carikubur Publish time 10-7-2006 01:42 PM

Originally posted by shaikh at 9-7-2006 03:06 PM
Alhamdulilah nampaknya saudara ini sungguh baik ahlaknya dan adab..

Mudah-mudahan dengan sifat keterbukaan saudara ini yang lebih lanjut ingin mengenal aqidah syi'ah agar akhir akan temui jalan kebenaran...

Terima kasih atas pujian saudara itu kepada saya sebenarnya pujian itu sama-sekali tidak layak untuk saya yang jahil dan selalu melakukan kezaliman.. Mudah-mudahan saya akan membantu saudara mencari jalan keluar dari kebuntuan itu, tetapi saudara perlulah selalu berdoa kepada allah kerana nur itu terletak di dalam penguasannya...

Lantas terus kita ke pokoknya, soalan saudara itu pertama-sekali saya perlulah meyemak dahulu hadis itu dahulu sama-ada ia benar terdapat dalam al-kafi ataupun tidak, Insyallah dalam masa terdekat saya akan menjawab soalan saudara itu.

Harap saudara dapat sabar....

Wassalam

...

Terimakasih kerana kesudian dan kesangguppan tuan untuk membimbing saya.

memang menjadi sifat orang yang bijak dan Alim selalu mengaku jahil dan zalim bukan sepertimana orang yang jahil tetapi mengaku Alim.

Sebenarnya bagi saya sifat tawadhu' ini menonjolkan lagi sifat ketokohan seseorang.

Baiklah! Sebelum tuan menjawab soalan saya sambil-sambil menyemak hadis al-Kafi. Elok juga tuan Sheik memberitahu saya. Golongan Syiah yangmana tuan rasa paling terbaik dan sederhana untuk saya belajar dan mengenalinya. Sebab setahu saya Syiah juga ada banyak mazhab sepertimana ASWJ. dan saya rasa juga elok bagi saya mengenali arah tuju atau pegangan seorang tuan guru kita sebelum kita belajar dengannya.

mudah-mudahan Allah swt makbur doa tuan dan saya. Amin..

sekian terimakasih

[ Last edited bycarikubur at 10-7-2006 01:49 PM ]

shaikh Publish time 10-7-2006 04:12 PM

Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Terimakasih kerana kesudian dan kesangguppan tuan untuk membimbing saya.

memang menjadi sifat orang yang bijak dan Alim selalu mengaku jahil dan zalim bukan sepertimana orang yang jahil tetapi mengaku Alim.

Sebenarnya bagi saya sifat tawadhu' ini menonjolkan lagi sifat ketokohan seseorang.

Baiklah! Sebelum tuan menjawab soalan saya sambil-sambil menyemak hadis al-Kafi. Elok juga tuan Sheik memberitahu saya. Golongan Syiah yangmana tuan rasa paling terbaik dan sederhana untuk saya belajar dan mengenalinya. Sebab setahu saya Syiah juga ada banyak mazhab sepertimana ASWJ. dan saya rasa juga elok bagi saya mengenali arah tuju atau pegangan seorang tuan guru kita sebelum kita belajar dengannya.

mudah-mudahan Allah swt makbur doa tuan dan saya. Amin..

sekian terimakasih


Sama-sama atas ucapan saudara itu...

Alhamdulilah nampaknya saudara ini sudah terbuka hatinya untuk mengenali ahlulbait atau mazhab syiah melalui jalur yang betul bukanlah dari buku-buku yang memburukkan syiah...

Bagi menjawab pertanyaan saudara itu, aliran dalam syi'ah yang benar adalah Mazhab Syiah Imamiah (mazhab Jaafari).. itulah islam yang sebenar dari rasullah dan melalui jalur Ahlulbaitnya...

Memang benar terdapat pelbagai pecahan dalam mazhab syi'ah itu sendiri seperti :

>Ismailiyah   >Zaidiyah   >Alawiyin(Ghulat)

sebenarnya ada banyak lagi tetapi yang masyur adalah 3 ini. Saya ingin menasihati saudara, semasa dalam pemprosesan mengenal mazhab syiah,berhati-hatilah terhadap syiah yang melencong yang paling harap dijauhkan adalah Alawiyin(Ghulat), aliran ini telah ditolak sama-sekali oleh pemimpin besar kami Ayatoallah Sayyed Ali Khomenei kerana ia telah melencong begitu jauh. Golongan inilah yang mengatakan bahawa Imam Ali a.s itu adalah jelmaan tuhan.

Harap saudara dapat memerhatikan jalurnya... agar tidak tersilap pilih...

bacalah buku-buku yang terpecaya...buat permulaan ini saya cadangkan saudara membaca buku "Akhirnya Ku Temui Kebenaran" Dr. Ahmad Tijani.... itulah buku yang paling sederhana bagi peringkat pengenalan...

Mengenai hadis dalam al-kafi itu, insyallah lagi beberapa hari saya akan menjawabnya kerana saya kini sedang mengumpulkan maklumat mengenai tafsiran hadis itu, agar tidak disalah fahami..
Harap saudara dapat sabar sedikit waktu lagi...

Wassalam....

orangbesi Publish time 12-7-2006 10:30 PM

salam

SESUNGGUHNYA MEREKA BERKASIH SAYANG SESAMA MEREKA
DAN BERSIKAP KERAS KEPADA ORANG KAFIR................

serihartatie Publish time 14-7-2006 03:40 PM

ASWJ yang faham fahamannya akan mengamalkan doa ini setiap hari.

Ertinya :
Wahai Tuhan, selawatkanlah penghulu kami, Nabi Muhammad, keluarga baginda, dn sahabat-sahabat baginda dan selamatkan ke atas mereka.

Memang ASWJ dahulukan ahlulbait tetapi sedikitpun tidak merndahkan barisan sahabat yang kerana mereka jugalah Islam berkembang dan mulia.

RSAW bersabda :

Daripada Anas RA sesungguhnya Allah telah memilih aku dan para sahabatku untukku di kalangan mereka, akan persemendaan dan pembantu,maka barangsiapa memeliharakan aku di kalangan mereka maka memelihara oleh Allah akannya. Dan siapa menyakitiku dikalangan mereka Allah akan menyakitkan mereka.

Sesungguhnya penghormatan ASWJ kepada sahabat-sahabat adalah berdasarkan kecintaan mereka yang tidak berbelahbahagi kepada RSAW.

RSAW tidak pernah berdusta, menyatakan bahawa pada saat hadis itu disabdakan sahabat2 RSAWberiman dan kemudia selepas beberapa ketika setelah kewafatan RSAW sahabat2 itu menjadi munafik atau kafir adalah tidak beradab kepada RSAW sendiri.

Kita tidak boleh mengeneralisasikan ramalan manusia biasa dengan sabda RSAW kerana RSAW adalah nabi dan rasul yang menerima WAHYU, setiap apa yang disabdakan baginda adalah BENAR dan TEPAT tanpa ada had dan batasan masa yang berubah.

GIFT tulis : Banyak HUJAH yg boleh dikemukakan utk MELEMAHKAN PENDAPAT saudara jika saudara maksudkan SEMUA ORANG MUHAJIR dan ANSAR mendapat redha. Point HUJAH untuk melibatkan Abu BAkar dan Umar sebagai ahli syurga (tanpa batas waktu) berdasarkan redha Allah kepada golongan Muhajir tidak boleh diterima kerana KEMUNGKINAN mereka tergolong dari golongan MUNAFIK juga ada. Pendapat yg mengatakan Abu Bakar dan Umar tergolong dari ahli syurga terlalu bergantung kepada rujukan dari hadis koleksi ASWJ sahaja. Bukanlah hujah kuat. Adalah perkara biasa bagi MANUSIA BIASA termasuk Abu Bakar dan Umar untuk berbuat amalan baik kemudian berbuat jahat. Mungkin hari ini ahli syurga dan esok ahli neraka kerana kesalahan yg dibuat.

Jika kita sudah menkategorikan sabda RSAW sebagai mempunyai KERANGKA MASA validity nya maka silalah KOREKSI AKAL sendiri takut2 AKAL sudah makan DIRI SENDIRI...sebab RSAW sudah bersabda Allah SWT tidak akan memelihara sesiapa yang menyakiti sahabat2nya kerana sahabat2 RSAW adalah dalam perancangan Allah SWT semuanya, mereka golongan terpilih.

Hadis koleksi ASWJ bukanlah sepertikoleksi catatan sejarah atau novel, ia adalah koleksi sabda RSAW yang sangat bernilai yg beliau tinggalkan sebagai panduan kepada umatnya yg sgt dicintai beliau. Tinggi nilainya di mata umat beliau yg benar2 tahu dan faham tentang rasulnya. Kerana itu koleksi itu disimpan dan dicatat serta ditapis dengan begitu teliti sekali oleh ulamak-ulamak mujtahid ASWJ sejak zaman lampau agar kesahihannya tidaktercemar. Itulah satu metodologi yang orang SYIAH tidak faham dan selalu pertikaikan. Mereka tidak akan MENGERTI kerana mungkin ada mata HATI dan mata AKAL yang sekejappejam sekejap celik...

[ Last edited byserihartatie at 14-7-2006 03:53 PM ]

shaikh Publish time 14-7-2006 04:25 PM

Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Riwayat pertama:
"Orang yang mendakwa telah mengumpulkan al-Quran dengan lengkap adalah pembohong besar. al-Quran sebagaimana yang telah diturunkan oleh Allah hanya dikumpulkan dan di simpan oleh Ali bin Abi Talib dan imam-imam selepasnya."
(al-kulani, al-kafi, jilid 1 halaman 228)

Riwayat kedua:
al-Kulaini meriwayatkan lagi dalam al-kafinya bahawa Abu Hussin Musa a.s. menulis surat pada Ali bin Suwaid ketika beliau berada dalam penjara.
" janganlah kamu mencari agama yang bukan dari kalangan Syi'ahmu. Janganlah sekali-kali kamu suka pada agama mereka kerana mereka adalah pengkhianat. Mereka mengkhianati Allah dan Rasulnya dan telah menglkhianati amanah yang telah diserahkan pada mereaka . Tahukah kamu apakah pengkhianatan yang telah mereka lakukan terhadap amanah yang diserahkan itu? Mereka telah diamanahkan menjaga kitab Allah (al-Quran) tetapi mereka telah memesongkannya dan menukar gantikan isinya." (Ar-Raudhah, min al-kafi, jilid 1 halaman 125)


Ini adalah dua kenyataan yang dibawakan oleh saudara carikubur yang saudara kutip dalam kitab al-kafi, kenyataan ini saudara kaitkan dengan penyelewingan kitab suci al-quran selepas kewafatan rasulallah S.A.W.W...

Pertama-tama sebelum saya menjawap soalan saudara carikubur saya ingin sangat meminta maaf jika membuat saudara tertunggu-tunggu kerana saya kini terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan..

Alhamdulilah dengan kebesaran allah dan Maha Agungnya telah memberi kelapangan waktu kepada hambanya untuk menyimak akan kesahihan kenyataan itu...dan keputusannya MEMANG BENAR KENYATAAN ITU TERKANDUNG DI DALAM AL_KAFI...

Menyusul kenyataan itu saudara telah mengemukakan beberapa soalan bagi memecah kebingungan yang terbuku di dalam hati saudara iaitu :

Persoalan 1
Daripada pengakuan tuan Sheik, semua Syiah beriman dengan alQuran yang ada sekarang tetapi bagaimana pula orang yang meriwayatkan hadith diatas .Adakah mereka ini bukan Syiah

-mereka itu syiah

Persoalan 2
Daripada pengakuan tuan Sheik, semua Syiah beriman dengan alQuran yang ada sekarang .Sudah pasti periwayatan diatasadalah palsu dan bagaimana imam-imam Syiah sekarang menghukum mereka yang telah buat pembohongan yang besar ini.


-riwayat diatas tidak palsu

Persoalan 3
Adakah kitab Syiah yang lain yangmana telah mengumpulkan hadith sahih sahaja dan diguna pakaioleh semua Syiah yang ada sekarang ini?


-Di sini saya suka mengatakan bahawa kami syiah tidak pernah mendakwa bahawa terdapat kitab-kitab hadis yang shahih seratus peratus...kami mengunakan kaedah muwassaq dimana kami mengambil hadis riwayat dari kitab mazhab apa pun selagi tidak bertentangan dengan al-quran dan akal manusia..

Persoalan 4
Supaya ummat ini tidak keliru dan menganggap Syiah ini tidak beriman dengan al-Quran yang ada sekarang. Apakah usaha-usaha ulama Syiah yang ada sekarang buat?.


-bagi soalan ini saya bukanlah orang yang tepat dapat menyatakan tindakan ulama'-ulama' syiah dalam memberitahukan kasus yang sebenar...jika saudara ingin mengetahui juga bolehlah menanyakan sendiri khusus kepada ulama' di websites www.alwelayah.net

Persoalan 5
Adakah sebenarnya hadith diatas dibuat oleh musuh-musuh Islam.dan mengatakan al-KUlaini yang meriwayatkannya?


-tidak ia tidak dibuat oleh musuh-musuh allah

Persoalan 6
Saya sebagai seorangyang sedang belajar ingin sangat tahu siapakah al-KUlaini dan bagaimana kedudukan kitbnya Al-Kafi disisi Syiah yang dahulu dan sekarang.


-sekali lagi soalan ini saya bukanlah orang yang benar-benar memahami Kulaini dan mengetahui diri sebenar Kulaini...saudara bolehlah mencarinya pada buku-buku atau menanyakan pada ulama' syiah...

Sebenarnya saudara ini terlupa akan satu soalan yang penting yang seharusnya menjadi solan utama saudara iaitu maksud sebenar hadis ini...

-untuk pengetahuan saudara carikubur apa yang sebenar yang dimaksudkan oleh riwayat ini bukanlah penyelewingan al-quran secara zahir (tulisan atau kandungan) tetapi apa yang dimaksudkan dengan penyeliwingan al-quran adalah penyeliwingan makna-makna yang tersurat disebalik kalimah-kalimah al-quran...ini sama sekali telah terjadi sekarang dan bukanlah lagi secara tersumbunyi tetapi secara terang-terangan...Jika kita lihat dewasa ini terlalu banyak tafsir-tfsir al-quran yang lahir seperti tafsir miizan dan sebagainya..ini dimana mereka menafsir mengikut fahaman mereka sendiri...contoh lain seperti surah al-ahzab ayat 33 dimana mereka telah memutar belitkan isi tersurat dengan mengetakan kalimah ahlulbait itu adalah mendefinisikan isteri-isteri rasulallh S.A.W.W. Ini juga berlaku dalam surah As-syurah ayat 23. surah alwaqiah ayat 75-80, surah al-maidah ayat 55-56, surah almaidah ayat tabliqh, surah Ar-rad ayat 7, Surah an-Nahl ayat 43, Surah an-Nur ayat 36 dan banyak lagi....

Ini lah sebenarnya penyeliwingan yang berlaku kepada al-quran langsung memberikan maksud kepada riwayat al-Kulaini itu tadi....

Saya harap saudara faham akan penjelasan saya dan dapat memecahkan kebuntuan saudara dalam mencari kebenaran...saya harap saudara tidaklah salah faham akan maksud sebenar riwayat itu...

Sebenarnya al-quran itu tidak akan dapat diseliwingkan bila umay Muhammad berpegang kepada Ahlulbaitnya nabi. Hadis rasulalah ada menyebut 'Ali bersama al-quran dan Alquran bersama Ali kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga bertemu denganku di haud" dan "...Ahlulbaitku diantara kalian adalah umpama bahtera penyelamat Nuh diamana siapa yang menaikinya akan selamat siapa yang meninggalkannya akan binasa' (At-Tabarani)

Wassalam
Wassalam

yahya Publish time 15-7-2006 10:23 AM

Originally posted by sheir'ali at 16-6-2006 10:49 AM


mmg berhujjah disisi aswj dalil yg utama adalah berdasarkan al-quran dan disokong oleh hadis2 shahih
kitab sejarah tidak perlu digunakan dlm menguatkan hujjah aswj

cuma dlm perbahasan ini k ...

salam

kenapa para imam12(yg dianggap berfahaman syiah oleh puak syiah) tak karang kitab? Mereka ini org baik2, al imam quthub al ghauts, manusia yg paling hampir dgn tuhan selepas nabi...tapi tidak menginggalkan kitab utk kita semua bahkan rasulullah saw sekalipun. jika para imam dan para nabi menulis kitab..alhamdulillah selesai sudah pertelingkahan mazhab selama ni. tapi tu semua ada sebabnya.

Allah berkata: "Maka celakalah bagi orang-orang yang menulis alKitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, "Ini daripada Allah," supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka menulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka?" 2:79.

Kita zaman skrg lebih 'bertuhankan' ulamak dari al-quran itu sendiri...renungkanlah.

shaikh Publish time 15-7-2006 12:03 PM

Salam selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

{quote]Kita zaman skrg lebih 'bertuhankan' ulamak dari al-quran itu sendiri...renungkanlah.

Wahai saudaraku, sesungguhnya celaka mereka yang tidak beriman dengan al-quran, tetapi ingin sekali saya bertanya kepada saudara adakah semua kalam-kalam illahiah itu difahami oleh manusia secara jelas...sesungguhnya ia memerlukan seseorang yang arif bagi menerangkannya...

Wassalam

orangbesi Publish time 15-7-2006 10:40 PM

salam

rasa saya bukan BERTUHANkan ulamaklah
tapi SISYAITAN tuuuuu
yg berupa....

dan tiada sesiapa yg lebih ARIF
ttg apa yg diBUATNYA
melainkan YANG MENCIPTANYA

carikubur Publish time 16-7-2006 02:23 AM

Originally posted by shaikh at 14-7-2006 04:25 PM
QUOTE:
Persoalan 1
Daripada pengakuan tuan Sheik, semua Syiah beriman dengan alQuran yang ada sekarang tetapi bagaimana pula orang yang meriwayatkan hadith diatas .Adakah mereka ini bukan Syiah
-mereka itu syiah


QUOTE:
Persoalan 2
Daripada pengakuan tuan Sheik, semua Syiah beriman dengan alQuran yang ada sekarang .Sudah pasti periwayatan diatasadalah palsu dan bagaimana imam-imam Syiah sekarang menghukum mereka yang telah buat pembohongan yang besar ini.
-riwayat diatas tidak palsu


QUOTE:
Persoalan 3
Adakah kitab Syiah yang lain yangmana telah mengumpulkan hadith sahih sahaja dan diguna pakaioleh semua Syiah yang ada sekarang ini?
-Di sini saya suka mengatakan bahawa kami syiah tidak pernah mendakwa bahawa terdapat kitab-kitab hadis yang shahih seratus peratus...kami mengunakan kaedah muwassaq dimana kami mengambil hadis riwayat dari kitab mazhab apa pun selagi tidak bertentangan dengan al-quran dan akal manusia..


QUOTE:
Persoalan 4
Supaya ummat ini tidak keliru dan menganggap Syiah ini tidak beriman dengan al-Quran yang ada sekarang. Apakah usaha-usaha ulama Syiah yang ada sekarang buat?.
-bagi soalan ini saya bukanlah orang yang tepat dapat menyatakan tindakan ulama'-ulama' syiah dalam memberitahukan kasus yang sebenar...jika saudara ingin mengetahui juga bolehlah menanyakan sendiri khusus kepada ulama' di websites www.alwelayah.net


QUOTE:
Persoalan 5
Adakah sebenarnya hadith diatas dibuat oleh musuh-musuh Islam.dan mengatakan al-KUlaini yang meriwayatkannya?

-tidak ia tidak dibuat oleh musuh-musuh allah


QUOTE:
Persoalan 6
Saya sebagai seorangyang sedang belajar ingin sangat tahu siapakah al-KUlaini dan bagaimana kedudukan kitbnya Al-Kafi disisi Syiah yang dahulu dan sekarang.
-sekali lagi soalan ini saya bukanlah orang yang benar-benar memahami Kulaini dan mengetahui diri sebenar Kulaini...saudara bolehlah mencarinya pada buku-buku atau menanyakan pada ulama' syiah...

Sebenarnya saudara ini terlupa akan satu soalan yang penting yang seharusnya menjadi solan utama saudara iaitu maksud sebenar hadis ini...

-untuk pengetahuan saudara carikubur apa yang sebenar yang dimaksudkan oleh riwayat ini bukanlah penyelewingan al-quran secara zahir (tulisan atau kandungan) tetapi apa yang dimaksudkan dengan penyeliwingan al-quran adalah penyeliwingan makna-makna yang tersurat disebalik kalimah-kalimah al-quran...ini sama sekali telah terjadi sekarang dan bukanlah lagi secara tersumbunyi tetapi secara terang-terangan...Jika kita lihat dewasa ini terlalu banyak tafsir-tfsir al-quran yang lahir seperti tafsir miizan dan sebagainya..ini dimana mereka menafsir mengikut fahaman mereka sendiri...contoh lain seperti surah al-ahzab ayat 33 dimana mereka telah memutar belitkan isi tersurat dengan mengetakan kalimah ahlulbait itu adalah mendefinisikan isteri-isteri rasulallh S.A.W.W. Ini juga berlaku dalam surah As-syurah ayat 23. surah alwaqiah ayat 75-80, surah al-maidah ayat 55-56, surah almaidah ayat tabliqh, surah Ar-rad ayat 7, Surah an-Nahl ayat 43, Surah an-Nur ayat 36 dan banyak lagi....

Ini lah sebenarnya penyeliwingan yang berlaku kepada al-quran langsung memberikan maksud kepada riwayat al-Kulaini itu tadi....

Saya harap saudara faham akan penjelasan saya dan dapat memecahkan kebuntuan saudara dalam mencari kebenaran...saya harap saudara tidaklah salah faham akan maksud sebenar riwayat itu...

Sebenarnya al-quran itu tidak akan dapat diseliwingkan bila umay Muhammad berpegang kepada Ahlulbaitnya nabi. Hadis rasulalah ada menyebut 'Ali bersama al-quran dan Alquran bersama Ali kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga bertemu denganku di haud" dan "...Ahlulbaitku diantara kalian adalah umpama bahtera penyelamat Nuh diamana siapa yang menaikinya akan selamat siapa yang meninggalkannya akan binasa' (At-Tabarani)

Wassalam
Wassalam


Riwayat pertama:
"Orang yang mendakwa telah mengumpulkan al-Quran dengan lengkap adalah pembohong besar. al-Quran sebagaimana yang telah diturunkan oleh Allah hanya dikumpulkan dan di simpan oleh Ali bin Abi Talib dan imam-imam selepasnya."
(al-kulani, al-kafi, jilid 1 halaman 228)


Riwayat kedua:
al-Kulaini meriwayatkan lagi dalam al-kafinya bahawa Abu Hussin Musa a.s. menulis surat pada Ali bin Suwaid ketika beliau berada dalam penjara.
" janganlah kamu mencari agama yang bukan dari kalangan Syi'ahmu. Janganlah sekali-kali kamu suka pada agama mereka kerana mereka adalah pengkhianat. Mereka mengkhianati Allah dan Rasulnya dan telah menglkhianati amanah yang telah diserahkan pada mereaka . Tahukah kamu apakah pengkhianatan yang telah mereka lakukan terhadap amanah yang diserahkan itu? Mereka telah diamanahkan menjaga kitab Allah (al-Quran) tetapi mereka telah memesongkannya dan menukar gantikan isinya." (Ar-Raudhah, min al-kafi, jilid 1 halaman 125)

Sekali lagi Saya memuji tuan kerana kebijaksanaan dan kercerdasan tuan memahami 2 hadith sahih diatas walaupun tuansendiri mengaku tidak a'rif tentang al-kulaini. Kemungkinan saya ini tergolong dari mereka yang IQ rendah kerana susah untuk memahami maksud sebenar 2 hadith sahih di atas.

Saya tertarik dengan rangkap ini iaitu yang dimaksudkan oleh riwayat ini bukanlah penyelewingan al-quran secara zahir (tulisan atau kandungan) tetapi apa yang dimaksudkan dengan penyeliwingan al-quran adalah penyeliwingan makna-makna yang tersurat disebalik kalimah-kalimah al-quran

Soalan 1
Bagaimana tuan tahu yang riwayat al-Kulaini itu, Rasullullah saw.bermaksudpenyeliwingan al-quran adalah penyeliwingan makna-makna yang tersurat disebalik kalimah-kalimah al-quran?

Soalan 2
Oleh kerana 2 hadith diatas adalah sahih maka sudah pasti ianya diguna pakai oleh imam-imam Syiah dan pengikutnya tetapi Adakah semua pengikut Syiah faham sepertimana tuan Sheik faham?


Lagi !Kemusykilan saya tentang Hadith sahih diatas mengikut fahaman Syiah.

Kemusykilan 1
Adakah maksud hadith diatas, Abu Bakar, Omar, Uthman dan yang terlibat mengumpul alquran adalah pembohong besar?

Kemusykilan 2
Tuan Sheik mengatakan yang dimaksudkan oleh riwayat ini bukanlah penyelewingan al-quran secara zahir (tulisan atau kandungan) tetapi apa yang dimaksudkan dengan penyeliwingan al-quran adalah penyeliwingan makna-makna yang tersurat disebalik kalimah-kalimah al-quran. Kenyataan ini, Syiah mengaku tulisan atau kandungan al-Quran yang ada sekarang betul walaupun dikumpulkan oleh pembohong besar tatapi tidakkah ianya bercanggah dengan rangkap hadith yang mengatakan bahawa al-Quran sebagaimana yang telah diturunkan oleh Allah hanya dikumpulkan dan di simpan oleh Ali bin Abi Talib dan imam-imam selepasnya."
Minta penjelasan apakah maksud hanya dikumpulkan dan di simpan ituberbentuk tulisan dan kandungan, atau berbentuk makna-makna yang tersurat disebalik kalimah-kalimah al-quran?

Kemusykilan 3
"Orang yang mendakwa telah mengumpulkan al-Quran dengan lengkap adalah pembohong besar. al-Quran sebagaimana yang telah diturunkan oleh Allah hanya dikumpulkan dan di simpan oleh Ali bin Abi Talib dan imam-imam selepasnya."(al-kulani, al-kafi, jilid 1 halaman 228)

Dimanakah sekarang al-Quran yang di simpan oleh Ali bin Abi Talib dan imam-imam selepasnya.? dan kenapa tidak disebarkan pada kami sedangkan kami juga muslim.

Oleh kerana Perkara Akhirat bukan perkara main-main maka belajar dan berhati-hatimencari Hak menjadi tugas setiap Muslim. Maafkan saya kerana IQ rendah saya telah menyusahkan Tuan Sheikdan saya harap tuan Sheik bersabar dengan sikap saya yang kebudak-budakkan ini.

*Pahala bagi orang yang mencari kebenaran tapi lebih-lebih lagi bagi mereka yang menunjukkebenaran.

Sekian terimakasih

yahya Publish time 16-7-2006 02:32 AM

ramainye org nak kejar syurga..

carikubur Publish time 16-7-2006 02:56 AM

Originally posted by yahya at 16-7-2006 02:32 AM
ramainye org nak kejar syurga..

Ada.. ke.. orang nak kejar ke neraka? He..he..:hmm:

yahya Publish time 16-7-2006 03:06 AM

Originally posted by carikubur at 16-7-2006 02:56 AM


Ada.. ke.. orang nak kejar ke neraka? He..he..

eh ramai..dah kalu syiah dianggap sesat..maka yg masuk syiah ni nak kejar neraka!!

carikubur Publish time 16-7-2006 03:19 AM

Originally posted by yahya at 16-7-2006 03:06 AM


eh ramai..dah kalu syiah dianggap sesat..maka yg masuk syiah ni nak kejar neraka!!

Eh..eh.. awak ni jangan la sedih. Biarkan dia orang nak kata. sesat ke apa ke biarkan.

yahya Publish time 16-7-2006 03:28 AM

ana bukan syiah...ana ummat muhammad saw je...

shaikh Publish time 16-7-2006 12:07 PM

Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Terima kasih atas pujian saudara itu, sesungguhnya semua itu adalah milik allah yang diberikan kepada kita atas izin nya..

saudara sebenarnya bukanlah ber IQ rendah tetapi mungkin penjelasan saya itu tidak beberapa tepat untuk difahami saudara... dan Alhamdulilah nampaknya saudara ini mempunyai satu sitaf yang terpuji dimana saudara akan bertanya bila terdapat kemusykilan....

Baiklah, lantas langsung kita ke pokoknya yang diamana saudara ada menyatakan
Saya tertarik dengan rangkap ini iaitu yang dimaksudkan oleh riwayat ini bukanlah penyelewingan al-quran secara zahir (tulisan atau kandungan) tetapi apa yang dimaksudkan dengan penyeliwingan al-quran adalah penyeliwingan makna-makna yang tersurat disebalik kalimah-kalimah al-quran


lantas saudara menanyakan soalan
Soalan 1
Bagaimana tuan tahu yang riwayat al-Kulaini itu, Rasullullah saw.bermaksudpenyeliwingan al-quran adalah penyeliwingan makna-makna yang tersurat disebalik kalimah-kalimah al-quran?


>ini terdapat dalam pelbagai buku penterjemahan hadis....Di sinilah peranan ulama' syiah dalam menerangkan isi tersurat hadis ini...

Soalan 2
Oleh kerana 2 hadith diatas adalah sahih maka sudah pasti ianya diguna pakai oleh imam-imam Syiah dan pengikutnya tetapi Adakah semua pengikut Syiah faham sepertimana tuan Sheik faham?


>Saya tidak pasti adakah semua memahaminya, tetapi yang saya pasti disini jika mereka (pengikut syiah) tidak memahami sesuatu hadis dan mengahdapi masalah ia akan lantas bertanya kepada MARJI' TAQLID mereka...

Kemusykilan 1
Adakah maksud hadith diatas, Abu Bakar, Omar, Uthman dan yang terlibat mengumpul alquran adalah pembohong besar?

> itu bukanlah hak saya untuk menghukum mereka bergitu, biarlah hanya allah yang menentukannya

Kemusykilan 2
Tuan Sheik mengatakan yang dimaksudkan oleh riwayat ini bukanlah penyelewingan al-quran secara zahir (tulisan atau kandungan) tetapi apa yang dimaksudkan dengan penyeliwingan al-quran adalah penyeliwingan makna-makna yang tersurat disebalik kalimah-kalimah al-quran. Kenyataan ini, Syiah mengaku tulisan atau kandungan al-Quran yang ada sekarang betul walaupun dikumpulkan oleh pembohong besar tatapi tidakkah ianya bercanggah dengan rangkap hadith yang mengatakan bahawa al-Quran sebagaimana yang telah diturunkan oleh Allah hanya dikumpulkan dan di simpan oleh Ali bin Abi Talib dan imam-imam selepasnya."
Minta penjelasan apakah maksud hanya dikumpulkan dan di simpan ituberbentuk tulisan dan kandungan, atau berbentuk makna-makna yang tersurat disebalik kalimah-kalimah al-quran?


>berbentuk tafsir kalimah al-quran itu...

Kemusykilan 3
"Orang yang mendakwa telah mengumpulkan al-Quran dengan lengkap adalah pembohong besar. al-Quran sebagaimana yang telah diturunkan oleh Allah hanya dikumpulkan dan di simpan oleh Ali bin Abi Talib dan imam-imam selepasnya."(al-kulani, al-kafi, jilid 1 halaman 228)

Dimanakah sekarang al-Quran yang di simpan oleh Ali bin Abi Talib dan imam-imam selepasnya.? dan kenapa tidak disebarkan pada kami sedangkan kami juga muslim.


> tafsiran al-quran itu disimpan oleh al-Qoim al-Mahdi (ini mungkin kedengaran kelakar jika saudara tidak memahami siapa al-mahdi) Tidaklah disebarkan secara keseluruhan tetapi jika saudara lihat ada makna al-quran yang diriwayatkan oleh Ahlulbait itu adalah tafsirnya kerana ini bersesuian dengan hadis Tsaqalian "Ku tinggalkan dua perkara diaman KEDUA_DUANYA TIDAK AKAN BERPISAH SEHINGGA BERTEMU DENGANKU DI HAUDH iaitu Al-QURAN dan AHLULBAITku" Tingkah laku dan segala percakapan Ahlulbait adalah mencerminkan al-quran itu sendiri...


Saya harap saudara memahaminya dan jika ada persoalan lagi janganlah segan untuk bertanya kerana seperti pepatah melayu ada mengatakan 'malu bertanya sesat jalan':)

Saya doakan agar saudara mendapat hidayah dari allah dan dinampaknya jalan kebenaran...

Wassalam

ahmadi_bangi Publish time 18-7-2006 09:48 AM

Thread yang baru nie benar-benar mengelirukan saya, bagaimanapun terima kasih atas jasa usaha pihak moderator

[ Last edited byahmadi_bangi at 18-7-2006 07:34 PM ]

shaikh Publish time 18-7-2006 08:03 PM

Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya..

Apa yang kelirunya Ust Ahmad....

ahmadi_bangi Publish time 19-7-2006 12:54 PM

Tak tahu kat mana yang perlu difokus sbb asalnya cuma satu tetiba berpecah tiga..

shaikh Publish time 19-7-2006 05:28 PM

Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

nampaknya perlulah Ust Ahmad berusaha sikit mencari kembali post yang dihantar USt...

Wasalam

ibnur Publish time 19-7-2006 05:48 PM

thread yg mana yang mengelirukan.ahmadi kata thread yg ini ka?memula memang threadnya satu, kemudian dipecahkan sebab terlalu banyak subtopik dalam topik yang semasa talak pertama diberi tajuk menggunakan al-quran sebagai hujah.kemudian ditalak 3 lagi sebab ada beberapa topik yang boleh dikhususkan.jadi tinggallah thread yg ini menjadi terlalu umum tajuknya.

kalau ada cadangan mungkin boleh diubahsuai topik yg ini (saya pun tak ada idea nak bagi tajuk apa).Diakhir-akhir posting thread ini nampak macam dah masuk penyelewengan dalam tafsiran al-quran dan hadith...okay ke tajuk tu atau nak bagi cadangan lain.Boleh jugak kita splitkan lagi posting berkenaan penyelewengan ni dari thread yg ini....:hmm:banyak pulak topik ni yer...ni makin menarik ni.Alhamdulillah.

[ Last edited byibnur at 19-7-2006 05:50 PM ]
Pages: 1 2 3 [4] 5
View full version: Menggunakan Al Quran / hadith Sebagai Hujah


ADVERTISEMENT