ibuaiman Publish time 21-8-2006 04:24 PM

tq syd....

tu lah...alhamdullilah skang dia sihat....semlm gi jupa doc pun,doc cakap dia sihat....

cuma doc bagi appeton....mgkn nak suruh berat badan dia naik cpt kot....

Syd Publish time 22-8-2006 09:48 AM

:)

saya tumpang gembira.

harap akan sihat walafiat dan gembira
mcm anak2 yang lain

Syd Publish time 15-1-2007 12:21 PM

Faedah urutan bayi
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Merangsang perkembangan bayi pra matang dan kumpulan yang perlu rawatan khusus

SENTUHAN dan belaian memang mempunyai kuasa ajaib kerana ia memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Hanya beberapa minit sehari, sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi.

Banyak bukti saintifik menunjukkan sentuhan dan belaian yang diberikan dalam bentuk urutan sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi. Malah, urutan dikatakan rawatan alternatif terbaik untuk memberi perlindungan daripada jangkitan pada peringkat awal kehidupan seseorang bayi.

Urutan sangat penting untuk merangsang perkembangan bayi pra matang dan kumpulan yang memerlukan rawatan khusus seperti Sindrom Down, serebral palsi, asma, autistik, kanak-kanak yang mengalami gangguan pasca traumatik dan jangkitan virus HIV.

Bayi dalam senarai di atas biasanya mengalami masalah tumbesaran yang lebih lambat berbanding bayi normal dan dilahirkan cukup bulan. Kajian ke atas bayi pra matang (lahir tidak cukup bulan) yang diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki dan tangan selama lima minit tiga kali sehari menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus yang membolehkan mereka keluar dari hospital lebih awal.

Bagi kanak-kanak istimewa, urutan antara rawatan yang sangat penting. Urutan ringan yang diberikan kepada bayi bukan saja boleh merehatkan, bahkan turut merangsang peningkatan fungsi otot dan memperbaiki kemampuan otot tangan dan kaki, terutama bayi Sindrom Down yang mengalami masalah otot kendur. Masalah ini menyebabkan mereka sukar bergerak dan berjalan.

Pengarah Bersama Institut Penyelidikan Sentuhan, Miami, Florida, Dr Maria Hernandez-Reif, berkata urutan boleh membantu meningkatkan fungsi motor (pergerakan dan koordinasi otot besar dan kecil) serta memperkemaskan otot bayi.

Banyak kajian menunjukkan urutan boleh menenangkan dan meningkatkan keupayaan kanak-kanak autisme untuk berinteraksi dengan lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat urutan.

Apabila diurut, badan menghasilkan hormon oksitosin dan endorfin yang membuatkan kita selesa serta membantu meredakan ketidakselesaan akibat tekanan emosi. Malah, ada juga teknik urutan yang dapat mengurangkan masalah sinus dan hidung tersumbat.

Ada juga kajian mendapati urutan boleh mengatasi masalah kolik, iaitu sakit perut akibat pengumpulan angin dalam usus. Perkara ini biasa berlaku pada bayi sehingga menyebabkan mereka tidak mahu menyusu.

Mengurut perut dengan perlahan beberapa kali bukan saja meredakan kesakitan, malah membuat bayi berasa lebih selesa. Pengamal rawatan alternatif ini percaya urutan pada perut bayi yang dilakukan setiap hari dapat mengelak masalah sekatan angin dalam usus.

Dianggarkan 60 hingga 90 peratus penyakit yang berlaku pada bayi disebabkan tekanan dan ia boleh diredakan melalui urutan. Urutan akan memberi ketenangan yang membantu merangsang kebolehan bayi untuk menghadapi tekanan.

Tekanan yang dialami bayi dan kanak-kanak sukar dikesan, kecuali melalui perubahan tingkah laku. Mungkin ada yang bertanya bagaimana bayi boleh mengalami tekanan pada usia semuda itu. Ketika diurut, bayi menerima dua perkara iaitu tekanan dan kelegaan.

Rangsangan yang diberi ketika mengurut dan pergerakan angin pada kulit sebenarnya boleh menjadi sumber tekanan kepada bayi, tetapi ia diseimbangkan dengan suara, bau dan sentuhan ibu atau bapa yang mengurut mereka.

Urutan boleh mengurangkan paras hormon kortisol (hormon tekanan), membuatkan kanak-kanak tidur lebih nyenyak. Malah, kajian Institut Sentuhan Miami, Florida mendapati bayi yang diurut menunjukkan peningkatan sel darah putih yang bertanggungjawab mampu membunuh banyak sel tumor. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan.

Lebih penting, urutan banyak manfaatnya kepada bayi pra matang. Kajian mendapati urutan mampu meningkatkan kemahiran motor dan merangsang perkembangan mental bayi.

Kajian Odense Hospital, Denmark mendapati bayi yang diurut menunjukkan banyak perubahan positif, terutama pada pernafasan, warna kulit, ekspresi wajah, kemampuan menggerakkan anggota badan dan peningkatan paras oksigen dalam darah.

Jika anda ada anak yang memerlukan perhatian istimewa, ini masanya untuk belajar teknik urutan untuk bayi. Kaedah di bawah boleh dijadikan panduan.

Mulakan urutan dengan:

1. Kaki

roes74 Publish time 20-1-2007 11:11 AM

Reply #23 Syd's post

susu pediasure pun bagus untuk naikkan berat..pernah guna utk anakno 2 ygpramatang atas nasihat dr pakar ampang puteri..hasilnya memang puashati

Syd Publish time 22-1-2007 09:55 AM

pediasure mmg terbukti
mmg mahal sket
tapi hasil dia tak mengecewakan

Syd Publish time 15-3-2007 11:13 AM

Urutan pulih bayi lahir pramatang


SEJAK lebih 30 tahun lalu, Johnson & Johnson mempromosikan urutan bayi adalah unsur paling penting dalam penjagaan bayi baru lahir. Menerusi usaha ini, Johnson & Johnson berjaya menubuhkan Institut Penyelidikan Sentuhan (TRI) pada 1975, pusat utama dunia bagi penyelidikan saintifik mengenai kesan rangsangan sentuhan pada bayi baru lahir.

Kini selepas lebih 30 tahun menjalankan kajian dan penyelidikan klinikal, TRI sudah mendokumentasikan lebih 100 kajian yang menunjukkan kesan positif Sentuhan Urutan Bayi bukan hanya pada bayi lahir cukup bulan, malah bagi bayi lahir pramatang.

Bagi ibu yang mempunyai bayi pramatang, sentuhan urutan bayi adalah kaedah berkomunikasi terpenting bagi menyalurkan keperluan emosi dan harapan antara bayi serta ibu. Amalan itu menjadi talian hayat bagi ibu dan bayi apabila semua suasana dan kaedah rawatan dilaksanakan sementara keinginan hidup serta membesar ketika ini bergantung pada bayi dan sokongan emosi ibunya menerusi sensasi sentuhan.

Kedua-duanya berpadu tenaga berjuang dalam apa jua keadaan perubatan yang mengancam peluang kehidupan bayi pramatang. Bayi pramatang mempunyai keperluan emosi dan perkembangan yang sama seperti bayi cukup bulan, tetapi cabaran dihadapi bayi pramatang lebih besar.

Mereka biasanya diletakkan di bawah Unit Penjagaan Rapi NeoNatal (NICU) sejurus selepas mereka dilahirkan dan ditempatkan di dalam inkubator yang mana ibu dan bayi dipisahkan menyebabkan bayi sukar didakap. Bayi di NICU mempunyai masa rehat yang sedikit berbanding bayi lahir cukup bulan yang menghabiskan kebanyakan beberapa minggu awal mereka dengan tidur.

Tanpa perhatian emosi dan pertumbuhan mencukupi, bayi pramatang mungkin akan menunjukkan tanda mengalami kerisauan, tertekan termasuk tiada keinginan hidup mahupun pertambahan berat badan, lemah dan sering menangis. Secara bandingannya, risiko komplikasi lebih besar jika dibandingkan dengan bayi cukup bulan kerana kurang berat badan ketika dilahirkan dan usia gestasi.

Sentuhan Urutan Bayi sudah dikenali dan terbukti di TRI sebagai satu usaha penting yang berkesan bagi bayi pramatang.

Di TRI, usaha awal penyelidik adalah memberi tumpuan untuk mengurut bayi pra matang dan kesannya amat positif.

Sejak 1986, Pengarah Institut Penyelidikan Sentuhan, Dr Tiffany Fields mendokumentasikan kajian klinikal kesan sentuhan pada 40 bayi pramatang. Penyelidik menggunakan teknik urutan bayi paling asas merangkumi sentuhan ringkas pada badan dan pergerakan pasif pada kaki dan tangan selama 15 minit sebanyak tiga kali sehari selama 10 hari.

Hasil kajian menunjukkan bayi pramatang yang menerima sentuhan ini:


Purata 47 peratus bertambah berat badan.


Sentiasa terjaga dan aktif dalam kebanyakan masa.


Meningkatkan kepekaan pada persekitaran dan tindak balas mengikut Skala Brazelton yang dinilai berdasarkan tingkah laku lebih luas bagi bayi baru lahir sehingga usianya dua bulan.


Tempoh berada di hospital kurang enam hari berbanding kumpulan bayi lain yang diawasi, secara purata menjimatkan penjagaan hospital.

Data klinikal itu menunjukkan urutan adalah cara paling mudah bagi meningkatkan tahap kesihatan psikologi dan emosi bayi pra matang.

Syd Publish time 15-3-2007 11:14 AM

Siri Sentuhan Urutan Johnson's Baby: Tiffany bayi ajaib


LAZIMNYA, bayi pramatang lahir pada tempoh usia kehamilan mencecah 28 minggu dan jarang sekali yang lahir sebelum tempoh itu berjaya untuk terus hidup. Di Barat, khususnya negara maju kisah bayi yang lahir sebelum mencecah usia kehamilan 28 bulan dan berjaya hidup sudah menjadi perkara biasa berikutan kecanggihan teknologi perubatan. Begitu pun bayi yang dilahir pada tempoh kehamilan itu menghadapi pelbagai risiko kesihatan dan untuk terus hidup. Tiffany Teh adalah bukti tiada yang mustahil di dunia ini. Ikuti pengakuan ibunya, Ivy Chan yang terpaksa melalui pengalaman sedih apabila melahirkan Tiffany, pada usia kehamilannya 25 minggu.

SETIAP ibu baru mempunyai cerita bayi dan kehamilannya sendiri. Bagi saya, Tiffany bukan sekadar satu cerita kebanggaan bagi seorang ibu baru, tetapi dia sendiri adalah satu keajaiban. Dia bukanlah bayi pertama saya kerana anak sulung saya lelaki, sihat dan lahir cukup bulan.

Sejak dilahirkan sehingga dibenarkan keluar dari hospital tiga bulan kemudian, Tiffany menunjukkan semangat dan kemahuan untuk hidup sekalipun tubuhnya amat kecil, hanya 35 sm panjang dan berat 650 gm. Saya sangat sedih melihatnya menderita pada awal usianya, bergelut dengan peralatan perubatan yang dipasangkan pada tubuh kecilnya itu.

Sebagai ibu, saya menangis dalam hati dan saya tahu saya juga perlu menunjukkan semangat juang seperti ditunjukkan Tiffany. Saya mula menyimpan diari ini sebagai tempat meluahkan kebimbangan, selain perasaan gembira dan sedih yang bercampur aduk sepanjang tempoh perjuangan saya dan Tiffany.

Harapan saya bila dia besar dan mengetahui bagaimana perjuangannya sejak dilahirkan, dia mampu menghadapi apa saja rintangan dan cabaran yang datang dalam hidup serta menghargai dan berbuat baik pada yang kurang bernasib baik.

Bayi Tiffany dilahirkan tanpa dijangka

Pada usia kehamilan 25 minggu, saya dimasukkan ke hospital kerana mentuban saya pecah. Doktor memberitahu jika bayi dilahirkan pada usia itu, dia mungkin tidak berpeluang untuk hidup ataupun berdepan ketidakupayaan kekal. Bayi Tiffany akhirnya dilahirkan lebih awal tiga setengah bulan.

Tubuhnya amat kecil dengan saiznya hanya seperti botol air mineral 500 ml. Hanya sekali dia menangis - rengekan kecil dan saya sempat melihatnya sebelum Tiffany dibawa pergi oleh jururawat untuk diletakkan dalam ventilator.

Ketika itu tiada satu pun ventilator di hospital berkenaan. Dia akhirnya ditempatkan di tempat pemindahan ventilator sementara dan akhirnya, selepas 13 jam dilahirkan, Bayi Tiffany diletakkan di ventilator kekal di Pusat Penjagaan Rawatan Rapi NeoNatal (NICU), Hospital Kuala Lumpur yang akhirnya menjadi rumah sementara bagi saya dan Tiffany dalam tempoh tiga bulan berikutnya.

Melihat wajahnya yang seolah-olah kesepian dan ditambah tubuh yang terlalu kecil, saya begitu sedih kerana tidak dapat melindungi ataupun memeluknya. Saya dan suami ketika itu hanya boleh berdoa dan kami sudahpun memberinya nama. Namanya Tiffany, dalam bahasa Perancis bermakna kemunculan Tuhan.

Berganding tangan - menyentuh bayiku

Dalam tempoh yang panjang itu saya hanya mampu berlegar di sekitar NICU tanpa mengetahui apa yang harus dilakukan. Sekalipun saya tahu bayi saya berada dalam jagaan pakar kanak-kanak, hati ini tetap berasa bimbang. Seorang doktor memberitahu saya bahawa saya perlu cuba menyentuh dan membelai Tiffany.

Saranan itu melegakan kerana akhirnya saya dapat berbuat sesuatu. Saya terjumpa risalah Urutan Bayi Johnson's Baby dan mula belajar menyentuh bayi saya. Dia sangat kecil dan lemah dan saya takut jika menyentuhnya, mungkin akan menambah penderitaan sedia ada yang ditanggung.

Akhirnya, saya mula mengurut bayi saya, perlahan dan lembut dengan mengusap bahagian belakang, kepala dan tangan serta kakinya yang kecil. Ketika itu, rasa sedih dan gembira bercampur ketika saya menyentuh tubuhnya yang kelihatan seperti tulang disaluti kulit nipis.

Detik urutan bayi itu menjadi rutin harian saya dan bayi sepanjang tempoh tiga bulan di NICU. Ketika mengusap dan membelainya, saya akan berbisik dan menyanyi perlahan. Saya ingin dia tahu, ibunya ada di sisi dan kami akan mengharungi masa sukar ini berganding tangan, bersama-sama.

Akhirnya, apabila keadaannya stabil, doktor membenarkan saya memegangnya untuk kali pertama sejak dia dilahirkan. Ketika itu, permata hati saya itu sudah pun berusia 48 hari dan dipindahkan ke katil bayi di wad biasa. Bila saya memegangnya, dari pandangannya saya dapat rasakan, dia suka dipeluk, seolah-olah dia berkata, "Ibu, sentuhanmu sangat berbeza, lembut, penuh kehangatan dan kasih sayang".

Saya masih terus menyentuh dan mengurutnya sehingga hari ini, dua tahun selepas dia dilahirkan. Dia selamat di sebalik semua keadaannya ketika itu, sekalipun doktor dan pakar pernah hilang harapan. Bayi Tiffany adalah bayi termuda yang terselamat di NICU.

Pernah beberapa kali dalam tempoh tiga bulan berjuang untuk hidup di NICU, Tiffany berhenti bernafas, menghadapi jangkitan bakteria, mengalami pendarahan tengkorak, anemia, jangkitan mata dan masalah pada paru-parunya yang kecil, hati, usus serta tulang. Semuanya berjaya diatasi walaupun pada satu waktu berat badannya turun sehingga 557 gram.

Setiap hari dalam tempoh tiga bulan itu adalah detik kritikal. Pada usia tujuh hari, doktor memberitahu tempoh itu adalah tanda dan kadar kelangsungan bagi bayi pramatang. Kebetulan Tiffany mengalami pendarahan dalam otak pada hari itu, wajahnya amat pucat, tubuhnya tidak bergerak dan perlu dibuat pemindahan darah.

Kata doktor, dia perlu berjuang sendirian untuk hidup kerana tidak banyak yang boleh dilakukan doktor. Bagaimanapun, pada hari itu bayi Tiffany membuka matanya untuk kali pertama dan memandang saya sambil menggenggam jari saya. Itu adalah saat penuh pengharapan sehinggalah dia mula bernafas tanpa bantuan alat pernafasan pada hari ke 42.

Kami dapat bersama apabila dia dikeluarkan dan ditempatkan di wad biasa apabila berat badannya mencecah 1 kg. Timbul lagi kebimbangan apabila sekali lagi nyawanya dalam bahaya bila dia berhenti bernafas pada hari ke 56. Namun, dia terselamat dan saya berasa begitu bersyukur kerana di sebalik semua kesulitan itu, Tiffany berjaya mengharunginya sehinggalah dia dikeluarkan dari hospital tiga bulan kemudian.

Ada orang lahir dengan kesihatan yang baik dan hanya sekali-sekala diserang selsema, tetapi Tiffany saya perlu berjuang untuk hidup bagi semua organ tubuhnya. Ia satu keajaiban kerana selain penjagaan rapi doktor dan jururawat, saya percaya sentuhan urutan bayi banyak membantu saya dan bayi - secara emosi dan fisiologi.


Profil:

Nama Ibu : Ivy Chan, 33 tahun
Nama Bayi: Tiffany Teh
Lahir: 17 Mac 2005
Usia Gestasi: 25 minggu (3

Alt-F4 Publish time 26-10-2008 09:00 PM

anak aku pun baru dilahirkan hari ni.. pramatang jugak baru 32 minggu.. tiba2 pagi tadi air ketuban bini aku keluar.. pergi spital.. bedah pastu anak aku skang ni dlm NICU.. depa kata ada masalah paru2.. harap2 anak aku selamat dan sehat.. insyaallah.. sama2 lah kita doa..

AnitaSabrina Publish time 27-10-2008 12:33 PM

Reply #28 Alt-F4's post

Bila air ketuban pecah?Sempat tak your wife dapat steroid jab untuk matangkan paru-paru baby?Its 2 injections within 24 hours.

I doakan your baby selamat & take good care of your baby.

Pre-term baby's immune system is not very strong.Jangan bawak baby tempat crowded.Kalau orang datang rumah keep them away from your baby.Only allow very close people (make sure they are not sick) to come into contact with your baby.Keep your hands sanitised at all times.

Btw, my baby was born pre-term at 33 weeks.Air ketuban pecah at 32 weeks.Doctor gave me bricanyl to stop contractions to allow me to get the steroid jabs for my baby.After 24 hours the doctors stop the meds and allowed nature to take its course.Baby came at week 33.

The first year of his life was crazy because we were terrified of losing him.Hubby & I took turns to sleep because my baby tend to choke when he cries.Because he was so small, he made no sound when he cried. Also milk will come out through his nose and he'll turn blue very fast.So, we had to stay alert 24/7.

Now my son is 6 years and looking at him you won't know he was born early.

Don't worry so much.InsyAllah your baby will be alright.Try to read as much as possible about pre-term babies.Try to breastfeed especially in these early days so that you baby gets colostrum.

Alt-F4 Publish time 28-10-2008 01:08 AM

Balas #29 AnitaSabrina\ catat

huhu.. aku tak pasti sempat cucuk ke tidak.. tp aku rasa kemungkinan besar tak sempat.. sebab lepas pecah ketuban tu.. dr cek kata baby songsang.. and dah kontraksi 5cm.. dan air pun makin kering.. so dr buat operation.. 5 jam pastu baby dah keluar.. so smpai skang ni masih dlm NICU..

so far jantung okey.. cuma paru2 je.. nampak dada baby berombak kuat.. dan dr. ckp dia boleh bernafas sendiri.. tp tidak sepenuhnya.. bantuan oksigen masih diberikan..

esok baru wife aku nak breasfeed.. aku pun tak tau bini aku ada cukup susu ke tidak.. tapi hopefully esok ada susu keluar.. mmg betul2 berharap..

wife teringin nak tgk baby tadi.. so aku bawak dia pegi NICU dan aku dah ckp.. kena sabar sikit lah tgk keadaan baby.. masuk2 je dlm NICU.. terus nangis.. ye lah kecil2 pun dah kena bermacam wayar.. aku pun tak berapa berani nak pegang.. tp bila aku ngan wife aku smpai.. bila aku sebut nama dia.. terus dia bukak mata.. dan tgk kami berdua.. lagi la berderai air mata bini aku..

sebab time ngandung.. mmg dah awal2 lagi kami dah kasi nama setelah kompom jjantina dia.. dan sepanjang mengandung.. nama baby dipanggilberibu kali.. mungkin sebab tu bila dilahirkan.. bila kami panggil saja ada reaksi drpd baby..

aku pun tak pasti mungkin kebetulan saja..


tp setiap kali aku sembahyang mmg tak putus2 berdoa utk kesihatan baby... mmg betul kata awak.. baby aku nangis takde keluar bunyi.. mmg senyap saja.. tapi aku tak pasti la tu utk sementara atau mmg mcm tu.. harap2 tu sementara..


selepas dilahirkan.. aku ada nampak kaki kanan baby aku kebiruan.. dan doc terangkan kaki tu berada di pintu rahim.. sebab tu biru.. tp petang tadi aku tgk dan beransur pulih dan aku dah nampak kedua2 belah kaki dia bergerak normal.. so sekarang tinggal masalah paru2.. doc kata ada tanda positif..

harap2 la anak aku tu ada perubahan positif esok... insyaallah..

sesungguhnya allah tu maha pengasih lagi maha penyayang.... sekarang ni wife aku still ada dlm wad.. aku dok sensorang je dlm umah.. rindunya kat wife ngan baby..

[ Last edited byAlt-F4 at 28-10-2008 01:11 AM ]

Alt-F4 Publish time 28-10-2008 09:17 AM

update.. td pukul 4pg wife aku call drpd wad.. dia ckp NICU panggil dia turun.. sebab paru2 anak aku ada bleeding dan kena infection.. so depa ambik darah wife aku dan satgi baru wife aku nak bg breastfeed...

lepas2 dia call pg tadi.. aku tak dpt nak tidur dah.. aku tetap berdoa kepada allah... agar baby aku sehat... wife aku dah boleh discaj hari ni.. alhamdulillah..

cuma sekarang tumpuan utk baby aku la.. sesungguhnya allah maha pengasih dan penyayang..

AnitaSabrina Publish time 28-10-2008 05:14 PM

Reply #31 Alt-F4's post

Your wife & baby kat hospital mana?

I doakan your baby stays strong and fight off the infection.InsyAllah.

The first 1 or 2 days memang susu kurang sebab yg keluar tu is colostrum - yellowish.That is the best milk for baby.It will help your baby to fight off infections - not just now but also later on in life.

But I'm not sure what your baby's condition is now.Maybe when your baby dah kuat sikit dr will allow breast milk.Encourage your wife to keep lactating - mula mula sakit but don't give up.

I'm sure your baby recognises you & your wife.Baca surah Al-Quran to your baby.InsyAllah Allah beri kekuatan to your precious little one to fight off the infection.

Alt-F4 Publish time 28-10-2008 07:29 PM

Balas #32 AnitaSabrina\ catat

terima kasih anita sebab beri support..

so wife dah keluar wad tadi.. and baby still at NICU.. wife aku bersalin kat GH sg petani.. so far aku betul2 satisfied with nurse, doc and all equipment. mmg cukup lengkap dan nurse pun prihatin dekat baby dan wife aku..

so lepas smpai di rumah.. terus aku rebus all breast pump so lepas dah sejuk sikit aku pun start upacara memerah susu ibu.. mmg sakit.. lebih kurang hampir sejam.. tp jumlah susu keluar adalah sedikit.. tp mmg warna kekuningan.. betul kata anita.. lepas siap perah.. terus aku pergi hospital kasi kat nurse.. kat botol tu ada tulis nama wife.. date ngan masa perah susu tadi..

im very2 new in this.. td semasa hantar susu.. aku sempat touching2 baby.. dan reaksi agak aktif.. walaupun mata dia tertutup seakan2 tidur.. tp setiap part badan dia kalo aku pegang mmg ada reaksi tindakbalas.. seronok jugak.. rasa mcm nak ambil tilam tido dlm NICU je...

so bila doc smpai.. dia kata bleeding baby aku dah okey.. darah semua okey.. jantung okey.. cuma lung je belum cukup berfungsi.. dada baby aku pun sudah kurang berombak mcm kemarin.. so nampak mcm ada perubahan positif lagi hari ni..

aku takde kesempatan nak baca al-quran sebab mengurus perniagaan yg agak sebuk.. tp setiap kali sembahyang.. mmg aku akan doa lama utk kesejahteraan isteri dan baby aku.. so far alhamdulillah.. mmg allah sungguh sayangkan aku.. byk jugak doa aku makbul sebelum2 ni..

so henpon kena standby 24jam.. in case doc di NICU call ada apa2 emergency.. so aku ngan bini aku pun standby je la.. wife pun dah beransur2 kuat..

syukur kehadrat allah..

[ Last edited byAlt-F4 at 28-10-2008 07:37 PM ]

AnitaSabrina Publish time 28-10-2008 09:47 PM

Reply #33 Alt-F4's post

Syukur Alhamdullillah your baby dah makin sihat.

Kena buat baik dengan nurses kat NICU sebab your baby 24/7 bawah jagaan dia orang.Btw, your baby boy ke girl?

Just some info, masa I bersalin my baby dulu, paediatric doctor tak bagi I makan jamu sebab nanti effect pada baby sebab I breastfeed.Organ dalaman pre-term baby tak sekuat baby yang cukup bulan.My baby dulu panas sangat badan dia.Doctor ambil darah my baby - punyalah susah sebab urat darah dia halus sangat.Kesian baby nak nangis pun tak larat.But anyway after testing for so many things semua normal.Last sekali paed dr tanya about my diet.Pastu dapat identify jamu I makan buat baby panas.Very high temperature pulak tu.So completely stop all jamu.Just make sure makan benda-benda yang berkhasiat so that baby gets good nutrients.

I doakan your baby gets stronger everyday and InsyAllah cepat balik ke rumah.

AnitaSabrina Publish time 28-10-2008 09:55 PM

Oh ya, pasal nangis.

My baby dulu nangis tak ada suara lama jugak - rasanya lebih dari 6 bulan.But I try tak nak kasi dia nangis.Bila dia macam nak nangis je satu family try to make him happy.Sebabnya nangis banyak guna tenaga dari lungs.Boleh tercungap-cungap jugak kalau dia nangis.

Even sekarang ni pun my youngest son tak kuat nangis.Merajuk memang terror.Kalau sedih sangat dia peluk bantal pastu airmata mengalir keluar.   Tak keluar suara.Dah terbiasa dari masa baby kot.

Alt-F4 Publish time 29-10-2008 09:06 PM

Balas #34 AnitaSabrina\ catat

yeap.. my wife jugak ada makan jamu ( ye lah dah husband bukak kedai ubat tradisional ) .. but tu before ngandung la.. lepas ngandung aku suruh stop semua jamu.. sebab nak jaga baby dlm kandungan.. ye lah jamu2 ni semua panas..

cuma time ngandung tu aku suh wife makan salindah.. starting 3month pregnant.. smpai hari dia pecah ketuban tu..

so far tadi aku jengok kat NICU.. doc kata baby aku guna oksigen drpd mesin lg byk berbanding dulu.. maksudnya paru2 dia mungkin takde apa2 progress.. tp dada berombak anak aku tu berkurangan.. tp doc ckp.. anak aku ni aktif.. smpai nak kena selit lampin sana sini tak kasi dia gerak.. yg lain semua normal..

so aku sembang2 ngan doc... dia kata mmg besa kes camni.. insyaallah baby akan sehat...tp yg takbestnya.. baby aku kena kuning hari ni.. tp sikit je la.. so depa dah pasang lampu utk counter masalah tu..

pastu time aku dok main2 dan ckp dengan dia.... tiba2 dia bukak mata pastu senyum sekejap kat aku.. seronok tak sudah.. walhal takde apa2 pun hehe..

Alt-F4 Publish time 29-10-2008 09:08 PM

sorry.. lupa nak mention.. baby aku boy.. dah register pun tadi kat JPN.. muhammad naufal.. ( penderma yang mulia ) :D

AnitaSabrina Publish time 29-10-2008 11:01 PM

Cantik nama your baby,Muhammad Naufal.

Reminds of me Waraqa bin Naufal, sepupu Khadijah isteri nabi.Orang kedua yang nabi jumpa selepas terima wahyu yang pertama.

Dari cerita you, makin cergas your baby.That's good.Mudah-mudahan your baby cepat dapat bernafas sendiri tanpa bantuan oxygen.Boleh balik rumah.

Your wife sure rindu kat baby.Nak pergi hospital susah kan lepas caesarean.Nak jalan pun terbongkok-bongkok sebab luka jahitan tu sakit.Kena banyak minum pati ikan haruan & makan sup ikan haruan.InsyAllah cepat sembuh luka luar dan dalaman.Doktor potong jauh kedalam sampai ke rahim.Kalau first baby kena jaga badan tu elok-elok sebab nanti nak try for more babies.

Alt-F4 Publish time 30-10-2008 09:43 PM

Balas #38 AnitaSabrina

thanks.. so update hari ni.. tghari tadi nurse kata doc planning nak cabut oksigen utk test baby.. tp tadi i pergi pun masih ada oksigen.. maybe baby still perlukan support utk breathing..

mmg betul wife betul2 miss baby.. tapi takleh nak pergi.. sekarang ni cuma boleh dengar cerita drpd i saja.. sebab i yg twice daily yg jengok baby.. luka pun mmg dlm.. kesian jugak kat wife..

so camna ur baby progress masa prem hari tu.. boleh cerita detail dak camna u lalui time tu.. boleh jadikan panduan saya..

AnitaSabrina Publish time 30-10-2008 11:43 PM

Reply #39 Alt-F4's post

Cerita detail about my boys?Nak start kat mana ye?Which parts are you interested in?

I cerita apa yg teringat dulu. If you have questions you can ask me later.

For me, the first son I had caesarean (36 weeks).I pun terpisah dari baby masa baby kena kuning.My sister yang temankan my baby kat hospital.Tak best c-section ni.Sakit datang lepas bersalin.For my first son I tak sempat nak get steroid jabs untuk matangkan paru-paru.My first son ni asthma dia chronic sikit.Masa dia baby kita orang pindah rumah - tinggal dekat dgn hospital.Sekarang dia dah 12 tahun masih ada asthma tapi tak seteruk masa baby.Dia selalu batuk & selsema - sebab lungs tak kuat.Pastu lama sangat nak baik.Even sekarang ni dah hampir 3 bulan dia batuk & selsema.As for hearing - he has 30% hearing loss.But ni according to audiologist is not too bad.Boleh function as normal.Another thing about pre-term babies are their eyes.My first son dah pakai specs dari darjah 2.Every year I kena jumpa cikgu kat sekolah my son and show the `best seat' for my son - eye sight & hearing (so tak boleh belakang sekali) & asthma (tak boleh depan sangat sebab habuk papan hitam).

Second son, I had normal delivery.Even though baby lebih pre-term (33 weeks) - lebih senang jaga baby sebab semua sakit dah hilang lepas bersalin.Second baby sempat dapat steroid jabs.Alhamdullillah my second son okay lungs dia.Tak perlu masuk incubator.Cuma masa baby ada umbilical hernia (common for pre term babies).Hernia ni hilang at 12 months.So far I tak detect any abnormality for his eyesight and hearing.Also, my second son tak lama kat hospital sebab dia tak develop jaundice.

Masa dah balik rumah, memang ramai lah orang menyibuk nak sangat jumpa baby kecik.Kesian hubby kena layan tetamu.I berkurung dalam bilik tak nak kasi my baby expose to anyone.

Susah I nak dapat anak.Sebab tu sayang giler kat dia orang berdua.

Btw, masa dia orang babies & kecik dulu memang selalu kena gi hospital.Banyak hospital appointments. But now cuma appoitnment dgn asthma clinic je.

[ Last edited byAnitaSabrina at 30-10-2008 11:45 PM ]
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Penjagaan bayi pramatang dan kurang berat badan


ADVERTISEMENT