hasurinde Publish time 11-5-2006 12:55 PM

Pahang Darul Makmur

Hi Forummers,

Kitaorg (club members) nk organize trip ke Cherating..
Ada lak yg suggest Club Med..:hmm: mahal ler...........
kitaorg ada la dlm...30 org..

Sesapa..leh suggest tak..
Mana resort ke..hotel ke..yg best leh buat trip ni..
yg paling penting..tempat tu mesti syiok giler kalau nk buat activity..
Biasa ar...nk release tension..
Plan nak pegi early july...

Meh ler tolong2 suggest..
:pray::nerd:



~ All Merged

[ Last edited bychumpon at 5-12-2006 07:22 PM ]

dolpin Publish time 22-5-2006 11:16 AM

tak dek org leh jawab ke?? nak tau gak ni..

lissa Publish time 22-5-2006 03:46 PM

co i buat kat suria cherating...tgh bulan 7...

semalam baru gi surevey...ok gak....

muslyn Publish time 22-5-2006 05:25 PM

sapa ada friends keje telekom, suruh dia book. telekom staffs dpt special rate at Impiana resort cherating.I think pay about rm50-60 kit for standard room. Tapi kena book awal!

itchme Publish time 23-5-2006 02:17 AM

Originally posted by lissa at 22-5-2006 03:46 PM
co i buat kat suria cherating...tgh bulan 7...

semalam baru gi surevey...ok gak....


lissa, suria cherating ni kat area mana ya? dalam kg cherating ke?

EtchedGlass Publish time 23-5-2006 03:49 PM

check thread pasal cherating kat bod pahang...aku dah letak website resort kat cherating kat situ
cherating

dvpro Publish time 24-5-2006 02:13 AM

Kalau nak save accomodation, blh try Residence Inn sbb semua bilik dia 2 x katil queen size.

ng58339 Publish time 30-5-2006 11:59 AM

Janda Baik

Saya nak bercuti nak pergi berehat. Ada sapa-sapa pernah pergi ke Janda Baik di Bentong tuh? Boleh bagi testimoni...

faraway Publish time 30-5-2006 10:23 PM

saya pernah pergi tapi tahun 2001 rasanya, masa tu memang best, air putih jernih, sejuk sesangat, chalet tu dekat dg air, malam malam dengar cam cam bunyi, ramai orang bercamping, cuma makanan aje susah, masa tu tak banyak restautant lagi... so dah 5 tahun, mesti tempat tu dah banyak berubah.

Von Publish time 31-5-2006 05:30 PM

kalau janda baik aku selalu pi umah pak habib yg bela anak mutaah yg 10 org tu...umahdia kat janda baik tu umah rehat dia..dia open utk sapa2 yg nak menikmati suasana segar kat janda baik...cuma sign buku guest dia ja....

dak_abu Publish time 31-5-2006 05:42 PM

Reply #3 Von's post

:o: wahhh.... ade contact no?

liesl Publish time 1-6-2006 02:39 AM

i pernah pergi > 10 tahun yg lalu. hujan lebat sampai banjir i didukung ayah dan nyamuk byk...

mamahasbi Publish time 15-6-2006 10:58 AM

kalau nk awana kijal boleh pm saya.

saya ade kawan keje kat sana.bole bg low rate.

flameboy35 Publish time 16-6-2006 01:18 PM

Cherating kalau x singgah restoren nama paksu memang x sah..memang sedap restoren tu...memang pakar dlm masakan seafood n puas hati dgn bayaran yg dikenakan.Kalau anda dari kl restoren itu di sebelah kanan anda di tepi jalan dan juga ada signboard Paksu besar2 dia tulis.So you guys should try.It really fantastic.

ilham_ryana Publish time 17-6-2006 12:44 PM

kat cherating ni ada chalet yg murah2 tak...
ingat nak pegi bulan 8 ni....

flameboy35 Publish time 18-6-2006 11:41 PM

Bnya chalet yg murah2 tapi nak kena tau gak berapa ana punya budget...then i can help you..

dracorlord Publish time 9-7-2006 11:14 AM

cherating bayview is very nice.it's at the end part of the village.kena lalu kubur dulu to get there.hahah.but it's not that creepy.went there once.good for privacy.it's got all the basic facillities.but mind you it's not a 5 star resort so don't expect hot showers.ngehngeh.halal food is available along the main road.and also in the kampung...you'll only have to do a bit of wandering around, that's all.

Syd Publish time 31-7-2006 02:07 PM

Janda Baik belum diusik
Oleh Rosli Abdul Jalil


Kawasan kaya dengan khazanah alam semula jadi bernilai tinggi, selain udara nyaman, sejuk

PAHANG sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung, kaya dengan khazanah hutan dan keindahan alam semula jadi yang menawarkan pelbagai destinasi pelancongan menarik kepada pelancong dalam dan luar negara.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/30janda.jpg

Kelebihan yang dimiliki Pahang sukar ditandingi kerana ia bukan saja menawarkan destinasi pelancongan berasaskan ekologi melalui hutannya yang asli malah khazanah tanah tinggi, sungainya yang mencabar penggemar sukan air, pantainya yang luas dengan pasirnya memutih serta gugusan pulau belum diusik pembangunan.

Keunikan yang dimiliki Pahang membolehkannya mengetengahkan pelbagai alternatif kepada pelancong untuk memilih destinasi percutian yang sesuai dengan kehendak mereka.

Nama Genting Highlands, Cameron Highlands, Bukit Fraser, Taman Negara, Sungai Pahang, Sungai Lembing, Gunung Tahan, Teluk Cempedak, Cherating dan Pulau Tioman kini terpahat sebagai destinasi pelancongan yang menarik dalam peta pelancongan dunia.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/30janda2.jpg
BANGLO mewah di Tanarimba,
Janda Baik.

Bagi penduduk di Pantai Barat Semenanjung, kawasan Janda Baik di Bentong menjadi satu lagi daya tarikan mereka untuk ke Pahang.

Terletak kira-kira 27 kilometer dari Kuala Lumpur, Janda Baik bukan saja unik kerana namanya tetapi juga kerana keunikan kawasan itu yang kaya dengan keindahan flora dan fauna.

Berada pada ketinggian antara 600 dan 800 meter dari aras laut, Janda Baik menikmati udara yang nyaman dan sejuk iaitu kira-kira 28 darjah Celsius pada waktu siang dan 22 darjah Celsius pada waktu malam.

Dikelilingi hutan hujan tropika, Janda Baik menawarkan pakej percutian menarik kepada pelancong yang inginkan kedamaian dan ketenangan.

Bagi pelancong dari Pantai Barat, terutama Kuala Lumpur, perjalanan untuk sampai ke Janda Baik hanya mengambil masa kira-kira 45 minit melalui Lebuh Raya Karak. Suasana yang nyaman dan segar pasti menyambut ketibaan pengunjung sebaik menjejak kaki ke kawasan tanah tinggi itu.

Janda Baik bukan saja menyimpan khazanah alam semula jadi yang tidak ternilai tetapi kampung tradisional dan perkampungan Orang Asli turut memberi pengalaman baru kepada pengunjung. Keunikan Janda Baik jika dieksploitasi dengan sebaiknya dapat menjadi tarikan utama pelancong ke Pahang.

Aktiviti homestay yang bermula sejak dua tahun lalu membabitkan 52 keluarga di empat kampung iaitu di Kampung Sum Sum, Kampung Cheringin, Kampung Chemperoh dan Kampung Janda Baik menyediakan alternatif penginapan kepada pelancong berbajet rendah.

Sehingga kini, homestay terbabit menerima kunjungan pelancong dari Jepun, Sweden, Poland dan Korea.

Melalui program itu, pelancong bukan saja dapat menikmati keindahan alam semula jadi tetapi juga mengenali budaya penduduk setempat dengan lebih dekat. Selain empat kampung tradisional Melayu itu, ada sebuah perkampungan Orang Asli Semelai yang didiami 300 orang daripada 60 keluarga Orang Asli.

Kampung Baru Cina yang terletak di pintu masuk ke Janda Baik juga menjadi tarikan kepada pelancong terutama dari Singapura. Restoran di kampung itu menawarkan pelbagai juadah istimewa dan semakin menjadi sebutan di kalangan pelancong.

Tarikan terbaru, projek Tanarimba yang diusahakan Sitrac Corporation (Sitrac) turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelancong.

Kawasan seluas 2,387 hektar yang diberikan permit kepada syarikat itu dijadikan kawasan perlindungan eko pelancongan dan gunakan untuk tujuan rekreasi dan pendidikan. Sitrac melabur sejumlah RM70 juta bagi menyediakan pelbagai kemudahan di kawasan miliknya termasuk penyediaan jalan raya, bekalan air dan elektrik.


Fakta: Janda Baik

Berada pada paras 600 dan 800 meter dari aras laut.

Mencecah 28 darjah Celsius (siang) dan 22 darjah Celsius (malam).

Menyimpan khazanah flora dan fauna, termasuk pokok Balau berusia 250 tahun.

Mempunyai empat kampung tradisional Melayu, iaitu Kampung Sum Sum, Cheringin, Chemperoh, Kampung Janda Baik dan Kampung Orang Asli Semelai.

[ Last edited bySyd at 31-7-2006 02:08 PM ]

rafino Publish time 1-8-2006 02:15 PM

Selain homestay, ada tak hotel ?? Teringin gak nak pegi, tapi kalau bawak baby tak sesuai kot?

bunga_lily Publish time 1-8-2006 03:07 PM

ada banyak tempat macam chalet2 tuh..
tapi nk dapatkan kontek number susah sikit..
antaranya d'ark resort dengan seri pengantin ..
2-2 tempat nih mmg cantik...tp masa i pegi tk sempat nak booking
sbb walk-in..semua bilik dah habes kene book..
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Pahang Darul Makmur


ADVERTISEMENT