redsinner Publish time 30-8-2006 10:26 PM

masih aku berfikir knapa hanya bile kita di negara orang baru sedar betapa kita sanjung tinggi terhadap negara sendiri.
aku di perantauan hanya termenung dalam bilik, pikir pasal kemerdekaaan sbb kat sini takde countdown, fireworks and stuffs.
hanya ada makan2 kat Malaysia Hall this weekend. huhuhu...

yang penting next month ada multicultural day and kitaorg nak berronggeng atas pentas....kuakuakua...

my point is that hargailah negara kita regardless of our colours/races. penah diwarwarkan bahawa negara berbilang kaum nih hanya
wujud dalam dongengan (there was a book from an american writer and publisher, aku mmg x amik ape tajuk n writer dia) tapi Malaysia dan rakyatnya mampu live up to that expectation. jangan sampai Malaysia dijajah lagi sekali baru kita tersedar...

Syd Publish time 4-9-2006 10:03 AM

SEMANGAT...

http://www.utusan.com.my/pix/2006/0904/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01_big.jpg
LAPAN penyelam mengibarkan Jalur Gemilang di dasar laut Pulau Perhentian, Terengganu, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

Pelbagai cara dilakukan oleh rakyat bagi menyatakan rasa cinta dan patriotisme mereka kepada negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-49.

Bagi sekumpulan penyelam dari syarikat Coral Malaysia dan Panasonic, mereka mempunyai cara tersendiri untuk menyatakan rasa cinta itu dengan berusaha mengibarkan Jalur Gemilang di dasar laut.

Mereka bergabung tenaga mengibarkan bendera tersebut di dasar laut Pulau Perhentian semalam sebagai salah satu cara meraikan hari bersejarah negara.

hyphrigian Publish time 23-9-2006 02:45 AM

aku tak tau nak menghayati cemana merdeka sebab aku tak rasa apa itu merdeka....

Syd Publish time 28-11-2006 04:07 PM

artikel lama...

Tokoh yang dilupai

PERAYAAN menyambut kemerdekaan negara yang dilakukan setiap tahun dan kini memasuki kali ke-41, sentiasa memberi kita satu rangsangan untuk terus menghargai kemerdekaan politik yang kita miliki hari ini.

Namun, apakah erti kemerdekaan kepada generasi hari ini? Apakah mereka sedar akan pengorbanan dan perjuangan yang dilakukan oleh generasi dahulu bagi memberi satu kebebasan politik kepada mereka? Apakah generasi hari ini melihat kemerdekaan itu sesuatu yang masih relevan dalam dunia yang tidak bersempadan dalam teknologi maklumat, perdagangan, komunikasi dan budaya sejagat?

Mungkin ramai juga yang menerima kemerdekaan negara sebagai sesuatu yang telah sedia ada tanpa pandai mengisi dan menghargai kemerdekaan itu. Ramai juga anak muda yang mungkin melihat ada polisi-polisi yang tidak lagi sesuai dengan pembangunan negara dan masyarakat majmuk Malaysia hari ini. Ramai juga yang mungkin tidak lagi mengenal tokoh-tokoh lama yang telah berjasa memperjuangkan kemerdekaan negara. Malah mungkin ada juga hal-hal yang telah dilupakan yang boleh menjadi pengajaran bagi memandu kita ke arah kemerdekaan yang lebih bermakna pada masa depan.

Sebagai sebuah episod sejarah negara yang masih relevan dengan pembinaan jati diri kebangsaan dan patriotisme Malaysia, kesedaran terhadap kepentingan sejarah gerakan kemerdekaan adalah sangat wajar disedari dan ditanam di setiap dada generasi hari ini. Ia patut ditonjolkan dalam media massa secara jelas dan bukan hanya setakat perayaan yang menggambarkan keseronokan dan upacara rasmi yang menelan belanja yang besar dan disebut setahun sekali.

Ia sepatutnya menjadi agenda publisiti negara yang berterusan sepanjang tahun. Ia sepatutnya bukan dijadikan satu mata pelajaran di sekolah yang terpaksa diajar kerana kepentingan peperiksaan semata-mata tanpa ada penghayatan dan semangatnya yang sebenar. Ia patut menjadi doktrin negara demi melahirkan semangat patriotisme yang berakar umbi dalam sanubari, pemikiran dan world view generasi hari ini.

Kita mungkin tidak perlu menulis sebuah sejarah kebangsaan negara yang berat sebelah, namun penulisan sejarah kebangsaan atau kemerdekaan yang dipertanggungjawabkan dengan fakta sejarah yang betul dan analisis yang objektif, cukup untuk memberi satu arah, panduan dan interpretasi yang dapat membina generasi muda dengan lebih yakin dan mempunyai jatidiri dan ketahanan patriotisme yang mampu mengatasi dan menyokong kepentingan negara dalam sebarang bentuk kegawatan serantau atau dunia.

Dalam menghayati atau pun menghargai kemerdekaan negara, ia nampaknya tertumpu kepada dua aspek. Pertamanya, penonjolan selalu dibuat kepada tokoh-tokoh dan parti-parti yang bersifat kanan atau establishment. Ini tentulah tidak adil apabila tokoh-tokoh seperti Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohammed dan ramai lagi, yang telah merengkok dalam penjara bagi tempoh yang lama, demi menuntut kemerdekaan negara dari penjajah, dibiarkan hilang ditelan masa. Mereka terpaksa hidup bersusah payah, membuang tenaga dan wang ringgit demi untuk perjuangan itu.

Walaupun mereka bersifat radikal dan pembangkang, namun dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, perjuangan seperti ini sangat bermakna dalam memberi satu perjuangan yang kental dan tidak bersifat 'pak turut'. Tentangan mereka menjadi check and balance' kepada golongan yang bekerjasama dengan British untuk membuat desakan-desakan yang lebih menguntungkan kemerdekaan negara.

Pada dasarnya juga, penentangan dan kerjasama di antara golongan pro dan anti penjajah ini sebenarnya adalah satu penyempurnaan kepada proses mencapai kemerdekaan itu. Malah, dalam perbezaan pendekatan politik itu, mereka tetap penting dan seiringan kerana kedua-duanya bergerak untuk mendapatkan kemerdekaan itu sendiri. Malah, dengan mengambil kira perjuangan golongan penentang yang selalunya terpinggir ini, generasi hari ini disajikan sebuah penghayatan sejarah kemerdekaan negara yang sempurna dan objektif. Sikap yang objektif ini juga dapat membantu generasi hari ini bersikap lebih terbuka dalam membuat penilaian mereka terhadap bentuk dan pendekatan politik mereka pada masa hadapan.

Ini kerana sumbangan pemimpin-pemimpin pembangkang ini bukan sahaja dapat dinilai, tetapi dapat dijadikan panduan dan iktibar bagi pembinaan dan pengisian kemerdekaan untuk abad baru. Sikap berfikir secara kritikal juga dapat disemai supaya generasi baru akan terus mempunyai pendekatan politik yang matang yang sangat berguna bagi membina jati dini mereka dan seterusnya mempertahankan kemerdekaan negara ini.

Penonjolan tokoh-tokoh establishment pula terdiri daripada tokoh-tokoh yang tertentu. Kadang kala pula, mereka bukanlah pejuang-pejuang yang telah benar-benar terlibat dalam gerakan menuntut kemerdekaan negara. Malah, ada yang hanya menjadi pengikut pada masa itu. Terdapat juga mereka yang dahulunya tidak menyumbangkan tenaga yang jelas dalam gerakan menuntut kemerdekaan kerana sedang belajar di luar negara atau berkhidmat dengan kerajaan kolonial dan terpaksa menutup mulut kerana General Order Malayan Civil Service. Lebih hebat lagi apabila ada tokoh yang menjadi penentang kepada kegiatan ataupun parti yang bergerak menuntut kemerdekaan, tetapi kini mengaku sebagai penyokong parti utama. Mungkin seperti kata pepatah Melayu, 'tiada rotan, akarpun berguna' itu sesuai dalam kita mencari hero bagi generasi hari ini. Bagaimanapun, fakta sejarah tidak harus diputar-belitkan.

Keadaan ini menimbulkan beberapa kesan yang agak negatif kepada pengetahuan dan pemikiran generasi hari ini terhadap kemerdekaan kita. Mereka mungkin mempunyai anggapan bahawa itulah pejuang-pejuang sebenar kemerdekaan negara; dengan itu, pengetahuan, perspektif dan idola mereka akan terhad dan tidak berapa tepat.

Keduanya, nama-nama lain yang tertutup itu akan menjadi asing dan tidak bermakna kepada generasi muda. Ini tentulah menyedihkan kerana perjuangan yang benar-benar penting dari tokoh yang tidak sempat menonjolkan dirinya itu akan terbuang begitu sahaja. Nama-nama seperti Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Nik Ahmad Kamil, Datuk Hamzah Abdullah, Dr. Hamzah Haji Taib, C.M. Yusuf, Mustapha Hussein, Abdullah Ayub, M. Mustaza dan ramai lagi, akan terus mati dalam ingatan dan pengetahuan generasi hari ini. Sedangkan usaha menuntut kemerdekaan bukan berlaku dalam tempoh yang singkat, tetapi masa yang lama dan ini tentulah memerlukan ramai pendokongnya. Mereka harus diketengahkan sebagai pelopor-pelopor penting yang telah menanam dan menyuburkan idea dan gerakan menuntut kemerdekaan itu.

Bukan Tunku Abdul Rahman yang bekerja merundingkan kemerdekaan, tetapi juga Datuk Onn, E.E.C. Thuraisingham, Tun Dr. Ismail, Tun Abdul Razak, Tan Cheng Lock, Syed Jaafar Albar, Ibu Zainon, Khadijah Sidek dan ratusan pemimpin UMNO yang lain patut dibicarakan dan ditonjolkan kepentingan mereka. Malah, ramai di antara mereka yang tidak dapat merasakan nikmat kemerdekaan itu kerana mereka terpinggir selepas merdeka. Mereka dilupakan, walaupun mereka merupakan pengasas-pengasas UMNO yang telah bersusah-payah memajukan parti itu, sehingga ia menjadi kukuh mencengkam politik negara ini.

Walaupun terdapat perbezaan pendekatan politik, namun sumbangan mereka dan matlamat perjuangan untuk bangsa Melayu dan negara Malaysia, sepatutnya cukup untuk memberi ruang tertentu dalam fikiran dan penghargaan kita dan generasi hari ini. Perayaan kemerdekaan negara sepatutnya menjadi sebab untuk menghargai sumbangan mereka sebagai perintis kemerdekaan itu.

Bagi generasi hari ini, penghayatan kemerdekaan tidak hanya cukup dengan mengibarkan bendera atau menyanyikan lagu Merdeka oleh Sudirman. Mereka harus mengetahui pergolakan politik untuk mendapatkan kemerdekaan, dengan itu, penghayatan generasi muda akan lebih bermakna. Mereka seharusnya sedar bagaimana tolak ansur politik telah dilakukan demi untuk mencapai kemerdekaan itu.

Masalah perkauman, yang mendasari politik negara, walaupun tidak dapat dihapuskan, tetapi telah dapat diatasi sehingga kemerdekaan dapat diisytiharkan pada tarikh keramat itu. Memang dari satu sudut, kemerdekaan kita tidak mengalami satu revolusi seperti di Indonesia, namun pada hakikatnya, itulah gambaran kematangan ahli-ahli politik lalu mengatasi polemik sesama mereka. Malah, ramai yang berpendapat, itulah kehebatan negara ini kerana telah berupaya mencapai kemerdekaan tanpa menitiskan setitik darah pun. Ini patut dipegang oleh generasi hari ini demi untuk terus memantapkan jati diri mereka sebagai bangsa Malaysia.

Syd Publish time 28-11-2006 04:16 PM

sambungan.....

Generasi hari in juga harus menghargai pengorbanan UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang sanggup mengenepikan kepentingan politiknya, walaupun dikritik begitu hebat oleh PAS dan Parti Negara, dalam melaksanakan formula Parti Perikatan/UMNO. Tunku Abdul Rahman sanggup memberi taraf politik yang sama rata kepada semua bangsa melalui kerakyatan terbuka, walaupun selama ini UMNO begitu tegas menentangnya dalam Malayan Union dan State Nationality 1952.

Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (walaupun begitu samar-samar) dan kedudukan istimewa Melayu (yang memang telah dibuat oleh British dalam Perjanjian Persekutuan 1948), menjadi tukar gantinya.

Demi kemerdekaan, Tunku meminta orang Melayu bersikap terbuka dan orang bukan Melayu memahami pengorbanan orang Melayu ini. Katanya: ''orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberi pengorbanan yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi ini tidak sekali-sekali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.'' (Malaya Merdeka, 26 April 1956).

Pengorbanan orang Melayu ini turut diakui oleh T.H. Tan, Setiausaha Rombongan Kemerdekaan di London, yang berkata ''Mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja mereka melepaskan kerusi-kerusi yang tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka bekerja keras, sedaya upaya untuk calon-calon Cina dan India. Dan amat membanggakan, tidak satupun calon Cina atau India, 17 orang kesemuanya, yang hilang kerusi mereka. Saya menyanjung pemimpin-pemimpin UMNO yang membuat pengorbanan ini dan memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada usaha kemerdekaan Malaya.''

Memahami pengorbanan dan tolak ansur ini sangat penting sebagai landasan untuk meneruskan perpaduan rakyat negara ini. Ia pernah dijadikan isu perkauman yang hebat oleh parti-parti pembangkang untuk melemahkan/menjatuhkan Perikatan dalam pilihan raya, menjadi sebab perpisahan Singapura dari Malaysia pada 1965 (Singapura membangkitkan dasar Malaysian Malaysia) dan tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969, namun, ia sangat penting difahami oleh generasi muda sebagai satu dasar politik negara yang boleh menjamin keharmonian dan pembangunan ekonomi Malaysia.

Walaupun Dasar Ekonomi Baru telah ditamatkan pada 1990, seperti kata Perdana Menteri baru-baru ini, ia patut diteruskan sebagai satu dasar negara. Sekurang-kurangnya ia ia menjadi satu penghargaan kepada kaum bumiputera/Melayu untuk menangani permasalahan ekonomi abad ke-21 ini. Kemiskinan bumiputera, yang sentiasa bergantung kepada pemerintah, jika tidak terus dijadikan agenda negara, tentunya akan memincangkan perancangan dan pembangunan negara. Keseimbangan dan pengagihan kekayaan yang sama rata adalah kunci kepada masyarakat Malaysia yang harmoni. Inilah kesedaran dan tanggungjawab generasi ini untuk menjamin kemerdekaan Malaysia.

Oleh: DR. RAMLAH ADAM

Syd Publish time 18-12-2006 10:16 AM

Erti kemerdekaan yang sejati dan hakiki.

Semoga kita benar-benar jadi bangsa yang merdeka mengikut erti kemerdekaan mempunyai definisi yang banyak sekali. Berlainan sudut dan aspek berlainan pula erti, di antara pengertian itu, untuk pengetahuan kita ialah:

Kemerdekaan bangsa, mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa. Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka dan bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia. Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan Yang Maha Pencipta, yang dunia ini adalah milikNya dan kita juga kepunyaanNya.

Kemerdekaan ekonomi bermakna tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan. Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada penzaliman. Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.

Kemerdekaan fikiran bermakna semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran, tidak ada ketakutan dan kebimbangan untuk memberi pandangan.

Kemerdekaan kebudayaan bermakna setiap bangsa ada identiti yang tersendiri dari sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi. Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka bukan ditiru dari budaya luar yang asing sekali.

Kemerdekaan pendidikan bermakna semua orang diberi peluang untuk menerima pelajaran dan setiap orang diberi galakan untuk menerima pengetahuan mengikut bidang yang diminati. Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi peluang dan tidak ada diskriminasi tidak ada kroni yang menghalang.

Kemerdekaan agama bermakna setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan.Masing-masing tidak boleh menghina tidak boleh memusuhi antara satu sama lain kerana agama.Tetapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dari Tuhan.

Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang di mana kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan. Padahal dia penentu kebahagiaan dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia, bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka. Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?

Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta benda iaitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan. Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah, jatuh menjatuhkan yang memusnah. Merdeka daripada dendam kesumat, bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas. Ria’, megah, mencari nama, ingin glamour, yang ramai orang tersinggung dibuatnya.

Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari dan jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama, maaf bermaafan sebagai budaya. Ikhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati. Cintakan Tuhan, takutkanNya, dekatkan diri kepadaNya jadi sebati
Inilah dia yang dikatakan ‘Kemerdekaan Sejati’.

glump Publish time 15-1-2007 09:00 PM

merdeka sekarang kena perang secara global..perang ekonomi spt utamakan barangan buatan negara ini.

Harap nya kerajaan buat pesta perkahwinnan beramai2 utk rakyat malyasia utk mengalakkan hidup ber keluarga di samping ke arah 70 uta penduduk hhe

Syd Publish time 7-2-2007 10:34 AM

Temubual eksklusif Tunku disiar selepas 22 tahun terbiar
06-02-2007 10:36:21 PM

KUALA LUMPUR:Buat pertama kali, selepas 22 tahun tersimpan di Angkasapuri, temubual eksklusif dengan Perdana Menteri Malaysia pertama, akan disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) Khamis ini.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata temuramah RTM dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj itu dirakam pada 1985 iaitu kira-kira lima tahun sebelum almarhum mangkat.

Katanya, temuramah eksklusif itu tidak pernah disiarkan oleh mana-mana stesen penyiaran sebelum ini.

"Ia adalah cerita kemerdekaan. Kepada generasi muda yang mahukan inspirasi daripada seorang pemimpin kita yang pertama... ini merupakan rancangan penuh dengan inspirasi," katanya semasa berucap pada Majlis Mesra Menteri Penerangan dengan Juara-juara Anugerah Filem Pendek (AFP) 2006 di Angkasapuri hari ini.

Zainuddin berkata temubual eksklusif itu akan disiarkan melalui TV1, jam 8.30 malam melalui program Galeria Perdana Khas Khamis ini (8 Feb). BERNAMA

neo-painkillerz Publish time 8-2-2007 08:25 AM

Originally posted by Syd at 7-2-2007 10:34 AM
Temubual eksklusif Tunku disiar selepas 22 tahun terbiar
06-02-2007 10:36:21 PM

KUALA LUMPUR:Buat pertama kali, selepas 22 tahun tersimpan di Angkasapuri, temubual eksklusif dengan Perdan ...


http://resized.filevend.com/anon/r6VEQRvx.gif

ngapa lama sangat simpan ekk...
apsal dulu tak disiarkan...

entah! byk lagi mende camni yang tak disiarkan ekk....
http://resized.filevend.com/anon/jfnb5PgA.jpg

Syd Publish time 8-2-2007 03:58 PM

berkurun dok simpan
tak tahu laaa
wat jeruk kot ;P

Syd Publish time 9-2-2007 01:53 PM

Stadium Merdeka wajah 1957


PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju Stadium Merdeka dibaik pulih kepada reka bentuk asal pada 1957, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, ini demi mengembalikan imej stadium itu di samping mempertingkat nilai warisan sejarahnya.

揔erja pemuliharaan Stadium Merdeka bermula bulan ini supaya sedia dijadikan satu daripada lokasi utama acara gergasi sambutan perayaan Kemerdekaan negara kita ke-50 pada 31 Ogos 2007.

揔erja pemuliharaan itu membabitkan perubahan tempat duduk bertingkat Stadium Merdeka kepada rupa bentuknya asal seperti 1957 dan kerja pemuliharaan itu akan dijalankan secara rapi supaya tidak menjejaskan nilai sejarah dan warisan stadium,

Syd Publish time 13-2-2007 10:35 AM

慡aya Wang Merdeka - Lahir pada 31 Ogos 1957

Syd Publish time 15-2-2007 12:04 PM

Peranan Stadium Merdeka dipamerkan

KUALA LUMPUR: Pemuliharaan dan mengembalikan wajah sebenar Stadium Merdeka seperti pada 31 Ogos 1957, termasuk menyediakan sebuah muzium, akan mempamerkan pelbagai peristiwa bersejarah pernah diadakan di stadium itu.

Muzium Meniti Sejarah Kemerdekaan itu bakal membolehkan pengunjung mengimbas kembali peranan Stadium Merdeka terutama untuk generasi muda dan generasi akan datang.

Stadium Negara yang terletak bersebelahan pula akan menempatkan Muzium Detik Kegemilangan Sukan dan Galeri Sukan Negara, selaras kegunaannya untuk pelbagai kegiatan sukan sejak sekian lama.

Pengerusi Badan Amanah Warisan Merdeka (BAWM), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, yang diberikan tanggungjawab memulihara dua khazanah negara itu, berkata pelbagai barangan dan gambar bersejarah sepanjang tempoh kemerdekaan dapat dilihat di muzium yang ditempatkan di lobi tempat duduk utama stadium.

Katanya, Stadium Negara pula bakal menampilkan pelbagai detik kecemerlangan sukan negara bagi membolehkan orang ramai menimba ilmu melalui buku disediakan di galeri berkenaan.

Ahmad Sarji berkata, tujuan utama projek itu adalah untuk mempelbagaikan peranan dua stadium bersejarah yang selama ini hanya digunakan sebagai tempat bersukan atau persembahan hiburan.

揚erasaan semangat dan cintakan negara dapat disemai dalam hati orang ramai terutama remaja kerana pameran itu dapat menerangkan betapa susahnya untuk mencapai kemerdekaan.

揝elain itu, orang ramai dapat memperkukuhkan pengetahuan mengenai negara dan kenangan manis kecemerlangan sukan negara seperti ketika skuad badminton negara memenangi Piala Thomas pada 1992,

Deadgurlzz Publish time 17-2-2007 01:13 AM

salamz


ikut contest psl Hari Merdeka for exmple essay writing..:D xpong raise flag tu kt umah, bentang kt keta...yeehaa!!!:lol:
countdown MERDEKA!!!



tp kn...i juz nk tnye mmg bile time nk mdeka jeke kite kne de smangat tu? yela as i see now, slg Merdeka x smpi mne de stok 'sy bangge jd anak malaysia' ....trend ke tu? :o

Syd Publish time 4-3-2007 10:54 AM

Mat Merdeka pikul tugas berat
Oleh: ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 3 Mac

wei_loon5063 Publish time 22-3-2007 03:59 PM

malaysia cuma merdeka secare fizikal sahaja.... secara ekonimi, bahasa, budaya
masih dijajah oleh barat......
masih kurang orang betul betul hayati erti kemerdekaan dan appreciate racial
harmony kat msia..... tapi ada orang jugak nak main racist kad.... iishhhh.....
31st august.... banyek je laung merdeka merdeka.. tapi berapa yang betul betul
hayati erti merdeka??
rakyat msia sekarang lebih gemar menyambut perayaan barat seperti christmas dan
valentine....kalau tak sambut? kena cakap tak happening tak sensitive isu semasa
kalau kita hayati erti merdeka, dan sikap patriotism,
kena cakap being such a drama queen pulak.....
hebatnye kuasa hollywood......

Syd Publish time 28-3-2007 09:14 AM

Suami isteri berkongsi ulang tahun kelahiran dengan kemerdekaan negara


http://www.utusan.com.my/pix/2007/0328/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01_big.jpg
ABU BAKAR Abu Samah bersama isterinya, Noriati Mohd. Shah diraikan pada Program Perhimpunan Kasih Anak-Anak Merdeka di Seremban, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

SEREMBAN 27 Mac

Syd Publish time 6-5-2007 01:28 PM

Air mata mengalir ketika Union Jack diturun
Oleh Hasliza Hassan


KETIKA menunggu Tunku (Tunku Abdul Rahman) berucap, hujan begitu lebat. Saya basah kuyup. Baju kebaya saya melekat pada badan. Namun, tiada seorang pun berganjak dari tempat duduk.

揟atkala Tunku memberi ucapan, hujan sudah reda dan suasana sunyi sepi kerana semua yang hadir khusyuk mendengar apa yang ingin diperkatakan Tunku. Umpama jika jarum jatuh pun, boleh terdengar bunyinya. Sebaik Tunku melaungkan perkataan 慚erdeka

Syd Publish time 6-7-2007 10:43 AM

http://thestar.com.my/archives/2007/7/6/nation/n_1car.jpg
Patriotic act: Hanafi Abd Rahman polishing his car painted with pictures of all five of the nation抯 prime ministers and Terengganu Mentri Besar Datuk Seri Idris Jusoh in Kuala Terengganu Thursday. The Tenaga Nasional Berhad employee from Setiu spent RM2,700 for the paintwork to celebrate the 50th Merdeka anniversary. Hanafi, 49, took a week to finish his 慳rtwork

Syd Publish time 1-8-2007 09:19 AM

Detik-detik cemas menjelang merdeka
Susunan ABD. MANAF AHMAD

KEMERDEKAAN yang kita capai pada 31 Ogos 1957 bukanlah sebuah hadiah oskar yang dianugerah oleh empayar penjajahan British kerana Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj berjaya menentang gerakan komunis yang berputik, semenjak Perang Dunia Kedua belum tercetus lagi.

Sejarah kemerdekaan kita sangat panjang dan bertali arus. Kita harus menghayatinya menjelang sambutannya yang ke-50.

Di antara bulan Ogos dan September 1945, sementara menunggu penyerahan kuasa dari tentera Jepun kepada pemerintah tentera British, telah berlaku pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan oleh Malayan People抯 Anti Japanese Army (MPAJ) iaitu Parti Komunis Singapura yang diburu oleh tentera Jepun dan kemudian lari masuk ke dalam hutan-hutan di Tanah Melayu.

Bersama-sama dengan tentera 態intang Tiga
Pages: 1 [2] 3
View full version: Kemerdekaan...bagaimana kita nak menghayati?


ADVERTISEMENT