kerang_busuk Publish time 22-8-2006 09:21 AM

Originally posted by ecam at 21-8-2006 09:39 AM
assalamualaikum

saja menyampuk.... saya dah bese pasang tiles kat umah sendiri.. simin nih ade dua jenis
satu yg bese lagi satu yg jenis gam.. rege berbeza.. simin bese jual dlm 50kg sekampit - ...

boleh suggest tak kat mana nak beli jubin kat area shah alam or klang, yg murah2 sikit coz rumah ni pun nak bagi sewa, thanks

niceghost2005 Publish time 22-8-2006 09:37 AM

Originally posted by kerang_busuk at 22-8-2006 09:21 AM


boleh suggest tak kat mana nak beli jubin kat area shah alam or klang, yg murah2 sikit coz rumah ni pun nak bagi sewa, thanks

Assalamuaaikum kerang_busuk,

SEbenor nyer....harga jubin nie lebey kurang jer.
Kalau nak murah...........kena beli kat kilang or cari yg 'reject'.(rosak skit)

Kalau di beli kat kilang pun........kos penghantaran kena bayor sendiri.
So, it comes back to square one.

So, lebey baik beli jer kat kedai yg berdekatan.

Cumer beda nya dari csegi jenis jubin, size, brand dan yg jenis terkini.

Wsalam

fairyjasmine Publish time 18-11-2006 10:42 PM

kalau nak pasang lantai kayu pulak praktikal tak?ada sesapa yg dok pi survey tu tahu tak berapa harga sekaki? (untuk solid wood, bukan laminate) adakah mahal sgt berbanding dgn pasang jubin?

lagi satu nak tanya, kalau pakai solid wood ni, ada risiko diserang anai2 tak? :hmm:

niceghost2005 Publish time 20-11-2006 10:13 AM

Originally posted by fairyjasmine at 18-11-2006 10:42 PM
kalau nak pasang lantai kayu pulak praktikal tak?ada sesapa yg dok pi survey tu tahu tak berapa harga sekaki? (untuk solid wood, bukan laminate) adakah mahal sgt berbanding dgn pasang jubin?

lag ...

Assalamualaikum fairyjasmine,

MASAALAH UTAMA di Malaysia Isle HADHARI nie........quality tarak maaa.
Deme cakap jer....TREATED WOOD/PRODUCT.....
Tapi habuk pung tarak.
Buang $$$

So, its better miker taruh jer LAMINATED floo.

Wsalam

fairyjasmine Publish time 20-11-2006 08:22 PM

Reply #64 niceghost2005's post

Waalaikumussalam Nice,

Kalau macam tu, x berbaloi la pasang solid wood flooring, dah la mahal kan, kalau kena serang anai2 aduhh satu hal la pulak..

Laminated flooring ngn tiles ni, mana yg lagi mahal? kalau ikutkan tiles lagi tahan lama kan

pada pendapat nice kan, kalau takmau pakai jubin yg kita biasa pakai tu (saya tak tahu la apa nama dia, tapi yg biasa2 kat umah kat msia tu) apa lagi option yg ada kalau nak flooring yg lain sikit dari yg lain tapi x mhal sgt. yg penting nk yg tahan lama.

ferryman2393 Publish time 21-11-2006 09:05 AM

broken marble?

agar2 Publish time 21-11-2006 01:32 PM

dapat byk info baca kat sini
dapat pengetahuan macam mana nak pasang tiles sendiri
tengah berkobar2 nak buat sendiri ni untuk kawasan kosong di belakang rumah, tempat sidai baju

sayajemot Publish time 21-11-2006 05:11 PM

Originally posted by fairyjasmine at 18-11-2006 10:42 PM
kalau nak pasang lantai kayu pulak praktikal tak?ada sesapa yg dok pi survey tu tahu tak berapa harga sekaki? (untuk solid wood, bukan laminate) adakah mahal sgt berbanding dgn pasang jubin?

lag ...

soalan: apa beza solid wood dgn laminated flooring? lam flooring bukan wood eh fairy? br nk mula survey lantai today. minat dgn lantai gitu.

niceghost2005 Publish time 21-11-2006 06:28 PM

Originally posted by fairyjasmine at 20-11-2006 08:22 PM
Waalaikumussalam Nice,

Kalau macam tu, x berbaloi la pasang solid wood flooring, dah la mahal kan, kalau kena serang anai2 aduhh satu hal la pulak..

Laminated flooring ngn tiles ni, mana yg l ...

Assalamualaikum fairyjasmine,

SEBENAR nya, teman dah tulis pung KELEBIHAN n KEKURANGAN mengenai jubin/ceramic/marble/granite/homegenous(heavy duty) dan juga laminated flooring.

Mengenai LAMINATED FLOORING ini, ada pelbagai jenama n quality.
Ada yg di beri WARRANTY FOR LIFE, 20 tahun, 15 tahun dan juga 10 tahun.
Ada juga yg nipis dan juga yg tebal.
Ada yg perlu ada PELAPIK dan yg tidak memerlukan nya.

Tetapi LAMINATED FLOORING ini ada banyak KELEBIHAN nya berbanding dgn yg lain spt....
- tidak calar(kalis calar)
- tidak sejuk
- tidak di makan anai2
- tidak terbakar kalau terkena puntung rokok sbg nya.(kalis api)
- tidak pudar warna dgn cepat
- pelbagai corak n warna
- mudah utk di pasang
- tiada kelihatan sambungan nya.(dgn staple)
- kalis air

Kalau rosak, ia bley di tukar pada bahagian tersebut sahaja.:o:

Harga yg di tawarkan dari RM7.50 sekaki persegi.

Wsalam

fairyjasmine Publish time 21-11-2006 07:43 PM

Reply #66 ferryman2393's post

broken marble tu macam mana? sorry la saya ni mmg blur pasal benda2 ni..tu yg nak cari ilmu kat sini tu

fairyjasmine Publish time 21-11-2006 07:47 PM

Originally posted by niceghost2005 at 21-11-2006 06:28 PM


Assalamualaikum fairyjasmine,

SEBENAR nya, teman dah tulis pung KELEBIHAN n KEKURANGAN mengenai jubin/ceramic/marble/granite/homegenous(heavy duty) dan juga laminated flooring.

Mengenai L ...

TQ nice, sorry sbb x perasan pasal yg nice dah tulis tu, kalau macam gitu, kat msia lagi sesuai pakai laminated flooring la compared to solid wood kalau takmo pakai tiles..tak payah dok risau pasal anai2..

any tips macam mana nak cari laminated flooring yg berkualiti tak? takut la plak satg org kedai kata yg kualiti tapi sebenarnya tak :hmm: camna nak kenal ehh?

fairyjasmine Publish time 21-11-2006 07:53 PM

Originally posted by sayajemot at 21-11-2006 05:11 PM


soalan: apa beza solid wood dgn laminated flooring? lam flooring bukan wood eh fairy? br nk mula survey lantai today. minat dgn lantai gitu.

alamakk jemot, nak kasik detailed explaination pasal perbezaan dua2 ni saya pun tak berapa reti, tapi..

laminated flooring, bukannya kayu, ianya manmade materials, lepas tu di corakkan lah macam2, ada yg corak kayu, corak batu2 laut, geometry etc, lepas tu macam Nice kata, dia tambah la features lain, tak mudah calar, tak terbakar etc (makin byk features, makin naik harga ni..)kalau hat murah punya, senang calar/kalau benda jatuh, jadi lubang2, so kena hati2 la waktu memilih

solid wood - mmg di buat dari kayu laa, harga jauh lebih mahal dari laminated flooring, kalau pilih yg berkualiti, mmg tahan laaaaaamaaaaa la sgt, tapi tu lah, yg saya concern, si anai2 tu la..again macam Nice kata, depa kata ja dah treated, tapi kualiti still kurengg..rugi la kalau dah spent beribu, tgk2 dapat kat si anai2 buat umah ja huuhuu

niceghost2005 Publish time 21-11-2006 07:59 PM

Originally posted by fairyjasmine at 21-11-2006 07:47 PM


TQ nice, sorry sbb x perasan pasal yg nice dah tulis tu, kalau macam gitu, kat msia lagi sesuai pakai laminated flooring la compared to solid wood kalau takmo pakai tiles..tak payah dok risau p ...

TEman tolong jawab utk ferryman pasal broken marble.

BROKEN MARBLE ini adalah sejenis batu batan yg ada lubang2 halus.(pores)
Sebab itu ia nya 'sejuk'.

Dan ini juga menjadikan KEKURANGAN bagi nya.
Air akan 'trap' di dalam pores ini.
Ia akan menyebabkan ia menjadi KUNING selepas bbrp tahun.
Especially area dekat dgn bilik air ataupun muka pintu.

Laminated floor ini, miker bley tengok kat majalah ANJUNG SERI ataupun HOME etc.

:tq:

fairyjasmine Publish time 21-11-2006 08:02 PM

Reply #73 niceghost2005's post

wokeh..paham2, thank you sekali lagi :tq:

niceghost2005 Publish time 21-11-2006 08:05 PM

Originally posted by fairyjasmine at 21-11-2006 08:02 PM
wokeh..paham2, thank you sekali lagi :tq:

p/s Kat majalah HOME ataupun ANJUNG SERI ada deme advertise sekali dgn harga nya. :o:

fairyjasmine Publish time 21-11-2006 08:14 PM

Reply #75 niceghost2005's post

keluaran bulan 11 ka mr ghostie? ka tiap2 bulan ada..

ferryman2393 Publish time 22-11-2006 08:35 AM

broken marble ni adalah lebihan kepingan marmar yang diproses kepada marble tiles atau produk marble lain.bentuknya irregular, ada besar ada kecil dan bermacam macam bentuk dan hue.untuk dijadikan kemasan lantai, ketebalannya sekata.

marble ialah proses lanjutan semulajadi daripada limestone (batu kapur).sangat poros dan seperti natural stones yang lain, penjagaan rapi akan memberikan kita kepuasan sepanjang hayat.kalo tertumpah kopi, jangan biarkan ianya tertakung lama.terus lap.kalo tidak, stain kopi tu akan kekal disitu.kalo kita tak perasan lama dah kopi tu tertumpah (atau apa-apa yang buleh tembusi marble tu), be prepared for some heartache for the rest of your life.senang calar dan perlu digilap sekiranya dah hilang seri gloss (especially areas with high traffic).

marble juga dibuat kitchen top, table top dan beberapa lagi kegunaan dapur dan bilik mandi.wa pernah nampak kepingan marble digunakan untuk lantai dan dinding bilik mandi.ini tahap ekstreme hotel taraf berbintang bintang atau orang yang buleh memastikan bilik mandi nya sentiasa kering.very luxurious.

dari segi aesthetic, wa berpendapat versi broken marble sangat cantik oleh kerana setiap kepingan broken marble nie unik dan tak jemu mata memandang.dari segi interior design, wa tak berani nak komen.wa hentam keromo je bab bab ID nie.

ferryman2393 Publish time 22-11-2006 08:54 AM

Originally posted by fairyjasmine at 21-11-2006 07:43 PM
broken marble tu macam mana? sorry la saya ni mmg blur pasal benda2 ni..tu yg nak cari ilmu kat sini tu

wa rasa lu dah simpan hati nak pasang laminated wood flooring.

wa ada reply pasal marble nie before tapi post tu hilang entah kemana.

ferryman2393 Publish time 22-11-2006 08:55 AM

oops.ada pulak...tadi tak ada.

sayajemot Publish time 22-11-2006 09:16 AM

Originally posted by fairyjasmine at 21-11-2006 07:53 PM


alamakk jemot, nak kasik detailed explaination pasal perbezaan dua2 ni saya pun tak berapa reti, tapi..

laminated flooring, bukannya kayu, ianya manmade materials, lepas tu di corakkan lah m ...


ooo o k. thanks fairy. dpt clearer picture. and thanks too nice jugak for the explaination.
minggu ni and minggu depan nak floorhunt :D nak survey2 pasal lam flooring. mcm berminat.

fairy, kalau nnt dah jumpa kedai/tempat yg provide quality lam flooring, updatekan lah disini ya. thanks
Pages: 1 2 3 [4] 5
View full version: Pemasangan jubin lantai


ADVERTISEMENT