rimau_taring posted on 12-8-2006 03:09 PM

Doktor sakit tuan.... Jawapan dari Dr Ismail Thamby

Disini aku tolong pastekan segala jawapan dari Dr Ismail Thamby berkaitan masalah seksualiti lelaki...
Semoga dapat membantu yg ada masalah dengan kehidupan seksualiti mereka...

[ Last edited by  rimau_taring at 12-8-2006 03:19 PM ]

rimau_taring posted on 12-8-2006 03:11 PM

Pelayaran malam pertama

MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman ?ermain cinta?. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.

Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut atau ?eriau? dengan ?elayaran? malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut jejak langkah dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.

Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.

Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.

Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.

Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.

Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan? iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.

Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.

Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah ?engenali? sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.

Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.

Keadaan ini dikenali sebagai ?ati pucuk malam pertama?. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan yang dikenali ?aginismus?.

Kini, pasangan yang akan menempuhi malam pertama akan membuat persediaan dan persiapan bersama dengan mendapat maklumat dan panduan mengenai cara untuk melakukannya dalam bentuk cakera padat bertajuk: ?inta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual? yang ditulis oleh Dr Ismail Tambi.

rimau_taring posted on 12-8-2006 03:13 PM

Air mani macam jeli, berketul

Soalan

SAYA berusia 23 tahun dan ingin tahu jika sperma keluar dalam bentuk seperti jeli dan ketulan, adakah seorang lelaki itu akan menghidapi masalah mandul? Atau adakah keadaan itu disebabkan penyakit?

Jawapan

AIR mani mengandungi cecair daripada pundi prostat, pundi seminale, pundi cowpers, pundi epididimis selain cecair pepundi salur kencing. Bahan dalam air mani hanya kurang lima peratus sperma dan yang lain cecair mengandungi pelbagai elemen seperti aboutonia; ascorbic acid; blood-group antigens; calcium; chlorine; cholesterol; choline; citric acid; (DNA); creatine; fructose; glutathione; hyaluronidase; inositol; lactic acid; magnesium; nitrogen; phosphorus; potassium; purine; pyrimidine; pyruvic acid; sodium; sorbitol; spermidine; spermine; urea; uric acid dan vitamin B12. Sperma dihasilkan oleh buah zakar atau ?estes?. Kandungan sperma hanya dua hingga lima peratus daripada isi padu air mani, manakala 60 peratus lagi daripada pundi seminal dan yang lainnya dihasilkan pundi prostat. Cecair daripada pundi prostat mengandungi asid citric yang tinggi, selain asid phosphatase dan zinc. Ketulan jeli datangnya daripada pundi cowpers dan pepundi salur kencing. Selain bahan yang disenaraikan, ada beberapa lagi elemen dalam air mani seperti zat galian, gula, lemak, hormon steroid, prostaglandin dan asid amino. Fructose dalam air mani ialah bahan tenaga untuk sperma dan enzim l-carnitine dan bahan lain mustahak untuk fungsi pergerakan sperma. Kandungan air mani mempunyai zinc dan jika bahan ini kurang, sperma tidak aktif dan mempunyi ekor yang terbengkok. Justeru, air mani yang dihasil lelaki memang berwarna kelabu dan sedikit kekuningan dan adakalanya kelihatan bijian jeli. Ini normal kerana kedudukan sperma hanya dapat ditinjau daripada ujian air mani melalui mikroskop dan bukan dengan cara melihatnya begitu saja.

rimau_taring posted on 12-8-2006 03:14 PM

Pedih, cecair keruh keluar selepas onani

Soalan

SAYA penuntut 23 tahun. Baru-baru ini, saya ke klinik selepas pedih apabila membuang air kecil yang mungkin akibat perbuatan saya melakukan onani secara kasar beberapa hari sebelum itu. Sebelum berjumpa doktor, sejenis cecair keluar dari kemaluan saya yang kelihatan keputihan dan berkeruh sedikit. Sampel air kencing menunjukkan saya mengalami urine infection dan doktor memberikan saya antibiotik, ubat lawas kencing dan penahan sakit. Saya juga dinasihati meminum banyak air masak. Selepas beberapa hari, pengeluaran cecair itu beransur kurang, cuma rasa pedih masih lagi sesekali terasa, meskipun tidak seteruk minggu lalu.

Jawapan

RASA pedih ketika kencing sering dialami lelaki dan perempuan dan ini ada kaitan dengan keradangan salur kencing. Keradangan ini boleh berlaku akibat onani, geselan kepada anggota sulit, zakar untuk lelaki dan onani dalaman, iaitu mengesel bahagian atas faraj berdekatan salur kencing untuk perempuan. Apabila amalan tidak baik itu dihentikan, kelegaan akan berlaku. Rawatan yang doktor berikan adalah memadai dan tentu akan mengambil masa untuk dapat keselesaan.

Jika keradangan berkenaan sangat ketara. Jadi bersabar dan pada masa sama, cuba elak beronani kerana jika salur kencing tercedera ia akan menjadi sempit. Keadaan ini dikenali sebagai ?rethral stricture? iaitu salur kencing menyempit akibat parutan. Jika ini berlaku, tentu anda akan rasa sukar untuk buang air kecil dengan selesa. Lelehan yang keluar daripada salur kencing itu ialah hasil keradangan salur kencing. Apabila keradangan itu reda, lelehan itu akan reda juga.

rimau_taring posted on 12-8-2006 03:15 PM

Elak derita dalam diam

ANGGOTA kelamin lelaki atau zakar mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai anggota untuk saluran keluar kencing dan tujuan hubungan seksual. Bayangkan keadaan anggota seksual lelaki berbentuk kecil atau cacat, tentu fungsi utamanya terancam.

Justeru, mereka yang berdepan masalah itu perlu segera berjumpa doktor untuk rawatan.

Selain mempunyai dua fungsi, anggota seksual lelaki ada dua bahagian iaitu anggota seksual bahagian luar dan bahagian dalam. Anggota seksual bahagian luar membabitkan zakar, kerandut buah zakar dan kandungan dalam kerandut iaitu sepasang buah zakar.

Anggota seksual bahagian dalam pula membabitkan pundi prostate, pundi seminal, cowpers, liang otot bulbocavernosa dan spongiosa serta otot lantai pelvis yang menjadi benteng otot zakar.

Apabila lelaki terangsang, kemasukan darah ke dalam otot zakar meningkat dan ereksi berlaku. Zakar yang sebelum ereksi kelihatan kecil akan memanjang dan membesar apabila darah mula memasuki liang ototnya.

Tahap ereksi boleh ditingkatkan dengan mencengkam otot lantai pelvis (otot kemutan) yang menjadi benteng pangkal zakar. Dengan cara itu zakar menjadi padat dan keras serta sesuai dimasukkan ke dalam salur faraj ketika melakukan persetubuhan penetratif. Bagaimanapun, zakar yang tidak padat atau kecil ?ermasalah? untuk disalurkan ke dalam faraj.

Keadaan zakar kecil dikenali sebagai ?icropenis?. Saiz ketika ereksi bagi zakar seperti ini hanya enam sentimeter (sm) atau kurang. Namun, zakar berukuran kurang sembilan sm turut berdepan masalah kerana ia mudah terlucut atau terlepas ketika melakukan persetubuhan.

Begitupun, masalah zakar kecil dapat diatasi tanpa pembedahan. Alat penarik otot zakar atau ?enile extender? saperti Andropenis dapat membantu dan maklumat mengenainya ada dalam laman web www.andromedical.com.

Dalam pada itu, zakar yang bengkok juga boleh menimbulkan masalah, walaupun ukurannya normal (10-14 sm/ukur lilit 9-13 sm). Masalah ini boleh berlaku akibat penyakit Peyronie, selaput pembalut otot zakar mengeras atau otot mengeras atau secara kebetulan zakar berkedudukan sebegitu apabila tumbesaran liang otot kavernosa kiri dan kanan tidak seimbang. Masalah ini juga boleh diatasi dengan alat Andropenis.

Ada juga zakar yang tertarik ke bawah akibat cantuman dan tarikan kulit antara zakar dan kerandut. Keaadan ini dikenali ?eb penis? dan bagi melegakan tarikan itu ialah memotong kulit cantuman yang menarik zakar ke bawah.

Zakar dikategorikan cacat pula merujuk kepada zakar yang pembukaan lubang kencing tidak terbuka di penghujung zakar, tetapi di bawah (hypospadias) atau bahagian atas (epispadias). Ini membuatkan zakar kelihatan luar biasa dan sukar disalurkan ke dalam faraj.

Isu anggota kelamin yang bermasalah tidak akan selesai jika ?angsa? tidak merujuk kepada doktor. Kini ada rawatan moden dan selamat. Jadi, tidak perlu mendapat rawatan daripada mereka yang tidak bertauliah.

Jangan cuba rawatan berbahaya seperti mendapat suntikan silikon atau minyak cendana ke dalam kulit zakar yang dilakukan ?akar? tidak bertauliah kerana kaedah ini akan mencacatkan zakar apabila kulit mengeras dan menebal.

rimau_taring posted on 12-8-2006 03:17 PM

Alat sulit bengkok

Soalan

Saya berusia 23 tahun dan akan berkahwin dalam masa terdekat. Pertama kali saya berdiri di depan cermin dari pandangan sisi, saya menyedari kemaluan saya membengkok ke bawah dengan sudut lebih kurang 30 darjah apabila menegang.

Hasil maklumat di internet, saya dapati biasanya kemaluan lurus atau membengkok sedikit ke atas. Masalah saya mungkin dikenali sebagai Peyronie? Disease. Seingat saya, sepanjang belajar di sekolah berasrama dulu, saya tidur dengan memakai seluar dalam kerana malu. Apa yang boleh saya lakukan?

Jawapan

Jarang lelaki meneliti anggota sulit. Mereka hanya menyentuh anggota sulit ketika mandi untuk membersihnya atau menyentuhnya ketika inginkan keseronokan dengan melakukan onani. Justeru, jika pemeriksaan anggota sulit itu dilakukan untuk pertama kali, tentu macam-macam yang ?idak normal? akan kelihatan. Dalam keadaan tidak ereksi, zakar kelihatan terjuntai jika ia terkeluar.

Adakalanya zakar terbenam dalam tundun dan kelihatan kecil. Ini semua kedudukan zakar yang tidak ereksi. Jika ereksi, zakar akan kelihatan terkeluar dan untuk lelaki yang ereksinya panjang, penghujung zakar akan kendur ke bawah.

Jika otot lantai pelvis (otot kemut yang mengawal pembukaan lubang najis dan lubang kencing) dicengkam, ereksi akan kelihatan lebih padat dan zakar kelihatan menegak.

rimau_taring posted on 12-8-2006 03:18 PM

Terima anugerah wanita sempurna

Soalan

Saya sudah berkahwin tetapi belum ada anak. Ketika bersama isteri, saya menghadapi masalah ereksi. Saya mengambil masa lama untuk zakar menegang. Adakah ini masalah Erectile Dysfunction (ED)?

Bagaimanapun ketika menonton video lucah, zakar saya akan menegang dengan mudah dan untuk pengetahuan doktor, ketika remaja saya kerap beronani.

Jawapan

Ereksi berlaku apabila lelaki terangsang dan ini tindak balas spontan. Malah, ereksi spontan tanpa rangsangan juga boleh berlaku seperti ereksi pagi atau NPT (Nocturnal Penile Tumescence) dan ereksi akibat tersentuh anggota sulit.

Ini mungkin petanda anda tidak terangsang dengan pasangan anda.

Sesetengah lelaki sukar menggunakan wajah pasangannya dalam fantasi seks, tetapi mereka boleh menggunakan wajah wanita lain dan boleh menjadi sangat terangsang. Mereka perlu tahu jika itu yang mereka perlukan untuk mencapai keghairahan, tidak salah menggunakan wajah isteri daripada wajah wanita lain. Ini lebih elok kerana yang berdepan dengan mereka ialah isteri, bukan bayangan.

Saya syorkan anda menikmati anugerah yang anda terima itu iaitu seorang wanita yang sempurna bagi menikmati keindahan tubuh dianugerahkan Tuhan. Sepatutnya isteri anda menjadi ilham dan sumber rangsangan seksual dan bukan gambar dalam video lucah.

Jika anda sangat terangsang dan ghairah tetapi masih ada masalah ereksi, anda mungkin tergolong kategori lelaki ED atau mati pucuk. Jika ia berlaku, berjumpa doktor untuk rawatan.

rimau_taring posted on 12-8-2006 03:20 PM

Isteri lesu suami kaku

KIRA-kira 75 peratus wanita berkahwin menganggap sikap suami yang terus tidur atau beredar dari tempat tidur selepas bersetubuh sebagai satu masalah kerana mereka tidak suka perangai sedemikian. Mereka lebih suka suami memeluk atau membelai mereka selepas melakukan aktiviti itu atau sekadar berbual mesra.

Malah, wanita juga sensitif dengan suami yang tidak banyak berbicara selepas berkahwin kerana mereka inginkan teman untuk berbual, terutama perkara berkaitan peribadi.

Bagi mereka, suami yang bersikap sedemikian hanya mementingkan diri. Lebih buruk lagi, ada wanita hilang nafsu kepada suami hanya disebabkan masalah berkenaan.

Ini menyebabkan aktiviti seksual yang dilakukan hanya sekadar menunaikan tanggungjawab, menyebabkan mereka sukar mendapat kepuasan.

Tidak dinafikan, bagi kebanyakan lelaki, kemesraan dalam pandangan mereka ialah seronok dengan keintiman seksual. Jika ini yang difikirkan kaum Adam, jelas mereka salah.

Keseronokan bukan sekadar hubungan seksual semata-mata, malah lebih daripada itu. Berbual dengan pasangan anda juga satu keseronokan.

Sikap lelaki seperti ini bukan hanya ketika aktiviti seksual, tetapi untuk apa saja perbuatan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika mereka membaca surat khabar, apa yang dibualkan oleh pasangan jarang mendapat perhatian.

Walaupun mereka dengar, namun hanya sekadar begitu tanpa sebarang perhatian kerana tumpuan utama mereka ialah surat khabar. Ini menimbulkan rasa kurang senang isteri yang mahukan perhatian ketika mereka berbual.

Berdasarkan kajian, jika seseorang lelaki menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara, yang lain akan menjadi kabur kepada mereka.

Semua yang saya jelaskan tadi ialah sifat semula jadi lelaki dan bukan perkara yang disengajakan.

Seorang isteri akan mendapati banyak lagi perbezaan di antara diri mereka dengan suami kerana selain sifat semula jadi lelaki, banyak lagi sifat yang mungkin membuat seorang isteri kurang senang, seperti tabii pembawaan daripada keluarga, alam sekitar dan pengalaman.

Sehubungan itu, wanita perlu banyak bersabar menempuhinya. Sifat semula jadi memang sukar diubah, tetapi bukan mustahil dengan kebijaksanaan seorang isteri ia boleh diubah.

Nasihat saya ialah, paling penting jangan cepat putus asa. Berusahalah mengubah sifat semula jadi pasangan anda.

rimau_taring posted on 12-8-2006 03:21 PM

Bimbang malam pertama

Soalan

SAYA seorang gay dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya sudah insaf dan berhenti daripada tabiat itu. Masalahnya saya bimbang pada malam pertama, alat kelamin saya lembik, sekali gus gagal memuaskan isteri. Apa sepatutnya saya lakukan? Ada ke ubat atau makanan untuk menjadikan zakar tegang dan keras selain mampu bertahan lama?

Jawapan

Memang perkara semula jadi untuk mana-mana individu, sama ada lelaki atau wanita, akan terangsang apabila berdepan objek yang memberahikan mereka. Jika objek itu tidak merangsangkan perasaan syahwatnya, sukar untuk mereka mencapai ereksi. Proses ini dikenali sebagai orientasi seksual. Bagi golongan gay, mereka akan menggunakan seks khayalan (penetratif) dengan menggunakan mindanya untuk mencetuskan rangsangan seksual seperti bersetubuh dengan lampu dipadamkan dan melakukan penembusan faraj dari belakang. Adakalanya dia akan memujuk pasangannya memotong rambut supaya lebih kelihatan macam lelaki supaya dapat membangunkan keterampilan kelelakian itu untuk mencapai ereksi dan melakukan hubungan seksual.

Pendek kata, lelaki atau wanita gay masih boleh berlagak atau berlakon macam mereka bukan gay dengan cara yang dijelaskan tadi. Namun, lama kelamaan mereka akan rasa bosan dan kembali kepada naluri asalnya jika dia benar-benar gay. Berbeza dengan biseksual yang masih dapat mempertahankan dirinya untuk memilih pasangan seksnya secara tetap. Tiada ubat yang dapat menukarnya terangsang dengan jantina lain jika seseorang tetap dengan jantina pilihannya.

Ubat PDE-5 inhibitor saperti Viagra, Cialis dan Levitra hanya berfungi apabila lelaki yang mengalami rangsangan seksual gagal mencapai ereksi. Jika makan ubat dan tiada apa perasaan rangsangan, ereksi tidak akan berlaku. Fikirkan baik-baik sebelum anda berkahwin. Jangan sia-siakan pasangan anda. Jika sudah berkahwin, pandai-pandailah menyesuaikan diri.

rimau_taring posted on 12-8-2006 03:22 PM

Kesan air liur ketika senggama

Soalan

SAYA sering mengunakan air liur sebagai pelincir untuk memulakan persetubuhan dengan isteri. Adakah air liur itu mendatangkan mudarat kepadanya atau sebarang kesan positif? Saya juga sering ragu-ragu sama ada isteri saya puas atau tidak selepas melakukan persetubuhan. Apabila ditanya, isteri saya tidak pasti bagaimana rasa kepuasan sebenar yang patut dirasainya. Sebagai lelaki, pengeluaran air mani menjadi petanda kepuasan yang saya rasai, tetapi bagaimana pula tanda kepuasan sebagai seorang wanita?

Jawapan

Air liur memang sesuai sebagai pelicin untuk melembapkan penghujung zakar sebelum penembusan ke faraj. Jarang air liur mengandungi kuman yang memudaratkan. Malah, didapati enzim protease dalam air liur mampu mencairkan air mani supaya sperma dapat bergerak dengan laju di kalangan lelaki yang mempunyai air mani pekat.

Bagaimanapun, mustahak untuk lelaki membersihkan mulut dengan memberus gigi supaya kuman yang terhinggap kepada anggota itu dapat dihapuskan sebelum beredar ke kamar tidur untuk berintim dengan isteri.

Mengenai kepuasan untuk isteri, hubungan intim adalah paling utama bagi wanita untuk memberahikan mereka. Selain sentuhan zakar ke klitoris, seks oral juga dapat membantu merangsangkan isteri apabila hujung lidah suami dapat disentuhkan kepada klitoris. Sentuhan terus menerus dengan jari ke klitoris mungkin menimbulkan rasa nyilu.

Namun, mustahak untuk wanita menumpukan minda kepada sentuhan dialaminya supaya dia dapat menikmati perasaan keseronokan yang berlaku akibat rangsangan pada anggota sulitnya. Apabila rangsangan itu membina, dia akan dapat mencapai kemuncak yang mana farajnya akan menyempit dan kemudian melega dengan cengkaman otot punggung dan pengeluaran peluh serta ?exual flush? iaitu kemerahan pipi. Sekurang-kurangnya dia akan rasa satu perasaan yang sangat melegakan badan dan mindanya sehingga dia mudah lelap dan terus tidur.

rimau_taring posted on 12-8-2006 03:24 PM

Rangsang lelaki

KAJIAN terbaru dijalankan sebuah universiti di Amerika Syarikat mendapati, lelaki hanya fikirkan mengenai seks apabila berdepan wanita, lebih-lebih lagi jika wanita itu menarik, seksi dan memiliki bentuk badan menggiur

Fikiran lelaki pasti terus melayang ke senario persetubuhan dan ketika itu mata hitamnya menjadi meluas dan dia kemudian pasti mendapati dirinya mencapai ereksi sangat mencabar.

Justeru, pendapat lelaki hanya fikirkan seks apabila bersemuka dengan wanita seksi nampaknya betul. Tidak hairan sesetengah kaum dan agama menetapkan pemakaian purdah atau menutup aurat untuk wanita supaya tidak mencabar imginasi seksual lelaki.

Sehubungan itu, memakai purdah satu syor tepat yang tidak perlu dipertikaikan.

Berbeza dengan wanita, mereka tertarik kepada ketampanan dan budi pekerti seseorang lelaki dan bukan kepada aspek fizikalnya. Apabila wanita berasa selesa dan selamat dengan lelaki, mereka akan mula membuka dirinya untuk didekati.

Jika wanita itu mula percaya kepada lelaki, mereka tidak akan teragak-agak untuk meningkatkan tahap hubungan mereka ke peringkat lebih serius.

Persepsi seksi kepada wanita bukan hanya kepada aspek fizikal, tetapi keterampilan diri lelaki berkenaan. Ia tidak terhad kepada ciri ?achonya? saja.

Lelaki yang memiliki keterampilan diri yang diidami wanita akan mendapati dirinya ?aris? apabila wanita akan mudah dan sentiasa cuba mendekatinya.

Malah, tidak keterlaluan dikatakan ada wanita tidak teragak-agak melamar seseorang lelaki apabila mereka mula menaruh kepercayaan kepadanya.

Perlu diingatkan, wanita kini lebih memilih dan jika mendapati lelaki itu calon secocok, mereka tidak akan teragak-agak untuk menawannya. Ia bukan perbuatan aib untuk wanita.

Malah, perbuatan menawan seseorang yang diminati, walaupun mereka wanita, sangat digalakkan. Ini terbukti apabila Siti Khatijah melamar Nabi Muhammad kerana mendapati baginda berperwatakan mulia, jujur dan tampan. Justeru, mana-mana wanita Islam boleh mencontohi Siti Khatijah.

rimau_taring posted on 12-8-2006 03:25 PM

Pengantin baru lebih suka onani

Soalan

SAYA suka beronani setiap kali mandi, walaupun mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu. Setiap kali mengadakan hubungan seks, kelainan kepuasan itu terasa berbeza dengan perbuatan onani dilakukan. Apabila beronani klimaks cepat, tetapi bila bersama isteri agak lama untuk mencapai klimaks. Apakah saya kurang subur atau kurang rangsangan daripada isteri?

Jawapan

Nikmat ketika merangsang anggota syahwat secara sendiri berbeza dengan yang dikecapi ketika bersama pasangan. Kepada yang biasa dengan amalan onani dan selesa dengan teknik sendiri merangsangkan syahwat, mereka lebih seronok dengan perbuatan itu.

Ada juga pengamal onani yang lebih selesa dan ghairah ketika persetubuhan dengan pasangan berikutan mereka hanya melakukan onani apabila mengalami tekanan syahwat dan melakukannya untuk melepaskan nafsu bersetubuh.

Kepada lelaki yang cepat klimaks ketika beronani, dia yang mengawal pergerakan dan sentalan kepada zakar. Tentu dia tahu bahagian zakar yang sensitif dan menumpukan geselan di situ.

Perkara sebaliknya berlaku apabila dia melakukan hubungan seksual dengan pasangan kerana rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh. Justeru, dia perlu tumpukan kepada sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan. Ini memakan masa dan kadangkala membosankan pasangan jika terlalu lama dan ia juga meletihkan.

Ini bukan masalah kesuburan atau masalah kurang rangsang dengan pasangan. Ini berlaku kerana, walaupun seronok dan terangsang dengan isteri, individu itu tidak dapat rangsangan yang mampu mencetuskan klimaks yang dia biasa dengan cara amalan onani.

Mungkin jika dia mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, perkara dialaminya dapat diatasi. Memang mustahak untuk pasangan kelamin berkerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim yang lebih mengghairahkan dan bukan hanya sekadar melakukannya tanpa perasaan.

rimau_taring posted on 12-8-2006 03:27 PM

kalau ada sambutan... nanti aku sambung lagi... byk lagi yg ada.. tunggu.......

ristikol posted on 12-8-2006 04:12 PM

lol...ni kan dari web harian metro.baik ko pastekan link tu kat sini..hehehe..

rimau_taring posted on 12-8-2006 04:23 PM

hahahaha.. aku letak kat sini lagi senang la semua org baca..

allymariano posted on 12-8-2006 04:45 PM

rajin lak.. macam diari jer

rimau_taring posted on 12-8-2006 10:15 PM

Kecut, pudar biasa

Soalan

SAYA berusia 22 tahun dan masalah alat sulit saya yang kelihatan pucat. Adakah ini bermakna pengaliran darah saya tersumbat? Satu lagi masalah saya ialah alat sulit saya selalu mengecut. Namun, ia normal apabila menegang. Adakah saya ada masalah angin pasang? Apakah ubat yang perlu saya ambil untuk mengatasi dua masalah ini?

Jawapan

PERKARA biasa apabila alat sulit lelaki tidak menegang, ia kecut dan kulit penghujungnya pudar dan kebiruan, terutama jika lelaki itu berkulit cerah.

Keadaan berbeza apabila darah masuk ke ruang otot zakar dan dalam tisu lembut penghujung zakar apabila kekecutan akan hilang dengan otot zakar menjadi memanjang dan padat.

Pada penghujung zakar kelihatan kebiruan cerah dan kemerahan serta kembang jika lelaki itu mengeraskan ereksi dengan kemut. Justeru, keadaan kecut dan pudar itu biasa dan bukan suatu masalah.

Mengenai angin pasang, perkara ini tiada kaitan dengan zakar. Ia ada kaitan dengan kantung buah zakar atau kerandut buah zakar, yang mana kerandut kelihatan besar akibat kemasukan usus dalamnya.

Oleh kerana usus mudah membesar dan mengembang, kerandut kelihatan besar ketika itu atau mengecil apabila usus mencerut.

Masalah angin pasang boleh diatasi dengan pembedahan pembetulan memasukkan usus balik ke dalam kerandut dan menutup bahagian yang terbuka antara perut dan kerandut buah zakar.

rimau_taring posted on 12-8-2006 10:16 PM

Elak kerap beronani

BENARKAH jika seseorang kerap beronani, akan berlaku pertumbuhan bulu roma yang banyak. Jika benar di bahagian mana?

BERBAGAI mitos dikaitkan dengan amalan onani dan ini semata-mata untuk menakutkan mereka yang melakukan perbuatan itu.

Ada juga dakwaan mereka yang beronani, tapak tangan berbulu, kemaluan berbulu, kehilangan darah kerana setitik air mani seperti setitik darah, kepala botak, buah zakar kecut dan mandul.

Semua ini tidak benar dan hanya rekaan.

Onani dilakukan untuk mendapat kelegaan tekanan nafsu dan mungkin suatu cara untuk individu itu sama ada lelaki atau perempuan mengenal seksualiti dan perasaan syahwat.

Amalan ini jika lazim dilakukan tanpa kawalan boleh mendorong individu itu kepada ketagihan. Jadi, cuba elak melakukan perbuatan itu keterlaluan.

rimau_taring posted on 12-8-2006 10:17 PM

Risau alat kelamin tidak sempurna

BUAH zakar saya agak terkebawah, seolah-olah kulit lebih hingga menyebabkan saya susah hati. Adakah ini satu penyakit?

Apa yang saya tahu buah zakar tempat penghasilan air mani. Adakah ini menunjukkan air mani saya tidak aktif disebabkan buah zakar agak lemah.

Bagaimana cara untuk mengatasinya. Saya bimbang masalah saya ini mengganggu hubungan kelamin saya dengan bakal isteri.

LELAKI mempunyai sepasang buah zakar di dalam kerandut. Kedua-dua buah zakar itu mempunyai otot penampunya sendiri. Dalam keadaan kecemasan otot penampu buah zakar, iaitu otot kremester akan mencerut dan menarik buah zakar ke atas, melindung buah zakar daripada kecederaan.

Kerandut buah zakar diselaputi lapisan otot yang dikenali sebagai otot Dartos.

Jika otot Dartos lega, buah zakar akan kelihatan labuh atau lanjut dan jika otot Dartos mencerut, buah zakar akan naik ke atas dalam kerandut yang kelihatan mencengkam.

Kerandut buah zakar mengawal kedudukan buah zakar supaya kedua-dua buah zakar berada dalam suhu yang optima untuk pembiakan sperma iaitu suhu 4 hingga 5 darjah selsius kurang dari suhu badan.

Dalam keadaan kesejukan, kerandut buah zakar akan mencerut dan buah zakar akan naik ke atas dan berada dalam suhu yang lebih sesuai untuk pemerosesan sperma.

Dalam keadaan panas, kerandut akan melanjut supaya kedua-dua buah zakar berada dalam keadaan kurang panas dan dalam suhu yang sesuai untuk pembiakan sperma.

Dalam keadaan terangsang kerandut buah zakar akan mencerut dan buah zakar menjadi padat dalam kerandut. Ini perlu supaya proses ejakulasi dapat berlaku.

Jadi untuk lelaki yang mempunyai buah zakar yang lanjut, dalam keadaan terangsang, keadaan itu akan berubah. Sehubungan itu, jangan bimbang kerana buah zakar itu tidak menggangu hubungan seksual dengan pasangan.

rimau_taring posted on 12-8-2006 10:18 PM

Organ seks tidak normal punca sakit

UNTUK pengetahuan doktor, saya hanya mempunyai sebiji buah zakar. Ini berlaku sejak dilahirkan.

Ada juga gelembung sebesar bola ping pong di bahagian hujung pangkal sebelah kiri zakar saya terkeluar jika melakukan kerja berat atau apabila perut saya masuk angin.

Keadaan itu kurang menyenangkan saya dan menyakitkan.

Adakah cara untuk merawatnya dan apakah kaedahnya?

Jika saya tidak menjalani rawatan, adakah ia tidak mengganggu sistem kesuburan. Bolehkah saya mendapatkan zuriat bila berkahwin?

Adakah ia memberi kesan kepada zakar saya atau sistem badan yang lain?

KEMUNGKINAN mempunyai satu buah zakar ialah satu dalam 100,000 kes dan kemungkinan kanser berlaku kepada buah zakar yang terkandas dalam perjalanan keluar dari perut ialah 5-15 kes dalam 100,000 kes setahun.

Terdapat juga keadaan buah zakar sebelah yang tiada itu memang tiada atau tidak menjadi. Ini hanya boleh dikesan dari ujian pengimbasan.

Masalah buah zakar yang tiada itu dikenali sebagai kryptorkidisme.

Buah zakar ketika janin sedang berkembang dalam rahim ibu ialah organ yang berkedudukan dalam perut.

Tiba bulan keempat dan lima, kedua-dua buah zakar itu akan menurun dan keluar dari badan dan masuk ke kerandut.

Kadang kala perjalanannya terentap dan bayi lelaki itu didapati hanya ada satu buah zakar.

Jika dibiarkan tanpa membuat apa-apa, 50 peratus turun ke dalam kerandut.

Tetapi jika sudah masuk dua tahun masih tiada, kebanyakan pakar bedah kanak-kanak akan melakukan pembedahan untuk memasukkan buah zakar yang terkandas itu ke kerandut buah zakar.

Lelaki yang mempunyai satu buah zakar masih mampu menghasilkan sperma yang mencukupi jika buah zakar itu normal.

Terdapat kebengkakan dalam kerandut yang hanya kelihatan sekali sekala dan ada kaitan dengan aktiviti berat.

Kadang kala kekembungan ini mudah mengempis. Ini ada kena mengena dengan sebahagian usus dalam perut yang termasuk kedalam ruang kerandut. Keadaan ini dikenali sebagi 'hernia'.

Hernia perlu dikenalpasti melalui pemeriksaan doktor.

Cara merawatnya ialah doktor melakukan pembedahan kecil untuk memasukkan usus itu kembali ke perut dan menguatkan bahagian yang lemah itu di antara perut dan kerandut.

Pembedahan pemulihan ini tidak akan menjejaskan kesuburan.

rimau_taring posted on 12-8-2006 10:19 PM

Kencing tak lawas

Pemuda risau lelehan mazi mudah keluar

HAMPIR tujuh tahun saya menghadapi masalah kencing tidak lawas dan ini menyebabkan saya kesulitan untuk keluar ke mana-mana kerana terpaksa menahan kencing.

Saya juga menghadapi masalah keluar air mazi jika terangsang yang tidak keterlaluan, contohnya seperti keluar bersama teman wanita meskipun saya tidak melakukan sebarang perkara yang merangsangkan waktu bersamanya.

Saya pernah ke hospital kerajaan tetapi ubat yang diberikan tidak memberi kesan terhadap masalah yang saya hadapi. Harap doktor dapat membantu.

ADA sebilangan lelaki yang mengalami masalah lelehan keluar daripada salur kencing selepas selesai buang air kecil dan ini menyulitkan lelaki itu apabila menunaikan solat di luar rumah jika dia tidak membawa bekalan sarung bersih untuk ditukar sebelum bersembahyang kerana memikirkan lelehan itu najis.

Jika ia bukan najis, soal menukar pakaian bersih tidak timbul. Kemungkinan air kencing terkeluar selepas selesai kencing dan ketika memakai pakaian dalam kembali, memang perkara yang paling jarang berlaku. Ini pun berlaku kepada mereka yang berumur di mana pintu pundi kencing tidak tutup padat selepas kencing, terutama bagi lelaki yang sudah menjalani pembedahan pada pundi prostat.

Masalah dialami mungkin sama iaitu keluar lelehan seperti lelaki yang berumur itu tetapi apa yang membezakannya adalah air yang keluar itu air mazi.

Ketika lelaki itu kemut beberapa kali untuk mengeluarkan titisan akhir daripada salur kencing, pundi cowpers yang berdekatan terangsang dan mengeluarkan lelehan.

Ini sebenarnya ialah air mazi, oleh itu ia bukan najis. Ada sebilangan lelaki yang mudah sangat menghasilkan air mazi terutama ketika dalam keadaan terangsang. Keadaan ini dikenali sebagai resdung zakar dan bukan penyakit.

Masalah ini tidak memberi sebarang kesan kepada lelaki itu kecuali melemaskannya kerana kesulitan yang timbul akibat lelehan itu sehingga dia terpaksa menukar pakaian dalamnya kerana kebasahan.

Jika air yang keluar itu keterlaluan, mungkin makan ubat resdung (antihistamines seperti piriton dan polaramine) dapat mengawalnya. Ubat ini perlukan rujukan daripada doktor.

rimau_taring posted on 12-8-2006 10:22 PM

Risau saiz alat kelamin kecil

SAYA berusia 27 tahun tetapi saiz zakar saya sangat kecil berbanding lelaki sebaya saya. Panjangnya hanya empat sentimeter dengan lilitan yang kecil.

Bolehkah doktor membantu?

MEMILIKI bentuk dan saiz zakar sempurna adalah idaman semua lelaki terutama bagi mereka yang kurang yakin dengan anugerah diberikan Tuhan kepadanya. Tidak dinafikan ada sebahagian kecil memiliki zakar yang kecil iaitu 'micropenis' di mana ukuran panjangnya tidak lebih daripada enam sentimeter (sm) dan ukur lilit antara enam hingga lapan sm ketika ereksi.

Ia sudah tentu menyukarkan kedua-dua pasangan ketika bersetubuh. apabila setiap kali cuba melakukan persetubuhan dia hanya dapat menyalurkan zakar ke dalam faraj dan tidak dapat bergerak kerana setiap kali bergerak ia akan terlepas. Saiz faraj adalah antara enam hingga sembilan sm dan boleh mengembang mengikut acuan zakar lelaki. Jika zakar berukuran sembilan sm atau lebih ia sudah mencukupi. Malah, saiz zakar lelaki boleh membesar sedikit jika kerap melakukan persetubuhan. Jika lama tidak bersetubuh ia akan mengecut dan mengecil.Saya dapati sebahagian lelaki agak sensitif dengan bentuk dan saiz walaupun ia sebenarnya sudah memuaskan. Mereka akan mencuba segala cara untuk menambahkan saiz dan bentuk walaupun ia sebenarnya berbahaya dan yang berisiko.

Salah satu kaedah berbahaya dan berisiko ialah kaedah 'somatotherapy' di mana pengamalnya lazimnya bukan doktor. Mereka memberi suntikan vitamin C, minyak cendana atau produk tidak diiktiraf ke bawah kepala zakar. Ini menyebabkan berlakunya keradangan yang agak ketara sehingga keseluruhan zakar membesar dan kembang.

Memang zakar kelihatan besar tapi tak berguna! Ia tidak boleh disalurkan ke dalam faraj kerana yang besar adalah kulit dan bukan batangnya. Sama juga dengan kaedah urut mengurut dengan segala minyak seperti minyak lintah, minyak dhab atau minyak ikan belacak, ia hanya perbuatan sia-sia.

Penggunaan alat pam vakum juga tidak berkesan kerana kulit akan kelihatan hitam dan hodoh. Pam vakum digunakan untuk mengatasi mati pucuk bukan untuk menambah saiz.

Alat penarik otot zakar sudah diuji kaji kini dan ada di pasaran adalah andropenis. Ia sejenis alat mesra pengguna dan dapat menambah di antara dua hingga lima sm saiz ukur panjang dan ukur lilit yang tetap. Alat ini sebenarnya direka untuk tujuan meluruskan zakar yang bengkok atau penyakit Peyronie.

Secara kebetulan ia didapati boleh membantu menambah saiz zakar 'micropenis'.

MrWannabe posted on 25-7-2007 10:25 PM

penat la aku nak baca satu.2da la panjang.haha sori beb!

ruffleen posted on 26-8-2007 03:35 PM

Alat sulit terbenam jika lelaki gemuk

KEMALUAN saya sering terasa kebas dan kadangkala seolah-olah tenggelam kebelakangan ini. Saya juga berasakan kemaluan saya mengecil dan memendek.

Saya berusia 37 tahun dan tidak mengalami masalah dalam melakukan hubungan seks dengan isteri saya.


ZAIDI
Perlis

Saiz dan bentuk zakar berubah mengikut bentuk badan lelaki itu. Lelaki yang gemuk tentu mendapati zakarnya seolah-olah terbenam dalam lemak tundun dan hanya kelihatan jika ereksi.

Ini tidak bermakna zakar itu kecil. Ketika bersama isteri, zakar yang terbenam itu masih mampu membesar hingga ke tahap saiz sebenarnya kerana kekerasan otot zakar mengekalkan saiz zakar.

Dalam keadaan terbenam dan tertekan oleh perut yang buncit itu, tentu zakar berasa kebas akibat tekanan perut kepada urat saraf dan jalanan darah. Apabila tekanan itu reda setelah lelaki itu menguruskan badannya, perasaan kebas itu akan reda.

Jika otot zakar tidak mantap, ereksi kelihatan mengecil dan saiz zakar tidak sampai ke tahap saiz sebenarnya. Ini biasa berlaku kepada lelaki yang membesarkan zakarnya melalui suntikan minyak cendana ke dalam isi zakar.

Saya syorkan anda menjalani pemeriksaan doktor jika anda rasa perubahan kepada anggota sulit anda. Jangan menjalani rawatan daripada orang tidak bertauliah. Kaedah paling selamat untuk membesarkan anggota sulit ialah dengan alat Andropenis. (www.andromedical.com)

-----------

so kepada lelaki gemuk..jangan bimbang..x semestinya zakar anda pendek..

tapi termasuk ke dlm tundun lemak..so dun worry..feel great in sexxxxxx:loveliness:

terrace posted on 28-8-2007 05:14 PM

Mat negro mesti xpenah pk ttg masalah size....
Page: [1] 2
View full: Doktor sakit tuan.... Jawapan dari Dr Ismail Thamby