kud1n posted on 15-8-2006 04:49 PM

Sejarah AR Tompel.

A'kum pada semua,
sering kali kita melihat filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,tetapi kita jangan lupa bahawa selain dari beliau,ada lagi  insan seni yang bernama AR Tompel.Pada sesiapa yang mengetahui sejarah hidup Allahyarham AR Tompel,boleh lah kongsi bersama-sama kerana saya begitu berminat utk mengetahuinya.

thelauncher posted on 15-8-2006 05:14 PM

yg aku tau salah sorang anak Allahyarham ialah Adlin Aman Ramli
sekian.....

fly_in_d_sky posted on 15-8-2006 08:51 PM

Originally posted by thelauncher at 15-8-06 05:14 PM
yg aku tau salah sorang anak Allahyarham ialah Adlin Aman Ramli
sekian.....

ada kaitan dgn AR Badul ke???
Adlin ni anak AR Tompel dgn sape ek???
yg AR Badul cam ner??

dollah_mufc posted on 16-8-2006 01:39 AM

A R Tompel died the same year as P Ramlee in 1973. Both were buried at Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ibrahim Din passed away in 1996. Unfortunately, we don't have information where he was laid to rest.

dollah_mufc posted on 16-8-2006 01:43 AM

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/11tompel3.jpg

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/11tompel1.jpg

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/11tompel2.jpg

Nostalgia: Komedi Tompel keras, sinis

Jarang tersenyum walaupun sering membawa watak komedi


KADANG kala kita boleh keliru apabila melihat riak wajah AR Tompel dalam filem lakonannya. Kita berasakan filem seperti Keluarga 69 (1966), Anak Bapak (1966), Do Re Mi (1966), Nasib Do Re Mi (1966), Ahmad Albab (1968) dan Laxemana Do Re Mi (1972), hanya filem komedi semata-mata.


TRIO SERASI: Tompel (tengah) bersama P Ramlee dan
Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi.

Tetapi, sekiranya diamati cara lakonan, gerak geri dan mimik muka serta dialognya dia memang kelihatan serius. Dia jarang tersenyum atau ketawa dalam filem yang dibintanginya, sedangkan beliau melakonkan watak komedi. Ada yang berpendapat, corak komedi Tompel sebenarnya kasar, keras dan sangat sinis.

Dalam sejarah filem Melayu klasik, Tompel secara ringkasnya, bukanlah calang-calang orang.

Dilahirkan pada 1917 di Indonesia, Tompel, sebelum melangkah ke layar perak, sudah bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan.

Nama sebenarnya, Aman Ramli Jaafar. Beliau mula terbabit dalam perfileman pada penghujung 1940-an dengan menyertai Malay Film Production (MFP) milik Shaw Brothers.

Antara filem awalnya ialah Nilam (1949), Aloha (1950), Rachun Dunia (1950), Dewi Murni (1950), Bapa Saya (1951) dan Pulau Mutiara (1951). Kebanyakannya sebagai pelakon pembantu iaitu pelawak atau penjarah (penjahat), tetapi pelawak dianggap paling serasi. Menjadi pelawak, beliau kerap digandingkan dengan pelakon komedi terkenal waktu itu seperti D Haris dan Siti Tanjung Perak.

Pada 1948, pengarah BS Rajhan membimbing Tompel dengan kerja sebagai penulis skrip dan pengarahan filem, serta berkawan baik kepada P Ramlee. Sejak itu, keinginannya untuk menjadi pengarah filem meluap-luap.



Peluang itu datang melalui studio baru ditubuhkan di Bukit Timah, Singapura iaitu Nusantara Film Production. Beliau menulis skrip dan mengarah filem Perkahwinan Rahsia pada 1951, sekali gus menjadi anak Melayu pertama pengarah filem Melayu di Singapura.

Sebelum mengarahkan Perkahwinan Rahsia, Nusantara Film mahu beliau mengarahkan filem Fatimah. Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham dengan syarikat Nusantara mengenai bayaran, Tompel menarik diri daripada mengarahkan filem itu.

Filem Fatimah diserahkan kepada Haji Mahadi. Haji Mahadi kemudian menukar nama Fatimah itu kepada Permata Di Perlimbahan dan diterbitkan syarikat MFP.

Ini menjadikan Haji Mahadi anak Melayu pertama mengarahkan filem di MFP pada 1952. Dalam filem Permata Di Perlimbahan, Haji Mahadi memberi kesempatan kepada Nordin Ahmad dan Maria Menado sebagai pelakon utama.

Tompel secara senyap-senyap terus membantu Nusantara Filem sedangkan beliau masih ada kontrak dengan MFP. Beliau sempat mengarahkan enam filem, iaitu Norma (1951), Sesal Tak Sudah (1952), Chinta Murni (1952), Sehati Serasa (1953) dan Seniati (1953).

Bagaimanapun, tindakannya dapat dikesan dan dipanggil bertemu pegawai syarikat MFP. Beliau memutuskan untuk bersama Nusantara, menyiapkan filem arahannya.

Apabila Nusantara Film ditutup pada pertengahan tahun 50-an, Tompel menyepikan diri. Beliau kembali bergiat aktif dengan kumpulan bangsawan.

Beliau kemudian muncul semula di layar perak pada awal 1960-an bersama penubuhan Merdeka Studio di Hulu Klang, Ampang. Di studio ini, Tompel berlakon filem Tun Tijah (1960), Keris Sempena Riau (1962) dan Selendang Merah (1962).

Pada tahun 1961, Tompel diberi peluang oleh Studio Merdeka mengarahkan filem komedi berjudul Abu Nawas. Filem ini diadaptasi daripada teks sastera Timur Tengah. Malangnya, filem itu tidak mendapat sambutan menyebabkan Tompel menyepikan diri sekali lagi.

Beliau membuat kemunculan semula di layar perak kali kedua pada 1966. Kali ini beliau bergandingan dengan P Ramlee dan Ibrahim Din. Kebetulan P Ramlee masih berminat menghasilkan filem ala-Bujang Lapok.

Lalu, Tompel menjadi sebahagian daripada orang penting P Ramlee. Bergandingan dengan Ibrahim Din, mereka menjadi trio untuk filem Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi.

Sejak itulah Tompel sering menjadi pilihan P Ramlee dalam filem arahannya seperti Laxmana Do Re Mi, Anak Bapak, Gerimis (1968) dan Ahmad Albab. Paling menarik, dalam filem itu, Tompel sering memikul watak sebagai bapa kepada P Ramlee.

Sebenarnya banyak babak A R Tompel dengan P Ramlee sering menarik perhatian penonton. Wataknya seperti Mashood dalam filem Ahmad Albab, sebagai Bakar menerusi filem Keluarga 69, sebagai Amore atau Re untuk filem Do Re Mi akan terus menjadi ingatan kepada penonton.

A R Tompel meninggal dunia pada 1973 kerana kemalangan jalan raya di Setapak, Kuala Lumpur. Beliau dikatakan terus menjadi sumber inspirasi kepada beberapa karyawan hari ini.

Pengarah filem, U-Wei Saari antara karyawan filem sekarang yang mengakui kehandalan dan ketokohan AR Tompel.

Sepanjang riwayatnya, Tompel dikatakan pernah berkahwin tujuh kali, tetapi hanya lima isterinya yang dikesan iaitu P Suriati, Saloma, Jah Ismail, Ruminah Sidek dan Zainab serta mempunyai anak yang diketahui seramai 18 orang.

Perkahwinannya dengan Suriati lahirlah Armaya Aman Ramlie atau AR Badul, bersama Saloma (berkahwin pada 1952) mempunyai seorang zuriat iaitu Armali Aman Ramlie, manakala antara anaknya dengan Mak Mah (berkahwin pada 1960) pula ialah Adlin Aman Ramlie.

ps: Ar badul ada sorang lagi adik , amran tompel , dulu selalu berlakon juga..


PROFIL: A R Tompel
Nama Sebenar: Aman Ramli Jaafar
Lahir: 1917
Asal: Indonesia
Kerjaya: Pengarah, Penulis Skrip dan Pelakon
Filem Arahan: Perkahwinan Rahsia, Norma, Sesal Tak Sudah, Chinta Murni, Sehati Serasa, Seniati dan Abu Nawas
Filem Lakonan: (antaranya) Nilam, Aloha, Rachun Dunia, Dewi Murni, Bapa Saya, Pulau Mutiara, Tun Tijah, Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Laxamana Do Re Mi, Anak Bapak, Keluarga 69 dan Gerimis.

kredit to : arkib berita harian dan sumber2 lisan dari cerita pakcik makcik org dulo2..

Syd posted on 16-8-2006 10:18 AM

Originally posted by fly_in_d_sky at 15-8-2006 08:51 PM


ada kaitan dgn AR Badul ke???
Adlin ni anak AR Tompel dgn sape ek???
yg AR Badul cam ner??


AR Tompel nih ada 23 orang anak

ada 4 orang bini

Syd posted on 16-8-2006 10:48 AM

06 Ogos, 2006 17:11 PM           
Anak Seniman A.R. Tompel, Armali Aman Ramli Meninggal Dunia

TAMPIN, 6 Ogos (Bernama) -- Anak tunggal seniman A.R. Tompel dan biduanita Saloma, Armali Aman Ramli, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu Belang, di sini.

Pemuzik bebas itu berumur 53 tahun.

Menurut isteri ketiga Allahyarham, Melor Muhammad, 56, Allahyarham mengejutkannya pada kira-kira pukul 2.30 pagi kerana mengadu sakit dada.

"Lepas itu dia kata dia hendak pergi ke hospital tetapi tidak lama lepas itu, saya tengok dia terbaring di ruang tamu berpeluh-peluh dan mendapati sudah tidak bernafas lagi pada kira-kira pukul 2.45 pagi," katanya.

Bersama Melor, Allahyarham meninggalkan dua orang anak lelaki iaitu Mohd Elfiriduan, 10, dan Mohd Aieman Haikal, 5.

Allahyarham sebelum ini pernah berkahwin dua kali dan mendapat dua anak lelaki berumur 29 tahun dan 24 tahun.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Batu Belang dekat sini pada kira-kira pukul 11 pagi.

-- BERNAMA

Syd posted on 16-8-2006 11:30 AM

Perginya waris Saloma

Oleh Norhadiani Bahrom

ARMALI Aman Ramli, satu-satunya waris biduanita Puan Sri Saloma, dilahirkan di Singapura pada 13 Mac 1953. Beliau adalah anak tunggal hasil perkongsian hidup Saloma dengan pelakon dan pelawak A.R.Tompel.

Selain Armali, Saloma tidak pernah mempunyai anak lain meskipun mendirikan rumah tangga dengan Tan Sri P Ramlee selepas bercerai dengan Tompel.

Kini, giliran Armali menyahut seruan Ilahi apabila tepat jam 2.45 pagi Ahad lalu, disahkan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu Belang, Tampin, Negeri Sembilan kerana diserang sakit jantung

Sebelum itu, arwah berusia 53 tahun sempat menyaksikan pertandingan Akhir Akademi Fantasia musim keempat (AF4). Apabila peserta kegemarannya, Farhan tidak menang, Armali meminta isterinya menghubungi juri tetap AF4, Adlin Aman Ramli yang juga adiknya untuk bertanyakan hal itu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu Belang pada jam 11 pagi, kelmarin.

Arwah yang berpengalaman lebih 30 tahun bermain muzik, meninggalkan isteri, Melor Muhammad dan dua anak, Mohd Elfiriduan, 10 dan Mohd Aieman Haikal, 5. Lokasi terakhir arwah bermain muzik di A Famosa bersama Ito Bules Gangs.

Armali pada pandangan abangnya, AR Badul, 55, seorang yang berbakat besar dalam muzik dan nyanyian. Badul adalah anak Tompel bersama isteri pertamanya, T Suriati.

“Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Begitulah ibaratnya Armali kerana dia mewarisi bakat ibunya.

“Dia boleh menyanyi, bermain muzik malah menguasai pelbagai instrumen seperti gitar, drum dan keyboard.

“Armali pada zaman remajanya sangat bijak kerana dia pandai berbahasa Inggeris dan Cina,

Kimmy posted on 16-8-2006 11:31 AM

begitu kisahnya AR Tompel......ramainya anak...

Syd posted on 16-8-2006 11:52 AM

dan...'ilmu' kawin ramainya
diwarisi oleh anak2 yang jugak

hehe

fly_in_d_sky posted on 16-8-2006 08:31 PM

Originally posted by Syd at 16-8-06 11:52 AM
dan...'ilmu' kawin ramainya
diwarisi oleh anak2 yang jugak

hehe

sape??
AR Badul dgn .......??

CRK posted on 17-8-2006 10:41 AM

tang gigi dia tu yang mahal..

CRK posted on 17-8-2006 10:42 AM

badul ngan tompel tu sedara ke?? sebab gigi dia hampir sama.. ada iras2 gitu..

Syd posted on 17-8-2006 12:50 PM

Originally posted by CRK at 17-8-2006 10:42 AM
badul ngan tompel tu sedara ke?? sebab gigi dia hampir sama.. ada iras2 gitu..



ARMALI Aman Ramli, satu-satunya waris biduanita Puan Sri Saloma, dilahirkan di Singapura pada 13 Mac 1953. Beliau adalah anak tunggal hasil perkongsian hidup Saloma dengan pelakon dan pelawak A.R.Tompel

Sebelum itu, arwah berusia 53 tahun sempat menyaksikan pertandingan Akhir Akademi Fantasia musim keempat (AF4). Apabila peserta kegemarannya, Farhan tidak menang, Armali meminta isterinya menghubungi juri tetap AF4, Adlin Aman Ramli yang juga adiknya untuk bertanyakan hal itu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu Belang pada jam 11 pagi, kelmarin.

Armali pada pandangan abangnya, AR Badul, 55, seorang yang berbakat besar dalam muzik dan nyanyian. Badul adalah anak Tompel bersama isteri pertamanya, T Suriati.

kud1n posted on 17-8-2006 03:33 PM

A'kum semua,
saya baru masuk opis,gembira saya bila baca semua berkenaan ngan AR Tompel, thanks u dollah_mufc.Mengikut perkiraan saya, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berlakun filem terakhirnya ialah Laksamana Do Re Mi pada tahun 1972 bersama dengan Allahyarham AR Tompel.Adakah filem tersebut juga merupakan filem terakhir AR Tompel? Kalau  dollah_mufc ada info yg lagi detail tarikh dan lokasi kemalangan dan puncaya sekali lagi best! Terima kasih!:hatdown:

Syd posted on 17-8-2006 03:34 PM

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/11tompel3.jpg
+
http://www.liriklagu.com/photo/PRamleeSaloma.jpg

= http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/7armali.jpg

Syd posted on 17-8-2006 03:44 PM

A.R. Tompel meninggal eksiden.

nuralisa posted on 17-8-2006 03:48 PM

badul ngan adlin adik beradik lain mak la ye...

ramai ek..family tompel nie...

Syd posted on 17-8-2006 04:08 PM

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/11tompel3.jpg

+

Mak Mah aka Ruminah Sidek
http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/images4/ruminah.jpg

=

http://jenna.ampradio.net/media/shared/af06/galeri_foto/911.JPG

CRK posted on 17-8-2006 04:49 PM

ohhh patutlah style gigi dia lebih kurang sama jer. like father like son gitu...

thx for the info!!

Syd posted on 17-8-2006 05:03 PM

Badul

http://allmalaysia.info/archives/2004/9/18/people/f_pg04badul.jpg

kuda-liar posted on 18-8-2006 12:38 PM

.....arwah Tompel ni suku Banjar ker.....tngok sepet mata...kulit,telinga&bentuk muka...cam org Banjor jer....lg pun,nama2 Arman,Armaya...sinonim dgn nama tipikal suku Banjar.   

..Maaf jika trsinggung,sy x brmaksud apa2....

neeziee posted on 4-9-2006 05:55 PM

owh..yg aku tau selama ni aku guna avatar gambar a.r tompel.
dia best.hehe.

klo tak silap aku dia orang mandahiling.tul ke aku eja mandahiling nih.klo silap betulkan.hehe.

[ Last edited by  neeziee at 4-9-2006 06:07 PM ]

iscol_klang posted on 5-9-2006 05:28 PM

AR tompel ni lawak dia kasar tapi best...kadang2 lagi best dari p.ramlee
suke tengok semua filem dia dengan p.ramlee...

cantthinkofany posted on 6-9-2006 02:33 PM

Originally posted by neeziee at 4-9-2006 05:55 PM
owh..yg aku tau selama ni aku guna avatar gambar a.r tompel.
dia best.hehe.

klo tak silap aku dia orang mandahiling.tul ke aku eja mandahiling nih.klo silap betulkan.hehe.

masa Adlin Aman Ramli komen mawi di konsert terakhir, dia rasanya ada mengaku yang dia orang mandahiling (gua pun tak tahu samada ejaan dia betul atau tak...gua ikut lu aje).. and dia kata orang mandahiling ni memang cakap bunyinya kasar tapi maksudnya baik.....
Page: [1] 2 3 4
View full: Sejarah AR Tompel.