CARI Malay Forum's Archiver

shadowmoon posted at 12-6-2006 02:03

NIDJI..band baru indon..

another band from indon..

ader sesapa layan tak band nidji nih?bole tahan gak ar lagu2 diorang nih..antara lagu2 diorang yg besh ialah sudah,heaven,dan child..

Tazmania_Lover posted at 12-6-2006 14:21

aku pun br dgr lagu2 dorang...not bad ler..album dorang dh masuk pasaran msia...

Tazmania_Lover posted at 12-6-2006 16:46

nak dengar Nidji...bleh PM aku...

[[i] Last edited by  Tazmania_Lover at 12-6-2006 05:06 PM [/i]]

shadowmoon posted at 12-6-2006 20:22

aku ade dgr 3 lagu yg aku senaraikan kat atas tuh jer..antara sumer lagu tuh,aku paling suker lagu heaven..besh lagu nih..ada elemen techno sikit..techno rock kut..

tazmania,ko ader tak lirik lagu heaven nih..tepek ar kat sini..

luv_boril posted at 12-6-2006 21:38

korang leh pergi jugak kat mypace nidji..[url]www.myspace.com/nidji[/url]

[[i] Last edited by  luv_boril at 28-8-2006 07:09 AM [/i]]

luv_boril posted at 12-6-2006 21:54

[quote]Originally posted by [i]shadowmoon[/i] at 12-6-2006 08:22 PM
aku ade dgr 3 lagu yg aku senaraikan kat atas tuh jer..antara sumer lagu tuh,aku paling suker lagu heaven..besh lagu nih..ada elemen techno sikit..techno rock kut..

tazmania,ko ader tak lirik la ... [/quote]

Heaven
Don't beg
Don't cry to your children
Don't even cry
To your papa

Don't try
To beg to your people
Don't even cry
To your mama

Reff : 'Cause Heaven is too far
Away tonight
Heaven is too far
Away.. tonight

Don't laugh
Don't scream to your children
Don't even cry to your sister..

Don't talk
Don't play with the children
'Cause you ain't gonna get my heart

Tazmania_Lover posted at 13-6-2006 09:01

eh sesapa nk link kena PM aku..tak bleh tepek sini..kang board marah..sebaik semlm quennlove ingatkan aku..kalau tak naya aku kena halau kang..ahaks...

[[i] Last edited by  Tazmania_Lover at 13-6-2006 09:02 AM [/i]]

LimaWira posted at 14-6-2006 09:53

aku tak pnh dgr kumpulan nie. sape ade mp3nye plz sharing..

bonita posted at 14-6-2006 10:16

aku tau lagu Sudah je...

taz, aku dh PM ko...hehe..

shadowmoon posted at 14-6-2006 18:48

[quote]Originally posted by [i]luv_boril[/i] at 12-6-2006 09:54 PM


Heaven
Don't beg
Don't cry to your children
Don't even cry
To your papa

Don't try
To beg to your people
Don't even cry
To your mama

Reff : 'Cause Heaven is too far
Away tonight
H ... [/quote]
thanks!!:tq:

Tazmania_Lover posted at 15-6-2006 08:41

[quote]Originally posted by [i]bonita[/i] at 14-6-2006 10:16
aku tau lagu Sudah je...

taz, aku dh PM ko...hehe.. [/quote]
aku dh reply....selamat mendownload...

luv_boril posted at 15-6-2006 08:55

[quote]Originally posted by [i]LimaWira[/i] at 14-6-2006 09:53 AM
aku tak pnh dgr kumpulan nie. sape ade mp3nye plz sharing.. [/quote]

kau leh dengar kat myspace yang aku bg kat atas tu..

bonita posted at 15-6-2006 08:58

[quote]Originally posted by [i]Tazmania_Lover[/i] at 15-6-2006 08:41 AM

aku dh reply....selamat mendownload... [/quote]

thanks taz..really2 appreciate it..:tq:

crysT@|| posted at 6-8-2006 23:52

lagu HAPUS AKU...besh...aku suke banget

crysT@|| posted at 6-8-2006 23:53

sapa ada full album Nidji ni?

isabel posted at 7-8-2006 11:59

huh...byk tul Indon group band ni....

x de ke gambar kumpulan ni...:hmm:

luv_boril posted at 7-8-2006 18:42

[quote]Originally posted by [i]isabel[/i] at 7-8-2006 11:59 AM
huh...byk tul Indon group band ni....

x de ke gambar kumpulan ni...:hmm: [/quote]

just pegi kat myspace diorang...


[img]http://myspace-644.vo.llnwd.net/00795/44/68/795698644_l.jpg[/img]

[[i] Last edited by  luv_boril at 7-8-2006 06:52 PM [/i]]

luv_boril posted at 7-8-2006 18:47

[quote]Originally posted by [i]crysT@||[/i] at 6-8-2006 11:53 PM
sapa ada full album Nidji ni? [/quote]

check PM

[[i] Last edited by  luv_boril at 7-8-2006 06:48 PM [/i]]

aisyah_putri posted at 8-8-2006 09:45

[color=Red][size=5]N I D J I[/size][/color]

[img]http://star-ecentral.com/reviews/sleeve/2006/5/10/10Nidji.jpg[/img]

aisyah_putri posted at 8-8-2006 09:57

[b]BILA AKU JATUH CINTA [/b]--> my fave song! :love:

bila aku jatuh cinta
aku mendengar nyanyian seribu dewa dewi
cinta menggema dunia

bila aku jatuh cinta
aku melihat matahari kan datang padaku
dan memelukku dengan sayang..

bila aku jatuh cinta
aku melihat sang bulan kan datang padaku
dan menemani aku..

melewati dinginnya mimpi
melewati dinginnya mimpi

bila aku jatuh cinta
jatuh cinta bersama dirimu
peluk aku, ciumlah aku sayang

:love: :love: :love:

aisyah_putri posted at 8-8-2006 13:59

[b]Album Breakthru'[/b]

- Sudah
- Hapus Aku
- Bila Aku Jatuh Cinta
- Heaven
- Manusia Sempurna
- Child
- Disco Lazy Time
- Engkau
- Breakthrough
- Kau Dan Aku

aisyah_putri posted at 9-8-2006 09:12

[img]http://www.halfwaythrough.com/upl/images/nidji.jpg[/img]

luv_boril posted at 28-8-2006 07:08

Keratan Akhbar


[quote]
Nidji 'bom jangka'

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

Band baru dari Indonesia ini gah ketika pertunjukan dalam festival muzik terbesar

HANYA dalam tempoh empat bulan muncul dengan album pertama berjudul Breakthru’, band baru dari Indonesia, Nidji kini ibarat ‘bom jangka’ yang bakal meledak pada bila-bila masa.


Ketika ini, di negara kelahiran mereka, band berpaksikan elemen muzik Britain itu bukan calang-calang kerana populariti yang diraih memang luar biasa.

Malah, wakil Metro Ahad (MA) yang diterbangkan ke Jakarta atas tajaan Warner Music Malaysia, AirAsia Berhad dan Hotel Sparks, Mangga Besar, melihat sendiri betapa gahnya band itu sehingga mampu membuatkan penonton ‘tidak senang duduk’ ketika beraksi di Festival Muzik A Mild Live Soundrenaline Rock United — Come As One di Pantai Carnaval, Ancol, Jakarta Utara, 20 Ogos lalu.

Turut serta wakil daripada akhbar Malay Mail, sisipan Ikon Berita Harian, Utusan Malaysia, radio Hot FM, Red 104.9 dan empat pemenang kuiz anjuran Ikon dan Hot FM. Cukup sekadar empat lagu — Heaven, Disco Lazy Time, Sudah dan Hapus Aku — band dianggotai M Adri Prakarsa (dram), Ariel (gitar utama), Giring Ganesha (vokal/keyboard/gitar/piano), M Andro Regantoro (bass), M Ramadista Akbar (gitar) dan Randy Danishta (keyboard) itu memberi gambaran mereka juga sehebat band popular lain.

Wakil media Malaysia berkesempatan bertemu Nidji sebelum tiba giliran mereka beraksi. Dalam pertemuan singkat itu, Nidji yang pernah datang ke Malaysia bagi mempromosikan album mereka Julai lalu, berkongsi kegembiraan dapat turut serta dalam festival muzik terbesar Indonesia, bercerita mengenai muzik Nidji dan tekanan yang diterima berikutan semakin popular.

Pada masa sama, Nidji memberitahu, mereka tidak lagi mahu dikaitkan dengan Coldplay, berkongsi kekecewaan berikutan album mereka dicetak rompak dan mendedahkan siapa antara anggota Nidji yang digilai wanita. Berikut soal jawab antara Media Malaysia dengan Nidji yang diwakili penyanyi berambut kerinting, Giring.

WARTAWAN (W): Bagaimana perasaan kamu dapat beraksi di festival muzik ini?

NIDJI (N): Ini kali pertama kami menyertai festival ini dan bagi kami ia bagus... sangat bagus buat kami. Kami berpeluang mendapat lebih banyak pengalaman dan mempamer persembahan lebih mantap. Kami juga bisa (dapat) bertemu artis lebih senior.

W: Band kamu dikatakan banyak dipengaruhi elemen muzik Britain. Elemen muzik Britain yang bagaimana?

N: Sebetulnya, jika mengaitkan Nidji dengan muzik Britain, ia hanya bunyinya, sedangkan ‘note’nya lebih kepada Melayu.

W: Kenapa menghasilkan album dalam bentuk dwibahasa (Indonesia dan Inggeris)?

N: Kami sebenarnya diberi peluang untuk merakam album dalam dwibahasa. Syarikat rakaman kami beri kami peluang itu. Mungkin syarikat rakaman kami nampak ‘sesuatu’ boleh dihasilkan daripada Nidji.

W: Sejak mula muncul, kamu dikatakan seperti Coldplay. Sekarang bagaimana?

N: Memang banyak yang bilang (beritahu) begitu. Biasa saja... tapi kita terus-terusan bilang kita bukan Coldplay. Kita Nidji Indonesia. Kita mahu ada identiti sendiri.

W: Selepas muncul dengan album pertama dan semakin popular, adakah kamu merasai tekanannya?

N: Kita cuma main muzik sebaik-baiknya dan sejujur-jujurnya. Kami hanya mahu berseronok. Tiada tekanan bagi kami. Jika ada sekalipun, tekanannya hanya kerana perlu jauh dari rumah.

W: Album kamu dipasarkan di peringkat antarabangsa. Bagaimana kamu menanganinya?

N: Semestinya tanggungjawab kami lebih besar. Masa kami juga lebih banyak dihabiskan dengan album. Yang sangat dibanggakan ialah bisa membawa muzik Indonesia ke negara lain.

W: Ini mengenai cetak rompak. Album kamu sudah dicetak rompak?

N: Sudah... masalah ini (cetak rompak) cuma boleh direbah (diatasi) oleh masyarakat. Perlu ada kekuatan untuk membeli album yang asli, baru bisa hapuskan cetak rompak.

W: Kamu melihat sendiri album kamu dijual di pasaran cetak rompak? Banyak?

N: Kami pernah melihatnya. Banyak sekali.

W: Apa yang membuatkan kamu seronok apabila keluar dengan album pertama?

N: Perkara paling menyeronokkan ialah apabila ribuan orang mendengar dan menyanyikan lagu kami.

W: Adakah kamu menemui ‘sound’ Nidji yang sebenarnya?

N: Untuk album pertama ini, secara peribadi sudah 90 peratus.

W: Adakah kamu menyedari masih ada kelemahan dalam album ini dan perlu diperbaiki?

N: Memang ada, tetapi kami meletakkan prinsip tidak mahu cepat puas. Kekurangan yang ada dalam album Breakthru’ akan kami perbaiki.

W: Bagaimana dengan kunjungan kamu ke Malaysia tempoh hari ?

N: Oh... kami rindukan Malaysia. Rindukan orangnya dan makanannya, lebih-lebih lagi roti canai! (ketawa)

W: Bagaimana hubungan kamu dengan band ‘senior’?

N: Band ‘senior’ memberi sepenuh sokongan kepada kami. Mereka sering mengatakan kami bagus dan menyuruh kami terus melakukan yang terbaik. Mereka juga berharap kami pertahan dan kembangkan muzik kami. Paling penting, jangan cepat puas.

W: Di kalangan kamu siapa yang digilai wanita?

N: Semua !!! (ketawa)

Satu Keajaiban

ADA pengunjung menggelarnya `Woodstock Indonesia’ dan tidak kurang menyamakannya dengan festival muzik Lollapaloza di Amerika Syarikat. Biar apa pun gambaran diberi, Festival Muzik A Mild Live Soundrenaline Rock United — Come As One di Pantai Carnaval, Ancol, Jakarta Utara, 20 Ogos lalu, adalah satu lagi ‘keajaiban’ dicetuskan industri muzik Indonesia selepas beberapa tahun kebelakangan ini berjaya `mencuri’ pengaruh di Malaysia.

Bayangkan, empat pentas besar disediakan di kawasan seluas lebih lima kali padang bola sepak, manakala persembahan lebih 50 band, termasuk beberapa penyanyi solo, dilakukan secara bersilih ganti bermula 11 pagi selama 12 jam tanpa henti!

Daripada band ‘senior’ seperti Slank, Gigi, Radja hinggalah kepada band baru yang mula meraih populariti seperti Nidji, J-Rocks, Garasi dan Saint Loco, semua bersemangat, tampil dengan gaya tersendiri dan disokong kelompok peminat mereka. Tidak ketinggalan beberapa band luar negara seperti INXS dan Mike Tramp turut menghangatkan suasana festival.

Malah, bagaikan hendak berperang, ada penonton membawa sepanduk bertulis band kegemaran dan tempat tinggal mereka yang diikat dengan buluh setinggi pokok kelapa. Lebih meriah, penonton sanggup berlari dari satu pentas ke pentas lain bagi menonton persembahan band kegemaran mereka.

Jakarta adalah lokasi terakhir festival berkenaan. Sebelum ini, ia turut diadakan di Banjarmasin, Makassar, Pekanbaru dan Medan sejak Julai lalu. Dianggarkan lebih 300,000 penonton berkunjung ke festival berkenaan.

Profil

>Nidji berasal daripada perkataan Jepun, Niji membawa maksud pelangi.

>Ditubuhkan pada 2002 dengan lima anggota kumpulan. Pada 2006, Nidji menambah seorang lagi anggota, menjadikan semuanya enam orang.

>Album pertama yang dipasarkan 18 Mei lalu dilancarkan serentak di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura.

>Nidji bernaung di bawah label Musica Studios yang turut dinaungi band popular Indonesia, Peter Pan. Penjualan album Nidji di Malaysia diuruskan Warner Music Malaysia

CORAT-CORET

>Rombongan dari Malaysia, termasuk wakil media, wakil Warner Music Malaysia, wakil Musica Studios dan pemenang kuiz memang tahan lasak. Meskipun bahang cuaca panas pada tahap ‘menguji kesabaran’ memandangkan lokasi festival bersebelahan pantai, semua tetap setia menunggu dari pagi sehingga malam.

>Kesempatan mengunjungi festival muzik terbesar di Asia Tenggara itu turut dimanfaatkan dengan membawa pulang kemeja-T festival berkenaan dan kemeja-T asli Rolling Stones. Tidak ketinggalan, majalah Rolling Stones edisi Indonesia turut menjadi pilihan. Malaysia mana ada beb!

>Persembahan band yang tercatat pada jadual tersasar. Semua lewat!

>Banyak band baru yang beraksi pada festival berkenaan. Satu daripadanya ialah Jiung yang tampil dengan imej aneh. Penyanyinya memakai songkok, tetapi membawakan lagu rancak sehingga pada akhir persembahan pakaian yang dipakai hanya tinggal seluar pendek.

>'Gadis Nescafe' sering menjadi perhatian sehingga dijadikan ‘mangsa’ untuk bergambar.
[/quote]

sas_world posted at 8-9-2006 13:07

NidJi

NidJi NidJi NidJi NidJi NidJi NidJi

Better check out this band from indonesia!!

QueenLove posted at 8-9-2006 13:51

topik ni dh ada

[url]http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=218796&extra=page%3D2[/url]

sas_world posted at 8-9-2006 15:58

Yeearrrggghhhh!!!

Besh Besh!!

luv_boril posted at 8-9-2006 17:08

erm...sempat chat ngan manager Nidji tadi..katanya Nidji tak jadi datng Malaysia hujung bulan ni..ditangguhkan lagi..huhuhu

ciknazla posted at 14-9-2006 20:32

[quote]Originally posted by [i]shadowmoon[/i] at 12-6-2006 02:03 AM
another band from indon..

ader sesapa layan tak band nidji nih?bole tahan gak ar lagu2 diorang nih..antara lagu2 diorang yg besh ialah sudah,heaven,dan child.. [/quote]



nidji? album yang diorang pasarkan ni bes. lagu pun catchy2. heaven is nice. Bila aku jatuh cinta pun bes gak try la kawan2. never regret listen to their
music. manusia sempurna pun ok. overall sume track mmg bes. get it now!!

Urban_Iz posted at 25-2-2007 16:34

aku suka lagu HAPUS AKU...

QueenLove posted at 4-3-2007 07:00

[quote]Originally posted by [i]Urban_Iz[/i] at 25-2-2007 04:34 PM
aku suka lagu HAPUS AKU... [/quote]

me too....

summer_snow posted at 4-3-2007 10:10

[quote]Originally posted by [i]QueenLove[/i] at 4-3-2007 07:00 AM


me too.... [/quote]
me too...
;P

bila yer Nidji nak datang sini?

luv_boril posted at 4-3-2007 10:33

[quote]Originally posted by [i]summer_snow[/i] at 4-3-2007 10:10 AM

me too...
;P

bila yer Nidji nak datang sini? [/quote]

jadual derang asyik penuh jer..tapi malaysia takde pun dalam senarai..hehe

minaq_jinggo posted at 16-4-2007 18:01

Fot0 series - NIDJI'S KL SHOWCASE

Venue : Ruums Live Center, Kuala Lumpur

Date : 23-3-2007

Organiser : Warner Music (M) Sdn Bhd

[quote]Nidji is a band from Jakarta, Indonesia. Formed in 2002, Nidji's name from the Japanese word niji, meaning rainbow.

Their music can be classified under by Alternative Pop. The band consists of Giring (vocalist), Andro (bassist), Run-D (keyboardist), Rama (guitarist), Ariel (guitarist), and Adri (drummer). They have released four singles so far singles Child, Sudah, Hapus Aku, and "Kau dan Aku". Each has enjoyed massive domestic airplay.

Award
1. MTV Indonesia Award 2006 - Best New Artist
2. MTV Indonesia Award 2006 - Best Group Band / Duo

Trivia
1. Giring's mannerisms on stage seem eerily similar to Chris Martin of the band Coldplay.
2. While the band seem to borrow musical ideas from their western contemporaries The Killers, Goo Goo Dolls, and most notably on the song "Kau dan Aku", Radiohead (with the opening keyboard riff to "Kau dan Aku" sounding similar to Radiohead's "Kid A"). Detractors of the band regularly accuse them of plagiarism, but no such allegations have been proven.
3. Nidji has gone to number one on two separate occasions on MTV Ampuh an MTV Indonesia music video chart program.
4. Besides as Nidji's guitarist, Rama is also one of broadcaster in one of Jakarta's radio station, Trax FM.
5. Nidji's Single, Heaven, Become Soundtrack Promo for Heroes TV Series in Starworld Asia [/quote]

[img]http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Nidji%20showcase/IMG_2938_resizecopy.jpg[/img]
[img]http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Nidji%20showcase/IMG_3080_resizecopy.jpg[/img]
[img]http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Nidji%20showcase/IMG_3079_resizecopy.jpg[/img]
[img]http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Nidji%20showcase/IMG_3163_resizecopy.jpg[/img]
[img]http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Nidji%20showcase/IMG_3121_resizecopy.jpg[/img]
[img]http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Nidji%20showcase/IMG_3164_resizecopy.jpg[/img]
[img]http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Nidji%20showcase/IMG_3161_resizecopy.jpg[/img]
[img]http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Nidji%20showcase/IMG_3366_resizecopy.jpg[/img]
[img]http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Nidji%20showcase/IMG_3373_resizecopy.jpg[/img]

summer_snow posted at 17-4-2007 17:32

bro,
nape summer tak jumpe bro malam tu yek?
huhuhuh;P

QueenLove posted at 25-4-2007 19:28

[quote]Originally posted by [i]minaq_jinggo[/i] at 16-4-2007 06:01 PM
Venue : Ruums Live Center, Kuala Lumpur

Date : 23-3-2007

Organiser : Warner Music (M) Sdn Bhd



[url=http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Nidji%20showcase/IMG_2938_resizecopy.jp]http://i164.photobucket.com/albu ... _2938_resizecopy.jp[/url] ... [/quote]

wah sampai ke airport ni...

p/s: teringin nak mkn megi...

summer_snow posted at 26-4-2007 12:08

Reply #3 QueenLove's post

tengok rambut giring
rasa nk mkn meggi ye QL
hehehehe;P

QueenLove posted at 26-4-2007 20:53

[quote]Originally posted by [i]summer_snow[/i] at 26-4-2007 12:08 PM
tengok rambut giring
rasa nk mkn meggi ye QL
hehehehe;P [/quote]

;P  tau aja kamu

summer_snow posted at 27-4-2007 23:17

nidji @ ruums kl

26th May 2007
Channel [v] 2.00pm

minaq_jinggo posted at 4-5-2007 09:10

Reply #3 QueenLove's post

Dia orang sampai sama flight dengan 3 Divas... tu pun nasib baik budak Warner Music yang introduced kan...:loveliness:  kalau idak I pun tak cam dia orang :lol:

HaydenWing posted at 3-9-2007 02:42

full album? anyone?
thank you!

kekure posted at 29-1-2010 18:29

Tenggelam dah ke thread ni?
Takde sapa nak upkan balik?:o

tirasha posted at 30-1-2010 11:16

kekure, uols naikkan la thread ni. hehe! :loveliness:

kekure posted at 3-2-2010 23:54

[align=center]Nidji's Showcase@Dragonfly, Kuala Lumpur

[IMG]http://i510.photobucket.com/albums/s343/beborak/DSC_0274.jpg[/IMG]

[IMG]http://i510.photobucket.com/albums/s343/beborak/DSC_0226.jpg[/IMG]

[IMG]http://i510.photobucket.com/albums/s343/beborak/DSC_0209-1.jpg[/IMG]

[IMG]http://i510.photobucket.com/albums/s343/beborak/DSC_0190.jpg[/IMG]

[IMG]http://i510.photobucket.com/albums/s343/beborak/DSC_0109_2-2.jpg[/IMG]

[IMG]http://i510.photobucket.com/albums/s343/beborak/17164_292174554533_614614533_450364.jpg[/IMG]
[/align]

kekure posted at 4-2-2010 05:11

[align=center][img]http://farm5.static.flickr.com/4023/4308457785_fe536999ea_o.jpg[/img]

[img]http://farm3.static.flickr.com/2684/4308458837_21fe30bd1f_o.jpg[/img]

[url=http://www.budiey.com/nidji-lancar-album-lets-play-di-malaysia/]http://www.budiey.com/nidji-lancar-album-lets-play-di-malaysia/[/url]
[/align]

tirasha posted at 4-2-2010 16:59

kekure, tu blog uols ekkk?? tadi terjah tengok.. melertzzz!

thanks for sharing yeah! nanti aku tepek tissue starbucks giring kat sini...

:lol:

kekure posted at 4-2-2010 17:46

[quote]kekure, tu blog uols ekkk?? tadi terjah tengok.. melertzzz!

thanks for sharing yeah! nanti aku tepek tissue starbucks giring kat sini...

:lol:
[size=2][color=#999999]tirasha Post at 4-2-2010 16:59[/color] [url=http://mforum4.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=36563060&ptid=218796][img]http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]
Yesza blog iols le tu  :$
Tepek la apa yang patut
Pastu bawak kenkawan lepak sini sekali :lol:

kekure posted at 5-2-2010 12:37

[align=center][img]http://gua.com.my/photobank/2010/2/67/full/MPPB_20386.jpg[/img]

[img]http://gua.com.my/photobank/2010/2/67/full/MPPB_20385.jpg[/img]




[img]http://gua.com.my/photobank/2010/2/67/full/MPPB_20369.jpg[/img] [/align]

Page: [1]

Powered by Discuz! Archiver 7.2  © 2001-2009 Comsenz Inc.