mclaren Publish time 14-3-2006 03:57 PM

guppy, u stress tak? kalau stress pun, boleh kurangkan susu secara mendadak. hati kene tenang je...

guppy Publish time 16-3-2006 10:39 PM

:o:stp:,...mungkin kot.
Adess...
Insya allah guppy cube tenang, jd +ve.

guppy Publish time 22-3-2006 10:39 PM

alhamdulillah...

Sekadar nak share result...

Alhamdulillah...

Kelmarin dulu guppy try minum air rebusan longan kering...
n amik horlick 2 gelas setiap hari... letak halba sket kt dlm lauk...
Usaha guppy tuh nampak kesan peningkatan air susu...
Tp mmg still kurang...dalam 3 sesi perahan...baru bleh capai 1oz...sblm nih, ms selsema,
trus jd titis jer...

-->Still tgh mencuba lagik nih...chaiyok chaiyok...:P

mclaren Publish time 23-3-2006 12:09 PM

good luck guppy :bye::bye:

kunangkunang Publish time 27-3-2006 11:04 AM

mak kk pesan....kalau masih menyusukan anak...ELAKKAN sgt2 atau tak payah langsung minum minuman berais . air susu akan kurang @ kering...even anak kita kerap menyusu.

zamnie Publish time 28-3-2006 02:26 PM

sy pun mcm tue gak...:stp: susu makin berkurangan walaupun dah mkn pil jamu ASI, minum susu dll:stp: pelik sungguh, walhal masalah pun takde cuma masalah susu kureng!!!:cak: anyway maybe sbb kita
minum ais kot??? tp dulu mase first baby, kita pun byk gak minum ais, tapi susu pun byk...:stp:

bubble Publish time 28-3-2006 02:32 PM

zamnie ade makan ubat2an ke..macam panadol pun boleh kurangkan kuantiti susu sket.. correct me i'f i'm wrong, but that was what happenned to me la..

zamnie Publish time 28-3-2006 04:02 PM

Reply #27 bubble's post

takde.. sy tak pernah mkn ubat2an setakat nie le... tp susu kejap byk kejap sikit walaupun dah try bf sebyk mungkin!!!

[ Last edited byzamnie at 1-6-2006 11:10 AM ]

katak_kiut Publish time 21-7-2006 12:05 PM

Petua Banyakkan Susu Badan

Jom listkan apa petua yang u all tau. New petua nanti me update kat sini

1. Amalkan makan petola

2. Amalkan makan bayam

3. Amalkan makan kacang hijau (buat bubur campur beras merah& also bagus utk pekatkan susu--> cik dee)

4. Amalkan makan soya/susu

5. Banyakkan minum air masak

6. Amalkan minum milo/susu/quaker oat/nestum/horlicks

7. Petua MIL Shinky: blend susu segar (susu lembu) sampai keluar butter (buih)
then asingkan butter tu, kalau nak manis tambah sikit gula, kalau nak masin tambah sikit garam,
tos sampai kering semalaman. then makan ngan roti atau makan gitu ajer....

8. Amalkan makan daun turi

9. Amalkan minum air kelapa (?) ---> work for anj

10. Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina

11. Kerap menyusu bayi

12. Makan/minum biji halba. Ni petua omputih. Penjual India tu cakap kalau nak buat air, kena rendam semalaman. Biji tu jangan makan, minum air jer. ---> french fry

13. Amalkan minum jus kunyit + pegaga -->cornflake


Dari sumber LAMAN PETUA NENEK

1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.

2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.

4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

[ Last edited bykatak_kiut at 21-7-2006 04:27 PM ]

AjuZ7675 Publish time 21-7-2006 12:08 PM

- minum milo/susu/quaker oat/nestum...

eynda Publish time 21-7-2006 12:24 PM

Petua ni amal waktu pregnant atau lepas bersalin??

shinky_pinky Publish time 21-7-2006 12:25 PM

petua MIL aku,

blend susu segar (susu lembu) sampai keluar butter (buih)
then asingkan butter tu, kalau nak manis tambah sikit gula, kalau nak masin tambah sikit garam,
tos sampai kering semalaman. then makan ngan roti atau makan gitu ajer....:)

katak_kiut Publish time 21-7-2006 12:35 PM

Rasanya petua neh byk yg amalkan masa BF
kalau yg tgh preggie tu, mungkin boleh tanamkam lam minda
supaya susu banyak
dan jugak doa supaya diperbanyakkan susu

MillionIdeazKid Publish time 21-7-2006 12:36 PM

suami bole beri bantuan tak?

shinky_pinky Publish time 21-7-2006 12:40 PM

apa pulak tak boleh? u ada petua ker?

katak_kiut Publish time 21-7-2006 12:41 PM

Originally posted by MillionIdeazKid at 21-7-2006 12:36 PM
suami bole beri bantuan tak?

bantuan macam mana?
moral support ker?
Masa kita BF tuh, hubby oleh tolong berikan air suam
and tolong picit2 kat belakang ker

katak_kiut Publish time 21-7-2006 12:56 PM

Petua Menyusu Bayi Pada Ramadan

KEBANYAKAN kita tahu susu ibu membekalkan nutrisi yang sangat hebat untuk pembesaran bayi. Selain membekal sistem imunisasi dan pencegahan serangan bakteria tertentu, susu ibu juga berubah rasa dan kandungan zatnya berdasarkan keperluan pembesaran bayi. Formula ini yang menjadi asas kepada penghasilan susu formula bayi yang banyak terdapat di pasaran.

Bagaimanapun tidak ramai yang tahu kaedah menyusukan bayi. Mengikut kajian Universiti Yale seperti diterbitkan dalam Jurnal Barah British 2001, mendapati wanita yang menyusu bayi berupaya mengurangkan 50 peratus risiko mendapat barah payu dara berbanding mereka yang tidak pernah menyusukan bayi.

Begitupun, apabila Ramadan tiba, kebanyakan ibu mula resah, adakah dia boleh terus menyusukan bayi? Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kalori yang diperlukan seseorang ibu yang menyusu adalah sebanyak 2,700 kcal setiap hari untuk enam bulan pertama dan 2,950 kcal selepas bayi berusia enam bulan ke atas.

Bagi seseorang wanita yang tidak hamil dan tidak menyusu, keperluan kalorinya adalah sebanyak 2,200 kcal setiap hari. Penyusuan memerlukan banyak tenaga. Selain daripada pemakanan, tenaga ini juga datangnya daripada lemak-lemak yang terkumpul pada ibu ketika hamil. Dengan itu, menyusu badan adalah antara cara untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin. Lemak yang terkumpul ini akan digunakan dalam masa enam bulan penyusuan sepenuh masa.

Seseorang ibu digalakkan menyusukan bayi sekurang-kurangnya lima atau enam bulan pertama selepas melahirkan. Justeru, amalan pemakanan yang sihat dan seimbang tentu saja diperlukan untuk memastikan pengeluaran susu yang cukup bukan saja pada Ramadan tetapi pada hari-hari biasa.

Tiga kumpulan makanan yang harus dititikberatkan adalah makanan yang memberi tenaga karbohidrat dan lemak seperti nasi dan roti, makanan yang memberi protein seperti ikan dan daging dan makanan yang mencegah penyakit seperti vitamin dan galian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Meskipun berpuasa, pengambilan makanan ketika bersahur dan berbuka seharusnya mengandungi ketiga-tiga makanan dalam kumpulan ini selain minum air dengan secukupnya. Minum banyak air semasa berbuka dan sepanjang malam.

Tetapi jika pengeluaran susu berkurangan, ibu dibenarkan berbuka puasa. Begitupun ada cara untuk memastikan bayi masih mendapat susu yang cukup iaitu dengan memerah dan menyimpannya. Susu yang diperah boleh digunakan dalam tempoh 24 jam. Susu juga boleh disimpan antara satu dan dua hari jika di dalam peti sejuk atau dua minggu jika diletakkan dalam ruang sejuk beku, tiga bulan jika dalam ruang sejuk beku dengan pintu berasingan bagi peti sejuk dua pintu.

Perahan susu yang beku disimpan di dalam botol dan ia boleh dicairkan dengan merendamkan botol dalam air suam (yang tidak mendidih). Tetapi jangan dihangatkan dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro dan jika perahan susu ini tidak dipanaskan dan tidak diminum dalam tempoh sejam, ia harus dibuang.

miau Publish time 21-7-2006 01:03 PM

minum horlicks

eynda Publish time 21-7-2006 01:05 PM

Originally posted by miau at 21-7-2006 01:03 PM
minum horlicks

Member eynda pun pernah bagi petua ni.....

anj2208 Publish time 21-7-2006 01:17 PM

aku tak taulah ni petua ke apa...
tapi mlm tadi aku minum air kelapa....
tidur mlm aku bagi sebelah breast je kat baby aku....
bila pagi ni yg sebelah lagi tu bukan main keras lagi.....
byk sgt susu sampai basah baju aku....
dah lama tak jadi mcm ni....
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: [MERGED] Macammana Nak Tambah Susu Badan?


ADVERTISEMENT