putubambu Publish time 11-1-2006 12:12 PM

Petua ubati lelah..

Salam..

err..korang pernah dengar tak yg petua kalau bebudak lelah ni kena makan sup tupai?
adik ipar kita cakap ada kawan dia kasi anak kecik dia makan sup tupai.. baik lelah dia tu..
dia suruh kasi kat baby kita si Ammar ni sup tu pasal anak kita ni kategori lelah teruk gak le..

tapi.. aku yg tak sanggup nak tgk.. :stp: apa lagi nak biar dia menelannya...
kalau korang sanggup tak?


so far sekarng ni selain drp pakai euro chamber tu..
bila tiap kali balik kg.. aku akan berubat lelah ngan atuk aku tu.. ubatnya cuma sedikit madu dan air batang pelepah pokok pisang awak (sib baik belakang rumah PIL aku ada pokok pisang awak tu).. peh tu ada le doa2nya sikit...

ada tak petua tradisional yg lain....?

honeybee1802 Publish time 11-1-2006 12:37 PM

erk...sup tupai?kalo haku pung tak sanggup..kite lak anak rsnyer mcm dah ok skang..maknyer yg lelah dtg balik lak...
petua yg ija kasik..rendam bunga cengkih dlm segenggam air suam then embunkan semlman..then pgnyer minum...
petua yg kite tgh pakai..kire tgh evaluate le nih...kite telan habbatus sauda ngan madu...Alhamdulillah...selsema pun kurang..ari tuh awal lelah dtg balik mmg mcm takmo berenti dah..tetiap ari bergantung kat ventolin..nih Alhamdulillah ler...
pehtu nih petua dr india kot...rendam buah tin dlm air semlman...then pg esoknyer sblm mkn haper minum.pehtu rendam lagik segelas..minum ptg ke mlm gitu...nih gue lom try lagik..sbb tatau mana nak carik buah tin..
pehtu pantangnyer mcm mende minyak2 tuh..selain senang gatal tekak..then minyak tuh leh lemahkan salur pernafasan tuh...sbb minyak2 tuh byk omega6..so mende nih senang inflamekan salur pernafasan tuh...kalo omega3 dia sebaliknyer...tp minyak ikan aku lama tak mkn lak...lg yg bgs utk salur tuh..bwg putih,bwg merah ngan apa lg satu ek...luper dah...aku pakai yg no2 n pantang skit ah..ngk le mcm mana...

putubambu Publish time 11-1-2006 12:44 PM

air rendaman bunga cengkih tu boleh kasi kat baby ke?
anak kita tu baru 1 tahun 2 bulan..


lagik satu... kalau minyak naufara tu elok tak?
korang pernah dengar tak?

honeybee1802 Publish time 11-1-2006 03:56 PM

ooo..igtkan anak yg dlm gambor tuh putu..rsnyer kalo dak setaun lebey mcm tak sesuai lak kasik minum bunga cengkih..kite try sekali dua pun sabo je ler..hehe..kalo bleh segelas nak teguk skali harung jek...nih utk tatapan putu dan org senasib...
Diet for asthma and eczema
by Sue Gilbert, MS


QI have a six-year-old daughter who suffers from asthma and eczema. I have heard about controlling these illnesses through diet. Is there a connection, and what foods might be helpful or harmful for her? Thank you for your time.





Ans
Diet can affect asthma in two ways. First, some foods can provoke asthma attacks by causing an allergic reaction. If you find that eating certain foods are closely followed by an asthma attack, then, as you probably know, those foods need to be eliminated from your daughter's diet in order to prevent such attacks. Some of the most common food-allergy asthma triggers are: eggs, nuts, milk, sulfites, fish and chocolate.

Diet can also affect asthma by helping to control the severity of an attack. Food can actually dilate air passageways, opening them up for freer breathing. One of the best-known foods for doing this is coffee, due to the caffeine, but you not want to offer coffee to your daughter, as caffeine can have other unwanted side effects. Food can also help by thinning the mucus so that it can move out of the airways, easing breathing.

There are even some foods that offer an immediate relief from an attack. The foods in this category include the spicy, pungent foods like chili, hot mustard, garlic and onions. It may be that these hot foods work by stimulating nerves, resulting in the release of watery fluid in the mouth, throat and lungs. This watery secretion will help to thin down the mucus so that it can more easily move out of the airways. Thirdly, some foods can control inflammation of the airways because they contain anti-inflammatory components in their chemical makeup. Foods that help to do this include onions (these are particularly good), fatty fish (fish oil is a proven anti-inflammatory high in omega 3 fatty acids) and vitamin C-packed foods.

Studies have also shown that a diet high in dairy and meat cause more asthma attacks than vegetarian diets. It may be that there are more allergenic components in dairy and meat. Vegetable oils high in omega-6 fatty acids should be avoided as it promotes inflammation. Oils high in omega-6 fatty acids include sunflower oil, corn oil and safflower oil.

Like asthma, a flare-up of eczema can be triggered by allergen-containing foods. Similarly, the way to prevent the flare-up is to avoid the food. In order to prevent unnecessary restriction of foods in your daughter's diet, it would be wise to consult with an allergist so that you can pinpoint the culprit. Unlike asthma, however, I cannot find evidence of diet affecting the treatment of eczema. It seems that more atopic cures must be used. In addition to avoiding the offending food, if that is the cause of your daughter's eczema, try to keep your daughter well-hydrated. This will help insure that her skin does not dry out and become flaky, compounding the eczema.

If you haven't already, I suggest that you visit The Food Allergy Network at http://foodallergy.org as they may have some helpful suggestions for you.

Thank you for writing. I hope that these dietary suggestions offer some relief to your daughter.

maeya_78 Publish time 11-1-2006 06:17 PM

ASMA TIADA UBAT, PERLU DICEGAH

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan

Sedutan (Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.

Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:

1. Selamat dan cepat memberi kesan.

2. Ubatnya berkesan selama empat jam.

3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.

4. Ulang setiap dua atau tiga jam

5. Boleh digunakan sebelum bersenam.

6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)

Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.

Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma


Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.

Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.
Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.
Pewarna makanan.

Asap dan debu.
Debu/kutu rumah (house mite).
Senaman berlebihan.

Tekanan

Jangkitan seperti vlrus dan selsema.

Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.

Genetik.
Apa patut anda buat jika diserang asma.

Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.

Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.

Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.

Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.

Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkcm supaya segera berjumpa doktor.

Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.

Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.

Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.

Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.

Peringatan :

1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.

2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.

3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.

4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.

5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma

7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.

JELITA, JULAI 1997, M/S 170 -171

yuzzy Publish time 21-3-2006 08:39 PM

Hi, saya org baru, tertarik pulak baca topik ni sbb anak yuzz pun ada lelah jugak

yuzzy Publish time 21-3-2006 08:43 PM

Dulu2 pening jugak sbb tiap kali kena attack sampai kena amik nebulizer. Last2 yuzz beli sebijik. Tapi skrg ni yuzz amalkan bagi anak yuzz spirulina. Memang nampak kesannye.

norsha Publish time 21-3-2006 09:06 PM

My son yg now nie 5 yrs pun since baby lagi selalu kena nebulize sb dia mmg asthma teruk..
Last yer, time Norsha balik kampung, my mum bagi my son minum air lebihan dari air minuman burung merbok..tahla, my mom cakap petua org tua2..nak kata hilang terus takla..tapi alhamdullilah ada nampak kurang lelah dia..tak tahu la pesal minum air burung merbok tu ker atau mmg sb mmg dia nie dijaga dgn xtra care sekali sb dah tahu..kalau kena sekali attack, kesian dia..:)

zaliza Publish time 22-3-2006 01:49 PM

anak za batuk tak henti2 seblh mlm.. kesian kat dia.. baru berusia 6 bln dahkener nabulizer 2 kali dah.. mmm DR soh dtg ptg ni.. nak kasi abihkn kahaknyer kuar..tp cian gakkat baby.. dia cuma batuk seblh mlm jer..tp mlmtd dah takkuat dah.. biasa jer..tp batuk jugakler.. tak spt seblmnyer.. batuk sampai dia menangis agaknyer perit kot tekaknya...

mmm bile time siang hari my MIL kata batuk dia kurang sgt..sekali dua ajer..kalu batuk pun just bunyi2 ajer.. agak2 kalu dah ok balik ni nnt.. rasa tak yah la bawak gi nebulizer lg.. mm sekalinebulizae rm10..kot 3 ke 4 kali..mau tak koyoak poket suar ayahnyer....:2lol:

tp pg tadi ayah aku kat kg.. dok risau akan keaadn cucunya.. dia bg tau beli bunga kembang semngkuk kat kedai sensei.. dah tu rendam dan amik sedikit/4 ke 5 butir nasi yg baru dimasak (selps tanak) campurkn ke dlm air rendaman td dan embunkn.. pastu bg minum pg2..insyaAllah.. tp aku tak cuba lg.. balik ni nnt nak pi kedai cina sensei beli buang kembang semangkuk.. :)

kunangkunang Publish time 23-3-2006 09:40 AM

hmm...pernah tengok program Ducth Lady 123? ada sekali yang sofea jane bukak citer pasal anak lelah nie. rasanya dia amalkan bagi minum susu kambing. kalau baby ... bagi minum sikit2 je la sebab susu nie panas. or..why not cuba amalkan bagi baby makan tablet susu kambing. sedap rasa dia. anak2 kk kalau diberi makan tablet nie...tiap2 pagi mesti lepas bangun pegi dapur sebab nak makan 'ubat'.

putubambu Publish time 23-3-2006 10:09 AM

tq for the info honeybee...maeya..! :)

honeybee1802 Publish time 23-3-2006 10:24 AM

biler kunang2 citer tuh br tingat bos citer ckp kat kite.anak dia pun ada lelah gak.ms tuh dia kat oberC.so dia kasik anak dia mkn sup kambing je.tak mkn daging pun takper..minum sup tuh...skang anak kite ok...lama dah tak kena..lom try lgk sup kambing tuh.tp maknyer plak kalo tak jg2 kena semput..

putubambu Publish time 23-3-2006 10:47 AM

kalau sup kambing tu..boleh le senang carik..
tapi kalau kena kes cam aku tu..sup tupai..
errkk..!! tgh kl ni mana le nak carik tupai..
tak sanggup aku..

tapi la ni semenjak dia minum susu Dutch Lady 123 Madu.. ok le..dah takde dengar batuk kuat..dah tak de lelah semenjak keluar dari hospital bulan Nov. last year..
ni sekarng ni dia tgh demam dari hari sabtu aritu ..ada le baru jek nak batuk2 sikit..
tapi tak serius sangat le..macam lelah tu..

Hang Publish time 23-3-2006 10:50 AM

ni petua orang tua...
samada sanggup atau idak jer..

ambil dua ekor kalajengking (scorpion tu) panaskan atas kuali/tudung periuk (jangan taruh minyak masak) ker....biar rentung/garing.
tumbuk jadik serbuk.....makan dengan 2 sudu manisan lebah asli
insyaAllah....sembuh. ( mau doa sama la...)

putubambu Publish time 23-3-2006 11:20 AM

Originally posted by Hang at 23-3-2006 10:50 AM
ni petua orang tua...
samada sanggup atau idak jer..

ambil dua ekor kalajengking (scorpion tu) panaskan atas kuali/tudung periuk (jangan taruh minyak masak) ker....biar rentung/garing.
tumbuk...


erkk..!!?? scorpion??

Hang Publish time 23-3-2006 11:40 AM

ade kawan yang kuar masuk spital pasal lelah ni
pastu dia tanya petua kat sorang yang memang tua ni.... tapi masih kuat lagi...
pak tua tu bagi la petua ni...
alhamdulillah.....dia dah sihat......( tu pun sekali jer dia buat) walaupun sikit-sikit tu ade ler lelah lagi
tapi tak sampai tahap masuk spital la...

honeybee1802 Publish time 23-3-2006 03:23 PM

anak honey pun msk spital ujung okt taun lepas...pastu lama tak kena lelah.then ujung bulan jan dia kena..but tkt ngan ventolin klinik je.tu pun sbb kena abuk kaw2 ms balik kg.sejak tuh lama dah tak batuk selsema...agaknyer bdn dia dah start build up antibody yg kuat skit kot.vit n madu pun tak kasik sbb dia takmo...harap susu tuh ada prebiotik n kenkdg madu skit...
maknyer nih plak hah..but skang amal tetiap pg minum madu.mlm amik habbatus sauda.ok ler..opis aku aper myk particles nih?member yg ader sinus nih pun dok ngadu idung dia sumbat jek...org gini kenkdg leh jd sensor abuk gak..

mias_2004 Publish time 23-3-2006 04:41 PM

ni ada sorang my fren dok suruh bagi anak minum madu tapi MIL pulak kata madu tu panas lagi batuk kang.. hmmmm...

Syd Publish time 23-3-2006 04:55 PM

UBAT SEMPUT > >


Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (is mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak. > >

achu Publish time 23-3-2006 05:02 PM

macam anak achu, skrg dah 9 thn, tahun ni belom kena lg..
start asma umur 1 thn lebih, pernah masuk hospital sekali,
tapi bosan nye dok hospital.. asyik pakai nebulizer, pas tu bagi ubat makan..
masa tu dia baru 1 thn lebih, mana dia larat nak makan.. pas tu dos dia
asyik bertambah je.. lg la dia tak nak makan..
last2 gi toilet buang je.. takut misi marah hehehe..

pas tu dia berterusan kena, teramat sensitif dgn cuaca yg tak menentu ie panas hujan dan perlu pantang makanan yg sejuk2..
achu & hubby pun terus beli nebulizer..tp kena gi klinik dulu,
makan ubat Dr.. kalo nampak still tak ok baru pakai nebulizer..
terus ok & sihat balik..

Dr ada kata, kalau umur 7 thn masih ada, so dia akan berterusan sampai ke tua.. tp Alhamdullilah bila umur 9 thn ni asma terus hilang..
dia pun boleh aktif sukan kat sekolah..

pernah gak cuba, 'hempedu ular' dlm bentuk serbuk beli kat kedai ubat cina sekali, warna dia hitam dan letak dlm balang kaca kecik.. tp dia tak serasi ubat ni..maybe ubat ni panas kot sbb tu sesuai utk asma..
Pages: [1] 2 3
View full version: Petua ubati lelah..


ADVERTISEMENT