PakMalau posted on 17-6-2005 10:05 PM

Mengikut sunnah: Jubah atau Baju Melayu? : [merged] Presa1200

Salam brader semua,

Rasulallah saw dilahirkan di dalam masyarakat Arab yg mempunyai budaya, bahasa, teknologi, sains, pemikiran, pendidikan, dll yg berbeza dari masyarakat yang lain spt China, India dan Roman yg sewaktu dengannya.

Dari segi budaya, Rasulallah saw berpakaian sama seperti orang Arab yg lain di dalam masyarakatnya. Persoalannya, yang manakah lebih sunnah:

1) berpakaian seperti Rasulallah (berjubah dan berserban spt orang Arab) atau
2) berpakaian mengikut budaya masyarakat tertentu

Atau dengan kata lain, contoh bagi masyarakat Melayu sekarang, manakah lebih sunnah memakai baju melayu atau jubah?

Ikut (1) berjubah lebih sunnah,
Ikut (2) memakai baju Melayu lebih sunnah kerana berpakaian mengikut pakaian yg dipakai oleh masyarakatnya. Rasulallah saw memakai jubah seperti Abu Jahal juga, tidak baju Melayu kerana hidup dalam masyarakat Arab.

Lebih jauh lagi, umat Islam juga berpakaian mengikut kesesuaian tempat kerja, umur, majlis, musim dan suasana yg berbeza. Pada zaman sekarang, berseluar jeans sudah menjadi budaya malah sesuai dan praktikal, adakah ini juga sunnah mengikut (2) atau menyalahi sunnah kerana meniru budaya barat?

Adakah iman juga bergantung kepada jenis pakaian yang dipakai? Ada yg berseluar jeans dan memakai cap tetapi rajin solat dan zikir. Adapula yg berjubah dan berserban tetapi malas solat dan zikir. Malah sesetengah tidak teragak-agak menuduh orang Islam yg berfahaman lain sesat dan kafir.

Masalahnya ada juga yg memakai jubah dan menonjolkan imej insan kamil (mcm org baik-baik) tetapi melakukan maksiat yg kadang2 tak tergamak dilakukan oleh orang biasa spt zina, ringan-ringan ditempat awam seperti gambar2 yg tersiar di internet. Yang hairannya ada yg boleh dianggap “guru

halimijuliana posted on 18-6-2005 04:07 AM

Assalamualaikum,

Pada pandangan saya PakMalau, dalam hubungan ini, Islam tidak mensyaratkan jenis, bentuk serta potongan pakaian tertentu yang seharusnya dipakai oleh seseorang muslim. Apa yang dikehendaki oleh agama adalah menutup aurat dan menjaga kesopanan serta kebersihan.

Hakikatnya, dalam Islam tidak ada satu peraturan tertentu dalam menentukan jenis pakaian. Hanya ditetapkan bahawa aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badannya, kecuali bahagian muka dan dua tapak tangan hingga pergelangannya yang wajib ditutup. Manakala aurat lelaki antara pusat hingga lututnya.........

Ini hanya pandangan saya....... Kita lihat pandangan saudara2 kita yang lain....
Insyallah

(Kalau salah tolong betulkan)..........

hambasufi posted on 18-6-2005 10:20 AM

Originally posted by halimijuliana at 18-6-2005 04:07 AM:
Assalamualaikum,

Pada pandangan saya PakMalau, dalam hubungan ini, Islam tidak mensyaratkan jenis, bentuk serta potongan pakaian tertentu yang seharusnya dipakai oleh seseorang muslim. Apa yang  ...

Aurat dalam Islam dah jelas !!

Bagi lelaki dari pusat sampai kelutut.

manakala bagi wanita pula menutup keseluruhan badan kecuali kedua2 tapak tangan.




:stp::stp::o:

[ Last edited by fleurzsa on 18-6-2005 at 11:33 AM ]

musafir_lalu posted on 18-6-2005 07:16 PM

pakmalau tanya pasal sunnah bkn pasal aurat...
kita anggap kan semua lelaki dan pompuan manutup aurat, pakaian manakah yg lebih sunnah berjubah atau berbaju melayu.
klu kita ikut dakwah tabligh diaorang akan pakai jubah seperti nabi dan drpd tok2 guru kg yg mengajar lepas maghrib itulah sunnah nabi

nahzaluz posted on 18-6-2005 11:26 PM

Pada pendapat saya, kena clear dulu apakah yg dimaksudkan dgn sunnah Nabi, lepas tu baru boleh pergi bab pakai jubah atau baju melayu.

snipersnake posted on 19-6-2005 12:16 AM

erm...tumpang lalu..

mengikut pengalaman saya, sunnah pakai jubah, dan baju melayu sebenarnya adat.

tapi menda2 berkaitan sunnah nih kene ikut niat gak. kalo pakai jubah nak sorok bom tak kira ikut sunnah. kalo simpan janggut nak jadik rockers tak kira ikut sunnah.

innama amalu binniyah.

wallahualam!

saifulms posted on 19-6-2005 11:14 AM

Originally posted by snipersnake at 19-6-2005 12:16 AM:
erm...tumpang lalu..

mengikut pengalaman saya, sunnah pakai jubah, dan baju melayu sebenarnya adat.

tapi menda2 berkaitan sunnah nih kene ikut niat gak.kalo pakai jubah nak sorok bom tak kira ikut sunnah. kalo simpan janggut nak jadik rockers tak kira ikut sunnah.

Kalau pakai baju melayu dengan niat nak tutup aurat.... dapat gak pahala sunnah..

Pakai baju labuh (kurta atau gamis) dan seluar besar (seluar jerut) sampai di atas buku lali atau sekurang2nya panjang sampai separuh betis... dengan niat nak tutup aurat... dapat gak pahala sunnah...

bergantung pada niat....


Wassalam.

[ Last edited by saifulms on 19-6-2005 at 11:17 AM ]

Gravedigger posted on 19-6-2005 12:23 PM

Masih ingat lagi ada satu jemaah yang memperjuangkan pentingnya memakai pakaian cara sunnah nabi yaitu berjubah hijau (alasannya hijau itu warna disyurga) dan berserban corak kotak-kotak. Kaum wanita mereka berpurdah menutup seluruh tubuh badan.
Tapi itu dulu....sekarang Tok Guru pun dah berubah ikut edaran zaman dan zaman sekarang ialah zaman Islam Hadhari. Maka Tok Guru pun perlu ubah fesyen....,serbannya sudah berubah menggunakan songket dan anak-anak buah pula bertukar memakai berbagai fesyen pakaian walaupun macam Yahudi berseluar dan berkemeja.
Yang lebih hebat lagi ialah isteri-isteri Tok Guru....yang sanggup membuang purdah dan memakai berbagai fesyen pakaian. Manakala tudungnya pula lebih hebat lagi mengalahkan artis-artis top......huh mengancam!

Acong posted on 19-6-2005 04:33 PM

Originally posted by halimijuliana at 18-6-2005 03:07 AM:
Assalamualaikum,

Pada pandangan saya PakMalau, dalam hubungan ini, Islam tidak mensyaratkan jenis, bentuk serta potongan pakaian tertentu yang seharusnya dipakai oleh seseorang muslim. Apa yang  ...
good points there...! :tq:

Kopi-Topi posted on 20-6-2005 08:44 AM

Originally posted by Gravedigger at 19-6-2005 12:23 PM:
Masih ingat lagi ada satu jemaah yang memperjuangkan pentingnya memakai pakaian cara sunnah nabi yaitu berjubah hijau (alasannya hijau itu warna disyurga) dan berserban corak kotak-kotak. Kaum wanita mereka berpurdah menutup seluruh tubuh badan.
Tapi itu dulu....sekarang Tok Guru pun dah berubah ikut edaran zaman dan zaman sekarang ialah zaman Islam Hadhari. Maka Tok Guru pun perlu ubah fesyen....,serbannya sudah berubah menggunakan songket dan anak-anak buah pula bertukar memakai berbagai fesyen pakaian walaupun macam Yahudi berseluar dan berkemeja.
Yang lebih hebat lagi ialah isteri-isteri Tok Guru....yang sanggup membuang purdah dan memakai berbagai fesyen pakaian. Manakala tudungnya pula lebih hebat lagi mengalahkan artis-artis top......huh mengancam!



mungkinkah intrepretasi "sunnah" bg jemaah yg grave sebut di atas
sudah bertukar?
dari jubah kpd kemeja/seluar?
dari purdah kpd tudung kaler (mengalahkan artis-artis top.. ??)

kyas posted on 20-6-2005 08:46 AM

asalkan niat memakainya utk menutup aurat dan mahu mengikut sunnah... pada saya dua-duanya sunnah nabi... tidak timbul mana yg lebih sunnah... cuma sama ada ia sunnah atau bukan...

snipersnake posted on 20-6-2005 09:05 AM

betul kyas...

tuh sebab nabi pon kata innama amalu bi niyyah...

always_typo posted on 20-6-2005 11:13 AM

Originally posted by kyas at 2005-6-20 08:46 AM:
asalkan niat memakainya utk menutup aurat dan mahu mengikut sunnah... pada saya dua-duanya sunnah nabi... tidak timbul mana yg lebih sunnah... cuma sama ada ia sunnah atau bukan...

Menutup aurat itu wajib, tiada pilihan dalam hal itu.  Perkara sunnah itu yang sunat, yang kita ada pilihan samada hendak melakukan ataupun tidak.

Bagi saya sunnah yang lebih bagus adalah sunnah yang apabila kita melakukannya menyebabkan kita merasa kita lebih menyintai Rasullullah saw dan mahu berjuang seperti yang dilakukan baginda...

Sunnah ada dua jenis - yang nampak (fizikal) dan yang tak nampak (hati)...kedua-duanya berjalan seiringan dan selalu saling menguatkan antara satu yang lain kepada diri yang melakukan..

Ada orang yang dngn berpakaian jubah dan serban (niat mengikut Nabi, bukan mengikut Abu Jahal), dia semacam membuat satu statement atau ikrar kepada diri  sendiri tentang komitmennya terhadap suruhan Nabi.

Ikrar peribadi itu mungkin lebih efektif bagi dirinya  jika dibandingkan dng setakat pakai baju kurung telok belanga, walaupun yang baju kurung itupun boleh dikira sunnah juga kalau dilihat dari segi memakai pakaian tradisi.

Ini kerana jubah dan serban itu memerlukan dia mengubah sebahagian dari cara hidupnya yang biasa, ianya mungkin boleh memberi semacam "shocking effect" kepadanya secara peribadi utk berubah ke arah yang lebih baik.


In conclusion, bagi saya sunnah yang lebih bagus adalah sunnah yang apabila kita melakukannya menyebabkan kita merasa kita lebih menyintai Rasullullah saw dan mahu berjuang seperti yang dilakukan baginda.

PakMalau posted on 20-6-2005 11:37 PM

Originally posted by nahzaluz at 18-6-2005 11:26 PM:
Pada pendapat saya, kena clear dulu apakah yg dimaksudkan dgn sunnah Nabi, lepas tu baru boleh pergi bab pakai jubah atau baju melayu.

Betul tu, PakMalau lebih bersetuju kalau berjubah dianggap sebagai bukan sunnah tetapi perbuatan yg dibuat Rasulallah saw mengikut budaya tempatan. Sunnah perlulah perbuatan yang nabi anjurkan, maksudnya ada hadis yang menyuruh atau melarang perbuatan tersebut secara jelas.

Banyak orang kita yang ambil kulit tetapi buang isi. Ada yg sanggup tak pergi solat Jumaat sebab tak bawa/pakai kain pelikat dan songkok. Nak tegur, umur lebih tua...nanti kecil hati lak.

ajinomotonosuga posted on 22-6-2005 04:06 AM

Originally posted by hambasufi at 2005-6-18 10:20 AM:


Aurat dalam Islam dah jelas !!

Bagi lelaki dari pusat sampai kelutut.

manakala bagi wanita pula menutup keseluruhan badan kecuali kedua2 tapak tangan.




: ...


btui jelas ke aurat lelaki cenggitu..depa tu main bolasepak  dak2 lelaki tu camno plak?..napa siap sorak lai walo bukan kat padang kat depan tv? mentang2 tok guru dalam islam ramai lelaki..kalo bab depa suke seme jadik 'halal' kan kan kan? hipokrasi cenggini dah jadik asam garam dalam dunia islam..toksah nak kona !

MataPena posted on 22-6-2005 07:40 AM

Originally posted by ajinomotonosuga at 22-6-2005 04:06 AM:



btui jelas ke aurat lelaki cenggitu..depa tu main bolasepak  dak2 lelaki tu camno plak?..napa siap sorak lai walo bukan kat padang kat depan tv? mentang2 tok guru dalam islam ramai lelaki..ka ...

Mana boleh main bola kalau pakai seluar tak sampai kelutut!!

Tu fatwa ikut nafsu sendiri dan bukan fatwa dalam agama Islam.

Tapi kalau pakai seluar yang dah menutup lutut atau seluar panjang tak mengapa!

Yang penting mengapa nak diperbesarkan sukan orang kapir. Dalam Islam kan ada sukannya sendiri?

halimijuliana posted on 22-6-2005 08:58 AM

Originally posted by ajinomotonosuga at 22-6-2005 04:06 AM:



btui jelas ke aurat lelaki cenggitu..depa tu main bolasepak  dak2 lelaki tu camno plak?..napa siap sorak lai walo bukan kat padang kat depan tv? mentang2 tok guru dalam islam ramai lelaki..ka ...

SINDROM ULAMA BISU.............:):)

Selain itu, Rasulullah mengingatkan supaya tidak cenderung untuk menurut jejak langkah dan budaya orang Yahudi dan Nasrani dari segenap gaya hidup mereka.

Sabda Baginda bermaksud: “Kamu telah mengikuti sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu tetap mengikuti mereka.

Akasyah posted on 22-6-2005 04:16 PM

Originally posted by PakMalau at 2005-6-20 11:37 PM:


Betul tu, PakMalau lebih bersetuju kalau berjubah dianggap sebagai bukan sunnah tetapi perbuatan yg dibuat Rasulallah saw mengikut budaya tempatan. Sunnah perlulah perbuatan yang nabi anjurkan, ...

Sebenarnya pakaian jubah dan serban bukanlah kebudayaan mana2 bangsa hatta bukan sebagai KEBUDAYAAN ISLAM. Kerana dalam persoalan pakaian terdapat perintah daripada Allah dan Rasul-Nya. Setiap yg berupa perintah kita tidak boleh anggapnya sebagai kebudayaan tetapi adalah hukum, samada hukumnya berupa wajib, sunat dllnya.

Kerana tujuan Nabi Saw memakai dan memerintahkan umatnya memakai pakaian (khususnya pakaian Islam) bukanlah kerana hendak melahirkan kebudayaan atau kerana kebudayaan dan Rasulullah saw diutuskan bukan kerana hendak memperjuangkan kebudayaan tetapi adalah semata-mata hendak melaksanakan tugasnya sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman yg membawa khabar suka dan duka serta memimpin umat ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

Orang2 yg meninggalkan pakaian serban yg menjadi tradisi Rasulullah saw dan tradisi org2 soleh, dianggap telah menyalahi sunnah. Maksud menyalahi sunnah ialah “makruh

Akasyah posted on 22-6-2005 04:25 PM

Sunat Pakai Serban

Terdapat di dalam kitab Al-Jihat Libni Abi Asim dan pada seorang lelaki Ansar telah berkata; Datang seorang lelaki kepada sahabat Ibnu Umar katanya; “Hai Aba Abdul Rahman adakah serban sunat? Jawabnya, Ya, kerana telah bersabda Rasulullah S.A. W. kepada sahabat Abdul Rahman bin Auf;

Maksudnya; “Kamu pergi dan pakai pakaian kamu, dan kenakan senjata kamu

intanterpilih posted on 22-6-2005 05:56 PM

Originally posted by Akasyah at 22-6-2005 04:25 PM:
Sunat Pakai Serban

Terdapat di dalam kitab Al-Jihat Libni Abi Asim dan pada seorang lelaki Ansar telah berkata; Datang seorang lelaki kepada sahabat Ibnu Umar katanya; ...

terrimakasih ustaz akasyah....rasanya dah jelas pada saya perihal jubah dan serban ini melalui posting ustaz.

jadi...saya rasa tak der persoalan lagi kerana ustaz dah sertakan dalil naqlinya sekali.....

saya dari kecik dulu suka tgk org pakai serban sebb  masa kecik dulu selalu tgk moyang saya berserban....syahdunya kenangan.....

PakMalau posted on 23-6-2005 05:39 PM

Originally posted by Akasyah at 22-6-2005 04:25 PM:
Himpunan hadis berkenaan pemakaian serban dan jubah

kyas posted on 27-6-2005 09:43 AM

susah jugak kalau citer pasal jubah rasul.. abu jahal... perang... bagi saya asalkan niat nak mencontohi rasul... insyaAllah tak sia sia...

keadaan kena sesuaikanlah... takkan nak makan bubur pakai tiga jari... nak scuba diving pakai serban... masuk highway naik kuda...

tapi kalau pakai jubah... pakai serban.. bela janggut... pakai celak utk tunjukkan diri tu alim... rasa-rasa dapat rahmat ke dapat laknat...

[ Last edited by kyas on 27-6-2005 at 09:48 AM ]

PakMalau posted on 27-6-2005 04:39 PM

Originally posted by serihartatie at 26-6-2005 09:02 PM:
yg pasal berperang, pasal masuk hutan tu dah masuk bab lain pak malau woiiii.....itu dah topik lain....kalau cam tu ler pak malau nak membalas hujah, kenapa tak beri contoh cam ni untuk menunjukkan bhw serban dan jubah tak praktikal cam kat bwh ni.. :

tak sesuai ler berjubah dan berserban kalau semasa mandi...sebb nak mandi kena pakai kain tuala ajer..hehhehe (censored sikit...)..nanti kalau mandi pakai serban dan berjubah takut-takut kalau mandi wajib tak telus air pulak...

Guru tadika yg tak suka main hide and seek pun paham contoh yg tatie bagi tu sesuai utk akal kanak2 tadika sebab nabi pun mandi tak pakai jubah, jadi jangan nak buat lawak mcmi badut. Nabi berperang pakai jubah ... orang arab muka lebih kurang sama je, nak bezakan yg mana satu Islam dan yg mana satu bukan Islam, tu yg pakai serban berbeza..  kat Malaysia senanglah, tengok muka melayu boleh agak org Islam, zaman nabi tak mudah cam tu... dahlah nama arab pun hampir sama.. bau badan pun hampir sama gak..

secara tidak langsung kita dengan sengaja dan tidak sengaja meremeh-remehkan dan meperlekehkan sunnah rasulullah SAW....

Tidak meremehkan Rasulallah saw pun, nabi pakai pakaian org arab (budaya arab), kat mana yg remehnya.

tatie selalu gak tgk cerita kungfu china..depa pun pakai jubah gak...tapi boleh berkungfu..siap terbang lagik....hehehehe....

sekadar menambah flavour cerita pak malau pasal masuk hutan dan tak sesuai pakai jubah...kalau berkungfupun boleh pakai jubah....tentulah ikut logik akal, masuk hutanpun sesuai pakai jubah gak.....hehehhe..maklum nak bersilat dan berkungfu dgn ular, lintah dan pacat...


Kungfu cerita sezaman dengan nabi dulu... zaman sekarang, askar China pun pakai seluar dan topi besi, tak ada yg pakai jubah cina tu... itulah kena ikut budaya, masa, teknologi, etc. Orang cina sekarang yg tak pegi perang pun tau pakai jeans lebih praktikal...

Gravedigger posted on 28-6-2005 08:47 AM

Originally posted by serihartatie at 26-6-2005 09:02 PM:


tatie faham tujuan akasyah tu utk membuktikan dan menangkis kata-kata pak malau yg menuduh jubah dan serban hanyalah kebudayaan Arab ...Akasyah nak buktikan jubah dan seban adalah sunnah rasulu ...

Ooooo...gitu yer makcik Tatie. Bagaimana pula kalau pakai jubah yang kainnya berharga mewah disertakan pula dengan serban yang bersulam songket buatan pakar songket Trengganu?? Koleksinya pula bukan sepasang tapi huk alaaa....entahlah, nampak silih bertukar ganti.

palong posted on 28-6-2005 11:52 AM

cuma nak berkongsi pendapat Syeikh 'Atiyyah Saqr. beliau adalah bekas Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar, beliau juga seorang Arab yg pastinya lebih tahu pasal adat dan budaya bangsanya.

Wearing a turban is an issue left to customs and traditions more than religion. Arabs used to wear turbans to save them from the heat of the sun, and so did the Prophet (peace and blessings be upon him). As for the narrations that make wearing a turban a part of the Sunnah, most such narrations cannot be taken as clear evidence because they are weak.

According to Ibn Al-Haj, wearing a turban is one of the permissible acts, not a sunnah, because there is nothing clear that say it is a sunnah. Even when the Prophet put it on, he was not doing so as an act of worship; rather, it was a custom. There is a controversy regarding whether we should follow his example in this regard or not. He is reported to have worn headgears other than a turban.

There is no specific color for the turban. Upon entering Makkah, the Prophet (peace and blessings be upon him) was wearing a black turban. In the book of Zaad Al-Ma`aad, Muslim reported on the authority of `Amr ibn Huraith that he saw the Prophet (peace and blessings be upon him) on the pulpit wearing a black turban. Jabir ibn `Abdullah also reported that when entering Makkah, the Prophet (peace and blessings be upon him) was having a black turban."

sumber: islamonline.net
Page: [1] 2 3 4 5 6 7
View full: Mengikut sunnah: Jubah atau Baju Melayu? : [merged] Presa1200