r_niez75 Publish time 17-3-2006 01:39 PM

anak kencing malam...apa nak buat??

hai semua..
rniz nak tya sket..kalau anak kencing malam...(kencing tilam)..apa agaknya petua?anak rniz x boleh nak bgn katanya.skrg ni, we all asyik bgnkan dia
1-2 jam or 2-3 jam sekali.kekadang tu dia x kencing lah pulak.fyi, before masuk tidur, dia dah pun kencing kat bilik air. tp, bila tidur malam tu, dia masih kencing tilam... camne yer?

AinaShakirah Publish time 17-3-2006 02:50 PM

dulu kalau kecik2....bila kencing kat tilam mesti kena cubit kat anu...tapi u bole try method yg lebih rasional ler nowdays ni....u letakkan minyak angin kat bawah pusat dia...nanti lama2 ok ler dia tu:gila::gila:

honeybee1802 Publish time 17-3-2006 03:24 PM

umur baper?

Acun Publish time 18-3-2006 11:14 AM

bengang betol kalo anak kencing kat tilam...satu hal lagi nak jemur lak tilam tuh...dahlar berat...hihihi tp itu dugaan...

anak aku pun umo 4 tahun baru tak kencing malam....itupun kena disiplin kan sket arr...lepas kol 9 mlm tak boleh nenen & sblm tidor tuh kena kencing dulu....so far ok arr...biasa kol 7am baru bagi nenen semula.

kalo lepas kol10mlm dia merengek nak nenen gaks....jawabnya aku kena kunci jam kol 3-4am kene kejutkan dia kencing la plaks.

sepiITUindah Publish time 18-3-2006 11:48 AM

petua org tua2...ambil labah2 yg mati berangan pusar2 letak kat pusat yg kencing tu

norsha Publish time 18-3-2006 04:37 PM

Effective ker sepi?

Norsha punya anak yg 5 yrs this nie pun still kencing tilam lagik..kadang2 jer yg ok..so, selalunya Norsha tibai jer bagi pakai pampers malam2 sb maleh nak jemur tilam ari2..nak marah pun susah..sb mak dia sampai sekolah rendah still kadang2 kencing kat tilam..:2lol::2lol:

mamaorait Publish time 20-3-2006 10:39 AM

Originally posted by Acun at 18-3-2006 11:14 AM
bengang betol kalo anak kencing kat tilam...satu hal lagi nak jemur lak tilam tuh...dahlar berat...hihihi tp itu dugaan...

anak aku pun umo 4 tahun baru tak kencing malam....itupun kena disiplin ...

aah kena disiplin..paling kureng setengah jam sebelum tido jgnkasik dia minum .. sblm tido suruh dia kencing dulu..
anak orait 5 tahun kadang kesian gak dia nak minum air orait tak bagi huhu... yelah tak larat nak bau bedroom hancing semacam dgn kencing dia..

Syd Publish time 21-3-2006 03:36 PM

Kencing malam boleh dirawat
Oleh: ROSLAH OTHMAN

ANAK anda menghadapi masalah kencing malam? Apakah reaksi anda? Memarahinya kerana membasahkan tilam setiap hari atau membiarkan gejala itu begitu saja kerana anda rasakan perkara itu akan pulih sendiri.

揝ebagai ibu bapa, memarahi anak tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya ia akan memberi kesan negatif terhadap perlakuan dan sikap anak pada masa depan,拻 kata Pakar Kanak-Kanak Jabatan Paediatrik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya. Dr. Kanaheswari Yoganathan ketika diminta menjelaskan tentang masalah kencing malam di kalangan kanak-kanak.

Menurutnya, walaupun kencing malam bukan penyakit, ibu bapa wajar mendapatkan nasihat dan rawatan pakar bagi membantu kanak-kanak itu mengatasi masalah yang dihadapi.

Ini kerana masalah kencing malam boleh menyebabkan kanak-kanak mahupun remaja itu berada dalam keadaan serba salah, berasa rendah diri atau hilang keyakinan apabila berdepan dengan masalah yang dia sendiri tidak mahu.

揂da ibu bapa memarahi dan merotan anak mereka yang kerap kencing malam tetapi cara itu sama sekali tidak berkesan. Untuk memastikan kanak-kanak itu tidak lagi kencing malam, perlu ada kerjasama ibu bapa bagi memastikan rawatan berjaya. Mereka juga harus tahu bahawa kencing malam bukan penyakit tetapi hanya masalah yang pada amnya boleh dibendung ataupun hilang apabila kanak-kanak itu semakin meningkat dewasa,拻 ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Kanaheswari merujuk kepada hasil kajiannya pada tahun 2001 yang mendapati 74 peratus kanak-kanak yang menghadapi masalah kencing malam mengaku berasa malu dan mahu melakukan sesuatu untuk mengatasi atau menghindari masalah itu.

Kajian yang melibatkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun di sekitar Lembah Klang itu turut mendapati lapan peratus kanak-kanak sekolah menghadapi masalah kencing malam.

Kajian dalam kumpulan umur itu mendapati kekerapan kencing malam kanak-kanak berusia tujuh tahun ialah sembilan peratus, manakala yang berusia 12 tahun mencatatkan jumlah 2.1 peratus. Kajian perubatan di luar negara pula menunjukkan kekerapannya ialah antara lima hingga 10 peratus dalam kumpulan umur yang sama.

Kanak-kanak kencing malam didapati menghadapi masalah dari segi tingkah laku dan psikologikal yang merangkumi perasaan rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan diri.

Menurut Kanaheswari, sudah banyak kajian dibuat mengenai hal ini. Pada masa sekarang di sekolah, banyak program diadakan dan biasanya kanak-kanak yang menghadapi masalah ini tidak mahu menyertai kegiatan itu kerana malu dan bimbang masalah yang dihadapi diketahui orang lain. Ada juga yang bersikap agresif seperti degil dan sebagainya.

Di Asia, hanya dalam dua tiga tahun kebelakangan ini saja kajian dilakukan bagi mengetahui kesan kepada anak yang menghadapi masalah kencing malam. 揔ajian-kajian telah dijalankan di Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura, manakala di Malaysia, kajian masih terbatas,拻 kata Kanaheswari.

Menerangkan lebih lanjut masalah kencing malam, Kanaheswari berkata, masalah kencing malam atau nama perubatannya Nocturnal Enuresis sering dialami kanak-kanak.

Kencing malam dikenali sebagai kencing pada waktu malam ketika tidur tanpa disedari. Kencing pada waktu siang ketika tidur juga dikatakan sebagai kencing malam.

Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke atas dan tiada masalah perubatan lain seperti sistem saraf atau sistem buah pinggang tetapi masih kencing ketika tidur boleh dikategorikan menghadapi masalah itu. Pada kebiasaannya, kanak-kanak berkenaan tidak sedar mereka terkencing kecuali sebaik saja mereka bangun daripada tidur ataupun apabila terjaga malam disebabkan rasa basah atau sejuk.

揔ebanyakan kanak-kanak yang kencing malam apabila ditanya memang tidak menyedari langsung mereka berkeadaan demikian. Kajian juga mendapati kanak-kanak terbabit tidur amat nyenyak dan menghadapi masalah sukar untuk bangun. Ini kerana mengikut kebiasaan apabila cuaca sejuk dan berasa hendak buang air, seseorang itu akan terjaga tetapi kanak-kanak terbabit tiada perasaan seperti itu.

揂pabila sudah berasa basah dan sejuk baru mereka bangun, malah ada yang terus tidur walaupun dalam keadaan tersebut. Ibu bapa juga mengakui sukar untuk mengejutkan kanak-kanak itu,拻 kata Kanaheswari.

Menurutnya, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam iaitu keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.

Rawatan umum motivasi antaranya ialah memastikan anak pergi ke tandas pada waktu yang diperlukan termasuk pada siang hari dan malam. Ini kerana ada kanak-kanak yang suka menahan kencing walaupun terjaga pada waktu siang hari memang bermasalah pergi ke tandas mengikut waktu yang ditetapkan.

Untuk mengubatinya, penghidap masalah ini pada awalnya disarankan mengambil ubat antikemurungan yang bertujuan mengawal pundi kencing. Penggunaannya memang berkesan dan ia perlu diambil selama beberapa bulan atas nasihat doktor.

Menurut beliau, ibu bapa yang mempunyai anak-anak bermasalah seumpamanya tidak perlu berasa bimbang kerana masalah mereka boleh ditangani dengan merujuk kepada Klinik Kencing Malam yang beroperasi setiap hari Isnin di HUKM.

Klinik itu dibuka sejak 2002 bagi memenuhi hasrat dan membantu ibu bapa menangani masalah anak mereka yang kencing malam. Berdasarkan hasil kajian Kanaheswari, 65 peratus ibu bapa mahu anak mereka mendapatkan rawatan tetapi tidak menyedari rawatan itu ditawarkan di negara ini.

憭Kira-kira 50 peratus ibu bapa yang datang ke klinik ini dan melakukan kaedah rawatan yang disarankan berjaya mengatasi masalah itu. Tetapi masalahnya, ramai ibu bapa suka membuat rawatan separuh jalan. Jadi, sukar untuk kita mengetahui statistik yang lebih tepat,拻 ujarnya.

Menjelaskan rawatan di klinik HUKM itu, beliau berkata, selepas seseorang kanak-kanak itu dipastikan mengalami masalah kencing malam, doktor akan menyarankan kaedah rawatan sesuai. Selepas dua minggu, kanak-kanak itu mesti datang semula berjumpa doktor untuk mengetahui sama ada rawatan tersebut berjaya atau tidak.

Jika rawatan itu berkesan, ia akan diteruskan lagi dalam tempoh tiga bulan. Selepas terapi selama tiga bulan, doktor akan meneliti rawatan itu bagi memastikan keperluan kanak-kanak berkenaan.

Ibu bapa yang ingin mendapatkan bantuan dalam mengatasi masalah anak-anak kencing malam boleh menghubungi Talian Kencing Malam 03-7783 7122 yang dikendalikan CFM dan e-mel wet_knight@hotmail.com.


PANDUAN MENGATASI MASALAH KENCING MALAM

*Pastikan anak anda membuang air kecil terlebih dahulu sebelum masuk tidur.

*Jika anda membawanya ke bilik air pada waktu malam, pastikan anak dalam keadaan jaga.

*Letak lapisan plastik di tempat tidurnya untuk memudahkan anda. Guna pelapik dan cadar yang mudah dibasuh dan dikeringkan.

*Beri anak anda minum lima hingga tujuh gelas air pada siang hari tetapi elakkan memberi air teh atau kopi sebelum masuk tidur.

*Bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya air kencingnya berbau atau ia menghadapi kesukaran untuk membuang air kecil.

zamnie Publish time 21-3-2006 04:04 PM

beshnye info... nak try gak!!! tp anak i slps beberapa lama bawak dia pegi toilet mlm ... so skrg nie tak kencing da...:cak:

Syd Publish time 21-3-2006 04:17 PM

cubalah tips tuh
insyaALLAH menjadi

:)

honeybee1802 Publish time 21-3-2006 05:17 PM

syyyyy...aku dulu ms kecik ada problem nih ler..nih kire berkongsi first hand exp la nih.masalah aku nih aku rs stop eventually gitu by aku 13yrs old biler aku msk asrama.otomatik gitu.b4 that mak aku dah bwk g jumper dr,pediatrik.pediatrik check haku kater no physical prob..antar aku g psychiatrist.nih paling haku benci.sbb dulu klinik psyciatrist hkb tuh kat tmpt org mental.eii..seram aku.tp dr dia baik.so kire g terapi gitu.aku pun tak igt sgt le buat apa.but yg aku tak luper dr suh buat jadual gitu,tanda ari aku tak kencing.kalo aku dpt bintang jek bleh kasik prsent.ubat2 time tuh takde lg.yg aku tau perasaan aku mmg tertekan le..bgn tido basah..eiii..padahal aku dah kencing siap2 b4 tido.mmg kire aku tak sedar le aku terkencing.aku pun heran gak sebenarnyer.gaknyer dr motivasi takmo jumper org2 mental tu lgk aku berenti kencing mlm ngan sendiri kot..:stp:

r_niez75 Publish time 23-3-2006 05:05 PM

Hai kawan2,
maaf lah dah lama x berkunjung ke forum ni.tapi, apa2 pun terima kasih banyak2 pada semua yg telah memberi nasihat dan info.Actuallyl, anak skrg ni dah berumur 4 thn.Kencing malam dia x lah kerap sgt.Kitorang mmg ada jugak kejutkan utk ke bilik air.Tp, sekali sekala bila kencing tu, rasa mcm kesian lah jugak kat dia (dan mak dia sekali...sebab tilam/toto dah kena kencing :)

So, nanti rniz akan try semua cara, tgk yg mana berkesan.Sekali lagi, thank you so much..my dear friends..really appreciate your advice and info.

Syd Publish time 23-3-2006 05:12 PM

nanti cubalah nasihat dan tips2 tuh yea.

semoga berjaya.

:)

lesung Publish time 24-3-2006 11:24 AM

anak sedara akupun dajah 3 kencing tetiap malam.. lapik tilam ngan plastik, kejut etc semua bo layan tak jalan.. oneday ada neber aku nih suh ikut petua nih : amik pepatung yang hidup, pastu letak atas pusat budak tu, bio kaki pepatung tu main2 kat pusat geli2 skit.. (pegang le sayap pepatung kang terbang lak)

alhamdulillah lepas tu anak sedara aku dah tak kencing malam sampai la skang nih..memang mujarab lega nenek dia dah tak payah jemur tilam.. korang try la!!

[ Last edited by lesung at 24-3-2006 11:27 AM ]

putubambu Publish time 24-3-2006 12:21 PM

Originally posted by lesung at 24-3-2006 11:24 AM
anak sedara akupun dajah 3 kencing tetiap malam.. lapik tilam ngan plastik, kejut etc semua bo layan tak jalan.. oneday ada neber aku nih suh ikut petua nih : amik pepatung yang hidup, pastu letak...


bunyi cam senang..
tapi payah le pulak nak cari pepatung kat tgh2 hutan bandar ni..
hehehhe..

takpe nanti aku try..

anak aku yg nak masuk 6 tahun tu..sesekali ada gak terbesio kat atas tilam/toto..
letih aku asik antor dobi jek cuci..

tapi aku perasan..anak lelaki yg cenggini.. anak perempuan tidak pulak..
anak perempuan aku mmg rajin bgn kencing.. berani pun berani orgnya...

lesung Publish time 24-3-2006 02:28 PM


tapi payah le pulak nak cari pepatung kat tgh2 hutan bandar ni..


kenala putubambu cari semak samun ke padang mainan ke..mesti ada..kadang2 tu pepatung tersesat masuk lam umah tp susah nak dapat kan.. kat kampung banyak la

Syd Publish time 9-8-2006 05:42 PM

Kencing malam -- Masalah serius kanak-kanak

Permata Hati
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

KENCING malam membawa maksud kegagalan kanak-kanak mengawal pundi kencing apabila mencapai umur lima tahun ke atas. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan di sekolah-sekolah di Malaysia, kira-kira lapan peratus daripada kanak-kanak mengalami masalah tersebut.

Bagaimanapun, anggaran sebenar adalah lebih tinggi iaitu 15 peratus yang mana satu peratus daripadanya terdiri daripada orang dewasa.

Secara umum, masalah ini biasanya dilihat sebagai satu kejadian yang menyusahkan apabila ibu bapa terpaksa kerap menukar cadar dan menjemur tilam.

Pada hakikatnya, kesan yang timbul adalah lebih buruk kerana ia melibatkan psikologi seperti rasa malu dan rendah diri kepada kanak-kanak mahu pun ibu bapa.

Malangnya, masih ramai ibu bapa tidak tahu bahawa terdapat rawatan konvensional yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Pakar Kanak-kanak, Dr. Amdan Ahmad berkata, mereka yang datang dengan masalah kencing malam kebanyakannya telah puas mencuba pelbagai kaedah lain.

Ia biasanya melibatkan petua-petua tradisional yang diamalkan turun-temurun atau dicadangkan oleh rakan-rakan yang pernah mengalaminya.

``Bukan sahaja orang Melayu, malah masyarakat di Barat juga mempunyai petua yang lebih pelik seperti gigit kepala katak dan sebagainya untuk mengatasi kencing malam.

``Mungkin ada yang berkesan atau sebaliknya. Apa yang lebih penting, kaedah moden menawarkan rawatan yang berkesan untuk menangani masalah tersebut,'' katanya semasa ditemui di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Menurut beliau, ibu bapa perlu memandang serius apabila anak-anak mengalami kencing malam lebih dari dua kali seminggu.

Meskipun masalah ini akan semakin berkurangan setiap tahun, namun tidak mustahil ia akan bersambung menjadi dewasa yang kencing malam.

Apa yang menakutkan, kanak-kanak yang mengalami masalah ini juga akan menjadi seorang dewasa yang rendah diri dan kurang berkeyakinan.

``Jika di bandingkan antara sebab dan kesan daripada penyakit ini, kesan adalah yang lebih teruk kerana ia turut melibatkan psikologi kanak-kanak.

``Lagipun sekarang banyak kegiatan di luar. Jadi kanak-kanak ini tidak berpeluang mengikutinya kerana malu. Pergaulan juga menjadi terhad dan intelektual terganggu,'' katanya.

Sehubungan itu, rawatan awal, dapat mengelakkan kesan psikologi yang berpanjangan serta terkeluar daripada golongan satu peratus dewasa yang kencing malam.

Kata Dr. Amdan, terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah iaitu penggunaan loceng yang disambung pada tubuh kanak-kanak.

Loceng tersebut akan berbunyi apabila air kencing cukup dan sedia dikeluarkan yang mana ia sekali gus mengejutkan kanak-kanak untuk bangun dan ke bilik air.

Berdasarkan maklum balas daripada pesakit, cara tersebut memberi kejayaan sebanyak 70 peratus.

Selain itu, masalah kencing malam juga boleh diatasi dengan pengguna ubat Desmopressin dalam bentuk tablet atau semburan hidung untuk mengurangkan pengeluaran air kencing.

Ia boleh diperolehi di hospital atau farmasi dengan dirujuk oleh doktor kerana pesakit yang tidak sesuai dengan ubat ini akan mengalami kesan sampingan.

Sementara itu, masalah kencing malam berpunca daripada kekurangan hormon antidiuratic (ADH) yang bertindak pada buah pinggang yang boleh menyebabkan penghasilan air kencing berkurangan.

Kekurangan tersebut menyebabkan pengeluaran air kencing tinggi dan pundi kencing tidak dapat menyimpan jumlah tersebut.

Di samping itu perkembangan yang agak lambat iaitu tahap kematangan fizikal lewat seperti kurang berat dan dan ketinggian pada peringkat umur yang sepatutnya juga turut menjadi punca.

Syd Publish time 13-11-2006 03:31 PM

Kesihatan Anak: Loceng elak kencing malam
Oleh Hanisah Selamat


Tabiat buruk buang air ketika tidur boleh beri kesan psikologi kepada kanak-kanak selain kurang interaksi kemudian hari

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/12dimen3a.jpg
KENCING malam boleh berlaku mengikut genetik.

MEMARAHI atau menghukum anak kecil berusia lebih lima tahun yang mempunyai tabiat kencing malam bukan penyelesaian terbaik. Jika masalah itu dibiarkan berlarutan tanpa mendapatkan bantuan sewajarnya, berkemungkinan besar kanak-kanak terbabit akan membesar sebagai individu pasif.

Biarpun ia tidak tersenarai sebagai penyakit berbahaya, gejala memalukan ini boleh menyebabkan kanak-kanak mahupun remaja berkenaan berada dalam keadaan serba salah, rendah diri atau hilang keyakinan apabila berdepan dengan masalah yang dia sendiri tidak ingini.

Begitupun, menerusi pertubuhan Continence Foundation of Malaysia (CFM), ibu bapa kini tidak perlu gusar mendapatkan khidmat nasihat, runding cara atau berkongsi maklumat bagi menangani perkara ini dengan menghubungi talian khas kendalian petugas sukarela yang dibuka sejak empat tahun lalu.

Pegawai Perkhidmatan Komunitinya, Shameena Nathesan, berkata masyara­kat harus memandang kencing malam sebagai suatu masalah yang harus diselesaikan segera dengan mendapatkan pandangan pakar berkaitan bukannya mengambil jalan singkat menerusi kaedah hukuman.

Katanya, ia perlakuan yang tidak disengajakan berikutan pelbagai faktor sampingan sekali gus situasi berkenaan boleh menyebabkan tekanan emosi kepada kanak-kanak terbabit, malah bukan sesuatu menghairankan jika masalah kencing malam itu akan berlarutan hingga dewasa.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/12dimen3b.jpg
PASTIKAN kanak-kanak
membuang air kecil
mengikut keperluan.

揓angan biarkan anak anda malu dengan keadaan dirinya. Bantu mereka sebaik mungkin. Menerusi talian ini, kebiasaannya ibu bapa akan diberi panduan mengenai kaedah pengawalan.

"Jika masih berterusan, mereka akan dirujukkan kepada doktor atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya

Shameena berkata, berbeza daripada teman seusia lain, kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak kencing malam tidur amat nyenyak dan menghadapi kesukaran untuk bangun, malah ada di kalangan mereka langsung tidak terjaga biarpun tilam sudah dibasahi kencing sendiri,

Kencing malam atau dikenal sebagai Nocturnal Enuresis berlaku tanpa disedari yang disebabkan beberapa faktor seperti genetik turun temurun dan kekurangan hormon anti diuretik (ADH) yang membantu ginjal memekatkan kencing bagi mengelakkan pundi kencing terlalu penuh.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1997 mendapati kira-kira 120,000 kanak-kanak berusia antara enam hingga 16 tahun mengalami gejala ini, manakala satu hingga dua peratus daripada jumlah berkenaan dikenal pasti membabitkan individu dewasa dengan peluang untuk meninggalkan tabiat ini begitu tipis selepas umur 18 tahun.

Katanya, daripada kajian juga mendapati kanak-kanak kencing malam menunjukkan masalah pada kemudian hari baik dari segi tingkah laku mahu pun psikologi disebabkan rasa rendah diri keterlaluan selain kurang interaksi kerana bimbang rakan lain mengetahui rahsia peribadi mereka.

揝ikap was-was atau malu kepada diri sendiri ini harus dikikis. Oleh itu kanak-kanak ini memerlukan bantuan pakar.

"Jika masalah mereka sukar dibendung, rawatan atau bantuan doktor sangat diperlukan. Dalam sesetengah keadaan, apabila dewasa mereka sukar bergaul dengan masyarakat,

LadyMarmalade Publish time 14-11-2006 09:43 AM

anak aku pun dh 4yrs & sejak pose ari tu dh train bangun kencing tgh malam normally kami bangun kan b4 koi 1pm & kering smpi ler ke pagi....cuma bila raya ari tu balik gi umah my parent & tido dgn dia org, dia ni jadik spoil sket & manja yg over dgn wan & atok dia udah start kencing atas tilam xmo bagun gi toilet....hangin 1 badan aku...so bila balik umah kami re-train dia balik & alhamdulillah kering for 2wks & last weekend my mom stay dgn kami sementara my father ade outstation business... & sleep dgn Wan dia...dh balik kencing atas tilam...aduh...mmg spoil betul...kita tanye mom kita xbangun kan ke...my mom ckp dh bangun kan dia xmo so dia biar jer my dotter tido...:hmm: ni ler yg aku malas kasi tido dgn Wan dia nih :geram:

kabe Publish time 11-12-2006 03:56 AM

mangsa kencing malam

aku dulu kencing mlm.
xtau la plak mak aku tension.
aku lg tension hape..
lg2 bile balik kg.
dhla sejuk.
sah2 esok tmpat tido aku dah basah dh.
sbb tu bgn lambat.
nak make sure sume org dah bgn.
gile lame aku bermasalah ni.
adala sampai drjh5.
gile malu...
Pages: [1] 2
View full version: anak kencing malam...apa nak buat??


ADVERTISEMENT