Hijratuna Publish time 2-5-2006 01:30 AM

Assalamualaikum!

Terima kasih kepada semua, saya juga sedang mencari jawapan mengenai selawat syifa' ini apabila pada suatu hari saya ditegur oleh seorang ustaz dalam ceramahnya apabila saya membaca selawat ini dalam doa selepas sembahyang ketika mengimamkan satu sembahyang.

sememangnya saya tahu selawat ini bukan suatu yang ma'sur. tetapi untuk berdoa kita tidak lah terikat dengan semua doa doa yang ma'sur, dan selawat ini boleh di kategori kan sebagai doa juga. Rasulullah adalah semulia mulia insan tetapi dalam hal Uwais al qarni baginda pernah menyuruh sahabat sahabatnya apabila bertemu dengan Uwais supaya Uwais berdoa untuk mereka. tidak kah memadai dengan doa dari Rasulullah sahaja ?

Apabila kita mengasihi dan mencintai Rasulullah, wajar bagi kita memuji-muja beliau dengan apa jua nisbah yang memUliakannya. Selawat ini mungkinbermula dizaman tabien sama macam berzanji, marhaban dll. diharapkan selawat tersebut menjadi sebahagian dari ibadat kerana ia tergolong dalam doa. Doa-doa yang dibaca dalam sembahyang taraweh oleh imam masjid mekah juga sebahagiannya bukan doa ma'sur dan dibaca dalam sembahyang. kalau diluar sembahyang tak hairanlah.

Walla hua'lam

[ Last edited byHijratuna at 2-5-2006 01:59 AM ]

kurik Publish time 5-5-2006 12:28 PM

Originally posted by skywalker at 30-4-2006 06:34 PM
kata Imam as-Syafie di dalam kitabnya ar-Risalah, "Ibadah adalah amrun tauqifi (arahan yang terhenti). Segala jenis ibadah pada asalnya adalah dilarang, kecuali apa yang disuruh oleh nas yang sahih"

Saya tak faham dengan pendirian saudara skywalker ni. Beliau merujuk kata2 Imam Syafie seperti di atas tapi bila saya rujuk Buku Selawat tersebut terdapat dua selawat yang diajar oleh Imam Syafie yang tidak sama seperti selawat yang diajar oleh Nabi dalam tashahud awal dan akhir (rujuk posting posting #11 by skywalker).

Soalan saya, Adakah Imam Syafie terlupa atau tersilap? Atau saudara skywalker tak berapa tahkik tentang apa yang dikatakan bidaah?

Untuk lebih faham mengenai apa yang dikatakan bidaah, sila rujuk :-

http://mac.abc.se/~onesr/d/mb_ml.pdf

Pada pandangan saya, saudara skywalker juga tak berapa teliti (memang beliau mengakui membaca sepintas lalu) membaca buku 99 Selawat tersebut. Di belakang buku tersebut ada dinyatakan dari mana kitab2 rujukan dari mana selawat tersebut di ambil. Nasihat saya, jangan terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa melihat dengan lebih teliti tentang apa jua yang ingin disampaikan...

anak_pejuang Publish time 20-3-2008 02:14 PM

Selawat Sidi Ahmad al-Badawi

http://i113.photobucket.com/albums/n219/bedouinz/dzin002.jpg


aka Selawat Badawi...
aka Selawat Nur aka Selawat Anwaar dan Asror...

http://bp0.blogger.com/_DUx4Y19A464/Rctjyc5eMsI/AAAAAAAAA8E/mtlXLfcs2Ps/s400/ukhti27_selawat_badawi.jpg

Ya ALLAH,
Limpahkan Selawat dan Salam Kesejahteraan
Atas nur (cahaya) segala nurSir (rahsia) segala sir
Ubat segala penyakit
Pembuka pintu kesenangan
Junjungan Mawlana Muhammad yang terpilih
Bersama ahli keluarga Baginda yang suci bersih
Dan para sahabat Baginda yang baik berbudi
Selawat dan Salam sebanyak bilangan
Ni'mat ALLAH dan kelebihanNYA.

* muat-turun MP3 - disini *





Inilah sholawat masyhur yang dinisbahkan kepada Wali Quthub Sidi Ahmad a-Badawi q.s. Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani rhm. dalam kitabnya "al-Jawharul Mawhub" halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut:-

Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang 'arifin bahawasanya sholawat ini telah mujarrab bagi menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali.

Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam "Afdhalush Sholawat" juga membuat nukilan sebagaimana di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu:-

.....bahkan sholawat ini mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridannya ialah 100 kali setiap hari. Sewajarnya para muridin memulakan suluk mereka dengan shighah sholawat ini .....

anak_pejuang Publish time 20-3-2008 02:32 PM

Kelebihan Berselawat

http://pixhost.eu/avaxhome/avaxhome/2007-01-11/Front.jpghttp://muhtarsuhaili.files.wordpress.com/2007/04/al-quran.jpg

Sufyan As Sauri menceritakan : Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.
Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.
Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesautu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.
Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia dating tadi.
Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi.
"Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.
"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.
Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

BERKAT SELAWAT
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Dalam satu cerita yang lain mengenai perkara selawat juga, bahawa seorang wanita telah bermimpikan anaknya yang baru mati. Dilihatnya anaknya sedang disiksa dengan amat berat sekali.
maka wanita itu sangat sedih ketika meningatkan mimpi yang dilihatnya, dan dia terus menangis dan menangis memohon ALLAH agar diampunkan dosa anaknya itu.
Sekali peristiwa sedang dia berada di kuburan anaknya itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang compang-camping keadaannya. Dia berdiri dihadapan kubur-kubur itu, lalu berselawat keatas Nabi saw, sebanyak-banyaknya kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada sekalian ahli kubur di situ, dan dia pun pergi.
Pada malamnya, wanita itu bermimpi lagi akan anaknya, dan kali ini mimpinya agak berlainan sedikit. Iaitu dilihatnya anaknya sedang dalam cahaya dan bahagia mengecap segala kenikmatan ALLAH. Maka wanita itu bertanya kepada anaknya tentang perubahan nasib yang diterimanya sekarang, apa sebabnya?
Lalu anak itu memberitahu bahawa semua itu ialah kerana berkat selawat orang salih yang baru datang ke kuburan itu, yang telah berselawat ke atas Nabi saw, lalu dihadiahkan pahala selawatnya itu kepada sekalian ahli kubur, dan nasibnya dari pahala itulah telah mendapat segala kebahagian yang di kecapi sekarang ini.
Moral: Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah agar mendapat syafaatnya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.

SYAFAAT UTK MALAIKAT
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Pada saat Rasulullah saw dimikrajkan, beliau melihat berbagai macam keanihan. Di antaranya baginda melihat satu malaikat yang dibakar oleh ALLAH swt.
Nabi bertanya kepada Jibril as,
"Mengapa ia dibakar?"
Dijawab oleh Jibril as,
"ALLAH mengutus dia ke sebuah negeri untuk menghancurkan penduduknya. Tetapi ia tidak jadi melakukannya kerana merasa hiba dan sedih terhadap seorang bayi yang masih menyusui di negeri itu. ALLAH lalu menghukumnya."
"Tahukah kau wahai Jibril, apakah dia boleh bertaubat," tanya Rasul lagi.
"Bukankah ALLAH menurunkanayat kepadamu, bahawa Dia maha pengampun bagi sesiapa saja yang bertaubat," demikian jawab Jibril as.
Selesai mendengar jawapan Jibril as, Nabi lantas memohon taubat kepada ALLAH untuk malaikat itu.
Dan ALLAH menjawab bahawa malaikat itu harus membawa selawat 10 kali kepada Rasulullah, barulah ia dilepas dari hukuman.
Di langit, para malaikat gempar mempercakapkan bahawa ALLAH swt telah merahmati malaikat Karubiyyun berkat selawat kepada Rasul-Nya Muhammad saw.

KELEBIHAN SELAWAT
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kelahiran Rabiatul Adawiah

Pada malam Rabiah dilahirkan, ayahnya tidak mempunyai setitik minyak pun untuk menerangi rumah. Ia juga tidak mempunyai kain selimut untuk menyelimut Rabiah. Ayah Rabiah mempunyai 3 orang puteri dan Rabiah merupakan puterinya yang keempat. Dalam keadaan dingin di waktu malam, ayanya telah bermimpi melihat Nabi saw. Nabi saw berkata,
"Janganlah engkau bersedih hati kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan itu adalah ratu kaum wanita dan akan menjadi penegah bagi 70 ribu orang diantara kaumku. Esok pergilah engkau mengadap Isa Az Zadan gabenor Basrah. Di atas sehelai kertas, tuliskan kata-kata berikut ini; setiap malam engkau mengirimkan selawat seratus kali kepadaku dan setiap malam jumaat empat ratus kali. Kelmarin adalah malam jumaat tetapi engkau lupa melakukannya. Sebagai penebus kelalaian mu itu berikanlah kepada org ini 400 dinar yang telah engkau perolehi secara halal."
Ketika terjaga dari tidur, ayah Rabiah menangis. Ia pun bangkit dan menulis seperti yang telah dipesankan Nabi saw kepadanya dan mengirimkannya kepada gabenor melalui pengurus rumahtangga istana.
"Berikanlah dua ribu dinar kepada orang-orang miskin, kata gabenor tersebut setelah selesai membaca surat itu. "Dan berikan 400 dinar kepada orang ini, katakan padanya bahawa aku harap engkau datang kepadaku supaya aku dapat melihat wajahmu. Namun demikian, tidak wajarlah engkau mengadapku sepatutnya akulah yang datang berjumpa denganmu."
Dipetik dari buku berjudul "Wasiat Orang Soleh"

http://www.nchina.btinternet.co.uk/blog/Bismillah.jpg

[ Last edited byanak_pejuang at 20-3-2008 03:01 PM ]

anak_pejuang Publish time 20-3-2008 02:33 PM

Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) bahawa :

"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail (astws) telah berkata kepadaku :

Berkata Jibril AS - "Wahai Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat keatasmu setiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawanya melintasi titian seperti kilat menyambar".

Berkata Mikail AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku memberi mereka minum dari telaga mu"

Berkata Israfil AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"

Berkata Izrail AS - "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para anbia.

Petikan :
"Himpunan Cerita-Cerita Lelaki dan Wanita dalam Al-Qur'an dan Hadis"
Buku 9,Halaman 121-122

anak_pejuang Publish time 20-3-2008 02:34 PM

Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda.(Surah Al-Ahzab)

Sabda Nabi s.a.w:
Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali.(Hr Muslim)

Rasul s.a.w:
Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut.
Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)

Riadus Solehin oleh Imam Nawawi

anak_pejuang Publish time 20-3-2008 02:35 PM

4.2.1 Selawat
Selawat adalah amalan yang sangat disukai oleh Allah Taala sehingga Allah Taala dan Malaikat-Nya juga berselawat ke atas RasulNya:
http://www.nuruliman.net/images/ayat_3.gif
(Al Ahzab : 56 )
Di dalam hadis Rasulullah juga ada menyatakan tentang kelebihan selawat ini, iaitu:
وعن ابن مسعود رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أَوْلَى النَّاسِ بِيْ يَوْمَ القِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاَةًErtinya:"Orang yang paling mulia dan lebih utama, di sisi-Ku pada hari Kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat keatas-Ku" ( Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya b Syarafuddin An-nawawi, T.Th : 316 )
Kelebihan-kelebihan selawat adalah seperti berikut: 1. Para malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca selawat itu dan Allah akan menurunkan rahmat-Nya. 2. Allah akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya Mereka yang berselawat 500 kali sehari, insyaAllah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selamanya. 3. Akan terhapus sifat marah dan terjauh dari bala bencana Menjadi kekasih kepada kekasih Allah 4. Terhindar daripada mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Mendapat rezeki yang berkat, berhasil hajatnya dan terlindung daripada bala bencana 5. Mendapat syafaat di dunia dan di akhirat ( Hj. Johari Hj. Alias, 2001: 46-48)
Ada banyak lagi kelebihan selawat itu jika diamalkan secara ikhlas. Di sini jelas, selawat adalah salah satu kaedah yang telah Allah SWT ajar kepada kita untuk menyelesaikan kemelut nafsu Ammarah dan Lawwamah. Nabi Adam A.S, manusia pertama di dunia, juga menyelesaikan kemelutnya ketika dikeluarkan daripada syurga, iaitu bertawassul dengan menggunakan nama Nabi Muhammad SAW. Apabila Nabi Adam A.S tercampak ke dunia, selama 40 tahun, baginda menangis memohon keampunan daripada Allah Taala. Setelah diketemukan semula baginda dengan isterinya Hawa, iaitu di Jabal Rahmah, Adam A.S dibuka kasyafnya oleh Allah Taala untuk melihat perkataan:
http://www.nuruliman.net/images/syahadah.gifPerkataan ini dilihat oleh Nabi Adam A.S tertera di tiang arash syurga. Dengan menggunakan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhammad SAW, Adam memohon keampunan daripada Allah sambil mengucap dua kalimah syahadah ini. Allah Taala kemudiannya mengampunkan Nabi Adam A.S. (Hj. Abdul Al Hadhi :26-28)
Contoh lain ialah kisah Qabil dan Habil (anak Nabi Adam A.S). Ketika Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya Habil, sedang ditenggelamkan oleh Allah SWT hingga ke paras pinggang ke dalam tanah, tiba-tiba teringat dia akan pengalaman ayahnya iaitu Nabi Adam A.S. lalu Qabil bertawassul dengan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhammad SAW, sehingga azabnya diringankan daripada ditelan bumi kepada dicampakkan sahaja di tengah-tengah padang pasir. (Hj. Abdul Al Hadhi : 26-28)
4.2.2 Istigfar
Dalam Al-Qur'an, Allah S.W.T. berfirman :
http://www.nuruliman.net/images/ayat_5.gifErtinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat Nasuha' (Surah At-Tahrim : 8)
Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Antara kelebihannya adalah:
1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.
2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.
3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)
4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)
5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .
6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)
Seperti amalan selawat, amalan istighfar yang dilakukan secara berterusan juga akan membersihkan hati yang penuh dengan zulmah hawa nafsu dan secara tidak langsung menyelesaikan kemelut hati dan kehidupan. Contohnya istighfar telah menyelesaikan kemelut Nabi Yunus A.S apabila baginda ditelan oleh ikan Nun . Nabi Yunus A.S dicampakkan oleh Allah Taala ke dalam laut kerana baginda masih ada ajalat (sifat-sifat mendahului qodo' Tuhan). Allah Taala memelihara nabiNya daripada sifat-sifat ajalat ini dengan membenarkan ikan Nun menelan Nabi Yunus A.S. Nabi Yunus A.S beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah Taala iaitu :
Ertinya: 'Tiada Tuhan melainkan Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang yang menzalimi dirinya.'(Surah Al Qalam : 87)
Sel-sel nabi Yunus yang maksum kemudiannya dibersihkan daripada sifat-sifat ajalat. Selepas itu barulah doanya diperkenankan oleh Allah Taala.
Nabi Muhammad SAW yang maksum juga sentiasa beristighfar iaitu sebanyak 70 kali sehari. Istighfar Nabi Muhammad SAW adalah untuk memperakui kehambaannya kepada Allah Taala dan membersihkan segala sel-selnya daripada segala rasa 'Ada Diri' atau 'Rasa Keakuan'.
Sesungguhnya, istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada Allah Taala yang sangat tinggi nilainya. Dengan wujudnya rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan-bisikan nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita. Insyaallah.

anak_pejuang Publish time 20-3-2008 02:39 PM

Mendapat Syafaat Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w pernah menceritakan kisah yang akan berlaku
kepada seorang lelaki pada hari kiamat nanti. Sabdanya:

Apabila berlaku hari kiamat, seorang lelaki umatku diarah pergi ke suatu tempat.
Apabila hampir sampai ke pintu neraka, sambil menangis, orang lelaki itu bertanya kepada para malaikat,
"Ke manakah aku hendak dibawa pergi, wahai Mailakatul-Rahman?"
"Ke neraka," jawab para malaikat.
"Tinggalkan aku menangis bersendirian di sini untuk menyesali diriku," ujar lelaki itu.
"Sepatutnya dulu, engkau menangis di dunia. Pada hari ini, menangis tidak bermanfaat lagi," jelas para malaikat.

Lelaki itu berkata lagi, "Wahai Malaikatul-Jabbar. Aku ini anak Adam. Tidak tahan aku dengan panas api neraka.
Kalau sejuk, aku tidak tahan dengan sejuknya. Aku dari umat Muhammad s.a.w.
Tidakkah ada bagiku sesuatu harapan dari Tuhanku?"
"Apa harapan engkau dari Tuhan engkau?" tanya para malaikat.
"Aku tidak diseksa bersama Yahudi dan Nasrani," jawab lelaki itu.
"Itu Muhammad s.a.w di hadapan Tuhan Al-Jabbar. Serulah engkau kepada Nabimu itu.
Jika tidak kami akan lemparkan engkau ke neraka bersama dengan yang lain," ujar para malaikat.

Lelaki itupun segera berseru, "Ya, Muhammad! Ya, Rasulullah!"

Aku(Rasulullah) mendekati lelaki itu. Lalu bersabda kepada para malaikat, "Wahai Malaikatul-Rahman. Hantarlah kembali orang ini ke daun Mizan."
"Ya, Muhammad. Sesungguhnya kami diperintah oleh Allah Taala, dan kami tidak mahu mengingkari perintah itu," jawab para malaikat.

Aku segera tunduk dan sujud kepada Allah Azza wa Jalla serta mengangkat sembah, mengadukan hal itu kepada-Nya. Dengan syafaatku, lelaki itu dihantar semula ke daun Mizan untuk ditimbang pahala dan dosanya. Akhirnya dengan syafaatku juga lelaki itu diperintahkan Allah Taala masuk ke syurga. Aku kemudiannya bersabda kepada lelaki itu, "Kenalkah engkau siapa aku?"

"Wajah engkau yang elok dan baumu yang harum, siapakah engkau yang sebenarnya?" tanya lelaki itu.
Aku bersabda, "Akulah Nabi engkau, Muhammad. Bacaan selawat engkau di dunia untukku telah diberkati oleh Allah Taala."

Lelaki itu tunduk dan menangis. Lalu berkata, "Wahai Muhammad Rasulullah. Tanpa engkau dan selawatku untuk engkau, nescaya aku dilontarkan ke neraka bersama ahli neraka yang lain."

Wallahu a'lam - Hadith riwayat Nafi daripada Ibn 'Umar

anak_pejuang Publish time 20-3-2008 02:40 PM

MENGIKUT perintah Allah dan mendukung amanat Rasulullah adalah iltizam yang mesti disebatikan dalam sanubari umat Islam. Ia mesti dicerminkan dalam amalan teras dan wajib sebagai bukti pengabdian sepenuhnya kepada keagungan Allah. Mengingati Allah bermakna mentaati perintah-Nya. Kita memuji Allah dengan lafaz seperti "Allah Maha Besar dan Allah Maha Suci" dalam doa dan zikir. Kita juga memuji Rasulullah dengan berselawat sepanjang masa. Kita dituntut berselawat terhadap Rasulullah dan amalan itu mendatangkan pahala besar dan syafaat tinggi kepada individu. Amalan ini mestilah disebatikan hingga menjadi darah daging, tetapi jangan dijadikan sebagai jalan keluar dengan melupakan amalan teras. Mereka yang berselawat diberi banyak fadilat dan ini diakui oleh Rasulullah. Baginda bersabda kepada malaikat yang bermaksud: "Apabila seseorang mukmin membaca selawat sekali untukku, maka selawat itu akan diambil oleh malaikat Izrail dengan izin Allah dan akan disampaikan ke kuburku. "Maka berkata malaikat itu, Wahai Muhammad, seseorang sudah pun membaca selawat untukmu. Lantas dijawab oleh Muhammad: Aku akan membalasnya dan sewajarnya orang itu mendapat syafaat daripadaku." Rasulullah meminta malaikat menyampaikan 10 selawat kepada orang itu. Kemudian malaikat pergi ke arasy menyampaikan peristiwa itu kepada Allah. Allah meminta malaikat menyampaikan 10 lagi selawat. Dalam satu peristiwa lain, malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail menemui Rasulullah dengan membawa perutusan Allah. Intisari perutusan itu mengandungi fadilat selawat yang diperkenankan Allah. Menurut Jibril, sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah setiap hari 10 kali, maka akan dibimbing tangannya bagi melintasi jambatan Sirat-al-Mustaqim seperti kilat. Mikail pula memberi jaminan akan memberi minuman daripada telaganya kepada mereka yang berselawat. Israfil memberitahu Rasulullah dia akan sujud kepada Allah dan tidak mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni dosa mereka yang berselawat. Izrail akan mengambil nyawa mereka yang berselawat sebagaimana dia mengambil nyawa nabi. Begitulah perlindungan Allah kepada mereka yang berselawat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang ramai, 70 daripadanya diperintahkan berjalan di muka bumi untuk menyampaikan selawat daripada umatku. Apabila seorang daripada umatku berselawat ke atasku 100 kali sehari, maka Allah akan mengabulkan 100 hajatnya, 70 di akhirat dan 30 lagi di dunia." Dalam satu lagi peristiwa, seorang lelaki kelihatan berselawat di merata tempat di Makkah sambil memakai ihram. Lalu dia ditegur Fudail bin Yaad: "Setiap tempat mempunyai bacaannya yang tersendiri ketika menunaikan fardu haji, tetapi mengapa engkau membaca selawat? Menurut lelaki itu, dalam perjalanan ke Baitullah, ayahnya sakit dan terus meninggal dunia. Dia menutup muka ayahnya dengan kain. Apabila dibuka, wajah ayahnya bertukar menjadi wajah serigala. Malamnya, dia bermimpi bertemu seorang remaja kacak. Remaja itu bertanya masalahnya. Sesudah dijelaskan, lelaki itu menghampiri jenazah ayahnya dan mengusap wajahnya. Lantas wajah itu berubah menjadi seperti sinaran bulan. Rupa-rupanya yang menjelma itu ialah Muhammad. Dijelaskan oleh Rasulullah bahawa ketika hidupnya, ayah lelaki itu sentiasa mengamalkan perbuatan riba. Mukanya menjadi serigala atas hukuman Allah, tetapi sepanjang hidup, ayahnya tidak pernah lekang daripada berselawat 100 kali sebelum tidur. Dengan izin Allah, Muhammad meminta supaya insan itu diberi syafaat. Dalam kisah lain, seorang lelaki bermimpi melihat Rasulullah, tetapi baginda enggan memperlihatkan wajahnya. Lantas lelaki itu berkata: "Mengikut ulama, Rasulullah mengenali umatnya seperti ibu bapa mengenali anaknya." Rasulullah menjawab: Memang benar, tetapi jika membaca selawat." Seorang lelaki pernah bertanya Rasulullah berapa banyakkah selawat yang harus dibacanya. Rasulullah menjawab: "Sekehendakmu". Lelaki itu terus bertanya: "Berapa, seperempat, setengah?" Rasulullah menjawab: "Sekehendakmu, tetapi lebih banyak lebih bagus. Selawatmu itu boleh menghilangkan perasaan susahmu dan diampuni dosamu." Di sini jelas menunjukkan selawat itu adalah penawar bagi segala kesusahan dan ubat bagi segala penyakit. Oleh itu, wajarlah ia dijadikan kebiasaan hingga menjadi darah daging. Bagi kesejahteraan bersama, marilah kita hayati amanat ini: [*]Bacalah selawat di mana jua, jika tidak kita rugi sehingga tidak nampak jalan ke syurga.
[*]Berpisahlah dengan bacaan selawat, jika tidak perpisahan itu berbau lebih busuk daripada bangkai.
[*]Banyakkan selawat di rumah supaya rumah tangga tidak menjadi seperti kubur.
[*]Banyakkan selawat setiap Jumaat kerana ia akan dipamerkan kepada Rasulullah.
[*]Setiap doa kepada Allah hendaklah disertakan dengan selawat, jika tidak doa akan dikembalikan.
[*]Berselawatlah kerana ada tiga kekecewaan yang menimpa seseorang jika tidak waspada, iaitu kencing berdiri, bersikap terburu-buru mengusap dahinya sebelum selesai solat dan seseorang yang mendengar namaku disebut lalu tidak membaca selawat untukku.

anak_pejuang Publish time 20-3-2008 10:01 PM

CINTA KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Firman Allah Taala yang bermaksud : Katakanlah: 揓ika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.擜llah maha pengampun lagi maha penyayang. (Surah Ali Imran : ayat 31)
عن انس رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال : ثلاث من كن وجد حلاوة الايمان ان يكون الله ورسوله احب اليه مما سواهما , وان يحب المرء لا يحبه الا الله , وان يكره ان يعود فى الكفر كما يكره ان يقذف فى النار .
Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w bersabda: 揟iga perkara, barangsiapa yang terdapat padanya maka ia mendapat kemanisan iman iaitu ia mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada selain daripada keduanya. Dia mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan ia benci untuk kembali ke alam kekufuran sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka

anak_pejuang Publish time 20-3-2008 10:02 PM

Sesungguhnya Allah menyuruh kita mengambil pengajaran di atas peristiwa keputeraan Rasulullah saw kerana akan memperkukuhkan keimanan dan kecintaan kita terhadap diri baginda dan meneruskan perjuangannya serta tidak melupakan ajaran dan sunnahnya. Firman Allah yang bermaksud: Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu, dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Surah Hud : Ayat 120)

zamnie Publish time 21-3-2008 10:00 AM

TK kerana thread ini........

BikerLady Publish time 21-3-2008 04:20 PM

Salawat tetap perbuatan bidaah yang tidak ada di zaman nabi ataupun para sahabatnya.

Bateesta Publish time 21-3-2008 09:14 PM

U r what u believe:lol: :lol:

ibnur Publish time 21-3-2008 11:09 PM

Originally posted by BikerLady at 21-3-2008 04:20 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Salawat tetap perbuatan bidaah yang tidak ada di zaman nabi ataupun para sahabatnya.

huh?takkan yang dalam tahiyat tu pun tak pernah ada masa zaman nabi muhamad s.a.w.....:shakehead3:

anak_pejuang Publish time 22-3-2008 12:46 AM

Originally posted by zamnie at 21-3-2008 10:00 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
TK kerana thread ini........
sama-sama:)

anak_pejuang Publish time 22-3-2008 12:46 AM

Originally posted by Bateesta at 21-3-2008 09:14 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
U r what u believe:lol: :lol:
replay's believe or aren't...;P

anak_pejuang Publish time 22-3-2008 12:49 AM

Originally posted by BikerLady at 21-3-2008 04:20 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Salawat tetap perbuatan bidaah yang tidak ada di zaman nabi ataupun para sahabatnya.
dalam sembahyang bila tahyat selawat atas nabi tu bid'ah ke???

ketupat79 Publish time 24-11-2012 08:48 PM

Ada lagi satu selawat pun bagus diamalkan. Iaitu Selawat Tafrijiyah atau dikenal juga sebagai Selawat Nariyah. Aku sangat-sangat berterimakasih pada ustazah yang ajar dan siap suh hafal dan amalkan lepas solat.

http://2.bp.blogspot.com/_9XZ2q2yIUTg/SZOISeP71cI/AAAAAAAAADM/A6x3F68kHNE/s320/selawat+Tafrijiyah.jpg

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Boleh tengok kat sini :

oZG1ot7Wbro


Ada versi Nasyid :
u0vcX8utlOY


Antara kebaikannya ialah :

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.


Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.


Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.



kredit to : http://berpesan-pesan.blogspot.com/2009/02/selawat-tafrijiyah.html

dinsmann Publish time 25-11-2012 08:34 PM

Keimanan semestinya hanya kepada Allah semata-mata.
Yang lain adalah jalan untuk menuju ke arah itu..
Pages: 1 [2] 3
View full version: SELAWAT (semua topik berkenaan selawat)


ADVERTISEMENT