ira79 Publish time 25-7-2006 11:06 AM

puti...

i had the same experience. my son umo 5 bulan.. haritu masa hanto nursery.. dia selsema.. alih2 lepastu telinga dia kluar lelehan.. mcm kuning cream sketla. terus ira bawak gi klinik. dapat ubat selsema ngan antibiotik. lepas seminggu.. tak baik gak.

then gi SJMC ER.. diorang tuko antibiotik dan katanya shud be ok in 1 wk time.. tapi tak baik jugak. then dia refer gih specialist.. Dr Angelina SJMC (mmg bagus dokter nih dedua anak ira jumpe dokter nih). dia tukar satu lagi antibiotik. as per doc's advise.. jangan pakai ubat titik telinga dulu sebab u never know how severe is the damage. takut kalau gegendang telinga tu berlubang.. nanti ubat tu bleh masuk lagik dalam.. bahaya.

lepas 1 wk, tak ok juga.. gi jumpa angelina balik. dia bagi antibiotik injection. ubat paling power la tuh. 3 days.. 1 injection per day. alhamdulillah masuk hari kedua terus hilang. after 3rd injection, setel. :)

sepanjang kena infection tu doktor tu suruh pastikan telinga budak sentiasa kering, masa mandi hati² jgn kena air.. pastu guna putik kapas yg dibasahkan skit dgn normal saline.. pastu korek telinga dia sket.. ensure lelehan telinga tu takde. kena bersihkan telinga tu recommended 4 kali sehari.

at the same time.. kena hilangkan batuk/selsema dia sebab kahak yg tak kluar tu bleh masuk ke saluran telinga.. tu yg jadik infection. ubat paling mujarab.. amik madu asli setengah sudu kecik... pastu campurkan ngan setengah biji limau kasturi.. mix it.. pastu bagi minum sekali atau dua kali sehari. insyaAllah dalam 3 hari semuanya akan sembuh. cubalah.. ira dah try nih.. ia menjadi.

melati-putih Publish time 25-7-2006 12:51 PM

biasanya specialist tak galakkan ubat titik-titik nieh..

macademia Publish time 25-7-2006 01:47 PM

oppss.... yeke melati..... the dr dulu kata, condition my son tak serious, so no need to vaccum.....

ira79 Publish time 25-7-2006 02:39 PM

uih vacuum? mana bleh buat vacuum tuh. most to most pun.. clearkan dengan cottonbud jer lah. my paed.. dr angelina tu just allow pakai ubat titik telinga nama sofradex jer.. 1 titik kat tinger lps dah bersihkan dengan normal saline. ada lagik 1 botol besor saline tuh.. tatau nak buat ape.. ehehe.

erm.. elok setelkan cepat je. sebab mana kita tahu camana condition dalam tinger dia tu. masa anak ira mkn antibiotik ader try soh doktor klinik lain tengokkan tinger.. dia kata dah ok.. tapi esoknyer kuar balik. budus gak sesetengah dokter nih. dia pun tatau ape yg dia tengok kot sbb dia soh my hubby tengok. ader ke.. sapa yg dokter.

for me.. tak kisah la bayo lebih sket.. (aritu last visit kena rm340) utk specialist fee ngan ubat2... tapi alhamdulillah okey terus. 3 kali cucuk mintak buat kat klinik biasa.. dr sahril caj rm5 je sekali cucuk. yg penting anak anakku sihat. risau tengok dia mcmtu.. mana kita tau apa jadik dalamtuh. taknakler tunggu sampai jadik apape.. kang lagik naya.

macademia Publish time 25-7-2006 02:47 PM

I guess i better send him to ENT terusla.... $$ no problem.... all paid for by company....

Thanks Ira....

putubambu Publish time 25-7-2006 02:55 PM

anak putu pernah jadi begitu.. masa dia umur dlm 1 tahun 2 bulan
sekarang ni umur dia 1 tahun 8 bulan..

rimas dibuatnya..dok berair lepas kering cam berkuping kat cuping telinga tu..
bawak klinik biasa tak jalan...
so putu bawak kat kg. bharu medical center (depan masjid kg. baru)
pasal dah biasa kat situ.. dan kat situ gak di lahir..

jumpa dr. pakar ENT dia tu.. hmm.. lupa nama.. tapi dr. lelaki lah.. baik.. org perlis.. kelakor gile kalau sembang ngan dia..!!
dia masukkan kamera kat dlm lubang telinga.. rupanya telinga dia menanah sikit..
pasal air selalu masuk dlm telinga.. ntah masa mandi atau masa bawak dia kat pool. iyelah..kengkadang bebudak ni susah nak control.. dlm berjaga-jaga pun terkena gak..

lepas tu dia bagi ubat titis ke ubat antibiotik le cam gitu..
after 3-4 hari.. terus kering dan baik.. sekarnag tak de pun kena lagik..
caj pun tak mahal sangat dlm RM100++ lebih sikit jek.. caj dr. pakar RM60 + ubat ngan ape2 ntah..mmg tak sampai le RM150.

tapi tak tau le kalau lain telinga lain tahap kerosakan dia...
wallahualam.. tapi boleh cuba kalau awak kat area2 kl ni.. senang jek nak carik tempat tu..

dealova77 Publish time 4-1-2007 03:51 PM

jumpa gak thread ni...:pray:
saya tgh risau sangat ni.. my doter pun telinga dia bernanah n berair cam ni skrg ni...
tp dah try pendengaran dia rasanya ok.. tak de apa2 masalah..
dah bwk g doctor dah.. doc bagi ubat antiboitik yg paling strong
n soh cek balik after 3 months.. tp tak tentu hala dibuatnya...
doc kata sbbflu... n dah gegendang dah kena jangkitan..
so doc takut dia makan tulang dalam tu..
so risky to meningitis.. tu yg lagi risau tu...
perlu ke bwk g pakar ye.. or ada petua2

Syd Publish time 3-11-2009 12:44 PM

Hilang pendengaran kerana bakteria

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.abdullatib@kosmo.com.my

Pusat jagaan harian kanak-kanak menjadi faktor utama kepada jangkitan dalam telinga (OME).

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1101/Kosmo/Kesihatan/ke_01.1.jpg
KEADAAN telinga penghidap OME yang kronik hingga boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang (kanan sekali).

DEMAM yang tidak berpenghujung, kerap menangis dan tidak dapat tidur menjadikan ibu bapa Aqil gelisah.

Bukan itu sahaja, tahap kesihatan anak mereka yang berusia dua tahun itu semakin merudum sejak dihantar ke pusat jagaan harian kanak-kanak berhampiran pangsapuri mereka.

Setelah berlarutan selama hampir dua minggu dan keadaan tidak bertambah baik, Aqil dibawa berjumpa dengan pakar dan diagnosis dengan segera.

Hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mengalami jangkitan dalam telinga yang disebabkan oleh bakteria.

Jelas Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Aminuddin Saim, gejala jangkitan ini dikenali sebagai Otitis Media atau jangkitan dalam telinga (OME).

“Bukan perkara luar biasa apabila seorang kanak-kanak berusia di antara dua hingga enam tahun mendapat penyakit ini. Namun, yang membimbangkan ialah ramai ibu bapa yang tidak sedar anak mereka menghidap penyakit ini,” katanya serius.

Bukan sekadar itu, pilihan yang terhad sehingga memaksa kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka seawal usia beberapa bulan selepas kelahiran ke pusat jagaan kanak-kanak menyebabkan penyakit ini semakin berleluasa.

Tegas Aminuddin lagi, kepadatan bayi dan kanak-kanak serta tahap kebersihan yang tidak dapat dipastikan di pusat jagaan itu menjadi faktor utama dalam penyebaran penyakit ini di kalangan kanak-kanak.

Menjelaskan lebih lanjut, Aminuddin berkata, OME merupakan jangkitan di dalam telinga terutama di kawasan selepas gegendang telinga.

Malah OME langsung tiada kaitan dengan telinga luar, tahi telinga atau aktiviti berenang.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1101/Kosmo/Kesihatan/ke_01.2.jpg
OME merupakan jangkitan di dalam telinga terutama di kawasan selepas gegendang telinga.

Sambungnya lagi, kanak-kanak mudah mendapat OME selepas demam selesema. Seringkali ia terjadi seminggu selepas demam tersebut.

Paling utama, penyakit ini berlaku secara berulang-ulang. Lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih, lebih kerap jangkitan ini berulang.

Dalam kes jangkitan yang lebih kronik, jangkitan tersebut boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang dan nanah yang berterusan.

“Lebih parah, cecair dalam telinga ini yang dibiarkan akan menanah dan akhirnya mampu merosakkan gegendang telinga,” kata Aminuddin.


Hilang pendengaran

Menyentuh mengenai kesan penyakit ini, sebanyak 10 hingga 20 peratus kanak-kanak yang tidak dirawat dengan segera bakal mengalami masalah pendengaran.

Bukan itu sahaja, kehidupan sosial kanak-kanak OME juga akan terjejas termasuk tahap pembelajaran mereka.

“Kanak-kanak OME cenderung untuk menjadi lebih agresif. Pertuturan mereka juga terjejas dan tahap kesihatan yang sering saja terganggu,” ujar Aminuddin yang membuat kajian penyakit ini beberapa tahun lalu melibatkan seramai 1,097 kanak-kanak prasekolah.

Malahan kanak-kanak OME cenderung mendapat radang otak, jangkitan pada tulang telinga serta mengakibatkan pekak berkekalan.

Bagi merawat OME, lazimnya pemberian antibiotik menjadi pilihan pakar kecuali jangkitan tersebut mencapai tahap kronik.

“Jika keadaan telinga menjadi kronik, pakar akan melakukan pembedahan kecil bagi memasukkan sejenis tiub bagi mengeluarkan cecair yang tersumbat di kawasan dalam telinga tersebut,” ujar Aminuddin.

Tambahnya, tiub tersebut bersifat sementara dan bertujuan menstabilkan tekanan dalam telinga. Selepas tiga hingga empat bulan, tiub itu akan terkeluar dengan sendirinya.

Dalam pada itu, lebih mengejutkan apabila laporan tersebut yang disiarkan dalam jurnal Otorhinolaryngol Pediatric mendedahkan sebanyak 13.8 peratus kanak-kanak menghidap penyakit ini.

KANAK-KANAK yang dihantar ke pusat jagaan harian lebih mudah dijangkiti.

Justeru, Aminuddin menggesa ibu bapa agar lebih prihatin dalam penjagaan anak-anak mereka terutama yang berumur enam tahun ke bawah.

“Paling utama, pilih pusat jagaan kanak-kanak yang mengutamakan kebersihan, tidak terlalu ramai serta peka terhadap perubahan kesihatan anak.

“Ini penting kerana OME menyerang secara senyap. Tiada simptom khusus kecuali anak mula meragam dan demam berterusan,” kata Aminuddin.

Syd Publish time 3-11-2009 12:45 PM

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1101/Kosmo/Kesihatan/ke_01.3.jpg

huji Publish time 21-12-2009 04:52 PM

Anak sulung saya ader problem cenggini. Saya bawak klinik... doktor bagi antibiotik n ubat titik teling. Baik kejap tapi berulang. Klinik anta suruh refer kat hospital.. pakar ENT. Kat hospital doktor kasik ubat. sama gak. Kering n berulang. So sudahnya doktor buat satu pembedahan kecil untuk letak tiub keringkan gegendang. Sebab doktor kata kalau tak oprate tahap pendengaran anak aku kurang sikit. So aku fikir balik kalau pendengaran kurang bila masuk sekolah nanti.... mesti tertinggal. Aku suruh doktor cepatkan opration. Huhu.. masa doktor bagi anak aku ubat tido.. kesiannye aku nengok... tapi sekarang nie alhamdulillah sumernye dah setle.So sekarang kalau anak2 aku selsema jek terus aku bagi ubat selsema... takut jadi lagi cam tu.
Pages: 1 [2]
View full version: telinga anak berbau dan berair


ADVERTISEMENT