pumpkeen posted on 18-1-2006 02:55 PM

Tips/Doa/Ayat ayat utk anak mendengar kata

a'kum..
hi.. i am new member here..
actually ada masalah nak share among you all..
camne nak settelkan anak yg kurang mendengar kata...
my son sekarang ni nearly 2 years old.. makin degil n susah nak dengar kata..
ada tak sesapa ada petua or ayat al quran yg leh diamalkan tuk bagi lembut hati anak..
thank u
wassalam

[ Last edited by Sasha at 7-2-2006 10:37 AM ]

AT posted on 19-1-2006 11:58 AM

mungkin boleh membantu....

AT pernah dengar dlm parenting talk....yg penting dlm menangani anak degil ni....jgn sekali kai cakap yg mereka tu degil cth ' degil betul la budak ni........ataupun anak I ni degil skit'.......makanya akan degil la budak tu...cuba ubah dengan 'bertuahnya anak mama'...or 'baiknya perangai dia'..

lagi satu my hb selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...

Asasnya pada semua diatas ialah kita kena sabar bebanyak.......anak AT pun boleh tahan juga tapi pendekatan moden sekarang ialah jgn menangan anak...tapi slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah mintak dilembutkan hatinya.:)

chammy_girlz posted on 21-1-2006 12:24 AM

Minta sesape buatkan air Yasin sebanyak 40 kali atau lebih...insya' allah dapat lembutkan hati anak.
Beri dia minum dan sapukan di ubun 2 kepala anak sebelum tidur.

honeybee1802 posted on 24-1-2006 09:23 AM

betul tak kalo kite selalu sapu ubun anak tuh..kirenyer anak tuh mendengar kater..sbb ngk amalan nih nampak loving gitu...

AjuZ7675 posted on 24-1-2006 10:16 AM

tips ni sy dgr syarahan di radio beberapa thn yg lalu..

1) bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati
    (bergantung pd niat kita utk si anak)

2) baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x
   "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU
    LEMBUTKAn  NABI DAUD AKAN BESI"  dan hembuskan makanan/minuman atau kalo
    anak masih menyusu..hembuskan  pd susu.
   p/s = doa tu bole rujuk pd buku doa coz sy x brpa ingat' utk kepastian..

insyaallah mungkin bole membantu,,,jgn putus asa ..:)

juita posted on 24-1-2006 10:21 AM

anak juita 2++ gak memang susah nak dgr kata ..tapi dia bukan degil cuma nakal je...kalau ngan adik dia lagi lerrrr...kadang tu tak terkata apa, dah ler dedua lelaki...tapi tu semua ikut tahap perkembangan dia.....
cuma juita amalkan kalau nak nasihat lps mandi, lps kene marah ngan abah dia(Time ni best, perubahan mendadak), lps nangis......perubahan dia tu slalunya jap jer, pastu buat balik...tu yang kene ingatkan dia slalu....juita malas jerit-jerit kat anak,cam separuh emak tu...kengkadang tu terlepas gak...nak elakkan juita diam jer...biarkan suasana reda dulu.
kalau dia tak terkawal juita bawak masuk bilik mandi siramkan dia nan baju-baju skali.....takat ni yang tu pun baru buat 2 kali jer ngan si abang...tu tahap tak tahan sabar le tuh!!
yang pastinya jadi emak ni kene sabarrrrrrrrrr

sofeahisyam posted on 26-1-2006 01:25 PM

nie ayat utk lembutkan hati, boleh baca kat anak, or suami...Insya allah boleh amalkan selalu..
http://i24.photobucket.com/albums/c29/sofeahisyam/ayatlembuthati.jpg

sofeahisyam posted on 26-1-2006 01:26 PM

blur pulak....yg nie ayat As-Syuri ayat 19..

honeybee1802 posted on 27-1-2006 09:10 AM

DALAM ruangan ini beberapa minggu lalu, puan ada memberikan panduan dalam menangani kerenah anak, antaranya membaca beberapa ayat al-Quran dan zikir. Bolehkah dijelaskan ayat dan zikirnya.





Ibu Ingin Tahu,



Klang, Selangor.



Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Di sini, saya ingin berkongsi doa yang biasa amalkan dalam menangani kerenah anak sendiri dan anak jagaan di taska dan tadika. Ia adalah kumpulan doa yang banyak saya petik hasil daripada pembacaan selama ini, terutama daripada Nasiyah Abdul Razak, pengasas Rumah Qiraati Nurhidayah, Taman Melawati Selangor.

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: ďAllah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

KakFie posted on 6-2-2006 01:15 PM

Petua dari mak akak :
Amalkan membaca surah Thoha ayat 1-5 dan Al Hasyri ayat 21 kepada anak sebelum/ketika dia tidur dan usap pada ubun-ubun anak.

Lagipun anak umur 2 tahun atau known as "terrible twos" ni memang agak degil (tak sesuai guna perkataan negatif ni untuk anak2 tapi akak tak tahu the most suitable word to use, maaf).  Kalau kena caranya kita handle dia insyAllah by 4 yo dia boleh tone down sikit "degil"nya tu.:pray:

kakyongsarah posted on 9-3-2006 04:53 PM

selain daripada ayat-ayat, kakyong gunakan kaedah lain.
selalunya kakyong cuba pujuk, buat baik dgn anak... yg penting puji-pujian. anak kakyong ni kalau puji dia memang cair habis. sambil tu peluk le dia... selalunya anak buat perangai sebab nak kan perhatian parents.

kopigombang posted on 10-3-2006 04:09 PM

kopi pun mengalami keadaan yg serupa, my son baru masuk 2 years old, memang susah nak dikawal, dia perasan macam dia dah besar.bila kita marah dia buat dek jer...dgn ayah die lagi die x takut.kadang2 die buat lawak sampai kopi x boleh nak marah, tapi kadang2 kopi x tahan kopi 'puk' jugak kat peha die,tapi x serik.

purple_orchid posted on 24-4-2006 05:25 PM

baca al fatihah, al insyirah ngan al hsyr..baca masa dia tido dan tiup kat ubun2....

IqIs posted on 25-5-2006 07:56 PM

Iqis lak selalunya bila diorang dah lelap iqis baca Ya-Latif 3x kemudian hembuskan kat dahi...insyaallah... bebudak mananya tak nakal..kena jugak tegur..kita dulu2 mak ayah kita lagi lah berbeza dangan kita sekarang...bebudak sekarang ni kena psikologi je..

mama_fatin posted on 2-6-2006 11:59 AM

kite plak..org bagi petua.  pagi2 bile baby  bgn tido...jgn terus sumbat susu.. basuh muka dia sambil selawat 3 kali..insyaallah ...katenye muka anak akan berseri2 dan akan mendengar kata ..wallahualam...
baby kecik lagi ..baru dua bulan.. tp dah start try petua tu

camarputihku posted on 27-6-2006 12:38 PM

boleh digunakan ke kalau anak dah 10thn.sejak dua menjak nie dia kurang sikit dengar kata belajar pon dah kurang,risau betul tengok kerenah dia.

cempakawangi posted on 7-7-2006 02:37 PM

Originally posted by camarputihku at 27-6-2006 12:38
boleh digunakan ke kalau anak dah 10thn.sejak dua menjak nie dia kurang sikit dengar kata belajar pon dah kurang,risau betul tengok kerenah dia.
tawakal je..yg penting usaha.................:pray:

ayang_liya posted on 18-8-2006 01:26 PM

camner plak kalau anak2 liya ni selalu gaduh... yg abang 5 yrs dan adiknya 3 yrs...hal kecik2 pun nak gaduh...biasanya perang mulut la tapi x la sampai bertumbuk

pening gak la... dan menguji kesabaran

alifinara posted on 23-1-2007 05:14 PM

Thank you for those who replied/shared the tips/doa here....saya pun dah pening kepala ngan anak yg sulung. Harap2 semua ini dpt membantu...

kokocrunch posted on 30-1-2007 05:10 PM

petua dari mak...baca surah toha.........hembus kat ubun2 masa anak tido

GreenHawa posted on 14-5-2007 02:43 PM

MIL GH soh GH amalkan ayat terakhir surah ali-imran.. tak ingat ayat no. berapa tp ayat terakhir...
amalkan membaca ayat ni masa sediakan susu atau makanan..

GreenHawa posted on 14-5-2007 02:45 PM

MIL GH soh GH amalkan ayat terakhir surah ali-imran.. tak ingat ayat no. berapa tp ayat terakhir...
amalkan membaca ayat ni masa sediakan susu atau makanan..

blackwira posted on 17-8-2007 11:45 AM

bagus info - info nih saya nak cuba amalkan....harap - harap anak kita mendengar kata kita dari kecil hingga dewasa...serta menghormati ibu bapanya...hope soo:)

blackwira posted on 17-8-2007 11:46 AM

hi green hawa......ni nok tanyer mase sediakan makanan.....mase bile masa kita kacau mkn ker...atau mase letak ramuan ker kita baca  surah al imran tuh?]:loveliness:

danishusna posted on 20-8-2007 04:31 PM

ini info .. saya nak share ngan kawan
Page: [1] 2
View full: Tips/Doa/Ayat ayat utk anak mendengar kata