Syd Publish time 10-8-2006 02:56 PM

Perkosa anak - Bapa tidak layak jadi wali

Perkosa anak - Bapa tidak layak jadi waliKeluarga & Undang-Undang: Sisters In Islam

Soalan
Saya mempunyai kemusykilan mengenai soal wali. Adakah seorang bapa yang pernah merogol anaknya masih boleh mewalikan anak yang telah dirosakkannya? Pihak bakal suami saya tidak mengetahui perkara ini dan saya tidak mampu untuk berterus terang kerana ia melibatkan maruah saya.

Sekiranya bapa tidak layak menjadi wali perlukah dia menghadiri perkahwinan saya kerana saya tidak mahu berjumpa dengannya memandangkan apa yang telah dilakukan ke atas saya. - Musykil, Kuala Lumpur.

Jawapan
Wali merupakan satu keperluan semasa pernikahan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama berkenaan mereka yang berhak menjadi wali nikah dan susunan keutamaan, tetapi terdapat persetujuan pendapat bahawa seorang wali haruslah sempurna akal, dewasa dan beragama Islam.

Rujukan juga boleh dilakukan kepada perenggan 2(c) Jadual Keempat Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kelantan) 1983 yang menyatakan syarat-syarat perlu bagi seorang wali, beliau hendaklah seorang yang beragama Islam, lelaki, bertindak bukan kerana paksaan, tidak dalam ihram haji atau umrah, sempurna akal dan tidak fasiq, iaitu tidak melakukan apa-apa dosa besar dan tidak selalu melakukan dosa-dosa kecil.

Merujuk kepada pertanyaan saudari sama ada seorang bapa yang telah merogol anaknya layak menjadi wali, adalah jelas di sini bahawa beliau tidak layak untuk menjadi wali kerana dia adalah seorang yang fasiq.

Bapa tersebut telah melakukan dosa yang amat besar dan tidak bertanggungjawab dalam peradabannya sebagai seorang bapa.

Mengenai prosedur perkahwinan yang harus saudari lalui, oleh kerana saudari menetap di Kuala Lumpur maka Enakmen Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 akan di rujuk.

Seksyen 13 enakmen tersebut menyatakan bahawa sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah akta tersebut melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan tersebut bersetuju dan sama ada:

a) Wali perempuan bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut hukum syarak atau

b) Hakim syariah yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh hakim syariah bersetuju perkahwinan menggunakan wali Raja mengikut hukum syarak.

Persetujuan diberi selepas penyiasatan yang wajar di hadapan semua pihak berkenaan.

Persetujuan juga boleh diberi jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut hukum syarak.

Seksyen tersebut antara lainnya menyatakan keperluan wali atau penggunaan wali hakim bagi memastikan sesuatu perkahwinan tersebut diiktiraf dan membolehkan ia didaftarkan.

Saudari perlu merujuk kepada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosedur penggunaan wali hakim sebagai wali saudari.

Mahkamah akan mengadakan perbicaraan sebelum kebenaran bagi wali hakim diberikan. Saudari perlu mengemukakan dua saksi. Sila bawa salinan kad pengenalan mereka bagi proses permohonan, sekiranya bapa telah disabitkan di bawah akta jenayah maka perkara tersebut boleh dirujuk kepada mahkamah.

Mahkamah akan menetapkan tarikh bicara dan saudari akan diminta hadir bagi tujuan perbicaraan.

Saudari boleh meminta budi bicara mahkamah untuk mengadakan proses perbicaraan di dalam kamar dan bukan di mahkamah terbuka, memandangkan perkara yang dihadapi oleh saudari adalah sensitif dan amat berat.

Bagi perkara ini, saudari perlu berhubung dengan pendaftar mahkamah.

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa kehadiran bakal suami saudari atau keluarganya tidak perlu bagi proses ini. Oleh itu saudari tidak perlu khuatir kerana perkara ini masih boleh dirahsiakan daripada mereka.

Merujuk kepada soalan saudari sama ada bapa tersebut perlu menghadirkan diri ke majlis perkahwinan tersebut, tidak ada apa-apa keperluan di dalam mana-mana undang-undang mengenai kehadirannya. Ia terpulang kepada budi bicara saudari sendiri. - Panel peguam Sisters In Islam.


* saya nak tahu jugak pandangan forumner yang disini. TQ

mardhiah12 Publish time 10-8-2006 04:13 PM

Berhubung Dengan Kewalian

Wali Dalam Perkahwinan.
Fiqh Sunnah Syed Sabiq

Arti Wali.

揥ali " ialah suatu ketentuan hukum yang dapat dipaksakan kepada orang lain sesuai dengan bidang hukumnya.

Wali ada yang umum dan ada yang khusus. Yang khusus, ialah berkenaan dengan manusia dan harta benda. Di sini yang dibicarakan wali terhadap manusia, yaitu masalah perwalian dalam perkawinan.

Syarat-syarat Wali.

Syarat-syarat wali ialah: merdeka, berakal sehat dan dewasa, baik yang itu penganut Islam/maupun bukan. Budak, orang gila dan anak kecil tidak dapat menjadi wali, karena orang-orang tersebut tidak berhak mewalikan dirinya sendiri apa lagi terhadap orang lain.

Syarat keempat untuk menjadi wali ialah beragama Islam, jika yang dijadikan wali tersebut orang Islam pula sebab yang bukan Islam tidak boleh menjadi walinya orang Islam. Allah telah berfirman

揇an Allah tidak akan sekali-kali memberikan jalan. kepada orang kafir menguasai orang-orang Mukmin". (An-Nisa' 141).

Wali tidak disyaratkan Adil.

Seorang wali tidak disyaratkan adil. Jadi seorang yang derhaka tidak kehilangan hak menjadi wali dalam perkawinan, kecuali kalau kedurhakaannya melampaui batas-batas kesopanan yang berat. Karena wali tersebut jelas tidak menenteramkan jiwa orang yang diurusnya. Karena itu haknya menjadi wali menjadi hilang.

....

wali `ashib (ahli waris) tidaklah mempunyai hak untuk menghalang halanginya bila mana seorang wanita menikah dengan seorang pria yang tidak sederajat atau dengan mahar yang kurang dari nilai mitsl (batas minimal).

Jika seorang wanita kawin dengan pria yang tidak sederajat tanpa persetujuan wali 'ashibnya, menurut pendapat yang diriwayatkan dari Abu Hanifah dan Abu Y'usuf, pernikahan tersebut tidak sah. Pendapat ini cukup beralasan kerana tidak setiap wali dapat mengadukan perkaranya kepada Hakim, dan tidak setiap Hakim dapat memutuskannya dengan adil.

Maka demi untuk menghindarkan perselisihan lalu mereka berfatwa bahwa perkawinan semacam itu tidak sah.

Dalam keterangan lain disebutkan bahwa Abu Hanifah dan Abu Yusuf berpendapat

Bahwa wali berhak menghalang-halangi perkawinan wanita dengan pria yang tidak sederajat dengan jalan permohonan kepada Pengadilan untuk membatalkannya. Dengan alasan untuk menjaga `aib yang kemungkinan timbul dari pihak suaminya selama belum melahirkan atau belum hamil. Jika ternyata sudah hamil atau melahirkan, maka gugurlah haknya untuk meminta pembatalan Pengadilan, demi menjaga kepentingan anak din memelihara kandungannya.

Tetapi jika pihak prianya sederajat, sedangkan maharnya kurang dari mahar mitsl, dan jika wali mau menerima calon suami ini, maka perkawinannya boleh terus berlangsung. Sebaiknya, kalau ia menolak, yang bersangkutan boleh mengadu kepada Hakim untuk meminta pembatalan.

Seandainya dari pihak wanita tidak mempunyai wali `ashib yaitu sama sekali tak mempunyai wali atau wali yang bukan wali `ashib, maka tak ada hak bagi seorangpun diantara mereka ini untuk menghalang-halangi aqad nikahnya, baik ia kawin dengan pria sederajat atau tidak, dengan mahar mitsl atau kurang.

Sebab dalam keadaan demikian seluruh urusan dirinya menjadi tanggung jawabnya sendiri sepenuhnya. Seandainya tidak ada seorang wali yang merasa terkenal, karena perkawinannya dengan pria yang tidak sederajat itu dengan sendirinya mahar mitslnya menjadi gugur, sebab ia sudah terlepas dari wewenang wali-walinya.

copy & paste sikit² sahaja
boleh rujuk sini utk perbincangan lebih lanjut
http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=5730&highlight=wali

ibnur Publish time 10-8-2006 10:29 PM

Saya pun kata boleh.......!!!!
apa yang saya belajar dan saya paham la.

saya tetap juga kata tak boleh.berikut rujukan yang saya boleh copy & paste...

dari al-ahkam:
Adapun mengenai aturan wali berikut saya senaraikan mengikut turutan yg berhak menjadi wali:
1. Bapa
2. Datuk sebelah bapa
3. saudara(adik-beradik) lelaki seibu sebapa
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak lelaki kpd saudara lelaki seibu sebapa
6. Anak lelaki kpd sdr lelaki sebapa
7. Bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa
8. Bapa saudara dari pihak bapa sebapa
9. Anak lelaki kpd bapa saudara dari pihak seibu sebapa
10. Anak lelaki kpd bapa saudara dari pihak sebapa
11. Bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12. Bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa

Dalam kes sdr, berdasarkan turutan di atas, abang lebih berhak utk menjadi wali berbanding bapa saudara sdr. Dan sekiranya wali enggan, perempuan itu boleh terus mengadu kpd wali hakim utk dinikahkan oleh wali hakim. Dalam kes ini hak wali tidak berpindah kpd wali ab抋d yg lain atau wali yg lebih rendah darjatnya. Sheikh abu Bakr Jabir al-Jaza抜ry dalam minhaj al-Muslim mengatakan tidak sah menggunakan wali yg lebih rendah darjatnya sekiranya wali yg lebi tinggi ada. WA.

tetapi dibolehkan dalam kes berikut:

dari darulnukman:

268. Melompat Turutan Wali
Soalan:
Masalah saya lebih kurang dengan soalan 148, tapi saya tidak berapa jelas dengan jawapan yang diberi. Masalah saya semua adik beradiknya tidak layak untuk menjadi wali. Bolehkah kita melompat dari turutan yang ustaz bagi, iaitu mengambil yang layak sedangkan yang lain masih hidup?
Yusuf, Kemaman

Jawapan:
Boleh melompat wali daripada turutannya asal sahaja wali yang sepatutnya mewalikan perkahwinan tidak layak berbuat demikian oleh sebab berikut:
1. Kufur.
2. Belum Baligh.
3. Gila.
4. Tidak dapat menguruskan diri sendiri kerana dungu.
5. Tidak dapat menilai baik dan buruknya sesuatu itu atau kurang akal.




Ada satu kes makhamah yang mana seorang pompuan mendakwa bapaknya kerana x nak jadi wali, x salah saya kes ni dia menang sebab bapak dia tu x ada sebab nak halang. laki dia baik + warak + berilmu...untung dia. sebab bapak x nak...budak tu bukan keturunan yang tersohor.


ingat peraturan dalam islam yang sejati senang2 nak diputar belitkan.

Huh...siap

lepas menang tu siapa yang walikan dia?

harumanisz Publish time 3-1-2007 02:58 PM

wali nikah

salam semua...
harum tak tau nak tanya soalan ni kat mana, harap2 betulla kat sini... macam ni, harum ada satu kemusykilan mengenai wali pernikahan...

katala seorang pompuan tu anak yatim piatu... ada adik lelaki umo 12 thn (belum baligh), seorang abang yang tak tahu berada dimana (cuma tahu saudara sebapa tapi tak pernah jumpa, kenal dan conform bukan berada di Malaysia)... pompuan ni pun ada seorang bapa saudara sebelah bapa...
soalannya... bolehkah bapa saudara tersebut mewalikan pernikahan pompuan ni... dan sahkah pernikahan yang diwalikan oleh bapa saudara tersebut...

harap dapat membantu memberi jawapan yang tepat... harum dah rujuk jawi, jais, tapi tiada kata putus... (kadi tak de, kadi mesyuarat n macam2 alasan-maaf )

haniman Publish time 3-1-2007 04:03 PM

Originally posted by harumanisz at 3-1-2007 02:58 PM
salam semua...
harum tak tau nak tanya soalan ni kat mana, harap2 betulla kat sini... macam ni, harum ada satu kemusykilan mengenai wali pernikahan...

katala seorang pompuan tu anak yatim piatu ...

Kena rujuk pejabat agama juga.Mereka yang menentukan boleh ker tak boleh.Tapi bapa saudara sebelah bapa memang boleh menjadi wali.Cumanya kalau ada abang didahulukan abanglah.

i212 Publish time 3-1-2007 04:16 PM

kalau tahu alamat atau dimana abang berada, seeloknya dialah jadi wali.
call atau hantar surat suruh dia datang.
kalau hari pernikahan dia tak datang, mintaklah waris terdekat yang jadi wali.

aku rasa gitulah gamaknya... :)

harumanisz Publish time 3-1-2007 04:36 PM

masalahnya abang tak dapat dikesan... entahkan hidup atau tak... arwah bapak tak pernah cerita...
benda ni jadi isu bila adik harum nak kawin... harum dulu diwalikan oleh arwah bapa saudara...
dah banyak kali harum call pejabat agama, jawi, jais tapi tak dapat jawapan... sampai ada yang pertikaikan pernikahan harum yang berwalikan arwah bapa saudara, katanya tak boleh sebab masih ada abang, tapi masalahnya abang tu tak pernah hayat harum jumpa...bukan kat malaysia pun...masa nak nikah dulu, pejabat agama yang suruh arwah bapa sedara jadi wali... sekarang dah confius harum ni... buatnya pernikahan dulu tak sah, anak harum macam mana pulak?pening...

i212 Publish time 3-1-2007 04:45 PM

Penah try cari kan?

Penah buat announcement kan?

Kalau dah buat suma tuh tapi tak berjaya, Nikah tuh kira sah la...
Kita dah berusaha nak mencari dia, tapi tak jumpa, So, dikira bolehlah diwalikan orang yang lebih berhak pada masa itu.

haniman Publish time 3-1-2007 05:41 PM

Originally posted by harumanisz at 3-1-2007 04:36 PM
masalahnya abang tak dapat dikesan... entahkan hidup atau tak... arwah bapak tak pernah cerita...
benda ni jadi isu bila adik harum nak kawin... harum dulu diwalikan oleh arwah bapa saudara...
da ...

Itu semua peraturan jabatan ugama.Allah maha mengetahui.Memang dah orang tu tak dapat dikesan macam mana.Harum tak usah bimbanglah.

alinorlina Publish time 3-1-2007 09:12 PM

Adik lelaki dia tu bole jd wali... w/pun belum baligh...tp ada syarat2nya..(ni ikut apa yg sy bljr ms kursus kawin) Pejabat Agama biasanya tahu penyelesaiannya...

harumanisz Publish time 4-1-2007 07:50 AM

Originally posted by alinorlina at 3-1-2007 09:12 PM
Adik lelaki dia tu bole jd wali... w/pun belum baligh...tp ada syarat2nya..(ni ikut apa yg sy bljr ms kursus kawin) Pejabat Agama biasanya tahu penyelesaiannya...

masa adik harum nak kawin, inilah penjelasan yang diberikan... tapi masa harum dulu, harum dah utarakan masalah tentang abang ke pejabat agama, masa tu diorang sendiri yang cakap, kalau abang tak dapat dikesan, arwah bapa sedara (masa tu masih hidup) boleh mewalikan harum, jadi harum nikah berwalikan arwah bapa saudara...

harumanisz Publish time 4-1-2007 08:03 AM

Originally posted by haniman at 3-1-2007 05:41 PM

Itu semua peraturan jabatan ugama.Allah maha mengetahui.Memang dah orang tu tak dapat dikesan macam mana.Harum tak usah bimbanglah.

tima kasih haniman, sebab legakan sikit hati yang bercelaru ni...

yelah, hati mana yang tak risau kalau fikir bab nikah kawin ni, nak pulak harum dah ada anak....

suami harum pulak cakap, yang penting masa nak nikah dulu, kami dah ikut semua prosedur yang pejabat agama tetapkan termasuklah bab wali ni, kalau diorang nak kami bubarkan perkahwinan, diorang kena keluarkan arahan yang jelas.... bukan suruh harum dan suami semak taraf perkahwinan sah atau tidak... heran sungguh bila diorang macam lepas tangan sedangkan harum dan suami risau separuh mati... sampaikan kami pisah tempat tidur sebelum dapat kata putus yang jelas...

menambahkan lagi masalah bila kami rujuk jawi, jais macam2 alasan pulak diberi, katanya hanya kadi boleh putuskan sah atau tak... bila nak jumpa kadi/cakap ngan kadi, jawi tolak ke jais, jais tolak ke jawi... jawi kata kes jais, jais kata kes jawi...

harumanisz Publish time 4-1-2007 08:08 AM

Originally posted by i212 at 3-1-2007 04:45 PM
Penah try cari kan?

Penah buat announcement kan?

Kalau dah buat suma tuh tapi tak berjaya, Nikah tuh kira sah la...
Kita dah berusaha nak mencari dia, tapi tak jumpa, So, dikira bolehlah diw ...

tak buat announcement pun... masa tu pejabat agama tanya dimana abang tu, harum cakap tak tahu, arwah bapak pernah nikah diluar negara (india) sebelum nikah ngan arwah mak harum... dan ada sorang anak lelaki... tapi tak pernah diceritakan kepada harum, cuma arwah mak tahu tapi arwah mak dah meninggal masa harum umo 4 thn... memang conform abang tu tak de di malaysia. masa tu diorang yang putuskan suruh arwah bapa saudara harum jadi wali...
:geram:

putri22 Publish time 4-1-2007 10:03 AM

kalau ayah taknak wali kan anak dia mcm mana?? kena buat apa pula??

ej177 Publish time 12-2-2007 09:54 AM

Reply #12 ibnur's post

boleh ke jika pasangan suami isteri yg telah bernikah secara rahsia menikah sekali lg (dengan pasangan yg sama) utk mengadakan mjlis kwin seperti biasa..mereka nikah scra rhsia mgkin atas faktor msh bljar dan tkut trjerumus prkara haram..

atau pon jika psgn yg sudah lama berkahwin ingin bernikah semula (dgn psngan yg sama) kerana dikhuatiri terjatuh talak tnpa sedar...

ibnur Publish time 12-2-2007 10:08 AM

boleh ke jika pasangan suami isteri yg telah bernikah secara rahsia menikah sekali lg (dengan pasangan yg sama) utk mengadakan mjlis kwin seperti biasa..mereka nikah scra rhsia mgkin atas faktor msh bljar dan tkut trjerumus prkara haram..

Yang ni pernah berlaku ke atas arwah kawan saya.Perbezaannya cuma nikah yg pertama tu bukan rahsia dan dilakukan semasa menuntut di luar negara.Bila balik nak kenduri, pernikahan dilakonkan semula dan naib khadi (penolong pendaftar nikah cerai) hadir sama utk mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia.


atau pon jika psgn yg sudah lama berkahwin ingin bernikah semula (dgn psngan yg sama) kerana dikhuatiri terjatuh talak tnpa sedar...

soalan ni saya tak paham dan tak tahu.kena tanya ustad.Kalau saya jumpa jawapanya, insyaAllah, saya postkan.

bayi Publish time 12-2-2007 12:40 PM

Nikah sama ada secara rahsia @ terangan, tidak menjadi masalah.... pernikahan tetap sah sekiranya cukup syarat spt wali dsb...
tak perlu nikah semula...

ej177 Publish time 12-2-2007 02:30 PM

Reply #26 bayi's post

tp bgaimana jika psngn yg msih sah akadnye ingin menikah semula..adakah dibenarkan dlm islam..sbgai contoh jika sesorg masih dlm keadaan berwuduk dibolehkan utk mengambil wuduk sekali lg utk menunaikan solat atau mengaji....

bayi Publish time 13-2-2007 08:36 AM

Dibenarkan nikah semula jika dia terfasakh atau telah bercerai yg habiseddahnya... kalau takde masalah, nikah masih sah, nak nikah lagi sekaliitu mempermainkan hukum namanya...

Info ringkas fasakh... http://tayibah.com/eIslam/fasakh.htm
@ lain-lain yg berkaitan dgn perkahwinan sila gi ke http://tayibah.com/eIslam/feqah.htm
http://tayibah.com/eIslam/artikel.htm

anna_natasha Publish time 5-3-2007 01:13 AM

assalamualaikum...

since thread ni pasal wali & wali hakim... saya ada soalan utk anak2 perempuan saya... derang dua beradik saja...

mereka dah tak der bapak....bapa dah meninggal...(suami saya)
datuk sebelah bapa pun dah lama meninggal...
tapi datuk sebelah ibu masih ada... (bapak saya la tu... boleh ke?)
adik beradik lelaki bapa tak der sbb dia anak tunggal...
yg ada bbrp org datuk sedara sebelah mak kpd bapa ...
datuk sedara sebelah bapa kpd bapa tak tahu lak ada ke tak...

so siapa yg patut jadi wali anak2 saya nanti bila dah besar and nak kawen?
(skrg baru umo 7 bulan dan 2 tahun)...

dalam erti kata lain urutan wali ni dari no 1-10 semuanya tak ader...
cuma no 11-12 tu tak brp paham ayt dia...
'Bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa'

1. Bapa
2. Datuk sebelah bapa
3. saudara(adik-beradik) lelaki seibu sebapa
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak lelaki kpd saudara lelaki seibu sebapa
6. Anak lelaki kpd sdr lelaki sebapa
7. Bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa
8. Bapa saudara dari pihak bapa sebapa
9. Anak lelaki kpd bapa saudara dari pihak seibu sebapa
10. Anak lelaki kpd bapa saudara dari pihak sebapa
11. Bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12. Bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Wali & Wali Hakim (merged:Duta lover,harumanisz,klopis)


ADVERTISEMENT