soulha Publish time 10-5-2006 07:55 PM

Originally posted by tunteja78 at 10-5-2006 08:12 AM


ehek ehek..sama baya ekk..hehe..okla tu..

semalam teja dah try buat ar ruz bilaban soulha tu..tp guna beras pulut n boh gak kelapa kering sbb kang ubah byk2 sgt dah lari keoriginalannya tu.. ...


:love: ok teja dah try yer..ok dah tuu..cuma klu resepi asal bentuk dia tk kering sngt..maksud sy tk serap susu dlm nasi..nk kata berkuah sngt pun tidak..sedang2 jer..cam kita makan bubur nasi jg..mungkin beras main peranan juga kot..thnk teja kerna berani mencuba..tambah2 klu u tambah2 skit kt atas kekacang and makan time sejuk..sedap sngt cam aiskrim pun ada.....

Nek_Fiona Publish time 12-5-2006 10:52 AM

asam gumpal dessert pantai timur.
http://i61.photobucket.com/albums/h47/nek_fiona/DSC01185.jpg
http://i61.photobucket.com/albums/h47/nek_fiona/DSC01178.jpg

Inti pes kacang hijau.
rebuskan kacang hijau dgn,tepung atau keledek serta gula dan gula melaka sampai boleh jadi pes.

Sagu biji bubuh dlm tapis dan curahkan air panas utk masakkan kejap sampai boleh dikepal.Masukkan pes dlm sagu separuh masak dan kepal jadi bulat kemudian leperkan dan kukuskan sebiji2 atas daun pisang.Masak sampai sagu nampak clear.

Utk kuahnya,santan di masak bersama daun pandan,bwg merah dan halia dihiris halus.Masukkan halba sedikit,tambah garam secubit utk lemakkan santan.Masukkan gula utk kuah rasa manis.Masukkan sagu tadi dan masak sampai didih jgn sampai pecah minyak.

imane Publish time 12-5-2006 09:37 PM

Originally posted by Nek_Fiona at 12-5-2006 10:52 AM
asam gumpal dessert pantai timur.
http://i61.photobucket.com/albums/h47/nek_fiona/DSC01185.jpg
http://i61.photobucket.com/albums/h47/nek_fiona/DSC01178.jpg

Inti pes kacang hijau.
rebuskan kac ...
mcm mana nak rebus kacang hijau dengan terpung? tepung tu di buat paste dulu ke? atau masukkan serbuk tepung dalam air rebusan kacang hijau tu? bila nak bubuh tepung dlam kacang ?

[ Last edited byshidaaziz at 13-5-2006 07:55 AM ]

Nek_Fiona Publish time 12-5-2006 09:47 PM

Sorry imane,nek cakap lebihkurang je dlm resepi tadi sbb ingatkan takde org interested so xplain skit2je.Bila ada org tanya baru elaborate skit.kacang hijau tu rebus dulu sampai empuk kemudian baru masukkan gula....kalau nak lagi sedap kacang hijau tu goreng tanpa minyak sampai gelap skit,then just pour water into the pan.Selepas empukmasukkan gula dan gula melaka sampai pekat baru masukkan tepung utk jadi pes.Tepung tu boleh juga di campur dgn air skit baru pour dlm rebusan tu tadi.Nak campur kan dgn keledek pun boleh ni utk sedap dan pekatkan inti.Masa utk buat inti ni lama skit....kdg2 bila bubur kacang tak habis nek pekatkan utk jadikan inti kuih ni.Inti ni boleh juga buat kuih kasturi.

[ Last edited byNek_Fiona at 12-5-2006 09:49 PM ]

zaiima Publish time 16-5-2006 09:25 AM

terpesona dgn teja dan shida,malam ahad saya buat gak ball pulut berwarna warni utk berbuka puasa semlm :)

ni yg siap utk disimpan dalam peti ais
http://i54.photobucket.com/albums/g105/zaiima/IMG_1097.jpg

ni siap utk dingap..makan dgn susu cair.sblum ni makan dgn gula merah tapi rasanya makan susu cair lagi sedap
http://i54.photobucket.com/albums/g105/zaiima/IMG_1100.jpg

shidaaziz Publish time 16-5-2006 09:33 AM

Originally posted by zaiima at 16-5-2006 09:25 AM
terpesona dgn teja dan shida,malam ahad saya buat gak ball pulut berwarna warni utk berbuka puasa semlm :)

ni yg siap utk disimpan dalam peti ais
http://i54.photobucket.com/albums/g105/zaiima/ ...

cayalah nek. nek pun teruja dengan kita orang ek :P

zaiima Publish time 16-5-2006 09:44 AM

Reply #146 shidaaziz's post

nek mana lak shida ni..;)pagi pagi dah mamai ni..ada makan tapai ka malam td?:P

shidaaziz Publish time 16-5-2006 10:01 AM

Originally posted by zaiima at 16-5-2006 09:44 AM
nek mana lak shida ni..;)pagi pagi dah mamai ni..ada makan tapai ka malam td?:P

wakakakaka tersalah orang lagi le ni :lol

tunteja78 Publish time 16-5-2006 01:44 PM

baru ni buat bijik nangka..kali ni wat kecik2 je..boh inti kacang merah gak


dlm periuk lg..
http://i30.photobucket.com/albums/c320/ain4378/DSC02255.jpg

sedia utk dimakan..anak buah yg sthn lebih tu pon suka..licin je masok mulut :love:
http://i30.photobucket.com/albums/c320/ain4378/DSC02257.jpg

Index Publish time 16-5-2006 01:51 PM

Menemui tun teja yang diingati ..
sila khabarkan kepada kekanda bagaimanakah adinda membuat kuah si badak ini..

shidaaziz Publish time 16-5-2006 01:56 PM

Originally posted by Index at 16-5-2006 01:51 PM
Menemui tun teja yang diingati ..
sila khabarkan kepada kekanda bagaimanakah adinda membuat kuah si badak ini..

Index, bahan asasnya ialah tepung pulut. Ada setengah orang kalau tak nak liat, taruk sesudu besar tepung gandum dengan tepung pulut. Shida biasa buat bancuh tepung pulut tu dengan sedikit garam & air suam. taruk air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.

Index Publish time 16-5-2006 02:05 PM

Originally posted by shidaaziz at 16-5-2006 01:56 PM


Index, bahan asasnya ialah tepung pulut. Ada setengah orang kalau tak nak liat, taruk sesudu besar tepung gandum dengan tepung pulut. Shida biasa buat bancuh tepung pulut tu dengan sedikit gara ...

terima kasih wahai adinda shida..
silalah baca pertanyaan kekanda ini sekali lagi....bagaimanakah membuat kuah si badak ini?
Kuah dik..bukan kuih..
Ada apa apa masalah kah di penglihatanmu itu wahai shida? Dari semalam tersilap orang nih..

tunteja78 Publish time 16-5-2006 02:05 PM

Originally posted by Index at 16-5-2006 01:51 PM
Menemui tun teja yang diingati ..
sila khabarkan kepada kekanda bagaimanakah adinda membuat kuah si badak ini..

kehadapan kanda index..kuih adinda tu adapon namanya adalah bijik nangka..bukanla kuih badak seperti yg disebut2..cara nak buat cenggini

utk bijik2 tu

-tepung beras pulut
-secubit garam
-air (boh air kapor skit pon xpe)

adun semua tu sebijon cm nak buat onde2/puteri mandi..masokkan dlm air mendidih..angkat bila biji2 tu terapong..masokkan dlm air masak

utk kuah lak

-santan
-daun pandan
-halba
-gula melaka+gula
-secubit garam

masak kuah tu sampai mendidih..then masokkan bijik nangka yg dah siap masak sebelum tu

ps:bijik nangka ni femes kt belah2 pantai timur..terutama kl time bulan puasa..kl resepi asal org tua2 biasa buat warna hijau..masokkan perahan air pandan dlm adunan tepong

[ Last edited bytunteja78 at 16-5-2006 02:06 PM ]

Index Publish time 16-5-2006 02:08 PM

Originally posted by tunteja78 at 16-5-2006 02:05 PM


kehadapan kanda index..kuih adinda tu adapon namanya adalah bijik nangka..bukanla kuih badak seperti yg disebut2..cara nak buat cenggini

utk kuah lak

-santan
-daun pandan
-halba
-gula melaka+gula
-secubit garam

masak kuah tu sampai mendidih..then masokkan bijik nangka yg dah siap masak sebelum tu

ps:bijik nangka ni femes kt belah2 pantai timur..terutama kl time bulan puasa..kl resepi asal org tua2 biasa buat warna hijau..masokkan perahan air pandan dlm adunan tepong

...
Terima kasih wahai tun teja..sesungguhnyer dapatlah sedikit pemahaman tentang bagaimana hendak membuat kuah si butir nangka itu. Maafkan kekanda sekali lagi sebab ada sedikit kemusykilan di hati..berapa banyakkah gerangan si halba itu yg hendak digunakan?

tunteja78 Publish time 16-5-2006 02:14 PM

Originally posted by Index at 16-5-2006 02:08 PM

Terima kasih wahai tun teja..sesungguhnyer dapatlah sedikit pemahaman tentang bagaimana hendak membuat kuah si butir nangka itu. Maafkan kekanda sekali lagi sebab ada sedikit kemusykilan di hati. ...

ada pon kanda index halba yg nak digunakan agak2 aje la..masokkan dlm satu sudu besar (paras) pon dah mencukupi..kl xde halba kanda gantikan je ngan halia..nak boh 2 2 pon buleh sbb kl resepi asal mmg boh 2 2 sekali..kuah bijik nangka ni lebih kurang ngan kuah asamgumpal adanya:bgrin:

Index Publish time 16-5-2006 02:19 PM

Originally posted by tunteja78 at 16-5-2006 02:14 PM


ada pon kanda index halba yg nak digunakan agak2 aje la..masokkan dlm satu sudu besar (paras) pon dah mencukupi..kl xde halba kanda gantikan je ngan halia..nak boh 2 2 pon buleh sbb kl resepi a ...

oh..demikian ceritanya..wah..sesudu besar halba digunakan..banyak juga ya. Insyallah di dalam sedikit hari lagi kanda akan mencubanya..terima kasih..
akhir kata..berjuanglah tun teja untuk ibu pertiwi...ekekekeke

tunteja78 Publish time 16-5-2006 02:32 PM

Originally posted by Index at 16-5-2006 02:19 PM


oh..demikian ceritanya..wah..sesudu besar halba digunakan..banyak juga ya. Insyallah di dalam sedikit hari lagi kanda akan mencubanya..terima kasih..
akhir kata..berjuanglah tun teja untuk ibu ...

hahah..terikut2 meroyan kak index lak..halba tu sesedap rasa kak index la..kl buat 1 periuk kecik..1 sudu teh pon cukupla..teja suka boh 1 sudu besar sbb aroma dia naik skit..kuah tu kl tanak jdk kaler cekelat boh gula ajer pong boleh

shidaaziz Publish time 16-5-2006 02:44 PM

aku nak buat wadey kepeng pulak :bgrin: masing2 dok keluar makanan daerah ek :cak:

nhuda Publish time 16-5-2006 03:12 PM

Originally posted by tunteja78 at 16-5-2006 02:05 PM


kehadapan kanda index..kuih adinda tu adapon namanya adalah bijik nangka..bukanla kuih badak seperti yg disebut2..cara nak buat cenggini

utk bijik2 tu

-tepung beras pulut
-secubit garam ...

adalah tidak berapa padan penggunaan biji nangka itu wahai kanda teja. alangkah enak dipanggil butir nangka

nhuda Publish time 16-5-2006 03:22 PM

klau ganu punya versi butir nangke ni lain skit

dlm butir nangka tu boh nisang mcm kite wat onde2 tu. tapi santan dia dop manis sebab doh ganti manis dalam butir tu
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16 17
View full version: ANEKA PENCUCI MULUT [PUDING & MANISAN LAIN]


ADVERTISEMENT