Pe4RL Publish time 16-4-2006 04:55 PM


dia nih yg hari tuh main gitar kat jomheboh ek?
y kat Melaka tuh kan? Dari jauh nampakbleh tahan aaaa
tgk dekat2 nampak ganazzzzzznyerrrrrrr....
baju lobang2 lagi.... ekekekekeke

Lana Publish time 16-4-2006 05:04 PM

Originally posted by juara at 18-3-2006 02:31 PM
Edrie ni dh lama ujud kat dunia seni muzik.. tapi dulu takde lah pemes mcm skrg...
Cuma 5 tahun kebelakangan ini dia dh slalu jadi pilihan artis top.. especially otai rock... seperti Amy Search, E ...

aku pon suka Edri..cool jer..takder control2 macho..

tak silap aku selalu gak nampak dia iring band yg perfrom kat HRC dedulu..& dia bukan jenis2perasan & gatal camorg lain yg prasan glemer..

tapi aku suka gak sham kamikaze sebab dia cute :bgrin:

possubH2 Publish time 17-4-2006 06:17 AM

Gua tak kenal Edrie Hashim ni, tapi geng2 gua ada sebut2 gak nama dia.Orang cakap dia bagus main gitar.Tapi kalo bab gitar sesionist gua prefer Zam, permain gitar yang lebih clean, dan mempunyai rythm skill yang power.Tak ketara beza bunyi up stroke dan down stroke dia.

Sapa ada lagu Edrie Hashim rekemen le

shazzee Publish time 22-4-2006 06:13 PM

aku ader gambar die..

death_dealer Publish time 23-4-2006 12:21 PM

aku pon suka sangat edrie hashim ni..
zizie hashim tu band M.I.N.E
adek dia lagi sorang pon ade band jugak..
tapi tak igt plak aku band ape ntah

tak salah kot kalau nak labelkan dia
antara gitaris terbaik mesia..
dari sham kamikaze tu, aku jauh
lagi suka dia, terer tapi tak poyo..
tapi tang rambut tu memang mahal ler..

yeah!

possubH2 Publish time 23-4-2006 07:06 PM

sesapa ada gambar dia masuk le dalam nih.Teringin nak tgk dia.Hantar le, sapa ada solo dia yg best2 tu upload le...

Syam kamikaze mmg ada skit poyo, siap nak buat gigit gitar (masa solo lagu Sweet Child O Mine), tapi buat malu je, gigi sompek, tak kelaur bunyi pun masa gigit tu huar huar huar...

shazzee Publish time 23-4-2006 07:31 PM

aku sebenarnye x tau camane nk letak gambar.. hehe

deaf4ever Publish time 2-5-2006 01:15 AM

Originally posted by possubH2 at 23-4-2006 07:06 PM
sesapa ada gambar dia masuk le dalam nih.Teringin nak tgk dia.Hantar le, sapa ada solo dia yg best2 tu upload le...

Syam kamikaze mmg ada skit poyo, siap nak buat gigit gitar (masa solo lagu ...



Last august XPDC main kat Spore..

Then masa show start Ali cakap Izo tak datang " paspot sangkut ".Aku tak tau la tu jam XPDC memang dah nak sack Ali tapi dorang kena perform pasal contractual obligation, atau pasal betul IZO nye paspot sangkut,

so this fellow Edrie yang jadi gitarist.

Aku ada bootleg sound dorang nye performance, nanti aku carik la mana aku taruk, aku try upload.

death_dealer Publish time 2-5-2006 03:56 AM

huit ye ke ?
baguih baguih upload cepat..
ngahaha aku suka giler mamat ni

salimrock Publish time 2-5-2006 02:57 PM

he..he..masa AIM13 byk kali si edrie ni kluar ambik trofi, maklum la award dari media prima,he...he..tapi dia tetap best, lagu2 awie ( santai ) byk yg dia buat, okay pe, sapa ada beli album awie?

Syd Publish time 4-5-2006 09:15 AM

Edrie Hashim komposer rock berjiwa romantis
Oleh: Khadijah Ibrahim


http://www.utusan.com.my/pix/2006/0504/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01_big.jpg
EDRIE HASHIM akan pastikan hujung minggu adalah hari untuk bersama isteri dan anak.
--------------------------------------------------------------------------------

MELIHATKAN imejnya yang berambut panjang dan bertindik di kening serta di telinga, anda mungkin akan melabelkannya sebagai mat rock atau mat metal.

Jika begitu andaian anda, anda silap. Jangan terlalu cepat memberi penilaian. Seperti kata pepatah jangan menilai seseorang berdasarkan luaran kerana apa yang dipandang dengan mata kasar tidak sama dengan yang tersirat di sudut hati.

Sejak 1998, memang begitulah imej Edrie Hashim, 33. Namun biarpun nampak rugged tapi Edrie sebenarnya berjiwa romantik dan mengutamakan keluarga. Kalau tidak percaya hayati lirik dan lagu Iris, dendangan Awie yang terdapat dalam album Santai.

Lagu Iris (maknanya mata hitam) yang berentak perlahan dan liriknya yang penuh erti adalah karya Edrie.

Kata Edrie, lagu itu ditujukan khas untuk isteri tercinta, Nurul Nadhira Patricia Robert, 32, anggota kumpulan Candy.

揗emang lagu itu saya tujukan kepada isteri saya. Idea itu datang tanpa dirancang. Saya pilih nama Iris sebab terdengar seorang jurufoto mengungkapkan perkataan itu sewaktu merakamkan gambar Awie,拻 cerita Edrie yang ditemui di rumahnya di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Selain Iris, lagu yang telah mengangkat nama Edrie sebagai komposer ialah Akan Kutunggu (Candy), Andai (Dia Fadila) dan Suralaya Dalam D'Major (Amy Search).

Sebenarnya kalau dilihat pada senarai lagu-lagu ciptaan Edrie kebanyakannya berentak balada dan rock.

Bagaimanapun, pada awal kerjayanya, Edrie lebih berminat mencipta lagu rock. Cuma kini jiwanya cenderung kepada irama balada.

Kata Edrie, jika diberi pilihan antara balada dan rock, dia selesa mencipta lagu rock. Kalau ada artis rock yang meminta khidmatnya, dia rela mengorbankan masa untuk menjadi penerbit album.

Berlainan pula kalau artis genre pop meminta lagu daripadanya. Untuk penyanyi aliran pop, Edrie lebih senang menerbitkan sebuah lagu daripada menjadi penerbit album.

揝aya suka buat apa yang saya selesa. Biarpun lagu Iris itu berentak balada tapi disebabkan Awie seorang penyanyi kategori rock saya tidak menolak bila ditawarkan menjadi penerbit. Sebelum menerbitkan sesebuah album, saya perlu meminati artis itu dulu,拻 katanya yang telah menerbitkan album untuk Ella dan Amy Search.

Edrie yang merupakan bapa kepada Darren Haikal, 2, berkata, dia mula mencipta lagu pada tahun 1995 iaitu Dewi untuk kumpulan Shaka.

Anak jati kelahiran Keramat, Kuala Lumpur itu bukan sahaja bertindak sebagai komposer malah dia juga penerbit, penulis lirik, pemuzik dan pengarah muzik.

揙rang mula kenal saya bila lagu Akan Kutunggu dendangan kumpulan Candy meletup pada tahun 1996. Sejak situ saya mula dapat tawaran mencipta lagu,拻 katanya yang pernah menyertai beberapa kumpulan muzik sebelum ini.

Edrie yang pernah dilantik menjadi Pengurus Artiste & Reportaire (A&R) syarikat rakaman BMG pada tahun 2000 - 2004 mula bermain muzik sejak dalam tingkatan lima.

Dia yang pernah belajar di Sekolah Menengah Taman Keramat bersama Zamani dan Acong Sweet mula bermain muzik secara suka-suka.

揃iasalah bila lepak bersama kawan-kawan saya suka main gitar. Waktu itu tidak pernah terfikir pun nak jadi macam sekarang. Tapi saya memang minat muzik dan sebab itu saya berusaha belajar muzik di Studio Sound Dimension, Kampung Baru.

揗ula-mula main muzik, mak saya selalu kata carilah kerja lain tapi bila lihat saya sungguh-sungguh, dia pun memberi restu,拻 kata Edrie yang meminati pemain gitar Steve Ywei.

Edrie yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, gitaris itu menjadi idolanya kerana Ywei mempunyai ideologi tersendiri dalam melayari seni.

Edrie yang juga boleh bermain piano dan dram kini sering diundang menjayakan pelbagai persembahan mengiringi artis-artis tempatan sebagai pengarah muzik.

Tanggungjawab pertama sebagai pengarah muzik dipikul oleh Edrie sewaktu menjayakan konsert anjuran sebuah majalah hiburan pada tahun 2004.

Sejak itu dia terus mendapat kepercayaan penganjur dan artis. Untuk mengiringi persembahan penyanyi, Edrie sering berkolaborasi dengan pemuzik Kellay (bass), Yuri (dram), Firdaus (keyboard) dan Zahrin (percussion).

揝etiap kali dipanggil menjadi pengarah muzik untuk sesuatu persembahan, saya akan menggunakan khidmat pemuzik yang sama kerana kami sudah faham antara satu sama lain,拻 katanya yang turut menjadi Pengarah Urusan untuk syarikat Neo Gendang di Petaling Jaya.

Antara artis yang bernaung di bawah label syarikat yang ditubuhkan tiga tahun lalu itu ialah kumpulan Chili, Candy dan Search.

Kata Edrie, dia tidak menghadapi masalah untuk menguruskan Neo Gendang kerana segala pengalaman yang diperoleh sewaktu menjadi A&R di BMG dulu dipraktikkan dalam kerjanya sekarang.

揝ewaktu mencipta lagu saya bukan sahaja melihat kriteria artis tapi juga kehendak pasaran. Saya banyak belajar tentang perniagaan sewaktu di BMG dulu,拻 katanya yang telah menerbitkan lebih daripada 70 buah lagu.

Selain itu untuk bertahan dalam bidang ini kata Edrie, seseorang itu perlu ada sasaran dan jujur dalam kerja.

death_dealer Publish time 6-5-2006 05:23 PM

alamak!
cutenye anak dia

shazzee Publish time 6-5-2006 06:41 PM

cantiknye rambut die!!

shazzee Publish time 16-5-2006 03:58 PM

personally aku suka lagu yg edrie cipta.. yg plg best syurga & neraka..

bookwus Publish time 29-5-2006 01:56 PM

mamat ni producer utk album Search yg baru..dia mmg bagus...aku ada tgk persembahan dia masa DARI STD 1..kat astro..dia backup Awie...sedap arrangement dia

shazzee Publish time 29-5-2006 05:39 PM

dia dah jadi gitaris undangan search kan.. waaa.. best nye!

salimrock Publish time 5-6-2006 07:45 AM

apsal topik wa kena lambung....bukan ke dah byk org bukak topik pasal edrie ni ker, tapi wa bukak dulu ar.....

shazzee Publish time 18-6-2006 11:02 PM

apsal u bukak topik ni salim.. u kate u kenal edrie.. hehehehe.. :off:

pussylover Publish time 23-6-2006 08:58 PM

Originally posted by salimrock at 14-3-2006 11:14 AM
sapa kenal Edrie Hashim ni-
semenjak dua ni nama dia makin naik la- wa rasa dia ni dulu gitaris satu kump kan-tapi wa tak ingat la, muka dia memang familiar-

lagi pun kalo kat album2 rock cam...


hampeh ajer mamat tu...
abg ipar member aku!

pussylover Publish time 23-6-2006 09:00 PM

Originally posted by shazzee at 29-5-2006 05:39 PM
dia dah jadi gitaris undangan search kan.. waaa.. best nye!


apa yg bagus nyer?
Pages: 1 [2] 3
View full version: sapa kenal Edrie Hashim ni-


ADVERTISEMENT