungkin lagunya berasal dari sana.. tpi di bawa kemari oleh orang2 yg akhirnya menjadi rakyat Malaysia.. so, x salah kan kalau dikatakan lagu rakyat.. huhuhu

Pok amai-amai, Belalang kuku-kupu,
tepuk biar pandai, nanti emak upah susu,
Susu lemak manis, santan kelapa muda,
Adik jangan menangis emak nk buat kerja...

ade lagi lagu kanak2 yg aku suke gile:

1) Alif ba ta, pak aji mata buta, nk cium anak dara, tercium bontot kuda.... (mak aku cukup marah kalau nyanyi lagu ni hahaha)

heheh to be continue lol

king_kenny Publish time 13-10-2010 04:32 PM

anak rusa nani baru kembang ekor,
apa dosa kami, tuan tak mahu tegur,
buai laju2, sampai pohon ara,
apa dlm baju sekuntum bunga cina.
buai tinggi2 sampai cucur atap,
belum tumbuh gigi,pandai baca kitabbbbbbbbbbb.

..............................................................................

Lagu 3 kupang,
saku penuh padi,
enam ekor burung,
masuk dlm kuali,

bila sudah masak,
Burung nyanyi saja,
tentu sedap makan,
beri raja,

Raja dalam rumah,
buat kira2,
suri dlm dapur,
makan roti gula,,

heiii

Dayang tepi kolam,
mahu jemur tepung,
datang burung hitam,
patuk batang hidung hidung hidung hidunggggg

sriwanis Publish time 14-10-2010 10:06 PM

lagu anak ayam..

''anak la ayam..."
anak ayam turun sepuluh..
mati seekor..mati seekor..
tinggal sembilan...

lagu ni ader dlm citer p.ramlee kan tak igt dh tajuk ape....yg dinyanyi oleh "si labi"

sriwanis Publish time 14-10-2010 10:09 PM

chop!chop! satu lagi lebih kurang cam lagu anak ayam..iaitu lagu "sepuloh budak hitam"
Pages: 1 2 [3]
View full version: Lagu-lagu melayu rakyat


ADVERTISEMENT