babycomey posted on 10-8-2006 03:17 PM

MACAMANA NAK MENGELAK ANAK YG BARU LAHIR DARI JAUNDIS

Nak minta tolong semua member kat sini bagi petua nak mengelakkan jaundis..macamana nak jaga kandungan utk lahirkan baby yg bebas dari kuning.

Aku ni doktor kata pembawa kuning..kemuingkinan anak yg kedua akan menghadapi masalah yg sama mcm anak aku yg pertama.

Anak aku hari pertama dia dah dapat kuning dlm 100 lbh camtu la..ari kedua trus naik jadi 320..dan hari yg sama petang trus naik 370..gila punya cepatt...panik aku..dan ari tu jgk selepas maghrib naik sampai 402..dan dr terpaksa tukar darah dia malam tu jgk..kalau tak effect kat otak dia..aku punya la sedehhh tgk dia dlm lampu atas, bawah, tepi..nangis toksah crita laaa..

seminggu gak la dok kat hospital...

Aku cuba la tanya doktor tu..naper buleh jd kuniing ni..salah pemakanan ke?..dier kater tak..punca nya adalah aku..aku ni pembawa kuning..patutla maser kecik-kecik dulu aku sorang aje tak kene kuning.

Pastu doktor tu kater kalau aku ngandung lagi kemungkinan akan terjadi seperti anak yg sulong..ish..ish..risau aku.

Bukan ape kesian sgtt tgk baby dalam lampu..tak sanggup tgk dier kene berpuasa maser nak tukaq darah tuuu...

Tolong la kot-kot kengkawan kat sini ade petua bg mengelakkan masalah niiii...

Syd posted on 10-8-2006 03:24 PM

sat..
tu hari aku rasa paste satu artikel

kat mana ek?
kena carik balik.

Syd posted on 10-8-2006 03:24 PM

sini pun ada;

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=103849&extra=page%3D1&page=2

Syd posted on 10-8-2006 03:25 PM

sini link pun ada;

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Kesihatan/20060730105421/Article/

babycomey posted on 10-8-2006 04:36 PM

tengkiu syddd...:tq::tq::tq:

Syd posted on 10-8-2006 04:45 PM

no problem

:)

suruli posted on 29-8-2006 08:15 PM

Elakkan dari minum susu formula, dan minuman lain selain dari susu ibu.

alysa79 posted on 30-8-2006 11:20 AM

Yg biasa alys dengar, masa pegnen jgn mkn asam jeruk.

fachai posted on 1-9-2006 10:26 AM

Originally posted by babycomey at 10-8-2006 03:17 PM
Nak minta tolong semua member kat sini bagi petua nak mengelakkan jaundis..macamana nak jaga kandungan utk lahirkan baby yg bebas dari kuning.

Aku ni doktor kata pembawa kuning..kemuingkinan ana ...


My first baby  sampai kene  buat blood transition because of jaundice ni... Mmg pengalaman sedih yang terhingga masa tu..
Alhamdulillah... she survived after the procedure..

Untuk langkah keselamatan... my seken baby.. I drink fresh goat milk... when my pregnancy reached week 34... 35.. until delivered...
Alhamdulilllah... seken baby... just kene veryyy mildd jaundice...

Tapi nak kene tahan laa minum susu kambing ni... nama pun kambing... baunye... Ya AMpunn.... tapi boleh tutup hidung mase minum tu...
just minum about 5-10 ml everyday... sukat dgn cup minum obat tu... I"ALLAH....

kamar22 posted on 1-9-2006 10:30 PM

minum milkshake herbalife boleh elakkn baby dr kena jaundis. elok utk perkembangan bby dn jgk utk kesihatan dlamn ibu...

HerSheys posted on 6-9-2006 03:02 PM

sebenarnye kena jaga sesangat pemakanan ibu2 masa peknen ni.... makan hanya makanan yg berkhasiat....

and kalo kena jaundice the best to cure is breast milk.. kekerapan menyusu sangat2lah penting...

p/s: mcm nak consume herbalife je masa peknen 2nd nnti :lol

dewi posted on 6-9-2006 07:14 PM

Reply #11 HerSheys's post

yup mmg kena kerap BF untuk elak jaundice.. masa bersalin tu most ibu kena suntik dgn ubat pelai .. ubat ni efek baby gak bila lahir baby jadi tak berapa aktif dan asik nak tido. sebab baby tido kita pun tak kisah nak kasi susu badan. masa ni lah senang nak kena jaundice.

so lepas melahirkan .. jgn biar baby tido . sejam sekali BF baby. pakse jer. kejutkan baby tu pakse dia BF.

HerSheys posted on 7-9-2006 06:40 PM

Originally posted by dewi at 6-9-2006 07:14 PM
yup mmg kena kerap BF untuk elak jaundice.. masa bersalin tu most ibu kena suntik dgn ubat pelai .. ubat ni efek baby gak bila lahir baby jadi tak berapa aktif dan asik nak tido. sebab baby tido ki ...
kalo tido mmg kena kejot laaa... jgn ikotkan sangat tido baby ni.. even dia tido, kalo kite sua nipple ni.. dia nak plak.. hehehe.. no kesian2... lagik kesian kalo dia kena jaundice tu...

crv posted on 19-9-2006 02:14 PM

kawan I kata kalau kita breastfeed baby jangan makan masakan yg ada halia.  Hali tu puncanya anak boleh dapat jaundice.  Kalau ikut kita org melayu nikan baik makan halia sbb buang angin dalam badan.

katak_kiut posted on 4-10-2006 12:44 PM

Penah dengar tak jaundice disebabkan breastmilk ibu?

dewi posted on 4-10-2006 05:32 PM

Reply #15 katak_kiut's post

tah ler ........ breast milk tu kan bagus esp yg baru2 tu sebab ader colostrum.... bende ni yg akan beri extra protection pada baby.

katak_kiut posted on 5-10-2006 09:33 AM

Jenis-jenis Demam Kuning

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-
  

Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.

Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.

Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.

Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.

lemak_masin posted on 6-10-2006 11:49 AM

alhamdulillah waktu anak lemak lahir dulu dia tak kene demam kuning ni..

antara petua orang tua2  waktu mengandung jgn makan betikk..pastu banyakkan minum susu..

nashra posted on 8-10-2006 12:50 AM

Originally posted by babycomey at 10-8-2006 03:17 PM
Nak minta tolong semua member kat sini bagi petua nak mengelakkan jaundis..macamana nak jaga kandungan utk lahirkan baby yg bebas dari kuning.

Aku ni doktor kata pembawa kuning..kemuingkinan ana ...

babycomey..

i don't know whether this information will help you or not..

but anak2 nash dua2 tak de jaundice..

during my pregnancy nash amalkan susu kambing..

tapi masa early preggy tu tak lalu nak minum fresh2 gitu so nash consume goat's milk tablet..

boleh dapat kat pharmacy..ok la..ada perisa strawberry kalau tak suka perisa asli tu..

masa kandungan dah dlm 7/8 bulan gitu baru nash start minum goat's milk yang fresh..

ada jugak kawan nash yang bertanyakan hal ni sebab anak sulung dia kena tahan kat ward for like 1 week..

so masa second pregnancy dia try la..tapi dia tak suka..even tablet pun tak leh telan..

so anak kedua dia pun kena tahan kat hospital gak sebab jaundice..

maybe keturunan ke pemakanan ibu tu sendiri ke tak tau la..

nash tak pernah pantang makan apa2 pun sewaktu mengandung..keluarga nash pun ramai gak terkena demam kuning ni..

[ Last edited by  nashra at 8-10-2006 12:51 AM ]

KakFie posted on 8-10-2006 02:02 AM

Originally posted by katak_kiut at 4-10-2006 12:44 PM
Penah dengar tak jaundice disebabkan breastmilk ibu?

yup KK, pernah dengar.  Gynae akak pernah bagitau dulu.

Memang ada breastfeeding induced jaundice.  Tapi jaundice jenis ni tak membahayakan.  

Tentang goats milk yang nash cakap tu pun akak amalkan jugak.

honeybee1802 posted on 8-10-2006 06:36 AM

cuba tanya dr...dmm kuning yg dulu sbb aper?dmm kuninng yg bese yg bdk2 lain dpt or disebabkan oleh factor yg ada saper paste td ek...kalo sbb BM..rsnyer better elak mkn jamu or too much rempah dulu awal2 tuh...

nashra posted on 8-10-2006 09:52 PM

Originally posted by honeybee1802 at 8-10-2006 06:36 AM
cuba tanya dr...dmm kuning yg dulu sbb aper?dmm kuninng yg bese yg bdk2 lain dpt or disebabkan oleh factor yg ada saper paste td ek...kalo sbb BM..rsnyer better elak mkn jamu or too much rempah dul ...

dlm pantang pun kalau takut baby kena demam kuning ni kurang2kan jamu..

sebab baby kan bf..takut nanti panas..

tu org tua2 nyer petua..

tapi nash dok amal jamu NR alhamdulillah..tak panas mana pun..

baby tak merengek..and tak kuning..

katak_kiut posted on 13-10-2006 09:23 AM

Instead bagi susu kambing tuh directly to baby
Boleh tak kita yg consume
So nanti baby dapat laaa from breastmilk
Menjadi ke hah?
Nak bagi direct takut lak
Sebab susu kambing tuh ada protein yg susah nak diuraikan dek buah pinggang baby

Nash, 2nd pregnancy nanti
Me pon ingat mau try itu tablet kambeng

idaim posted on 13-10-2006 11:14 AM

alhamdulillah my 1st ngan 2nd baby pun tak kena demam kuning.....nie...kalo ikut petua my sister jgn makan masakan yg berkunyit......tapi i bedal jer...tapi after baby lahir my mother siapkan akar kayu buat mandi tak tau la daun apa ntah.......dgr kat klinik nie pun ada ubat demam kuning dia injek...so far tak pernah cuba lagi....

nashra posted on 15-10-2006 08:00 PM

Originally posted by katak_kiut at 13-10-2006 09:23 AM
Instead bagi susu kambing tuh directly to baby
Boleh tak kita yg consume
So nanti baby dapat laaa from breastmilk
Menjadi ke hah?
Nak bagi direct takut lak
Sebab susu kambing tuh ada protein y ...

kalau baby dah keluar tak pernah pulak dengar org bagi susu kambing..

selalunya consume time tengah preggy je..

kalau baby yang dah lahir and ada kuning sikit2 tu selalunya petua org tua2 'berjemur' waktu pagi..

masa matahari baru2 nak naik..bawak2 la baby 'berjemur'..tak lama..5 minit gitu..

amalkan tiap pagi Insya-Allah berkurang kuning tu..

kalau yang teruk memang kena ke hospital gak ler..
Page: [1] 2 3
View full: MACAMANA NAK MENGELAK ANAK YG BARU LAHIR DARI JAUNDIS