CharlieDale Publish time 4-7-2006 12:12 AM

Bahasa Banjar

Setelah disemak, didapati belum ada lagi thread khusus untuk Bahasa Banjar seperti wujudnya thread Bahasa Jawa. Bahasa Banjar juga ada keunikannya yang tersendiri. Bahasa Banjar di bawa bersama penduduk asal Kalimantan (Banjar Masin) ke Tanah Melayu.Kebanyakan etnik Banjar terdapat di Negeri Perak, Selangor dan sebahagian kecil di Johor. Di Perak antara kawasan yang ramai etnik Banjar ialah Parit Buntar, Bagan Serai, Teluk Intan dan sebagainya. di Selangor (setakat yang saya tahu) biasanya terdapat di Sekitar Sabak Bernam dan di Johor kebanyakkan di Seri Medan dan Batu Pahat.

Mungkin ada di antara anda yang pernah melihat stiker kereta berbunyi " Kulaan niring, Napa takurihing?" telah secara tidak langsung menunjukkan kemungkinan besar pemilik kenderaan tersebut adalah berketurunan Banjar.

diharap dengan adanya thread Bahasa Banjar ini, dapatlah kita generasi baru ini berkongsi pengetahun kerana bagi saya, telah berasa terlalu rugi kerana gagal menguasai bahasa etnik orang tua saya. namun sedikit sebanyak dapat juga lekat didalam minda cuma dikhuatiri dalam tempoh akan datang Bahasa Banjar turut sama mengikuti jejak Bahasa Latin kerana ia semakin kurang dipraktikkan.

amun handak bapandir, ayuhai...amun dapat bapandir dangan kulaan lagi rami.

terjemahan:

Jika hendak bersembang, marilah .. jika dapat bersembang dengan kaum keluarga dagi meriah.

p/s: bagi yang expert mungkin boleh betulkan.

CharlieDale Publish time 4-7-2006 12:30 AM

serba sedikit yang saya tahu:-

1.bakuciak = menjerit
2. manggarunum = marah
3. bamamai = membebel.
4. ukang = gigit.
5. gugut = isap ?
6. maghulut = mengejek / mengajuk
7. Tunjul= tolak
8. Juong= humban
9. Kacak= ramas.
10.Kuritis = garu
11 Kawai = lambai
12.Kair = menarik sesuatu ?
13.Ulai = Uli
14.Hahar = meraba-raba
15. gawil = cuit ?
16. Timbai= campak.
17.Tukun = baling.
18.Kukut= Kaut
19 Gagau = mencari sesuatu dalam air ?
20.Kutil = cubit
21 Pusut = usap.
22.Kasai = sapu
23. Gintas = tenyeh
24. Lapai= sapu dengan air / renjis
25. Jiinting= Jinjit / bimbit
26.Jantik= jentik

p/s: maksud yang ditandakan (?) bermakna maksud berkenaan samar-samar atau hampir tepat dengan maksud sebenar. harap maklum.

ninjamerah Publish time 4-7-2006 02:55 PM

kalau tak salah ingatan aku, semenjak 1997 telah ada persatuan banjar malaysia, website pun ada.

CharlieDale Publish time 4-7-2006 03:51 PM

Memang ada, sebab tu ada stiker kereta,baju dan sebagainya namun sukar untuk dipastikan sama ada persatuan ini masih aktif atau tidak harapnya persatuan ini masih berfungsi sebagai satu wadah untuk generasi baru dan seterusnya ini menghayati salah satu keunikan bahasa etnik Melayu ini...

jujun Publish time 15-8-2006 03:48 PM

Assalamuailaikum,

Moyang saya (datok mak) berketurunan banjar. Tetapi malang nenek dan adik beradiknya tidak pandai bckp banjar.Kami juga pernah menjejak kasih saudara mara moyang di banjarmasin tp tk berjmpa.

ninjamerah Publish time 18-8-2006 03:04 PM

bapak aku orang banjar, mak aku penang. bahasa pertuturan aku ialah bahasa malaysia.

pjan Publish time 5-2-2007 06:58 PM

salam.............aku orang banjar.................

mak orang TITI SERONG, abah orang BANGAN SERAI...skang kami dok sungkai tanah rancangan yg majoriti sekeliling rumah adalah org banjar yg ala2 bau2 macang, dekat2 kg gak.....

Dimarmalam Publish time 27-2-2007 09:23 PM

Pjan...
akuk banyak kawan urang titi serong...
Ustaz Sabran kenal tak?

Sungkai pun aku ada sedara gak...

romashikin Publish time 26-3-2007 11:05 AM

Aku mak dan ayah orang Banjar, tapi tak pandai lah cakap Banjar.   Apa-apa pun aku masih faham kalau mereka berpandir dalam bahsa nenek moyang aku tu.........

mrs_livingstone Publish time 27-3-2007 01:28 AM

nampaknya tak ramai org muda sekarang ckp banjar ek...

sayangidaku Publish time 3-4-2007 11:45 PM

aku org banjar gak.
asal batu pahat, jhr. mak org tongkap pechah, bpk lak tjg sembrong.
aku fhm gakla sket2 bhs banjar...tp tak reti nak ckp.
tp adik badik aku yg lain sume pandai ckp...since derang sume lahir kat kg.
aku sorang je membesar kat felda...n kwn dgn org melayu, jawa...so masa tu dah ckp melayu. famili pon dh jarang ckp banjar kat umah masa tu.
tp dlu2 sblm pindah felda, mmg sekampung ramai banjar, sbb tu adik badik lain sume fasih.

sayangidaku Publish time 3-4-2007 11:46 PM

dlu arwah bpk aku ada buku sejarah banjar, n dlm tu ada gak mcm kamus sket.
tp sygnya, akak aku ilangkan buku tu masa pinjamkan kat kawan dia. :mad:

gergasi Publish time 18-5-2007 12:14 AM

Kulaan niring napa Takarihing:lol: :lol: :lol:


Kayuh Baembai

aurorae Publish time 3-8-2008 12:40 AM

Yg aku perasan, banyak perkataan banjar sama macam melayu, cuma ganti e jadi a, contoh separuh -> saparuh.

some familiar phrase:jom makanan, maksudnya jom makan sama2.

matamata Publish time 4-8-2008 09:45 PM

populasi org banjar kat Msia ni byk bertumpu kat daerah Krian=Perak, Kat Teluk Intan= Kampung Selabak Perak, Sabak Bernam= Selangor, Dan Batu Pahat= Johor (kalau tak salah akulaa)

shachihata33 Publish time 7-8-2008 03:41 PM

Reply #15 matamata's post

Bakal Suami sha org Batu Pahat dan berketurunan banjar...

kenalah sha belajar asas2 banjar ni erk :$

fa_stellar Publish time 9-8-2008 08:50 PM

Parents aku dedua banjar...senang cite aku pon banjar pure la kiranye..tp parents aku pon x bertutur..nak2 abah aku..palen jarang la dgr perkataan keluar dari mulut die;P Masa arwah atok & nenek aku ade lagi..salu la aku dgr beberapa perkataan derang ckp.. aku pun tau la dua tiga perkataan..mcm uyah(garam) ada la dua tiga.

Family aku banjar dr batu pahat..tp atok aku belah abah asal dr selangor..x ingat la bahagian mana... sabak bernam ke tah kuala selangor.

*teruknye aku...kluarge sendiri pon x mengenali:L

aurorae Publish time 9-8-2008 09:32 PM

Originally posted by fa_stellar at 9-8-2008 08:50 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Parents aku dedua banjar...senang cite aku pon banjar pure la kiranye..tp parents aku pon x bertutur..nak2 abah aku..palen jarang la dgr perkataan keluar dari mulut die;P Masa arwah atok & nenek...

Tak pernah balik kampung abah ke?   Aku pun banjar tulen, tapi membesar kat luar, jadi tak pernah cakap banjar.Kampung asal aku pun kat Sabak Bernam, tapi parents dah berhijrah ke Johor.

CharlieDale Publish time 15-8-2008 03:58 AM

Lama dah saya tak jengok thread ni..hemmm..nampaknya ramai sudah generasi baru Banjar tidak tahu hendak berbahasa Banjar. rasanya yang Jawa saya tgk ok lagi.

feeza81 Publish time 28-8-2008 11:23 PM

mertua aku keduanya org banjar.. agak fasih la aku dengar diorang berbahasa..
tp laki aku tak pandai.. org cakap dia paham tp tak tahu nak balas..;P ;P
yg bestnya laki aku pertuturan hari2 guna dialek kedah.. sbb pengaruh persekitaran..:D
first time aku dengar mak mertua aku sembang ngan sedara dia senyap aku.. sbb pelik sgt bunyinya..:lol:
klu diorang gelak aku gelak:lol: :lol:tp aku tak paham sehabuk pun..:lol:
tp dlm byk2 ayat banjar perkataan 'bangunan' yg aku ingat.. maksudnya bangun kan.. hehehe..
tergelak jgk masa 1st time dengar tu.. bangun leh jd bangunan..:lol: :lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Bahasa Banjar


ADVERTISEMENT