SICUREZZA posted on 24-7-2006 07:28 PM

PERTANYAAN-PENDAWAIAN ATAU WIRING

Assalamualaikum,

Sekadar bertanya pada yang arif, berapa kah hayat wiring atau pendawaian sesebuah rumah atau bangunan.
Saya ada terdengar katanya maximum ialah 25 tahun dan selepas pada itu kita perlu tukar wiring baru. Mohon bantuan pada yang arif.
:tq:

niceghost2005 posted on 24-7-2006 09:17 PM

Assalamualaikum Sicurezza,

Jangka hayat sesuatu wire adalah mengikut QUALITY pembuatan nya.
Dan ia juga berbeda mengkut PIAWAIAN sesebuah negara.

Tetapi kalau di ikutkan kehendak National Electric Code, lebey kurang cam gitu ler quality nya.

Wiring sepatut nya di tukar setiap 20-25 tahun.

So berhati hati biler membeli ataupun mencari contractor.

Wsalam

SICUREZZA posted on 24-7-2006 10:59 PM

Originally posted by niceghost2005 at 24-7-2006 21:17
Assalamualaikum Sicurezza,

Jangka hayat sesuatu wire adalah mengikut QUALITY pembuatan nya.
Dan ia juga berbeda mengkut PIAWAIAN sesebuah negara.

Tetapi kalau di ikutkan kehendak National El ...

Walalikumusalam nice,

terima kasih, saya tanya sebab rumah org tua saya dah lama rasanya tak tukar wiring dan takut ada binatang lain atas siling
dok main2 atas sana risau jugakkan. Maksud Nice, quality pembuatan tu macam mana, quality wire atau dalam aspek pemsangan dan prosidur yang dia org buat.
:tq:

niceghost2005 posted on 25-7-2006 07:42 AM

Originally posted by SICUREZZA at 24-7-2006 10:59 PM


Walalikumusalam nice,

terima kasih, saya tanya sebab rumah org tua saya dah lama rasanya tak tukar wiring dan takut ada binatang lain atas siling
dok main2 atas sana risau jugakkan. Maksud ...

Ada 3 CARA utk buat wiring.

1. terbuka
2. tertutup (di dalam concrete)
3. conduit (di masukkan ke dalam PVC pipes)

INSPECTION bley di buat dgn melihat wire tersebut(utk Cara No.1 n No.3)
Sekira nya ada terkoyak dek kerana di geget tikus etc.
Ataupun reput insulator nya.
Ataupun ada kesan kesan terbakar.(short circuit)

Kalau di dalam concrete, ia bley di buat secara SHORT CIRCUIT INSPECTION.
Deme pakai GALVANOMETER.

Assalamualaikum

ctredzuan posted on 25-7-2006 05:22 PM

kalau kat umah ct ni jenis pendawaian arwah abah buat jenis dalam konkrit, bahya tak? org cakap bahya.. kalau buat yang baru elok buat yg kat luar kan?

niceghost2005 posted on 25-7-2006 07:10 PM

Originally posted by ctredzuan at 25-7-2006 05:22 PM
kalau kat umah ct ni jenis pendawaian arwah abah buat jenis dalam konkrit, bahya tak? org cakap bahya.. kalau buat yang baru elok buat yg kat luar kan?

Assalamualaikum MOD CT,

Dah berapa lama di buat nya pendawaian tersebut??
Dier bley tahan at least 25 years.

Selalu nya oghang kalau buat RE WIRING, deme buat kat luar.
Ini adalah kerana:

1. nak murah
2. nak senang

Wsalam

SICUREZZA posted on 25-7-2006 07:16 PM

Originally posted by niceghost2005 at 25-7-2006 07:42
Ada 3 CARA utk buat wiring.
1. terbuka
2. tertutup (di dalam concrete)
3. conduit (di masukkan ke dalam PVC pipes)
INSPECTION bley di buat dgn melihat wire tersebut(utk Cara No.1 n No.3 ...

Terima kasih Nice..:tq:
Ghasernye dah sampai masa kena tukar..elok buat kat luar kan..senang nak tukar lain kali.

niceghost2005 posted on 25-7-2006 07:29 PM

Originally posted by SICUREZZA at 25-7-2006 07:16 PM


Terima kasih Nice..:tq:
Ghasernye dah sampai masa kena tukar..elok buat kat luar kan..senang nak tukar lain kali.


Assalamualakum Sicurezza,

Kalau miker fikirkan kecantikkan, baik buat kat dalam.
Tapi kerojer dier remeh ler .....

Mungkin contractor tersebut charge mahal.

Kalau nak yg mudah, buat kat luar jer.
Pakai piping.......

Hendak di fikirkan rewiring lagi, lupakan saja.
Lagi 25 tahun...........Sicurezza.

He he he he he kiter belum tentu hidup lagi.
Bior oghang yg idup fikirkan hal hal tersebut.

Wsalam

SICUREZZA posted on 25-7-2006 07:53 PM

Originally posted by niceghost2005 at 25-7-2006 19:29



Assalamualakum Sicurezza,

Kalau miker fikirkan kecantikkan, baik buat kat dalam.
Tapi kerojer dier remeh ler .....
Mungkin contractor tersebut charge mahal.
Kalau nak yg mudah, buat ...

:setuju:Kalau dia bagi kita umur Rasulullah saw pun dah bersyukur kan Nice...
mungkin masa tu dah ada style baru plak wiring nie...

cervantes posted on 7-10-2006 06:20 AM

Aku rasa inilah thread yg paling hampir tepat sebab aku malas nak bukak thread baru.buat menyemak je...

kemusykilan aku ialah aku baru pindah rumah tapi rumah tu tak ada wiring/cable utk telepon. tiang telepon ada & betul2 belakang dapur je..masalahnya sekarang ialah camane nak tarik cable dr tiang tu masuk ke rumah? siapa yg patut aku contact? telekom malaysia atau ada company persendirian yg ambil upah utk tarik cable masuk dlm rumah?

Tq pada yg membantu..bab2 cam ni aku memang buta sikit :tq::tq:

aleesa1940 posted on 7-10-2006 06:52 AM

cervantes,
dulu masa saya sewa rumah, sebab nak buat dua wiring telefon berbeza,,. rumah bujang lah katakan.. tak nak share tepon...(masa tu pulak manalah orang gila sangat dgn hp), yang saya ingat panggil kontraktor untuk buat wiring baru dia tarik dari belakang. yang dah ada dalam rumah tu untuk wiring yang satu lagi.

cervantes posted on 7-10-2006 07:01 AM

IC...berapa charge dia ye?:hatdown:

aleesa1940 posted on 7-10-2006 09:25 PM

cervantes,
tak ingatlah, masa tu saya duduk Kelana Jaya.. dalam thn 1999... rasanya dalam sekitar RM30-40.. maaf tak berapa ingat.

cervantes posted on 7-10-2006 11:09 PM

Takpe..Tq   :hatdown:

niceghost2005 posted on 12-10-2006 09:06 AM

Originally posted by cervantes at 7-10-2006 06:20 AM
Aku rasa inilah thread yg paling hampir tepat sebab aku malas nak bukak thread baru.buat menyemak je...

kemusykilan aku ialah aku baru pindah rumah tapi rumah tu tak ada wiring/cable utk telepon ...

Assalamualaikum cervantes,

Bahagian pendawaian di dalam ghumah selalu nya di serahkan kpd SUB CONTRACTOR.
Telekom hanya memasang dan menyambung telefon sahaja.

Pihak Telekom juga akan memberi SENARAI Sub Contractor yg REGISTER dgn deme.

Wsalam

cervantes posted on 13-10-2006 05:31 AM

Originally posted by niceghost2005 at 12-10-2006 09:06 AM


Assalamualaikum cervantes,

Bahagian pendawaian di dalam ghumah selalu nya di serahkan kpd SUB CONTRACTOR.
Telekom hanya memasang dan menyambung telefon sahaja.

Pihak Telekom juga akan me ...


Waalaikumsalam

OK.Paham lah teman sekarang.timakasih.

Jejaka#Macho posted on 2-8-2008 08:20 PM

Harga Pasaran untuk Wiring rumah Kediaman.

Nak tanya orang2 yang berpengalaman dan pernah buat wiring kat rumah...

harga wiring satu soket berapa ya..
wiring lampu...wiring.kipas..aircond point...wiring water heater point..

harga ikut market skrg agak2 berapa ya? Nanti takut jugak kena kelentong bila nak buat renovate rumah..

tunteja73 posted on 4-8-2008 11:03 AM

Tun baru je renovate rumah yg melibatkan wiring... kosnya hampir 5 ribu...
Antara skop kerjanya ialah...

1. Pasang wiring autogate, loceng pintu dan lampu pagar.
2. Pasang additional soket sebanyak 154 soket.
3. Wiring untuk 15 downlight, 4 kipas, 2 lampu dinding, exhaust fan dan 5 lampu siling.
4. Ubah line kabel depan rumah, extend ke depan...

Mengucap gak la dengor harga tu, tapi terpaksalah sebab nak rebo rumah gak kan...
Tak tahu lah murah ke tidak....

nalis posted on 4-8-2008 12:53 PM

154 socket????????????????? mak oihhhhh

CivicSI posted on 4-8-2008 01:39 PM

:shakehead3: :shakehead3:   154 sockets ?? Ada 70 bilik ke?

tAnyA311 posted on 4-8-2008 01:44 PM

rasanya kalo upah org buat wiring mmg mahal la sekarang...
hari tu tanye kat org nak pasang auto gate kan...
wiring sajer rm400 lom masuk rege auto gate system tu sendiri...

imagine nak buat wiring 1 umah baper lak kena charge kan...
huhuhuhuh

liana1978 posted on 4-8-2008 03:56 PM

semalam buat wiring rm 1800

1. pasang 2 kipas remote
2. 4 kipas (pasang dan tambah cangkuk)
3. 5 lampu gantung
4. 13 lampu kalimantng/bulat
5. tambah 3 plug point
6. 2 lampu kat pintu pagar
7. pasang door bell

cendawan_liar posted on 4-8-2008 04:37 PM

Originally posted by liana1978 at 4-8-2008 03:56 PM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
semalam buat wiring rm 1800

1. pasang 2 kipas remote
2. 4 kipas (pasang dan tambah cangkuk)
3. 5 lampu gantung
4. 13 lampu kalimantng/bulat
5. tambah 3 plug point
6. 2 lampu kat pintu  ...

umah liana kat mana?..wiring saja dah rm1800..:'( :'( :'(

mharry posted on 4-8-2008 08:19 PM

.

biasa saya ambil wiring plug kalau takde kerja ketuk2 dalam RM 90....wiring lampu & kipas dalam RM 70 je...upah pasang lampu biasa dalm RM 5...lampu pelik2 skit dlm RM10-15...upah pasang kipas...RM 25..tambah point aircond bawah 1.5HP...harga RM140...tak termasuk starter...tapi harga akan datang saya tak pasti lagi sbb harga kabel skrg ni pun tak menentu...asyik naik jer...turun tak pernah....satu lagi saya akan tengok jarak point to point..

untuk conceal brick wall & konkrit lain harga ye..


sbnarnya saya wat kerje freelance jer...berminat leh pm saya...

[ Last edited by  mharry at 17-8-2008 08:41 PM ]

mharry posted on 4-8-2008 08:23 PM

Originally posted by tunteja73 at 4-8-2008 11:03 AM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Tun baru je renovate rumah yg melibatkan wiring... kosnya hampir 5 ribu...
Antara skop kerjanya ialah...

1. Pasang wiring autogate, loceng pintu dan lampu pagar.
2. Pasang additional soket s ...
yeker 154 soket:o...typing error ni..satu soket RM 90 x 154 =RM 13,860....biar betul!!!!!:lol::lol:...macam istana paklah jer besornya;P
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full: PERTANYAAN-PENDAWAIAN ATAU WIRING