mok_nik Publish time 16-7-2004 07:37 AM

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia mempunyai sejarah yang ada hubungannya dengan dua dokumen yang terdahulu. Dokumen itu ialah perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Asas Perlembagaan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Ia merupakan perlembagaan bertulis yang berasaskan prinsip-prinsip demokrasi.
Pindaan boleh dilakukan di Parlimen apabila mendapat persetujuan dua pertiga atau lebih daripada anggota dewan Rakyat.

Pemerintahan negara kita sekarang ini adalah berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957. Perkara yang terkandung dalam perjanjian itu telah mengalami proses pindaan untuk disesuaikan dengan perkembangan politik semasa, seperti gabungan Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Tanah Melayu dalam sebuah kerajaan Persekutuan Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963. Perlembagaan menjadi garis panduan pemerintahan, sistem politik serta proses pentadbiran negara.

Fasal 159 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan bahawa sebarang pindaan boleh dilakukan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Antara perkara-perkaa penting di dalam Perlembagaan Malaysia ialah:

Perkara 3: Agama Islam sebgai agama rasmi Persekutuan.
Perkara 10 : Kebebasan individu untuk bercakap, berhimpin dan berpersatuan.
Perkara 152: Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
Perkara 153: Hak Istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Borneo.
Perkara 181: Kedaulatan Raja-raja Melayu.

Kuasa yang tertinggi di Malaysia ialah Parlimen. Parlimen mengandungi dua dewan iaitu:-
1-Dewan Rakyat
2-Dewan Negara.

Dewan Rakyat bertanggung jawab:
1-Meluluskan undang-undang.
2-Menentukan belanjawan negara.
3-Mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.

bersambung....mok nik akan ulas lebih lanjut lagi mengenai perlembagaan ini.

mok_nik Publish time 16-7-2004 07:52 AM

KONSEP PERSEKUTUAN

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Oleh itu perlembagaan negara telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ini diperuntukkan dalamjadual kesembilan perlembagaan persekutuan,kuasa perundangan di bahagikan kepada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri, dan Senarai Bersama. Ini bermakna kuasa membuat undang-undang sama ada oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah ditetapkan oleh perlembagaan.

Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Ini bertujuan bagi menjamin kelicinan perjalanan sistem persekutuan dan juga mengelakkan atau menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang mungkin timbul. Pembahagian kuasa berkenaan meliputi bidang perundangan, eksekutif, hal ehwal tanah dan kewangan.

Senarai persekutuan meliputi hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, kewarganegaraan, perdagangan dan perusahaan, undang-undang sivil dan jenayah, perkapalan, pengangkutan, kesihatan, perikanan, perhubngan syarikat kerjsama dan lain-lain.

Senarai negeri pula meliputi pertanian, perhutanan, tanah, kerajaan tempatan, hal ehwal agama Islam, adat istiadat orang Melayu, jentera pertadbiran kerajaan negeri, kerja-kerja air, hari-hari kelepasan am negeri, penyu dan penangkapan ikan disungai dan lain-lain.

Senarai bersama pula meliputi kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, pemaritan dan pengaliran, kesihatan awam, ternakan binatang, perancangan bandar dan desa dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kerajaan persekutuan mempunyai keistimewaan dalam senarai bersama. Sekiranya terdapat undang-undang negeri yang berlawanan dengan undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah dipakai dan undang-undang negeri itu hendaklah terbatal setakat mana bercanggah dengan undang-undang persekutuan itu.


Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sumber-sumber hasil yang terpenting kepada kerajaan persekutuan. Secara umum, kerajaan Negeri bergantung kepada sumber kewangan kerajaan persekutuan kerana sumber-sumber pendapatannya daripada hasil tanah, hutan, galian, cukai hiburan, zakat fitrah dan lain-lain adalah terhad. Kerajaan persekutuan juga merupakan pihak berkuasa pencukai yang utama.

Secara purata, kira-kira satu perempat daripada hasil kerajaan negeri datang daripada pemberian kerajaan persekutuan. Dua jenis pemberian yang wajib diberi kepada semua kerajaan negeri pada tiap-tiap tahun ialah pemberian mengikut bilangan orang dan pemberian jalan raya berasaskan berapa batu panjangnya jalan raya negeri berkenaan. Bantuan-bantuan lain yang boleh diberi oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri ialah bantuan bagi maksud khas misalnya kekurangan hasil bagi menampung perbelanjaan negeri, bantuan pembangunan dan bantuan menambah hasil negeri. Negeri-negeri Sabah dan Sarawak diberi pembarian-pemberian khas tambahan yang tertentu.

Perlembagaan kita menetapkan Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara. Yang diPertuan Agong dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir bagi tempoh lima tahun sahaja. Sebagai Raja Berperlembagaan, Yang diPertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.


bersambung...mok nik akan membincangkan peranan Yang Dipertuan Agong dan Badan Perundangan

mok_nik Publish time 16-7-2004 07:59 AM

PERANAN YANG DIPERTUAN AGONG DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan kita menetapkan Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara. Yang diPertuan Agong dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir bagi tempoh lima tahun sahaja. Sebagai Raja Berperlembagaan, Yang diPertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

Yang diPertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam hal melantik Perdana Menten, tidak memperkenankan permintaan membubarkan Parlimen, dan menitahkan perintah mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkara yang melibatkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. Selain itu, baginda juga mempunyai kuasa seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan, misalnya Perkara 153, yang memperuntukkan kuasa dan tanggungjawab Yang di Pertuan Agong melindungi orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

Baginda juga menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera dan kuasanya itu dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera. Selain itu, baginda juga diberi kuasa pengampunan bagi kesalahan dalam Wilayah Persekutuan. Dalam hal ini, baginda bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan. Raja-Raja Melayu yang lain, selaku ketua negeri masing-masing mempunyai kuasa pengampunan di negeri mereka. Raja-Raja menjadi ketua agama di negeri mereka, manakala Yang diPertuan Agong menjadi ketua agama bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, di samping negeri baginda sendiri.

Yang diPertuan Agong juga diberi kuasa oleh perlembagaan untuk mengisytiharkan Darurat jika didapati keadaan keselamatan negara terancam. Dalam hal ini, baginda bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Di samping undang-undang Darurat yang memerlukan perkenan Yang diPertuan Agong, semua rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen juga memerlukan perkenan baginda.

Sistem Raja Berperlembagaan bererti Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menjalankan pemerintahan negara dan negeri atas nasihat ketua kerajaan. Perdana Menteri adalah ketua kerajaan di peringkat pusat, manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan di peringkat negeri. Di peringkat pusat, Perdana Menteri dibantu oleh Jemaah Menteri, sementara di peringkat negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri mengetuai Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri atau Kabinet Kerajaan Negeri di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Yang diPertuan Agong juga melantik anggota Jemaah Menteri dan Hakim Mahkamah dengan nasihat Perdana Menteri. Yang diPertuan Agong terlibat dalam ketiga-tiga badan pemerintahan iaitu perundangan (legislatif/dewan-dewan di parlimen), pelaksanaan (eksekutif/kabinet menteri dan birokrasi/jpa) dan kehakiman.

bersambung ....peranan badan2 perundanagan dalam Perlembagaan Malaysia..

mok_nik Publish time 18-7-2004 09:47 AM

BADAN PERUNDANGAN -PARLIMEN

Badan yang membuat undang-undang di peringkat Persekutuan di negara kita dinamakan Parlimen. Dan segi perlembagaan, Parlimen sebenarnya terdiri daripada Yang diPertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Konsep Dewan Rakyat telah bermula dengan pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1948. Pada tahun 1955, ahli majlis itu berjumlah 98 orang, dengan 52 orang adalah dipilih. Majlis ini dibubarkan pada tahun 1959 apabila Pilihanraya Umum diadakan. Dengan itu juga, bermulalah sistem Parlimen di negara kita.

Apabila Dewan Rakyat diwujudkan selepas pilihanraya pada tahun 1959, terdapat 104 kerusi. Jumlah ini bertambah dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1990, terdapat 180 kerusi Dewan Rakyat bagi semua kawasan pilihanraya Parlimen di seluruh negara.

Dewan Negara atau Senat pada prinsipnya adalah lebih tinggi daripada Dewan Rakyat, tetapi pada amalannya Dewan Rakyat menjadi lebih utama, berdasarkan keanggotaannya yang dipilih. Ahli Dewan Negara pada asalnya 38 orang iaitu 16 orang dilantik oleh Yang diPertuan Agong dan 22 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri, iaitu dua orang bagi setiap negeri.

Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dan pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, bilangan ahli Dewan Negara telah bertambah menjadi 69 orang. Ahli yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong meningkat kepada 40 orang. Ahli Dewan Negara atau Senator ini berkhidmat bagi tempoh tiga tahun tertakluk sama ada mereka dipilih atau dilantik semula sebagai Senator. Ahli kedua-dua Dewan itu adalah sama tarafnya iaitu sebagai Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.


bersambung........

[ Last edited by mok_nik on 18-7-2004 at 09:53 AM ]

mok_nik Publish time 18-7-2004 09:58 AM

Proses Penggubalan Dasar Kerajaan / Undang-Undang

Pada umumnya, sebelum sesuatu cadangan dan dasar dijadikan rang undang-undang, menteri berkenaan hendaklah berunding dengan Peguam Negara. Setelah itu kertas cadangan tersebut dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan.

Setelah diluluskan, baharulah rang undang-undang digubal oleh Penggubal Undang-undang. Penggubal Undang-undang biasanya herunding dengan menteri dan pihak lain yang berkaitan dengan rang undang-undang tersebut. Rang undang-undang yang digubal itu perlu dikemukakan untuk persetujuan Jemaah Menteri.

Apabila telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri, menteri berkenaan memaklumkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara tentang hasratnya hendak mengemukakan rang undang-undang tersebut. Setiausaha Dewan kemudiannya mengedarkan rang undang-undang yang telah dicetak kepada semua Ahli Parlimen.

Sebelum rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat, ia mestilah melalui beberapa peringkat atau disebut bacaan. Bacaan pertama ialah memberitahu secara lisan mengenai tujuan dan tajuk rang undang-undang itu. Dalam bacaan kedua, prinsip dan rang undang-undang itu dibahaskan. Ini adalah peringkat yang paling penting.

Seperti yang telah dinyatakan, Dewan Negara adalah lebih tinggi tarafnya daripada Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Dewan Rakyat lebih berkuasa daripada Dewan Negara dalam banyak perkara. Perkara 67(1) Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada Dewan Negara untuk memperkenalkan sesuatu rang undangundang atau pindaan yang berhubung dengan hal ehwal percukaian, pinjaman wang dan juga hal berhubung dengan kumpulan wang kerajaan serta akaun Persekutuan dan Negeri.

Bagi rang undang-undang yang bukan melibatkan undang-undang kewangan, Dewan Negara boleh melewatkannya bagi tempoh selama satu tahun. Bagi rang undang-undang kewangan, Dewan Negara boleh melewatkannya selama sebulan sahaja.

bersambung.......

mok_nik Publish time 18-7-2004 10:00 AM

Badan Pelaksana/Eksekutif: Jemaah Menten dan Kementerian

Badan pelaksana undang-undang ialah Jemaah Menteri atau kabinet. Kabinet adalah badan penggubal dasar yang tertinggi di negara kita, dan melaksanakan kuasa eksekutif di peringkat Persekutuan atau kerajaan pusat. Di peringkat negeri, fungsi yang sama dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Jemaah Menteri Negeri di Sabah dan Sarawak.

Kabinet menjalankan fungsi secara tanggungjawab bersama terhadap sesuatu keputusan yang diambil. Menteri bertanggungjawab kepada Parlimen, walaupun mereka dilantik oleh Yang diPertuan Agong. Menteri dipertanggungjawabkan mengetuai sebuah atau beberapa kementerian bagi melaksanakan undang-undang, perancangan serta dasar kerajaan. Bagi membantu menteri menjalankan tanggungjawabnya, perlembagaan memperuntukkan fasal perlantikan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan juga Setiausaha Politik. Sesebuah kementerian itu dilengkapkan dengan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam yang berkhidmat dengan mana-mana kerajaan yang berkuasa ketika itu.

Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang juga menjadi Setiausaha Jemaah Menteri. Ia adalah pegawai tertinggi dan mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Di peringkat kementerian pula, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan dibantu oleh kumpulan pegawai perkhidmatan tadbir dan perkhidmatan ikhtisas serta kakitangan am. Mereka ini lebih dikenali sebagai pegawai atau kakitangan kerajaan.

Sesebuah kementerian biasanya mempunyai bahagian dan jabatan-jabatannya di peringkat pusat, negeri dan daerah. Terdapat juga kementerian yang mempunyai agensi yang bersifat autonomi yang dikenali sebagai Badan Berkanun. Badan ini ditadbir oleh sebuah majlis atau Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri berkenaan. Di bawah naungan Kementerian Pendidikan misalnya, terdapat Badan Berkanun seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, universiti-universiti dan Institut Teknologi Mara. Ketua atau pengerusi badan berkanun ini serta ahli Lembaga Pengarah atau Majlis Badan Berkanun adalah dilantik dengan persetujuan menteri berkenaan.

Bagi mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan disiplin pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam, beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Pasukan Polis, dan Majlis Angkatan Tentera.

bersambung....

mok_nik Publish time 18-7-2004 10:06 AM

Badan Kehakiman: Mahkamah

Perlembagaan Tanah Melayu tahun 1957 memperuntukkan mahkamah mempunyai kuasa yang lebib besar jika dibandingkan dengan badan perundangan (Parlimen) dan badan pelaksana (Jemaah Menteri). ini disebabkan, antara kuasa mahkamah termasukkuasa untuk mentafsir perlembagaan, mentafsir dan menguatkuasakan undangundang, kuasa boleh mengisytiharkan sebarang undangundang sebagai sah dan juga kuasa mengisytiharkan sebahagian tindakan kerajaan sebagai tidak sah atau bertentangan dengan undangundang.

Ciri penting badan kehakiman ialah selain tidak memihak, Ia bebas daripada kawalan sama ada badan perundangan dan badan pelaksana atau daripada sesiapa pun. Perkara ini terrnaktub dalam perlembagaan.

Semua Hakim dilantik oleh Yang diPertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri, dan baginda juga boleh menggantung perlantikan seseorang Hakim. Kebanyakan perbicaraan dijalankan oleh Mahkamah Rendah dan Mahkamah Sesyen yang diketuai oleh Majistret atau Hakim daripada Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.

Dari segi pentadbiran, mereka adalah di bawah kawalan pentadbiran Hakim Besar.
Terdapat dua kategori mahkamah, iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Utama. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Penghulu, Mahkamah Majistret Kelas Satu, Mahkamah Majistret Kelas Dua dan Mahkamah Sesyen. Di Sabah dan Sarawak, terdapat Mahkamah Anak Negeri tetapi di luar hierarki mahkamah awam.

Mahkamah Utama terdiri daripada Mahkamah Agung, dan dua Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, dan Mahkamah Tinggi Borneo yang diketuai oleh Rakim Besar Borneo yang herpusat di Kuching.
Mahkamah Agung yang sebelum tahun 1985 dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan mengandungi Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Borneo, dan empat orang Hakim yang lain.

Mahkamah Agung merupakan mahkamah rayuan yang terakhir. Pada suatu ketika dahulu, rayuan boleh dikemukakan ke Majlis Privy di England tetapi amalan sedemikian telah ditamatkan. Selain itu, terdapat sebuah mahkamah khas yang dinamakan Mahkamah Juvana.

Peguam Negara adalah penasihat undang undang kerajaan.
Peguam Negara juga bertindak sebagai Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi pihak kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh pegawai daripada Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.

bersambung....

mok_nik Publish time 20-7-2004 01:21 AM

Apakah Kepentingan Perlembagaan

Perlembagaan adalah penting bagi sesebuah negara untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Oleh kerana Perlembagaan menentukan rangka dan bentuk pemerintahan serta kuasa yang diamanahkan kepada mereka yang menerajui kerajaan, ia menjamin satu pentadbiran yang cekap, jujur dan adil.

Perlembagaan juga menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, kebebasan memiliki harta dan kebebasan beragama. Dengan peruntukan tersebut, perlembagaan menjamin keselamatan dan keamanan rakyatnya.

Selain itu, perlembagaan menentukan batasan bagi menjaga keselamatan dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar bagi kemakmuran rakyat.

Unsur taat setia kepada negara adalab termaktub dalam perlembagaan. Perkara 24 menyatakan bahawa seseorang itu akan diperintah dilucutkan kerakyatannya sekiranya kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa seseorang itu telab memperoleb kerakyatan negara lain. Manakala Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang itu diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia tidak setia atau tidak suka kepada negara ini.

Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Untuk menjamin keadilan antara kaum, kebebasan ini dihadkan. ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan oleb Bab I Perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain, yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan negara. Bagi tujuan ini, Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Akta ini tidak membenarkan seseorang itu bercakap dengan sewenang-wenangnya sehingga menyentuh isu sensitif yang boleb menimbulkan rusuhan kaum. Dengan ini perlembagaan menjamin keselamatan setiap rakyat daripada dianiaya.

Perlembagaan juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan kerana ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Walau bagaimanapun
semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undangundang (Perkara 8 (1)), bebas menganut dan mengamal agama masingmasing (Perkara 11(1)) dan berhak memiliki harta (Perkara 13). Selain perkara di atas, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran (Perkara 12 (1)) yang menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap manamana warganegara sematamata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan.

Seperti negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menyerahkan kuasanya dalam beberapa bidang kepada kerajaan pusat seperti pendidikan dan kesihatan. ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada negeri-negeri tersebut. Satu daripada kesannya ialah pembangunan yang sangat pesat dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan seperti kesihatan, pos, telekom dan polis. Selain itu, terdapat pertukaran pegawai-pegawai yang kini tergolong dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Keadaan ini dengan sendirinya merapatkan hubungan antara wilayah dan mengukubkan perpaduan negara. Perkongsian budaya juga wujud dan mengeratkan perasaan kekitaan dan persefahaman. Dengan itu juga, usaha ke arah mewujudkan integrasi nasional menampakkan basil dan akan mempercepatkan lagi proses pembentukan negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat.

Di negara kita, setiap negeri mempunyai Perlembagaan Negeri yang menjadi panduan pemerintahan kerajaan negeri. Mahkamah boleh membatalkan undang-undang negeri jika undang-undang tersebut di luar bidang kuasanya atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan juga memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan.

mok_nik Publish time 20-7-2004 01:25 AM

Keluhuran Perlembagaan

Keluhuran perlembagaan merupakan satu daripada prinsip Rukun Negara. Keluhuran bermakna keagungan atau kemuliaan.

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara kita kerana semua jenis undang-undang yang diluluskan tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan. Undangundang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah.

Begitu juga undang-undang negeri mestilah selaras dengan undang-undang Persekutuan. Kuasa untuk menentukan kesahihan undang-undang adalah terletak pada mahkamah. Tugas penting badan kehakiman ialah menjaga supaya peruntukan Perlembagaan tidak tercabar dan terjejas oleh undang-undang Parlimen. Tujuannya untuk menjamin keluhuran dan ketertinggian perlembagaan.
Keadaan ini berbeza dengan keadaan di negara seperti Great Britain. Taraf ketertinggian diberi kepada Parlimen. Parlimen Great Britain,
pada hakikatnya boleh membuat apa juga jenis undang-undang tanpa sekatan, sungguhpun dari segi praktiknya belum terdapat ahli-ahli yang menyalahgunakan peruntukan ini. Keunikan perlembagaan Great Britain ialah kerana ia tidak bertulis. Aspek yang menjadi pengukub perlembagaan mereka ialah tradisi, amalan dan sikap serta pengalaman politik mereka.

Satu lagi contoh ketertinggian perlembagaan kita ialah kedudukan Yang diPertuan Agong. Walaupun kedudukan baginda mengatasi undang-undang iaitu tidak boleb didakwa di mahkamah, tetapi kuasa baginda adalab ditetapkan oleh perlembagaan. ini bermakna baginda mendapat kuasa dan wibawa daripada perlembagaan.

Semua jentera pemerintahan juga mendapat kuasa daripada perlembagaan. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa perlembagaan merupakan dokumen rujukan negara.

Perlembagaan kita juga mengandungi perkara yang tidak boleb dipersoalkan seperti agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak, kedudukan bahasa Melayu sebagai lambang semangat kebangsaan dan perpaduan negara, kedudukan RajaRaja Melayu yang menjadi lambang tradisi kerajaan, dan kerakyatan.

Keluhuran dan ketertinggian perlembagaan mengatasi Yang diPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan mahkamah. ini menjadikan perlembagaan negara kita sebagai pelindung bagi penduduk dan negara.

mok_nik Publish time 21-7-2004 03:43 AM

Keadilan Sosial Dalam Perlembagaan -bagaimanakah perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial di Malaysia?



Setiap warganegara Malaysia harus menyedari bahawa perlembagaan kita adalah hasil daripada sikap bertolak ansur setiap kaum. Ia adalah satu persetujuan yang luhur dan murni, hasil daripada pertimbangan yang rumit terhadap berbagai-bagai kepentingan yang bertentangan. Sebarang percubaan yang hendak menjejaskan kandungan yang termaktub dalam perlembagaan itu boleh memusnahkan cara pemerintahan negara kita.

Di Malaysia, keluhuran perlembagaan dan pelaksanaan pemerintahan Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen telah dapat menjamin negara kita menjadi sebuab negara yang maju, aman dan makmur di rantau ini.

Semangat yang dibawa oleh perlembagaan juga mahu melahirkan keadilan sosial dalam hubungannya dengan kemajuan wilayah serta pemerataan pembangunan negeri-negeri. Dengan cara itu, strategi pembangunan wilayah akan dapat mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur antara wilayah di negara ini, seperti jurang perbezaan yang wujud antara negeri pantai barat dengan negeri pantai timur, atau antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Oleh itu, dapatlah diwujudkan pengagihan yang saksama dan segi pembangunan negara keseluruhannya.

Perlembagaan menjamin keadilan sosial untuk semua warganegara. Setiap warganegara diperuntukkan hak atau kebebasan asasi yang meliputi kebebasan diri, bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan, beragama, bebas daripada menjadi abdi dan melakukan kerja paksa.

Setiap warganegara juga diberi perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang, hak terhadap harta dan hak mengenai pelajaran.

Keadilan sosial ini bertujuan memelihara satu cara hidup yang demokratik dan melahirkan satu masyarakat yang adil. Dengan cara itu, kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Keadilan sosial juga dapat dilihat berdasarkan pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa yang meliputi perkara untuk kepentingan bersama bagi semua negeri. Walaupun pembahagian kuasa itu menunjukkan kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa yang lebih, tetapi Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kerajaan negeri. Sebab dan Sarawak telab diperuntukkan kuasa yang lebih jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan. ini adalab persetujuan bersama semasa keduadua buah negeri itu memasuki Malaysia. Tambahan kepada Senarai Negeri dan Senarai Bersama bagi Sabah dan Sarawak adalah satu pertimbangan adil demi kepentingan dan faedah penduduk di kedua-dua buah negeri tersebut.

mok_nik Publish time 21-7-2004 03:55 AM

Pindaan Perlembagaan - bagaimanakah perlembagaaan boleh di pinda?

Walaupun kita berpegang kepada konsep ketertinggian perlembagaan, kita masih boleh membuat pindaan terhadapnya kecuali beberapa perkara yang hanya boleh dipinda dengan izin Raja-Raja Melayu. Terdapat juga perkara yang hendak dipinda memerlukan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Terdapat empat cara perlembagaan dipinda iaitu:
1- perkara yang memerlukan lebib suara dua pertiga Parlimen dan mendapat keizinan Majlis Raja-Raja.

2-perkara yang menyentuh kepentingan Sabah dan Sarawak yang memerlukan Parlimen mendapat lebih suara dua pertiga dan persetujuan Yang Dipertua Negeri.

3-perkara yang boleh dipinda dengan hanya mendapat lebih suara dalam Parlimen.

4-terdapat perkara yang dipinda dengan hanya mendapat lebih suara dua pertiga dalam dewan Parlimen.

Pindaan cara pertama ialah perkara yang membabitkan tugas dan kuasa Majlis RajaRaja; melibatkan keutamaan Yang diPertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, RajaRaja dan Yang Dipertua Negeri; jaminan takhta; dan juga kedudukan istimewa orang Melayu serta bumiputera di Sabab dan Sarawak. Persetujuan juga diperlukan bagi sebarang undangundang yang mengubah sempadan sesebuah negeri.
Pada tahun 1971 misalnya, atas sebab kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam, pindaan perlembagaan dibuat bagi melarang menyoal secara umum perkara sensitif, iaitu mengenai kerakyatan, Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak, dan mengenai kedaulatan serta hak istimewa Raja-Raja.

Pindaan cara kedua ialah bagi perkara yang berkaitan dengan kepentingan khas Sabah dan Sarawak yang perlu mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri berkenaan. Antara perkara yang terlibat ialah keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak,perkara perundangan dan       pemerintahan dalam kuasa negeri, hal agama, bahasa dan juga kedudukan istimewa bumiputera. Akta Imigresen tabun 1963 pula memberi hak dan kuasa kepada kerajaan negeri berkenaan menahan kemasukan orang yang bukan dari Sabah dan Sarawak.

Pindaan cara ketiga ialah pindaan yang hanya memeriukan lebih suara Parlimen. Antara pindaan itu ialah pindaan jadualjadual tertentu dalam Bahagian III Perlembagaan, pindaan yang melibatkan Perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan.
Dalam Perkara 74, Parlimen boleh membuat atau meminda undangundang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama. Hal yang samajuga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Contohnya, Senarai Persekutuan dalam Perkara 74 ialah halehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, dan undangundang masalah jenayah. Senarai Negeri pula ialah hukum syarak, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, penyu dan perikanan di sungai. Perkara dalam Senarai Bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar dan burung liar, serta perancangan bandar dan desa.
Dalam Perkara 76, Parlimen boleb membuat undangundang dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan manamana negara lain.

Pindaan cara keempat ialah bagi perkara yang tidak termasuk dalam tiga cara yang tersebut di atas. ini hanya memertukan lebih suara dua pertiga dalam kedua-dua dewan Parlimen.

mok_nik Publish time 21-7-2004 03:57 AM

bersambung lagi....l

mok_nik Publish time 21-7-2004 11:57 PM

PERLEMBAGAAN SEBAGAI SEBUAH PERNYATAAN SEJARAH DAN TRADISI NEGARA


I. Pengenalan

Sebahagian besar daripada rakyat negara ini kelihatan beranggapan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen undang-undang yang bersifat teknikal dan hanya difahami oleh mereka yang terdidik didalam bidang perundangan . Meskipun ini adalah sesuatu yang kurang tepat dan tidak sepatutnya berlaku adalah sukar untuk mengharapkan masyarakat memahami isi kandungannya, apatah lagi mengetahui asas-asas penting Perlembagaan Persekutuan. Setakat ini Perlembagaan hanya dilihat sebagai sebuah dokumen perundangan yang hanya berkaitan untuk menjadi bahan pertikaian di mahkamah. Pada asasnya perlembagaan merujuk kepada doktrin dan prinsip yang membentuk asas pemerintahan dan pengendalian sesebuah negara.

Sementara itu mereka yang terdidik didalam bidang undang-undang sendiri kebanyakannya masih melihat dan memahami perlembagaan melalui pendekatan yang terlalu legalistic. Mereka tidak melihat sebagai sebuah dokumen yang merakamkan perkembangan dan perubahan sistem bernegara sejak zaman berzaman. Perbincangan ini cuba melihat bahawa Perlembagaan Pesrsekutuaan adalah sebuah dokumen yang tidak terpisah dari sejarah, perkembangan dan tradisi negara. Ia juga cuba menghujjah bahawa meskipun bentuk perlembagaan kelihatan asing, intisari pentingnya sebenarnya berasal dari negara ini sendiri .

mok_nik Publish time 21-7-2004 11:58 PM

2- Ciri-Ciri Tempatan Yang Dipersetujui Dalam Tahun 1957

Asas penting dalam Perlembagaan Pesekutuan hari ini kebanyakkannya berasal dari perbincangan dan tolak ansur yang dicapai sewaktu kemerdekaan dirundingkan. Meskipun demikian sebahagian daripada landasan dan falsafah peruntukan tertentu yang ada hari ini sebenarnya mencerminkan sejarah dan tamadun asal negara ini, khususnya Islam dan orang Melayu. Hakikat ini perlu disedari supaya kita dapat memahami kesahan (legitimacy) dan ruang lingkup peruntukan tertentu yang ada dalam perlembagaan kita sekarang.

Meskipun perlembagaan yang ada sekarang mula beroperasi pada 31 Ogos, 1957, bukan bererti bahawa segala bermula disitu. Sebagai contohnya, selepas Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dalam tahun 1948, negeri Melayu mula mempunyai perlembagaan sendiri. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sebahagian besar daripada peruntukan dalam perlembagaan tersebut dikekalkan. Antara perubahan penting yang diperkenalkan ialah peruntukan supaya raja Melayu menjadi raja berperlembagaan5.

Terdapat beberapa ciri tempatan yang kesemuanya menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang asing. Kedudukan raja, hak keistemewaan orang Melayu, kedudukan Islam serta Bahasa Melayu adalah lanjutan sistem dan unsur-unsur tradisional yang telah wujud sebelum kedatangan British lagi. Perkara ini boleh dianggap istimewa kerana peruntukan berkenaan tidak boleh dipinda melalui suara majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Negara.

Kedudukan raja adalah contoh paling penting bertapa perlembagaan negara meneruskan warisan asal negara ini. Meskipun mereka kini menjadi raja berpelembagaan, perlu ditegaskan bahawa kita tidak menyalin bulat-bulat apa yang dipraktikkan di Britain, negara asal demokrasi Westminster. Perlu diperingatkan bahawa kalau di negara tersebut konsep itu mempunyai akar umbinya dalam revolusi dalam tahun 1649 dan 1688 yang sebanarnya merupakan konflik antara rakyat dan raja secara langsung7, disini ia lebih merupakan proses perubahan dan penyesuaian beransur-ansur, yang bermula secara tidak langsung dengan perlaksanaan sistem residen yang dipaksakan oleh British.

Tidak dinafikan ada persamaan antara sistem di Malaysia dengan sistem di Britain. Bagaimanapun ada hal tertentu seperti kuasa raja berhubung dengan Islam serta kedudukan Majlis Raja-raja yang tidak terdapat di Britain. Sebahagian daripada perbezaan ini berpunca daripada kelainan agama dan budaya kita dengan kedudukan agama serta budaya mereka. Sebab itulah walaupun Raja di Britain mempunyai peranan agama, ia berbeza dengan kedudukan Yang di Pertuan Agong atau raja sebagai ketua agama dalam konteks perlembagaan kita. Boleh dihujjah bahawa Kesultanan Melayu meneruskan sebahagian daripada peranan yang dimainkan oleh khalifah Islam di zaman sebelum ini.

Ini diikuti dengan amalan federalisme; yang anatara lain tujuannya ialah untuk mengekalkan imej kemelayuan dan ciri asal serta penting negara ini. Tanpa federalisme10, imej dan identiti asal negara ini akan terkubur dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudianya Malaysia. Tidak perlu disebutkan bahawa ciri federalisme kita tidak diambil dari Britain kerana negara tersebut adalah negara unitari. Malaysia juga tidak meniru bulat-bulat sistem federal yang ada di Amerika Syarikat, Canada, India atau Australia. Perbezaan Sejarah, agama dan keperluan menentukan bahawa Persekutuan Malaysia perlu berbeza dengan mereka.

Pengekalan kesulatanan Melayu menuntut bahawa hal yang berhubung dengan agama perlu diletakkan didalam bidang kuasa negeri-negri. Bagaimanapun, hasrat yang menginginkan sebuah kerajaan pusat yang kuat menyebabkan kebanyakan hasil mahsul diletakkan dibawah bidang kuasa pusat11. Begitu juga dengan hubungan luar serta angkatan tentera dan polis. Sesetengah persekutuan mengizinkan negerinya membuat hubungan luar. Sesetengah persekutuan juga membenarkan sistem mahkamah oleh pihak negeri. Ini semua tidak dilaksanakan di Malaysia kerana negara ini mempunyai keutamaan dan masalahnya sendiri.

Daripada segi sistem politik pula ciri kemelayuan dan Islam diberikan tempat yang penting dan tidak boleh dikesampingkan. Diperingkat pusat meskipun perlembagaan tidak memperuntukkan secara jelas (explicit) bahawa Perdana Menteri mesti dipilih daripada kalangan orang Melayu, ketua negara mesti dipegang oleh raja Melayu.

Diperingkat negeri perlembagaan negeri-negeri Melayu secara jelas memperuntukkan bahawa Menteri Besar dan setiausaha kerajaan negeri mesti dilantik daripada kalangan orang Melayu12. Ini sebenarnya adalah penerusan amalan yang telah wujud sebelum merdeka. Yang berbeza cuma kalau dahulu menteri besar dilantik secara peribadi oleh sultan, sekarang ia dilantik oleh sultan melalui prosedur yang mencerminkan lunas demokrasi13.

Perlu dijelaskan bahawa peranan Yang di Pertuan Agong, Raja dan para Yang di Pertua Negeri dalam konteks ini bukanlah sesuatu yang berakar kepada sejarah dan tradisi. Sebaliknya mungkin lebih tepat jika dikatakan bahawa peranan tersebut lebih berakar kepada ketidaksempurnaan sistem dan proses demokrasi. Meskipun demikian oleh sebab Yang di Pertuan Agong dan Raja (tetapi mungkin tidak Yang di Petuan Negeri) mempunyai asas legitimacy mereka sendiri, kadangkala kedudukan mereka mempengaruhi perjalanan dan proses politik. Samada ini demokratik atau sebaliknya adalah soal yang lain.

Menyetuh tentang hak-hak keistemewaan orang Melayu14, sejarah awalnya bermula dengan rungutan-rungutan dan desakan-desakan yang dibuat oleh raja Melayu dalam sidang durbar yang bermula dalam tahun 1897 di Kuala Kangsar. Sekitar tahun 1913, pelbagai enakmen untuk melindungi tanah orang Melayu mula diluluskan15. Meskipun surahanjaya Reid tidak bersetuju dengan cadangan UMNO dan Perikatan supaya kedudukan ini dikekalkan, parti yang memerintah berpendapat bahawa pandangan surahanjaya tersebut tidak dapat diterima. Selepas 1971, peruntukan ini dipinda dan diperluaskan untuk meliputi kedudukan rakyat asal Sabah dan Sarawak.

Walaupun peruntukan tentang hak keistemewaan ini masih kekal telah wujud cadangan untuk merombaknya. Yang menarik disini ialah bahawa semua ini disuarakan dalam bahawa tindakan sedemikian agak sudah jelas melanggar peruntukan undang-undang mengenai hasutan. Dalam kempen pilihanraya tahun 1986 umpamanya, PAS telah membuat janji bahawa sekiranya ia terpilih ia akan meminda peruntukan mengenai hak keistemewaan orang-orang Melayu atas alasan kedudukan tersebut tidak selaras dengan prinsip kesamarataan yang dianjurkan oleh Islam. Dalam perhimpunan agong UMNO 1996, Perdana Menteri sendiri pada hakikatnya telah mempersoalkan kedudukan ini apabila melihat tanah rezab Melayu sebagai sesuatu yang tidak secocok dengan ketuanan Melayu.

Mengenai Islam pula, kedudukan adalah penerusan daripada peruntukan yang ada dalam perlembagaan negeri Melayu sebelum tahun 195716. Walaupun perlembagaan bertulis boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang baru, penetapan Islam sebagai agama negeri boleh dilihat sebagai usaha untuk mengakui dan menjelaskan nilai dasar negeri Melayu. Sebelum kedatangan British perkara ini mungkin tidak perlu kerana sebelum itu tidak wujud masyarakat bukan Islam yang besar jumlahnya. Mungkin boleh juga dihujjah bahawa keadaan sebelum British juga tidak menghendaki perlunya Islam dinyatakan secara rasmi dalam undang-undang tubuh negeri Melayu.

Apapun tanggapan kita terhadap kedudukan Islam dalam perlembagaan hari ini, suatu yang jelas ialah bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular. Meskipun pihak perikatan mendakwa sebaliknya17, daripada segi konsepnya adalah ganjil untuk mengatakan bahawa negara ini sekular sedangkan dalam masa yang sama ada peruntukan mengenai agama dalam perlembagaan. Negara sekular yang sebenar tidak mengizinkan negara turut serta dalam membantu menegakkan agama atau mengizinkan wang pembayar cukai digunakan untuk tujuan-tujuan agama18. Soal apakah Persekutan Malaysia adalah sebuah negara Islam atau sebaliknya adalah soal yang lain. Mungkin perlu disebut bahawa dalam dunia hari ini tidak mudah untuk membahagikan antara negara Islam dengan yang sebaliknya.

Mengenai Bahasa Melayu, sebab mengapa ia diletakkan sebagai bahasa rasmi umpamanya tidak berbeza dengan unsur tradisional dan tempatan lainnya. Bagaimanapun oleh kerana kita mahu memberi hak untuk pengunaan bahasa lain, kedudukan ini tidak boleh digunakan sebagai lesen untuk menyekat mereka19. Dengan kata lain perlembagaan cuba mencari jalan pertengahan. Ciri ini juga kelihatan dalam peruntukan berhubung dengan kedudukan istimewa orang Melayu vis-a-vis kepentingan yang sah kaum-kaum yang lain. Begitu juga dengan soal kedudukan Islam dengan agama lain. Tema yang sama juga boleh dilihat dalam soal institusi beraja. Peranan mereka mesti dilihat dalam konteks demokrasi berparlimen yang menetapkan bahawa hak memerintah adalah pada wakil yang mereka pilih. Dengan itu meskipun Raja-raja (termasuk Yang di Pertuan Agong dan Yang di Pertua Negeri) mempunyai budibicara tertentu ini tidak sepatutnya digunakan untuk mencabar kerajaan yang memerintah.

bersambung...........

mok_nik Publish time 22-7-2004 12:03 AM

3- Perlaksanaan - Antara Ideal dan Kenyataan

Negara telah merdeka selama hampir empat dekad. Antara tahun 1957 dan 1994 perlembagaan telah dipinda sebanyak 41 kali. Meskipun ini menunjukkan bahawa is terlalu kerap dipinda, perlu juga diingat bahawa perlembagaan negara ini adalah terperindi (detailed): 183 perkara (terbahagi kepada 14 bahagian) dan 12 jadual.

Berbeza dengan Amerika Syarikat yang perlembagaannya bersifat umum, perlembagaan kita adalah terperinci dan perlu dipinda untuk disesuaikan dengan kehendak dan perubahan. Contoh yang baik untuk ini ialah perlunya kerusi Dewan Rakyat ditambah mengikut keperluan. Tidak semua pindaan memerlukan majoriti 2/3; setengahnya hanya perlukan simple majority.

Meskipun demikian tidak dinafikan bahawa ada juga pindaan-pindaan yang dibuat berdasarkan kepentingan dan pertimbangan politik seperti kekalahan dimahkamah dan seumpamanya. Kontroversi yang belaku sewaktu pindaan perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993 adalah contoh-contoh lain yang menekankan bahawa meskipun niat asal pindaan mungkin boleh diterima. Cara melaksanakannya telah menimbulkan persoalan.

Apa pun keadaannya ini mengambarkan beberapa perkara. Yang pertama, ia seolah-olah menayangkan bentuk national temperament kita; yang kadangkala terserlah tatkala kita menghadapi krisis dan masalah perlembagaan. Meskipun undang-undang ada kalanya menyediakan alternatif, seperti membuat rujukan ke mahkamah, kita lebih gemar memilih cara yang sesuai dengan budaya Melayu.
Ini jelas dalam pertembungan antara Raja Melayu dengan pemimpin UMNO dalam kerajaan dalam tahun 1983 dan 1993. Ini mungkin ada kebaikan.

Yang kedua, ia menunjukkan bahawa dalam operasinya, pelembagaan lebih menggambarkan semangat dan kehendak tempatan. Hatta buat mereka yang melihat pelembagaan ini sebagai satu peninggalan penjajah sekalipun, pindaan yang dibuat selama ini tentunya telah menjadikan dokumen penting ini lebih bersifat Malaysia.

Soal apakah ia lebih baik atau sebaliknya adalah soal yang lain. Yang penting perubahan itu telah dilakukan (atau dipaksakan) oleh wakil yang dipilih oleh rakyat negara ini sendiri. Sebab itu adalah tidak tepat jika kita menyalahkan penjajah (atau pemimpin-pemimpin terlibat yang merangkanya) atas apa juga masalah yang dihadapai berhubung dengan perlembagaan.

Yang ketiga, ini juga mengambarkan bahawa dalam kebanyakan hal, contohnya pelaksanaan undang-undang Islam, yang paling penting adalah kemahuan politik (political will). Menyalahkan perlembagaan adalah dalihan yang tidak selalunya benar. Walhasil Reid Commission sendiri telah mengakui perlunya proses pindaan perlembagaan ini tidak terlalu kaku sehingga menyulitkan perubahan23.

Ini menunjukkan bahawa apa pun asas dan ideal yang dipersetujui dan diterima pada tahu 1957, perlaksanaan dan tafsiranya terhadap perlembagaan tidak semuanya dilakukan mengikut teorinya. Inilah punya kepada konflik dan krisis perlembagaan. Masalahnya bukan sangat berpunca kepada perlembagaan; ia lebih merujuk kepada sikap pihak yang telah diberikan kuasa oleh perlembagaan.


bersambung....

mok_nik Publish time 22-7-2004 12:10 AM

4- Beberapa Pengamatan Terhadap Penasiran Oleh Mahkamah


Peranan mahkamah penting kerana ia menduduki tempat yang penting dalam konsep perasingan kuasa. Ia telah diamanahkan untuk mentafsirkan perlembagaan dan memelihara undang-undang. Dalam konteks pemisahan kuasa, mahkamah (judiciary) memainkan peranan yang amat penting selain daripada dewan perundangan (legislatures; Parlimen dan dewan undangan negeri) dan eksekutif.

Semasa negara masih sibuk memerangi komunis dan subversif tafsiran terhadap peruntukan melibatkan kebebasan individu umpamanya bergitu restrictive, seolah-olah menyamai sikap mahkamah di Britain semasa negara itu sedang berada dalam suasana perang. Inilah yang disebut sebagai `Liversidge v Anderson period`, satu era dimana kebanyakan keputusan memihak kepada pihak eksekutif.

Di Malaysia, meskipun peruntukan yang menyentuh kebebasan dan hak asasi manusia dirangka dengan begitu teliti supaya ia benar menepati matlamatnya (untuk memelihara demokrasi), sukar untuk menafikan bahawa undang-undang, kadangkala, telah disalahgunakan. Dan mahkamah tidak bersedia untuk menekankan falsafah disebaliknya peruntukan tersebut. Sebab itulah dalam kes yang melibatkan penahanan tanpa bicara dibawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA), keputusan pihak kerajaan tidak diganggu.

Bagaimanapun akhir-akhir ini telah kelihatan tanda bahawa sebahagian daripada hakim tempatan mula bersedia memberi ruang kepada hujjah yang memihak kepada rakyat biasameskipun pada umumnya ia bersifat teknikal.

Secara teorinya mahkamah kita menerima bahawa penafsiran perlembagaan perlu berbeza dengan undang-undang biasa. Dalam kes Dato' Menteri Othman Baginda Mahkamah Persekutuan menekankan bahawa ia mestilah liberal. Bagaimanapun setakat mana komitmen ini telah dipraktikan masih menjadi tandatanya. Sewaktu institusi kehakiman negara ini masih dikatakan antara yang bebas di Komenwel, yakni sebelum berlakunya Krisis Kehakiman ekoran pemecatan Tun Salleh Abas, keraguan terhadap komitmen mahkamah di negara ini telah dipersoalkan.

Ini seolah-olah memberikan bayangan bahawa meskipun badan kehakiman bebas, ia tidak mungkin sepenuhnya dapat lari daripada nilai yang dominan dalam tempoh tertentu. Mungkin berguna untuk kita menyebut pendapat Ronald Dworkin, seorang failasuf undang-undang semasa dari Amerika Syarikat, bahawa dalam kes yang sukar, hakim akan mencari panduan daripada prinsip yang tidak semuanya undang-undang.

Yang jelas ialah bahawa mahkamah, dimana-mana jua, tidak beroperasi dalam sebuah vacuum; ia harus membuat keputusan dalam suasana politik dan masyarakat yang mempunyai nilai dan keutamaan tertentu. Walaupun peranannya penting, mahkamah tidak boleh terlalu kedepan dalam memaksakan perubahan kerana hakim tidak dipilih oleh rakyat. Dalam pada itu kedudukannya sebagai penafsir undang-undang memaksa mahkamah berhati-hati dalam memutuskan kes. Dalam konteks common law, keputusan akan menjadi panduan yang mengikat (binding presedent). Ini bukan bermaksud untuk menafikan legitimacy peranan mereka; yang ingin ditekankan ialah bahawa mahkamah perlu cermat dalam menjalankan peranannya.

bersambung..............( bimbang orang bosan...:cry: )

mok_nik Publish time 22-7-2004 12:13 AM

Telah dihujjah bahawa perlembagaan negara bukanlah peninggalan penjajah. Ia bukan sesuatu yang dipaksakan ke atas kita. Kalau pun ada pengaruh luar, ini semua adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana kita semua belajar dan mengambil iktibar daripada pengalaman dan kecemerlangan tamadun bangsa dan negara lain. Samalah seperti Perlembagaan Amerika Syarikat.

Ia meniru dan mengambil iktibar dari tamadun Greek, menolak cara dan sistem Inggeris. Bagaimanapun mereka ialah sejarah, kehendak dan cita-cita mereka sebagai sebuah bangsa yang ingin mempunyai identiti sendiri.

Agak jelas juga bertapa perlembagaan kita cuba mencari jalan pertengahan: memberi keistemewaan untuk pribumi tetapi dalam masa yang sama cuba untuk tidak menindas kepentingan yang sah yang dimiliki oleh orang bukan Melayu. Atau mengekalkan ciri tradisi yang melambangkan sejarah dan keagungan silam tetapi dalam masa yang sama mahu mengamalkan demokrasi. Adalah jelas bahawa kadangkala sulit untuk melaksanakan ideal ini.

Telah dikemukakan juga bahawa semua institusi dan pihak tidak dapat mengkesampingkan faktor tempatan dalam operasi perlembagaan. Ini termasuk pihak mahkamah sendiri. Disini kita melihat betapa tidak semua pengaruh dan nilai tempatan semestinya mendatangkan hasil yang positif, khususnya yang melibat institusi atau proses yang berasal atau ditiru dari luar. Nilai sejagat yang lebih abadi seperti keadilan, kesaksamaan, accountability dsb. lebih perlu ditekankan. Unsur ini tidak bertentangan dengan prinsip Islam.

Dalam tempoh selama hampir 40 tahun yang lalu ideal dan falsafah perlembagaan tidak diikuti semuanya.Kelihatannya institusi, ahli politik, para pentadbir dan rakyat jelata keseluruhanya tidak selalu memahami pertimbangan tersebut. Dalam banyak hal, kepentingan politik kepartian dan kelompok lebih mempengaruhi keputusan dan cara bagaimana peruntukan perlembagaan dilaksanakan. Ini termasuk bagaimana pindaan dilakukan.

Untuk mengatasi masalah itu dimasa akan datang, kita perlu memulakan pendidikan perlembagaan diperingkat sekolah, khususnya disekolah-sekolah menengah dan universiti, termasuk yang dimiliki oleh pihak swasta. Perlu ditekankan bahawa perlembagaan adalah milik bersama. Pengajian perlembagaan tidak harus dianggap sebagai forum untuk mengkritik pemerintah.

Selain daripada itu pendekatan terhdap pengajaran undang-undang perlembagaan juga perlu difikirkan semula. Kita masih bergantung kepada tulisan yang dibuat oleh orang luar. Masalah yang timbul ialah mereka tidak memahami bahasa Melayu dan dengan itu gagal memahami persoalan dan isu yang sebenar. Buku tentang perlembagaan perlu ditulis oleh rakyat Malaysia sendiri. Ini menuntut iltizam yang bersungguh dari banyak pihak seperti kerajaan, pihak berkuasa universiti, para penerbit dan yang paling penting, para sarjana undang-undang tempatan30.

Dalam pada itu mungkin perlu juga dipertimbangkan agar pengajian undang-undang tidak dilihat hanya sebagai jambatan untuk mengejar kekayaan. Pengajian Perlembagaan juga perlu diperluaskan di pengajian yang lain, sekurang-kurangnya dijadikan salah satu dari mata pelajaran pilihan. Ini akan menjamin bahawa golongan yang terdidik yang akan menjawat jawatan penting negara memahami intisari perlembagaan.

Mungkin perlu difikirkan bahawa pengajian undang-undang perlembagaan harus diajar bersama dengan disiplin yang lain seperti sejarah, teori perlembagaan berdasarkan agama, sains politik dan sosiologi politik. Sekiranya ini tidak dapat dibuat diperingkat diploma atau ijazah, mungkin ia boleh dijadikan kursus jangka pendek sama seperti kursus motivasi yang begitu popular sekarang. Pendeknya pendidikan perlembagaan perlu dilihat sebagai suatu proses yang berterusan. Prinsip perlembagaan sentiasa berkembang mengikut peredaran masa.

Tidak kurang penting juga ialah peranan yang patut dimainkan oleh media massa. Selama ini mereka boleh dikatakan telah gagal untuk membantu rakyat memahami intisari perlembagaan. Mereka, terutamanya yang dimiliki oleh golongan yang rapat dengan pihak parti pemerintah, hanya besedia menyiarkan pendapat yang selari dengan dasar dan keutamaan kerajaan.

Dalam krisis istana kerajaan negeri Kelantan umpamanya media memberi terlalu banyak ruang kepada tafsiran yang ganjil dan salah terhadap pelbagai perkara dan isu yang berhubung dengan kedudukan, peranan dan kuasa pihak sultan, menteri besar dan kakitangan awam. Ini mendorong orang awam menyakini bahawa yang penting bukan perlembagaan dan isinya, tetapi apa yang kerajaan yang memerintah mahu dan fikir betul. Ini kurang tepat kerana intisari perlembagaan bertulis itu sendiri ialah membahagi kuasa dan memastikan bahawa tidak ada siapa raja, parlimen, menteri, hakim, para pentadbir-yang melampaui batasan yang telah ditetapkan.


sorry ler kalau membosankan...

fleurzsa Publish time 25-7-2004 12:13 AM

:bgrin:kalo bosan mesti ada yg suarakan....

Jgn risau.... ramai yg baca...mungkin tak ada idea nak respon...:nerd:

carry on...

mok_nik Publish time 26-7-2004 04:08 AM

Originally posted by fleurzsa at 25-7-2004 12:13 AM:
:bgrin:kalo bosan mesti ada yg suarakan....

Jgn risau.... ramai yg baca...mungkin tak ada idea nak respon...:nerd:

carry on...

bukan aper mod..mok nik bimbang aje
sebab mula2 memang serono baca ..tapi last2 isu perlembagaan masuk kepada perundangan dan ia mengelirukan sedikit

bila dah keliru..biasanya kita akan bosan:bgrin:

alahai Publish time 26-7-2004 08:37 AM

hehehehe.........aku baca sket je .....
nanti rajin sambung lagi....
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Sejarah Perkembangan Perlembagaan Malaysia


ADVERTISEMENT