antiQue posted on 19-6-2006 12:11 AM

ANEKA RESEPI BERASASKAN IKAN BILIS

Tetiba teringat... apa lagi yg kita boleh buat dengan ikan bilis yer? Yang bahan utamanya ikan bilis?

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 11-2-2008 04:24 PM ]

sunshine05 posted on 19-6-2006 12:19 AM

sambal ikan bilis
serunding ikan bilis
masak nasi goreng pun boleh pakai ikan bilis
masak cekodok pun boleh pakai ikan bilis
apa lagi yek???

grugals posted on 19-6-2006 12:32 AM

sambal tempoyak ikan bilis..

garam belada ikan bilis..

err terliur lak rasa..heheh

antiQue posted on 19-6-2006 12:38 AM

garam belada ikan bilis tu cemana grugals?

grugals posted on 19-6-2006 12:46 AM

Reply #4 antiQue's post

haha tau dah mesti tanya punya..ni paling senang punya..pejam2 mate jek..hehe..dia guan cili padi tumbuk skit ngan garam dan campur kan skit ikan bilis...tumbuk jgn lumat sgt..

ntah kenape kalau makcik gru buat..rasa dia sedap gila..mak sindri pun buat tak sesedap itu..padahal simple jek..

nak sedap mkn ngan tempoyak mantah..

dewi posted on 19-6-2006 01:02 AM

tumbuk ikan bilis degan cili padi, hiris kulir limau kasturi... halus2 campur. perah air limau sambal tu sekali. tak payah biuh garam dah sebab ikan bilis dah masin dah

dewi posted on 19-6-2006 01:03 AM

sambal kering ikan bilis dgn kacang tanah dan tempe .. kegemaran anak dewi buat bekal kat asrama.

antiQue posted on 19-6-2006 01:04 AM

Oooo... OK.

Saya pun ada satu resepi yg lebih kurang gitu juga. Saya panggil tu "sambal gesek". Caranya, cili padi + garam + ikan bilis tumbuk jgn lumat sangat. Pastu perahkan limau nipis. Kiranya lebih kurang mcm buat sambal belacan, tapi tak guna belacan, guna ikan bilis.

To me, saya lebih suka makan "sambal gesek" ni dari sambal belacan. Lebih sedap kalau ada masak lemak putih tauge.

antiQue posted on 19-6-2006 01:07 AM

Originally posted by dewi at 19-6-2006 01:03 AM
sambal kering ikan bilis dgn kacang tanah dan tempe .. kegemaran anak dewi buat bekal kat asrama.

haa... yg ni yg saya tak reti nak buat. Sambalnya mesti terlebih :) Cuba kak dewi bagi resepi kak dewi.

grugals posted on 19-6-2006 01:07 AM

huhu terliur citer pasal sambal ni..nyum..nyum...

kadang2 kalau nak simple sgt ikan bilis tu goreng je ngan bawang besar,cili potong..sesetengahnya campur goreng sekali ngan belacan..selalunya org ske pakai ikan tamban..tapi gru lebih ske ikan bilis..

vantage posted on 19-6-2006 01:08 AM

ikan bilis goreng kicap.

kalau bulan puasa, aku selalu buat ikan bilis goreng kicap atau sambal ikan bilis.

utk dimakan masa sahur

antiQue posted on 19-6-2006 01:09 AM

Resepi bersahur saya time malas :

Ikan bilis halus tu digoreng garing. Angkat. Pastu tumiskan cili padi yg dah hiris + bawang besar dihiris + sikit lobak asin dihiris kecik-kecik. Lepas tu pecahkan telur atas tu, telur tu dah nak masak campakkan ikan bilis dalam tu.

Siap, makan ngan nasik panas.

antiQue posted on 19-6-2006 01:11 AM

Kalo ikan bilis yg besar-besar macam bentuk ikan biasa tu nama dia apa? Yg tu pun saya suka juga, campur kan je dgn tepung gandum sikit, goreng rangup. Kekadang boleh buat snack sambil tengok TV ( buruk perangai :lol )

antiQue posted on 19-6-2006 01:12 AM

Originally posted by vantage at 19-6-2006 01:08 AM
ikan bilis goreng kicap.

kalau bulan puasa, aku selalu buat ikan bilis goreng kicap atau sambal ikan bilis.

utk dimakan masa sahur

ikan bilis goreng kicap ni masak cam masak sambal ikan bilis tapi letak kicap ke?

vantage posted on 19-6-2006 01:18 AM

Originally posted by antiQue at 19-6-2006 01:12 AM


ikan bilis goreng kicap ni masak cam masak sambal ikan bilis tapi letak kicap ke?

goreng dulu ikan bilis tu. pastu goreng cili api (belah dua). bwng merah (belah dua atau empat), bwng putih hiris, tumis sekali dgn cili api tu. pastu masuk kicap. tuang aje terus kat ikan bilis tu.

dewi posted on 19-6-2006 01:25 AM

Reply #9 antiQue's post

resepi exact tak der la antique.. dewi pun kadang kala kena gak terlebih sambal ni...

tapi lebih kurang cam ni la

ikan bilis dlm segenggam  kalau beli yg dah siap siang tu dlm Rm2 ler
tempe 2 peket yg bungkus tu potong dadu kecil
kacang tanah 300 gm

semua diatas di goreng dan di toskan minyak nya.

cili kering ... blender 1 senduk besar.
1 ketul stok ayam                  }
3 ulas bawang merah            } tumbuk lumat
2 ulas bawang putih              }

3 sudu besar gula

sedikit minyak untuk menumis...

tumis bahan yg ditumbuk dulu sampai naik bau dan sikit kekuningan.. masukkan cili.. . ni payah sikit sebab kalau kurang minyak cili payah nak masak dia tengik... dewi buh minyak lebih dulu bila cili dah masak dewi pelan api dan cedokkan minyak yg lebih tu.

lepas tu masukkan gula.. kacau dan tunggu hingga cili tu berbuih2, baru masukkan ikan bilis kacang dan tempe tu ... masa ni api biar besar .. kacau serata .. sampai kering. kalau rasa macam terlebih minyak atau sambal masa ni tutup api.

ketepikan ikan bilis kacang tu ke tepi kuali biar minyak dan lebihan sambal jatuh tgh kuali . cedokkan. pas tu pasang api balik dan kacau la balik sampai kering.

tips lagi satu .. ikan bilis yg badan dia hitam atau urat kat tgh badan dia hitam tend tio be liat. so eloknya beli yg puith dan urat dia silver tu .. mmg bila lepas goreng dia garing.

tembamgirl09 posted on 19-6-2006 08:07 AM

Originally posted by dewi at 19-6-2006 01:25 AM
resepi exact tak der la antique.. dewi pun kadang kala kena gak terlebih sambal ni...

tapi lebih kurang cam ni la

ikan bilis dlm segenggam  kalau beli yg dah siap siang tu dlm Rm2 ler
tempe  ...
huhuhuh...sedapnyaaaa....akan kubuat juga nnt:love:

nhuda posted on 19-6-2006 08:16 AM

simple ikan bilis yg boleh membuka selera kita ialah ikan bilis goreng + bawang + cili padi :mll:

maisya posted on 19-6-2006 10:41 AM

Nie maisya dah pernah cuba..sedap gak...

Resepi dari ARCHIVE
Begedil ikan bilis-

yang ni lebih sedap dari begedil daging

Kentang potong dan goreng/rebus
bilis goreng
bawang goreng-potong bawang merah kecil ngan bawang putih skit dan goreng garing-beli punya tak sedap dan wangi
lada sulah.. banyak2 sedap
daun sup/saderi
telur
tepung gandum

bawang goreng dan bilis goreng tumbuk halus
pastu masukkan dalam kentang yang dilenyek. masuk lada sulah, daun sup pas tu gaul sampai rata.  bentukkan. celup dalam telur yang dicampur dengan sedikit tepung. goreng

begedil ni lebih lemak compare ngan pakai daging... sedap

antiQue posted on 19-6-2006 11:26 AM

TQ kak dewi and maisya. Begedil ikan bilis ni pun menarik juga.

Saya suka sup, apa yg saya selalu buat is rebus ikan bilis dalam segenggam dua (hehe... banyak tu) lama-lama sampai keluar jusnya... then just masukkan brocolli dalam tu... ikan bilis tu selalunya saya keluarkan balik (dah tak ada rasa dah pasal sumer dah masuk dalam sup tu). Mak saya kata membazir je buat sup gini :)

Yume posted on 19-6-2006 11:51 AM

Originally posted by grugals at 19-6-2006 12:46 AM
haha tau dah mesti tanya punya..ni paling senang punya..pejam2 mate jek..hehe..dia guan cili padi tumbuk skit ngan garam dan campur kan skit ikan bilis...tumbuk jgn lumat sgt..

ntah kenape kalau ...

Dah seminggu dah Yume dok makan ikan bilis tumbuk ngan cili padi tenyeh kat tempoyak .... selera betoi seminggu ni ... :love::love::love:

asparagus posted on 19-6-2006 12:53 PM

Masak cam gini pun best jugak..
Resipinya :-
Ikan bilis dalam 2 genggam ker.... cili merah ngan cili hijau-dihiris nipis  (lagi banyak lagi best).Taucu.

Cara masaknya:-
Mula  goreng ikan bilis yg dah tumbuk tu sampai agak-agak garing, pastu masukkan cili ngan taucu, bagi air sikit.
Masak sampai agak-agak kering. Rasakan ngan garam kalau tak masin, tapi selalunya takyah pun takper.
Emmmterus leh makan. Senag jer nak buatnya.

NHANI posted on 19-6-2006 01:02 PM

Originally posted by antiQue at 19-6-2006 12:11 AM
Tetiba teringat... apa lagi yg kita boleh buat dengan ikan bilis yer? Yang bahan utamanya ikan bilis?

rendang ikan bilis, resepi sama macam buat rendang daging.

eyzlyn posted on 19-6-2006 01:25 PM

aku benci betul goreng ikan bilis, nanti bau sampai luar apt.. takut jiran sebelah call police kata ada bau mayat dlm rumah  :lol

ikan bilis ni adalah perencah wajib utk masak sayur dan nasi goreng

Yume posted on 19-6-2006 01:32 PM

Salah satu cara masakkan ikan bilis yang Yume suka buat :-

Ikan bilis                                         50g (2 genggam)
Bawang besar (Potong bulat)           1Biji
Bawang putih (hiris)                          3 ulas
Cili padi kampung (dibelah 2)          13 tangkai
Sos tiram                                      2 atau 3 sd mkn

Goreng ikan bilis, dah hampir garing msukkan bawang & cili .... Lepas tu buh sostiram ....biar seminit, tutup api ... Angkat & hidangkan...
Sedappppppppp ....

[ Last edited by  Yume at 19-6-2006 01:37 PM ]
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full: ANEKA RESEPI BERASASKAN IKAN BILIS