JunkMail posted on 30-5-2006 02:46 PM

MENU/RESEPI ANTARABANGSA :: THAILAND ::

ni kali pertama aku masuk sini..

mari la tolong ajar aku masak tomyam. aku dah ada limau purut, carrot, serai, udang, sotong, ayam..kira nak buat tomyam campur la ni..
tolong ajar aku weh..aku nak buat surprise ni...

mcm mana nak start masak? apa nak masukkan dulu? mcm mana nak kasik merah2 mcm kat kedai tu? bila nak letak limau kasik masam? bleh masak dlm kuali dak? aku rasa periok tu mcm kecik aje..

tolong ajar aku bleh? nanti aku belanja mkn tomyam...:bgrin:

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 12-2-2009 09:08 AM ]

damiqula posted on 30-5-2006 04:51 PM

masak tomyam la paling senang.campak je ape yang ade tu.tp biase dami boh sayo last2..nanti takderla kecut2 sayo tuh.asam limau last sekali pon tape.biase org boh air n ayam dulu.yg merah2 tu ikut perencah ape yg u pakai.good luck!

layan posted on 30-5-2006 04:56 PM

ko buh air dlm piuk/kuali pon leh....

nk merah letak cili giling/boh + cili padi....kasik gelegak...

buh asam jawa sikit....garam scukup rasa....

buh serai n buh la sume skali....sayo last....

buh je suma...daun lmau purut...air limau last....

pastu ko rase cukup tak segala masam, masib sume....he he heeee....senang bai....

tak pon ko tgk resepi archieve kt sini...(ade ke x)

[ Last edited by  layan at 30-5-2006 04:59 PM ]

tunteja78 posted on 30-5-2006 05:01 PM

teja wat tomyam x guna rencah ready made tuh..cara teja simple je

1.tumis bwg putih+halia yg dah tumbuk n serbuk cili or cili boh
2.bila tumisan tu dah wangi..masukkan ayam..godak2 kejap..masukkan air
3.boh serai (titik), bawang besar (potong baji), daun limau purut (buang urat daun yg besar tu),asam keping,seleri..garam skit..n tomato (separoh masokkan awal sbb nak kasik kuah jdk merah
4.biar mendidih..masokkan seafood n sayur (termasuk belen tomato yg ada)..masa ni leh rasa n tmbh garam n kl kurang masam..perahkan skit asam limau nipis

siapp

layan posted on 30-5-2006 05:02 PM

ceh aku telupa nk kasik tau letak BAWANG..he h eheee....

tunteja78 posted on 30-5-2006 05:05 PM

Originally posted by layan at 30-5-2006 05:02 PM
ceh aku telupa nk kasik tau letak BAWANG..he h eheee....

:bgrin:

cranko21 posted on 30-5-2006 05:09 PM

TOM YAM (kuah merah)
(yg ni leceh sikit dari kuah jernih kerana kena tumis sket)

Bahan2 kisar

5 - 8 biji lada padi merah
sedikit halia
1 batang serai
1 biji bwg besar
2 ulas bawang putih


Bahan2 lain

Air secukupnya (agak2 laa)
1 btg serai

zul_khaleeda posted on 30-5-2006 05:38 PM

sapa tau buat tomyam yang rasa mcm ada letak santan tu...nama dia tomyam seafoood.
warna merah santan..

ahysa posted on 30-5-2006 06:06 PM

Originally posted by zul_khaleeda at 30-5-2006 05:38 PM
sapa tau buat tomyam yang rasa mcm ada letak santan tu...nama dia tomyam seafoood.
warna merah santan..

salam sis...

syah pernah makan tomyam yg mcm "bersantan" tu and coincidently its the best tomyam i've ever eaten in kl. masa tu ada thai fair kat times square dan ada gerai kecil yg menjual authentic halal thai food....very cheap oh so yummy :mll:

kuah tomyam merah tu dia masak mcm biasa rasanya cuma masa nak menghidang tu, dia tuangkan carnation evaporated milk into the kuah...bukan santan. rasanya memang marvelous. antara sayuran yg dia letak ialah oyster mushroom, young corn and lotsa coriander leaves.

lagi satu, jgn buang akar daun ketumbar cos its 1 of the main ingredients to make the soup. bersihkan akarnya, ketuk skit dan masukkan dalam air utk buat kuah tomyam.

ahysa posted on 30-5-2006 06:19 PM

ni lak resipi tomyam kuah putih. syah belajar dgn mak angkat thai :)

ayam - potong 12 (atau boleh guna seafood)
fish sauce
sedikit gula
air limau nipis/kasturi atau lemon

bahan A
serai - titik
akar daun ketumbar - bersihkah pasir dan titik
lengkuas - titik
cili padi merah dan hijau - titik
daun limau nipis - koyak2

bahan B
cendawan tiram
cendawan enoki
young corn
carrot
daun ketumbar


bubuh air dalam periuk dan letak kesemua bahan A dalam air hingga mendidih. masukkan ayam atau seafood and let it boil till the meat masak.

masukkan fish sauce dan adjust ikut rasa. masukkan juga sedikit gula jika suka.

bila dah mendidih skali lagi, masukkan semua sayuran dari bahan B. matikan api dan masukkan perahan limau pada kuah tomyam. siap utk dihidang.

p/s: org thai menggunakan fish sauce bagi menggantikan garam dan gula bagi pengganti bahan perasa.

FARINATA posted on 30-5-2006 06:26 PM

Originally posted by ahysa at 5/30/06 18:19
ni lak resipi tomyam kuah putih. syah belajar dgn mak angkat thai :)

ayam - potong 12 (atau boleh guna seafood)
fish sauce
sedikit gula
air limau nipis/kasturi atau lemon

bahan A
serai -  ...

TENGOK BAHAN2 TU MEMANG SEDAP....:mll::mll:

KITA PUN BUAT MCM TU GAK,DIDIH AIR DULU BARU MASUK BHN2.
(bab rebus nie jer sama)

[ Last edited by  FARINATA at 28-6-2006 05:34 PM ]

sunshine05 posted on 30-5-2006 06:29 PM

tomyam yg ada santan tu biasanyer kat kedai thai je, tu kan makanan thai
biasa i buat tomyam, pakai je tomyam paste Knorr tu, senang
tapi kalau stok dah abis nanti, memang kena ikut la stail korang semua, buat tomyam sendiri...

JunkMail posted on 30-5-2006 10:00 PM

menjadik gak eksperimen aku...pasal korang reply lambat sgt..aku dah balik siap2 tak reply2 lagi..jadik aku bantai buat sendiri aje.

potong ayam ikut suka hati..takde seni punya potong
potong sotong
udang takkan nak potong pulak :bgrin:

masuk minyak dlm piok (akhirnya aku guna piok jugak)
masuk bawang yg dah potong (potong baji tu mcm mana?)
masuk ayam, udang, sotong (aku bantai masuk ni dulu, konon minyak2 dari ayam udang tu akan menyedapkan tomyam aku la..ni teori aku)
masuk cili kering
masuk air (dah jadi merah2 mcm kat kedai)
masuk carrot
masuk daun limau purut, cili api potong aje (aku tiru kedai punya stail potong senget2 tu)
masuk serai (aku potong2 je..titik titik tu mcm mana?)
kasik menggelegak...
pas tu masuk fish sauce - ni aku bantai 3 sudu..aku pun taktau berapa kapasiti nak letak
masuk perahan limau purut
letak garam secukup rasa ... dah siap...aku makan sedap je...mcm kat kedai lak aku rasa :bgrin:

tapi ada 3 kesilapan
1) udang tu aku lupa buang kepala dia..masa aku makan mcm pelik pulak aku tengok..rupanya kepala udang aku tak buang ...hahahahaha...halal jer la..sebelum org tgk ..aku buang dulu..:bgrin:
2) aku lupa letak tomato, dgn apa benda yg mcm kobis brokoli kaler putih2 tu (aku taktau sayo ni namo apo)
3) aku biar menggelegak lama sgt sampai udang dgn carrot tu overcook pulak..since udang dah masuk awal2 kan...

takpo la..janji aku masak ..org makan tak cirit birit...:bgrin:

sunshine05 posted on 31-5-2006 01:11 AM

Junkmail
yang you kata mcm kobis brokoli  kaler putih tu nama nyer couliflower. kekadang orang taruk carrot,couliflower,mushroom butang,tomato, bawang besar,serai, daun limau purut  ngan seafood. Lain2 ikut suka gak, ada yg suka taruk daging, ayam la...sotong la...yg penting tomyam ni memang class, sedap.

dilaOHdila posted on 31-5-2006 09:08 AM

Mee Tom Yam Bangi.....

http://i32.photobucket.com/albums/d9/AnnURRAdila/yes007.jpg

Bahan-Bahan

150 gm mi kuning
100 gm daging ayam
100 gm udang
100 gm sotong
100 gm bunga kobis
1 biji tomato (dibelah)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk) 8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
2 helai daun limau purut
1 biji limau nipis (ambil jus)
Air & garam secukupnya
Minyak masak
Cara:
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan air, daging, serai & cili padi. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sotong, kobis bunga, tomato, bawang besar & pes tomyam. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, garam & air limau nipis. Akhir sekali, masukkan mi & masak selama 3 minit.



[ Last edited by  NoorMasri at 1-11-2006 06:05 AM ]

Achik-Yaya posted on 31-5-2006 03:01 PM

Originally posted by tunteja78 at 30-5-2006 05:01 PM
teja wat tomyam x guna rencah ready made tuh..cara teja simple je

1.tumis bwg putih+halia yg dah tumbuk n serbuk cili or cili boh
2.bila tumisan tu dah wangi..masukkan ayam..godak2 kejap..masuk ...


achik pun tak guna kiub tomyam. guna resepi lebih kurang sama macam teja gaks.
masa tumis bawang tu, achik letak sekali tomato hancur and cili.

yg lelain sama...

ni kalau buat utk kuah steamboat pun sedap ni..

tunteja78 posted on 31-5-2006 03:47 PM

Originally posted by Achik-Yaya at 31-5-2006 03:01 PM



achik pun tak guna kiub tomyam. guna resepi lebih kurang sama macam teja gaks.
masa tumis bawang tu, achik letak sekali tomato hancur and cili.

yg lelain sama...

ni kalau buat utk kuah ...

:clap: :clap: :pompom:

zul_khaleeda posted on 28-6-2006 05:21 PM

macamana nak buat tomyam yg ada rasa santan tu...paling sedap dimakan..

NoorMasri posted on 28-6-2006 05:26 PM

Originally posted by zul_khaleeda at 28-6-2006 05:21 PM
macamana nak buat tomyam yg ada rasa santan tu...paling sedap dimakan..

ikut je resepi buat tomyah jernih/putih tu (tanpa paste tomyam) dan tambah sket santan

aabu posted on 28-6-2006 05:39 PM

Sape yang tahu buat "tomyam perahu pecah". Haritu aabu makan kat satu kedai tu rasanya sedap  dari tomyam biasa.:bgrin:

barangan tambahan yang di taruk  ialah daging ikan+isi ketam..

sape tahu pos kat sini buleh kongsi sesama...

FARINATA posted on 29-6-2006 02:13 AM

Originally posted by aabu at 6/28/06 17:39
Sape yang tahu buat "tomyam perahu pecah". Haritu aabu makan kat satu kedai tu rasanya sedap  dari tomyam biasa.:bgrin:

barangan tambahan yang di taruk  ialah daging ikan+isi ketam..
...

yg nie saya rasa yang orang Thai panggi l'tomyam pok tek ' kalau tak silap saya.:hmm:
kalau tomyam nie biasanyer tomyam orang chiangmai.

zul_khaleeda posted on 29-6-2006 08:10 AM

ada resepi tak tomyam pok tek..ni pernah gak makan..ada rasa santan gak

nhuda posted on 29-6-2006 10:08 AM

Originally posted by ahysa at 30-5-2006 06:06 PM


salam sis...

syah pernah makan tomyam yg mcm "bersantan" tu and coincidently its the best tomyam i've ever eaten in kl. masa tu ada thai fair kat times square dan ada gerai kecil y ...

selalunya time Thai Fair. Mid Valley selalu buat kat exibit centre tu. byk kali dah saya pegi time ada fair tu. mmg murah & sedap. amik sebanyak mana nak letak dlm mangkuk, pastu dia letakkan kuah. biasanya klau thai fair kat mid valley ada 2 gerai yg jual. gerai yg  mak cik best. tak kedekut. siap boleh refill kuah tomyam tu. isi2 tak leh la. and then kat amcorp mall pun pernah ada thai fair ni. pastu org yg berniaga tomyam ni pung org yg sama. biasanya selain tomyam, ada jual pulut mangga, som tam & cucur udang dia org.

mmmg tomyam dia marveles...som tam pun :mll:

p/s: dah lama xde thai fair ni kat mid valley

[ Last edited by  nhuda at 29-6-2006 10:10 AM ]

zul_khaleeda posted on 29-6-2006 10:27 AM

teringai pulut mangga...lupa lak hari tu makan kat coca ada beli pulut mangga.
bawa balik simpan kat fridge...lupa sampai skarang...
mahai pulak tu..kat coca dalam rm20 kotla

zieA posted on 29-6-2006 03:59 PM

Originally posted by FARINATA at 29-6-2006 02:13 AM


yg nie saya rasa yang orang Thai panggi l'tomyam pok tek ' kalau tak silap saya.:hmm:
kalau tomyam nie biasanyer tomyam orang chiangmai.
Bila kak sebut TOMYAM POK TEK..sedapnya..nak gi makan lah malam ni..kt Greenwood ada satu kedai jer zie jumpa/makan  tomyam ni..Bahan2 yg nampak secara azali adalah ketam, udang, sotong, isi ikan, daun herba (yg ni tauke kata kena import dr thai..kalu takde yg ni, tak jadik tomyam pok tek), serai tumbuk , bawang tumbuk dan cili api kering tumbuk..bahan2 tu ditumbuk kasar2..bahan2 lain tak tahu..Kak FARINATA, kalau ada resepi tu..khabar2lah kt sini.
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: MENU/RESEPI ANTARABANGSA :: THAILAND ::