nia_salina Publish time 23-6-2010 03:19 PM

alah takkan ni je smbung la lagi..masa dia meninggal nak tau sangat sbb kita tau pasal pramlee je yg lain kita tak tau sgt

darthery Publish time 12-10-2010 01:04 PM

kalau korunk perasan, time filem ahmad albab, gigi A.R. Tompel tu dah x jongang.. mulut die pon dah cam kecut je... tpi dalam filem last P.Ramlee (Laxmana DOREMI), gigi jonggang die ade pulak.. huhu konfius aku dri dulu sampai sekarang ke gigi jongang die tu gigi palsu? huhu{:2_72:}

shida81 Publish time 12-10-2010 01:41 PM

Ada sorang , tapi Saloma kahwin ngan Tompel 3 bulan je .
cm_matjawasp Post at 24-5-2010 11:37 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


   asal 3 bln je?

ujang Publish time 14-10-2010 02:21 PM

asal 3 bln je?
shida81 Post at 12-10-2010 13:41 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


ar tompel meninggal..pas abes idah..kawin dgn p ramlee..lak:)

jumjumaton Publish time 23-11-2010 11:42 AM

Post Last Edit by jumjumaton at 23-11-2010 11:47

ar tompel meninggal..pas abes idah..kawin dgn p ramlee..lak
ujang Post at 14-10-2010 14:21 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

perkahwinan saloma dan p ramlee berlaku pada tahun 1961 ..Allahyarham Ar tompel meninggal sbb xciden di setapak pada tahun 1973 sama tahun ngan allahyarham P ramlee..P ramlee ketika itu tinggal di jalan dedap area setapak gombak..

zahirbatin Publish time 23-11-2010 02:13 PM

aku minat ar tompel....suka ngan lawak dia sbg mana haku suka aziz satar,sudin & bbrapa org lagi.....
dan haku minat pelakon lawak ni lbh dr haku minat p.ramlee......:D
sayang derang ni nampak cam terpinggir dek krn p.ramlee terlampau diagungkan!!!

vionna007 Publish time 23-11-2010 02:27 PM

apsal takde org citer mcmner ar tompel ni meninggal...tau la sebab xsiden..tp exsiden yg macam mana???? katner???? :o

iscol_klang Publish time 24-11-2010 12:23 AM

yg aku tau dia eksiden pun kt setapak, 3,4 bulan seblom p.ramlee meninggal
AR tu stands for aman ramlie, dh nama anak dia pun adlin aman ramlie
badul - armaya aman ramlie
amran tompel pun amran aman ramlie
adlin ada sorang abang, tak ingat nama
kalo tak silap tompel kawin dgn mak mah 1970, dpt sorg anak, 1971, adlin lahir 1972

totokreturn Publish time 24-11-2010 03:17 AM

pelakon dolu2 kawin macam main bosia ajer semuanya.. dah puas mencibab, cerai, pas kat kawan pulak...:laugh3:

vionna007 Publish time 24-11-2010 08:10 AM

Reply 69# totokreturn


    uiksss...kejamnyer ayat......;P

batunilam4a Publish time 24-11-2010 11:44 AM

Post Last Edit by batunilam4a at 24-11-2010 12:02

AR Tompel bukan org banjar tapi die mandailing..tgk lah cara die bercakap berani dan tak hipokrit..

Aku pon dari suku kaum mandailing..bermarga rangkuti...ade byk bermarga antara yg terkenal marga, Lubis, Nasution, Sarigar...byk lagi lah...Tapi aku bkn lah mandailing ori...ade campuran2 lain mcm jawa, mamak dan arab...walau mcm mane pon clanaku dari mandailing ni sgt menarik perhatian aku (sebelah ayah), mereka sgt jujur, mudah menampakkan siapa diri mereka yakni tidak hipokrit, suke berterus terang dr bercakap belakang, mudah mengaku bersalah jika mereka yakin mereka bersalah, bercakap dgn menggunakan volume yg kuat spt org sedang marah walhal pada mereka itu adalah perkara biasa, kebanyakannya berkulit putih dan rupa yang menarik.

Famous Mandailing Batak People
Famous Malaysians of Batak ancestry include former Selangor Menteri Besar (Chief Ministers) Datuk Seri Harun Idris and Tan Sri Muhammad Muhammad Taib , former Perak Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah Talib, former Cabinet Ministers Tan Sri Senu Abdul Rahman, Tan Sri Sanusi Junid and Tun Daim Zainuddin, former Education Ministry director-general Tan Sri Aminuddin Baki, Indian classical dancer Ramli Ibrahim, jazz queen Sheila Majid, banker Tan Sri Azman Hashim, actors and TV hosts Ahmad Tarmimi Siregar and Adlin Aman Ramlie, actors Cico Harahap and A. R. Badul, Opposition politician Saifuddin Nasution Ismail, historian Razak Lubis, pop singer Nordiana Muhammad (daughter of Muhammad Muhammad Taib), former police chief Tun Haniff Omar, iconic actors Tan Sri P. Ramlee and A. R. Tompel and Singapore’s first President Tun Yusuf Ishak.

Malaysia’s first Prime Minister Tunku Abdul Rahman Putra, a prince of Kedah (whose indigenous people the Kedah Aboriginal Malays are the origin of the Kanak Aboriginal Malays)

Source:http://georgetownstreet.blogspot.com/2010/01/blog-post.html

nazurah Publish time 24-11-2010 12:17 PM

Reply 55# cm_matjawasp

tompel produktif... 3 bulan pun sempat saloma mengandung :$

viLLa7 Publish time 27-11-2010 11:36 AM

Reply 1# kud1n


   aku minat ar tompel,dia seorang yg lucu

viLLa7 Publish time 27-11-2010 11:38 AM

Reply 1# kud1n


   dia seorang yg lucu:lol:

kj83 Publish time 27-11-2010 10:09 PM

bila agaknya dpt tgk waris2 tompel ni berkumpul... selalu nengok waris p.ramlee je...

nimon Publish time 28-11-2010 10:15 PM

yg aku tau dia eksiden pun kt setapak, 3,4 bulan seblom p.ramlee meninggal
AR tu stands for aman ra ...
iscol_klang Post at 24-11-2010 00:23 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    nama abang adlin ialah adlan...

ice98 Publish time 16-12-2010 02:38 PM

aku pernah dgr mak aku citer, tompel eksiden langgar dek keter mase die baru kuar dr kete...
wallahualam...

cikbudu Publish time 16-12-2010 03:04 PM

kene tanya mak mah ni

Syd Publish time 11-10-2014 11:54 AM

Waris tuntut permohonan maaf

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/1011/Kosmo/Hiburan/hi_03.1.jpg

SEBANYAK 29 babak fitnah dan bersifat tohmahan terhadap legenda perfileman Melayu, Allahyarham A.R Tompel dikenal pasti terdapat dalam naskhah biopik Saloma yang masih disiarkan di kaca TV. Mewakili waris kepada seniman filem Melayu klasik itu, pelakon Adlin Aman Ramli yang merupakan anak A.R Tompel bersama seniwati Ruminah Sidek membuat bantahan rasmi secara besar-besaran bagi menyatakan kemarahan dan kekecewaan terhadap penyiaran drama karya dan arahan Melissa Saila itu.

Telefilem terbitan produksi Kus Semangat Aktor yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh itu disiarkan di saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu. Cara interpretasi visual yang disampaikan oleh Melissa dan penulis skrip, Megat Fauzi yang juga suami Melissa itu disifatkan melampaui batas dan seolah-olah menggambarkan Tompel seorang lelaki kaki perempuan, terlalu jahat dan langsung tidak bertanggungjawab sehingga menjadi punca kepada penderitaan hidup Puan Sri Saloma.

Mewakili hampir 30 orang waris A.R Tompel, Adlin bersama ibunya Ruminah, abang-abangnya A.R Badul dan Amran Tompel serta peguam mereka, Adlin yang mengadakan satu sidang media khas bagi menunjukkan betapa seriusnya mereka berhubung isu berkenaan. Adlin yang sebelum ini pernah menghantar notis bantahan penyiaran drama berkenaan kepada Astro mendakwa, pihak stesen berkenaan tidak memberikan sebarang respon. Kosmo! mendekati Adlin bagi mendapatkan lebih penjelasan.

Boleh anda jelaskan apakah bentuk tohmahan terhadap A.R Tompel yang dimaksudkan oleh keluarga kalian?

Adlin: Pihak keluarga kami telah mengenalpasti 29 babak yang menayangkan gambaran watak Allahyarham bapa kami yang tidak benar. Watak sebagai seorang kaki kelab malam, perokok, kaki perempuan, garang, tidak berperikemanusiaan dan jahat yang merupakan punca kepada penderitaan hidup Saloma. Semua itu sama sekali tidak benar dan bernada prejudis apabila dipaparkan kepada umum. Apabila perkara ini berlaku, ia mengundang kekecewaan kepada kami selaku ahli keluarga dan waris Allahyarham.

Bagi kami, aspek penulisan dan pengarahan bersifat berat sebelah, tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab terhadap karakter arwah bapa kami. Sebanyak 90 peratus kandungan cerita mengenai arwah bapa kami adalah rekaan. Paparan sisi hitam mengenai arwah ialah satu eksploitasi dan meninggalkan kesan yang buruk kepada penonton. Bagaimana maruah dan nama seorang seniman agung tanah air mudah perkotak-katikkan sebegitu rupa?

Adakah sebelum telefilem itu dihasilkan, pihak penerbitan atau produksi ada menghubungi mana-mana waris untuk dijadikan sumber?

Sebelum naskhah itu dihasilkan sehinggalah kepada penayangan, tidak ada sesiapa yang menghubungi saya atau mana-mana ahli keluarga untuk bertanyakan kesahihan sikap sebenar bapa kami. Sepatutnya, pihak penerbitan dan orang kuat di sebalik tabir telefilem itu sendiri iaitu Melisa Saila selaku pengarah perlu merujuk kepada kami sebagai sumber paling dekat. Namun, tiada sesiapa pun yang tampil menghubungi kami.

Apakah langkah yang diambil bagi pihak keluarga Adlin untuk mengatasi kemelut ini?

Pihak keluarga kami telah menghantar notis tuntutan pada 26 September kepada pihak penyiar iaitu Astro First, untuk meminta agar tayangan itu dihentikan serta-merta.

Kami menuntut pihak penyiar agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga kami kerana impak yang kami terima bukanlah sedikit. Ia melibatkan maruah dan nama orang yang telah tiada. Kami tampil pada hari ini bukan sebagai satu ancaman tetapi merupakan tuntutan hak. Jika Astro boleh bagi kerjasama, pihak kami berbesar hati untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara tertutup. – NOR ERYANI YUSUP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1011&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz3FnySchGU
Hakcipta terpelihara

dita85 Publish time 14-10-2014 10:38 AM

ujang posted on 14-10-2010 02:21 PM static/image/common/back.gif
ar tompel meninggal..pas abes idah..kawin dgn p ramlee..lak

pandai la hang..die cerai hidup la..ar tompel siap kawen ngan dua bini lagi pas saloma..die cerai mati ngan bini last, Mak Mah..

Pages: 1 2 3 [4] 5
View full version: Sejarah AR Tompel.


ADVERTISEMENT