LailaTempawan Publish time 8-11-2006 06:40 PM

Originally posted by CRK at 8-11-2006 03:44 PM


another question, awang alak betatar berasal dari mana?


Awang Alak Betatar adalah dipercayai berasal dari Indonesia iaitu adalah seorang anak Raja semasa pemerintahan Kerajaan Srivijaya, kerana ada tercatat dalam sejarah mengatakan bahawa Nenda Awang Alak Betatar adalah'Sang Aji' yang mana gelaran Sang Aji bermaksud Pemerintah atau Raja. Memang betul pengikut baginda adalah berasal dari golongan orang orang Sakai dan untuk bukti nya adalah dalam adat istiadat diraja Brunei bahawa syarat syarat bagi pemegang Sinipit (sejenis adat kebesaran diraja Brunei yang berbentuk seperti bujak tetapi hujung nya dihiasi dengan bendera pisang2 yang berwarna merah)digalakkan dipegang oleh peranakan Sakai, tetapi memandangkan tiadalah ada banyak lagi golongan ini dan mengikut arus kemodenan, maka pemegang sinipit ini telah diarahkan kepada Askar-askar diraja Brunei untuk memegangnya.


http://www.conceptscom.net/silatbrunei/image/photo/a7.jpg

Di atas adalah gambar sejenis alat kebesaran diraja Brunei yang dipegang oleh peranakan Sakai bagi mengiringi Sultan, Pengiran Muda Mahkota dan Wazir-Wazir, kira kira 40 orang ramainya, dipakai dengan pakaian serba merah (seperampun merah) berdastar dan berseluarberbismin kuning. Alat kebesaran diraja ini menjadi satu lambang keberanian menghadapi sesuatu yang hendak merosakkan keamanan dan keadilan.

[ Last edited byLailaTempawan at 8-11-2006 06:59 PM ]

CRK Publish time 9-11-2006 12:04 PM

parameswara (sultan pertama melaka) juga dari keturunan srivijaya. jadi ada kemungkinan alak betatar dan sultan melaka punya pertalian darah??

LailaTempawan Publish time 9-11-2006 02:26 PM

Originally posted by CRK at 9-11-2006 12:04 PM
parameswara (sultan pertama melaka) juga dari keturunan srivijaya. jadi ada kemungkinan alak betatar dan sultan melaka punya pertalian darah??


Mungkin ya... kerana kebanyakan Raja-Raja ditanah melayu ini, kebanyakan berasaldari keturunan raja-raja atau pemerintah diraja Indonesia, terutama sekali empayar Majapahit dan Srivijaya, memandangkan merekalah di antara Kerajaan atau Empayar yang mendominasi di Asia Tenggara ini.. Selepas itu, mereka melarikan diri atau diperintahkan untuk memerintah sesebuah negeri jajahan untuk dijaga mereka, dan kekadang yang telah diperintahkan ini, kemudian mendirikan Kerajaan sendiri..

[ Last edited byLailaTempawan at 9-11-2006 02:29 PM ]

LailaTempawan Publish time 10-11-2006 09:26 AM

[Asal-usul Brunei
Artikel utama: Sejarah Brunei, dan [[]], dan [[]], dan [[]], dan [[]]
Silsilah kerajaan Brunei didapatkan pada Batu Tarsilah yang menuliskan Silsilah Raja-Raja Brunei yang dimulai dari Awang Alak Betatar, raja yang mula-mula memeluk agama Islam (1368) sampai kepada Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei ke-19, memerintah antara 1795-1804 dan 1804-1807).

Brunei adalah sebuah negara tua di antara kerajaan-kerajaan di tanah Melayu. Keberadaan Brunei Tua ini diperoleh berdasarkan kepada catatan Arab, China dan tradisi lisan. Dalam catatan Sejarah China dikenal dengan nama Po-li, Po-lo, Poni atau Puni dan Bunlai. Dalam catatan Arab dikenali dengan Dzabaj atau Randj.

Catatan tradisi lisan diperoleh dari Syair Awang Semaun yang menyebutkan Brunei berasal dari perkataan baru nah yaitu setelah rombongan klan atau suku Sakai yang dipimpin Pateh Berbai pergi ke Sungai Brunei mencari tempat untuk mendirikan negeri baru. Setelah mendapatkan kawasan tersebut yang memiliki kedudukan sangat strategis yaitu diapit oleh bukit, air, mudah untuk dikenali serta untuk transportasi dan kaya ikan sebagai sumber pangan yang banyak di sungai, maka mereka pun mengucapkan perkataan baru nah yang berarti tempat itu sangat baik, berkenan dan sesuai di hati mereka untuk mendirikan negeri seperti yang mereka inginkan. Kemudian perkataan baru nah itu lama kelamaan berubah menjadi Brunei.

Replika stupa yang dapat ditemukan di Pusat Sejarah Brunei menjelaskan bahwa agama Hindu-Buddha pada suatu masa dahulu pernah dianut oleh penduduk Brunei. Sebab telah menjadi kebiasaan dari para musafir agama tersebut, apabila mereka sampai di suatu tempat, mereka akan mendirikan stupa sebagai tanda serta pemberitahuan mengenai kedatangan mereka untuk mengembangkan agama tersebut di tempat itu. Replika batu nisan P'u Kung Chih Mu, batu nisan Rokayah binti Sultan Abdul Majid ibni Hasan ibni Muhammad Shah Al-Sultan, dan batu nisan Sayid Alwi Ba-Faqih (Mufaqih) pula menggambarkan mengenai kedatangan agama Islam di Brunei yang dibawa oleh musafir, pedagang dan mubaligh-mubaliqh Islam, sehingga agama Islam itu berpengaruh dan mendapat tempat baik penduduk lokal maupun keluarga kerajaan Brunei.

*dipetik daripada Wikipedia: Brunei

[ Last edited byLailaTempawan at 10-11-2006 09:28 AM ]

LailaTempawan Publish time 10-11-2006 09:29 AM

Sejarah dan wilayah Kesultanan Brunei
Kesultanan Brunei pada abad ke-6 itu memiliki wilayah yang cukup luas meliputi Sabah, Brunei dan Sarawak yang berpusat pada kesultanan Brunei. Kesultanan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua penguasa besar pada waktu itu, yaitu Sriwijaya di Sumatera dan kemudian Majapahit di Jawa.

Pada awal abad ke-15, Kerajaan Malaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan kemudian mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kesultanan Brunei memperluas pengaruhnya ke utara hingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Kalimantan.

Pada tahun 1658 Sultan Brunei menghadiahkan kawasan timur laut Kalimantan kepada Sultan Sulu di Filipina Selatan sebagai penghargaan terhadap Sultan Sulu dalam menyelesaikan perang saudara di antara Sultan Abdul Mubin dengan Pengeran Mohidin. Persengketaan dalaman kerajaan Brunei merupakan satu faktor yang menyebabkan kejatuhan kerajaan tersebut.

Pada Tahun 1839, James Brooke dari Inggris datang ke Serawak dan menjadi raja disana seerta menyerang Brunei, sehingga Brunei kehilangan kekuasaannya atas Serawak. Pada tanggal 19 Desember 1846, pulau Labuan dan sekitarnya diserahkan kepada James Brooke. Sedikit demi sedikit wilayah Brunei jatuh ke tangan Inggris melalui perusahaan-perusahaan dagang dan pemerintahnya sampai wilayah Brunei sendiri di bawah protektorat Inggris sampai berdiri sendiri tahun 1984.

Saat ini Brunei memiliki wilayah yang lebih kecil daripada masa lalu, dengan berbatasan dengan Serawak dari sebelah barat sampai timur wilayah itu, serta sebelah utara berbatasan dengan Laut China Selatan.

[ Last edited byLailaTempawan at 10-11-2006 09:30 AM ]

bettyboops Publish time 10-11-2006 02:35 PM

sesiapa yg biasa ulang alik mengikut jalan ampang mesti perasan ada satu rumah bernama rumah awang alak betatar.. adakah itu rumah persinggahan kerabat diraja brunei..?? ada sesiapa yg tau..??

tyrone Publish time 10-11-2006 02:52 PM

kesianyerrrrr

LailaTempawan Publish time 13-11-2006 02:47 PM

Originally posted by tyrone at 10-11-2006 02:52 PM
kesianyerrrrr


kesian aper?

TunJanaKhatib Publish time 13-11-2006 05:02 PM

Akoms..

:lebai: Lailatempawan...

apa maksud "lindung" & puspaan??? :stp:

LailaTempawan Publish time 13-11-2006 06:51 PM

Originally posted by TunJanaKhatib at 13-11-2006 05:02 PM
:lebai: Lailatempawan...

apa maksud "lindung" & puspaan??? :stp:


Lindung ini adalah seerti dengan perkataan MANGKAT. Lindung biasanya digunakan kat Brunei, kalau kat malaysia, mungkin jarang sekali digunakan.

Perpuspaan ialah istiadat pemasyhuran selepas seorang Raja atau Sultan itu ditabalkan. Kalau mengikut adat istiadat diraja Brunei, seseorang raja yang telah ditabalkan itu akan di PUSPAKAN di Istiadat Perpuspaan selepas 12 bulan atau setahun selepas baginda di tabalkan menjadi sultan. Selepas sultan itu di PUSPAKAN, maka baginda adalah bukan sahaja sultan bagi Negara Brunei Darussalam yang permai ini, akan tetapi " SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM"

[ Last edited byLailaTempawan at 13-11-2006 11:01 PM ]

yramlee Publish time 15-11-2006 12:25 PM

Terima kasih atas info keturunan sultan brunei...saudara laila Tempawan..
info ini lah yg saya cari selama ini..
Apa yang menarik nya ialah semasa pemerintahan Sultan Nasruddin ( TM 1690 - 1710 )
Dato Godam melawat Brunei .........mengikut cerita org tua di tempat saya daerah Saribas Sarawak..Dato gGodamini berasal dari pagar royong sumatera indonesia...Kedatangan beliau ke Brunei adalah kerana nak menyelamat anak Tememggong Kadir.....Dayang Chee ..( temenggong kadir adalah temenggong yang bertugas di istana sultan Brunei) tidak puas hati kerana tindakan sultan Brunei( mungkin sultan Nasuddin ) mengambil anak beliau sebagai gundik...dan beliau lari dari istana dan membawa diri ...dan menetap di Sungai saribas di sarawak....Setelah menyelamatkan Dyg chee ..Dato Gadom berkahwin dgn Dyg chee....dari keturunan mereka ini .......keturunan PERABANGAN di daerah saribas..........Saya adalah keturunan ke 15 generasi Dato Godam.......
Minta respond dari saudara laila tentang perkara ini....Makam Dato Gadom ada di kpg Pusa di daerah saribas sarawak..

LailaTempawan Publish time 15-11-2006 02:01 PM

Originally posted by yramlee at 15-11-2006 12:25 PM
Terima kasih atas info keturunan sultan brunei...saudara laila Tempawan..
info ini lah yg saya cari selama ini..
Apa yang menarik nya ialah semasa pemerintahan Sultan Nasruddin ( TM 1690 - 1710 ) ...


oh ye.. terima kasih banyak banayk kerana respond kat thread ni.. yes,maybe kesemua info yang telah diterangkan itu, memang betul. Tetapi sebetulnya, sejarah keturunan Dato Godam ni dan kisah kisah nyaLaila memang kurang mahir sedikit..:) tetapi keturunan Awang-Awang kat Brunei adalah juga keturunan dari Dato Godam ini. Keturunan PERABANGAN ini contohnya Abang Roli bin Abang Mohiddin tu kan? yer, memang juga ada kaitannya dengan keturunan Awang-Awang kat Brunei ini.

Untuk pengetuan yramlee, sebetulnya, kat Brunei, ada sebuah Buku yang bertajuk DATO GODAM yang telahpun dibuat oleh Yang Berhormat Pehin Dato Seri Utama Haji Awang Jamil Al-Sufri. Dalam buku tersebut ada mengenai sejarah yang detail mengenai Kedatangan Dato Godam serta keseluruh nama-nama keturunan Dato Godam yang dulu-dulu dan yang ada masa sekarang. Tetapi Laila tak dapat nak terangkan kat yramlee tentang sejarah Dato Godam ni, pasal buku tersebut tak ada di tangan Laila masa ni..:(

Kalau Laila dah ada buku tu, Laila akan terangkan tentang Dato Godam ni yer.. Sorry yramlee.. kerana kisahtentang Dato Godam ni Laila kurang mahir..:)

but, I'd like to hear any info from you too if you nak ada nak share (regarding Dato Godam dll)..


Thanks for your respond towards this thread..:)

:tq:

[ Last edited byLailaTempawan at 15-11-2006 02:06 PM ]

fly_in_d_sky Publish time 15-11-2006 02:21 PM

Originally posted by zilandi at 8-11-06 05:33 PM
tak tahulah tapi saya rasa Awang Alak Betatar adalah orang asal kepulauan Borneo kerana pengikut-pengikut mereka adalah dari suku kaum Sakai (mungkin orang Sakai)

org sakai nie org ape?
raja2 brunei nie keturunan sakai ke?

LailaTempawan Publish time 15-11-2006 02:48 PM

Originally posted by fly_in_d_sky at 15-11-2006 02:21 PM


org sakai nie org ape?
raja2 brunei nie keturunan sakai ke?


sakai ni adalah pengikut pengikut serta pengawal, panglima kepercayaan Sultan-Sultan Brunei sejak dari Sultan mohammad Shah iaitu Sultan Brunei yang pertama lagi. Mereka adalah pengikut pengikut Sultan yang taat setia dalam membela dan menjaga keamanan serta keselamatan Sultan.

Jadi, menerusi penerangan diatas, Sultan Brunei bukanlah berketurunan Sakai, tetapi kalau fly_in_the_sky semak @ check post saya yang ke berapa kat thread ni kat page satu, Laila ada terangkan asal usul keturunan Sultan Brunei, yang mana Sultan brunei ini berasala daripada keturunan diraja dari kerajaan empayar Srivijaya, Indonesia.Kalau nak info yang detail, sila semaklah kat page 1..:)

yramlee Publish time 15-11-2006 02:53 PM

Originally posted by LailaTempawan at 15-11-2006 02:01 PM



oh ye.. terima kasih banyak banayk kerana respond kat thread ni.. yes,maybe kesemua info yang telah diterangkan itu, memang betul. Tetapi sebetulnya, sejarah keturunan Dato Godam ni dan kisah ...

kalau nak share...info adalahsangat dialu-alukan..Di tempat saya cerita Dato Godam ini memang tidak asing lagi di mulut org tua2...yang di turunkan dari generasi ke generasi ..tapi terlalu sedikit bahan rujuk spt buku , dll sebagai mengesahkan sejarah itu benar atau tidak....Kalau megikut sasilah yg saya dapat dari org tua..di dearah saribas..Dato Godam ini bukan sebarang orang ..beliau merupakan dari keturuan kerabat di raja sultan pagar royong minangkabau sumatera..
Beliau membawa diri ..keluar istana pagar royong..dalam perjalanan menaiki kapal ( lancang kuning )..terkandas di Muara sungai Saribas di sarawak....di sana beliau dan pengikut nya bertemu dgn perkampungan org melayu ..Dato temenggong kadir..( yang membawa diri lari dari istana sultan brunei )...Dato temenggong Kadir minta pertolongan Abg Godam ( Dato Godam ) supaya menyelamatkan anak nya dayang Chee....di istana sultan Brunei.
            Satu pertanyaan kepada kita di sini....? macam mana Dato godam boleh mengenali Dyg Chee sedangkan Beliau tidak pernah berjumpa pun dgn dyg Chee... Satu tanda telah di beri oleh Dato temenggong kadir..Meriam Kecil di letak di haluan kapal...Dyg Chee akan kenal meriam ini kepunyaan bapa nya ( saudara laila kalau saya silap tolong betulkan) sebab cerita ini di turunkan dari generasi ke generasi di daerah kami.. Kalau nak bercerita panjang kisah Dato Godam ini..
Kalau saudara lailaada sedikit info tolong jelaskan....
            Selepas berjaya membuat keluar membawa Dyg Chee dari istana sultan Brunei...mereka akhirnya sampai ke Saribas ( sebuah daerah di sarawak )......dan mereka berkahwin....Dan keturuan mereka ini lah keturuan PERABANGAN di daerah saribas....lama kelamaan...keturunan mereka ini di angkat oleh penduduk tempatan sebagai peminpin ( ketua kaum) terutama sekali kaum dayak di kawasan itu..Sebelum kedatangan james brooke...penduduk di kawasan ini amat di geruni..dgn pertolongan org melayu amat sukar di tewaskan terutama di era head hunter ( ketua kaumdari keturunan Dato Godam di daerah ini pernah di anugerahkan oleh sultan brunei dgn gelaran DATO PATINGGI ( DATO PATINGGI KEDIT , DATO PATINGGI MOLA )

[ Last edited byyramlee at 15-11-2006 02:56 PM ]

LailaTempawan Publish time 15-11-2006 02:54 PM

---- hehe, tak per lah, Laila paste jer mengenai info tu specially untuk fly_in_the_sky.. hehe.. enjoy :)



Awang Alak Betatar adalah dipercayai berasal dari Indonesia iaitu adalah seorang anak Raja semasa pemerintahan Kerajaan Srivijaya, kerana ada tercatat dalam sejarah mengatakan bahawa Nenda Awang Alak Betatar adalah'Sang Aji' yang mana gelaran Sang Aji bermaksud Pemerintah atau Raja. Memang betul pengikut baginda adalah berasal dari golongan orang orang Sakai dan untuk bukti nya adalah dalam adat istiadat diraja Brunei bahawa syarat syarat bagi pemegang Sinipit (sejenis adat kebesaran diraja Brunei yang berbentuk seperti bujak tetapi hujung nya dihiasi dengan bendera pisang2 yang berwarna merah)digalakkan dipegang oleh peranakan Sakai, tetapi memandangkan tiadalah ada banyak lagi golongan ini dan mengikut arus kemodenan, maka pemegang sinipit ini telah diarahkan kepada Askar-askar diraja Brunei untuk memegangnya.


http://www.conceptscom.net/silatbrunei/image/photo/a7.jpg

Di atas adalah gambar sejenis alat kebesaran diraja Brunei yang dipegang oleh peranakan Sakai bagi mengiringi Sultan, Pengiran Muda Mahkota dan Wazir-Wazir, kira kira 40 orang ramainya, dipakai dengan pakaian serba merah (seperampun merah) berdastar dan berseluarberbismin kuning. Alat kebesaran diraja ini menjadi satu lambang keberanian menghadapi sesuatu yang hendak merosakkan keamanan dan keadilan.

[ Last edited byLailaTempawan at 15-11-2006 03:01 PM ]

LailaTempawan Publish time 15-11-2006 03:00 PM

Originally posted by yramlee at 15-11-2006 02:53 PM


kalau nak share...info adalahsangat dialu-alukan..Di tempat saya cerita Dato Godam ini memang tidak asing lagi di mulut org tua2...yang di turunkan dari generasi ke generasi ..tapi terlalu se ...


Ketua kaum tu dianugerahkan dengan gelaran apa?

yramlee Publish time 15-11-2006 03:08 PM

Originally posted by LailaTempawan at 15-11-2006 03:00 PM



Ketua kaum tu dianugerahkan dengan gelaran apa?

DATO PATINGGI

yramlee Publish time 15-11-2006 03:19 PM

Banyak ilimu pengetahuan berkembang pada era dato Godam ini di daerah Saribas....spt Membuat perahu ..perahu pengayau ( Perahu Perang ) pertukangan membuat rumah , ilmu melawan musuh...ilmu kebal ( maklumlah waktu itu masih zaman head hunter......ilmu pantas perjalanan, dan banyak lagi..semua di turun oleh dato Godam kpd anak cucu nya...
Di beritakan keturunan mereka ini ada 10 orang , orang suruhan ( ulun bahasa tempatan 0

LailaTempawan Publish time 15-11-2006 03:21 PM

Mengikut sebuah salasilah yang ada terdapat dalam sebuah buku ni,

DATO GODAM ada beberapa orang anak, di antara mereka ini adalah MANTERI PUTEH. Dan Manteri Putih ini ada beberapa orang anak juga, mereka ialah, MANTERI OMAR, MANTERI ABDUL HARITH dan MANTERI HUSAIN.

Manteri Omar, anaknya ialah Pehin Orang Kaya Digadong Liwaddin ( Aliuddin), dan Pehin Liwaddin ini, mempunyai anak bernama Pehin Jawatan Dalam Awang Ahad yang beranakkan Dayang Siti Aishah. Dayang Siti Aisyah ini berkahwin dengan Haji Muhammad Taha, yang mana beranakkan Pehin Khatib Haji Abdul Latif. Pehin Abdul Latif berkahwin dengan Sharifah Azizah. Hasil perkahwinan itu pula beranakkan Tuan Aisyah, dan Tuan Aisyah ini berkawin pula dengan Haji Othman Betawi yang bernakkan Pehin Datu Perdana Manteri Sh. Haji Abdul Rahman dan Pehin Siraja Khatib Haji Muhd Daud.

Manteri Abdul Harith, beranakkan Pehin Datu Perdana Menteri, dan beranakkan Tuan lampong (Awang Badaruddin), beranakkan Tuan Hafsah dan berankkan Tuan Zaidah yang selepas itu, Tuan Zaidah ini bersuamikan Sultan Omar Ali Saifuddin II (Brunei).

Manteri Husain pula, beranakkan Dayang Aishah yang berkahwin dengan Sultan Muhammad Tajuddin (Brunei), yang bernakkan Pengiran Anak Yusof, yang beranakkan Pengiran Anak Saiful Rijal, yang bernakkan Pengiran Isteri Fatimah. Pengiran Isteri Fatimah mendapat gelaran Raja Isteri setelah berkawin dengan Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (Brunei)
Pages: 1 [2] 3 4 5 6
View full version: ~MERGED~ Sejarah Kesultanan Brunei


ADVERTISEMENT