BeeComeL posted on 23-8-2006 11:11 AM

RESEPI MENGGUNAKAN BELIMBING BULUH

http://www.fruitlovers.com/Bilimbi.jpg

kak liza.. sorry pinjam gambar..

:tq:

Masakan apa yg seswai utk belimbing buluh nih? kat umh mak ader tanam pokok nih tapi tak tau nak masak aper. buah nyer lebat sgt sampai tak tau nak bat per. nak mkn masammmm.
klu masuk dlm asam pedas pon tak pakai bayk.

mintak bantuan kecemasan chef2 dlm forum bagi idea....

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 30-1-2008 01:56 PM ]

mie_die posted on 23-8-2006 01:50 PM

1. buat sambal..tumbuk cili padi,ikan bilis,pas potong belimbing besi kecik2 (sure terangkat nih...)

2. masak lemak kuning ngan ikan kembung rebus..masak cam masak lemak biasa..cuma instead pakai asam keping..pakai belimbing buluh...

cranko21 posted on 23-8-2006 01:53 PM

my mum masukkan belimbing buluh ni a lot of cooking.


lemak pedas ikan
sambal tumis
sambal belacan
asam rebus

ia juga boleh digunakan sebagai subsitute sawi asin dlm masakan seperti
stim fish
asam pedas
sop ikan

[ Last edited by  cranko21 at 23-8-2006 01:57 PM ]

cranko21 posted on 23-8-2006 01:56 PM

oh ya.. kalau byk sgt buah tu.. u jerukkan jer laaa..
boleh pakai untuk sambal belacan bila2 masa jer.. contoh kalau nak buat sambal belacan tak yah pakai air asam or perahan limau sambal.

kerepek_pisang posted on 23-8-2006 02:08 PM

kalau rambut banyak kelimumur...sapukan dengan asam belimbing ni...pecah2 kan dulu pas tu sapu atas rambut ..bagus gatal2 kepala akan hilang

cranko21 posted on 23-8-2006 02:25 PM

tumit kaki yg merekah pun leh gunakan ni untuk lembutkan kulit kaki tu..
:P

nunnun posted on 23-8-2006 02:30 PM

Originally posted by cranko21 at 23-8-2006 01:56 PM
oh ya.. kalau byk sgt buah tu.. u jerukkan jer laaa..
boleh pakai untuk sambal belacan bila2 masa jer.. contoh kalau nak buat sambal belacan tak yah pakai air asam or perahan limau sambal.

yessss...untuk campur dalam sambal belacan goreng...bestttttt...terangkattttt:hatdown:

kasihsuci posted on 23-8-2006 03:33 PM

buat sambal tumis ikan bilis..tapi kena letak santan pastu potong kecik2 belimbing buluh tu.
sedap.........pastu mkn nasi panas2 ngan telur dadar atau ikan goreng je + sambal tu...gerenti tambah 2,3 kali

lissa posted on 23-8-2006 03:39 PM

buat masak lemak cili api udang campur buah belimbing...yummy..:love:

adillaidil posted on 23-8-2006 06:49 PM

campur dgn masak lomak telur itik pun sodap.....

ilan_lehasleh posted on 23-8-2006 09:40 PM

Originally posted by cranko21 at 23-8-2006 01:56 PM
oh ya.. kalau byk sgt buah tu.. u jerukkan jer laaa..
boleh pakai untuk sambal belacan bila2 masa jer.. contoh kalau nak buat sambal belacan tak yah pakai air asam or perahan limau sambal.
:setuju:belimbing jeruk ni juga boleh dibuat gulai lemak cili api campur ikan keli bakar ke atau ikan bilis ker atau apa jenis ikan
yang agak sesuai ler.

hanieliza posted on 24-8-2006 12:17 AM

http://i80.photobucket.com/albums/j199/MasakanHanieliza/KerabuBelimbing.jpg

Kerabu Belimbing

Bahan A
5 biji belimbing buloh
1 biji timun
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar

Bahan C
5 biji cili merah
1 s/b lada hitam
belacan

Bahan C
1 cawan santan pekat
garam
gula

Cara
1. Masukkan semua bahan dan gaulkan rata.
2. Rasakan garam dan gulanya.
3. Hidangkan.



[ Last edited by  nhuda at 13-4-2007 02:20 PM ]

Penyulawa posted on 24-8-2006 12:35 AM

Originally posted by hanieliza at 24-8-2006 12:17 AM
http://i80.photobucket.com/albums/j199/MasakanHanieliza/KerabuBelimbing.jpg

Kerabu Belimbing

Bahan A  
5 biji belimbing buloh
1 biji timun
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
...

kak lizaaaaaaaaaaaa.. air liur kita terus bertakung dalam mulut nih... uuuwaaaaaaaaaaaaaaaaa... kenapa la kak liza dok jauh sangattt....

Sofea posted on 24-8-2006 08:08 AM

Masak Lemak Cili Padi Ikan/Daging Salai dengan Belimbing....sodap:love:.. Ikan Tenggirir salai atau goreng dulu. Daging kering/salai, kat tempat lain tak tau ada ke tidak, tapi kalau N.9 ada jual dah siap salai.

hanieliza posted on 24-8-2006 09:11 AM

http://i80.photobucket.com/albums/j199/MasakanHanieliza/CiliapiHaruan.jpg

MASAK LEMAK CILIAPI IKAN HARUAN

Bahan
3 ekor ikan haruan
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 kuntum bunga kantan
10 biji belimbing buloh

Bahan mesin
15 biji cili api
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam

Cara.
1. Ikan haruan dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau atau buah belimbing yg ditumbuk pecah selam beberapa minit. Bilas lagi dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalm periuk dan masak dengan api perlahan.
3. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
4. Bila nampak kuah nak mendideh masukkn santan pekat dan rasakan garam.
5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minya.
6. Bila mendideh tutup api dan boleh hidangkan.



[ Last edited by  nhuda at 13-4-2007 02:33 PM ]

hanieliza posted on 24-8-2006 05:38 PM

http://i80.photobucket.com/albums/j199/MasakanHanieliza/SambalBelimbing-1.jpg

SAMBAL BELIMBING

Bahan
5 biji cili merah
7 biji cili api
3 cm belacan
7 biji belimbing buluh
garam

Cara
1. Mesinkan semua bahan sehingga separuh hancur.
2. Racikkan sedikit buah belimbing untuk mencantikkan sambal.
3. Hidangkan dengan ikan bakar atau sayuran rebus2..



[ Last edited by  nhuda at 13-4-2007 02:46 PM ]

hanieliza posted on 24-8-2006 05:40 PM

http://i80.photobucket.com/albums/j199/MasakanHanieliza/CiliapiKeli.jpg

LEMAK CILIAPI IKAN KELI dan BELIMBING BULUH

Bahan
3 ekor ikan Keli
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai
10 biji belimbing buloh

Bahan mesin
20 biji cili api
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam

Cara.
1. Ikan keli dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau atau buah belimbing yg ditumbuk pecah selama beberapa minit. Bilas lagi dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalm periuk dan masak dengan api perlahan.
3. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
4. Bila nampak kuah nak mendideh masukkn santan pekat dan rasakan garam.
5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minya.
6. Bila mendideh tutup api dan boleh hidangkan.

soulha posted on 24-8-2006 06:07 PM

kak liza apa yg perlu ku katakan lagi padumu....ku harap keyboardku..tidak terus membanjiri....:mll::gila::mll::gila:

smeetasmitten posted on 24-8-2006 08:44 PM

Masukkan dlm kuah kacang/satay pun sedap. tapi gula kena banyak utk balance masamnya tu.

minidictionary posted on 24-8-2006 08:51 PM

mak min slalu kasi kering buah belimbing buluh die sampai kecut.

then buang tong sampah hahahaah.

kunun nak wat jeruk ke ape la tu then jadi kes malas. x paham tol.

MaRLa posted on 5-9-2006 08:22 AM

resipi dari belimbing buluh

jiran ku bagi banyak buah belimbing buluh.  apa aku nak buat dengan nya. tak ada idea langsung kegunaan buah belimbing nih selain yang ku tahu  untuk gulai ikan je.nak tanya bole tak belimbing nih  di buat sayur? kalau acar pulak macam mana nak membuat nya. u all ada idea tak? bole kasi resipi. tq

ciku_nunu posted on 5-9-2006 10:41 AM

rasa cam dah ada thread pasal ni:hmm:.. cuba selak2 kat blakang...

antiQue posted on 5-9-2006 01:22 PM

Dah ada thread belimbing buluh kat :

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=233663

BeeComeL posted on 17-9-2006 01:41 PM

Originally posted by cranko21 at 23-8-2006 01:56 PM
oh ya.. kalau byk sgt buah tu.. u jerukkan jer laaa..
boleh pakai untuk sambal belacan bila2 masa jer.. contoh kalau nak buat sambal belacan tak yah pakai air asam or perahan limau sambal.
\
jerukkan macam sedapp jek.. mcm mana plak nak menjerukkan buah belimbing tuh?? :hmm:

BeeComeL posted on 17-9-2006 01:44 PM

Originally posted by hanieliza at 24-8-2006 12:17 AM
http://i80.photobucket.com/albums/j199/MasakanHanieliza/KerabuBelimbing.jpg

Kerabu Belimbing

Bahan A  
5 biji belimbing buloh
1 biji timun
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
...


Kak liza... bee kecur2 tgk blog kak liza pasal belimbing buluhh nih.. sumer resepi tuh.. mmg dah jadik koleksi bee.. heheheh.. tengkiukk kak liza... tengkiukk:love:
Page: [1] 2 3 4 5
View full: RESEPI MENGGUNAKAN BELIMBING BULUH