puti Publish time 3-5-2006 04:12 PM

telinga anak berbau dan berair

saya nak tanya pendpt siapa pernah mengalami telinga anak sentiasa berair. anak saya dah 1 tahun 4 bulan, dr umur dia 7 bulan lagi telinga dia berair, dah pernah beberapa kali pergi jumpa pakar ent tapi tak berkesan pun.doktor cuma bagi ubat titik telinga itu je, tahu la sekali pegi pakar beratus, baiknya tak jugak.

doktor kata maybe sebab selsema masalah nya kalau tak selsema pun dia tetap akan berair kadang2 tu sampai berbau busuk telinga anak saya,kalau heavy selsema heavy la keluar air dr telinganya. warnanya mcm kuning2 campur coklat. saya risau la takut kesan kemudian ari, siapa ada pendapat? tolong la kawan2.

Syd Publish time 3-5-2006 04:25 PM

daya pendengaran dia ok tak?

suruli Publish time 3-5-2006 04:45 PM

Originally posted by Syd at 3-5-2006 04:25 PM
daya pendengaran dia ok tak?

baru nk tny syd dh tny dulu.....risau tu... pegi laa bwak kt pakar lain... ank2 aku tak pernah pulak mcm tu... so x de experience ler...

Syd Publish time 3-5-2006 04:51 PM

Masalah pendengaran dan telinga anda.

Masalah pendengaran bukanlah suatu masalah yang jarang2 berlaku di dalam masyarakat kita. Malah dalam dunia ini, masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang anda hadapi, adalah penting untuk mengenali telinga anda terlebih dahulu.

Struktur telinga anda.

Secara fizikal, telinga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam (Gambarajah 1). Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan salur telinga anda. Manakala telinga tengah merangkumi gegendang telinga, tulang osikel (incus, stapes dan maleus) , ruang telinga tengah serta tiub Eustachian (yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak) .

Telinga dalam pula terdiri daripada koklea, salur separuh bulat dan saraf auditori iaitu saraf pendengaran yang menghantar maklumat pendengaran dari koklea ke otak untuk ditafsirkan. Di otak pula, terdapat pusat pendengaran yang akan memproses maklumat yang sampai dan maklumat-maklumat ini akan ditafsirkan sebagai pendengaran. Disebabkan hal inilah, kita dapat menikmati sensasi pendengaran.

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang telah dinyatakan tadi haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.

http://www.audiolab.com.my/images/theear.jpg

Jenis Masalah Pendengaran.

Adalah penting untuk anda mengetahui jenis masalah pendengaran yang anda hadapi kerana ia akan membantu anda dan menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Jika anda menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh dirawat, pemakaian alat bantu dengar adalah perlu.

Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran. Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah. Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah.
Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan.

Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran.

Berhati-hati jika anda mengalami tanda-tanda berikut !
Segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan pendengaran anda.

    * Meminta percakapan diulang berkali-kali
    * Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
    * Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan.
    * Sukar memahami perbualan di tempat bising
    * Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari
    * Sukar memahami perbualan telefon
    * Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
    * Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
    * Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat
    * Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher.
    * Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran
    * Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll)
    * Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah pinggang dll)

Perhatikan anak-anak anda. Jika mereka mempunyai salah satu ciri-ciri seperti di bawah, bawalah mereka menemui doktor untuk pemeriksaan pendengaran!

    * Tidak bertindak balas terhadap bunyi
    * Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri
    * Tidak memahami / silap memahami arahan
    * Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun
    * Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri
    * Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas
    * Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar
    * Lewat bertutur
    * Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap
    * Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan
    * Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas dilahirkan
    * Telinga sering berair atau bernanah
    * Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg)
    * Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan
    * Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo virus dll jangkitan kuman semasa mengandung
    * Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung
    * Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin, anti-diuretik dll)
    * Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan.

smeetasmitten Publish time 4-5-2006 12:07 AM

Anak saya dulu mcm tu. Bawak pegi ENT dia vacuum keluarkan nanah. RM200 jugak kena. Tapi tak baik pun. Lepas tu bawak ke klinik biasa, doktor bagi ubat yg keringkan hingus (masa tu dia selsema) lepas tu sampai sekarang elok je, tak pernah jadi lagi.

Masa ent tu check, dia pakai kamera, dia kata ada satu lubang (kudis) yg tak baik2. So nak kena keringkan kudis tu baru dia ok.

Yg saya notice, bila ubat titik ke dlm telinga, lagi menjadi2. Bila makan ubat keringkan hingus ok pulak. lagi satu nanah tu banyak bila selsema, sebab sistem saliran kat telinga tu terganggu. Masa kat ent saya tanya whether affect hearing dia now or later, dr ent tu kata tak.

Tapi sampai sekarang saya hari2 check telinga kot jadi balik. Lega sebab dah ok.

eldorado Publish time 4-5-2006 12:25 AM

teruskan pemeriksaan telinga telinga anda...(",)

KakFie Publish time 4-5-2006 08:33 AM

anak akak pernah jadi cenggitu...

asalnya akak syak problem "swimmers ears" kot...sensitive bila gi swimming - dia belajar swimming.
Lama-lama melarat.

Ada sekali tu bawak dia ke klinik 24 hours yang dekat dengan rumah sebab dia sakit sangat pagi-pagi lagi.
Bila guna je ubat yang doktor tu bagi langsung keadaan makin teruk.Busuk dan berairnya bukan main lagi.Sampai ke pipi merah dan bengkak. Lebih teruk dari sebelum bawak ke klinik.

Bawak gi klinik lainyang selalu pergi, doktor tu recommend bawak ke Specialist di Ampang Puteri sebab keadaan dah teruk sangat.

Bila ke specialist, doktor cakapanak akak ada masalah fungus dalam telinga, dia vacuum keluar fungus tu.

Dan katanya ,, ubat yang doktor 24 jam tu kasiselalunyaakan lebih mendatangkan masalah kepada orang yang sakit telinga.Kata specialist tu lagi dia dah pesan dengan doktor2 jangan prescribe ubat tu tapi ada doktor yang bagi jugak sebab boleh buat untung yang banyak....beli murah je rm2/3 ringgit tapi boleh charge berpuluh ringgit.
Yelah...kita ni manalah nak tahu kan?Masa tu desperate sangat...klinik biasa tu tak bukak lagi.

Klinik 24 jam tu memang banyak cawangannya....setiap kali anak akaknampak klinik tu dia jadi fobia.Kesian ngan dia sebab memang teruk sangat telinga dan muka dia masa tu.Sakit tu tak payah cakaplah...kesian.

Kalau puti ada doktor yang memang dipercayai bawaklah anak ke situ dulu untuk pemeriksaan.Tapi kalau tak ada, elok bawak ke specialist terus.Takut jadi macam anak akak.

Apapun kena cepat...sebab takut melarat

Sekarang ni dah 2 tahun berlalu alhamdulillah setakat ni anak akak tak ada dah problem tu, walaupun pergi swimming.

[ Last edited byKakFie at 4-5-2006 08:36 AM ]

puti Publish time 4-5-2006 09:56 AM

Originally posted by Syd at 3-5-2006 04:25 PM
daya pendengaran dia ok tak?



setakat nie pendengaran dia ok.

puti Publish time 4-5-2006 10:10 AM

Originally posted by smeetasmitten at 4-5-2006 12:07 AM
Anak saya dulu mcm tu. Bawak pegi ENT dia vacuum keluarkan nanah. RM200 jugak kena. Tapi tak baik pun. Lepas tu bawak ke klinik biasa, doktor bagi ubat yg keringkan hingus (masa tu dia selsema) lep ...


saya nak tanya awak bawa g klinik mana yg kena rm200 tu,anak saya kalau tak selsema pun ada keluar juga. tu yg saya pelik tu, ari tu doktor bagi juga ubat keringkan selsema(maksudnya ubat selsema la kan) tak okey juga.

Syd Publish time 4-5-2006 10:12 AM

puti,
ni bukan nak takut2kan.
tapi lebih baik sentiasa berpikiran negatif
kalau pasal budak2 nih
pikirkan apa kesan jangka panjang
jika tak dpt rawatan lanjut dan terus menerus

kesian budak-budak.

KakFie Publish time 4-5-2006 10:28 AM

setuju tu....

sebab keadaan anak puti tu di luar kebiasaan....
jangan putus asa untuk berubat.
Kecik-kecik ni telinga lagilah sensitive...masih lembut...

puti dah bawak jumpa specialist2 di mana ya?Pelik jugak jumpa specialist pun tak baik lagi...kesian anak tu.

misa Publish time 4-5-2006 11:02 AM

misa pun ada anak yang mempunyai masalah yang sama... telinganya berair/bernanah... umurnya sekarang 1 thn 6 bln...
start jadi dlm bln 11/2005...kiranya dah 5 bln... setiap bulan ada appointment ngan pakar kat HUKM.. setiap kali pergi...
doktor cuma bagi ubat titik dan ubat selsema... cuma untuk bln 4 baru nie doktor tukar ubat.. dia bagi antibiotik dan ubat titik
jenis lain pulak... misa bagi ubat nie kat anak dalam tempoh seminggu... masih tak baik jugak.. dalam pada itu.. anak misa
demam pulak.. misa pergi klinik biasa.. doktor kat situ bagi ubat demam dan selsema.. misa bagi jugak ubat selsema yang
dari klinik biasa nie.. tapii tengok tak lega jugak... cumanya...sejak sabtu lepas... telinga anak misa dah tak keluar nanah...
kiranya sampai hari nie.. baru 5 hari nanah dah tak keluar... misa harap dah baik ler telinga anak misa tu jangan ler keluar
nanah lagi... risau sangat...18/5 nie ada lagi appointment kat HUKM... harap-harap doktor kat situ boleh bagi berita baik..

puti Publish time 4-5-2006 02:23 PM

Originally posted by KakFie at 4-5-2006 10:28 AM
setuju tu....

sebab keadaan anak puti tu di luar kebiasaan....
jangan putus asa untuk berubat.
Kecik-kecik ni telinga lagilah sensitive...masih lembut...

puti dah bawak jumpa specialist2 di ...


saya bawa pakar kat bangi, tu lah saya dah bosan asal pegi bagi ubat yg sama, duit beratus gak habis,memang saya sgt2 risau nie dah anak perempuan sorang je.

comel_manja Publish time 4-5-2006 02:51 PM

puti, apa kata awak bawak anak tu ke pakar di shopital lain pulak. comel x eprnah bawa baby ke dr yg sama kalau byk kali kalau setiap kali pergi, ubat yg sama diberi dan tiada perubahan. so far baby serasi dgn dr sheila hospital tawakal.

Syd Publish time 4-5-2006 02:57 PM

ye,
bawaklah jupe doc yang lain

kesian kat baby.

KakFie Publish time 4-5-2006 03:02 PM

Originally posted by puti at 4-5-2006 02:23 PM



saya bawa pakar kat bangi, tu lah saya dah bosan asal pegi bagi ubat yg sama, duit beratus gak habis,memang saya sgt2 risau nie dah anak perempuan sorang je.

cuba bawak gi pakar ENT yang lain.Ataupun paeditrician dulu...pas tu kot kot dia refer ke ENT specialist kalau perlu.

suruli Publish time 4-5-2006 09:19 PM

Because of their short Eustachian tubes (which connect the middle ear to the back of the nose and throat), children are more susceptible than adults to painful ear infections. Most kids will get at least one by the time they're 2.

smeetasmitten Publish time 4-5-2006 10:39 PM

Originally posted by puti at 4-5-2006 10:10 AM



saya nak tanya awak bawa g klinik mana yg kena rm200 tu,anak saya kalau tak selsema pun ada keluar juga. tu yg saya pelik tu, ari tu doktor bagi juga ubat keringkan selsema(maksudnya ubat sel ...

RM 200 = RM 120 (1st time) + RM 80 (2nd time) kat Damai Hospital

Syd Publish time 24-7-2006 02:05 PM

Otitis media ganggu pendengaran budak
Oleh HAFIZAH ISZAHANID


JANGKITAN telinga tengah (otitis media) memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Malah antara 30 hingga 40 peratus kanak-kanak menghadapi masalah kesihatan ini.

Bagaimanapun disebabkan kanak-kanak pada awal usia tidak berkeupayaan berbahasa dengan sempurna, dia gagal memberitahu ibu bapa kesakitan dialaminya. Justeru, ibu bapa seharusnya lebih peka perkembangan anak dan memerhatikan kelainan tingkah lakunya.

Antara gejala otitis media (OM) ialah sukar tidur, kerap menggaru atau menarik telinga yang sakit, demam, selesema dan kadangkala batuk.

Ia terjadi dalam dua cara, jangkitan yang akan menyebabkan rasa sakit diikuti dengan nanah kerana gegendang telinga pecah manakala satu lagi terjadi dalam bentuk keradangan. Simptom keradangan ialah rasa gatal tetapi tidak bernanah.

Dalam dua kejadian OM ini, keradangan membawa kesan jangka panjang seperti kurang pendengaran dan akan melambatkan perkembangan pertuturan anak jika tidak dirawat manakala jangkitan bernanah akan sembuh sepenuhnya menerusi pemberian antibiotik. Bagaimanapun ia bukan jaminan masalah itu tidak berulang.

Gegendang telinga yang pecah biasanya akan bertaut kembali dalam kes OM yang bernanah. Tetapi jika lubang yang pecah itu besar dan OM terjadi berulang kali, gegendang mungkin tidak akan bertaut dan menyebabkan kesan pada pendengaran.

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, berkata setiap kanak-kanak berisiko mengalami OM sejak berusia beberapa bulan hingga sembilan tahun.

ę„alaupun orang dewasa juga berhadapan masalah OM tetapi kanak-kanak lebih kerap menghidapinya kerana sistem ketahanan tubuh masih rendah dan tiub eustachian kanak-kanak (tiub yang menghubungkan bahagian atas tekak ke telinga tengah) pendek dan lurus berbanding orang dewasa,

macademia Publish time 24-7-2006 02:12 PM

anak mac ada banyak ear wax...... dr pun ada kasi ubat titik..... tapi ear waxnya, takdelah menanah atau berbau busuk....... should I be worried? yesterday masa swimming class, dia start pegang2 telinga dia..... bila ditanya dia kata sakit.... tapi sekejap aje.....

Come to think about it..... nak bawak dia pegi clinic la petang nanti.......
Pages: [1] 2
View full version: telinga anak berbau dan berair


ADVERTISEMENT