ibnur Publish time 5-3-2007 07:07 AM

dalam erti kata lain urutan wali ni dari no 1-10 semuanya tak ader...
cuma no 11-12 tu tak brp paham ayt dia...
'Bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa'


Minta maaf, yang tu rasanya saya copy paste dan terdapat kesilapan typing.
Sepatutnya

11.Hakim.

Dalam kes 1-10 tiada, terus ke wali hakim.

bayi Publish time 5-3-2007 08:27 AM

Susunan Wali
Susunan wali mengikut tertib alah: [*] Bapa kandung[*] Datuk sebelah bapa ke atas[*] Saudara lelaki seibu-sebapa[*] Saudara lelaki sebapa[*] Anak saudara lelaki seibu-sebapa[*] Anak saudara lelaki sebapa[*] Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa[*] Bapa saudara sebelah bapa sebapa[*] Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah[*] Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah[*] Bapa saudara seibu-sebapa[*] Bapa saudarasebapa[*] Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa[*] Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah[*] Bapa saudara datuk seibu-sebapa[*] Bapa saudara datuk sebapa[*] Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah[*] Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah[*] Muktiq (tuankepada hamba perempuan yang dibebaskan).[*] Sekalian asabah kepada seorang muktiq[*] Raja/Sultan.11.Bapa saudara seibu-sebapa - ialah bapa saudara sebelah bapakita di mana dia adalah adik beradik seibu sebapa dgn bapa kita..

Contoh.

                  Amin + Aminah lahir Ahmad, Aman dan Imah. Ahmad ada seorg anak Pbernama Minah.

Jadi Aman adalah bapa saudara Minah seibu-sebapa sbb Aman merupakanadik-beradik Ahmad (bapa Minah) seibu-sebapa (sama ibu dan bapa).

12.Bapa saudara sebapa- ialah bapa saudara sebelah bapa kita di mana dia adalah adik beradik sebapa dgn bapa kita..

Contoh:

Amin ada seorg duda beranak dua. Nama anaknya Pian dan Saan. Beliautelah berkahwin dgnMunah. Hasil perkahwinan tersebut lahirlahSenin. Senin pula berkahwin dgn Joyah lahirlah Suri.   Jadi Piandan Saan adalah bapa saudara sebapa Suri sbb Pian dan Saan adalahmerupakan adik beradik sebapa kepada Senin.                        

Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang keduadan jika wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga danbegitulah seterusnya.
Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semuaperkahwinan anaknya. Dan jika bapa tidak ada kerana meninggal duniamaka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jikadatuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudaralelaki seibu-sebapa kepadapengantin perempuan dan begitulah bidangkuasa wali mengikut tertib susunannya.
Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara wali hakim.


bersambung...

bayi Publish time 5-3-2007 08:30 AM

Sebab-Sebab Menggunakan Wali Hakim

Pertama:Tidak Ada Wali Nasab

Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali nasab seperti saudara baru di mana tidak ada saudara-maranya yang memeluk Islam atau perempuan yang tidak mempunyai wali langsung mengikut tertib wali atau anak luar nikah maka wali hakimlah yang menjadi wali dalam perkahwinannya. Rasulullah saw bersabda:
"Sultanlah menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali".
(Riwayat Al-Khamsah)

Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali maka wali hakimlah yang akan mengahwinkan pengantin perempuan itu.

Kedua:Anak Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat

Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah ialah anak yang lahir atau terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah. Contohnya, jika sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan sama ada lama atau sekejap kemudian mengandung maka anak yang dikandung itu dianggap anak tidak sah taraf walaupun anak itu lahir dalam perkahwinan yang sah. Ini bermakna benih-benih kandungan yang terjadi sebelum kahwin dan dilahirkan dalam tempoh perkahwinan, maka anakitu tetap dianggap anak tidak sah taraf.

Oleh yang demikian, jika anak yang tidak sah taraf itu perempuan dan ia mahu berkahwin di kemudian hari, maka walinya ialah wali hakim. Begitu juga anak angkat. Jika anak angkat itu berasal dari anak tidak sah taraf, maka walinya adalah wali hakim kerana anak itu dianggap tidak mempunyai wali nasab.

Sekiranya anak angkat itu berasal dari bapa yang sah atau keluarga yang sah, maka walinya ialah berdasarkan susunan atau tertib wali yang ada, bukannya bapa angkat. Oleh itu para ibu bapa atau bapa angkat hendaklah berhati-hati tentang anak yang tidak sah taraf ini, jangan menyembunyikan keaaan sebenar.

Ketiga:Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat.

Dalam Islam, kalau wali aqrab tidak mempunyai cukup syarat untuk menjadi wali seperti gila, tidak sampai umur dan sebagainya maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali ab抋d mengikut tertib wali. Sekiranya satu-satunya wali yang ada itu juga tidak cukup syarat tidak ada lagi wali yanglain maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali hakim.

Keempat:Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah

Dalam kitab Minhaj Talibin dalam bab Nikah menyatakan jika wali aqrab menunaikan haji atau umrah maka hak walinya terlucut dan hak wali itu juga tidak berpindah kepada wali ab抋d, tetapi hak wali itu berpindah kepada wali hakim.
Demikian juga sekiranya wali aqrab itu membuat wakalah wali sebelum membuat haji atau umrah atau semasa ihram maka wakalah wali itu tidak sah. Rasulullah saw bersabda:
"Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin".
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang hendak berkahwin, hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari Mekah atau dengan menggunakan wali hakim.

Kelima:Wali Enggan

Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma抭il bin Yasar, ia berkata: "Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:"Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya". Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
"Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya".
(Al-Baqarah : 232)
Kemudian Ma抭il berkata: "Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan".
(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)

Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
"Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya".
(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)

Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.
Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi抏, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda:
"Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali".
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh (1976, Jld. II, I JH) mengenai wali enggan di Mahkamah Kadhi Perlis, Yang Arif Kadhi Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu berhak mendapat wali Raja atau hakim untuk berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara wali hakim kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.

Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan "Tunggulah dulu sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan". Bakal suami itu bekerja sebagai Pembantu Audit.
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :
"Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang wali itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu dengan wali hakim atau wali Raja dengan alasan:

Pertama:Daripada Aisyah r.a. Nabi saw bersabda:

"Jika mereka berselisih , maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang tidak ada wali".
(Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)

Kedua:Rasulullah saw bersabda:

"Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar".
(Riwayat At-Tirmizi)

Ini bermakna wali yang enggan menikahkan seseorang perempuan tanpa alasan munasabah mengikut syarak, maka hak wali itu berpindah kepada wali hakim.

Wali Berada Jauh Atau Ghaib

Sering timbul dalam masyarakat kita, wali aqrab kepada pengantin perempuan berada jauh atau ghaib. Ini menimbulkan masalah kepada pengantin perempuan iaitu siapa yang berhak menjadi wali?.

Mengikut Mazhab Syafi抏, kalau wali aqrab ghaib atau berada jauh dan tiada walinya maka yang menjadi wali ialah wali hakim di negerinya, bukan wali ab抋d. Ini berdasarkan wali yang ghaib atau berada jauh itu pada prinsipnya tetap berhak menjadi wali tetapi kerana sukar melaksanakan perwaliannya, maka haknya diganti oleh wali hakim.

Persoalan yang tmbul ialah apakah ukuran yang dikatakan jauh itu? Menurut Mazhab Syafi抏, ukuran jauh itu ialah dua marhalah yang mengharuskan sembahyang qasar iaitu perjalanan unta sehari semalam di padang pasir. Berdasarkan halangan dan kesukaran perjalanan itulah maka wali hakim mengambil alih tugas wali aqrab yang berada jauh itu.

Mengikut ukuran sekarang, dua marhalah itu adalah sejauh 91 km. Kalau pada masa dahulu perjalanan dua marhalah ialah sejauh satu hari satu malam perjalanan unta, maka pada masa sekarang perjalanan dua marhalah itu hanya boleh sampai dalam tempoh beberapa jam sahaja, bahkan jarak perjalanan di antara benua dan lautan seolah-olah seperti dalam satu daerah sahaja.

Oleh sebab itu, ulama sekarang berpendapat bila wali aqrab berada jauh atau ghaib meskipun tempat tinggalnya di Eropah atau Amerika, hendaklah wali aqrab itu dihubungi melalui surat supaya ia mewakilkan hak kewaliannya kepada orang lain untuk mengahwinkan pengantin perempuan atau menunggu kepulangannya (jika ia mahu pulang segera) kerana perhubungan sekarang amat mudah dan cepat.

Sekiranya wali aqrab itu ghaib atau berada jauh dan tiadak diketahui langsung alamatnya maka barulah hak kewalian itu berpindah kepada wali hakim.

Dalam kes Hashim bin Mat Isa lawan Fatimah bte Ahmad (1977, Jld. III, I JH), Yang Arif Kadhi Besar Kedah, Syeikh Ismail bin Hj. Omar (pada masa itu) memutuskan perkahwinan kahwin lari yang dibuat di Pekan Siam, Padang Besar, Thailand itu tidak sah.

Fakta kesnya adalah seperti berikut: Kedua-dua pasangan itu warganegara Malaysia. Pengantin perempuan tinggal bersama bapanya (wali) di Batu 5, Jalan Sanglang, Kedah. Pengantin perempuan dan pasangannya telah berkahwin lari di Kampung Pekan Siam, Padang Besar, Thailand. Sekembalinya ke Kedah pasangan itu mahu mendaftarkan parkahwinannya. Permohonan itu dibuat di Mahkamah Syariah Alor Setar, Kedah. Ketika menyampaikan keputusan permohonan pendaftaran perkahwiann itu, Yang Arif Kadhi Besar memutuskan:
"Perkahwinan pasangan itu tidak sah pada hukum syarak keranan jarak di antara tempat wali berada pada masa itu dengan tempat akad nikah yang dibuat di Kampung Pekan Siam itu tidak sampai dua marhalah dan perempuan itu diperintahkna supaya bereddah".
Sebagai pengajaran dari keputusan Mahkamah itu, maka adalah mustahak mana-mana perkahwiann yang hendak dibuat di luar kariah, daerah dan negeri hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada Pejabat kadhi yang berdekatan dengan tempat tinggal.

bayi Publish time 5-3-2007 08:35 AM

Berhati-hatilah dgn penggunaan wali... kalau tidak pasti @ kurang faham sila hubungi pejabat kadhi @ jabatan agama terdekat sbb kalau salah wali maka pernikahan tidak sah.. byk implikasinya.. kalau pernikahan tidak sah seluruh keturunan yg lahir tidak sah taraf... bagaimana perhubungan mereka... bgmn pula dgn harta pusaka yg mereka perolehi.. ??

Apapun tahniah kpd anna_natasya yg sudah sedia awal-awal sebagai persediaan perkahwinan anaknya nanti... inilah ibu yg bertanggungjwb dan berfikiran ke depan...

Syd Publish time 16-7-2007 09:03 AM

Wali enggan izin nikah hilang kuasa
Oleh Adha Ghazali

KANGAR: Wali yang enggan mengizinkan pasangan bernikah akan kehilangan kuasa berkenaan jika gagal memberi penjelasan kukuh dalam tempoh dua hari kepada Hakim Mahkamah Syariah negeri ini.

Malah, kuasa seorang wali terhapus secara automatik jika penjelasan yang diberikan tidak munasabah mengikut pertimbangan agama dan hakim berhak menikahkan pasangan terbabit menggunakan wali hakim.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pendekatan yang dicadangkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat sebagai langkah mengekang peningkatan pernikahan di Selatan Thailand, terutama membabitkan rakyat negeri ini.

"Bagaimanapun, pelaksanaannya masih pada peringkat perbincangan dan perlu diperhalusi sebelum dimajukan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri untuk diwartakan.

"Penilaian akan dibuat dalam segenap aspek termasuk undang-undang serta kesannya terhadap institusi kekeluargaan dan badan kehakiman syariah negeri," katanya, di sini, semalam selepas mengetuai sesi wawancara bertajuk 'Pelaksanaan Undang-Undang Nikah Kahwin Malaysia/Thailand' bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sementara itu, Mohd Asri berkata, kebiasaannya pasangan yang gagal mendapat keizinan wali di negeri ini terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk melangsungkan perkahwinan, sehingga ada yang hilang sabar dan membuat keputusan mencari jalan mudah bernikah di Thailand.

Syd Publish time 16-7-2007 09:05 AM

Hakim boleh ganti wali
Oleh Abdul Halim Yusoff


KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Syariah boleh mengambil alih kuasa wali jika seseorang bapa enggan mengizinkan anaknya bernikah kerana ia selaras peruntukan hukum syarak.

Mufti Johor, Datuk Noh Gadot, berkata hukum syarak menetapkan apabila wali bapa ditanyakan dua kali berturut-turut, tetapi masih enggan mengizinkan pernikahan, maka dengan automatik kuasa wali itu berpindah kepada hakim.

Hakim, katanya, akan memutuskan sama ada keengganan wali mengizinkan pernikahan itu mempunyai alasan yang wajar atau tidak mengikut hukum syarak.

揓ika didapati keengganan itu tidak wajar, maka hakim boleh memutuskan meneruskan pernikahan secara berwalikan hakim,

anwar66 Publish time 21-7-2007 11:59 AM

Perlu juga jelas perbezaan Hakim dan Kadi(pegawai agama) juga perbezaan antara Mahkamah Syariah/Jabatan Kehakiman dan Pejabat Agama Islam/jabatan Agama.

kegagalan menegnali dan membezakan fungsi kedua jabatan ni,akan menyebabkan prosedur bagi proses wali enggan,wali ghaib,tiada wali,pendaftaran nikah luar negara,proses cerai dll akan terganggu.Kita sering menyebut-pejabat agama/pej gadi bagi urusan yang sebenarnya dibawah pengurusan mahkamah Syariah.Ni yang silapnya.Kenali fingsi institusi yang anda ingin berurusan.

Tajdid nikah(memperbarui nikah)-apa perlunya?kalau nikah di lura negara(student ,pekerja dll) balik malaysia daftar je.kalau nak kenduri,buati je la.Bagi yang lari ke sempadan juga camtu daftar je kat Pejabat Agama Islam Daerah/JAbatan Agama.

Kalau ragu tentang lfaz cerai-buat pengesahan di MS tanpa perlu pergi ke Pej Agama lagi.nak cerai camtu juga.Namun bagi perpindahan ke wali hakim kene lalui dua proses di Pejabat Agama dan juga di MS.Permohonan bermula di Pej Agama then baru di lanjutkan ke MS.Ni kene faham betul2 buat perancangan awal.

Syd Publish time 25-7-2007 11:12 AM

Peguam Syarie Menulis: Persetujuan wali bukan syarat penting perkahwinan
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim


ISU wali hakim kembali hangat dan banyak pihak memberikan pendapat bagaimana mengatasinya. Pandangan Mufti Perlis bahawa perempuan perlu diberi peluang menggunakan wali hakim selepas tempoh dua hari bapa gagal memberi alasan keengganannya menarik untuk dikupas.

Dari satu segi, ia baik untuk menolong perempuan supaya dapat menggunakan wali hakim dan bersegera melangsungkan perkahwinan dengan lelaki dicintai tanpa perlu menunggu lama. Dengan cara itu, pasangan tidak perlu lari ke Thailand untuk berkahwin menggunakan wali hakim dan bilangan orang kahwin lari di Thailand sudah tentu berkurangan secara mendadak.

Namun begitu, ia juga sebenarnya boleh memberi kesan kerana urusan kekeluargaan dan membuka ruang kepada konflik undang-undang serta boleh memberi kesan kepada keadilan itu sendiri.

Perkataan wali berasal daripada kalimah wilayah yang bermakna kuasa cakapan ke atas orang lain sama ada ia reda atau tidak. Jumhur ulama berpendapat izin wali adalah syarat mutlak berdasarkan firman Allah yang bermaksud, 揇an apabila kamu menceraikan isteri-isterimu, lalu habis edah mereka, maka janganlah kamu (wahai wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka.

klopis Publish time 7-9-2007 10:25 AM

wali nikah

assalamualaikum sume...

klopis ni nak tanya skit la...ape yang membuatkan seseorang bapa tu tak layak jadi wali kepada anak kandung perempuan die sendiri??

terima kasih..

klopis Publish time 7-9-2007 12:52 PM

takde sape ke nak jelaskan kat klopis.....waaa....:'(

athieyra Publish time 7-9-2007 02:09 PM

Reply #1 klopis's post

Setiap wali sama ada wali nasab atau wali hakim dikehendaki memenuhi syarat peribadi berikut - seorang yang beragama Islam, lelaki sempurna, umur baligh, berakal serta waras fikirannya, bebas merdeka, bersifat adil, tidak berada di dalam ihram haji atau umrah dan tidak pula dipaksa untuk menjadi wali.

Dalam mana-mana perkahwinan, wali nasab didahulukan menurut galur keutamaannya bermula daripada wali aqrab, kemudiannya berpindah kepada wali ab`d.

Jika ketiadaan wali nasab (aqrab dan ab`ad) pada semua urutannya atau jika wali nasab menghadapi masalah atau tidak memenuhi syarat kelayakan menjadi wali, maka tugas perwalian di dalam sesuatu perkahwinan akan berpindah kepada kuasa wali hakim secara mutlak.

Ada beberapa keadaan yang mewajibkan wali hakim memainkan peranannya bagi menyempurnakan perkahwinan seseorang perempuan seperti:

1. Apabila tidak ada wali nasab.

2. Apabila wali aqrab tidak memiliki syarat kelayakan yang sempurna, di samping tidak ada wali ab`ad untuk menjalankan akad perkahwinan.

3. Apabila wali aqrab berada di suatu tempat yang jauh sejauh yang membolehkan sembahyang qasar.

4. Apabila wali aqrab sedang mengerjakan ihram haji atau umrah.

5. Apabila wali aqrab berada di dalam penjara yang tidak ada jalan untuk menemuinya.

6. Apabila wali aqrab menyembunyikan dirinya kerana tidak mahu melaksanakan perkahwinan itu.

7. Apabila wali aqrab enggan untuk melangsungkan perkahwinan itu.

8. Apabila wali aqrab hilang tidak diketahui di mana dia berada dan

9. Apabila kedudukan seseorang perempuan itu adalah anak luar nikah.

indah1285 Publish time 7-9-2007 04:42 PM

Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:
[*] Islam[*] Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).[*] Berakal - Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.[*] Lelaki - Orang perempuan tidak sah menjadi wali.[*] Adil[*] Merdekalain dr tersebut tdk sah...

Susunan wali mengikut tertib ialah: [*] Bapa kandung[*] Datuk sebelah bapa ke atas[*] Saudara lelaki seibu-sebapa[*] Saudara lelaki sebapa[*] Anak saudara lelaki seibu-sebapa[*] Anak saudara lelaki sebapa[*] Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa[*] Bapa saudara sebelah bapa sebapa[*] Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah[*] Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah[*] Bapa saudara seibu-sebapa[*] Bapa saudara bapa sebapa[*] Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa[*] Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah[*] Bapa saudara datuk seibu-sebapa[*] Bapa saudara datuk sebapa[*] Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah[*] Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah[*] Muktiq (tuankepada hamba perempuan yang dibebaskan).[*] Sekalian asabah kepada seorang muktiq[*] Raja/Sultan.
Mengikut pendapat Mazhab Syafi抏 dan Hambali, wali fasik tidak boleh atau tidak sah menjadi wali nikah. Ini berdasarkan sebuah hadith dariIbnu Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda,
"Tidak sah nikah melainkan wali yang adil dan ada saksi yang adil".
(Riwayat Ahmad)


Yang dimaksudkan dengan adil ialah seseorang itu berpegang kuat (istiqamah) kepada ajaran Islam, menunaikan kewajiban agama, mencegah dirinya melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak,menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan sebagainya serta berusaha tidak melakukan dosa-dosa kecil.

Yang selebihnya t sudah jelaskan di atas....:loveliness:

klopis Publish time 7-9-2007 05:12 PM

Reply #4 indah1285's post

ok thanks to athierya & indah.....

tapi macamane kalau bapa kandung kita still ade then kita taknak die jadi wali kita atas sebab2 yg tertentu...dan wali yang kita nak adelah abang2 kandung...boleh ker??

mnm77 Publish time 7-9-2007 06:14 PM

Reply #5 klopis's post

Mestilah ada sebab yang kukuh kenapa nak buat demikian.... tak boleh sebab2 yang ringan....

athieyra Publish time 7-9-2007 06:16 PM

Reply #5 klopis's post

so sbb apa?.. :o :o

ibnur Publish time 7-9-2007 07:10 PM

Reply #5 klopis's post

mangikut mazhab shafie tak boleh berpindah wali (yang masih hidup) kecuali kepada wali hakim.

klopis Publish time 11-9-2007 11:32 AM

erm...klopis nak citer pun seganla...masalah keluarga....abah klopis ni adela buat hal..so klopis skang mmg rase sakit at sangat dgn die...dan klopis rase die tak layak jadi wali klopis nanti...klopis nak nikah taun depan...so skang ni klopis confius la... :(

indah1285 Publish time 11-9-2007 01:53 PM

Reply #57 klopis's post

guna wali hakim jelah... dgn psetujuan abah klopis....:loveliness:

ziela81 Publish time 11-9-2007 03:37 PM

klu wali yang ada (bapa kandung) wali yg x penah smbhyang, pose n jnis makn ubt khayal cmner?

indah1285 Publish time 11-9-2007 05:37 PM

Reply #59 ziela81's post

dinamakan wali fasik... guna wali hakim..
Pages: 1 2 [3] 4
View full version: Wali & Wali Hakim (merged:Duta lover,harumanisz,klopis)


ADVERTISEMENT