crystal_angel Publish time 13-3-2006 02:20 PM

Cadangan Supplement terbaik untuk anak-anak

CA nak tanyer kepada parent yang perihatin..
Nak mintak cadangan atau yang dah ader pengalaman...Anak kerap sakit... seperti demam selsema batuk dan lelah.... CA nak cuba ikhtiar.. selain daripada berubat dihospital atau cara tradisional...Apakah Supplement yang terbaik.. yang korang sedang gunakan untuk anak2..
yang korang rasa baik untuk kesihatan anak2 supaya kiter boleh kongsi bersama ..
Maaf klu thread ni dah ada sebelum ni.. CA dah try selak2 tapi tak jumpa..
CA juga teringin nak tau sebab CA kurang arif bab2 ni..
memandangkan anak CA yang terlalu sensitif dgn keadaan persekitaran..
yang menyebabkananak CA terlalu alah..seperti habuk... atau pun jangkitan penyakit yg terlalu kerap.. Mungkin anda ader cadangan yg boleh membantu.. :) thanks!

WeAiNe Publish time 13-3-2006 02:22 PM

CA....Ain bagi anak Ain makan Examo sebijik setiap hari sejak dari dia baby lagi.
Alhamdulillah anak Ain jarang demam cuma bila nak beralih bulan je.

crystal_angel Publish time 13-3-2006 02:27 PM

Originally posted by WeAiNe at 13-3-2006 02:22 PM
CA....Ain bagi anak Ain makan Examo sebijik setiap hari sejak dari dia baby lagi.
Alhamdulillah anak Ain jarang demam cuma bila nak beralih bulan je.

Examo leh dapatkan di Farmasi ker Ain? ok thanks Ain..Skrg anak Ain umur berapa yer?

WeAiNe Publish time 13-3-2006 02:58 PM

Reply #3 crystal_angel's post

Ain bagi anak makan examo adoiiiiiii tak hinggat lak apa brand dia, tapi prof yg buat tu. Examo tu tak ada kat farmasi jual kine g kedai dia, cam kat kl ni ada kat belakang tawakal tu. Anak ain bulan ni 1 tahun dah.

AinaShakirah Publish time 13-3-2006 06:02 PM

Supplement

Askum..

CA.... bole uexplain skit...anak u tu punyer detail... umur dia berapa?..breastfeeding? Sebab punca penyakit ni adalah dari sistem antibodi yg lemaah...
Mcm anak i, dia breastfeeding...so antibodi mak dia da transfer kat dia...so yg kena jaga ialah pemakanan mak dia..
tapi kalau dia tak menyusu badan u bole try one produk.. yg dipanggil transfer factor..chewable tablet.base from kolostrum..
I pon still mkn.. benda tu...alhamdullillah....sehingga kini...
Bagi i kesihatan ni penting, tambah kite ni da ade anak.

crystal_angel Publish time 14-3-2006 08:44 AM

Originally posted by WeAiNe at 13-3-2006 02:58 PM
Ain bagi anak makan examo adoiiiiiii tak hinggat lak apa brand dia, tapi prof yg buat tu. Examo tu tak ada kat farmasi jual kine g kedai dia, cam kat kl ni ada kat belakang tawakal tu. Anak ain bul ...

Examo tu dalam tablet ker air Ain?.. belakang tawakal?..alahai CA kt utara lah Ain.. jauhnyer..

Beyond Publish time 14-3-2006 10:15 AM

Beyond plak anak mmg kerap batuk n selesema. Maklum la dok nursery. Lps tu kwn suruh try bagi anak jelly gamat (produk gamat emas) alhamdulillah dah jarang kena dua sakit tu. Dulu try bagi scott emulsion..dia takmo yg ni dia plak yg akan minta klu kita lupa...

WeAiNe Publish time 14-3-2006 10:27 AM

Reply #6 crystal_angel's post

aha dalam tablet...ada kedai tu kat utara kalu tak silap ain
nanti ain dpt indo...ain beritahu ye

WeAiNe Publish time 14-3-2006 10:31 AM

supplement utk anak ni kine tgok gak kesusaian pada anak tu sendiri
sebab lain anak lain tindak balas dia
macam ain ni memang dari baby lagi bagi examo ni nampak alhamdulillah
jadi ain taklah bagi supplement yg lain
cuma bila dia dah 1 tahun nanti
barulah ain cadang nak bagi dia scot emulsion tu..

WeAiNe Publish time 14-3-2006 10:36 AM

Ok...CA...Ain dapat dah infor pasai examo ni.

CA bole klik kat website bawah ni utk more details, alamat dia kat Kedah...:)

http://www.homeolab.com.my/index.htm

Atau klik kat sini sebab ada info pasai produk ni by Mod Shida....

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=184033

Ok...selamat membaca....:cak:

[ Last edited by WeAiNe at 14-3-2006 10:37 AM ]

Juju Publish time 14-3-2006 10:55 AM

juju bagi honey kids untuk anak2 juju....so far alhamdulillah diorg sesuai...nie penerangan tentang produk honey kids

HONEY KIDS

AinaShakirah Publish time 14-3-2006 01:59 PM

Originally posted by Juju at 14-3-2006 10:55 AM
juju bagi honey kids untuk anak2 juju....so far alhamdulillah diorg sesuai...nie penerangan tentang produk honey kids

HONEY KIDS

WeAiNe Publish time 14-3-2006 02:31 PM

Juju...di mana boleh dapat produk honey kids ni?

zamnie Publish time 15-3-2006 09:43 AM

yelah... anak kitapun asyik demam je... so kita pegi cek doc kate tonsil so dia suggest ambik scott
emulsion ade dlm bentuk pil dan juga supplement yg ade jual kat any pharmacy...:)

sarazq Publish time 15-3-2006 10:22 AM

Saraz bagi anak makan MayFirst Immuni-Ig-Colostrum.Alhamdullilah stakat ni jarang2 sakit.Ni artikel psl produk tu...

....................................................
MayFirst Immuni-Ig adalah Colostrum asli dari sumber eksklusif New Zealand

Dairies' Colostrum. Ianya diperolehi daripada susu lembu New Zealand yang di

ć…žasture-Fed'. Oleh itu ianya bebas daripada bahan kimia, racun makhluk perosak, antibiotik, herbicide dan hormon. MayFirst Immuni-Ig dihasilkan melaui teknik steril Spray Dried untuk memastikan kualiti terbaik.

Terdapat sebanyak 37 faktor imun didalam Colostrum. Ia membekalkan immunoglobulin dengan pelbagai antibodi untuk melawan bakteria, virus dan kulat yang terdapat didalam saluran penghadaman dan menghalang pembiakan bakteria Pathogen yang menghasilkan toksin berbahaya. Colostrum juga mengandungi faktor pengawalkultur imun yang dipanggil Perangsang Biogenic untuk menggalakan tumbesaran sel, pembiakan tisu, penyebuhan luka dan 憂ormalization' sistem tubuh.

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan Colostrum MayFirst Immuni-Ig bagi membantu didalam perlindungan serangan penyakit, meningkatkan tenaga dan tumbesaran.

Wanita mengandung dan wanita yang menyusukan bayi memerlukan Colostrum MayFirst Immuni-Ig bagi membantu menambahkan zat pemakanan serta meningkatkan ketahanan badan terhadap serangan jangkitan disepanjang tempoh mengandung dan ketika penyusuan bayi.

Mereka yang berumur 60 tahun ke atas juga memerlukan Colostrum MayFirst Immuni-Ig untuk menguatkan ketahanan tubuh kerana sistem imun mereka hanya berfungsi pada kadar 20% dari normal.

AinaShakirah Publish time 15-3-2006 01:49 PM

Originally posted by zamnie at 15-3-2006 09:43 AM
yelah... anak kitapun asyik demam je... so kita pegi cek doc kate tonsil so dia suggest ambik scott
emulsion ade dlm bentuk pil dan juga supplement yg ade jual kat any pharmacy...:)


u bole try colostrum ni... very recommended..kite satu family mkn..sebab bole create good antibodi...mcm mak i skrg ni pon ok gak..hari tu dia ade resdung..selalu dapat sakit...pas tu dia try produk ni..alhadullillah....kawan i yg da ade tyroid tu pon ambik..dia beli 3 kali je..pas tu dia kata dia da sihat...so i kata terpulang lerr u nak mkn lagi ke tidak..so dia stop...and still feel better.. so thats means this produk bukan nyer continous u kena mkn..as long kite rase mcm da sihat..kite stop ler..

sekarang ni pon i da kurang ambik..3 hari sekali je..kekadang tu 4 hari..cuma mula2 tu kena la ambik kerap..

utk detail i bole le citer ngan u kalau u berminat...tak rugi kita invest tuk kesihatan ni:)

aypru Publish time 15-3-2006 02:30 PM

Utk supplement ni sy amalkan beri minyak ikan Champs flavour oren utk anak.Alhamdullilah nampanya ok skrg.Start bagi selepas dia pernah warded sebab demam panas thn lepas.Rasanya
dah serik tengok dia sakit walaupun 1st time kena demam panas tu tapi kesianlah pasal dia budak lagi.Kalau kita yg dewasa ni x pelah jugak.Budak sakit tak sampai hati tengok .

AinaShakirah Publish time 15-3-2006 02:34 PM

Originally posted by aypru at 15-3-2006 02:30 PM
Utk supplement ni sy amalkan beri minyak ikan Champs flavour oren utk anak.Alhamdullilah nampanya ok skrg.Start bagi selepas dia pernah warded sebab demam panas thn lepas.Rasanya
dah serik tengok...


ko dari Batu Caves...aku pon dari Batu Caves gak..kuang kuang kuang

chammy_girlz Publish time 15-3-2006 03:59 PM

sy bagi haziq produk drcosway...sy tukar2 setiap bulan....hehehe..nak cuba yg mana bagus dan sodap....tp kesimpulannya semua okey...ni produk yg sy pernah cuba bagi kat anak sy...alhamdullilah jarang kena penyakit......

1) HI-C FRUIT CHEWIES....uutk m'perolehi vit c.....ada 6 perisa buah-buahan epal,mangga,oren,strawbery,anggur,limau......sodap....

2)GOATS MILK TABLETS....

3)COWS MILK TABLETS....

4)COLOSTRUM CHEWABLES....mempunyai kandungan tertinggi penggalak imun iaitu igG..meningkatkan daya ketahanan badan,mempercepatkan pembaikpulihan drpd penyakit.

AinaShakirah Publish time 15-3-2006 05:17 PM

Originally posted by chammy_girlz at 15-3-2006 03:59 PM
sy bagi haziq produk drcosway...sy tukar2 setiap bulan....hehehe..nak cuba yg mana bagus dan sodap....tp kesimpulannya semua okey...ni produk yg sy pernah cuba bagi kat anak sy...alhamdullilah ja ...


i pon pakai yg kolostrum chewable....memang le mahal tapi..worth it la..yg product 4life...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Cadangan Supplement terbaik untuk anak-anak


ADVERTISEMENT