Syd posted on 7-2-2006 04:49 PM

Perbezaan pangkat Dato, Tan Sri dan sebagainya

Secara amnya kita boleh bezakan dengan pantas melalui nama panggilan seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Dato' ataupun Datuk. Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut dan jelas, sila baca maklumat susunan keutamaan Darjah-Darjah Kebesaran pada fakta-fakta yang aku sisipkan di bawah ini.

DARJAH-DARJAH KEBESARAN BINTANG-BINTANG DAN PINGAT MALAYSIA

* DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.)
Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahli-ahlinya terhad seramai sepuluh orang. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.
* DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.)
Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.


DARJAH-DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA

* SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.
* PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 75 orang, tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.
* JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga. Jumlah penyandang terhad kepada 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
* KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah penyandang tidak terhad
* AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Jumlah penyandang tidak terhad.
* PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.)
Ia merupakan pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Jumlah penyandang tidak terhad.


DARJAH-DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA

* SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

* PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Anugerah ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 450 orang, tidak termasuk anugerah kehormat yang dikurniakan kepada warganegara asing.

* JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Jumlah anugerah ini terhad kepada 1,200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.


DARJAH YANG MULIA JASA NEGARA

* PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Jasa Negara Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'. Keanggotaan dalam darjah ini terhad kepada 300 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.


DARJAH-DARJAH YANG AMAT DIHORMATI SETIA DIRAJA


* PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Jumlah anugerah ini terhad kepada 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'.

* JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja pangkat Kedua.

* KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga.

* BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Keempat.


DARJAH BAKTI


* DARJAH BAKTI (D.B.)
"Berbakti Untuk Negara". Ianya dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya di Malaysia dan juga di kalangan antarabangsa serta telah memberi sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini adalah dihadkan kepada 10 orang sahaja.


DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA


* SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)
Ini merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Bintang Kehormat ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.

* PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.)
Dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh.

* JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.)
Juga dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan.

* PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak.

* KEPUJIAN PERUNTUKAN KEBERANIAN (K.P.K.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka dikurniakan pingat.

BINTANG DAN PINGAT BAGI PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI


* PINGAT KEBAKTIAN (P.K.)
Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota pasukan Tentera Sukarela dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

* PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.)
Dikurniakan kerana khidmat-khidmat am anggota-anggota Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform

* PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.)
Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera Persekutuan dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

* PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.)
Dikurniakan untuk menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.


PINGAT-PINGAT PERINGATAN


* PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.)
Dibuat dalam tiga peringkat, iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini khusus untuk mereka yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha menubuhkan persekutuan Malaysia hingga 31 Ogos 1965.


SUMBER: Buku Cenderamata, Istiadat Mengadap Dan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Dan Pingat-Pingat Malaysia Pada 3 Jun 2000, ISTANA NEGARA, Kuala Lumpur

SUSUNAN KEUTAMAAN BAGI ANUGERAH-ANUGERAH PERSEKUTUAN

1 SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA S.P. 2 DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA D.K.M. 3 DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA D.M.N. 4 SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA S.M.N. 5 SERI SETIA MAHKOTA MALAYSIA S.S.M. 6 DARJAH BAKTI D.B. 7 PANGLIMA MANGKU NEGARA P.M.N 8 PANGLIMA SETIA MAHKOTA P.S.M. 9 PANGLIMA JASA NEGARA P.J.N. 10 PANGLIMA SETIA DIRAJA P.S.D. 11 JOHAN MANGKU NEGARA J.M.N. 12 JOHAN SETIA MAHKOTA J.S.M. 13 JOHAN SETIA DIRAJA J.S.D. 14 KESATRIA MANGKU NEGARA K.M.N. 15 KESATRIA SETIA DIRAJA K.S.D. 16 AHLI MANGKU NEGARA A.M.N. 17 PINGAT PANGKUAN NEGARA P.P.N. 18 BENTARA SETIA DIRAJA B.S.D. 19 PANGLIMA GAGAH BERANI P.G.B. 20 JASA PERKASA PERSEKUTUAN J.P.P. 21 PINGAT TENTERA UDARA P.T.U. 22 PINGAT KEBAKTIAN P.K. 23 PINGAT KHIDMAT BERBAKTI P.K.B. 24 PINGAT PERKHIDMATAN AM P.P.A. 25 KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN K.P.K. 26 PINGAT PERKHIDMATAN SETIA P.P.S. 27 PINGAT PERINGATAN MALAYSIA P.P.M. 28 PINGAT-PINGAT PERTABALAN -

Infromasi tambahan (1) Suami dapat panggilan 'Datuk', secara automatik orang rumahnya dipanggil 'Datin' (bertuah pompuan ni ya). Kalau orang rumah dapat anugerah 'Datuk', secara automatiknya si suami tadi MASIH bergelar ENCIK sahaja .....hehehhehheh...

(2) Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang banyak sumbangan dan jasa kepada kerajaan (terutamanya kepada negeri tanah kelahirannya - kerajaan negeri). Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka boleh dikatakan hanya terbuka kepada orang awam macam kita sahaja dan tidak kepada anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan kerana Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka ini lebih dianggap sebagai Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat Kelas Dua (ada Kelas Satu juga). (3) Anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan biasanya dianugerah dengan DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.). Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

Disebabkan gelaran ini adalah anugerah yang tertinggi kalau mengikut senarai susunan keutamaan, kebiasaanya diberikan kepada bekas para hakim ataupun bekas menteri yang TERLALU BANYAK SUMBANGANNYA kepada negara. Anugerah Darjah ini terhad kepada 25 orang sahaja.

Syd posted on 7-2-2006 04:52 PM

Anugerah Persekutuan Dan Gelaran

Seri Maharaja Mangku Negara (SMN)
Lelaki : Tun
Perempuan : Tun
Isteri : Toh Puan
Suami : Tiada

Seri Setia Mahkota (SSM) Lelaki : Tun
Perempuan : Tun
Isteri : Toh Puan
Suami : Tiada

Panglima Mangku Negara (PMN)
Lelaki : Tan Sri
Perempuan : Tan Sri
Isteri : Puan Sri
Suami : Tiada

Panglima Setia Mahkota (PSM)
Lelaki : Tan Sri
Perempuan : Tan Sri
Isteri : Puan Sri
Suami : Tiada

Panglima Jasa Negara (PJN)
Lelaki : Datuk
Perempuan : Datuk
Isteri : Datin
Suami : Tiada

Panglima Setia Diraja (PSD) Lelaki : Datuk
Perempuan : Datuk
Isteri : Datin
Suami : Tiada

source : http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bm/rk6/rk6.htm

Syd posted on 7-2-2006 05:05 PM

tambahan infor : http://www.geocities.com/athens/4795/Malaysia2.htm

Syd posted on 8-2-2006 10:41 AM

ada 25 orang yang dpt title Tun nih, marilah kita senaraikan (dan betulkan mana yang salah)

1. Tun Azlan Shah (Sultan Azlan Shah)
2. Tun Mahathir
3. Tun Siti Hasmah
4. Tun Ghaffar Baba
5. Tun Daim Zainuddin
6. Tun Hanif Omar
7. Tun Syed Ahmad (TYT Melaka)
8. Tun Rahman Abas (TYT Penang)
9. Tun Abdul Rahman Yakub (TYT Sarawak)
10. Tun Ahmad Shah ke apa nama tak ingat (TYT Sabah)
11. Tun Syed Zahiruddin (TYT Melaka yang dulu)
12. Tun Rahah
13. Tun Suhaila (mak Hishamuddin)
14. Tun Salleh Abas
15. Tun Khalil Yaakub (TYT Melaka skrg)
16. Tun Ghazali Shafie
17. Tun Ling Leong Sik
18. Tun Lim Chong Eu (ex-CM of Penang)
19. Tun Omar Ong Yoke Lin
20. Tun Abang Muhammad Salahuddin (TYT Sarawak sekarang)
21. Tun Sakaran Dandai


sila lah tambah/betulkan. tq.

chumpon posted on 9-2-2006 12:06 PM

Kenapa kerajaan tidak mengiktiraf anugerah Datuk dari Kesultanan Sulu (selatan filipina)   ??

farra1519 posted on 20-2-2006 03:11 PM

trima kasih coz berkongsi ngan kitorang.....I baru abis print....jap lagi nak baca laa....

Dunhill. posted on 2-3-2006 09:03 AM

Darjah kebesaran negeri paling banyak dalam sejarah negara -- Lagi 109 Datuk Pahang
Oleh ARSHAD KHAN

KUANTAN 23 Okt. - Pahang mengurniakan 109 darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri dan Datuk sempena hari keputeraan Sultan Ahmad Shah yang ke-74 esok, iaitu terbanyak pernah dikurniakan dalam sejarah sesebuah negeri.

Pengurniaan itu membabitkan 17 penerima Darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri dan 92 lagi pelbagai darjah yang membawa gelaran Datuk.

Selain mengatasi rekod pengurniaan tertinggi untuk gelaran itu yang juga dipegang oleh negeri ini, ia turut memecahkan rekod pengurniaan Datuk yang terbanyak bagi tahun ini iaitu Melaka.

Awal bulan ini, Melaka mengurniakan 84 darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan hari ulang tahun ke-66 Yang Dipertua Negeri, Tun Khalil Yaakob.

Pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Melaka itu dianggap terlalu banyak hingga mencetuskan kritikan pelbagai pihak.

Ini kerana pemberian yang tidak dikawal itu dikhuatiri boleh menjejaskan kredibiliti gelaran itu.

Mereka berpendapat pemberian gelaran Datuk perlu dihadkan supaya ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan telah berjasa kepada negeri dan negara.

Bagaimanapun rekod tertinggi dalam sejarah negara sebelum ini juga dimiliki Pahang apabila mengurniakan 96 gelaran Datuk pada 2002.

Johor pula negeri yang paling sedikit mengurniakan anugerah itu iaitu dua.

Sementara itu, jumlah penerima yang diisytiharkan hari ini juga menepati kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob kelmarin bahawa Pahang akan mengurniakan lebih daripada 84 buah pingat.

Mengikut pecahan, selain 17 penerima SSAP, 12 lagi menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP), 15 menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 65 penerima bagi Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang kesemuanya membawa gelaran Datuk.

Pihak media difahamkan bahawa kesemua darjah kebesaran dan pingat akan disampaikan bermula 27 November ini sebagai menghormati bulan Ramadan.

Senarai penerima SSAP diketuai oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Penerima lain termasuk Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Omar; Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Abdul Aziz Zainal dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Nik Ismail Nik Mohamed.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Richard Malanjun pula mengetuai senarai SIMP bersama rakan sejawatannya, Datuk Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Datuk Augustine Paul.

Antara penerima lain darjah SIMP ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Musa Hassan; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Shaid Mohd. Taufek dan Pengarah Urusan MAS, Datuk Ahmad Fuaad Mohd. Dahalan.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Wan Mohamad Razali Wan Mahussin mengetuai senarai penerima DSAP diikuti rakan sejawatan dari Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh.

Penerima lain ialah Ketua Polis Pahang, Datuk Pahlawan Ramli Yusof dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah.

Penerima darjah kebesaran DIMP pula termasuk Timbalan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Anifah Aman; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi, Mohd. Sharkar Shamsuddin; Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Pertahanan, Ab. Aziz Kassim; Timbalan Pengarah Peperiksaan Malaysia, Abd. Latif Abd. Wadud dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn. Bhd., Hishamuddin Aun.

Selain itu 901 individu pula dianugerahkan pelbagai pingat kebesaran negeri iaitu dua orang yang menerima pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 34 menerima pingat Setia Mahkota Pahang (SMP), 81 menerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 152 menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP), 104 menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 123 menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan paling ramai mendapat Pingat Jasa Kebaktian iaitu 405 orang.

Dunhill. posted on 2-3-2006 09:04 AM

Kalaulah negeri Melaka negeri terkecil dapat mengurniakan 84 Datuk, tak sah hairanlah kalau negeri Pahang negeri yg terbesar diSemenanjung Malaysia kurniakan 109 Datuk Pahang pula.Perlumbaan dalam pengurniaan Datuk ni munkin tak akan ada penghujungnya.Minkin selepas ini negeri lain pula akan memecah rekod baru.

Masa dulu dulu bila seseorang dianugerah Datuk,orang ramai menyambut baik dan menyanyung dan memuji kepada sesiapa saja yg telah dikurniakan Datuk,kerana biasanya sipenerima Datuk adalah orang yg sangat dikenali ramai kerana jasanya kepada masyarakat atau negara,tetapi sekarang walau pun orang disebelah rumah dianugerahkan Datuk jiran sebelah rumah munkin terperanjat dan hairan "Orang macam dia pun dapat Datuk?" "Apa ke jasanya?"dia menyoal lagi.Munkin jiran lain pula cuba menjawab "Takkan tak tahu dia tu orang kuat politik,orang kaya baru,Ahli koporat ,orang pandai......, dan ....begitulah seterusnya dgn berbagai andaian lagi"

Apa pun, pihak yg berkenaan haruslah menjaga nilai dan harga Datuk yg dikurniakan itu, jangan dibiarkan menjadi mudah dan murah sehingga orang ramai tidak menghurmati lagi.

Syd posted on 2-3-2006 09:52 AM

mungkinkah samy vellu akan dpt title Tun satu hari nanti?

chumpon posted on 2-3-2006 10:06 AM

Reply #9 Syd's post

mungkin juga sbb presiden MIC dulu2 spt Tun Sambanthan dpt title ni apa !
aku percaya nanti ada highway yg dinamakan Lebuhraya Samy Vellu ..:)

Syd posted on 5-6-2006 09:21 AM

Musa Hitam ketuai 1,905 penerima darjah kebesaran

KUALA LUMPUR 2 Jun - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam dikurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun, anugerah tertinggi persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail sempena hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda ke-63 esok.

Musa, 72, bekas pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) adalah anggota lembaga pengarah beberapa syarikat dan juga pengerusi kumpulan perladangan, Kumpulan Guthrie dan Lion Industries Corporation Berhad.

Seramai 20 orang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri, 40 orang menerima Panglima Jasa Negara (PJN) dan lima orang menerima Panglima Setia Di Raja (PSD), kedua-dua membawa gelaran Datuk, daripada sejumlah 1,905 orang menerima pelbagai darjah, bintang dan pingat kebesaran.

Antara penerima gelaran Tan Sri termasuk Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Ismail Adam, Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Khalid Ramli, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Izzudin Dali, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mohd. Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Abdul Aziz Mohd. Yusof, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ismail Merican, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Abdul Aziz Zainal, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Ilyas Din, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Nik Ismail Nik Mohamed, Duta Malaysia ke Jepun Datuk Marzuki Mohammad Noor dan bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan.

Lain-lain penerima yang membawa gelaran Tan Sri ialah Pengarah Urusan Kinsteel Berhad Datuk Pheng Yin Huah, Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad Datuk Seri Liew Kee Sin, Pengerusi DRB-Hicom Datuk Seri Syed Zainol Anwar Tuanku Syed Putra Jamalullail, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Johan Holdings Berhad Datuk Tan Kay Hock, bekas presiden Persekutuan Berbasikal Malaysia Datuk Seri G. Darshan Singh dan tokoh politik Datuk Wira Abdul Razak Alias, Datuk Lau Yin Pin dan Datuk Dr Ampikiapakan S. Kandiah.

Seramai 20 orang menerima Johan Mangku Negara (JMN), 72 Johan Setia Mahkota (JSM), lima Johan Setia Di Raja (JSD), 333 Kesatria Mangku Negara (KMN), 17 Kesatria Setia Di Raja (KSD), 580 Ahli Mangku Negara (AMN), 757 Pingat Pangkuan Negara (PPN), 43 Bentara Setia Di Raja (BSD) dan tiga menerima Kepujian Perutusan Keberanian (KPK).

Penyanyi veteran Ahmad Jais, 70, seorang ikon pada era ``Pop Yeh Yeh'' dalam 1960-an ialah salah seorang penerima PJN yang membawa gelaran Datuk.

Senarai penuh penerima anugerah ini boleh diperoleh pada www.bernama.com.

- Bernama

kabukiman posted on 5-6-2006 11:13 AM

Reply #4 Syd's post

Tun Dzaiddin - Former chief judge

Syd posted on 5-6-2006 11:19 AM

tq.
kalau ada lagi, nanti boleh lah tolong update.

iscol_klang posted on 5-6-2006 11:38 AM

Reply #4 Syd's post

semua bekas@yg sedang jadi ketua hakim negara bergelar tun:
22. tun azmi mohamed
23. tun syed sheh barakbah
24. tun mohamed suffian hashim
25. tun abdul hamid omar
26. tun eusoff chin
27. tun dzaiddin abdullah
28. tun ahmad fairuz sheikh abdul halim

iscol_klang posted on 5-6-2006 11:41 AM

johor gelaran tertinggi yg ada cuma 'datuk' je...takde datuk seri ke,datuk seri utama, datuk paduka ke, semua takde...orang2 johor yg ada datuk seri, tan sri semua negeri@agong bagi...tu pasal ghani othman dari dulu sampai skang 'datuk' je...

makna lenkali kalo nak tengok 'datuk' tu, tengok sape yg bagi...kalo johor ke, reliable sket..kalo pahang, melaka, jangan pandang tinggi sgt dgn datuk tuh...khalid jafri pun bole dapat datuk, padahal ape yg dia buat...porak perandakan hidup orang, kena bayar sama berjuta2, last2 akhir hidup dia takde sape pun amik tau..

[ Last edited by  iscol_klang at 5-6-2006 11:42 AM ]

Syd posted on 5-6-2006 11:49 AM

hehe
tq so much iscol

banyak tul infor leh dapat

kabukiman posted on 5-6-2006 12:20 PM

Reply #15 iscol_klang's post

kalu tak silap johor spell dato'. not sure negeri lain.

terang posted on 2-11-2006 07:29 PM

nak tau gelaran ni ada elaun keh

LailaTempawan posted on 2-11-2006 10:05 PM

Originally posted by iscol_klang at 5-6-2006 11:41 AM
johor gelaran tertinggi yg ada cuma 'datuk' je...takde datuk seri ke,datuk seri utama, datuk paduka ke, semua takde...orang2 johor yg ada datuk seri, tan sri semua negeri@agong bagi...tu pasal ghan ...
:setuju::setuju::setuju::setuju:

LailaTempawan posted on 2-11-2006 10:32 PM

EXTRA INFO BOLEH TAK? hehe...:)

Kalau kat Brunei:

Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DKMB)  ----One class (Darjah Paling Tinggi di antara semua)
(The Royal Family Order of the Crown of Brunei)
http://www.bruneiresources.com/pictures/bintang_dkmb.jpg
Gelaran: Tiada
Untuk   : Kerabat Diraja terdekat sultan seperti putera-puteri, ada jugak pernah diberikan kepada Sultan-Sultan Negeri Melayu Malaysia yang senior dan juga kepda Baginda Queen Elizabeth sendiri.
Lelaki: -
Perempuan:
Isteri:
Suami:



Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK) ---One Class
(The Most Esteemed Family Order Laila Utama)
Gelaran: Dato Laila Utama
Untuk   : Kerabat Diraja, Pembesar Diraja (Pengiran-Pengiran Cheteria, Pehin Manteri terutama sekali Kepala Manteri dll ) dan Menteri Kabinet, Ketua-ketua negara, Sultan Negeri Melayu dan anak-anak raja, menantu sultan dll megikut perkenan sultan
Lelaki: Dato Laila Utama
Perempuan: Datin Laila Utama
Isteri: Datin
Suami: Tiada


Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati (DK) ----One Class
(The Most Esteemed Family Order Seri Utama)
Gelaran: Dato Seri Utama
Untuk   : Pembesar Negara, Menteri Kabinet, Orang yang sangat berjasa kepada negara
Lelaki:  Dato Seri Utama
Perempuan: Datin Seri Utama
Isteri: Datin
Suami: Tiada

[ Last edited by  LailaTempawan at 2-11-2006 10:40 PM ]

LailaTempawan posted on 2-11-2006 10:40 PM

Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar
(The Most Eminent Order of Islam Brunei)

Darjah Pertama (1st Class) - PSSUB - Dato Paduka Seri Setia
Darjah Kedua (2nd Class) - DSSUB - Dato Seri Setia
Darjah Ketiga (3rd Class) - SSUB
Darjah Keempat (4th Class) - SUB
Darjah Kelima (5th Class) - PUB


--------------------------------------------------------------------------------

Darjah Paduka Seri Laila Jasa Keberanian Gemilang Yang Amat Cemerlang
(The Most Illustrious Order of Paduka Laila Jasa Keberanian Gemilang)

Darjah Pertama (1st Class) - DPKG - Dato Paduka Seri
Darjah Kedua (2nd Class) - DKLG - Dato Laila
Darjah Ketiga (3rd Class) - DKG


--------------------------------------------------------------------------------

Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang
(The Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang)

Darjah Pertama (1st Class) - DPKT - Dato Paduka Seri
Darjah Kedua (2nd Class) - DKLT - Dato Laila
Darjah Ketiga (3rd Class) - DKT


--------------------------------------------------------------------------------

Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa
(The Most Gallant Order of Pahlawan Negara Brunei)

Darjah Pertama (1st Class) - PSPNB - Dato Seri Pahlawan
Darjah Kedua (2nd Class) - DHPNB - Dato Hamzah Pahlawan
Darjah Ketiga (3rd Class) - PNB
Darjah Keempat (4th Class) - PJB


--------------------------------------------------------------------------------

Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia
(The Most Blessed Order of Setia Negara Brunei)

Darjah Pertama (1st Class) - PSNB - Dato Seri Setia
Darjah Kedua (2nd Class) - DSNB - Dato Setia
Darjah Ketiga (3rd Class) - SNB
Darjah Keempat (4th Class) - PSB


--------------------------------------------------------------------------------

Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa
(The Most Distinguished Order of Paduka Seri Laila Jasa)

Darjah Pertama (1st Class) - PSLJ - Dato Paduka Seri Laila Jasa
Darjah Kedua (2nd Class) - DSLJ - Dato Seri Laila Jasa
Darjah Ketiga (3rd Class) - SLJ


--------------------------------------------------------------------------------

Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia
(The Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei)

Darjah Pertama (1st Class) - SPMB - Dato Seri Paduka
Darjah Kedua (2nd Class) - DPMB - Dato Paduka
Darjah Ketiga (3rd Class) - SMB


--------------------------------------------------------------------------------

Darjah Perwira Agong Negara Brunei Yang Amat Setia
(The Most Faithful Order of Perwira Agong Negara Brunei)

Darjah Pertama (1st Class) - PANB
Darjah Kedua (2nd Class) - PaNB

Pahlawan Perwira (1st Class) - PP
Asgar Pahlawan (2nd Class) - AP
Penglima Lasgar (3rd Class) - PL


--------------------------------------------------------------------------------


PINGAT-PINGAT KEHORMATAN
(Honorary Medals)
--------------------------------------------------------------------------------

Pingat Omar Ali Saifuddin
(Sultan Omar Ali Saifuddin Medal)

Darjah Pertama (1st Class) - POAS
Darjah Kedua (2nd Class) - POAS


--------------------------------------------------------------------------------

Pingat Hassanal Bolkiah Sultan
(Sultan Hassanal Bolkiah Medal)

Darjah Pertama (1st Class) - PHBS
Darjah Kedua (2nd Class) - PHBS


--------------------------------------------------------------------------------

Pingat Bakti Laila Ikhlas - PBLI


--------------------------------------------------------------------------------

Pingat Jasa Kebaktian (Meritorious Service Medal) - PJK


--------------------------------------------------------------------------------

Pingat Tabah Kerja Laila Lutanan - PTKL


--------------------------------------------------------------------------------

Pingat Indah Kerja Baik - PIKB


--------------------------------------------------------------------------------

Pingat Kerja Lama (Long Service Medal) - PKL


--------------------------------------------------------------------------------

Pingat Kerja Lama Polis (Police Long Service Medal)


--------------------------------------------------------------------------------

Pingat Perjuangan (Campaign Medal)


--------------------------------------------------------------------------------

Pingat Puspa (Coronation Medal)


--------------------------------------------------------------------------------

Pingat Jubli Perak (Silver Jubilee Medal)


--------------------------------------------------------------------------------

Pingat Kemerdekaan


--------------------------------------------------------------------------------

Pingat-Pingat Polis Diraja Brunei

Pingat Polis Diraja Brunei
Pingat Ulang Tahun Kelima Puluh
Pingat Perkhidmatan Polis (Police General Medal)


--------------------------------------------------------------------------------

[ Last edited by  LailaTempawan at 2-11-2006 10:43 PM ]

LailaTempawan posted on 2-11-2006 11:08 PM

Extra Info,

Akan tetapi, jika mereka ini diberikan gelaran Dato ataupun Datin kerana selepas dianugerahkan darjah-darjah bintang kebesaran oleh Sultan, mereka ini bukan lah dianggap sebagai Pembesar Negara, darjah ataupun gelaran dato dan datin itu hanyalah sebagai tanda penghormatan sahaja, bukanlah ia menjadi sebuah tugas sebagai pembesar negara untuk mereka, kerana mereka bukanlah pembesar negara.

Sistem pemerintahan beraja (Kerajaan) iaitu pembahagian tugas adalah dibahagikan kepada Pembesar Kerajaan iaiatu Pembesar Diraja dan Pembesar Negara. Pembesar Diraja adalah mereka yang terdiri daripada golongan raja-raja iaitu Pengiran-Pengiran yang diberikan gelaran WAZIR dan PENGIRAN CHETERIA dan juga orang kebanyakan yang dianugerahkan Pehin Manteri. Manakala Pembesar Negara adalah terdiri daripada menteri kabinet dan orang bawahannya.


Contoh gelaran Wazir:

-Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (adinda Sultan Hassanal Bolkiah)
-Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah (adinda Sultan Hassanal Bolkiah)
-Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah (adinda Sultan Haji Hassanal Bolkiah)
-Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Pemancha Sahibul Ra'e wal mashuarah (vacant)
-Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Temenggong  (Vacant)


Contoh gelaran bagi Pengiran Cheteria (golongan Pembesar Diraja terdiri dari golongan Diraja): (sebetulnya terbahagi kepada 5 iaitu Kepala Cheteria, Cheteria 4, 8, 16 dan 32)

-Kepala Cheteria
(ada 2 orang)----> Yang Amat Mulia Pengiran Perdana Cheteria Laila Diraja Sahibun Nabalah (Vacant)

-Cheteria 4
(ada  4 orang)------------> Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar (Vacant)

-Cheteria 8
(ada 8 orang)------------> Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak Kemaludin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Hj Mohammad Yassin( sepupu Sultan Haji Hassanal Bolkiah)

-Cheteia 16
(ada 16 orang) -----------> Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Putih bin Pengiran Haji Rajid

-Cheteria 32
(ada 32 orang) ---------->Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier General (B) Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Haji Ahmad




Contoh gelaran bagi Pehin Manteri  (golongan Pembesar Diraja terdiri daripada orang biasa -non noble): (sebetulnya terbahagi kepada 15 bahagian saya tak sanggup nak type nama mereka semua, kerana terlalu banyak)

Contoh satu jer:

Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Setia Haji Aziz bin Juned (Mufti Kerajaan)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya  Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji Awang Jamil Al-Sufri

Y

LailaTempawan posted on 2-11-2006 11:13 PM

Extra Info,

Akan tetapi, jika mereka ini diberikan gelaran Dato ataupun Datin kerana selepas dianugerahkan darjah-darjah bintang kebesaran oleh Sultan, mereka ini bukan lah dianggap sebagai Pembesar Negara, darjah ataupun gelaran dato dan datin itu hanyalah sebagai tanda penghormatan sahaja, bukanlah ia menjadi sebuah tugas sebagai pembesar negara untuk mereka, kerana mereka bukanlah pembesar negara.

Sistem pemerintahan beraja (Kerajaan) iaitu pembahagian tugas adalah dibahagikan kepada Pembesar Kerajaan iaiatu Pembesar Diraja dan Pembesar Negara. Pembesar Diraja adalah mereka yang terdiri daripada golongan raja-raja iaitu Pengiran-Pengiran yang diberikan gelaran WAZIR dan PENGIRAN CHETERIA dan juga orang kebanyakan yang dianugerahkan Pehin Manteri. Manakala Pembesar Negara adalah terdiri daripada menteri kabinet dan orang bawahannya.


Contoh gelaran Wazir:

-Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (adinda Sultan Hassanal Bolkiah)
-Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah (adinda Sultan Hassanal Bolkiah)
-Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah (adinda Sultan Haji Hassanal Bolkiah)
-Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Pemancha Sahibul Ra'e wal mashuarah (vacant)
-Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Temenggong  (Vacant)


Contoh gelaran bagi Pengiran Cheteria (golongan Pembesar Diraja terdiri dari golongan Diraja): (sebetulnya terbahagi kepada 5 iaitu Kepala Cheteria, Cheteria 4, 8, 16 dan 32)

-Kepala Cheteria
(ada 2 orang)----> Yang Amat Mulia Pengiran Perdana Cheteria Laila Diraja Sahibun Nabalah (Vacant)

-Cheteria 4
(ada  4 orang)------------> Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar (Vacant)

-Cheteria 8
(ada 8 orang)------------> Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak Kemaludin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Hj Mohammad Yassin( sepupu Sultan Haji Hassanal Bolkiah)

-Cheteia 16
(ada 16 orang) -----------> Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Putih bin Pengiran Haji Rajid

-Cheteria 32
(ada 32 orang) ---------->Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier General (B) Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Haji Ahmad




Contoh gelaran bagi Pehin Manteri  (golongan Pembesar Diraja terdiri daripada orang biasa -non noble): (sebetulnya terbahagi kepada 15 bahagian saya tak sanggup nak type nama mereka semua, kerana terlalu banyak)

Contoh satu jer:

Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Setia Haji Aziz bin Juned (Mufti Kerajaan)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya  Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji Awang Jamil Al-Sufri

Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Haji Osman   (Manteri Istana)

Yang Dimuliakan Pehiin Jawatan Bini Datin Paduka Hajah Siti  (Manteri istana)

Yang Dimuliakan Pehin Singa Menteri

Yang Dimuliakan Pehin Khatib (Manteri Ugama)

Yang Mulia Datu Harimau Alam (Manteri Darat-tiada berchiri)

dan lain lain jenis lagi... :)

[ Last edited by  LailaTempawan at 2-11-2006 11:25 PM ]

tightcherry posted on 14-11-2006 02:59 AM

Originally posted by chumpon at 9-2-2006 12:06 PM
Kenapa kerajaan tidak mengiktiraf anugerah Datuk dari Kesultanan Sulu (selatan filipina)   ??

eh laki membe aku pun dapat datuk dari kesultanan sulu..wujud ke tak gelaran ni?
laki die ni pun kuat menipu gak, cume ada le die tunjuk certificate datuk kat aku siap masuk suratkabo mana ntah..
tp hidup mcm merempat jek, duit takde, kelentong sana sini..

Syd posted on 17-1-2007 10:30 AM

Gelaran ‘Datuk
Page: [1] 2 3 4 5
View full: Perbezaan pangkat Dato, Tan Sri dan sebagainya