Ucu Publish time 25-9-2006 03:17 PM

Ni ada beberapa pic pokok2 kat rumah mak Ucu..

http://i60.photobucket.com/albums/h24/KakLimah/Daun7Bilah.jpg
Daun 7 Bilah

afyyzuul Publish time 25-9-2006 03:20 PM

Originally posted by Ucu at 25-9-2006 03:17 PM
Ni ada beberapa pic pokok2 kat rumah mak Ucu..

http://i60.photobucket.com/albums/h24/KakLimah/Daun7Bilah.jpg
Daun 7 Bilah

Some people suka buat ulam jarum 7 bilah ni.

Ucu Publish time 25-9-2006 03:22 PM

Lagi pokok.. enjoy...

http://i60.photobucket.com/albums/h24/KakLimah/Setawartanpacorak.jpg

Setawar tanpa corak. Besar2 & menumpang di pasu pokok limau
purut. Tapi pokok limau purut lupa lak nak ambik gambarnye...

Ucu Publish time 25-9-2006 03:25 PM

http://i60.photobucket.com/albums/h24/KakLimah/SendudukPutih.jpg

Senduduk putih

http://i60.photobucket.com/albums/h24/KakLimah/SendudukPutih2.jpg

Bunga senduduk putih dari dekat

Kata org buat ubat. Ucu tak tahu camana nak buat ubat tu, sapa2 yg
tau bolehlah kasi info.

[ Last edited byUcu at 25-9-2006 03:31 PM ]

Ucu Publish time 25-9-2006 03:28 PM

Originally posted by afyyzuul at 25-9-2006 03:20 PM


Some people suka buat ulam jarum 7 bilah ni.

Hi afyyzuul.. Selamat Berpuasa... lama Ucu tak masuk topik ni...

Nak buat ulam ambik yg pucuk2 muda kan.. so far belum brani nak
makan.. ni pokok yg kat rumah mak Ucu, whilst kat rumah Ucu
sendiri.. aduhai.. di serang kutu2 yg putih2 tu ler... nak buat makan
pun dah tak boleh, nak malathion.. kang ada mende lain yg mati..
nak tak nak kena cantas jelah seme pokok2 tu termasuk anggerik air..

Ni lak pokok setawar ada bintik2 kat daun dia.. cantik gak.
http://i60.photobucket.com/albums/h24/KakLimah/SetawarBercorak.jpg

Ucu Publish time 25-9-2006 03:34 PM

Pokok langsuyar.. kalo tengok live.. mak aitt!!! besar betul...

http://i60.photobucket.com/albums/h24/KakLimah/PokokLangsuyar.jpg

http://i60.photobucket.com/albums/h24/KakLimah/PokokLangsuyar2.jpg

Ni pokok langsuyar lain pasu.. semenye besar2.

Ucu Publish time 25-9-2006 03:37 PM

http://i60.photobucket.com/albums/h24/KakLimah/Pokok.jpg

Pokok di atas ni, tak tahu nama dia apa.. besar2 daunnye.. takde
anak, kalo tak boleh skodeng pree..

Maaf, mana2 gambar tak clear.

Ucu Publish time 25-9-2006 03:48 PM

Utk sementara ni jelah gambar2 pokok yg dpt Ucu snap tuk
tatapan u all, actually nak amik lebih byk gambar, tapi tak
tahu u all nak tengok apa.. bunga2 tak byk, rose tak keluar
bunganye.. anggerik pun sama. Bunga raya pun macam
malas jek nak tunjukkan bunga.. ntah kenapalah.. maybe kena
bubuh baja bunga kut.. :hmm:

Dari gambar2 yg Ucu paste ni.. Ucu nak tanyalah kalau2 u all,
cth :

1. Daun 7 bilah : penah tak makan daunnye.. di katakan boleh
mengubati cancer, ni org cina cakaplah. Petik gitu makan terus
ke atau kena keringkan ke..

2. Pokok langsuyar.. affyzuul dah terangkan di pages yg depan2..
mekasih tuk affyzuul utk info yg berguna tu.. cara2 nak bagi
"beranak pinak".

3. Setawar.. byk betul. Sampai habis pasu kalau nak tanam dia
saja. Ada yg sampai buang2. Ada yg sudi?

Mas916 Publish time 26-9-2006 07:49 AM

kat umah saya ada setawar yg dot2 tuh....siput babi cukup suka.......
dia salau akan ada anak kat hujung daun dia kan...

Ucu Publish time 26-9-2006 11:18 AM

Originally posted by Mas916 at 26-9-2006 07:49 AM
kat umah saya ada setawar yg dot2 tuh....siput babi cukup suka.......
dia salau akan ada anak kat hujung daun dia kan...

:2lol: setawar yg dot2.. :2lol: ok arrr tu...
A'ah Mas ada anak kat hujung daun dia. Mak Ucu slalu biarkan je.
Biar dia anak tu jatuh sendiri & tumbuh pokok yg baru. Kat rumah
Ucu baru ada sepokok, tu pun ingat nak tukar pasu lain yg lebih
besar. Pasu kecik nampak cam tak sesuai lak.

Mas916 Publish time 26-9-2006 11:37 AM

Originally posted by Ucu at 26-9-2006 11:18 AM


:2lol: setawar yg dot2.. :2lol: ok arrr tu...
A'ah Mas ada anak kat hujung daun dia. Mak Ucu slalu biarkan je.
Biar dia anak tu jatuh sendiri & tumbuh pokok yg baru. Kat rumah
Ucu bar ...


hehhehe....kat umah saya tu tak besar sgt lagi.. so tader lagi anak kat ujung daun dia...
saya puas tuko location supaya siput babi tak menyerang....
balik karang nak tabur kulit telur (byk dok ada kulit ni smlm buat murtabak..hehhehe)

saya letak pasu tinggi bese ja..tp rasa kalo letak pasu yg leper lg cantek kot.....

Ucu Publish time 27-9-2006 04:14 PM

Originally posted by Mas916 at 26-9-2006 11:37 AM



hehhehe....kat umah saya tu tak besar sgt lagi.. so tader lagi anak kat ujung daun dia...
saya puas tuko location supaya siput babi tak menyerang....
balik karang nak tabur kulit telur (by ...

Betul.. letak pasu leper lagi cantik. Daun dia bila besar jatuh gebeh
macam buruk sgt nampaknye.. but actually cantik lah sbb ada dot2
dia kan.. Setawar ni kena direct sunlight. Ucu penah bubuh kat dlm
rumah.. mati.. :geram: Kat rumah mak Ucu tu takde pulak nampak
siput makan pokok2 setawar ni. Cubalah Mas, kut2 mujarab.

Mas916 Publish time 28-9-2006 07:46 AM

Reply #92 Ucu's post

a'aa setawar ni mmg nk direct sunlight...semlm belek2 setawar ni...wahh..dah makin besar...
igt nk cari pasu baru utk dia laaa.....

nazurah Publish time 28-9-2006 09:18 AM

Ucu...


1. pokok tujuh duri (tujuh bilah ke apa...tak kisah la)

memang bleh ubati kanser. mostly pokok yg berlendir (daunnya) digunakan utk merawat kanser. my opismate (chinese) dia kena kanser usus, teruk jugaklah... lepas kuar spital dia amalkan makan daun tujuh duri ni mentah2. dia kata lepas subuh dia amik daun tu then kunyah terus. dia kata subuh2 elok..sbb masih ada embun lg pd daun.

dia kata gak kalo siapa tak bleh telan idup2 mcm tu...bleh gak direbus dengan red dates (senang dpt kat kedai ubat cina). pokok tujuh duri ni gak bleh ubat sakit gout.

ada byk jenis...tp yg biasa org guna yg berbunga pink. cantik bunganya..ada gak org panggil dia chinese rose.

2. senduduk putih

arwah nenek i selalu guna pokok ni. lupalah plak utk ubat sakit apa. tak smpt nk tanya. satu yg i pasti, gunakan utk menghentikan darah...kalo luka tu, amik daunnya kunyah then tampal kat luka.

selain drpd tu gak...the whole pokok org guna utk rebus telur pindang!

afyyzuul Publish time 28-9-2006 09:45 AM

Arghhh semalam tgk my pokok dah kena serang white fly. Nampaknya nak kena keluarkan balik kelengkapan perang.

razifah Publish time 3-10-2006 01:17 PM

Penyakit Bena Putih

Ifa ada tanam pokok ubi dan baru2 ni ifa dapati dijangkiti penyakit nie. Sekali pikir mcm kelemumur pulak kan huhuhu. Sekali goyang pokok tue terus kuar yg putih2 berterbangan....Baru ni ifa jumpe artikel yg mungkin bole di kongsi oleh semua warga HG....:love:


Mengawal dan menghapuskan bena putih

Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut(herba). Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina.Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting
Ada pelbagai racun dipasaran untuk membunuh kutu daun ini seperti bifenthrin namun racun serangga ini tidak selamat digunakan keatas tumbuhan yang boleh dimakan. Selalunya kita perlu menunggu lebih dari 10 hari sebelum mengambil tumbuhan untuk dimakan selepas dirembur dengan racun serangga.Adalah lebih selamat jika kita menggunakan kaedah kawalan biologi ataupun menggunakan bahan semulajadi untuk memerangi serangga ini

kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan campuran pencuci pakaian dan minyak masak.Air cucian pakaian dari mesin basuh boleh digunakan untuk tujuan ini. Masukkan air ini kedalam botol penyembur dan titiskan beberapa titis minyak. Semburkan air ini pada tumbuhan yang dijangkiti dengan memastikan bahagian yang tersembunyi seperti di belakang daun dan celah ranting juga terkena semburan.Anda akan dapati bena akan berkuranga dan terhapus sama sekali setelah diulang beberapa kali.

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan bawang putih dan bawang merah. Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah dikisar hingga lumat dan dicampur air. Air ini ditapis dan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur dengan kaedah yang sama seperti diatas. beberapa jenis minyak seperti minyak neeem, minyak bawang putih, minyak canola, minyak bijan dan minyak soya juga boleh digunakan untuk tujuan ini

Kaedah kawalan biologi juga boleh digunakan untuk menghapuskan serangga ini.Jika terdapat mentadak dalam taman anda biarkan ia disitu kerana bena putih ini boleh menjadi santapan yang lazat bagi mentadak.Ladybird(Hippodamia convergens) , sejenis kumbang berwarna merah dengan bintik-bintik hitam merupakan serangga yang paling berkesan digunakan sebagai kawalan biologi terhadap bena.Selain dari menjadi aksesori penghias taman anda kumbang ini juga akan menolong anda menghapuskan si bena putih.

sumber: www.melur.com.my

Mas916 Publish time 3-10-2006 01:32 PM

bagus la artikel ni...

razifah Publish time 3-10-2006 01:34 PM

Originally posted by Mas916 at 3-10-2006 01:32 PM
bagus la artikel ni...

Kat pokok mas ader kena ker?...pokok ubi ifa terus jadi bantut tau....:geram:

Mas916 Publish time 3-10-2006 02:00 PM

Reply #3 razifah's post

ada...memula kena kat pokok apa tah.. akak saya bawa balik dr umah kawan dia...pokok tu mmg suka benor bena ni bertenggek..
kan dia ble terbang....jangkit kat orkid..pas tu rose...
tp sejak saya sembur ngan malathion kurang la sket....
tp mmg kena rajin belek pokok2 ni lee... takut mai balik....

razifah Publish time 3-10-2006 02:12 PM

Huhuhuhu...ifa baru hari ni tahu....ifa dah tebang pun pokok ubi tue....sedey nyer.....
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8
View full version: Tips Penjagaan Pokok Bunga Diserang Serangga


ADVERTISEMENT