^_^Angel posted on 30-6-2006 04:40 PM

PECAH GERAN TANAH

Macam mana kalau kita nak pecah geran tanah sebab dalam satu geran ada 3 nama. Nak pecah-pecahkan jadi 1 nama, 1 geran. Ada sesiapa yang dapat memberi tunjuk ajar tentang prosedurenya?

Thanks in advance.

Foxey posted on 1-7-2006 03:38 PM

kena tanya Pejabat Tanah dan Daerah nih...

Ally posted on 6-7-2006 09:17 AM

kiranya u nak pecah sempadan la ni....emmph kalau tak silap la u could apply kat pejabat tanah..tapi tgk jugak tanah u tu apa kategorinya.kalau tanah pertanian (meaning tanah u tu tanam getah ke...kelapa sawit ke dusun buah ke etc) tak kurang dari 2.5 hektar kalau di pecahbahagi.kalau kurang pejabat tanah tak bagi.

kalau tanah untuk bangunan lak ade la minimum bhgnnya...selain tu ada syarat2 lain yg dikenakan.

petola posted on 6-7-2006 09:30 PM

kena ikut peruntukan seksyen 136 (1) (f) dan (h) Kanun Tanah Negara 1965:

f) bahawa kawasan mana-mana bahagian pecah sempadan :-

dalam hal tanah yang tertaluk kepada jenis "pertanian" atau kepada apa-apa syarat yang mengkehendaki kegunaannya untuk satu maksud pertanian, tidaklah kurang dari dua perlima hektar (2/5 hektar = 1 ekar, bukan 2.5 hektar macam kawan kita bagi kat atas.)

dalam apa-apa hal lain, tidaklah kurang dari kawasan minimum yang patut untuk maksud perenggan kecil ini oleh Pihak berkuasa perancangan untuk kawasan di mana tanah itu terletak atau (jika tiada pihak berkuasa sedemikian) oleh Pihak Berkuasa Negeri.

h) bahawa , kecuali dalam hal mana-mana bahagian pecah sempadan di mana ada jalan masuk keluar kepadanya, satu cara masuk keluar yang memuaskan boleh di dapati dari tiap-tiap bahagian sedemikian sama ada kepada sebatang jalan, sungai, sebahagian tepi pantai atau sebuah perhentian keretapi, atau kepada satu tempat di tanah itu dari mana cara masuk keluar sedemikian boleh didapati atau boleh diperolehi dengan permohonan kepada Pentadbir tanah di bawah Bahagian Dua Puluh Lapan.

Syarat permohonan pecah sempadan.

Syarat permohonan pecah sempadan adalah seperti berikut:
-Isi dengan lengkap borang 9 A Kanun Kanan Negara 1965
-Menjelaskan bayaran proses sebanyak RM 100.00
-Mengemukakan borang permohonan sebanyak 6 salinan
-Mengemukakan pelan cadangan sebanyak 16 salinan
-Mengemukakan carian rasmi
-Mengemukakan salinan resit hasil tanah (semasa)
-Mengemukakan salinan kad pengenalan (individu)
-Mengemukakan memorandum And Articles Association (jika syarikat)
-Mengemukakan surat kebenaran daripada pemegang gadaian/ kaveator (jika terikat dengan sebarang bebanan)
-Mengemukakan salinan geran
-Borang-borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan.

neotoxin posted on 7-7-2006 08:21 AM

pecah sempadan ke pecah bahagian? Macam pecah bahagian je

Airis posted on 12-7-2006 10:29 AM

sounds like sub-division (pecah sempadan in BM i think) to me.. nak senang kena engage consultant to do all the work..

neotoxin posted on 14-7-2006 11:14 PM

Reply #6 Airis's post

sub-division is in fact "pecah bahagian"

^_^Angel posted on 21-7-2006 10:19 AM

Actually pecah geran untuk tanah yang bersempadan....ada satu orang tu nak tak nama asing-asing. Angel takut ada masalah dikemudian hari. So terpaksa kuarkan duit sendiri..tapi yang menjadi persoalannya dapat tak nak bahagi-bahagikan nama kalau salah sorang tak agree?

neotoxin posted on 21-7-2006 08:50 PM

Reply #8 ^_^Angel's post

boleh kalu majority holder setuju (maksud majority ni adalah bahagian tanah bukan bilangan majority pemegang)

boogie78 posted on 21-7-2006 10:45 PM

Reply #8 ^_^Angel's post

yg pegang minoroti boleh minta pecah dengan izin mahkamah.dlm ertikata yg lain bawa kes ke mahkamah.

^_^Angel posted on 28-7-2006 08:56 AM

Thanks neo and boogie. Kalau macam tu angel rasa OKlah tu sebab yang setuju 2/3.

k_rul posted on 20-1-2009 03:58 PM

ada alternatif len x utk pecah geran utk tanah pertanian yg kurang 1 ekar?...:o

moimed posted on 2-2-2009 05:38 PM

berapa kos untuk buat prosedure nih...mak moi pon ada gak cakap nak pecah geran/bahagian nih sbb takut nanti kemudian hari susah pulak..

moimed posted on 2-2-2009 05:38 PM

kalo tak mahal boleh ler moi bantu mak selesaikan masalah nih

CivicSI posted on 7-1-2010 11:25 AM

nak up topik. Jadi sesiapa yang ada maklumat dan pengalaman tentang pecah geran ni sila post. sebab saya pun ada rancangan nak pecah. Tanah ada 8 ekar. Jadi nak pecah 4 ekar each kepada 2 geran. Memang masalah betul kalau satu geran ni ada lebih seorang dan lagi susah kalau orang tu bukan saudara .

mikasa posted on 7-1-2010 07:24 PM

kalau tak silap kena bayar dalam 3-5k bagi satu nama.

mikasa posted on 7-1-2010 07:25 PM

ayah aku tengah nak pecah nama geran kat kampung...nanti kalau senang aku tel dia

CivicSI posted on 9-1-2010 12:18 PM

17# mikasa

Thanks. Kampung kat mana ?
Satu lagi..dalam bab-bab kos ni, ada sesiapa yang buat agreement untuk share kos untuk pecah geran ? Ada sample boleh share ? PM saya kalau nak share.

tukul posted on 11-1-2010 01:29 PM

satu lg mesti diingatkan apabila membuat permohonan untuk pecah sempadan/bahagian kepada 3 bahagian...yg perlu diambil kira juga nanti ialah tanah yang akan direzabkan untuk jalan dll...so katakanlah asalnya tanah tu 300 apabila dibahagi 3 akan jd 100 tpi sebenarnya apabila pecah sempadan tu ukuran tanah untuk seorang akan jd lebih berkerungan drp 100 tu...
Tgk balik dalam geran adakah setiap org mempunyai bahagian yg sama mcm 1/3 each....
kalau nak mudah dah cepat dapatkan persetujuan semua pemilik utk dibahagikan...

tukul posted on 11-1-2010 01:31 PM

18# CivicSI
buat agreement biasa2 aje ...
masukkan brp si A kena
si B brp...
rasanya tak perlu sample2
just masukkan terma yg sepatutnya
Page: [1]
View full: PECAH GERAN TANAH