PakMalau posted on 29-5-2006 03:01 AM

Menggunakan Al Quran / hadith Sebagai Hujah

Originally posted by sheir'ali at 26-5-2006 10:08 PM

dan perbahasan ini hendaklah difokuskan kpd asas pegangan kedua2 golongan iaitu aqidah krn itulah punca perbezaan yg membawa kpd perpecahan
dan rujukan utama adalah al-quran krn kedua2 golongan mendakwa berpegang quran....krn kalau hadis aswj maka golongan syiah menolaknya begitu jg sebaliknya

Memanglah rujukan UTAMA adalah al-Quran, semua org tahu tapi masalahnya samada nak gunakan HADIS dari koleksi ASWJ (Bukhari, Muslim, etc) dan SYIAH (al-Kafi, etc) dalam BERHUJAH ???

Kita tau kebanyakan ayat al-Quran bergantung kepada HADIS utk TAFSIR terutama yg melibatkan PERBEZAAN antara ASWJ dan SYIAH, kalau tak guna HADIS, kira MAIN LOGIK AKAL SAJA mcm golongan GAH ??

Rasanya yg lebih REASONABLE ialah BERHUJAH menggunakan;

1. Al-Quran
2. Hadis Shahih
3. kitab Sejarah

yang diterima pakai oleh DUA PIHAK. Kalau tidak, terpaksa bergantung kepada HUJAH AKAL saja bila rujuk al-Quran.

Tapi kalau main HUJAH AKAL saja, bagus juga, lain dari perbincangan ASWJ dan SYIAH yg pernah ada. Baru guna OTAK yg ALLAH beri, taklah CUT & PASTE dari buku ulama lampau yg dah lapuk. Hehehe

Anyways selamat berdialog utk Shaikh dan Syeir'ali. Moga Allah beri kefahaman agama kepada kalian.

Fi amanillah

sheir'ali posted on 16-6-2006 10:49 AM


posted by pak malau at 29-5-2006 03:01 AM
Kita tau kebanyakan ayat al-Quran bergantung kepada HADIS utk TAFSIR terutama yg melibatkan PERBEZAAN antara ASWJ dan SYIAH, kalau tak guna HADIS, kira MAIN LOGIK AKAL SAJA mcm golongan GAH ??

Rasanya yg lebih REASONABLE ialah BERHUJAH menggunakan;

1. Al-Quran
2. Hadis Shahih
3. kitab Sejarah


mmg berhujjah disisi aswj dalil yg utama adalah berdasarkan al-quran dan disokong oleh hadis2 shahih
kitab sejarah tidak perlu digunakan dlm menguatkan hujjah aswj

cuma dlm perbahasan ini kalaulah digunakan hadis aswj tentu sekali golongan syiah akan menolaknya dan begitulah sebaliknya
tapi kalau menggunakan al-quran tentu sekali kedua2 golongan tidak dapat menolaknya krn keduanya mendakwa menerima quran sebagai rujukan utama

kecuali syiah dgn terang dan terbuka mendakwa bhw al-quran yg ada sekarang sudah diselewengkan dan tidak boleh dijadikan hujjah lagi

sheir'ali posted on 16-6-2006 11:11 AM

posted by pak malau at 29-5-2006 03:01 AM
Tapi kalau main HUJAH AKAL saja, bagus juga, lain dari perbincangan ASWJ dan SYIAH yg pernah ada. Baru guna OTAK yg ALLAH beri, taklah CUT & PASTE dari buku ulama lampau yg dah lapuk. Hehehe


disisi golongan syiah memanglah dan lapuk kitab2 karangan ulamak lampau mereka sebab tulah bila dikemukakan hujjah berdasarkan kitab2 mereka spt al-kafi, biharul anwar dll.....
mereka jawab itu hanyalah "koleksi hadis2 disisi syiah shj kita perlu merujuk kpd marjei' semasa walaupun ianya bertentangan dgn hadis2 dlm kitab2 sahih disisi syiah"

boleh lihat semua ini dlm perbahasan antara aswj dan syiah dlm nikah mut'ah
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=168184&extra=page%3D1&page=9
dan page2 seterusnya

tapi disisi aswj buku2 ulamak2 lampau itulah terutama kitab2 hadis adalah merupakan rujukan utama aswj

ahmadi_bangi posted on 17-6-2006 03:13 PM

Alhamdulillah, akhi sheir'ali saudara telah menunjukkan kebatilan dan kebenaran dengan hujah yang jelas...dan sesungguhnya benar-benar al-quran itu sendiri merupakan hujah yang nyata tentang kebenaran islam dan aqidah yang dipegang oleh ahlus sunnah wal jamaah. Saudara telah menunjukkan dengan jelas apakah kebenaran yang sebenarnya.

Hanya keegoan dan kesombongan sahaja yang menghalang sebahagian manusia untuk menerima kebenaran apabila ia teelah disampaikan. Bagi yang terpengaruh dengan ajaran-ajaran batil yang cuba dimasukkan kedalam islam melalui dakwaan ahlul bait bersiap-sedialah disisi Allah dipadang masyhar nanti dan ingatlah sesungguhnya Nabi s.a.w. akan menghalau dari telaganya jauh-jauh orang-orang yang mengubah islam dari apa yang sebenar. Semoga saudara shaikh dan golongannya terbuka hati dan fikiran untuk melihat kebenaran melalui hujah-hujah yang diberi.

PakMalau posted on 19-6-2006 02:24 AM

Originally posted by sheir'ali at 16-6-2006 10:49 AM
mmg berhujjah disisi aswj dalil yg utama adalah berdasarkan al-quran dan disokong oleh hadis2 shahih
kitab sejarah tidak perlu digunakan dlm menguatkan hujjah aswj

Itu mmg sedia maklum. Rasanya anda tk faham maksud saya.

cuma dlm perbahasan ini kalaulah digunakan hadis aswj tentu sekali golongan syiah akan menolaknya dan begitulah sebaliknya
tapi kalau menggunakan al-quran tentu sekali kedua2 golongan tidak dapat menolaknya krn keduanya mendakwa menerima quran sebagai rujukan utama

kecuali syiah dgn terang dan terbuka mendakwa bhw al-quran yg ada sekarang sudah diselewengkan dan tidak boleh dijadikan hujjah lagi  

Point saya ialah kalau letak al-Quran sahaja di atas meja (tanpa kitab hadis utk terangkan makna) maksud ayat boleh diputar belit sbb kebanyakan ayat al-Quran sgt umum (subjectif) maknanya. cth maksud ahlul-bait dlm al-quran, kalau tak ada hadis utk terangkannya, sesiapa boleh buat definasi sendiri ttg alhul-bait. Sebb tu saya kata kena letak kitab HADIS dan SEJARAH juga di atas meja, kalau tidak kita tak tahu hujah siapa LEBIH KUAT. Al-Quran hanya KITAB yg tak BERBICARA, tak boleh menerangkan maksudnya dgn lebih jelas tanpa bantuan hadis.

Masalah ASWJ-SYIAH ialah FAHAM ayat al-Quran berlainan. Itu sbb HADIS diPERLUKAN esp. hadis yg dipercayai BERSAMA. SYIAH untung sebb fahaman mereka tdk MEMAKSA utk PERCAYA koleksi hadis mereka SHAHIH seperti SHAHIH BUKHARI dan MUSLIM. Jadi syiah boleh pertikai hadis mereka pada bila-bila masa. Bagi ASWJ kalau tidak percaya hadis MUTAWATIR boleh dianggap kufur.

Ttg al-Quran tu mmg syiah percaya al-quran yg sama spt dgn ASWJ cuma TAFSIR yg BERLAINAN. Seeloknya BANDINGKAN tafsir ASWJ dan SYIAH yg mana KURANG KONTRADIKSI sbb kalau lebih banyak kontrakdiksi, nampak sangat ada something wrong dgn fahaman tu.

PakMalau posted on 19-6-2006 02:52 AM

Originally posted by sheir'ali at 16-6-2006 11:11 AM

disisi golongan syiah memanglah dan lapuk kitab2 karangan ulamak lampau mereka sebab tulah bila dikemukakan hujjah berdasarkan kitab2 mereka spt al-kafi, biharul anwar dll.....
mereka jawab itu hanyalah "koleksi hadis2 disisi syiah shj kita perlu merujuk kpd marjei' semasa walaupun ianya bertentangan dgn hadis2 dlm kitab2 sahih disisi syiah"

Nampak sgt anda ada masalah memahami HUJAH org lain. Saya cadangkan saudara masuk kuliah 'critical thinking" atau 'speed reading" kalau anda sibuk utk membaca dgn perlahan dan teliti sambil memikir maksud hujah org lain. Maksud saya kitab ulama lampau ialah kitab diskusi ASWJ vs SYIAH yg sudah lapuk bukan kitab hadis.

Dari segi kitab hadis pula, kalau lagi LAPUk lagi bagus sebab lebih hampir kepada zaman Rasulallah saw mcm kitab Sulaim tu yg ditulis pada zaman Imam Ali, bukannya kitab yg lebih 200 tahun setelah nabi wafat. Manuskrip lama sgt bernilai dlm pengajian sejarah dan lebih diutamakan.

Kena ingat juga kitab hadis turut terlibat dgn AGENDA PEMERINTAH sbb tu tidak hairan kalau kitab ASWJ banyak puji Abu Bakar, Umar, Uthman sampai Muawiyah sekali sbb mereka PEMERINTAH. Mmg adat ahli sejarah dan org ramai (perawi) akan mengikut dan memuji PEMERINTAH kerana kalau melawan arus, mmg sengaja cari masalah. Kat Malaysia ni ada ISA, zaman Bani Umaiyyah dan Abassiyyah masa koleksi hadis ada PEDANG utk pancung.   
  

boleh lihat semua ini dlm perbahasan antara aswj dan syiah dlm nikah mut'ah
http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=9
dan page2 seterusnya

tapi disisi aswj buku2 ulamak2 lampau itulah terutama kitab2 hadis adalah merupakan rujukan utama aswj

Minta maaf, saya cuma nampak KELEMAHAN saudara memahami HUJAH lawan. Anda tak FAHAM budaya AKADEMIK dlm fahaman SYIAH, anda cuma tahu budaya Akademik ASWJ kemudian main PUKUL RATA. Dari posting anda saya boleh agak anda tak pernah MENUNTUT ILMU dgn ULAMA SYIAH cuma baca kitab diskusi ASWJ vs SYIAH (lebih byk dari pihak ASWJ), kemudian belajar SENDIRI dgn tgk kitab2 hadis SYIAH, kemudian RASA sudah tahu ttg fahaman syiah.. betulkan saya jika salah. Jika tdk berikan nama guru syiah atau madrasah yg anda belajar utk mendapat ilmu. Org kata kalau belajar tak berguru, gurunya ialah SYAITAN.

Fi amanillah

[ Last edited by  PakMalau at 19-6-2006 03:00 AM ]

PakMalau posted on 19-6-2006 03:14 AM

Originally posted by ahmadi_bangi at 17-6-2006 03:13 PM
Hanya keegoan dan kesombongan sahaja yang menghalang sebahagian manusia untuk menerima kebenaran apabila ia teelah disampaikan. Bagi yang terpengaruh dengan ajaran-ajaran batil yang cuba dimasukkan kedalam islam melalui dakwaan ahlul bait bersiap-sedialah disisi Allah dipadang masyhar nanti dan ingatlah sesungguhnya Nabi s.a.w. akan menghalau dari telaganya jauh-jauh orang-orang yang mengubah islam dari apa yang sebenar. Semoga saudara shaikh dan golongannya terbuka hati dan fikiran untuk melihat kebenaran melalui hujah-hujah yang diberi.  

Biarlah Allah saja yg menentukan nasib ASWJ dan syiah di akhirat nanti. Bukan hanya keegoan dan sombong sahaja, tetapi tidak menggunakan AKAL yg Allah beri dan tidak IKHLAS serta BERHENTI BELAJAR juga menghalang manusia utk menerima KEBENARAN.

Keep on BELAJAR, IKHLAS, guna AKAL insha-allah dibukakan pintu hati utk menerima AJARAN AHLUL-BAIT dan menolak fahaman yg telah diselewengkan oleh PEMERINTAH ZALIM utk kepentingan PERUT dan KUASA.

Fi amanillah

ahmadi_bangi posted on 19-6-2006 01:20 PM

Bolehkah Hadis dan kitab sejarah dijadikan hujah dalam perbincangan ASWJ dan Syiah berkaitan pendapat masing-masing tentang sahabat-sahabat Nabi dan Ahlul Bait Nabi s.a.w. sedangkan kedua-duanya menafikan sebahagian besar kesahihan hadis dan kisah yang dibawa oleh kedua-dua pihak? Sekiranya ada pihak berhujah bahawa ambillah yang disepakati sahaja dan tinggalkan yang diperselisihkan, maka saya bertanya kenapa ditolak sebahagian hadis dan kisah yang diperselisihkan sedangkan disebabkan hujahan nyata hadis tersebutlah yang membawa perbezaan pendapat. Bukankah hadis dan kisah tersebut akan dapat membawa kepada kebenaran yang sebenarnya maka mengapa hanya sebahagian diterima atau ditolak?  Disinilah peri pentingnya al-Quran sebagai pemutus segala keputusan, apa yang selari dengan al-Quran hendaklah diterima sebagai muktamad benar dan tidak diputar belitkan dengan hujah-hujah yang tidak berasas dan berkaitan.

Persoalan utama yang dibincangkan tidak dapat lari dari beriman atau munafikkah sebahagian sahabat-sahabat utama nabi s.a.w. dan status dan siapakah ahlul bait nabi s.a.w. sendiri. Hendaklah kita menerima seperti apa yang dinyatakan oleh Allah dan Rasul Nya melalui al-Quran itu sendiri sebelum kita mengkaji kitab sirah dan hadis-hadis yang belum dipersetujui kesahihannya untuk dijadikan asas perbincangan.

Disinilah peranan pemutus segala sesuatu, iaitu hujah dari al-quran itu sendiri tentang status keimanan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan permasalahan ahlul bait baginda. Biarlah diakhirat nanti, kita mampu berkata di Padang Masyhar bahawa kita memutuskan aqidah kita berkaitan persoalan ASWJ dan Syiah berdasarkan nas-nas yang jelas dari al-Quran itu sendiri, sesuatu yang tidak dapat dipertikai oleh mana-mana pihak.

ahmadi_bangi posted on 19-6-2006 02:32 PM

Telah jelas dan terang, Allah menyatakan didalam al-Quran bahawa isteri-isteri Nabi s.a.w. adalah ahlul bait Nabi s.a.w. & kemudian terdapat hadis menunjukkan Nabi kemudiannya telah mendoakan agar Ali, Fatimah, Hasan & Hussin juga dimasukkan sebagai ahlul bait Baginda s.a.w. Adakah dengan berhujahkan hadis tersebut kita boleh menyatakan sebahagian isteri-isteri Nabi s.a.w bukanlah merupakan ahlul bait?  ini jelas mengubah dan memutarbelit fakta dari nas Al-Quran yang TELAH TERANG JELAS dan bukannya berbentuk UMUM, menafikan sebahagian isteri-isteri Nabi s.a.w. sebagai ahlul bait sama bererti kita menafikan ayat tersebut.

Jawapan tentang hadis tersebut telah diberikan oleh akhi Sheir'ali dengan begitu jelas cuma golongan yang tertipu dan sombongnya sahaja yg cuba menafikannya.

Semoga Allah meredhai saudara sheir'ali dan semoga kita semua mendapat kebaikan dari ilmu beliau.

wassalam

sheir'ali posted on 19-6-2006 02:49 PM

posted by pak malau
Point saya ialah kalau letak al-Quran sahaja di atas meja (tanpa kitab hadis utk terangkan makna) maksud ayat boleh diputar belit sbb kebanyakan ayat al-Quran sgt umum (subjectif) maknanya. cth maksud ahlul-bait dlm al-quran, kalau tak ada hadis utk terangkannya, sesiapa boleh buat definasi sendiri ttg alhul-bait. Sebb tu saya kata kena letak kitab HADIS dan SEJARAH juga di atas meja, kalau tidak kita tak tahu hujah siapa LEBIH KUAT. Al-Quran hanya KITAB yg tak BERBICARA, tak boleh menerangkan maksudnya dgn lebih jelas tanpa bantuan hadis.


kitab hadis utk terangkan makna quran bilamana ayat quran tu tak jelas
tapi kalaulah ayat itu tlh jelas spt berkenaan akidah spt keimanan kpd allah, rasul serta nabi2 dulu, taqdir dsbg apakah kita memerlukan hadis utk mentakwilkan keimanan terhadap perkara2 tersebut....
hadis hanya menjelaskan perkara tersebut dan kalaulah tiada hadis yg menyebutkan perkara tersebut maka kita berimana sekadar yg terdapat dlm quran....
spt contohnya dlm ayat ini
نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنزَلَ التَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ (3)
Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (ali imran 3)

apakah kita tidak akan beriman kpd quran taurat injil dan quran krn tlh jelas disebutkan dlm ayat ini...apakah kita memerlukan hadis utk beriman dgn ketiga2 kitab tersebut...hadis hanya akan menerangkan dgn lebih jelas lg berkenaan kitab2 tersebut..

berkenaan ahlilbait mmglah tak akan bertemu pendapat aswj dgn syiah krn masing2 berpegang hadis masing2

jadi perbahasan saya dgn shaikh pertama sekali berkenaan akidah yg semestinya terdapat dgn jelas dlm quran yg tak boleh ditakwilkan lg
bukan berkenaan masaalah feqah yg disebutkan secara tidak jelas dlm quran

sheir'ali posted on 19-6-2006 11:56 PM

pakmalau
Masalah ASWJ-SYIAH ialah FAHAM ayat al-Quran berlainan. Itu sbb HADIS diPERLUKAN esp. hadis yg dipercayai BERSAMA. SYIAH untung sebb fahaman mereka tdk MEMAKSA utk PERCAYA koleksi hadis mereka SHAHIH seperti SHAHIH BUKHARI dan MUSLIM. Jadi syiah boleh pertikai hadis mereka pada bila-bila masa. Bagi ASWJ kalau tidak percaya hadis MUTAWATIR boleh dianggap kufur.
Ttg al-Quran tu mmg syiah percaya al-quran yg sama spt dgn ASWJ cuma TAFSIR yg BERLAINAN. Seeloknya BANDINGKAN tafsir ASWJ dan SYIAH yg mana KURANG KONTRADIKSI sbb kalau lebih banyak kontrakdiksi, nampak sangat ada something wrong dgn fahaman tu.


hadis diperlukan utk menjelaskan ayat yg tidak jelas spt yg tlh saya sebutkan sblm ini
andaikata nak gunakan hadis yg boleh dikompromikan antara aswj dan syiah...itu satu cadangan yg baik...
apakata kita gunakan spt hadis yg menekankan supaya berpegang kpd al-quran dan sunnah yg begitu byk terdapat dlmkitab2 hadis aswj
dan begitu juga terdapat dlm kitab syiah spt contohnya dlm al-kafi...
وبهذا الاسناد، عن ابن أبي عمير، عن بعض أصحابه قال: سمعت أبا عبدالله عليه السلام يقول: من خالف كتاب الله وسنة محمد صلى الله عليه وآله فقد كفر
(usul kafi j-1 hal 70)

dan utk hadis2 berdasarkan kitab syiah al-kafi yg menekankan supaya berpegang kpd sunnah rasulullah s.a.w. boleh merujuk link ini

http://al-shia.com/html/ara/books/al-kafi-1/24.html
http://al-shia.com/html/ara/books/al-kafi-1/23.html
http://al-shia.com/html/ara/books/al-kafi-1/22.html

dan juga dlm kitab2 syiah yg lain
1: Ucapan Sayyidina Ali r.a. yang tersebut didalam nahju Al-Balaghah berhubung dengan firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nisa? ayat 59 yang bermaksud ?emudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya (merujuk) kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya?  Kata beliau: maksud ?engembalikan kepada Rasulnya? ialah kita beramal mengikut sunnahnya?. (Nahjul Balaghah j. 1 hal 240)
2: Diriwayatkan dari Hisyam bin Al-Hakam bahawa beliau mendengar Abu Abdillah (Jaa?ar As-Sadiq) berkata ?angan kamu terima sesuatu hadis yang dihubungkan kepada kami kecuali mana yang bersesuaian dengan Al-Quran dan As-Sunnah?. (Tanqihu Al-Maqal ? Maqaani j. 1 hal. 174, j.3 hal. 236)

tapi yg pasti syiah tidak akan dapat bersatu dgn aswj krn pada dasarnya lagipun mereka sudah berbeza

sheir'ali posted on 20-6-2006 12:07 AM

Masalah ASWJ-SYIAH ialah FAHAM ayat al-Quran berlainan. Itu sbb HADIS diPERLUKAN esp. hadis yg dipercayai BERSAMA. SYIAH untung sebb fahaman mereka tdk MEMAKSA utk PERCAYA koleksi hadis mereka SHAHIH seperti SHAHIH BUKHARI dan MUSLIM. Jadi syiah boleh pertikai hadis mereka pada bila-bila masa. Bagi ASWJ kalau tidak percaya hadis MUTAWATIR boleh dianggap kufur.


aswj memberikan panduan utk percaya kpd koleksi hadis mereka bukannya percaya dgn membabi buta..
krn itu andaikata anda sorang yg terpelajar terutama dlm ulumul hadis anda boleh mempetikaikan mana2 hadis samaada dlm bukhari atau muslim atau mana2 kitab hadis tapi mestilah dgn disiplin ilmu hadis
kita berpegang kpd hadis2 dlm kitab karangan ulamak2 aswj berdasarkan usul ilmu riwayat dan dirayah..
kalaulah bertepatan dgn kedua2 usul itu maka hadis itu akan diterima dan kalau sebaliknya akan ditolak
kalau nak tahu berkenaan disiplin ilmu hadis sebahagiannya anda boleh dapati disini

http://www.darulkautsar.com/penghadis/mukaddimah/hadistuntutanmasakini.htm

dan andaikata seseorg itu mempetikaikan sesuatu hadis mutawatir mmg akan jatuh akidahnya krn suatu hadis itu utk mencapai tahap mutawatir mesti menepati syarat yg ketat....rujuk ilmu mustalah hadis....
dan suatu hadis yg mencapai tahap mutawatir diyakini akan kebenarannya secara qat'iyyussubut (diyakini ianya dtg dr rasulullah s.a.w.)

bagaimana dgn syiah pula??
anda boleh mempertikaikan hadis ulamak2 anda bila2 masa....
apakah usul yg anda gunakan utk menolak sesuatu hadis...
kalau begitulah keadaannya tidak salah kalau saya mengatakan semua hadis yg terdapat dlm kitab ulamak2 syiah tidak boleh diterima pakai..kerana masing2 syiah boleh mempertikaikan hadis mereka bila2 masa shj
kalau benar begitu maka apakah tempat sandaran anda dlm pegangan anda??/

sheir'ali posted on 20-6-2006 12:11 AM

pakmalau
Nampak sgt anda ada masalah memahami HUJAH org lain. Saya cadangkan saudara masuk kuliah 'critical thinking" atau 'speed reading" kalau anda sibuk utk membaca dgn perlahan dan teliti sambil memikir maksud hujah org lain. Maksud saya kitab ulama lampau ialah kitab diskusi ASWJ vs SYIAH yg sudah lapuk bukan kitab hadis.


berikan satu contoh kitab tersebut...
apakah spt kitab Al-Fishalu Fi Al-Milal Wa Al-Ahwa'i Wa An-Nihal,, Al-Kifayah Fi Ma`rifati `llmi Ar-Riwayah,Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah, Al-Muntaqa dan bermacam lagi kitab2 yg memuatkan kritikan terhadap syiah

ataupun kitab spt malam2 peshawar,dailog sunnah syiah

atau yg mana??

sheir'ali posted on 20-6-2006 12:22 AM

Dari segi kitab hadis pula, kalau lagi LAPUk lagi bagus sebab lebih hampir kepada zaman Rasulallah saw mcm kitab Sulaim tu yg ditulis pada zaman Imam Ali, bukannya kitab yg lebih 200 tahun setelah nabi wafat. Manuskrip lama sgt bernilai dlm pengajian sejarah dan lebih diutamakan.


kitab sulaim bin qais ni nak kira dlm katogeri mana???hadis ke kitab apa??(saja nak tanya)
apakah boleh dipertikaikan....
atau tak boleh dipertikaikan bermakna memaksa supaya menerima shj dgn membabi buta??
atau usul mana pula yg digunakan utk kitab ini

kalau nak kirakan manuskrip lama dlm aswj pun ada spt contohnya assohifatussodiiqoh yg ditulis oleh abdullah b. amar b. ash dan diwarisi keturunannya

bahkan anda sebenarnya tidak tahu disiplin dlm ilmu2 aswj yg mana perawi2nya org2 yg cukup diyakini kebenarannya,tidak nyayuk,kuat hafalan dsbgnya..

bukan spt dlm disiplin ilmu hadis syiah yg mana perawi2nya adalah org2 yg ada ketikanya dipuji oleh imam2 maksum dan ada kalanya dikeji pula oleh imam2 yg sama...macammana nak diyakini hadis2 yg sebegini
spt apa yg terdapat dlm kitab rijal yg utama disisi syiah iaitu IKHTIYARU MA'RIFATIL RIJAL yg lebih dikenali dgn nama  RIJAL KASYI:
LIHAT BAGAIMANA KATA2 AHLULBAIT DLM KITAB MEREKA SENDIRI::::::
Pertama sekali kita perlu tahu ajaran syiah dibawa melalui perawi2 utama disisi syiah yg merupakan sahabat imam2 mengikut dakwaan merka..
Jaafar as-sadiq berkata tidak ku temui orang yg tlh menghidupkan nama kami dan hadis2 bapaku selain zurarah, abu basir laits al muradi, muhammad bin muslim dan buraid b. mu?wiyah al-?jli. Sekiranya tidak ada mereka ini tentulah tidak ada seorang pun ygn mampu menyimpulkan ajaran ini (syiah imamiah) mereka adalah pemelihara agama dan org2 kepercayaan bapaku tentang halal dan haram disisi allah. Mereka adalah org yg bersegera kpd kami di dunia dan di akhirat nanti (rijal kasyi-syeikh thusi ms 124,125)
Ditempat yg lain pula imam jaafar berkata kpd perawi2 yg merupakan perawi utama dlm syiah spt kata imam jaafar berkenaan zurarah:
ZURARAH TELAH MEREKA AJARAN ATAS NAMA AKU DAN NAMA NENEK MOYANGKU, DIA TIDAK AKAN MATI KECUALI DLM KEADAAN SESAT,LIHAT RIJAL AL KASYI MS.134 DAN 142.
LIHAT JG KATA2 DEMIKIAN KPD ABU BASIR MS. 116.
KPD MUHAMMAD B. MUSLIM MS.155
KEPADA BURAID B. MU?WIYAH IMAM JAA?AR BERKATA SEMOGA ALLAH MELAKNAT BURAID B. MUAWIYAH SEMOGA ALLAH MELAKNAT ZURARAH (RIJAL AL-KASYI MS 148)
kalau kita nak kata imam jaafar bertaqiyyah yg mana satu dia bertaqiyyah?.
Kesimpulannya kita dapat melihat begitu percanggahan berkenaan org2 yg membawa ajaran syiah drpd imam2 maksum?..dr sini kita dpt lihat bagaimana imam2 menafikan ajaran yg dibawa oleh perawi2 mereka tersebut
ZURARAH TELAH MEREKA AJARAN ATAS NAMA AKU DAN NAMA NENEK MOYANGKU, DIA TIDAK AKAN MATI KECUALI DLM KEADAAN SESAT,LIHAT RIJAL AL KASYI MS.134 DAN 142.

BAGAIMANA ANDA DAPAT MEYAKINI AJARAN ANDA SEBAGAIMANA YG TERDAPAT DLM KITAB2 UTAMA AJARAN ANDA...KALAU TAK BOLEH DIYAKINI APAKAH ASAS ATAU TEMPAT BERPEGANG PEGANGAN ANDA

sheir'ali posted on 20-6-2006 12:47 AM

Kena ingat juga kitab hadis turut terlibat dgn AGENDA PEMERINTAH sbb tu tidak hairan kalau kitab ASWJ banyak puji Abu Bakar, Umar, Uthman sampai Muawiyah sekali sbb mereka PEMERINTAH. Mmg adat ahli sejarah dan org ramai (perawi) akan mengikut dan memuji PEMERINTAH kerana kalau melawan arus, mmg sengaja cari masalah. Kat Malaysia ni ada ISA, zaman Bani Umaiyyah dan Abassiyyah masa koleksi hadis ada PEDANG utk pancung.


apakah anda lupa juga bhw dlm kitab2 hadis aswj begitu byk terdapat pujian2 terhadap sayyidina ali r.a. serta ahlil bait
bahkan dlm hampir setiap kitab hadis aswj pasti akan terdapat manaqib ali,fatimah,hassan hussin, manaqib ahlil bait dsbgnya yg memuatkan begitu byk hadis berkenaan kedudukan mereka yg begitu tinggi..sila rujuk kpd kitab2 hadis aswj

secara kesimpulannya saya dgn berani mengatakan anda sebenarnya tidak mempunyai ilmu ttg aswj lantas anda menuduh aswj dgn yg bukan2
sebagaimana shaikh tlh membuat tuduhan terhadap aswj
Natijahnya kini, jika saudara lihat kembali kitab-kitab hadis dari karangan Sunni seperti yang terkenal Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, kita akan mendapat terlalu sedikit hadis-hadis dari riwayat ahlulbait. Di  dalam sahih Muslim tidak sampai lima hadis yang diriwayat kan Imam ali yang telah dibuku dalam sahih muslim, manakala lebih teruk lagi tiada satu pun hadis diriwayatkan dari keturunannya seperti Imam Jaafar As-Shadiq dan sebagainya. Sedangkan hadis nabi yang MUTAWATIR iaitu hadis T-saqalain yang
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=216196&extra=page%3D1&page=1

dan jawapan yg tlh saya berikan
saudara sebenarnya (minta maaf) jahil ttg kitab2 aswj...
satu contoh sahaja saya ingin kemukakan kpd saudara

IMAM MUHAMMAD BIN MUHAMMAD AL-BAQIRI AL-BARI

telah menghimpunkan sebanyak lebih seribu enam ratus hadis riwayat ahlul bait terutamanya sayyidina ali r.a.
beliau menghimpunkan hadis2 tersebut drpd lebih 80 kitab2 hadis aswj termasuk sunan sittah

kitab beliau bernama

من رشحات الأحاديث المسمى نور مبين عن روايات الطيبين
yang dikenali dengan   مسند اهل البيت
(hadis2 berdasarkan sanad ahlil bait)

berkenaan dengan riwayat sayyidina ali r.a. dlm sahih muslim.....
saya sempat meneliti tidak sampai separuh sahih muslim pg ini dan saya temui lebih dr sepuluh riwayat sayyidina ali r.a. yg dikemukakan oleh imam muslim serta lebih dr lima riwayat hadis yg dlm sanadnya melalui jalan jaa'far as-sadiq serta muhammad al-baqir..

oleh itu saya berpesan kpd saudara shaikh berhati2 serta jangan terburu dlm melemparkan tuduhan terhadap aswj terutamanya imam2 aswj

ini belum dilihat lagi riwayat dr sayyidina ali r.a. dlm bab manaqib abu bakar dan umar r.a.

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=216196&extra=page%3D1&page=2

PakMalau posted on 20-6-2006 04:05 AM

Originally posted by ahmadi_bangi at 19-6-2006 02:32 PM
Telah jelas dan terang, Allah menyatakan didalam al-Quran bahawa isteri-isteri Nabi s.a.w. adalah ahlul bait Nabi s.a.w. & kemudian terdapat hadis menunjukkan Nabi kemudiannya telah mendoakan agar Ali, Fatimah, Hasan & Hussin juga dimasukkan sebagai ahlul bait Baginda s.a.w. Adakah dengan berhujahkan hadis tersebut kita boleh menyatakan sebahagian isteri-isteri Nabi s.a.w bukanlah merupakan ahlul bait?  ini jelas mengubah dan memutarbelit fakta dari nas Al-Quran yang TELAH TERANG JELAS dan bukannya berbentuk UMUM, menafikan sebahagian isteri-isteri Nabi s.a.w. sebagai ahlul bait sama bererti kita menafikan ayat tersebut.

Jawapan tentang hadis tersebut telah diberikan oleh akhi Sheir'ali dengan begitu jelas cuma golongan yang tertipu dan sombongnya sahaja yg cuba menafikannya.

Mungkin terang isteri-isteri nabi sebagai ahlul-bait bagi ASWJ tetapi tidak bagi syiah kerana mereka faham ayat tersebut berlainan (tanpa perlu bergantung kepada hadis syiah atau ASWJ). Main guna AKAL dan NAHU bahasa Arab saja, syiah faham berlainan dari ASWJ. Jangan menafikan KEIKHLASAN seseorang dlm memilih fahaman.

Kefahaman seseorang berlainan bergantung kpd BACKGROUND dan PENDIDIKAN yg pernah diterima oleh AKAL. Sbb tu saya kata setakat guna al-Quran sahaja tdk cukup BERHUJAH utk KEBANYAKAN ISU aswj dan syiah. Malah tanpa HADIS dan Sejarah kita tidak tahu siapa Abu Bakar dan Ali sbb tdk disebut dlm al-quran. Betulkah Ali dan Abu Bakar ujud?? Abu Lahab mmg ada. Nak tahu kena baca kitab hadis dan sejarah. Masalahnya ada 2 koleksi; syiah dan ASWJ, jadi isu ini takkan SELESAI. Terpulang kepada individu utk buat KEPUTUSAN mengikut LOGIK AKAL sendiri utk pilih fahaman mana lebih REASONABLE. Saya pilih syiah sebab lebih logikal ikut AKAL saya.

Saya ikhlas dan saya percaya semua forumers yg lain pun ikhlas (setakat ilmu yg ada) memilih fahaman masing2. Yg saya bimbang ialah TAKSUB dan TAK MAHU BERFIKIR serta BERHENTI BELAJAR, kemudian TIDAK BUAT KEPUTUSAN utk pilih sendiri, ikut saja fahaman datuk moyang, kalau datuk ikut Shafie, cucu pun ikut Shafie sbb rasa dah betul, bila mula PILIH fahaman pun tak tahu.. sbb tak KAJI dan CARI KEBENARAN, tambahlah sanggup keluar duit pergi menuntut dgn ulama fahaman lain, ahmadiyah ke, syiah ke..

yg penting bukan nak jawab di sini tapi di akhirat nanti. Tentu soalan ttg FAHAMAN ditanya nanti. Kalau dah ada jawapan dan boleh tidur lena OK lah.

sheir'ali posted on 21-6-2006 01:21 PM

Kefahaman seseorang berlainan bergantung kpd BACKGROUND dan PENDIDIKAN yg pernah diterima oleh AKAL. Sbb tu saya kata setakat guna al-Quran sahaja tdk cukup BERHUJAH utk KEBANYAKAN ISU aswj dan syiah. Malah tanpa HADIS dan Sejarah kita tidak tahu siapa Abu Bakar dan Ali sbb tdk disebut dlm al-quran. Betulkah Ali dan Abu Bakar ujud?? Abu Lahab mmg ada. Nak tahu kena baca kitab hadis dan sejarah. Masalahnya ada 2 koleksi; syiah dan ASWJ, jadi isu ini takkan SELESAI. Terpulang kepada individu utk buat KEPUTUSAN mengikut LOGIK AKAL sendiri utk pilih fahaman mana lebih REASONABLE. Saya pilih syiah sebab lebih logikal ikut AKAL saya.


akal tidak boleh dijadikan landasan kebenaran krn byk mana pegangan dlm agama tidak boleh bergantung kpd akal...
apakah akal saudara boleh menerima kepercayaan kpd perkara ghaib yg tidak mampu dilihat oleh mata kasar spt kebangkitan slps mati adanya syurga neraka skrg ini??

dan sememangnya syiah tidak akan menggunakan al-quran semata2 dlm mana2 perbahasan pun krn byk perkara dlm al-quran tidak bersesuaian dgn fahaman syiah bahkan bertentangan dgn fahaman mereka...
berkenaan sahabat sememangnya tidak disebutkan dlm quran tapi isyarat sudahpun terdapat dlm alquran spt ayat ini
مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا (29)

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (al-fath 29)

dan utk mengetahui siapakah yg dimaksudkan org2 yg bersama rasulullah s.a.w. itu barulah kita merujuk kpd hadis
dan kita tidak memerlukan kitab sejarah utk dijadikan bahan pegangan bahkan sejarah sudahpun terdapat dlm kitab2 hadis karangan ulamak2 hadis spt kitabul maghazi, kitabus siyar, babut tarikh dsbgnya
kitab sejarah hanyalah sebagai penyokong shj bukannya asas pegangan
dan kita aswj mempunyai garis pengukur utk menguji sejarah itu samaada ianya benar ataupun tidak berdasarkan pengukur ilmu hadis

pegangan syiah sesuai dgn logik akal saudara???
nanti saya akan bawakan fahaman atau ajaran syiah yg begitu bersesuaian dgn akal saudara!!!

sheir'ali posted on 21-6-2006 01:25 PM

antara ajaran syiah yg mmg bersesuaian dgn logik akal pak malau:


وسأل محمد بن مسلم أبا جعفر عليه السلام فقال: " أكان أمير المؤمنين عليه السلام ينهى عن قراء‌ة القرآن في الحمام؟ فقال: لا إنما نهى أن قرأ الرجل وهو عريان فإذا كان عليه إزار فلا بأس
muhammad b. muslim bertanya aba jaafar (muhammad al-baqir a.s.) adakah amirulmukminin melarang membaca al-quran dlm bilik air, dia menjawab tidak dia hanya melarang seseorang membaca quran bila dia dlm keadaan telanjang bilamana dia memakai kain tidak mengapa..
وقال علي بن يقطين لموسى بن جعفر عليهما السلام: " أقرأ في الحمام و أنكح فيه؟ قال: لا بأس ". ويجب على الرجل أن يغض بصره ويستر فرجه من أن ينظر إليه.
ali b. yaqthin berkata kpd musa b. jaafar a.s. adakah saya boleh membaca dlm bilik air dlm keadaan saya berkahwin dlmnya (bersetubuh @ melancap) dia menjawab tidak mengapa dan wajib kpd seseorang itu menundukkan pandangannya dan melindungi kemaluannya dr dilihat
وروي عن عبيد الله المرافقي(3) قال " دخلت حماما بالمدينة فإذا شيخ كبير وهو قيم الحمام، فقلت [له]: يا شيخ من هذا الحمام؟ فقال: لابي جعفر محمد ابن علي عليهما السلام، فقلت: أكان يدخله؟ قال: نعم، فقلت: كيف كان يصنع؟ قال: كان يدخل فيبدأ فيطلي عانته وما يليها، ثم يلف إزاره على أطراف إحليله يدعوني فأطلي سائر جسده، فقلت له يوما من الايام: الذي تكره أن أراه قد رأيته، قال: كلا إن النورة سترة ".(4)
drpd abdullah b. al-murafiqi aku masuk dlm bilik air di suatu bandar tiba2 ada seorang tu penjaganya, aku berkata kpdnya wahai org tua milik siapakah bilik air ini dia menjawab milik abu jaafar muhammad bin ali al-baqir a.s. aku bertanya lg: adakah dia memasukinya dia menjawab ya. lalu aku bertanya bagaimana dia lakukan? dia menjawab: dia memasukinya lalu dia melumuri kemaluannya dan sekelilingnya kemudian dia melipat kainnya (lalu meletakkan) dihujung saluran air memanggil aku lalu aku melumuri seluruh tubuhnya. aku berkata kpd nya pd suatu hari, suatu yg engkau tidak suka aku melihatnya (kemaluannya) sesungguhnya aku tlh melihatnya. dia (muhammad al-baqir) menjawab, tidak mengapa sesungguhnya kapur itu sudahpun merupakan penutup...

http://www.al-shia.com/html/ara/books/faqih/faqih-1/a24.html

bahkan byk lg ajaran2 yg mmg bersesuaian dgn akal pak malau terdapat dlm kitab2 syiah

sheir'ali posted on 21-6-2006 01:38 PM

ustaz ahmadi
Nampaknya ada pihak mengajak umat islam meninggalkan al-Quran dan kaedah bahasa arab sebagai bahasa al-Quran sebagai sumber rujukan muktamad dalam menyelesaikan masalah-masalah umat islam yang mendasar. Pengajak juga menyeru umat islam berhujah dengan cakap-cakap (hear say) manusia yang dirakamkan pada kitab-kitab lama yang tidak dapat disahihkan betul atau tidak penulisannya serta niat penulis kitab tersebut. Pengajak kemudian menyangka dengan kaedah tersebut beliau akan selamat didunia dan akhirat.


semoga kita tidak tergolong dlm golongan tersebut...
dan sama2lah kita teruskan perjuangan kita utk membenteras golongan yg cuba memesongkan ajaran islam ini bertopengkan cintakan ahlul bait....

kalau kita lihat ajaran aswj lebih bersifat antarabangsa dan menyeluruh krn orang yg membawa agama adalah dr berbagai2 kalangan samaada org kulit putih,hitam dsbgnya, samaada keluarga nabi s.a.w. sendiri ataupun bukan dr keluarga baginda (spt sahabat2 rasulullah s.a.w.) asalkan mereka adalah org2 yg ikhlas, jujur dlm membawa ajaran ini sebagaimana firman allah taala
  إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). (al-hujurat 13)

bahkan nabi s.a.w sendiri bersabda kpd fatimah r.a. yg bermaksud: wahai fatimah sesungguhnya kamu akan datang menemui aku di akhirat kelak bukan membawa keturunan muhamamad s.a.w. tetapi dgn membawa amalan kamu..

tetapi kalau kita lihat ajaran syiah seolah2 nabi s.a.w. nak mengajarkan bhw ajaran agama dan kelebihan adalah utk keluarganya shj dan ajaran yg bersifat kekeluargaan shj...
seolah2 nabi s.a.w. mempunyai kepentingan diri dlm menyebarkan risalah agama ini

sedangkan kalau kita lihat apa yg diajarkan oleh nabi s.a.w. adalah keturunannya tidak boleh memakan harta zakat, tidak boleh menerima pesaka drpdnya supaya org tidak boleh mengatakan bhw muhammad membawa ajaran utk kepentingan keluarganya

semoga kita semua mendapat petunjuk dr allah taala

ahmadi_bangi posted on 23-6-2006 10:12 AM

Kalau kita bertanya pada pengikut 'Kerajaan Langit' si 'Ayah Pin', pasti ada seribu satu hujah dan permainan kata-kata yang akan diberikan oleh pengikut-pengikut ajaran sesat beliau, begitu juga kalau kita bertanya pada pengikut-pengikut ajaran Hindu pasti ada jawapan-jawapan yang disediakan dengan hujah-hujah akademik dan falsafah masing-masing. Hujah-hujah ini pula lebih pada kecenderungan emosi dan sangkaan pada sesuatu perkara dan seterusnya menolak kegunaan akal yang sihat dan panduan wahyu.

Tahukah saudara sekelian bahawa kalau kita membaca Bible pada hari ini, kita takkan berjumpa satu ayat pun yang diucapkan oleh Nabi Allah Isa a.s. yang menyatakan bahawa beliau adalah Allah ataupun anak Allah yang dilahirkan melalui Mariam yang suci. Konsep dan doktrin trinity jugak takkan dijumpai didalam Bible, sungguh menakjubkan bukan apabila dua perkara asas yang membezakan ajaran Kristian dengan ajaran Yahudi ini tidak terdapat langsung didalam risalah-risalah asas 'New Tastement'. Apa yang berlaku ialah interpretasi-interpretasi 'akademik' yang dilakukan oleh golongan-golongan tersesat dan batil yang memasukkannya sebagai asas bagi ajaran kristian. Begitu juga apabila ungkapan-ungkapan seperti 'anak Allah' yang digunakan dalam ucapan dan tulisan risalah-risalah injil telah tidak dirujuk pada bahasa asal penutur iaitu bahasa aramic (bahasa yang digunakan pada zaman Nabi Isa a.s.) dan ibrani (bahasa umat Yahudi) maka terjadi tafsiran-tafsiran yang menyimpang dari kebenaran. Apabila kita bertanya pada penganut-penganut kristian tentang perkara tersebut, pasti mereka memberi seribu satu macam hujah atas usaha membenarkan akidah mereka tersebut, mereka juga mendakyahkan secara emosi seperti pengorbanan Nabi Isa a.s. untuk membersih dosa manusia sebagai tarikan keagamaan mereka.

Sesungguhnya benarlah seperti yang dinyatakan oleh Allah dan Rasul Allah, umat islam juga sebahagiannya akan menyimpang dari ajaran nabi Muhammad s.a.w. seperti menyimpangnya umat nasrani dari ajaran Isa a.s.. Ini dapat dilihat apabila terdapatnya golongan yang mula memutuskan sesuatu perkara berasaskan sangkaan-sangkaan dan fitnah yang dilontarkan serta tidak merujuk al-Quran pada asal bahasa al-Quran  iaitu bahasa arab.

Adalah nyata asas-asas ajaran Syiah yang membezakan mereka dari ASWJ tiada nas-nas yang sahih dari al-Quran sebagai pemutus muktamad, sebagai contoh persoalan dalil-dalil keimanan pada imam 12 langsung tidak dijumpai didalam Al-Quran, ini belum lagi dengan konsep keGHAIBAN dan KEMUNCULAN semula imam mahdi yang akan mengbangkitkan sahabat-sahabat Nabi dari kuburan mereka sebelum berlakunya kiamat. Aneh bukan, satu perkara asas tidak dijumpai asasnya? apa yang berlaku ialah tafsiran-tafsiran aneh yang cuba disandarkan pada ayat-ayat al-Quran. Cubalah golongan syiah bertanya pada ASWJ apakah sandaran dan asas aqidah ASWJ, insya'Allah saudara Sheir'Ali akan memberi syarahan yang berjela-jela dengan nas-nas yang TERANG dan JELAS dari al-Quran tanpa perlu merujuk pada kitab-kitab sejarah silam yang tidak diketahui niat penulisnya. Saya cukup yakin dengan kemampuan beliau didalam perkara tersebut, Insya'Allah.

Amatlah mustahil untuk menerima permasalahan asas akidah berasaskan sangkaan, falsafah dan takwilan sebahagian manusia, persoalan akidah adalah persoalan wahyu dan sewajarnya Al-Quran sebagai panduan yang diwahyukan dan terpelihara wajar menjadi pemutus yang muktamad bagi sesuatu perkara yang mendasar bagi umat islam. Apa yang dinyatakan oleh Allah sebagai benar, maka benarlah ia, dan apabila Allah telah meredhai sesuatu golongan seperti golongan-golongan Muhajirin & Ansar, golongan-golongan yang awal memeluk islam dan golongan-golongan ahli Badar maka wajiblah kita meredhai mereka dan menjauhkan sangkaan-sangkaan buruk dan fitnah yang dilontarkan kepada golongan-golongan tersebut.

Wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 23-6-2006 02:11 PM ]

ahmadi_bangi posted on 26-6-2006 10:36 AM

Sebenarnya sebahagian besar permasalahan yang dibangkitkan oleh golongan syiah telah pun dijelaskan dan dijawab oleh ulama2 ASWJ yang jelas terang berpegang pada al-Quran yang diwahyukan dengan bahasa arab dan hadis-hadis serta sunnah yang telah disahihkan melalui perawi-perawi yg tsiqah.

Bacalah penulisan ulamak-ulamak silam ASWJ spt penulisan ahlus Hadis, Syah Waliyullah berkenaan Syiah Imamiyah yang telah diterjemahkan oleh DBP, juga penulisan ulamak masa kini seperti buku Sunni yang Sunni, juga penulisan mantan ulamak-ulamak syiah yang telah bertaubat dari aliran batil tersebut seperti Dr Musa Musawi (terjemahan ke bahasa melayu indonesia buku beliau bertajuk 'Meluruskan Penyimpangan Syiah' boleh didapati di Pustaka Indonesia/Fajar Ilmu di Wisma Yakin) dan juga Ehsan Elahi Zahir, penulisan ilmuan-ilmuan islam masakini seperti Maulana Asri Yusuf (sila rujuk penulisan dan kuliah beliau di http://www.darulkautsar.com/), Dr Asri Zainul Abidin (harap rujuk artikel terkini beliau bertajuk 'Iran: Antara akidah sunni dan politik Amerika' didalam majalah 'I' Bil. 45/Julai 2006), karya Hafiz Firdaus di http://www.al-firdaus.com/index.php, semua penulisan-penulisan tersebut boleh didapati dan diadili oleh pihak berkenaan, tidak perlulah saya mengutip hujah-hujah yang disampaikan kerana semua pihak yang melayari internet pasti mudah mendapat rujukan tersebut.

Telah tersebar luas rujukan bagi yang berminat untuk merujuk, maka apakah yang akhirnya akan membuat keputusan? semestinya islam itu hendaklah difahami seperti mana yang diwahyukan Allah (melalui al-Quran) dan diterangkan oleh Rasul Allah (melalui hadis-hadis yang telah disahihkan perawinya). Bagaimanapun disebabkan golongan syiah yang menyimpang telah mentafsirkan hadis-hadis mengikut sangkaan dan tertipu dengan nafsu dan cerita-cerita palsu yang disebarkan (contoh mudah surat kemunafikan Saidina Umar r.a. kepada Saidina Muawiyah r.a.), maka saya menyatakan Al-Quran itu sendiri menjadi kata pemutus yang muktamad tanpa perlu merujuk buat seketika pada interpretasi hadis-hadis oleh kedua-dua pihak, insya'Allah kebenaran akan dapat dilihat semudahnya.

Asasnya, redhailah golongan yang Allah telah redha & cintailah orang yang Rasul Allah telah cintai masa hidupnya. Apa yang dibenarkan oleh Allah benarkanlah, apa yang tidak dinyatakan oleh Allah maka janganlah dimasuk-masukkan dan didakwa sebagai sebahagian dari wahyu yang telah diwahyukan. Mudah sajakan, itu pun masih sukar nak buat keputusan, Islam dan kebenaran adalah sesuatu yang hak & mustahil boleh dibatalkan dengan cerita-cerita dan pembohongan golongan munafikin.

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 26-6-2006 04:42 PM ]

ahmadi_bangi posted on 27-6-2006 09:35 AM

Fatwa 20 Shafar 1421 H - Ayatullah Uzhma

Petikan dari Lampiran dari Terjemahan buku ''Lillahi Tsumma Li At-Tarikh'' :

Yang mulia Ayatullah Uzhma, tokoh kota ilmu, dan rujukan tertinggi Sayid Husain Bahrululum semoga senantiasa ada dalam naungan-Nya kami memohon fatwa kepada tuan, semoga Allah memberikan balasan yang baik. Apa pendapat tuan tentang Sayid Husain Al-Musawi, dan apa pendapat tuan tentang bukunya yang berjudul "Untuk Allah kemudian untuk sejarah (Mengapa saya keluar dari Syiah)"

Fatwa:

Pendapat kami tentang orang yang bernama Hussain Al-Musawi, dia adalah sesat dan menyesatkan, semoga Allah membutakan matanya sebagaimana Dia telah membutakan hatinya. Dia telah menjadi sebab terjadinya fitnah bagi sebahagian besar manusia. Semoga Allah melaknatnya.

Para tokoh Hauzah telah mencabut semua gelar keilmuannya, dan semua hukum orang murtad telah dijatuhkan kepadanya dan semua risalah ilmiahnya tidak dapat dipertanggungjawabkan.

Kami juga mengeluarkan fatwa atas haramnya membaca bukunya yang berjudul 'Lillahi Tsumma Li At-Tarikh'' Untuk Allah kemudian untuk sejarah (Mengapa saya keluar dari Syiah)"

Tanda tangan;

Hussain Bahrululum
20 Shafar, 1421 H

Terjemah Fatwa atas Sayid Husain Al-Musawi oleh tokoh ulamak Syiah, Hussain Bahrululum


Siapakah Hussain Al-Musawi?;

Beliau adalah seorang ulamak syiah kelahiran Karbala yang telah diberi hidayah dan taufik oleh Allah untuk kembali berpegang pada akidah yang benar melalui jalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, mendapat pendidikan di "Hauzah' di Kota Najaf hingga bergelar mujtahid bagi golongan syiah dari Sayid Muhammad Hussain Ali Kasyif Al-Ghita. Merupakan kenalan rapat dengan Khomeni dan biasa bermusafir bersamanya. Beliau kekal tinggal di Najaf semasa menerbitkan buku tersebut demi menunjukkan keikhalasan dan matlamat sebenar penulisan beliau bukannya atas dasar sogokan dan tipu daya golongan tertentu tetapi demi kebenaran yang dipertahankan.

Apakah sebab fatwa atas beliau dikeluarkan?:

Beliau telah mengkaji dan menghalusi aliran syiah, dengan keikhlasan dan ketinggian ilmu beliau didalam pengkajian kitab-kitab muktabar golongan syiah, beliau telah mengarang buku 'Lillahi Tsumma Li At-Tarikh/ Untuk Allah kemudian untuk sejarah" terjemah bahasa melayu indonesia berjudul "Mengapa saya keluar dari Syiah" dan menunjukkan pada masyarakat umum kebatilan dan kerosakan yang ada didalam aliran syiah.

Buku beliau menjelaskan tentang permasalahan Abdullah bin Sa'ba, Hakikah Penisbatan Syiah kepada Ahlul Bait, nikah Mutaah, masalah khumus, Kitab-kitab samawi, Pandangan syiah terhadap ahlus sunnah dan Pengaruh kekuatan asing dalam pembentukan ajaran syiah.

Apakah kesan utama dari buku karya beliau tersebut?

Buku ini menjelaskan dengan hujah-hujah dari kitab-kitab rujukan syiah yang muktabar tentang isu-isu di atas, disamping bertujuan memandu golongan-golongan syiah yang ikhlas dalam beragama untuk kembali ke pangkuan Allah dan Rasul Allah, berpandu al-Quran dan hadis yang sahih. Penulisannya telah membuktikan kebatilan-kebatilan yang terkandung didalam aliran syiah.

Selain beliau adakah terdapat ulamak-ulamak Syiah yang lain yang telah bertaubat dan berusaha melakukan pembaikan pada aliran syiah?
Antara ulamak-ulamak tersohor syiah yang telah kembali ke pangkal jalan ialah Al-Allamah Sayid Ali Musa Al-Musawi (terjemah buku karangan beliau ialah 'Meluruskan Penyimpangan Syiah), Sayid Ahmad Al-Katib (terjemah karya beliau ialah "Perkembangan Pemikiran Syiah") dan juga Ayatullah Uzhma Imam Sayid Abul Hassan al-Asfahani, seorang tokoh tersohor dalam sejarah syiah dengan keilmuan beliaui.

Dimanakah saya boleh mendapatkan buku tersebut?

Buku karya beliau tersebut telah diterjemah kebahasa melayu indonesia dan diterbitkan oleh Pustaka Kautsar dengan judul 'Mengapa Saya Keluar Dari Syiah'.

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 27-6-2006 03:00 PM ]

carikubur posted on 28-6-2006 10:52 AM

Originally posted by ahmadi_bangi at 27-6-2006 09:35 AM
Dimanakah saya boleh mendapatkan buku tersebut?

Buku karya beliau tersebut telah diterjemah kebahasa melayu indonesia dan diterbitkan oleh Pustaka Kautsar dengan judul 'Mengapa Saya Keluar Dari Syiah'.
dala ...

Minta bagi alamat penerbit buku tersebut atau beritahu saya kedai mana ada jual kat Kl. nak beli  buat rujukan.

tq.

always_typo posted on 28-6-2006 11:05 AM

Originally posted by carikubur at 28-6-2006 10:52 AM


Minta bagi alamat penerbit buku tersebut atau beritahu saya kedai mana ada jual kat Kl. nak beli  buat rujukan.

tq.

cuba cari di Pustaka Indonesia. No. 12, Wisma Yakin. Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur.
No tel: 03-2692 3940 atau 03-2698 1742

Gravedigger posted on 28-6-2006 11:09 AM

Originally posted by anNaqiy at 26-6-2006 12:42 PM


Pertama sekali perlu kita ktahui dan sedari malah diingati bahawa SYIAH bukanlah mazhab dlm Islam yang b'selisih pendapat di dlm p'masalahan furu' bahkan sebenarnya adlh perbezaan pegangan di d ...

Memang aku setuju sangat...:setuju::setuju::setuju:

Syiah bukanlah mazhab dalam Islam sebab pengikut syiah itulah pengikut Islam yang sebenar yang berpandukan imam-imam ahlul-bait yang disuruh Rasulullah saaw untuk mengikuti mereka manakala mazhab-mazhab dalam Islam yang terkemudian cuma berpandukan imam-imam lantikan-lantikan syok sendiri oleh pengikut-pengikut mereka. itu pun masih dok bertelagah antara satu sama lain...hehehehee.
Page: [1] 2 3 4
View full: Menggunakan Al Quran / hadith Sebagai Hujah