Syd posted on 21-3-2006 03:51 PM

Tips mengenal tangisan bayi anda

Tips mengenal tangisan bayi anda

Setiap kali seorang bayi menangis, pasti si ibu akan menyorongkan payudaranya atau mendukungnya. Tapi, ketika dua hal itu sudah dilakukan, dan si comel masih saja menangis, barulah si ibu bingung. Alangkah baiknya jika si ibu mengerti tangisan si comel itu, tak perlu bingung, kan ?

Tapi, bagaimana caranya untuk mengetahui erti tangisan bayi?

Read More..

Tangisan merupakan alat komunikasi pertama yang dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi mengutarakan keinginan dan keperluannya secara efektif. Tidak hairan, bayi menghabiskan banyak masa untuk aktiviti ini. Dalam buku "Your Child's Body Language", Dr. Richard Woolfson menjelaskan bahwa tangisan bayi mempunyai erti berbeza-beza. Setiap jenis tangisan mengambarkan pesan tertentu untuk ayah ibunya. Di bawah ini beberapa contoh tangisan bayi dan cara mengatasinya"

Tangisan "Aku ingin menyusu": bayi Anda akan mulai menangis jika lapar. Tangisannya biasanya berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil napas, menangis lagi, berhenti sejenak untuk mengambil nafas, demikian seterusnya. Mengatasinya, susui dia hingga kenyang. Atau, jangan-jangan memang sudah waktunya makan?

Tangisan "Lampinku basah": bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Jika lampinnya basah ia akan menangis kerana merasa tidak selesa. Tangisan 'pengumumam lampinku basah" biasanya perlahan, kemudian semakin kuat. Anda juga boleh memperhatikan bahwa ia mengeliat-geliat di tempat tidurnya. Untuk mengatasinya, segera periksa lampinnya, ia barangkali memerlukan lampin yang baru.

Tangisan "badanku sakit" : semua bayi menangis jika ia merasa sakit. Tangisan jenis ini adalah tangisan bernada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian ia terengah-engah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Jalan keluar, cubalah temukan apa yang membuatnya kesakitan. Pegang perutnya, jangan-jangan kejang. Goyang-goyang tangan, kaki atau leher dan kepalanya. Jika ia menjerit lebih kuat ketika menggoyang bahagian tertentu, mungkin ada yang sakit kerana terjatuh tanpa sepengetahuan Anda. Tuamlah bahagian yang sakit dengan air hangat.


Tangisan "aku bosan": Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti saja. Tangisan jenis ini dirancang untuk mendapat perhatian Anda. Maka, tangisan ini lebih mirip kepada teriakan daripada tangisan. Dan, ia akan tetap menangis seperti ini selama ia merasa bosan. Mengatasinya, ganti aktivitinya. Misal, temani dia bermain, menyenandungkan nyanyian, membacakan cerita. Atau boleh juga diajak jalan-jalan.

Tangisan minta dukung : bayi Anda akan menjadi cengeng jika penat, walaupun ia mungkin tidak ingin tidur. Ia akan merengek dengan menjengkelkan. Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa ketika, dan mungkin Anda melihat bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya. Mengatasinya, buailah ia perlahan-lahan sampai akhirnya ia tertidur.

Tangisan kesepian : bayi Anda senang bergaul. Ia ingin Anda selalu berada di sisinya. Jika merasa kesepian, tangisannya akan terdengar menyedihkan. Seakan ia tengah sedih atau marah. Mengatasinya, luangkan waktu bersamanya paling tidak sampai ia tenang. Jika Anda perlu menyelesaikan sesuatu, gendonglah ia sampai tenang, kemudian lanjutkan pekerjaan anda bersamanya di sisi Anda.

Itulah beberapa ciri tangisan bayi Anda. Dan, kini sudah tahu rahasianya, kan? Jadi, jangan hanya nyorongkan payudara lagi, ya?

hukaloh posted on 22-3-2006 11:48 AM

best la artikel nie.yelah..sometime, kita pun xsure naper dia nangis. tapi kalo malam, huk apa peksa pampers dia urut2 badan dia.tapi kalo siang, kekadang tu nangis sambil hulur tangan, tu memang nak dokong tu.

Bunga_Matahari posted on 22-3-2006 11:54 AM

bagus jer artikel ni syd... thanks....
i biasa boleh beza dia nak susu ngan ngantuk jer..
sbb kalau dia ngantuk... semua benda dia buat tak jadi sure dia nangis.. kalau dia tak ngantuk sure dia akan berusaha hingga dpt hehehe

Syd posted on 22-3-2006 11:59 AM

bakal ibu, ibu muda dan ibu tua kena ada ilmu nih

anj2208 posted on 22-3-2006 12:01 PM

dulu mula2 tak tau nak bezakan anak nangis kenapa....
but now after 7 mth, dah blh bezakan.....

Syd posted on 22-3-2006 12:07 PM

belajar dari pengalaman dan persekitaran kan?

hukaloh posted on 22-3-2006 01:42 PM

ye betul!dulu masa time baru lahir confuse.sekarang dah tau.ada satu lagi, tangisan mengigau...beriya2 nangis pastu tertido sendiri

zaliza posted on 22-3-2006 01:42 PM

mcm mlm tadi.. baby kita yg dah 6 bln tu nak tido,,,tp biler dimasukkan ke dlm buaian dia meronta2... pastu kuarkn dia.. bg BF dia tak mao.. pastu dirikn dia mcm nak terbang gayanya coz depa2 tgn gitu.. and last.. bg kat ayahnyer.. adala 10 min..ayahnyer pas balik kat kita.. merengek gak.. last2 masuk buai semula gaya mcm nak tido.. mmmmm tak mao jgak.. kuarkn dia.. seraya berkata bg BF tak mao.. nak apa lagi ni..??
my MIL dengar.. dia soh bg susu botol.. mm aku sorong jer BF alhamdulillah..nyonyot terus terlelap.. sabar ajer aku.............

kakcik posted on 22-3-2006 09:50 PM

Originally posted by zaliza at 22-3-2006 01:42 PM
mcm mlm tadi.. baby kita yg dah 6 bln tu nak tido,,,tp biler dimasukkan ke dlm buaian dia meronta2... pastu kuarkn dia.. bg BF dia tak mao.. pastu dirikn dia mcm nak terbang gayanya coz depa2 tgn g ...

eh'eh...cam sama je situasi kita ni zaliza.baby kakcik pun camtu gak.dia pun dah 6 bulan.dah 4 hari dia meragam mcm tu.nak tido tp mengangis bagai nak rak.masuk buai,meronta-ronta tak nak tido, ngan nangis yg mcm menjerit.bagi susu pun tak nak.dah peksa perut, badan,kaki,kat telur dia(anak lelaki) semua sudah.tp dia tak nak jgk.pening kakcik ngan husband.dah tak tau nak buat apa.kalau di atak nagis takpe,ini nangis mcm ada sesuatu yg sakit.last2 ayah dia dukung sambil tidokan dia.nasib baik lelap.kadang2 tension gak tp nak buat mcm mana,dah anak.

ada tips tak dr mommies kat sini.

hukaloh posted on 23-3-2006 12:09 PM

dulu masa Iman stil kecik (time tu belum masuk 1 tahun)ada gak dia perangai mcm tu. memang kena tido kan dia sambil berdokong.pastu, atuk dia ajar soh baca SUBHANAALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILA HAILLAH ALLAH ALLAH HU AKBAR sampai 21 kali. kalo lebih pun xpe.pastu, memang dia ok. insyaAllah.

Syd posted on 23-3-2006 01:28 PM

ada budak2 ni, dia nak tido berdodoi2
kalau senyap jerk, dia pun tak nak tido
kalau ada yang dodoi2 tuh
cepat jerk tido

milmom posted on 23-3-2006 05:55 PM

heemmm..
my baby nangis nak susu cam kena dera..

kakcik posted on 23-3-2006 06:39 PM

kadang2 kita tak leh nak jangka apa sbb baby kita ni nangis.b4 this kakcik rasa dah kenal tangis dia tp bila dia nangis mcm tu,kakcik mengalah.rupa2 aku banyak tak tau....

zurin_79 posted on 24-3-2006 11:17 AM

Penah jadi pada zu di hotel baru-baru ni, bila baby nangis yg buatkan sampai zu buntu. Dahlah sorang2x masa tu(hubby gi course kt situ ),nangis yg mcm tak nak berenti, dn menjerit2x..bagi susu tak nak, bagi tido tak nak ,dukung pun tak nak....rasa mencabar sangat masa tu. Mungkinlah baby zu sakit tekak, sebab 2-3 ari sebelum tu dia demam dn ada kahak. Dan mungkin gak dia constipated masa tu........yang tensen nya sampai 2-3 pagi pun mengais tak boleh tido...dengan husband zu lagi lah dia meraung............setelah 4 hari barulah dia okay sediakala.....rtasanya tak sanggup nak hadapi keadaan itu lagi...:)

Syd posted on 26-7-2006 04:49 PM

Tangisan cara bayi berkomunikasi

Kebanyakan ibu bapa beranggapan bayi menangis disebabkan lapar, haus, kembung perut atau lampin basah tanpa mengetahui sebab-sebab lain terutama perkara yang berkaitan dengan tekanan persekitaran.

Pakar kanak-kanak di salah sebuah klinik swasta di ibu negara, Dr. Ruzini Abdul Ghani, menjelaskan, selain menyifatkannya sebagai salah satu sifat semula jadi bayi, menangis juga dianggap sebahagian daripada cara bayi berkomunikasi.

Menurut beliau, ibu bapa perlu mencari punca sebenar bayi menangis agar tindakan segera dapat diambil bagi meredakan tangisannya.

Kebanyakan ibu bapa cepat berputus asa dan mudah panik setelah gagal mengeta-hui puncanya sehingga ada di antaranya sanggup membiarkan bayi mereka terus menangis.

"Adalah amat penting ibu bapa mengenal pasti ragam dan tabiat bayi menangis supaya dapat membezakan yang mana satu tangisan kerana kelaparan atau kehausan dengan tangisan sebab-sebab yang lain agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau, salah satu punca menyebabkan bayi menangis yang belum diketahui oleh kebanyakan ibu bapa ialah bayi mengalami gangguan emosi akibat tekanan persekitaran.

Katanya, bermula dari dalam kandungan hinggalah bayi lahir dan membesar, mereka akan melalui proses mengenali orang lain terutama ibu bapa, ahli keluarga yang lain serta persekitaran.

Bayi sebenarnya lebih mudah merasa dan mengetahui apa juga ketegangan yang berlaku dalam rumah.

"Bayi seolah-olah mengerti konflik yang melanda dalam rumah tangga ibu bapanya.

"Keadaan ini boleh menyebabkan emosi bayi terganggu dan bagi menyatakan rasa kekecewaannya, bayi akan menangis,'' ujarnya.

Menerangkan lebih lanjut punca bayi menangis Dr. Ruzini menggariskan beberapa sebab antaranya ialah:-

* Bayi letih

Ini adalah antara sebab utama bayi berada dalam keadaan yang tidak selesa. Akibatnya bayi cepat meradang, merengek dan seterusnya menangis hingga tertidur.

Sebaiknya cubalah mendodoi atau mendendangkannya kerana suara ibu atau alunan muzik biasanya akan mententeramkan mereka.

* Bayi kelaparan dan kehausan

Faktor ini merupakan salah satu sebab utama menyebabkan bayi menangis.

Namun ibu bapa perlu berhati-hati dan tahu membezakan sama ada tangisan tersebut adalah kerana lapar atau sebab-sebab lain.

Jika ibu bapa sering menganggap bayi menangis kerana lapar dan memberi bayi minum susu melebihi had yang sepatutnya berkemungkinan bayi akan menjadi gemuk.

Sekiranya bayi itu berhenti menangis setelah diangkat dan didodoi bermakna tangisannya bukanlah disebabkan kelaparan.

* Bayi yang kesepian

Bayi baru lahir juga sering berasa kesepian dan inginkan rangsangan dengan cara sentiasa mahu berdampingan dengan ibu atau bapa.

Ibu bapa tidak perlu berasa keadaan tersebut berkemungkinan menyebabkan bayi menjadi manja.

Sebaliknya setiap ibu bapa sepatutnya perlu peka dan bertindak pantas apabila bayi mereka menangis. Inilah caranya membalas rangsangan bayi demi perkembangan mental dan emosinya.

* Kembung perut

Keadaan ini biasa berlaku terutama pada waktu malam. Bayi yang mengalami gejala ini akan menangis secara tiba-tiba. Sebaiknya ibu bapa perlu mengetahui rentak dan ragam tangisan bayi.

Ketika kembung, tangisannya agak panjang dan ibu bapa seharusnya cuba memeriksa perut bayi dan jika keadaan berterusan bawalah bayi berjumpa doktor.

* Takut kepada perpisahan

Hari-hari dan minggu-minggu yang dilalui oleh bayi merupakan tempoh untuk mereka melalui proses mengenali dan menyesuaikan diri dengan persekitaran, terutama ibu bapa.

Bayi yang mula mengenali ibu atau bapa mereka, lebih cepat menangis apabila salah seorang daripadanya tidak ada di sisi.

* Lampin basah

Salah satu sebab yang dikenal pasti menjadi punca bayi menangis kerana berasa tidak selesa akibat lampin basah.

* Pakaian terlalu ketat

Bayi biasanya tidak selesa sekiranya barut yang diikat terlalu ketat. Sebaiknya pakaikan pakaian yang agak longgar bagi memudahkan mereka melakukan sebarang pergerakan.

* Tercucuk pin atau digigit serangga

Ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pin bagi menyemat lampin atau pakaian bayi. Salah satu sebab bayi menangis berkemungkinan juga tercucuk pin yang disemat pada lampin atau pakaian.

* Bayi terlalu panas

Bayi juga berasa tidak selesa kerana persekitaran cuaca atau suhu yang agak panas.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan jenis pakaian yang dikenakan. Adalah lebih baik ibu bapa membuka tingkap bagi membolehkan udara masuk dan menyejukkan persekitaran di dalam rumah.

* Bayi sakit

Bayi menangis juga berkemungkinan menghidapi penyakit seperti cirit-birit, selesema dan juga penyakit-penyakit lain antaranya jantung dan paru-paru sehingga keadaannya menjadi tidak selesa.

Sebaiknya berjumpalah dengan doktor bagi mengenal pasti sebarang penyakit yang berkemungkinan dihidapi oleh mereka.

* Sembelit atau sukar membuang air besar

Keadaan ini berlaku disebabkan kesukaran bayi membuang air besar atau berkemungkinan juga terdapatnya luka di bahagian dubur bayi.

Biasanya keadaan ini berlaku di kalangan bayi yang menghisap susu botol atau susu berformula kerana susu tidak di bancuh dengan betul mengikut sukatan.

Ditanya mengenai sesetengah pendapat yang mengatakan jika ibu bapa bertindak memujuk bayi dengan mendukung dan mendodoi akan menyebabkan bayi manja, beliau berkata, tidak semua tindakan tersebut boleh menyebabkan bayi menjadi manja.

Sebaliknya kata Dr. Ruzini, ia merupakan sebahagian daripada cara untuk bayi mengenali persekitarannya.

"Perwatakan sebenar anak-anak banyak dipengaruhi oleh tindakan ibu bapa ketika anak-anak masih bayi,'' katanya.

Ibu bapa perlu memahami keadaan bayi dengan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Jika ibu gagal untuk mententeramkan bayi, cuba berikan kepada bapa.

Selain itu, bawalah bersiar-siar di luar rumah, menaiki kenderaan dan mendengar muzik. Sifat semula jadinya yang sukakan bunyi-bunyian atau melihat objek yang bergerak, menjadikan mereka lebih cepat ditenteramkan.

rafino posted on 27-7-2006 05:31 PM

Sesungguhnya terimakasih lah kerana sudi memberi info yang baik...

Syd posted on 9-10-2006 03:33 PM

6 Kaedah Atasi Anak Kerap Menangis

1. Lapar atau Dahaga - Anak kecil khususnya bayi tentu menangis apabila dia berasa lapar. Sekiranya dia belum menyusu sejak 3 jam tadi, berilah dia peluang untuk menyusu sepuas-puasnya. Tidak sukar untuk mengenal pasti sama ada bayi berasa lapar atau tidak. Cubalah suakan susu kepadanya. Jika dia berpaling, ini bermakna dia menangis disebabkan perkara lain. Bagi anak kecil yang lebih dewasa, keletihan membuatkan dia tidak sedar bahawa dia sebenarnya berasa lapar. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menyimpan stok makanan seperti buah-buahan dan biskut untuknya. Bayi juga mungkin berasa dahaga. Jadi, berikan kepadanya sedikit air suam. Lazimnya, dia mudah berasa dahaga selepas mengambil makanan pejal.

2. Menangis kerana Letih - Terlalu banyak bermain mahupun dirangsang membuatkan bayi dan kanak-kanak berasa letih. Apabila keletihan memuncak, dia mula menangis. Sebagai penyelesaian, tidurkanlah anak anda agar dia dapat berehat sekaligus memulihkan tenaga yang hilang. Anak anda mungkin enggan tidur dan bertegas bahawa dia tidak letih. Oleh itu, pujuklah dia dengan baik. Mandikanlah dia supaya dia kembali segar. Kemudian bawalah dia tidur.

3. Menangis kerana Sakit - Adakalanya bayi anda akan menangis dengan kuat dan nyaring sambil kakinya diangkatkan ke atas. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu berwaspada kerana lazimnya ia merupakan petanda anak anda sedang dalam kesakitan. Boleh jadi perutnya kembung ataupun dia sedang mengalami pertumbuhan gigi. Selain itu, dia juga berkemungkinan berhadapan dengan masalah lebih serius seperti sakit telinga ataupun sistem dalam tubuhnya terganggu. Agak sukar memujuknya pada waktu begini. Oleh itu sebagai langkah terbaik, bawalah dia segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

4. Lampin tidak Selesa - Lampin yang kotor dan basah membuatkan anak anda berasa tidak selesa. Jika dibiarkan begitu selalu, dia boleh berhadapan dengan masalah ruam. Apabila berada dalam situasi ini, bayi lazimnya akan menangis. Sebaik-baiknya tukarlah lampin anak anda tanpa berlengah.

5. Berasa Takut dan Bimbang - Anak biasanya menangis lantaran cuba menarik perhatian anda. Dia mungkin sedang berada dalam keadaan takut dan bimbang terutamanya jika berada dalam suasana dan persekitaran yang asing. Lebih menggusarkan dia apabila gagal mengecam orang di sekelilingnya. Dia mula menangis apabila menyedari ada orang yang tidak dikenali cuba mengambilnya dari pelukan anda. Ketika ini, anda perlu menenangkan dia.

Selain itu, dia juga boleh menangis apabila berada dalam keadaan terkejut. Lazimnya bayi mahupun kanak-kanak tidak senang berada dalam keadaan gelap, mendengar bunyi yang terlalu kuat seperti guruh dan mengalami mimpi seram. Jadi, cubalah pujuk anak anda dan yakinkan bahawa dia berada dalam keadaan selamat di samping anda.

6. Diusik dan Berebut Barangan - Jika anda memiliki anak lebih dari seorang, perselisihan antara mereka tidak dapat tidak tentu berlaku. Adakalanya mereka menangis lantaran gagal berebut mahupun memiliki sesuatu barang. Malah tidak kurang juga si adik boleh menangis lantaran diusik oleh kakak dan adik. Jadi sebagai ibu bapa anda perlu bijak memujuknya. Elakkan daripada terus memarahi anak jika keadaan ini berlaku.

Syd posted on 7-1-2007 12:12 PM

Makna tangisan bayi


MENGAPA bayi anda selalu menangis? Ibu bapa perlu memahami bahawa bayi menangis kerana ia adalah satu-satunya cara untuk mereka berkomunikasi.

Bagi mereka yang baru menimang cahaya mata mungkin tangisan yang didengari seperti ia memerlukan sesuatu daripada anda.

Peredaran waktu dalam membesarkannya memudahkan anda memahami erti setiap tangisan bayi sehingga diri tidak lagi panik atau putus asa kerana tangisannya.

Hakikatnya, bayi sememangnya memerlukan belaian kasih sayang ibu bapa dan tangisan berkenaan menjadi penghubung kepada komunikasi berkenaan.

Berikut beberapa punca mengapa bayi menangis:

Lapar

Tangisan kerana lapar biasanya terus-menerus, iramanya teratur, lama-kelamaan bertambah keras.

Periksa bila waktu terakhir anda memberi makanan atau susu kepada bayi anda. Jika bayi belum disusui selepas satu hingga dua jam atau dengan susu formula sekitar dua jam ia mungkin disebabkan bayi menangis kerana lapar.

Minta digantikan lampin

Bayi tidak selesa jika mereka dalam keadaan kotor atau basah. Tangisannya mirip seperti tangisan lapar. Jika bayi masih menangis walaupun sudah diberikan susu itu tandanya dia tidak selesa.

Jika bayi tidak menangis walaupun lampinnya basah atau kotor, ibu bapa perlu melakukan pemeriksaan berkala bagi mengelakkan dia terdedah kepada penyakit.

Kesejukan

Bayi baru lahir lebih selesa dibungkus dengan kain sehingga menjadi hangat. Ini kerana mereka sudah biasa dihangatkan dan selesa sewaktu dalam rahim ibu.

Tangisannya dapat didengar jika anda membuka bajunya untuk dimandikan atau menukar lampin kerana dia kehilangan kehangatan dan keselesaan. Tangisannya kedengaran seperti rintihan.

Bagaimanapun, selepas dipakaikan baju atau selimut bayi berhenti menangis. Jangan membungkus terlalu kuat atau memberikan baju berlebihan kerana bayi boleh kepanasan.

Minta didukung atau dipeluk

Bayi sangat suka melihat wajah ibu bapanya, mendengar suara, degupan jantung dan mencium bau tubuh ibu (terutama bau daripada air susu ibu).

Mereka selesa dipeluk selepas menyusu, dimandikan atau digantikan lampin dan yakinlah bayi anda boleh tertidur dalam pelukan anda. Bayi menangis untuk menarik perhatian anda.

Keletihan

Ada bayi yang tidak biasa dengan suasana baru menangis kerana mereka berasa penat dan sukar tidur. Mereka mula menangis jika ada gangguan kecil. Kita boleh menilai bayi keletihan dengan melihat bayi mengusap mata atau telinganya.

Anda dapat menghindarinya dengan sering memberikan waktu rutin untuk bayi berehat atau tidur.

Pendedahan berlebihan

Tidak semua bayi boleh berdepan persekitaran barunya. Jika bayi berada di tempat baru dan ramai orang ingin mendukungnya secara bergilir-gilir ia menyebabkan bayi tidak selesa.

Bayi menangis kerana berdepan ramai orang. Dalam situasi seperti ini tenangkan si kecil, dukung, bawa ke tempat sunyi dan bataskan orang yang ingin mendukungnya.

Bosan

Jangan fikir bayi hanya menangis kerana lapar dan basah lampinnya. Bayi juga boleh bosan dengan rutin dilaluinya.

Cuba bawa bayi anda berjalan-jalan. Bayi suka melihat warna jadi apabila dia sudah boleh meniarap letakkan mainan atau buku dengan gambar menarik.

Tangisan kerana sakit

Tangisan bayi dalam kesakitan berbeza dengan tangisan kelaparan. Bayi menangis dengan keras, menahan nafas sebentar kerana tidak selesa dan sekali-sekala menangis dengan nada tinggi. Jika tidak tahu puncanya bawalah bertemu doktor untuk rawatan.

Secara keseluruhan tangisan bayi adalah proses komunikasi antara bayi dan ibu bapa terutama dalam menghantar mesej dialaminya.

nour2001 posted on 7-1-2007 01:02 PM

adalagi tips nak kenal tangisan baby...ada pernah dgr Baby Whisperer? this one lady Sheyne Rowley ni buat kajian mengenai tangisan baby dan dia dapati tangisan baby berbeza bila baby tu nak sesuatu, universally baby speaks same language..

kat bawah ni jenis2 tangisan baby...ada tinggal satu lagi kot..ini kita ambik masa tgk program current affairs dan oprah kat sini..lusa nak cari dvd baby whisperer ni lah...

NEH - baby nak susu
EH - baby suruh kita burpkan dia
OWH - baby sound dia penat
EAIRH - baby sound dia ada wind atau angin kat perut..


sekarang ni kalau baby haku nangis je, haku dgr baik2 jenis tangisan dia...mula2 tu memang payah sket sbb bunyi hampir sama tapi lama kelamaan memang boleh tangkap punyalah..

so far alhamdulillah boleh manage anak tu punya tangisan...



kalau dia bunyi NEH, NEH je haku sumbat puting je mulut dia tu....

[ Last edited by  nour2001 at 7-1-2007 01:05 PM ]

leena posted on 7-1-2007 11:06 PM

mil kalau dgr my baby merengek ke nangis ke
mesti suruh bagi nenen (sampai tension i)
padahal dia menagis sbb  poo poo or nak burp :mad:

acts1869 posted on 9-1-2007 01:59 PM

Kalau baby terjaga tgh mlm lbh kurng pkl 3-4 pagi n menangis...naper yer...hampir setiap mlm mcm tu... dia sakit ker...bagi susu tak nak pd mulanye... nk dokong jer...pastu dlm bbrp minit kmdn bila kita bg susu barulah dia nak.. anak ct selalu mcm ni... risau laaaa,,,,,

Syd posted on 19-8-2007 12:10 PM

Kesihatan Anak: 20 peratus bayi baru lahir alami sawan tangis
Oleh Hafizah Iszahanid (hafiza@nstp.com.my)


Colic atau tangisan yang lama, kerap bukan penyakit tetapi perkara biasa berlaku pada kanak-kanak

PERTAMA kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung pun tidak mahu. Kerap kali apa yang diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan ‘colic

Syd posted on 4-12-2008 10:34 AM

Jangan panik bayi menangis

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


MENANGIS adalah cara untuk berkomunikasi antara bayi dan penjaganya. ¨C Gambar hiasan

TANGISAN adalah satu-satunya medium komunikasi antara bayi dan penjaganya. Menerusi tangisan, bayi memberitahu bahawa sesuatu telah berlaku dan mereka memerlukan anda.

Bayi menangis disebabkan beberapa perkara. Sama ada mereka lapar, haus, terlalu panas atau sejuk, kelihatan pucat, kembung perut, dalam kesakitan, terlalu penat atau mungkin juga tidak selesa.

Keadaan yang berlaku mendadak pada diri mereka diluahkan dengan tangisan, justeru ibu bapa dan penjaga perlulah segera mendekati bayi mereka dan peluklah mereka untuk beberapa ketika.

Terdapat sesetengah bayi yang kerap menangis sejak dari hari pertama mereka lahir ke dunia ini. Sambil menangis, kaki mereka diangkat ke atas, tangan bergerak pantas, wajah bertukar merah dan mereka kelihatan begitu tertekan.

Lebih merisaukan keadaan tersebut sering terjadi ketika waktu tengah hari dan menjelang malam. Sesetengah bayi pula mengalami sindrom tangis apabila usia mencecah beberapa minggu. Selepas enam ke lapan minggu, tangisan bayi akan berkurangan dan mereka akan lebih tenang.

Tidak dinafikan ada bayi yang berterusan menangis lebih daripada usia tersebut dan jika ini berlaku pada bayi anda jangan panik. Tangisan itu hanya seketika berbanding jangka masa untuk membesar dan berkeadaan tenang jauh lebih lama.

Begitu pun, tangisan memang boleh mengundang kerisauan sekiranya ia amat kuat dan berterusan, terutama apabila anda sendiri tidak dapat mengenalpasti puncanya.

Mungkin sesuatu telah berlaku yang membuat bayi marah tapi anda tidak tahu apakah puncanya. Jangan sesekali tidak mempedulikan tangisan tersebut hanya kerana anda tidak dapat mengenal pasti puncanya.

Bayi tidak akan sengaja membuatkan anda risau dengan tangisan mereka. Bayi inginkan lebih perhatian, mereka perlu ditenangkan dan didukung apabila mereka menangis.

Sesetengah bayi, terutama yang aktif memerlukan lebih perhatian berbanding yang kurang aktif.

Yang pasti, bayi tidak akan menimbulkan perangai buruk atau menjadi mengada-ada sekiranya mereka dimanjakan oleh kedua-dua ibu bapa.

Apa yang harus dilakukan?

- Dukung

Pegang erat bayi anda, rapatkan dia ke dada dan usap belakangnya. Jangan sering bertukar posisi dukung, duduk atau bangun. Anda boleh juga mendodoi sambil berjalan perlahan. Ingatkan diri bahawa anda tidak boleh menghentikan tangisan bayi serta merta. Ia bukan mudah kerana ada bayi yang menolak jika anda ingin mendukung mereka, jika ini berlaku cuba juga tetapi dengan cara wajah mereka membelakangi anda.

- Pergerakan

Angkat bayi yang sedang menangis itu. Cuba letakkan mereka dalam kain pendukung bayi dan berjalan-jalanlah. Anda juga boleh membawa bayi keluar. Bayi suka melihat benda yang bergerak seperti pokok dan bayang, namun ingat mereka tidak suka akan pancaran matahari yang bersinar di mata mereka.

- Menghisap

Menghisap jari atau puting boleh membantu bayi menenangkan diri mereka dan seterusnya menghentikan tangisan. Jika bayi menghisap susu badan, cuba rapatkan puting pada mulutnya. Jika menghisap botol pula, cuba berikan botol berisi air suam.

- Mandian yang menenangkan

Sesetengah bayi akan berasa tenang dan seronok apabila mandi, tapi ada juga bayi yang langsung tidak menyukai cadangan ini. Mandian boleh membantu bayi untuk tenang daripada tangisan mereka. Penuhi bekas mandian bayi dengan air sejuk dan tambah sedikit air panas, pastikan ia tidak terlalu panas sebelum meletakkan bayi ke dalamnya. Jangan sesekali biarkan mereka sendiri di dalam bilik mandi.

- Urutan bayi

Gosok perut bayi secara lembut dan kemas dalam pergerakan membulat. Anda boleh mendapat maklumat tambahan tentang urutan bayi menerusi buku panduan mengurut bayi.

- Bermain

Cuba alih tumpuan tangisan bayi anda dengan mainan kegemarannya. Cara ini tidak akan berkesan sekiranya bayi anda terlalu penat dan cara ini mungkin akan menyebabkan tangisan mereka menjadi lebih teruk lagi. Jangan teruskan cara ini jika tidak berjaya menenangkan bayi anda.

AznieBunnie posted on 4-12-2008 10:41 AM

Semalam (kot) tgk Oprah...
pasal 8 basic cry of baby (1-3 bulan saja)

kalau dia cry bunyi EH EH EH... tu tandanya "sendawakan saya"
kalau bunyinya NEH NEH NEH... "feed me"

http://en.wikipedia.org/wiki/Dunstan_Baby_Language

bagus untuk ibu-ibu... :D

[ Last edited by  AznieBunnie at 4-12-2008 10:42 AM ]

intandanial posted on 4-12-2008 01:03 PM

Bagus tul info ni...thanks a lot..:)
Page: [1] 2
View full: Tips mengenal tangisan bayi anda