unnamed Publish time 18-4-2007 11:48 AM

yg ni istana alam shah kat selangor....



http://i175.photobucket.com/albums/w151/superiorinfinity/selangor_istana_alam_shah.jpg


kaya btul sultan ni...membazir je wat besar2

unnamed Publish time 18-4-2007 11:59 AM

istana negara


http://i175.photobucket.com/albums/w151/superiorinfinity/istana.jpg



http://i175.photobucket.com/albums/w151/superiorinfinity/img_laman_2.jpg


Istana Negara adalah tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Bangunan ini telah dibina dalam tahun 1928 dan asalnya adalah rumah kediaman seorang jutawan, iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan selepas diubahsuai ianya dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sehingga tahun 1957.


Kerajaan Persekutuan telah membeli istana ini pada tahun 1957 untuk dijadikan Istana Negara, tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Sejak itu, beberapa perubahan dan pembesaran dilakukan. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian pada tahun 1980 adalah secara menyeluruh, kerana inilah kali pertama Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilangsungkan di Istana Negara. Sebelum ini upacara pertabalan dilangsungkan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Bangunan yang agung ini terletak di perkarangan suatu kawasan permai lagi indah dengan pelbagai tanaman serta bunga-bungaan dan kolam renang dan sebuah dewan badminton bertutup dengan keluasan 11.34 hektar, di Jalan Syed Putra di tengah-tengah ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Bangunan ini mengandungi beberapa ruang khas dengan fungsi dan tujuan-tujuan yang tertentu seperti dua buah dewan utama di tingkat bawah iaitu Balairong Seri dan Dewan Mengadap.

Keseluruhan kawasan ini berpagar dan jata Yang di-Pertuan Agong adalah diletakkan pada setiap jejari besi antara dua batang tiang sekeliling pagar. Di bahagian hadapannya terdapat pintu utama dan dibina menyerupai pintu gerbang yang indah. Di kiri kanan pintu gerbang ini didirikan pula dua buah pondok khas sebagai tempat berteduh pengawal berkuda yang memakai pakaian istiadat yang segak ala Buckingham, London.

Oleh kerana kawasan istana tidak terbuka kepada orang ramai dan pelancong mengunjunginya, maka kawasan Pintu Utama Istana adalah tempat yang paling digemari oleh pelancong mengambil gambar.

babyhubby Publish time 18-4-2007 12:36 PM

http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/travel/tg/poi/db/240x240_dba39cc0461f6f3001d5c0c8f51945cc.jpg

Royal Abu Bakar Museum

babyhubby Publish time 18-4-2007 12:42 PM

http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/travel/tg/poi/12/240x240_127d36ac203aadcf7f6999767af7aedd.jpg

Sultan Ibrahim Building

babyhubby Publish time 18-4-2007 12:47 PM

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/04/SultanPalastJB.jpg/350px-SultanPalastJB.jpg

Istana Besar is a royal palace of the Sultanate of Johor.

babyhubby Publish time 18-4-2007 12:48 PM

http://www.cuti.com.my/Sub/Terengganu/maziah.jpg

Istana Maziah Terengganu

ct_og Publish time 19-4-2007 07:18 PM

Dulu-dulu cuma raja dan sultan yang duduk kat istana... sekarang orang bukan raja dan sultan pun dah boleh duduk kat istana... malah mengalahkan Istana Diraja pulak....emmm... rezeki masing-masing...

skuter_buruk146 Publish time 27-4-2007 10:29 AM

istana pahang tempat sultan bersemayam skarang aku dah masuk..gamba pun aku ade amik..
kalo sempat kang aku upload..
tapi honestly biase je aku rase interior die..

kami cube boleh amik gamba kesemua ruang kecuali satu bilik tue..penjaga tu cakap kalau sultan brunei datang, baginda disambut kat bilik tu..pastu tingkat atas kami tak boleh naik sebab situ area family sultan yang tinggal..misalnye,kalo diorang semua berkumpul, semua akan tinggal kat tingkat atas..pastu setiap bilik dikatakan ade dapur memasing untuk mudahkan diorang masak..

tapi aku rase interior die memang biase jea..cume yang nampak megah ialah sebab ruang dalam die tu ketinggiannye mencapai 6meter..perabotnye jugak memang mewah lea...

jkkkj Publish time 27-6-2007 08:00 AM

Originally posted by babyhubby at 18-4-2007 12:36 PM
http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/travel/tg/poi/db/240x240_dba39cc0461f6f3001d5c0c8f51945cc.jpg

Royal Abu Bakar Museum

Di istana inilah UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

TheBoss Publish time 27-6-2007 12:50 PM

Originally posted by babyhubby at 18-4-2007 11:25 AM
http://www.perak.gov.my/sultan/imej/iskandariah_1.gif


Bagi i la Istana Iskandariah Perak is the best architectural building among the other istana in malaysia.Bila i drive ke bukit chandan to, ...

Bapak sedara aku ketua istana kat iskandariah nie...nampak dengan mata kasar...macam kecik jer (kalau ada yg dah lalu),tapi hakikatnya istana nie besar siap ada court tennis dalam tue...hehehehe

Syd Publish time 13-9-2007 09:16 AM

Istana Tengku Anjang Zahab terunggul di Asia Tenggara

ISTANA Tengku Anjang Zahab ini dibina pada akhir tahun 1880 iaitu semasa pemerintahan Tengku Chik Haji dan beliau merupakan Raja Palembang yang ketiga. Tengku Chik mendirikan istana ini di lokasi yang agak jauh dari Kota Palembang disebabkan istana lama di sana terbakar pada tahun 1844. Pusat pemerintahan yang baru ini terletak berhampiran dengan Sungai Besut dan orientasinya menghadap sungai.

Sejarah dan asal-usul pembinaan

Menurut sejarah, Istana Tengku Anjang Zahab ini dibina oleh Tengku Chik Haji lebih kurang 10 tahun lebih awal daripada Masjid Kampung Raja, yang berada di hadapan istana tersebut. Reka bentuk pembinaan istana ini dipengaruhi oleh seni bina Siam, Riau dan Islam. Namun begitu pengaruh Riau amat ketara pada reka bentuk istana ini kerana Tengku Chik adalah kerabat di raja Riau.

Perancangan dan konsep reka bentuk

Istana ini terdiri daripada kelompok rumah yang berasingan dan disambungkan dengan titian antara satu rumah ke rumah yang lain. Namun begitu, istana ini terbahagi kepada dua kelompok iaitu istana puteri dan rumah pengasuh.

Istana puteri ini terdiri daripada ruang balai rong atau ruang hadapan yang berfungsi sebagai tempat berkumpul para pentadbir istana untuk menjalankan sebarang perbincangan, rumah ibu atau ruang tengah adalah ruang peribadi hanya untuk kaum keluarga sahaja seterusnya rumah dapur dan ruang laluan. Rumah pengasuh pula mempunyai rumah ibu, selasar dan rumah belakang serta ruang jemuran.

Elemen reka bentuk dan bahan binaan

Keseluruhan istana ini dibina daripada kayu cengal dan bumbungnya dibina secara dua lapis dan dikenali sebagai bumbung limas Belanda. Tangga di dalam istana ini secara keseluruhannya mempunyai bentuk yang sama. Namun begitu reka bentuknya agak ringkas dan boleh disesuaikan menurut keadaan dan kegunaannya.

Dinding kayu bagi rumah puteri amat menarik yang menggunakan kaedah pemasangan janda berhias dan tindih kasih manakala bagi rumah pengasuh pula ialah daripada dinding sasa secara tindih kasih serta berbentuk menegak dan dibina dari kayu cengal.

Pintu istana ini pula dihiasi dengan kelarai yang bermotifkan tumbuhan-tumbuhan. Istana ini tidak mempunyai pembukaan yang banyak kecuali pada rumah pengasuh dan agak kecil ukurannya iaitu lebih kurang empat kaki dari paras lantai.

Struktur pembinaan berdasarkan kepada struktur tiang rasuk dan alang tetapi kesemua tiang yang digunakan dibina daripada kayu cengal. Kedudukan aras lantainya lebih kurang lima kaki tinggi dari permukaan tanah dan berbeza dari rumah tradisional biasa.

Kesimpulan

Istana Tengku Anjang ini menggambarkan seni bina yang dianggap unik bukan sahaja dari aspek kronologi sejarahnya tetapi juga dari aspek reka bentuk terutamanya dari aspek penggabungan seni bina pelbagai bahasa. Ia memaparkan hasil karya seni bina yang berbeza dan merupakan hasil warisan seni bina terunggul di rantau Asia Tenggara ini.

- Prof. Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi ialah Pengarah Pusat Kajian Alam

Bina Dunia Melayu (Kalam), Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

joyahglam Publish time 13-9-2007 12:38 PM

fungsi istana ni, kalau buat mcm zmn dulukala kan best,
dimana rakyat jelata blh dtg mengadap. skrg ni semua tu dah takder..
mcm yg tgk dlm filem2 jln ampas. sbnrnya cukup kagum pd sejarah melayu
tentang cara kehidupan dan lain2. walaupun rakyat takderlah kaya mana kan..

sutera_abadi Publish time 14-9-2007 01:13 PM

http://www.comp.nus.edu.sg/~chanys/pictures/istana/slides/DSC04008.JPG

Istana Singapura semasa "Open Day"

sutera_abadi Publish time 14-9-2007 01:17 PM

http://www.crescent.edu.sg/ipw/2000/sec1/17g10-istana/Website/lwf6.jpg

Front View Istana Singapura di Orchard Road

sutera_abadi Publish time 14-9-2007 01:25 PM

Ariel View of Kampung Gelam, Singapura

http://www.kgba.org.sg/images/area_kggelam.jpg

dCrook Publish time 14-9-2007 03:51 PM

Reply #35 sutera_abadi's post

b4 this nampak cam setinggan jek, nasib la direnovate balik

[ Last edited bydCrook at 14-9-2007 04:02 PM ]

terrylai Publish time 14-9-2007 10:48 PM

ya ker? saya rasa bukan mcm tu

isyahlola1211 Publish time 10-12-2008 04:03 PM

nyc architecture..:loveliness:

dCrook Publish time 10-12-2008 04:46 PM

Reply #27 ct_og's post

hoho, zaman dlu, rakyat2 takot nak buat rumah batu walaupun ade duit sbb takot kang raja2 marah, ye la, umah dia lagik best dari umah raja :lol:

shawbrother Publish time 10-12-2008 06:52 PM

Ni plak Istana Kellie :

http://www.jmm.gov.my/images/website/gallery/hotspot/Mz_kellie.jpg
Pages: 1 [2] 3 4 5 6
View full version: Istana Raja2 Sekarang?


ADVERTISEMENT