yramlee Publish time 15-11-2006 03:30 PM

Ya...dari sasilah orang tua di daerah saribas...
info ini pernah di bukukan oleh mezium sarawak...karangan benedict sandin ....saya pernah baca buku tersebut....buku itu sampai sekarang tidak di jumpai lagi..mungkin di simpan oleh pihak tertentu kot..

Hasil perkahwinan Dato Godam dgn Dayang Chee....
anak Mereka Bernama AbANG DRAHMAN .....menyambung zuriat nya di Daerah kami..

LailaTempawan Publish time 15-11-2006 03:34 PM

Originally posted by yramlee at 15-11-2006 03:30 PM
Ya...dari sasilah orang tua di daerah saribas...
info ini pernah di bukukan oleh mezium sarawak...karangan benedict sandin ....saya pernah baca buku tersebut....buku itu sampai sekarang tidak di j ...


oh begitu... kalau nak kirakan, sejarah keturunan Melayu ni begitu unik sekali, kerana setiap sesuatu suku kaum itu, ada pertaliannya dengan yang lain...:) so, tak heran kalau keseluruh negeri di alam melayu ini bersaudara...:)

yramlee Publish time 15-11-2006 03:45 PM

Nak tanya saudara laila......kalau ikut info dari Brunei siapa kah nama isteri Dato Godam ini?
sebagai info makam dato godam ini ada di kampung Pusa di Daerah saribas bahagian Betong sarawak..
ada sebuah kpg di situ nama nya kampung Dato godam sempena mengambil nama sejarah Dato Godam...
Ahli sejarah Brunei pernah datang ke tempat ini sedikit masa dulu...peruntukan dari kerajaan Brunei supaya makam Dato Godam dan Dato temenggong kadir ini di bersihkan ...sebagai tempat bersejarah..

LailaTempawan Publish time 15-11-2006 04:00 PM

Originally posted by yramlee at 15-11-2006 03:45 PM
Nak tanya saudara laila......kalau ikut info dari Brunei siapa kah nama isteri Dato Godam ini?
sebagai info makam dato godam ini ada di kampung Pusa di Daerah saribas bahagian Betong sarawak..
ad ...

Maaf ye saudara yramlee, Laila tak tahu pulak siapa nama isteri dato Godam ni, kerana Laila kekurangan reference book masa ni.. :)

Yer, memang Laila pernah dengar Ahli Sejarah Brunei pernah pergi Sarawak untuk mengkaji sejarah dan tidak mustahil juga mereka nak kasi perbelanjaan ubah suai dll terhadap mana mana Makam-Makam penting. Lagi pula, ketua Ahli Sejarah iaitu Pengetua Pusat Sejarah Brunei sendir adalah keturunan dari Dato Godam,beliau ialah Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Dato Seri Utama Haji Awang Jamil Al-Sufri bin Awang Omar. Lagipula, Ahli sejarah brunei pada waktu dahulu berminat tentang Makam slah seorang anaknda Sultan Brunei yang ada di Sarawak iaitu Sultan Tengah.

yramlee Publish time 15-11-2006 04:30 PM

Saya pernah dtg ke makam ini saudara laila...makam dato godam , temenggong kadir , dayang isah tandang sari..
pada masa dulu makam ini tidak di jaga dgn baik....
Makam ini terletak tidak berapa jauh dari tebing sungai saribas..yang unit nya makam ini walaupun besar mana paras air ( high tide ) air pasang besar lah...makam ini tidak pernah di tengelami air..
makam ini tidak boleh sebarang usik....kalau di usik tebuan yang ada di kws itu akan datang menyerang...ini adalah pengalaman saya sendiri...

LailaTempawan Publish time 15-11-2006 04:52 PM

Originally posted by yramlee at 15-11-2006 04:30 PM
Saya pernah dtg ke makam ini saudara laila...makam dato godam , temenggong kadir , dayang isah tandang sari..
pada masa dulu makam ini tidak di jaga dgn baik....
Makam ini terletak tidak berapa j ...


ohh begitu.. yramlee ada tak gambar gambar makammakam ni.. kalau ada.. shre lah..:)

fly_in_d_sky Publish time 15-11-2006 06:10 PM

sori ek ....
fly tersalah baca .......
baca sekali lalu jer .........
neway .... org sakai nie mcm org laut ke?
dia setia pd keluarga diraja .......

fly_in_d_sky Publish time 15-11-2006 06:11 PM

Originally posted by yramlee at 15-11-06 03:19 PM
Banyak ilimu pengetahuan berkembang pada era dato Godam ini di daerah Saribas....spt Membuat perahu ..perahu pengayau ( Perahu Perang ) pertukangan membuat rumah , ilmu melawan musuh...ilmu kebal ( ...

ada lagi ke org yg menuntut ilmu2 cam tuh?
cam besh jer ilmu jalan pantas ........

LailaTempawan Publish time 15-11-2006 10:30 PM

Originally posted by fly_in_d_sky at 15-11-2006 06:10 PM
sori ek ....
fly tersalah baca .......
baca sekali lalu jer .........
neway .... org sakai nie mcm org laut ke?
dia setia pd keluarga diraja .......


boleh jadi juga mereka ni orang laut.. tapi Laila tak boleh nak pastikan lah.. pasal Laila tak begitu tahu tentang asal usul mereka ni.. :) tetapi mereka ni memang taat dan setia kepada raja lah..

yramlee Publish time 16-11-2006 07:30 AM

Originally posted by fly_in_d_sky at 15-11-2006 06:11 PM


ada lagi ke org yg menuntut ilmu2 cam tuh?
cam besh jer ilmu jalan pantas ........

Itu lah kau tak baca info dgn betul....
apa yang saya cerita ini ialah pada zaman head hunter di sarawak...
1600 - 1800 ........200 tahun yang lalu.

yramlee Publish time 16-11-2006 07:33 AM

Originally posted by LailaTempawan at 15-11-2006 04:52 PM



ohh begitu.. yramlee ada tak gambar gambar makammakam ni.. kalau ada.. shre lah..:)

Gambar makam itu saya tak ada. masa saya melawat ke situ 5 tahun yang lalu tak ada bawa camera.
insyakAllah kalau saya dtg sekali lagi saya akan usahakan..

yramlee Publish time 16-11-2006 07:43 AM

Nak tanya sdr laila...
Pernah tak tercatit di dalam sejarah brunei peristiwa yang berlaku masa lawatan Dato Godam ke Brunei?
Temenggong Kadir yang lari dari istana sultan Brunei........ada tak nama Temenggong kadir ini di dlm sejarah Brunei?
Apa kah title ABANG ini pernah ujud di Brunei dan adakansama taraf dgn title Awangku?..
Kalau mengikut sasilah org tua Title ABANG ( PERABANGAN) di tempat saya orang yang ada kelas lah. lebih kurang Royal Family lah.
kalau sdr laila berkesempatan boleh cari info Dato Godam ini dgn saya..

LailaTempawan Publish time 16-11-2006 01:40 PM

Originally posted by yramlee at 16-11-2006 07:43 AM
Nak tanya sdr laila...
Pernah tak tercatit di dalam sejarah brunei peristiwa yang berlaku masa lawatan Dato Godam ke Brunei?
Temenggong Kadir yang lari dari istana sultan Brunei........ada tak na ...


Mengenai sejarah yang ada tercatit mengenai semasa kedatangan Dato Godam ke Brunei tu, Laila pernah terbaca, tapi tak ingat pulak buku yang mana satu, tetapi baru baru ni, yelah, info info mengenai Dato Godam ni ditimbulkan semula di dalam buku yang baharu dibuat pada tahun lepas seperti yang Laila kata tadi iaitu buku yang bertajuk DATO GODAM. Tetapi Laila kurang ingat mengenai sejarah tu..

Mengenai status Abang (perabangan) kat Brunei, tidak lah diketahui bagaimana, kerana Perabangan ini BUKANLAH satu status gelaran Aslitradisi Brunei sepertimana yang ada seperti gelaran AMPUAN, AWANGKU, DAYANGKU, PENGIRAN dan lain lainnya. Tetapi memandangkan Perabangan ini ada menggunakan nama dayang bagi anak perempuan, dan Laila mungkin dapat merumuskan bahawa Perabangan ini MUNGKIN taraf nya sama dengan gelaran keturunan "AWANG-AWANG" yang ada di Brunei, memandang penggunaan perkataan gelaran Dayang dan juga memandangkan, keturunan Awang-Awang ini adalah sama juga dengan keturunan Perabangan iaitu daripada Keturunan DATO GODAM. Mengenai status Awang-Awang kat Brunei, mereka ini BUKANLAH KELUARGA DIRAJA, tetapi mereka ini adalah golongan yang dihormati dikalangan masyarakat Brunei dahulu kala, kerana mereka adalah orang kepercayaan para Sultan serta Kerabat Diraja yang setia dan juga mereka ini dikirakan orang yang rapat dengan keluarga dirajalah. Tetapi status Awang Awang ini, mendapat penghormatan yang mana gelaran gelaran Pehin Pehin Manteri (gelaran Pembesar Diraja bagi golongan rakyat jelata) adalah mereka yang diberikan keutamaan untuk digelar. Tetapi setelah mengikut arus kemodenan ini, gelaran Pehin -Pehin manteri ini juga dianugerahkan kepada orang orang kebanyakan iaitu golongan rakyat biasa (bukan pengiran atau keturunan Awang Awang).

Mengenai Temenggong Kadir, memang ada disebutkan dalam sejarah Brunei, tetapi cuma ada dinyatakan sedikit sahaja. Mungkin cuma kisah pemberian gelaran TEMENGGONG kepada Awang Kadir ini oleh Sultan brunei pada masa itu..

p/s: Ini adalah pendapat Laila secara peribadi dan logik lah, dan juga sebagai pencinta sejarah.. tetapi apa yang Laila katakan dan definasikan tadi itu cuma pendapat, dan Laila kurang pasti mengenai status SEBENARnya dan Laila TIDAK DAPAT memutuskan yang itu benar dan yang ini salah, cuma pandangan dalam samar samar jer. :)
:tq:

[ Last edited byLailaTempawan at 16-11-2006 01:55 PM ]

nangada Publish time 16-11-2006 03:01 PM

dia itu kawan saya..saya selalu PM dia

[ Last edited bynangada at 16-11-2006 03:41 PM ]

LailaTempawan Publish time 16-11-2006 03:27 PM

Originally posted by nangada at 16-11-2006 03:01 PM
terima kasih sdr laila ...rasanya info ini amat berguna untuk saya membuat perbandingan dgn sasilah yang org tua perturunkan kepada generasi sampai ke saat ini..
Ada mungkinan juga pendapat sdr bo ...


yer.. Memang asli rakyat jati, Melayu Brunei...:)

yramlee dan nangada ini orang yang sama ker?

[ Last edited byLailaTempawan at 16-11-2006 03:32 PM ]

nangada Publish time 16-11-2006 03:42 PM

Originally posted by LailaTempawan at 16-11-2006 03:27 PM



yer.. Memang asli rakyat jati, Melayu Brunei...:)




rakan sekerja...sama kpg

yramlee Publish time 16-11-2006 03:44 PM

Hai adik nangada....

yramlee Publish time 16-11-2006 03:49 PM

bukan sdr laila ...dia itu dtg dari daerah yg sama dgn saya..dia adalah staff saya 2 tahun yg lalu..
dia selalu Pm dgn saya..

oklah sdr laila....ada dpt info Dato Godam itu kah?

LailaTempawan Publish time 17-11-2006 07:49 AM

Kad Hari Raya yang dikirim oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.


http://i63.photobucket.com/albums/h124/LailaTempawan/scan-4.jpg

[ Last edited byLailaTempawan at 17-11-2006 07:51 AM ]

LailaTempawan Publish time 17-11-2006 08:11 AM

Salasilah Sultan-Sultan Brunei (dipetik daripada buku Perpuspaan 1 Ogos 1968)[/font]
http://i63.photobucket.com/albums/h124/LailaTempawan/scan-5.jpg

[ Last edited byLailaTempawan at 17-11-2006 08:14 AM ]
Pages: 1 2 [3] 4 5 6
View full version: ~MERGED~ Sejarah Kesultanan Brunei


ADVERTISEMENT