flameboy35 posted on 21-6-2005 11:14 PM

[MERGED] -- Gout

Hai..nak tanya sikit tentang penyakit gout nie..apa punca dia..mcm mana nak mengatasi nya dan cara moden dan kampung..Doktor memanggilnya sebagai penyakit org kaya..tak tau kenapa..so anyone jom lah share penyakit nie kat sini..tapi setahu aku penyakit nie untuk org tua sahaja...tapi tak pe sebagai panduan untuk kita semua..

[ Last edited by DARSITA at 15-9-2005 12:08 PM ]

medangmru posted on 26-6-2005 08:02 PM

hmmm....tatau la plak apapunca dan penyebab penyakit ni....apa yg aku tahu..penyakit ni...Buah Pinggang dah tak dapat nak proses Asid Urik yg berlebihan ...dan ianya terkumpul kat bahagaian sperti sendi Ibu jari kaki...kat mana2 part yg ader sendi tuh...disitulah biasanya asid urik ni berkumpul....

Sebenarnya aku pernah alami dan merasai sendiri penyakit gout ni..masa aku belajar kat USM...puncanya...aku selalu sangat makan daging ( pantang pesakit Gout )....biasalah kan...kalau kat U tu...byk mende2 yang subsidi ni...so termasuklah daging tu ...daging murah gamaknya......;););)

Mmg sakit ya amat ..tambah plak kalau dia bengkak kat Ibu Jari kaki tuh...nak jalan...tatau nak cakap azabnya.....:kant::kant::kant:

Masalah gout ni....boleh diatasi dgn makan pil tahan sakit atau suntikan ( mahai wooo...)..tapi amat tak digalakkan sbb kalau mkn ubat Painkiller terlalu kerap....akan effect kat Buah Pinggang....( ituler yg terjadi kat IMUDA...)


Yang menghairankan aku...masalah Gout ni hilang sejak aku minum teh Org kampung...Teh menguruskan badan tuh....sampai skang ( hampir 6 tahun ) ..aku tak pernah kene GOUT...ALhamdulillah...:pray::pray:

Selain berat bdn aku berkurang...Masalah GOUT hilang.....:pray::pray:

medangmru posted on 26-6-2005 08:03 PM

Aku rasa..penyakit ni tiada kaitan dengan taraf hidup seseorang...samada yg kaya atau yg miskin...

rasanya ader kaitan dengan pemakanan....;):hmm:;)

arysa posted on 26-6-2005 08:46 PM

elakkan makan daging merah

medangmru posted on 26-6-2005 09:40 PM

Originally posted by arysa at 26-6-2005 08:46 PM:
elakkan makan daging merah

Yuupp.......

Selain tu...elakkan makan makana  laut yg mempunyai kandungan iodin (cam Kerang ) terlampau banyak..:ah::ah:

medangmru posted on 26-6-2005 09:45 PM

FAKTA MENGENAI GOUT :

Diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Gaut untuk pengetahuan semua:-

Penyakit Gout

merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

Ciri wajib

Pesakit yang mempunyai gout sama ada mempunyai peningkatan penghasilan asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. lihat metabolisma asid urik

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Tanda-tanda
Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).

Diagnosis
Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid aspirated ) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes.

Aras Serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal.

Rawatan
Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah ( colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids ). (Dalam bahasa Inggeris)

Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.

Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.

Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut.
Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.1

Diet rendah Purine:

ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
hadkan daging kepada satu hidangan sehari
Never eat:
sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang daging organ lain
sardin
ikan bilis
hasil daging, consommés, dan ( gravies )
Guna secara berhemah:
asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower, spinach, rhubarb
Elakkan kurang air:
Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea dan alkohol.
Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang

Mereka yang mashyur yang mengidap gaut
Pengidap gaut yang terkemuka adalah Henry VIII. Yang lain termasuk Isaac Newton, Alfred Lord Tennyson,Thomas Jefferson, dan Benjamin Franklin.

:):):):)

flameboy35 posted on 27-6-2005 05:34 PM

thanks...good info

RasaCinta posted on 27-6-2005 06:44 PM

aku ada GOUT...tapi tak kaya..ngeh :P

it's in the genes...pakcik aku ada arwah datuk aku pun sama (belah mak).. org kata lelaki je yg kena...tapi aku ni apa pulak? tak tua pun :lol

tak susah nak jaga..aku ni gila makan satay daging..steak tu jarang2.. maybe statement penyakit org kaya tu makan daging hari2 kot :lol

naiza posted on 29-6-2005 07:58 AM

Originally posted by flameboy35 at 6/21/05 11:14 PM:
Hai..nak tanya sikit tentang penyakit gout nie..apa punca dia..mcm mana nak mengatasi nya dan cara moden dan kampung..Doktor memanggilnya sebagai penyakit org kaya..tak tau kenapa..so anyone jom la ...
bagi aku, stroke  adalah penyakit orang kaya.....

medangmru posted on 29-6-2005 06:47 PM

Originally posted by RasaCinta at 27-6-2005 06:44 PM:
aku ada GOUT...tapi tak kaya..ngeh :P

it's in the genes...pakcik aku ada arwah datuk aku pun sama (belah mak).. org kata lelaki je yg kena...tapi aku ni apa pulak? tak tua pun :lol

tak susah  ...


Itu la sebab gout dikatakan penyakit org kaya...dulu..yg makan daging2 ni..kebanyakannya org2 kaya..org miskin..mana mampu masa tuh...makan ubi kayu.....

sekarang nio taraf hidup dah jauh berubah....;);)

tuah_r posted on 3-7-2005 03:05 PM

asid urik tak terproses, menjadi kristal2 keras di sendi2...mengganggu pergerakan, dan hasilnya...gout

dinamakan penyakit org kaya sebab kebanyakan asid urik dihasilkan dari makanan laut (sebut seafood baru org rasa mahal sket:lol )

aku suka makan seafood, takut plak aku,

RaDiO@cTiVe posted on 26-8-2005 11:45 AM

GOUT

Gout terjadi bila kandungan asid uric di dalam darah tinggi (melebihi 7.5mg/dL). Ini terjadi kerana dua sebab utama:

badan menghasilkan lebih asid uric

asid uric di dalam badan tidak dibuang dengan berkesan

Asid yang berlebihan ini akan berkumpul dan membentuk jarum-jarum kristal di sendi menyebabkan rasa sakit. Kristal ini juga berkumpul di tempat-tempat lain dan membentuk tophi atau batu karang (dalam buah pinggang).



Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini?

Ia sering terjadi pada lelaki yang berusia 30 tahun ke atas. Perempuan juga mengalami masalah ini, terutamanya selepas putus haid (menopause). Keturunan juga memainkan peranan yang penting. Antara sebab-sebab lain ialah pengambilan alkohol berlebihan, tekanan (stress) dan penyakit-penyakit tertentu seperti leukemia.



Tanda-tanda

Tanda-tanda yang selalu dirasai:

sakit pada sendi terutamanya sendi ibu jari kaki

sendi menjadi merah, bengkak dan panas

demam

Apa yang perlu anda lakukan?

Dapatkan rawatan professional dari doktor anda. Selain daripada itu, anda bolehlah mencuba langkah-langkah ini:

rehat secukupnya bila sendi terasa sakit. Jangan banyak bergerak

minum air yang banyak

kurangkan makanan yang mengandungi purine. Antaranya ialah daging lembu, makanan laut, ikan bilis, kekacang, kacang soya, buah ciku, cendawan dan beberapa jenis sayuran. Oleh kerana makanan ini selalunya banyak vitamin B, pengurangan pengambilan makanan ini hendaklah disertai dengan pengambilan vitamin B kompleks

jangan ambil tomato dan oren

jangan minum minuman beralkohol (bagi yang Islam - benda tu haram)

lebihkan pengambilan buah cherry, hawthorn berries dan blueberries untuk mengurangkan radang

tambah vitamin C dalam pemakanan

tambah asid folik yang berupaya mengurangkan pengeluaran asid uric


Ubat-ubatan

Untuk menahan sakit

NSAIDs (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs) terutamanya Indomethacin. Ubat-ubat jenis ini selalunya menyebabkan masalah gastrik. Ia hendaklah diambil selepas makan, atau bersama-sama ubat anti-asid seperti Gelusil dsb.

Corticosteroids (steroid).

Colchicine. Ubat ini tidak menyebabkan fluid retention, oleh itu sesuai untuk orang yang menghadapi masalah jantung. Bagaimanapun, antara kesan sampingan yang ketara ialah rasa pening dan cirit-birit.

Pengambilan Aspirin atau ubatan yang mengandungi salicylate TIDAK dibenarkan untuk pesakit gout.


Untuk menambah pembuangan asid uric

Ubat-ubat ini dinamakan uricosuric drugs. Antara yang selalu digunakan ialah Probebecid. Ubat-ubat jenis ini tidak boleh digunakan sekiranya ada tanda-tanda pesakit menghidapi batu karang.


Untuk mengurangkan penghasilan asid uric

Ubat yang paling selalu digunakan ialah Allopurinol (Jenama original Zyloric). Ada individu yang tidak boleh mengambilnya kerana ia menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti ruam dan masalah-masalah yang berkaitan dengan perut di kalangan mereka.

astika posted on 29-8-2005 11:48 AM

Megikut Laporan Pakar..

Dr Bruce Miller, Minumlah air RO utk mencairkan asid uric di dalam darah..

nrshahirah posted on 29-8-2005 11:16 PM

aku pernah kena uric acid yang tinggi. lepas tu doc soh aku makan EPA.
sebulan lepas tu datang check darah balik..alhamdulillah dah normal.

R2D2 posted on 30-8-2005 02:57 PM

Istilah penyakit org kaya coz MAJORITI yg kena kebanyakannya KAYA
tak kisah la kaya aset ke
kaya wang tunai ke
kaya hutang pun masuk kategori ni jugak!

nano posted on 12-9-2005 09:40 AM

Sakit Gout

Assalamualaikum w.b.t
nano nak minta bantuan.... ade sesiapa yg tahu ubat/herba yg mujarab utk sakit gaout?
Bapa mertua nano sakit gaout... kesian kat dier.. skrg nih sakit dier makin teruk.. sampai nak berjalan pon tak boleh, bengkak kaki dier dah makin teruk.
Sesiapa yg tahu boleh kasi tau?

naiza posted on 13-9-2005 09:22 AM

Originally posted by medangmru at 26-6-2005 08:02 PM
hmmm....tatau la plak apapunca dan penyebab penyakit ni....apa yg aku tahu..penyakit ni...Buah Pinggang dah tak dapat nak proses Asid Urik yg berlebihan ...dan ianya terkumpul kat bahagaian sperti  ...
eh betul ker, sbbb ko minum teh org kampung....

excel posted on 13-9-2005 12:29 PM

nano... sakit gout... selesaikannya...

nano,
saya baru saja belajar tentang satu sains baru dikenali sebagai sains nutritional imnology. sains yang mengkaji tentang kaitan ntrien dengan imun sistem kita. banyak yang saya boleh cerita pasal sains ni. tapi yang saya nak propose roduct ialah ART. ianya mengandungi bee pollen, bunga chrysanthemum, peach seed and ji lin ginseng. sangat bagus  untuk kuatkan muscvulo skeletel system. boleh hubungi saya  excel: 019-3816981

excel posted on 13-9-2005 12:42 PM

gaout... perspektif dari sains nutrisional imunology...

hai kawan-kawan yang prihatin pasal kesihatan...
saya excel. kenalan baru anda. saya baru menemui satu cabanag sains yang baru dikenali sebagai nutrisional imunology. gabungan antara sains nutrisi dan sains imunology.
apa yang diceritakan dalam sains ini ialah GOUT adalah disebabkan oleh ketidakseimbanagn sel imu dalam badan kita. sel imun ini menyerang sel-sel sendi yang dianggap musuhnya. GOUT dikatakan sebagai AUTOIMUN.
saya nak share lebih banyak lagi pasal sains ini. banyak yang dijelaskan dalam sains ini. ubat untk merawat GOUT adalah to supress the symtom only bkan to treat it from the roots. elok kalau makan banyak bee pollen, chrytemum, ji-lin ginseng dan peech seed. satu produk yang saya tahu ada benda ini semua ialah ART. sangat baik.

boleh hubungi saya excel: 019-3816981 kalau nak bncang lebih lanjut pasal sains ini. boleh minum-minum...

zigzag posted on 14-9-2005 03:08 PM

yg i tau sakit gaout ni masa tgh sakit cam tu kena mkn pain killer jer dulu coz klu u mkn ubat utk gout nnt jd tambah sakit... i ada sorg kwn dulu dia pnh try tungku guna garam kasar..
caranya goreng garam kasar tu sampai panas pas tu balutkan dlm kain. Pas tu tungku la kat tmpt yg sakit tu.. kata dia alhamdullilah mmg berkesan.. may b u bole try.

Muntz posted on 15-4-2006 11:49 AM

aku dah dua kali kena gout nie.. sakit ya amat. nak kerja pun takleh. yg tak bestnya, dia menyerang tempat yg sama iaitu di tapak kaki kiri sebelah kiri. nasib baik kawasan tu bukan tempat utama kita berpijak kalau berjalan. berjalan masih boleh, tapi takleh laju lar. sakit giler.

aku rasa nak pi klinik pulak nak ambil ubat buang asid urik. pasal dulu waktu medical check up, diorang kata darah aku terlalu byk asid urik. nak kata aku kuat makan daging, tak jugak. mgkin aku byk makan benda berasaskan soya kot.. macam air soya dan tofu.

Salzburg_aus posted on 9-5-2006 04:19 PM

Salam,
Saya baru disahkan kena penyakit Gout.Dah seminggu sakit.kena ambik pain killer setiap hari.Puncanya kerana saya makan daging 4 hari berturut turut dan makan kacang tanah (ngan yin)
Ada org usulkan minum air susu Igg plus.Adakah ia akan berkesan..??
Saya seorang yg aktif bersukan.tapak kaki ibu jari dah kurang sakit sikit.Adakah Dr menggalakkan saya bersukan kembali ..??

club64 posted on 10-5-2006 01:09 AM

salz, cuba u minum apple cider vinegar.ada jual kat pharmacy dlm botol.airnya mmg masam, tapi bila u minum campurkan dgn air.

Salzburg_aus posted on 10-5-2006 09:17 AM

Ok Noted Club64....saya akan cari di pharmacy nanti..Thank You.

kamar22 posted on 10-5-2006 09:26 PM

Originally posted by club64 at 10-5-2006 01:09 AM
salz, cuba u minum apple cider vinegar.ada jual kat pharmacy dlm botol.airnya mmg masam, tapi bila u minum campurkan dgn air.

boleh beli kat cosway jugak..harga murah jer..cuma RM14.90 dan bila ada offer cuma RM11.90 shj.
Page: [1] 2 3 4
View full: [MERGED] -- Gout