snipersnake Publish time 29-8-2005 04:48 PM

sebab tak nampak la bod nih dah tenang, sekor belalang tak masuk..pelesit2 pun tak masuk.coincidence..i think not :)

belut Publish time 29-8-2005 05:54 PM

Kain pelikat berasal dari Timur India dan Burma. Ia mula dipakai oleh orang Hindu sebelum dibawa masuk ke Malaya. Setahu saya pengikut Sunnah suka meniru pakaian orang yang seagama atau sealiran dengan mereka.

serihartatie Publish time 30-8-2005 09:52 AM

Originally posted by snipersnake at 29-8-2005 04:48 PM
sebab tak nampak la bod nih dah tenang, sekor belalang tak masuk..pelesit2 pun tak masuk.coincidence..i think not :)

sekrg dah kenal ker yg mana belalang, yg mana pelesit?..hehehe...:)..lain kali jgn tangkap muat ajer menuduh...

Presa1200 Publish time 7-7-2006 02:37 AM

marilah sama2 hidupkan sunnah

Assalamualaikum kengkawan...

nama sy nashrullah wong. sy baru peluk Islam 28/jan tahun nih, lbih kurang 5 bulan dah.

Di sini ingin ambil kesempatan utk mengajak saudara2 yg berminat utk menghidupkan sunnah Rasullullah SAW seperti mane yg disarankan dlm hadith. Selain memakai serban, kupiah, ataupun jubah, di sini sy ingin berkongsi dgn saudara bhw Islam adalah cara hidup kite. Hanya cara hidup secara Islam diredhai Allah. Kalo bleh kite jgn terlalu terikat dgn budaya barat, contohnye budaya pemakaian jeans, coat, tie, etc. cuba saudara2 fikirkan, bagaimanakah cara pemakaian umat islam pada masa dahulu yg mampu mendirikan tamudun yang begitu cermerlang? Bukankah mrk semua memakai sunnah Nabi seperti serban, jubah, gamis (robe), kuf dan sebagainya? Ini menunjukkan cara pemakaian Islam itu tidak menghalang umatnye daripada maju dan terus maju. Kite perlu sedar bhw usaha barat yg ingin melenyapkan sunnah Nabi supaya umat2 semakin jauh daripada Islam yg sebenar.

siapa kata Islam itu kaku? bkankah dlm pemakaian Islam kite boleh memilih warna serban yg kite sukai, potongan jubah ikut citarasa masing2, dan juga gamis yg cantik? Pemakaian secara Islam adalah identiti seorang Muslim, dan pemakaian ikut sunnah Nabi adalah diredhai Allah.

barangsiapa yg menghidupkan sunnah nabi maka ganjarannya adalah 100 kali ganda mati syahid. Tapi tujuan kite hidupkan sunnah adalah mendapatkan redha Allah...insyahAllah.

ini adalah gmbar syngan abang angkat yg tlah byk ajar Islam kpd sy. Jubah belah/gamis yg kite pakai itu adalah contoh menghidupkan sunnah nabi yg jarang terdapat di negara kite. Saudara2 skalian, ape salahnye kite berusaha utk menghidupkan sunnah nabi di akhir zaman ini? bkankah lebih baik kite mempunyai identiti sendiri drpd bertunduk kpd kafir? jgn jadi kura2 yg dipijak2.... Utk memerangi org2 kafir, langkah pertama adalah berpadu dan mewujudkan budaya islam kite sendiri. Org2 kafir yg ingin musnahkah Islam inilah yg paling takut kpd umat Islam yg berpadu...

sy amat berharap saudara2 skalian dpt berganding bahu dgn kite utk sama2 menghidupkan skali sunnah Nabi di negara kite.

http://photos.friendster.com/photos/63/64/11794636/30558056458992l.jpg

http://photos.friendster.com/photos/63/64/11794636/30945384324818l.jpg

contoh2 umat islam yg mengikut sunnah nabi

http://www.orientmed.de/images/image002_462.jpg

http://photos.friendster.com/photos/83/07/707038/3051001928823l.jpg

[ Last edited byPresa1200 at 7-7-2006 05:23 PM ]

antiQue Publish time 8-7-2006 02:53 AM

Satu je soalan saya... apa sebenarnya yang kita consider sunnah? Adakah dari substance, atau dari form?

f@uzi Publish time 8-7-2006 09:28 AM

marilah sama2 hidupkan sunnah

Assalamualaikum...

TahniahSaudara Nashrullah Wong... pelihara le anugerah Allah ini.... ini baru permulaannya... perjalanan masih panjang dan yang penting pada penghujungnya ... iaitu mati dalam keadaan masih tetap beriman kepada Allah...

Terima kasih dengan ingatan Saudara... insyaAllah itu yang kita cuba usahakan... bukan sahaja pemakaian... tetapi yang lebih penting iaitu pemikiran....Keimanan kepada Allah secara jelas... bila cinta Allah, kita jua cinta Rasululullah... Teruskan Usaha..., jika ada masalah... jangan segan hubungi saya... InsyaAllah saya sudi membantu....

Laxamana. Publish time 8-7-2006 11:08 AM

Assalamu'alaikum...

Bagus kalau hendak menghidupkan sunnah melalui cara berpakaian.. yang baik kita akui baik. Syabas saudara Nashrullah Wong atas usaha anda dan tahniah kerana dirahmati dengan Islam...

Berpakaian juga satu usaha melaksanakan sunnah... tapi Islam itu sendiri bermula di dalam hati... saya tidak menafikan tindakan saudara... saya suka sebenarnya. Ada kala nya saya berpakaian juga seperti saudara, walaupun tidak selalu.Cuma saya hendak mendefinasikan dengan lebih terbuka... di Mekkah ada anak muda Arab berseluar jeans, bertopi besbol menunaikan sembahyang dihadapan Kaabah.. tapi saya tetap salute mereka kerana hati mereka tetap kepada Islam walaupun berpakaian kebaratan... Satu isu lagi, kita lihat Imam Masjidal Haram dan Nabawi pun hanya pakai kain tudung dan tak berserban... adakah mereka tidak menghidupkan sunnah atau jahil mengenai nya? Oleh itu, kita jangan lah pula memperlekehkan pakaian ala lain... yang utama adalah menutup aurat... banyak lagi cara berpakaian, atau kain selempang yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w.... diharap rakan2 di sini dapat turut memperjelaskannya...

Gravedigger Publish time 8-7-2006 12:43 PM

Originally posted by Presa1200 at 7-7-2006 02:37 AM
Assalamualaikum kengkawan...

nama sy nashrullah wong. sy baru peluk Islam 28/jan tahun nih, lbih kurang 5 bulan dah.

Di sini ingin ambil kesempatan utk mengajak saudara2 yg berminat utk men ...

Waalaikum salam warahmatullah,

Alhamdulillah syabas kerana mempunyai pendirian dalam cuba nak menghidupkan sunnah2 nabi.Saudara seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi sehingga sanggup memakai pakaian yang dianggap sebagai sebahagian dari sunnah nabi.
Saya tidak mempertikaikan saudara tapi hanya menimbulkan persoalan saja.

Benarkah jubah dan serban yang saudara pakai tu meyerupai jubah nabi sebenar yang dipakainya semasa hayat Baginda? Nampak seperti jubah yang saudara pakai tu lebih mirip kepada pakaian baju Melayu yang berkolarkan mandarin.

Orang-orang Tabligh dan Arqam dulu pun ada memakai serban dan jubah dan mereka mendakwa itulah cara yang sebenarnya serban dan jubah nabi. Manakala Abuya Asaari yang hebat memperjuangkan sunnah nabi pula sudah berkreatif sehingga menggunakan serban songket pula.

Apa pandangan saudara??

Presa1200 Publish time 8-7-2006 07:31 PM

Originally posted by antiQue at 8-7-2006 02:53 AM
Satu je soalan saya... apa sebenarnya yang kita consider sunnah? Adakah dari substance, atau dari form?

byk cara yg bleh dikatakan sunnah sebenarnye, selagi yg terkandung dlm hadith. spt cara bersugi, cara duduk semasa makan, cara makan dengan dulang, cara pemakaian (salah satu), iaitu kite mengamalkan sesuatu yg diamalkan oleh Nabi Muhammad itu sendiri.

Dan hadith2 ini bukan ambik secara suka hati. Ia perlu dikaji oleh ulamak2 besar yg berilmu tinggi, mencari bukti mengesahkan ketulenan hadith, dan jugak tidak lari daripada ajaran Islam, itulah hadith yg benar yg boleh diikut dan diambil iktibar.

apa kata jika anda bukak laman web wikipedia dan taip 'sunnah' dan cari definasinye? mungkin ia lebih membantu?

Presa1200 Publish time 8-7-2006 07:32 PM

Originally posted by f@uzi at 8-7-2006 09:28 AM
Assalamualaikum...

TahniahSaudara Nashrullah Wong... pelihara le anugerah Allah ini.... ini baru permulaannya... perjalanan masih panjang dan yang penting pada penghujungnya ... iaitu mati dal ...

InsyahAllah. trima kasih atas peringatan saudara.

Presa1200 Publish time 8-7-2006 07:36 PM

Originally posted by Laxamana. at 8-7-2006 11:08 AM
Bagus kalau hendak menghidupkan sunnah melalui cara berpakaian.. yang baik kita akui baik. Syabas saudara Nashrullah Wong atas usaha anda dan tahniah kerana dirahmati dengan Islam...

Berpakaian ...

betul kata anda, kite perlu bertaqwa dan juga mengikut Nabi. Taqwa dan takut kpd kuasa Allahitulah yg paling penting sekali. saudara mmg betul.

tp tujuan sy hanyalah utk mengajak saudara2 skalian supaya menghayati cara islam yg sebenarnye. sebagaimana dlm firman Allah pernah mengatakan cara yg selain daripada cara Islam adalah tidak diterima.

kalo kite hanye beramal baik depan tapi berakhlak buruk belakang, munafik namanye. Jd taqwa dan iman serta cara hidup itu penting utk setiap org Muslim.

betul. byk cara lain lg yg boleh ikut selagi ia adalah cara Nabi sendiri.

[ Last edited byPresa1200 at 8-7-2006 07:38 PM ]

Presa1200 Publish time 8-7-2006 07:43 PM

Originally posted by Gravedigger at 8-7-2006 12:43 PM


Waalaikum salam warahmatullah,

Alhamdulillah syabas kerana mempunyai pendirian dalam cuba nak menghidupkan sunnah2 nabi.Saudara seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi sehingga sanggup...

Selagi kite memakai pakaian yg namanya jubah dan serban, maka bentuk kolar samade teluk belanga ke, bulat ke, mmg boleh. inilah feksyen Islam itu sendiri. Sbab tulah warna dan style boleh pilih ikut suka sendiri. jika mahu ikut warna kesukaan Nabi Muhammad lagi baik.

Allah menyeru hamba pilihlah cara yg mudah baginya. maka tiada siapa yg salah atau betul selagi ia tidak lari daripada hukum Islam.

[ Last edited byPresa1200 at 8-7-2006 08:35 PM ]

FaiQ_FeuhRer Publish time 8-7-2006 10:22 PM

Originally posted by Gravedigger at 8-7-2006 12:43 PM


Waalaikum salam warahmatullah,

Alhamdulillah syabas kerana mempunyai pendirian dalam cuba nak menghidupkan sunnah2 nabi.Saudara seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi sehingga sanggup...

sy rs apa yg dijelaskan olh saudara nashrullah tu dah cukup jelas... atau mungkin saudara Gravedigger boleh ceritakan pada kami semua bagaimana rupa jubah nabi? adakah kolar jubah nabikolar teluk belanga atau cekak musang atau segi tiga? bahagian bahu jubah baginda adakah double line atau single line? bahagian bawahnya kembang atau straight cut? ada pocket atau tidak di bahagian dada dan sisi? lengan panjang atau pendek atau 3 suku? ada butang atau tidak, macammana jenis butang nabi? cara jahitan jubahnya adakah jenis "jelujur sama panjang", " jahitan insang pari", "jahitan silang pangkah", "jahitan Kia", atau mungkin "jahitan lilit ubi"?

antiQue Publish time 8-7-2006 10:59 PM

Originally posted by Presa1200 at 8-7-2006 07:31 PM
byk cara yg bleh dikatakan sunnah sebenarnye, selagi yg terkandung dlm hadith. spt cara bersugi, cara duduk semasa makan, cara makan dengan dulang, cara pemakaian (salah satu), iaitu kite mengamalkan sesuatu yg diamalkan oleh Nabi Muhammad itu sendiri.

Dan hadith2 ini bukan ambik secara suka hati. Ia perlu dikaji oleh ulamak2 besar yg berilmu tinggi, mencari bukti mengesahkan ketulenan hadith, dan jugak tidak lari daripada ajaran Islam, itulah hadith yg benar yg boleh diikut dan diambil iktibar.

apa kata jika anda bukak laman web wikipedia dan taip 'sunnah' dan cari definasinye? mungkin ia lebih membantu?


Maksud sunnah dari segi dasar itu saya faham, Presa.

Soalan asal yang saya tanya sebenarnya, adalah dari segi substance. Saya hanya nak trigger perbincangan di sini.

Apabila kita mengkaji hadith, kita lihat perlakuan nabi, adakah kita mahu menggolongkan perbuatan yang dilihat di mata kasar itu sebagai sunnah, atau perlu kita cari maksud-maksud tersirat darinya itu untuk kita nak tafsirkan sebagai sunnah?

Nak kasi senang cerita, saya beri contoh lah ye.. saya nak bawa contoh bersugi. Bersugi itu sunnah, sebab Rasulullah dahulu bersugi dengan kayu sugi. Tapi adakah hanya bersugi dengan kayu sugi itu yang dikata sunnah dan perlu kita ikut? Untuk mengikut sunnah tersebut, adakah semestinya kita heret kayu sugi? Bagaimana dengan substance perbuatan Rasulullah membersihkan gigi? Lalu kayu sugi itu sahajakah yang sunnah, atau membersihkan gigi itu juga sunnah?

Saya tidak menafikan perbuatan anda berjubah, berserban, itu sebagai mengikut perbuatan Rasulullah. Tapi mengapa tidak kita lihat ke dalam sedikit, cari substancenya?

[ Last edited byantiQue at 8-7-2006 11:01 PM ]

FaiQ_FeuhRer Publish time 8-7-2006 11:13 PM

Originally posted by antiQue at 8-7-2006 10:59 PM


Maksud sunnah dari segi dasar itu saya faham, Presa.

Soalan asal yang saya tanya sebenarnya, adalah dari segi substance. Saya hanya nak trigger perbincangan di sini.

Apabila kita mengkaj ...

maka dengan itu yg terlebih baik adalah dengan mengambil kedua-duanya. apakah dgn mengambil zahirnya maka meninggalkan batinnya atau sebaliknya?

antiQue Publish time 8-7-2006 11:23 PM

Originally posted by FaiQ_FeuhRer at 8-7-2006 11:13 PM


maka dengan itu yg terlebih baik adalah dengan mengambil kedua-duanya. apakah dgn mengambil zahirnya maka meninggalkan batinnya atau sebaliknya?

Itu yang saya nak kita bincangkan di sini. Tujuan saya bangkitkan benda ni, adalah supaya kita tak lupakan apa yg tersirat, sekali pun kita nak amalkan yang zahir. Dan juga, secara halusnya saya ingin juga selitkan mesej, bahawa jika kita nampak orang yang contohnya tak heret kayu sugi, bukan bermakna orang tu langsung tak ikut sunnah nabi.

[ Last edited byantiQue at 8-7-2006 11:27 PM ]

FaiQ_FeuhRer Publish time 8-7-2006 11:30 PM

Originally posted by antiQue at 8-7-2006 11:23 PM


Itu yang saya nak kita bincangkan di sini. Tujuan saya bangkitkan benda ni, adalah supaya kita tak lupakan apa yg tersirat, sekali pun kita nak amalkan yang zahir. Dan juga, secara halusnya say ...

saudari rasa kenapa nabi bersabda;

"barangsiapa yg menyerupai satu kaum, maka dia termasuk dlm golongan kaum tersebut"?

antiQue Publish time 8-7-2006 11:31 PM

Originally posted by FaiQ_FeuhRer at 8-7-2006 11:30 PM


saudari rasa kenapa nabi bersabda;

"barangsiapa yg menyerupai satu kaum, maka dia termasuk dlm golongan kaum tersebut"?

Sekali lagi saya nak tanya, nabi maksudkan dari segi substance atau dari segi zahir atau dari kedua-duanya? :)

FaiQ_FeuhRer Publish time 8-7-2006 11:58 PM

Originally posted by antiQue at 8-7-2006 11:31 PM


Sekali lagi saya nak tanya, nabi maksudkan dari segi substance atau dari segi zahir atau dari kedua-duanya? :)


utk melihat perkara tersebut, mari kita bincangkn satu surah yg sgt familiar bg kita;

surah al kafirun;

1) katkanlah: wahai keseluruhan (ayyuha) org2 kafir.
2) aku tidak akan menyembah (a'budu) apa yg kamu sembah (ta'budun)
3) dan bukanlah kamu penyambah ('abidun) apa yg aku sembah (a'bud)
4) dan bukanlah aku penyembah ('abid) apa yg telah kamu sembah ('abadtum)
5) dan bukanlah kamu penyambah ('abidun) apa yg aku sembah (a'bud)
6) bagi kamu agama (din) kamu, dan bagiku agama (din) ku.

dlm surah ini digunapakai perkataan 'abada yg literally bermaksud sembah. secara lebih mendalam, ayat ini menyeru kpd umat islam supaya tidak mengikut apa2 sembahan, adat resam, perbuatan, kesukaan, KESELURUHAN (ayyuha) org2 kafir. kerana barangsiapa yg menyukai sesuatu juga ibarat ia mnyembah perkara tersebut. ayat ini menyeruh kita membezakan diri kita secara total dgn golongan2 kuffar.

ditegaskan di akhir surah;

"bagi kamu DIIN kamu dan bagi aku DIIN ku"

apakah pengertian ad diin?

para ulama mentafsirkan ad diin sbg "peraturan Ilahi yang memandu orang yang memiliki akal fikiran secara sukarela ke arah kemaslahatan dunia dan kejayaan di akhirat" atau secara ringkasnya "CARA HIDUP"
maka jika diletakkan
""bagi kamu CARA HIDUP kamu dan bagi aku CARA HIDUP ku" apakah yg saudari dpt simpulkan dr penjelasan ini?

ibnur Publish time 9-7-2006 12:05 AM

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [慉li Imran 3:31]
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9
View full version: Mengikut sunnah: Jubah atau Baju Melayu? : [merged] Presa1200


ADVERTISEMENT