shidaaziz Publish time 31-5-2006 04:10 PM

Originally posted by tunteja78 at 31-5-2006 03:42 PM


hang buat tu adunan jgn lembik sgt nnt bila celup telur tu susah nak angkat..aku semalam tersalah lembik skit adunan..nak tmbh tepong malas nak bukak pek baru..so buat gak la ngan lembik2 tu

doh tu macam buat buah melaka ke?

tunteja78 Publish time 31-5-2006 04:11 PM

Originally posted by shidaaziz at 31-5-2006 04:10 PM


doh tu macam buat buah melaka ke?

sama..

Baiduri Othman Publish time 31-5-2006 05:24 PM

Originally posted by tunteja78 at 29-5-2006 09:25 AM
semalam buat sbb dah lama sgt tak mkn..arwah tok wea dulu selalu buat sbb simple sesangat..sedap mkn time panas2 :love:

bhn2 (agak2 je sukatannya)

tepung beras pulut
air
sedikit garam
telu ...

Simple je. Kebetulan kesemua bahan2 ada dlm simpanan. Bolehlah cuba nanti.

Nek_Fiona Publish time 20-6-2006 08:36 AM

Kuih asidah beras(kuih tradisi Pahang)
Bahan-bahannya:
http://i61.photobucket.com/albums/h47/nek_fiona/DSC01534.jpg
Tepung beras 200gm(digoreng sampai ringan dan perang sedikit)
Tepung pulut 80gm(digoreng juga tanpa minyak)
santan dari 2 biji kelapa
gula melaka 4 keping
gula pasir 2 sudu besar
buah pala 1/4 biji
bawang merah 10-12 ulas
bawang putih 2 ulas
cengkih 10 kuntum
kulit kayu manis spt dlm gambar
halia bara spt dlm gambar.
daun pandan 8 helai.
bawang merah 3-4 biji utk dijadikan bawang goreng.(bahan hiasan)

cara:Bawang merah,bawang putih dan halia diblend dgn daun pandan serta sedikit air.Tapis dan tuangkan ke dalam tepung beras dan tepung pulut.Kulit kayu manis,cengkih dan buah pala di sangai sampai ringan dan ditumbuk halus dan bubuh dlm adunan tepung tadi.Kacau perlahan2 dah bubuh santan sedikit2 hingga tidak bergentil.
http://i61.photobucket.com/albums/h47/nek_fiona/DSC01538.jpg
masukkan dlm kuali dan kacau atas api kecil,kalau bergentil tuangkan sedikit air panas.

http://i61.photobucket.com/albums/h47/nek_fiona/DSC01539.jpg
masukkan gula melaka dan gula.

http://i61.photobucket.com/albums/h47/nek_fiona/DSC01540.jpg
menjadi pekat dan keluar minyak selepas 30 minit.Kacau lagi sampai tak melekat pada kuali dan masak.

http://i61.photobucket.com/albums/h47/nek_fiona/DSC01552.jpg
setelah masak,sejukkan dan bentukkan spt dlm gambar.Gunakan penyepit utk buat corak.Dialas dgn daun pisang.

http://i61.photobucket.com/albums/h47/nek_fiona/DSC01554.jpg
corak tradisi.

http://i61.photobucket.com/albums/h47/nek_fiona/DSC01558.jpg
tabur dgn bawang goreng.Selalu di buat pada kenduri kahwin.

Nara_Gaara Publish time 20-6-2006 10:45 AM

Sapa tau resepi nak kuih bom?Nara pun taktau la nama betul kuih ni.Kadang2 org panggil pau/pulut goreng.Kuih ni kat Terengganu jer yg Nara pernah nampak.Bentuk bulat,dalamnya inti kelapa atau ikan.Pastu goreng.Kalau ada share la resepi.Teringin nak buat sendiri.:)

shidaaziz Publish time 20-6-2006 10:58 AM

Nara, kuih bom tu ada 2 jenis. Ada yang guna tepung, ada yang guna keledek. Intinya pula sama ada guna inti kelapa, inti kacang merah atau kacang hijau macam kasturi tu.

Shida tak de sukatan le Nara pasal kalau buat kuih-kuih lama ni Shida agak-agak je.

speedial Publish time 20-6-2006 11:07 AM

Originally posted by Nara_Gaara at 20-6-2006 10:45 AM
Sapa tau resepi nak kuih bom?Nara pun taktau la nama betul kuih ni.Kadang2 org panggil pau/pulut goreng.Kuih ni kat Terengganu jer yg Nara pernah nampak.Bentuk bulat,dalamnya inti kelapa atau ikan. ...

kalu kat Ganu ambe suka paung goreng(kuih bom) hok inti ikang tu.....kalu dok silap guna ubi kayu parut utk kulit dia....tp kuih ni tak salut ngan bijan....

tp kalu kuih bom yg salut bijan tu ada satu guna tepung pulut & satu lagi mcm shida cakap guna keledek.....

ni kuih bom sebenar yg ada bijan
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/onde.jpg
gambar dari alaf21

[ Last edited byspeedial at 20-6-2006 11:15 AM ]

nhuda Publish time 20-6-2006 11:13 AM

Kuih Paung (Kuih Bom)

Bahan Kulit

4 cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika suka)
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti

4 ekor ikan selayang
1/2 cawan santan
2 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu kecil halba
Garam secukup rasa
Cili merah untuk hiasan

CARA MENYEDIAKAN KULIT

Gaul tepung pulut dengan kelapa parut dan garam kemudian tuangkan
air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut

Buat bulat dan isikan ini. goreng dalam minyak yang panas.

CARA MENYEDIAKAN INTI

Sediakan kuali, satukan ikan yang telah dikisar halus dicampur
dengan santan dan sedikit garam. Masak hingga kering sambil dikacau.
tambahkan bawang merah dan halia yang telah dimayang serta halba
dan kacau lagi sehinga betul? kering.

Makan panas2 sedap.
kalu bulan posa kat org jual kuih gong kapas tu, ada sorang mok cik ni jual kuih ni jer

speedial Publish time 20-6-2006 11:17 AM

Originally posted by nhuda at 20-6-2006 11:13 AM
Kuih Paung (Kuih Bom)

Bahan Kulit

4 cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika suka)
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti

4 ek ...

olohhhhh huda....sedapnya paung goreng.....peberet ambe ni....kalu balik kg sokmo tunggu pokcik motor jual kuih...beli kat dia....

nhuda Publish time 20-6-2006 11:19 AM

Originally posted by speedial at 20-6-2006 11:17 AM


olohhhhh huda....sedapnya paung goreng.....peberet ambe ni....kalu balik kg sokmo tunggu pokcik motor jual kuih...beli kat dia....

kakak ambe jual kedai kopi. pagi2 ada org htr kuih ni. kalu dop habis keda, dia wat balik ambe la hok tulung perabih. goreng mula kasi panas :mll:

tunteja78 Publish time 20-6-2006 11:25 AM

Originally posted by speedial at 20-6-2006 11:07 AM


kalu kat Ganu ambe suka paung goreng(kuih bom) hok inti ikang tu.....kalu dok silap guna ubi kayu parut utk kulit dia....tp kuih ni tak salut ngan bijan....

tp kalu kuih bom yg salut bijan t ...

dok ajing make lg hok iti ike..sekalo kalu kt kelate kueh bon ni iti kace ija..ala2 iti kueh kasturi..kade2 pabbil gok kuhe golek 'lengo' (bijan)

nhuda Publish time 20-6-2006 11:34 AM

Originally posted by tunteja78 at 20-6-2006 11:25 AM


dok ajing make lg hok iti ike..sekalo kalu kt kelate kueh bon ni iti kace ija..ala2 iti kueh kasturi..kade2 pabbil gok kuhe golek 'lengo' (bijan)

Teja,

ganu ke banyok ike, tu semo kuih yg ada inti berasaskan ikang. dok gitu kak speed :cak:

Nara_Gaara Publish time 20-6-2006 11:46 AM

Originally posted by nhuda at 20-6-2006 11:13 AM
Kuih Paung (Kuih Bom)

Bahan Kulit

4 cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika suka)
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti

4 ek ...


Laju nya Huda.Kuih ni la Nara cari.Paung goreng ek?Nara panggil kuih bom jer.Nara biasa bli kat Pasar Tani Taman Permint.Ada pokcik tu jual sedap sunggoh.Garing sapa ke petang.Tak macam yg lain,kadang2 lembik.Bulehla nok terai nih.

p/s:huda,nara dah gi mee soya smlm.serabut sikit la kedai tu.:bgrin:mgkin sebab takdok space sangat.

nhuda Publish time 20-6-2006 11:54 AM

Originally posted by Nara_Gaara at 20-6-2006 11:46 AM



Laju nya Huda.Kuih ni la Nara cari.Paung goreng ek?Nara panggil kuih bom jer.Nara biasa bli kat Pasar Tani Taman Permint.Ada pokcik tu jual sedap sunggoh.Garing sapa ke petang.Tak macam yg la ...

hehhehe..kita panggil buoh bom :2lol:

:off:
mmg kedai tu serabut. btw, dia ada buat baking class jugok kat atas kedai dia tu

Melur01 Publish time 20-6-2006 12:01 PM

teringin pulak nak buat kuih lopez.....

mie07 Publish time 20-6-2006 12:07 PM

Originally posted by Nek_Fiona at 20-6-2006 08:36 AM
Kuih asidah beras(kuih tradisi Pahang)
Bahan-bahannya:
http://i61.photobucket.com/albums/h47/nek_fiona/DSC01534.jpg
Tepung beras 200gm(digoreng sampai ringan dan perang sedikit)
Tepung pulut 80 ...



sedapnya kuih hasidah ni........dulu kalau ada majlis kawin mesti ada kuih ni...........mmie memang suka tapi somi & anak2 x suka...............anak kata rasa minyak urat..................he he

[ Last edited byshidaaziz at 20-6-2006 04:45 PM ]

Nek_Fiona Publish time 20-6-2006 12:23 PM

rempah mcm2 jenis mie...yg fiona buat ni tak rasa minyak urat pun sbb rempah2 yg biasa2je.

speedial Publish time 20-6-2006 04:11 PM

Originally posted by nhuda at 20-6-2006 11:34 AM

Teja,

ganu ke banyok ike, tu semo kuih yg ada inti berasaskan ikang. dok gitu kak speed :cak:

nok wat guane...boleh dikatakan makanan kat ganu banyok berasaskan ikang....kalu orang luor gok dok brape buleh gi ngan ikang2 ni....mcm hb ambe ler..karipap inti ikang dok wahi stabuk...kita gok hok tu sedak ngat....hehehe

nhuda Publish time 20-6-2006 04:13 PM

Originally posted by speedial at 20-6-2006 04:11 PM


nok wat guane...boleh dikatakan makanan kat ganu banyok berasaskan ikang....kalu orang luor gok dok brape buleh gi ngan ikang2 ni....mcm hb ambe ler..karipap inti ikang dok wahi stabuk...kita g ...

:setuju: 200% :bgrin:

speedial Publish time 20-6-2006 04:18 PM

saper ada resepi beka pulut (bingka pulut) dok pung beko pulut...kuih mcm akok tu yg ada campur ngan kelapa tu....huda ada dok resepi...

ni amik dari alaf 21...camni ker resepi nyer...
Kuih ini mungkin dikenali sebagai BEKO PULUT dan kelapa parut dimasukkan sekali, tidak disalut di luarnya. KUIH KERTAS atau GERTAS pula adalah yg berlapis-lapis (menggunakan tepung gandum dan tepung ubi) dan digoreng kemudian disira dengan gula halus.

BEKO PULUT
150 g tepung pulut
80 g gula pasir
80 g kelapa parut putih
1 biji telur, dipukul sedikit
75-80 ml air
sed garam
minyak/marjerin untuk melengser

Gaul tepung, garam dengan kelapa parut. Masukkan air, telur dan gula.
Kacau sebati. Panaskan acuan bahulu di atas api perlahan, lengserkan dengan minyak/marjerin. Sudukan adunan tadi hingga penuh dan tutup acuan dengan kemas. Biar selama 3-4 min atau hingga masak. Bila bahagian bawahnya keperangan, bolehlah diangkat.

Nota: Pastikan acuan betul-betul panas baru dilengser. Jika tidak, kuih akan melekat.

Jika menggunakan ketuhar, bakar pada 220 C hingga kuih kembang dan masak (lekang dari acuan). Lebih mudah memanaskan acuan di dalam ketuhar.
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: ANEKA KUIH-MUIH WARISAN MELAYU


ADVERTISEMENT