pinkunoneko Publish time 15-1-2007 11:50 PM

dulu masa kat uitm dia penah ajar subjek non-core, penulisan cerpen..hehehe...

stripper_j Publish time 16-1-2007 03:42 AM

Saya rasa tak semestinya apa yg kita belajar tu akan kita kerjakan walaupn ia akan banyak menyumbang....skop akan berubah mengikut keadaan dan kemajuan orang itu.

Ramai jg lulusan U kat Msia nih bekerja bukan dari skop bidang yg mereka ambil.
Terpulang lah janji tak mis soru.

uzisyaziha Publish time 16-1-2007 11:34 AM

as for me... suka dengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh dia ni... kira buleh membuatkan kita sedar tentang keadaan sebenar dalam kehidupan kita...

penulisan dia pun ok... memang suka baca...

p/s: lain orang lain pendapatnya... sebab setiap orang melalui pengalaman hidup yang berbeza... terima dan hormati pendapat orang lain... itu lah yang sewajarnya...

yusrin Publish time 16-1-2007 11:41 AM

betul tu uzi
lain org lain pendapat
tapi jgnla menyampah kat org
kita boleh kritik tulisan/ceramah dia
tapi usahla melampau
pd saya saya suka cara dia bercakap
jelas dan mudah kita nak faham
dan kita kenala terima apa yg dicakapnya tu
selalu kita rasa tak suka sbb kena batang hidung sendiri

dewberry Publish time 16-1-2007 01:30 PM

Reply #9 MOONkerBULAN's post

ha'ah..dia sgt menitikberatkn soal pemilihan kale yg boleh menambh aura kepada si pemakainya...

aku penah ar menghadiri ceramah dia nih...bg aku, ok la!xde ape yg x ok...ilmu yg nk diketengahkn tu smpai la kepada aku kut..hehehe...

klau nk banding ngan dato' fadzillah kamsah mmg la beshh dato' fadzilah kamsah tu lagi...buku2 motivasi pun aku suka yg dato' fadzillah kamsah tulis...

dakcuk Publish time 25-1-2007 01:07 PM

haii berangnya saya baca tulisan mak timah aka kaktimah or makcik timah eheks. orang kata tak kenal mata tak cinta. setiap orang ada kelebihan masing2 mcm tu jugak dr fadzilah kamsah dgn Dr Hm Tuah. mak timah dah baca kesemua buku2 dia? termasuk novel2 dia.. jgn ckp orang ler. kite sendiri tu tengok la dulu, duk meluat sgt kat orang tak sesuwai. agaknye org sekeliling mak timah lagi ramai meluat dkt mak timah kan.. ops.! dia pakai baju color2 bukan ape.. itu namanya therapy color, dia pakai bukan sengaja tapi ada maknanya tersendiri, orang yang tak tahu tapi tak cari ilmu mmg lah tak tahu.

peace.

kEk_KeL@d| Publish time 26-1-2007 12:16 PM

jiran aku ni.. hehe. dok seblah umah jek. tp jarang nampak dia. kalo nampak dia, (maklumler umah haku ni kan umah anak dara sumenye mestila malu2 kucing nak tego org) dia yg senyum dulu. kekekek

zailani3524 Publish time 26-1-2007 12:47 PM

Saya mulakan dengan kata-kata bijaksana dari Canselor Universiti PTS, (Mbakyu) Puan Ainon Mohd. Baca sekali lagi dan akui kebenarannya.

Semalam semasa berbaris di kaunter Giant, di depan saya adalah pekeja-pekerja Vietnam. Bagaimana saya tahu mereka Vietnam? Gaya dan pertuturannya. Gaya tersebut cuba ditutupi dengan gaya remaja Malaysia -- jean labuh bertali-tali, kemeja-T, rambut cacak atau memakai topi dan lambang gay sedunia -- pakai subang. Sekiranya Elton John datang melawat Malaysia gembira dia bukan kepalang kerana penganut mahzabnya sangat ramai.
Pemuda-pemuda Vietnam itu cuba menukar imej untuk menjadi seperti remaja Malaysia supaya disangka sebagai remaja Malaysia dan tidak akan ditahan polis. Tetapi jangan lupa, polis dan imegresen tidak mencari kelainan tetapi kesamaan (dari novel The Day Of The Jackal).

Penyamar dan penipu akan melampui batas dalam penyamaran. Perhatikan sungguh-sungguh dengan teliti supaya anda tidak akan terkena. Orang yang hendak menipu anda ada di mana-mana.

Contoh lagi: Apa pandangan anda dengan seorang tigasuku di tempat saya, meletakkan haji sampai dua kali: Haji Suhaimi bin Haji Minit Al-Haj. Memang dia sudah pergi haji tapi tak semua yang pergi haji itu benar-benar buat haji. Ada yang pergi kerana hendakkan title Haji. Itu lambang orang gila pangkat. Berhati-hati bila bersahabat dengan orang yang gila pangkat -- nanti penyakit gilanya menular kepada anda. Rasulullah pun pergi Haji tetapi tak ada pula yang memanggil Haji Muhammad Al-Haj.

Apa pandangan anda pula tentang penipuan ini: Dr. Hang Mohamad Tuah Iskandar Al-Haj? Atau Dr. Chef Lee? Berlebih-lebih? Dalam buku saya "Susah & Senang" (Yang akan diterbitkan semula oleh PTS seiring dengan Gagal & Berjaya, Kaya & Miskin, dijangka dalam bulan Julai 2007) ada satu bab yang berjudul, "Bila lampu gemerlapan, perangkap sedang dipasang." Saya bawakan contoh tentang harimau yang begitu susah hendak cari makan selama ini tiba-tiba di depan mata seekor kambing gemuk sedang tegak berdiri. Bila harimau tersebut menerkam, masuklah ia ke dalam perangkap. Bila lampu gemerlapan, perangkap sedang dipasang. Bila melebih-lebih, awas, seseorang sedang berusaha atau dalam proses menipu anda.

Bagaimana kalau saya letakkan nama dan gelaran saya begini: Tun Dr. Kang Razzi Armansur, PhD, KFC, McD, MSC, CFC, SPM, PMR, Al-Haj. Apa persepsi anda? Tentu anda menyangka saya gila dan melebih-lebih dan sedang berusaha menipu anda kerana Dr. Ori enggan meletakkan Dr. di depan nama. Tetapi Dr. Palsu, Dr. Hang Tuah, Dr. Warna-Warni akan melebih-lebih bersungguh-sungguh meletakkan Dr. di depan nama bahkan ada yang menyulamnya di baju.

Bila hari minggu, pergilah ke Jalan Silang atau Mydin Kota Raya. Tapi awasi beg dan poket anda 2 kali ganda dari hari biasa kerana nanti tiba-tiba akan lesap. Di situ sama ada seperti di Bangla, atau Nepal atau Jakarta. Saya tak tahu, dengar khabar mereka dah berhijrah ke KLCC. Kalau masih ada, memang dari jauh anda akan melihat seperti ada demo di zaman Reformasi dulu. Yang pasti anda akan melihat apa yang disebut oleh Canselor Universiti PTS mengenai penyamaran tadi. Di dalam Mydin, anda akan melihat Mat Indon berambut panjang menyamar seperti rockers supaya disangka orang Malaysia. Rocker Malaysia sendiri tidak begitu, tetapi Mat Indon ini melebih-lebih penyamarannya. Sudah jelas? Memang akan sentiasa melebih-lebih orang yang hendak menipu, bagi menutupi penipuannya.

Sekarang anda telah tahu. Jangan sampai kena tipu, jangan terpedaya dengan lampu yang gemerlapan.

------------------------------------------------------------------------
http://www.armansur.com/

amukgemuk Publish time 27-1-2007 09:01 PM

Originally posted by KakTimah at 1-6-2006 02:23 PM
Buku2 yang dia tulis pun ala2 merepek
maksudnya kamu beli buku dia,.kemudian baca,. kemudian conclude disini sbg merepek..hmm interesting.

CRK Publish time 28-1-2007 08:34 AM

Reply #48 zailani3524's post

Komentar yang sangat menarik!!!
baguslah. nampaknya bukan aku sorang je yg sedar pasal benda ni.
sedarkan masyarakat kita yg mudah sgt terpedaya.

dexa Publish time 28-1-2007 08:44 AM

Reply #48 zailani3524's post

thanks for an interesting post -
appreciate that -

rodzie Publish time 31-1-2007 12:54 PM

smlm aku jln2 kat kedai buku klcc..aku ada ternampak buku drtuah ni...so/...
nak tanya antara buku "membina jati diri gemilang @ membina imaginasi cemerlang"...mana satu ok nak dibeli..

aku actually tak kenal sgt dia..ni..bebaru ni je aku terbaca dlm mingguan wanita..tulisan dia...macam naik semangat je..

so guy...mana satu yg nak beli ni....

*** jgnlah gadoh2..aku rasa...bincang penulisan dia lagi baik drp bincang asal usul dia....
aku rasa....tak de kelulusanpun seseorg tu pun blh berjaya......businesman yg berjaya tu pun kekadang lulusan spm je...

dewberry Publish time 1-2-2007 01:10 PM

Reply #52 rodzie's post

mmbina jatidiri gemilang...

utamakan jatidiri dulu...
pstu bru pk nk imaginasi jd cicak man pun boleh...muahahhaa...

remizati Publish time 2-2-2007 11:04 AM

aku ada jugak baca buku dia..
erm kesimpulan yg aku buat ialah..
penulisan dia bagus..
isi bagus, bagus sbb dekat ngan hati....
tp........ada sesetengah nyer meleret dan tiada isi...
mcm beli roti..yg nampak sedap tapi ada sikit isi....
kalau roti bilis..ada seketul bilis jeks..
tapi ikan bilis tu diimport dr pulau pongkor..;P
sbb tu roti tu sedap kot..:P
apapun aku suka ngan usaha dia tuk kasi motivasi pd org lain..
bkn semua ada pengalaman cam dia..

zailani3524 Publish time 5-2-2007 12:35 PM

Reply #54 remizati's post

tul tu aku salute dari segi usaha beliau utk membantu masyarakat baik dari segi penulisan (buku motivasi) maupun dari segi percakapan (ceramah motivasi). Kegigihan beliau kalau dibaca dari awal penulisan beliau dapat melihat "PEMIKIRAN HM TUAH ISKANDAR" iatu dalam kumpulan cerpen maupun Novel2 beliaudan hari ini buku Motivasi dan lihat "NIAT" beliau untuk membantu. Sekurang-kurang belkiau ada usaha ke arah tersebut...:C

polaris_girlz Publish time 6-2-2007 10:44 AM

aku suka dgn DR.Tuah ni....
nak2 bila dia bagi motivasi bkenaan cinta....
dl masa aku frust pasal cinta, bila baca artikel dia...
aku jadi tenang :loveliness:

CRK Publish time 6-2-2007 12:29 PM

dan ada kalanya penulisan dia meleret-leret

zailani3524 Publish time 6-2-2007 12:45 PM

Reply #57 CRK's post

Itu tidak dinafikan dan diharap ada yg dapat menegur beliau suatu hari agar beliau dapat"memperbetulkan" kesilapan beliau yg beliau tidak nampak ...:P

ting Publish time 6-2-2007 02:01 PM

Baru-baru ni aku ada dengar citer dia kena tangkap khalwat...ada sapa-sapa boleh confirm ke..Aku pelik juga kat TV3 pun dah lama tak nampak...kot2 betul sampai kena banned

CRK Publish time 6-2-2007 02:22 PM

Reply #59 ting's post

ishh ko biar betul
dari mana ko dapat citer tu???
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7
View full version: DR H.M TUAH ISKANDAR ALHAJ


ADVERTISEMENT