slurrrp posted on 14-2-2005 11:51 AM

SUDUT DIY :: CARA-CARA MEMBUAT AIS KRIM

Haa..kenkawan semua slurrrp nak bagi resepi aiskrim vanila. Sebenornya I tak penah le buat lagi, tapi kalu ada kenkawan yg. nak cuba boleh le try ikut resepi ni.:P Nanti kalu menjadi bole le kasi feed back kat sini ye. Bahannya tak banyak dan agak simple cara nak buatnya.

Bahan

2 biji kuning telur
2 biji putih telur
50 gram gula icing (diayak)
1 camca teh vanila flavour
125 ml. fresh cream (non dairy rich whipping cream)
1 sudu besar badam cincang
Krim roset
Ceri merah

Putih telur dan gula icing dipukul hingga agak keras (tak jatuh).  Kuning telur dan vanila diputar hingga kembang. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam campuran putih telur. Krim dipukul hingga kembang (jgn. terlalu keras) campurkan kedalam adunan telur. Gaul hingga rata. Tuangkan adunan aiskrim kedalam bekas dan bekukan lebih kurang 4-5 jam. Semasa menghidang, taburkan badam dan hias dengan krim roset dan ceri.

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 14-11-2007 02:19 PM ]

ayang_shamz posted on 14-2-2005 12:06 PM

nyum! nyum! nyum...sedapnya eskrem...my peberet tuu....:clap::pompom::clap::pompom:

dindazZz posted on 14-2-2005 12:08 PM

tengok threads nih...

aiskrim buatan sendiri

Homemade Pumpkin Spice Ice-cream by DindazZz

Simple Oreo Ice-cream




[ Last edited by CatLady on 23-3-2005 at 10:34 PM ]

hanieliza posted on 17-7-2005 04:07 PM

kak liza pernah berjanji dengan sesaorang untuk buat ice-cream dari fresh cream...
so inilah hasilnya...

http://i13.photobucket.com/albums/a288/hanieliza5/IceCream1.jpg

ICE CREAM COKLAT

Bahan
1 cawan fresh cream sejuk
1 cawan air sejuk
3 s/b gula halus/kastor
3 s/b susu tepung
1 s/b serbuk koko
2 s/b coklat rice

Bahan hiasan
manik warna warni
kismis
hirisan pisang

Caranya
1. Pukulkan fresh cream, gula dan air sejuk sehingga gebu.
2. Masukkan susu tepung dan koko perlahan sambil memukul sehingga gebu lagi.
3. Masukkan coklat rice dan gaulkan rata.
4. Masukkan adunan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
5. Sudukan ice-cream yg telah beku kedalam mangkuk dan hiaskan mengikut citarasa sendiri.



[ Last edited by  NoorMasri at 4-11-2006 12:41 AM ]

hanieliza posted on 17-7-2005 04:08 PM

Originally posted by dindazZz at 14-2-2005 12:08 PM:
tengok threads nih...

aiskrim buatan sendiri


rasanya semua link yg diberikan telah didelete ...:stp:

nsutra posted on 17-7-2005 04:36 PM

Originally posted by hanieliza at 17-7-2005 04:07 PM:
kak liza pernah berjanji dengan sesaorang untuk buat ice-cream dari fresh cream...
so inilah hasilnya...

http://i13.photobucket.com/albums/a288/hanieliza5/ ...
kak liza..nak try buat la..pasai anak sut hantu ais krim....hehhehehe....

nsutra posted on 17-7-2005 04:37 PM

Originally posted by hanieliza at 17-7-2005 04:07 PM:
kak liza pernah berjanji dengan sesaorang untuk buat ice-cream dari fresh cream...
so inilah hasilnya...

http://i13.photobucket.com/albums/a288/hanieliza5/ ...
:stp: dapat banyak mana ni kak liza?..

hanieliza posted on 17-7-2005 04:40 PM

Originally posted by nsutra at 17-7-2005 04:37 PM:

:stp: dapat banyak mana ni kak liza?..
dapat 1 bekas ice-cream NESTLE 2 liter..kotak biru yg banyak segi tu...:lol

bebop posted on 17-7-2005 05:08 PM

Originally posted by slurrrp at 14-2-2005 11:51 AM:
Haa..kenkawan semua slurrrp nak bagi resepi aiskrim vanila. Sebenornya I tak penah le buat lagi, tapi kalu ada kenkawan yg. nak cuba boleh le try ikut resepi ni.:P Nanti kalu menjadi bole le kasi f ...


dedulu masa saya kecik mak saya selalu buat aiskrim mcm resepi slurrrp (alin kan???) ni....but unfortunately resepi aiskrim tu dah hilang dari buku mak saya....baru 2 minggu lepas saya bertanya kat mak pasal resepi aiskrim tu...tapi dia cuma ingat bahan je...sukatan dah tak ingat....resepi mak memang ada pakai telur tapi mak cuma guna susu cair sahaja....memang nak cuba juga resepi ni....nak tgk sama tak cam mak saya punya aiskrim.....:)

bebop posted on 17-7-2005 05:10 PM

Originally posted by hanieliza at 17-7-2005 04:07 PM:
kak liza pernah berjanji dengan sesaorang untuk buat ice-cream dari fresh cream...
so inilah hasilnya...

http://i13.photobucket.com/albums/a288/hanieliza5/ ...


amboiiii....geramnyer.....:mll:  dah projek eskrim lak kak liza ni...:cak:

hanieliza posted on 17-7-2005 05:19 PM

Originally posted by bebop at 17-7-2005 05:10 PM:



amboiiii....geramnyer.....:mll:  dah projek eskrim lak kak liza ni...:cak:
B dear...
sebenarnya projek ni dah lama kak liza janjikan dengan orang kat forum ni tapi bukan dari bod FnR..
so bila ada stok fresh cream banyak ..
so kak liza proceed laaa...:lol

janji tetap kena tunaikan walaupun dah lama..
:cak:

chempaka_ku posted on 17-7-2005 05:46 PM

pernah buat double honey ice cream...madu dan honeycomb...sedap
mango ice cream....dari fresh mango...ok tapi macam ada gas....
praline ice cream
chocolate ice cream....yang ini rasanya macam lain sikit....barangkali salah technique or too much chocolate....

semua di atas pakai hand mixer saja bukan ice cream machine.......

sig posted on 18-7-2005 11:03 AM

sig masih pelik

mcm mana la rupanya fresh cream tuuuu

pegi kedai kek....dia tunjuk topping cream...dia kata tu la fresh cream....pelik betulll la

shidaaziz posted on 18-7-2005 11:21 AM

Originally posted by hanieliza at 17-7-2005 04:07 PM:
kak liza pernah berjanji dengan sesaorang untuk buat ice-cream dari fresh cream...
so inilah hasilnya...

http://i13.photobucket.com/albums/a288/hanieliza5/ ...

kak liza, tak perlu taruk gula ye.

shidaaziz posted on 18-7-2005 11:28 AM

Originally posted by sig at 18-7-2005 11:03 AM:
sig masih pelik

mcm mana la rupanya fresh cream tuuuu

pegi kedai kek....dia tunjuk topping cream...dia kata tu la fresh cream....pelik betulll la

yang tu le. kalau nak senang cari, ada satu brand nama Anchor. kotak putih. logo merah. duduk dalam peti ais tau.

hanieliza posted on 18-7-2005 12:34 PM

Originally posted by sig at 18-7-2005 11:03 AM:
sig masih pelik

mcm mana la rupanya fresh cream tuuuu

pegi kedai kek....dia tunjuk topping cream...dia kata tu la fresh cream....pelik betulll la
betui tu sig..
kak liza pun gunakan tu..

http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/FreshCream.jpg

inilah fresh cream yg kak liza gunakan...
kak liza beli kat Bakewell Trading Kuantan...



[ Last edited by hanieliza on 18-7-2005 at 01:32 PM ]

sitipayung posted on 18-7-2005 01:43 PM

kak liza

boleh tak campur sweet corn (jagung krim),strawberry dalam adunan aiskrim yang dipukul itu?

sig posted on 18-7-2005 01:56 PM

la.....kalau gitu...betul la tu rupanya fresh cream yg di sebut2

hheehehehehehehehee

sig ingat kan ada tulis fresh cream....rupanya tulis topping tu la fresh cream

nanti sig boleh la beli...ari tu nengok harga dia dlm RM18 jenama apa entah dah lupa.

shidaaziz posted on 18-7-2005 01:56 PM

kak liza, soalan shida tak jawab lagi ni. tak payah taruk gula ke?

shidaaziz posted on 18-7-2005 02:00 PM

Originally posted by sig at 18-7-2005 01:56 PM:
la.....kalau gitu...betul la tu rupanya fresh cream yg di sebut2

hheehehehehehehehee

sig ingat kan ada tulis fresh cream....rupanya tulis topping tu la fresh cream

nanti sig boleh la beli ...

RM18 :o: mahalnya.

sig posted on 18-7-2005 02:07 PM

memang mahal....hehehehe

tu yg sig tak beli lagi...tak pastikan dulu baru boleh beli.

tapi kotak nya besar tu....so berbaloi la

lagi pun boleh buat mcm2....buat aiskrim ajer....boleh buat hiasa kat kek. masak2...resepi2 ala2 oversea....banyak la gunanya.

shidaaziz posted on 18-7-2005 02:14 PM

Originally posted by sig at 18-7-2005 02:07 PM:
memang mahal....hehehehe

tu yg sig tak beli lagi...tak pastikan dulu baru boleh beli.

tapi kotak nya besar tu....so berbaloi la

lagi pun boleh buat mcm2....buat aiskrim ajer....boleh buat  ...

sig, kalo nak beli, make sure plan dulu nak masak apa. takut nanti tersimpan dlm freeze nanti rugi macam tu je. kalo tak silap shida 1 kotak tu 1 liter.

jenis apa sig?

sig posted on 18-7-2005 02:22 PM

tak pasti la....sebab sig pegi nengok tu hari rabu minggu lepas

kat kedai kek kat kelana jaya...hehehehe ikut alamat speed kasi.

hanieliza posted on 18-7-2005 02:26 PM

Originally posted by sitipayung at 18-7-2005 01:43 PM:
kak liza

boleh tak campur sweet corn (jagung krim),strawberry dalam adunan aiskrim yang dipukul itu?
kak liza rasa..boleh masukkan perisa lain..saperti yg disebut tu apabila fresh cream tu dah gebu...:hmm:
saperti kak liza masukkan serbuk koko dan coklat rice tu diakhir bila fresh cream tu dah gebusss...:lol

Originally posted by shidaaziz at 18-7-2005 01:56 PM:
kak liza, soalan shida tak jawab lagi ni. tak payah taruk gula ke?

alamak...kak liza terlupa gulaaaa....

nanti kak liza edit..
TQ sebab bagi tahu/nampak ada kekurangan..
ni kes seronok sangat nak kabo/tulis kat sini lah ni....:malu:

shidaaziz posted on 18-7-2005 02:29 PM

tu le pasal. karang kalo shida buat tawar, shida akan saman kak liza.
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: SUDUT DIY :: CARA-CARA MEMBUAT AIS KRIM