idely posted on 9-3-2006 04:35 PM

Halwa

http://i37.photobucket.com/albums/e66/idearimba/halwa5.jpg

Bahan-Bahan:       
1 biji buah betik yang tua
1 kg gula pasir
1 bungkus gula batu        Sedikit kapur sirih
Sedikit pewarna hijau       
Cara:       
Buah betik dibuang kulitnya dan diukir bentuk daun atau ikut suka hati. Cucuk dengan pin rata-rata supaya air gula nanti boleh menyerap. Bila sudah siap, jerangkan air panas. Celur selama tiga minit, angkat dan toskan. Rendam dengan air kapur selama satu hari, angkat dan bersihkan. Masakkan gula anggaran 200 gm dan warnakan hijau. Bila gula hancur, sejukkan. Kemudian masukkan halwa tadi dan biarkan satu hari satu malam. Kemudian buang air gula tadi. Masak lagi anggaran 300 gm, buat serupa tadi juga. Esoknya jerang air gula tadi dan tambah gula. Bila sejuk baru masukkan halwa. Buatlah begini sampai nampak serap gulanya dan jemur hingga kering.

cuba le..
ok bye



[ Last edited by  shidaaziz at 11-8-2006 09:13 AM ]

shidaaziz posted on 9-3-2006 04:37 PM

Hi idely, dah jumpa rumah yang sesuai ye :cak: welcome to the board.

shidaaziz posted on 9-3-2006 04:37 PM

:off: Idely, nanti jangan pulak hilang2. Kena selalu jaga topik ni. Nanti orang nak tanya susah kalau tak de jawapan.

idely posted on 11-3-2006 09:37 AM

Tak selalu ade sebab sibuk skit

Shida,

tak selalu ade, tapi bolehlah dalam dua hari sekali .....

ok bye TQ

mambogurl posted on 11-3-2006 02:28 PM

yang kaler oren, purple, merah tu semua halwa betik jugak ke?

shidaaziz posted on 11-3-2006 07:55 PM

mambo, semua tu halwa betik.

mambogurl posted on 12-3-2006 04:59 PM

uiks.. lawo ...

tapi too much coloring.. rasa cam takut nak makan..
kalo wat hantaran, seswai.. lawa..
tapi kena sabar kan wat menda nih... bab nak mengukir tu yang fail nyer..

puansri posted on 12-3-2006 07:02 PM

memang cantik halwa betik tu....nak gubah kena ada seni macam nie kena ambil kursus khas

obie_want posted on 10-8-2006 11:42 PM

Cara-cara membuat halwa maskat

A'km kwn2...

Ada sesapa yg tahu cara membuat halwa maskat???minta tlg ya.....harap ada yg sudi jawab...

shidaaziz posted on 11-8-2006 09:59 AM

Originally posted by obie_want at 10-8-2006 11:42 PM
A'km kwn2...

Ada sesapa yg tahu cara membuat halwa maskat???minta tlg ya.....harap ada yg sudi jawab...

Resepi sumber dari Mesra.net

Halwa Maskat

Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum (12 auns)
12 auns gula batu
12auns gula putih
1 helai daun pandan
1 biji kuning telur
1 botol minyak
6 biji buah pelaga 1 cawan minyak sapi
1 sudu tepung kastad
1-2 sudu pewarna kuning
4 titik pewarna merah

Cara:
Bancuh tepung dgn 5 cawan air dan tapis tepung dengan kain jarang. Keringkan tepung selama 3 jam buang air yang jernih (ambil tepung yang mendap) masak gula dan daun pandan dengan 4 cawan air. Masukkan kuning telur dlm air yang mendidih dan tapis. Masukkan pewarna,campurkan air gula dengan tepung yang mendap itu dan kacau di atas api perlahan hingga kental. Masukkan 1 cawan sapi dan buah pelaga kacau hingga sebati, masukkan minyak yang selebihnya. Sudukan minyak ke dalam mangkuk, kacau hingga halus, kental dan berminyak.

puansri posted on 11-8-2006 03:22 PM

kalau nak buat halwa maskat niekan setahu saya kena guna belanga/ kuali tembaga ....

guasanding posted on 24-3-2008 12:11 AM

Reply #1 idely's post

salam ,ambil lah gambar step by step mudah faham. tak pun ko buat buku cam k.liza k.sure ramai yg berminat.

melati00 posted on 24-3-2008 12:58 PM

Reply #8 puansri's post

Sekarang ni dah tak jumpa yang pandai buat halwa, kalau ada kursus buat halwa saya pun nak join sekali....
Kalau Puansri dengar kat mana-mana ada kursus bolehlah share.... saya memang minat.

melati00 posted on 24-3-2008 01:03 PM

Reply #1 idely's post

Cantik sangat.........
Ni idely yang buat ker....teringin sangat nak cuba nantilah nak cari betik dulu.  Betik yg masih keras tapi kulitnya hijau kekuningan sikit-sikit (kira baru petik) yg jual kat pasar tu boleh buat ke.... atau perlukan yang masih hijau kulitnya.....
Tak de pokok betik ni susah gak...

masliana posted on 24-3-2008 01:58 PM

Reply #1 idely's post

kalo pakai buah betik yg dh tua bole ke ukir jadi daun?? tak lembik ke??

cguct1970 posted on 24-3-2008 08:42 PM

Reply #15 masliana's post

:) ana...setahu ctlah..buah yang tua tu belom masak lagi...masih mengkal...
mmg tak lembik...dulu mak pernah buat halwa bila nak raya...
yang selalu mak buat buah jambu airbetik dan nanas...

tapi ct ingat mak x buang air gula perendam betik tu..
cuma mak toskan, perangat air gula, sejukkan dan siram balik pada betik..
sampai elok resapnya..pas tu baru jemur supaya bersangkar gulannya...
tu yang ct tahulah...kalau orang buat cara lain x taulah plak...:)
Page: [1]
View full: Halwa